PROGRAM PEMUAFAKATAN
IBU-BAPA/PENJAGA
TAHAP 1 DAN 2
SK PASIR PUTIH
KEHADIRAN :
Barisan Pentadbir
Wakil AJK PIBG
Ibu-bapa/Penjaga
Guru UBK, Guru UD & Wakil Guru
PENGISIAN PROGRAM
• 1.00PM :
• BACAAN DOA.
• UCAPAN GURU BESAR CEMERLANG.
• SLOT PENTADBIR.
• 1.20 PM :
• SLOT UNIT DISIPLIN.
• 1.40PM:
• SLOT UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING.
• 2.00 PM:
• UCAPAN WAKIL AJK PIBG
• 2.10 PM:
• Q&A – SESI SOAL JAWAB.
• 2.30 PM:
• SESI BERGAMBAR - PENUTUP.
UCAPAN PENTADBIR
GURU BESAR CEMERLANG
EN ABDUL SAMAD HJ UDA
Program Pemuafakatan Ibu-bapa/Penjaga bertujuan memastikan murid
terlibat dalam program dan aktiviti sekolah yang akhirnya memberi impak
kepada murid.
Sekolah masih tidak bersemuka kesan pendamik Covid 19 – Justeru kita
teruskan PdPR sehingga 16 Julai 2021. Kerajaan akan membuat
pengumuman dilanjutkan atau sebaliknya.
Penilaian (Ujian) murid diambil khususnya tahap 2 mengambil kira Pelbagai
aspek termasuk penglibatan PdPR murid. Guru Besar memohon jasa baik
ibu-bapa/penjaga memastikan anak-anak terlibat PdPR kerana ujian secara
bersemuka belum dapat dijalankan. SOP & arahan MKN memastikan orang
awam tidak berada di kawasan sekolah perlu dipatuhi.
Ibu-bapa/penjaga tahap 1 dapat memantau anak-anak dari jam 7 pagi
sehingga 12.30 Tengahari & pastikan boleh menyiapkan tugasan. Elakkan
murid berjalan terutama waktu PdPR.
Guru perlu terlibat mengadakan PdPR setiap hari dan menyediakan
laporan berdasarkan respon isi kehadiran & rekod penghantaran tugasan.
UCAPAN PENTADBIR
GURU BESAR CEMERLANG
EN ABDUL SAMAD HJ UDA
Elak budaya mengisi kehadiran tetapi tidak menghantar tugasan. Kita perlu
sama-sama memperbaiki demi membantu anak-anak. Penghantaran malam
atau waktu lain dibolehkan dan tolong maklumkan guru untuk rekod.
Analisa kehadiran dan penglibatan murid menghantar tugasan akan
disediakan oleh Unit Disiplin dan bersama UBK akan mendekati anak-anak
yang tidak terlibat PdPR bagi tujuan membantu anak-anak.
Mohon AJK PIBG membantu sekolah dengan cara turut sama-sama selalu
mengingatkan anak-anak untuk terlibat PdPR.
Walaupun UPSR sudah dimansuhkan; kita perlu tetap memastikan anak-
anak sentiasa mengambil berat dan menguasai pelajaran.
Guru Besar memohon maaf jika ada kekurangan dan terima kasih atas
kerjasama yang diberikan oleh semua ibu-bapa/penjaga.
SLOT PENTADBIR
PENOLONG KANAN KURIKULUM (PK1)
PN MARIZA RAFLEY
Antara tujuan lain program ini; melihat perkembangan yang berlaku
sepanjang PdPR. PdPR sudah tidak asing lagi kepada semua. Walaupun
sudah tahun kedua; namun masih ada kekangan dan masalah yang masih
dihadapi & cuba diatasi bersama dengan adanya pemuafakatan ini.
Selaku PK1; Pn Mariza terlibat langsung dalam penyediaan jadual waktu
murid & guru serta pelaporan berkaitan.
PdPR bukanlah sesuatu yang mudah bagi guru; banyak perkara perlu
dibuat. Bantuan daripada ibu-bapa/penjaga dalam memastikan anak terlibat
PdPR adalah sangat bermakna.
Banyak pelaporan secara berkaitan antara tugasan murid, pelaksanaan
PdPR guru perlu dilengkapkan dan dihantar setiap hari.
