Cinta T
hasil karya
Nur Syazwani Shaibani
Prakata oleh Pengerusi MLLPC
Profesor Madya Dr. Muhammad Faishal Ibrahim
Setiausaha Parlimen Kanan
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan
Sosial dan Keluarga
Pengerusi, Jawatankuasa Pembelajaran dan
Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC)
‘Pelajar Aktif, Pengguna Cekap’ merupakan matlamat pembelajaran Bahasa Ibunda
di Singapura. Murid-murid haruslah dibekalkan dengan bahan bacaan yang kreatif
untuk mendorong minat mereka terhadap pembelajaran Bahasa Ibunda. Lebih banyak
bahan bacaan yang dapat mereka akses, lebih baik natijahnya.
Siri Nabil dan Nabilah telah diilhamkan pada tahun 2015 untuk murid-murid sekolah
rendah khususnya bagi Darjah 1 dan 2 dengan tujuan untuk menambah jumlah bahan
bacaan tempatan bahasa Melayu. Buku-buku yang dihasilkan oleh guru-guru Bahasa
Melayu Singapura ini telah mendapat sambutan baik daripada kanak-kanak, ibu bapa
dan juga para pendidik.
Lanjutan daripada maklum balas tersebut, Siri Nabil dan Nabilah diteruskan untuk
murid-murid Darjah 3 dan 4 pula. Terdapat pembaharuan yang telah dilakukan
terutama sekali aspek jalan cerita dan penampilan watak-watak dalam siri tersebut
agar dapat memenuhi cita rasa para pembaca yang berusia antara sembilan hingga
sepuluh tahun. Selain itu, aktiviti-aktiviti susulan setelah membaca disediakan untuk
membolehkan ibu bapa dan ahli keluarga terlibat sama. Aktiviti membaca bersama-
sama keluarga dapat memupuk sikap-sikap positif dan berpotensi menanamkan nilai-
nilai yang baik.
Guru merupakan golongan yang dekat dengan murid. Mereka mengenali minat dan
cita rasa murid. Oleh hal yang demikian, setiap sumbangan guru dalam penghasilan
siri buku bacaan ini amat dihargai. Kepada guru-guru yang telah menyumbang dalam
penulisan buku cerita ini, saya mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih.
Besar harapan saya agar usaha ini dapat diteruskan dan lebih banyak karya dapat
dihasilkan demi kemajuan dan pembangunan intelek anak-anak kita. Semoga mereka
bakal menjadi pengguna bahasa ibunda yang cekap dan yakin serta berbangga
akan bahasa dan budaya Melayu.
Burung punai di pucuk rebung,
Anak kedidi terbang berempat;
Bahasa disanjung budaya dijunjung,
Majulah seni bangsa berdaulat.
PENGHARGAAN
Para Penulis Buku Darjah 4
Salina Hussin Mulianya Hatimu
Suzanah Yahaya Bo, Bo, Boling!
Suriani Sokran Terima Kasih
Md Hizammuddin Md Yusof Planet Ceper
Juraida Miswari Salam Sayang
Suzanah Miswari Pasar Malam
Nurhidaya Mohd Sidik Pulau Semakau
Suhainis Samsi Kota Singa
Sarifah Hassan Di Manakah Ayah?
Nur Syazwani Shaibani Cinta T
Pengurusan Pembinaan Buku
Penasihat Projek Zafilin Abdul Hamid
Editor Zainaba Omar
Sekretariat MLLPC Siti Fazila Ahmad
Murshidah Hassan
Nasrudin Raja Sulaiman
Nur Fa’izah Matnoor
Nur Sifa Hussin
Mislimah Misti
Cinta T
hasil karya
Nur Syazwani Shaibani
Nabil mencapai telefon bijaknya. Dia tersenyum melihat
pesanan ringkas daripada teman-temannya. Nabilah pula
khusyuk melungsuri Internet mencari video kegemarannya
di laman web.
2
“Nabil, Nabilah, Ibu telah menyediakan
makanan kegemaran kamu berdua.
Asam pedas ikan pari. Makanlah.
3
Di meja makan, mereka mengambil gambar hidangan
di atas meja itu. Ibu dan ayah mereka hanya
memerhatikan sahaja gelagat anak-anak mereka.
Wah, Ibu masak makanan kegemaran kami!
Mari kita ambil gambar
dan muat naik di Insta!