Tidak dinafikan pelbagai kekangan dihadapi seperti ketiadaan peranti,
laptop atau berkongsi telefon; tetapi sebolehnya ibu-bapa/penjaga
memastikan anak akan terlibat PdPR harian mengikut kesesuaian & jangan
berdiam diri & langsung tidak terlibat.
Pengisian subjek adalah berdasarkan peruntukan masa yang ditetapkan
termasuklah mengambil kira dasar & penglibatan mengajar guru setiap hari.
SLOT PENTADBIR
PENOLONG KANAN KURIKULUM (PK1)
PN MARIZA RAFLEY
Guru akan menunggu penghantaran tugasan murid setiap hari & membuat
laporan penglibatan murid.
Mohon ibu-bapa/penjaga memahami situasi dialami oleh guru – Dalam erti
kata lain; semua pihak saling bekerjasama.
Penilaian ujian akan mengambil kira ujian yang sempat diadakan semasa
sekolah bersemuka (50%) dan penyertaan PdPR (50%). Agak sukar bagi
guru menilai murid yang tidak terlibat PdPR. Justeru mohon kerjasama untuk
saling mengingati keperluan terlibat PdPR oleh murid.
Sangat mengharapkan Ibu-bapa/penjaga memantau, bantu membimbing &
memastikan anak-anak terlibat mengikuti PdPR setiap hari.
Mohon sentiasa mengingatkan anak & kejiranan untuk menggunakan masa
PdPR harian dengan lebih baik.
Jika ibu-bapa/penjaga bekerja atau kekangan lain yang menyebabkan
tugasan dihantar lewat; juga diterima. Asalkan memastikan anak terlibat
PdPR. Berbanding langusng tidak terlibat.
Semoga anak-anak terus mendapat ilmu bermanfaat & cemerlang
walaupun terpaksa melalui PdPR. Mohon maaf jika ada kata-kata yang
kurang disenangi & terima kasih kerjasama yang diberikan.
SLOT PENTADBIR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
(HEM)
EN ISMAIL BIKO
Kini kita melalui fasa PdPR 3.0 dan telah berusaha melaksanakan
penambahbaikan oleh pelbagai unit termasuk kurikulum, HEM & Kokum.
Kita sedar bahawa ibu-bapa/penjaga memainkan peranan dalam
pembentukan akhlak & sahsiah murid. Termasuklah penglibatan murid dalam
PdPR. Kita akur terhadap isu dihadapi; namun kita mengambil kira bahawa
masa ini; hanya PdPR sahaja medium pembelajaran murid.
Walaupun cuti; Unit HEM masih memproses hal bantuan; seperti BAP,
RMT, Kosan, KWAMP – walaupun PKP; apa yang murid layak tetap
diberikan. Kerana tiada arahan untuk kita hentikan walaupun PdPR.
Guru sangat berharap murid hadir dan menghantar tugasan. Cuba
mengandaikan suasana pembelajaran harian seperti bersekolah. Dimana
perlu bersedia untuk belajar seawal pagi merujuk jadual.
Mohon kerjasama untuk segera respon jika ada kutipan data diperlukan;
contohnya yang berlaku sekarang adalah kutipan saiz berkaitan murid.
Semoga murid sentiasa terjaga akhlak & tingkah laku serta respon
kehadiran murid adalah seiring dengan tugasan yang dihantar murid.
SLOT PENTADBIR
PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
PN WARNIDAH JEFREY
Selaras hal yang berkaitan Ko-Kurikulum; suka diingatkan bahawa hari ini
sedang berlangsung Perjumpaan Kokum Kali ke-6 secara maya. Ibu-bapa/
penjaga Tahap 2 mohon maklum bahawa murid perlu terlibat dalam kokum.
Pemaklumkan oleh PPD; aktiviti kokum masih boleh dijalankan asalkan
tidak mengganggu waktu PdPR & dilaksanakan secara dalam talian.
SK Pasir Putih aktif memberikan peluang murid terlibat aktiviti secara atas
talian di pelbagai peringkat. Sekurang-kurangnya penglibatan 50% murid.
Pada masa yang sama; penilaian PAJSK perlu dilaksanakan Tahun 4,5 & 6.
Antara kekangan; adalah murid yang tidak terlibat kokum. Namun sebagai
usaha guru-guru ialah menghubungi murid tidak terlibat & bertanya khabar.
Mohon kerjasama ibu-bapa/penjaga untuk sama-sama membantu
memastikan murid juga terlibat aktiviti Kokum secara dalam talian (Maya)
khusunya pada hari Sabtu secara bergilir.
Mengalu-alukan ibu-bapa/penjaga untuk singgah masuk ke dalam portal
Ko-Kurikulum SK Pasir Putih. Setakat ini; jumlah pelawat yang masuk adalah
sebanyak 3236 untuk melihat data & bahan sumber ilmu kokum yang lain.
Tahniah penglibatan anak-anak & ada sehingga peringkat antarabngsa.
SLOT PENTADBIR
PENOLONG KANAN PETANG
PN HASSNI LAMMA
Peringatan Mesra terutama ibu-bapa /penjaga Tahap 1 agar sentiasa
memastikan anak-anak mengikuti PdPR setiap hari.
Ingatkan juga untuk mengisi Link Kehadiran harian & menghantar tugasan
kepada guru. Ini kerana tugasan yang dihantar akan direkod & menjadi
eviden kepada guru yang mengajar.
Diharapkan ibu-bapa/penjaga bersabar dalam situasi pendamik ini & tidak
jemu membimbing serta memantau kerja-kerja anak agar murid tidak
ketinggalan dalam pembelajaran.
Sebarang permasalahan & pertanyaan berkaitan pelajaran; ibu-
bapa/penjaga boleh mengubungi guru mata pelajaran terlibat.
Id Delima murid; Jika ingin mendapat maklumat Id Delima anak boleh
merujuk kepada guru kelas.
Adalah diharapkan kerjasama padu & berterusan diperolehi daripada pihak
ibu-bapa/penjaga, guru, AJK PIBG.
SLOT UNIT DISIPLIN
UNIT DISIPLIN
SEKOLAH (UD)
SK. PASIR PUTIH, TAWAU
Unit
Disiplin
SK. PASIR PUTIH, TAWAU
Kelebihan Portal Rekod Kehadiran
/ Tugasan Pelajar :
1. Perkhidmatan lebih pantas, cepat dan mudah
2. Data Dalam sistem lebih mudah dikemas kini dan disimpan dengan
selamat serta Maklumat yg diingini dapat dicapai dengan cepat.
3. Memudahkan serta melancarkan proses pengambilan kehadiran Pelajar
dan proses penyemakan boleh dijalankan dengan cepat.
4. Segala data dan Maklumat sekolah direkodkan dan disimpan dengan
selamat.
5. Masa dan Tenaga Untuk menghantar kehadiran dijimatkan.
6. Kehadiran lebih mudah disemak walaupun aktiviti luar kelas dijalankan.
7. Memudahkan unit Disiplin dan UBK memmbuat laporan dan tindakan
yg sewajarnya kepada Pelajar yg kerap tidak hadir PDPR
Link Portal SKPPT :
https://mylink.la/skppt
Link Kehadiran MURID :
http://gg.gg/GFKehadiran
Diisi oleh murid setiap awal pagi (persekolahan)
http://gg.gg/RekodHantarTugasanMurid
Hanya diisi oleh guru mata pelajaran
Analisis Ikut Kelas
Harapan Unit Disiplin :
Setiap murid hendaklah sedaya upaya
Hadir kelas PDPR setiap hari
Mengikuti semua pelajaran mengikut jadual
Melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru
ََطَل َب الَ َعلَ َم فَ َري َض َة عَ َل َك َل مَ َسلَم
“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim” (HR Ibnu Majah)
SLOT UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING (UBK)
SALAM SAYANG DARIPADA :
CIKGU JUPRI TALLONG
CIKGU FATMAWATY NURKASMAN
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
(Sepenuh Masa) – Tahap 1 & 2.
SENARIO PdPR DI SEKOLAH
• Maklumbalas Ibu-bapa/Penjaga:
Melalui GF yang telah dilengkapkan – pihak sekolah
mengucapkan terima kasih atas perkongsian terbuka oleh
ibu-bapa/penjaga (Keluhan, Cadangan, Pandangan –
TERIMA KASIH BANYAK).
• Intervensi Guru & Pentadbir:
Tindakan Guru : Mengadakan sesi pembentangan khas
untuk membincangkan beberapa penambahbaikan yang
perlu dilaksanakan oleh guru dalam isu PdPR.
• Intervensi daripada Ibu-bapa/Guru dan Murid:
Perjumpaan maya ini; kami memohon kerjasama daripada
ibu-bapa/penjaga dalam memantau PdPR di rumah.