4
Letak telefon bijak kamu itu di tepi.
Ya, makanan sudah sejuk.
5
Saya bimbang melihat Nabil dan
Nabilah. Mereka sibuk dengan
telefon bijak dan tablet mereka.
Pada waktu makan malam sahaja
kita dapat bersama-sama untuk
berbual.
Saya rasa menyesal membelikan
mereka gajet-gajet itu.
6
Pada keesokan harinya, Nabil dan Nabilah pun
bangun lalu bersiap-siap untuk ke sekolah.
7
Nabil, Nabilah, jangan bawa telefon bijak
atau tablet ke sekolah ya.
8
"Kring!!!"
Bunyi loceng menandakan waktu rehat. Semua murid
beratur dan mula berjalan ke kantin. Nabil dan Nabilah
tidak ke kantin. Mereka berjalan ke perpustakaan.
Sampai sahaja di situ, mereka menggunakan komputer.
Setiap hari, itulah rutin harian Nabil dan Nabilah. Mereka
sanggup tidak makan kerana ingin melungsuri Internet.
9
Setelah tamat sekolah, Nabil dan Nabilah pun pulang
ke rumah. Tanpa menukar pakaian seragam sekolah,
mereka mencapai telefon bijak dan tablet mereka.
10
“Nabilah! Skrin telefon bimbit Abang gelap.
Tadi baru sahaja Abang caj.
Tablet Nabilah juga tidak boleh
berfungsi! Apa telah berlaku?
11
Ibu rasa telefon dan tablet ini rosak kerana
kamu berdua terlampau kerap menggunakannya.
Kami hendak buat apa sekarang, Ibu?
12
Ibu mengajak Nabil dan Nabilah bersiar-siar dan
bermain layang-layang di taman. Sudah lama
mereka tidak melakukan aktiviti tersebut
bersama-sama kerana asyik bermain dengan
telefon bimbit dan tablet.
13
“Nabil, Nabilah, apa perkara
menarik yang berlaku di sekolah tadi?
Kami belajar membuat wau
di kelas Bahasa Melayu, Ayah.
Ya, kemudian Ibu bawa kami
ke taman untuk bermain
layang-layang!
14
Bagus juga alat-alat mereka itu
tidak berfungsi ya.
Betul. Saya rasa gembira sekali
dapat berbual mesra dengan mereka tadi.
15
Pada hujung minggu, ayah dan ibu Nabil dan Nabilah
membawa mereka berdua ke kedai menjual
barang-barang elektronik. Mereka menyangka
anak-anak mereka ingin membeli telefon bimbit dan
tablet baharu.
Kami lebih gembira melakukan
aktiviti lain, Ayah.
Buat masa ini, kami tidak perlukan
telefon bimbit dan tablet itu, Ibu.
16
Ayah dan ibu Nabil dan Nabilah berasa amat
bangga dengan keputusan yang dibuat oleh
anak-anak mereka.
17
Apakah yang akan berlaku
jika saya tidak wujud?
18
Glosari
Perkataan Maksud
gelagat (hlm. 4) tingkah laku / gerak geri
menyesal (hlm. 6) berasa tidak senang kerana telah
melakukan kesalahan
terlampau (hlm. 12) lebih daripada yang dijangka atau
yang sepatutnya
bersiar-siar (hlm. 13) berjalan-jalan
berfungsi (hlm. 15) mempunyai peranan atau tugas
berbual (hlm. 15) bercakap-cakap
19
Aktiviti Bersama Keluarga
Nama Aktiviti: Perbincangan
Bincangkan dengan anak anda kebaikan dan keburukan penggunaan
alat elektronik seperti telefon bijak dan tablet.
20
CCoorreettaann BBeebbaass
21
CCoorreettaann BBeebbaass
22
© 2018 Kementerian Pendidikan Singapura
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang, menyimpan atau menerbitkan
semula mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sama ada
secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada pemilik hak cipta buku ini.
Diterbitkan oleh
Kementerian Pendidikan Singapura
dan
Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan
Penggunaan Bahasa Melayu
Illustration and Design by Thoughts Creations
Email: [email protected]
First published 2018
All rights reserved. No part of this publication may be produced, stored in a
retrieval system or transmitted, in any form or by any means, electronic, mechanical,
photocopying, recording or otherwise, without prior permission of the copyright owner.
CINTA T
ISBN 978-981-11-6418-7
Printed in Singapore