MENGGALAKKAN MURID AKTIF PdPR
1.Guru mengenalpasti pasti isu murid yang
tidak terlibat PdPR – mengikut subjek.
2.Guru berusaha mendekati murid - CALL.
3.Guru turun ke lapangan mendekati
murid/keluarga – ZIARAH CAKNA.
4.Mohon khabarkan guru; keberadaan
anak-anak jika tidak dapat respon kepada
PdPR – Mengesan agar tiada murid
tercicir menerima pembelajaran.
MOHON KERJASAMA IBU-BAPA/PENJAGA
• Intervensi daripada Ibu-bapa/Guru dan Murid:
Perjumpaan maya ini; kami memohon kerjasama
daripada ibu-bapa/penjaga dalam memantau PdPR di
rumah.
4.Mohon khabarkan guru; keberadaan anak-anak jika
tidak dapat respon kepada PdPR – Mengesan agar tiada
murid tercicir menerima pembelajaran.
BAGAIMANA CARANYA??
• Intervensi daripada Ibu-bapa/Guru dan Murid:
Perjumpaan maya ini; kami memohon kerjasama daripada ibu-bapa/penjaga
dalam memantau PdPR di rumah.
1.Berikan galakan anak.
2.Motivasikan untuk terlibat –
Sekurangnya penglibatan Minima &
BUKANNYA Langsung Tidak Terlibat.
3.Ingatkan RUTIN HARIAN PdPR
BAGAIMANA CARANYA??
4.Mohon khabarkan guru; keberadaan anak-anak jika tidak dapat respon kepada
PdPR – Mengesan agar tiada murid tercicir menerima pembelajaran.
1.Tolong PM Cikgu – bagi maklumat isu.
2.Khabarkan keberadaan anak-anak.
3.Digalakkan selalu berkongsi dengan
guru.
TINDAKAN – HUKUMAN???
TIADA TINDAKAN DISIPLIN DIKENAKAN:
Guru hanya ingin pastikan
–Anak-anak didik tidak tercicir pelajaran
-Anak-anak terus belajar walau di rumah
-Anak-anak terus semangat belajar
GURU MEMANTAU PERKEMBANGAN
MURID (PENILAIAN BERTERUSAN).
ANTARA GALAKAN –INTERVENSI PdPR
Antara Pendekatan PdPR • Latihan menulis
• Projek
• Modul / Buku Aktiviti
• Link Kuiz, Video, TV, dan
sebagainya
Mengambil Kira Jika Murid • Menghantar petang/malam
Lewat Menghantar Tugasan • Menghantar Hujung Minggu
• Himpun Tugasan
Berterima Kasih Buat Ibu- • Mewakili guru di rumah
bapa/Penjaga • Memantau murid di rumah
(Telah bekerjasama dengan
guru)
KHABARKAN – DITANGANI BERSAMA
1 • Murid tidak boleh membaca
•Murid tekanan, kemurungan dan gejala lain
2
•Ibu-bapa/penjaga yang tidak tahu ingin
3 berkongsi dengan siapa
•Kejiranan yang mencurigakan atau sudah
4 lama tidak kelihatan
TIPS - HADAPI TEKANAN (STRESS)
• Berkongsi dengan suami/isteri atau keluarga lain
1 ATAU orang lain yang boleh dipercayai.
•Jangan pendam : Kopi-kopi & bawang-bawang Positif
2 (Perkongsian Bermakna Alam Maya)
•Lakukan aktiviti kegemaran – sendiri atau
3 bersama keluarga
4 •Usaha selesaikan : Cara A,B,C
5 •Berdoa dan mengadu kepada pencipta.
TINDAKAN INTERVENSI – UBK & UD
Menyediakan analisa penglibatan murid mengikut
kelas oleh Unit Disiplin – Secara Berkala : untuk
kita kenal pasti dari semasa ke semasa –
Penglibatan Murid.
Teruskan ‘Sembang Santai:Hello PKP’ Harian oleh
UBK (Tanya khabar & peringatan mesra).
Teruskan Perkongsian Motivasi – Aktiviti –Program
-Hebahan Infografik/video/DLL oleh UBK.
Ziarah Cakna
Memberikan Penghargaan kepada murid (Sijil-
Hadiah untuk murid tertentu).
UBK MENGALU-ALUKAN PERKONGSIAN
IBU-BAPA/PENJAGA
SEKIAN DARIPADA SLOT UBK
Cikgu Jupri Tallong (Sidang Pagi-Tahap 2)
Cikgu Fatmawaty (Sidang Petang-Tahap1)
UCAPAN WAKIL AJK PIBG
JURUAUDIT
LUAR
PN KASRUNIYATY RULLY
Bekerja sendiri dan merupakan
Pengerusi Pertubuhan Komuniti Kg Pasir Putih Baharu Tawau (PENGGIAT)
Sesi 2020/2021.
UCAPAN WAKIL AJK PIBG
Hasil daripada penerangan tadi; terdapat beberapa aspek yang
baru difahami & baru tahu yang dianggap penting. Mohon maaf
kepada guru-guru.
Sebagai ibu-bapa/penjaga di sekolah ini; ada beberapa isu
yang dikongsikan & mungkin ada ibu-bapa/ penjaga lain turut
mengalaminya.
Antaranya : i)Terdapat ibu-bapa/penjaga yang berkongsi
telefon dengan anak; menyebabkan anak tidak dapat hantar
tugasan mengikut masa.
ii)Murid tidak dapt siapkan tugas pada hari yang sama; kerana
ibu-bapa/penjaga lewat balik & anak telah tidur.
iii)Apabila melibatkan aktiviti print (Mencetak) kerja sekolah;
ada ibu-bapa/penjaga tidak dapat melakukannya atas beberapa
alasan tidak dapat elak (PKPD, Kehabisan Ink); Situasi ini
menyebabkan anak perlu melukis & sedikit menganggu bagi
anak yang tidak pandai melukis.
UCAPAN WAKIL AJK PIBG
i)Bahan DSV diperlukan tidak dapat disediakan kerana tiada tempat
beli bahan & hanya menggunakan bahan di rumah sahaja.
Jika lambat hantar tugasan; perlu maklumkan segera guru dengan
alasannya agar guru mengerti situasi murid & rekod anak dapat dikemaskini.
Ibu-bapa/penjaga tidak dapat membantu atau menerangkan kepada
anak untuk siapkan subjek : Contohnya subjek BA, Matematik, Sains.
CADANGAN: i)Konsep hantar & ambil tugasan di sekolah dianggap bagus.
ii)Terima Kasih Info daripada guru subjek; Ibu-bapa dapat tahu mana & bila
anak tidak menghantar tugasan.
Iii)Banyakkan Aktiviti Kuiz kerana murid suka & seronok.
Kata-kata Semangat:
i)Berusaha membantu anak menghadiri kelas PdPR; Berikan semangat
kepada anak-anak;
ii)Mencari maklumat tambahan daripada youtube dan lain-lain. Iii)Berikan
kerjasama &jangan tercicir pelajaran kerana kebaikan itu akan balik dirasai
oleh anak.
Iv)Semoga semua kuat & Sabar hadapi bermacam hal. Semoga guru-guru
SK Pasir Putih dilimpahi rezeki,kesihatan &kekal sabar mendidik anak-anak.
Semoga pendamik cepat berakhir& boleh melaksanakan rutin seperti biasa.
SLOT Q&A
SESI
SOAL JAWAB
Semoga Perkongsian Ibu-bapa/Penjaga & Sekolah
akan memberi manfaat untuk semua.
SESI PENUTUP
BERGAMBAR &
RUMUSAN
Semoga Perkongsian Ibu-bapa/Penjaga & Sekolah
akan memberi manfaat untuk semua.
RUMUSAN
TERIMA KASIH BANYAK atas perhatian diberikan.
Semoga kita semua dapat bekerjasama dan
berkongsi dari semasa ke semasa.
Mohon maaf atas sebarang kekurangan daripada
warga sekolah.
Tingkatkan saling komunikasi & interaksi antara
sekolah dan ibu-bapa/penjaga : Agar kekurangan
diperbaiki & kekuatan dikekalkan.
SEKIAN - TERIMA KASIH
#Kita Merancang Allah Menentukan
#Apa yang penting Kerjasama
SALAM SAYANG DARIPADA
WARGA SK PASIR PUTIH
LINK UNTUK DIISI
• Ujian Saringan Minda Sihat DASS
(Depression Anxiety Stress Scales) – Isi Jika Perlu
• https://jpan.sabah.gov.my/pusat-
media/repositori/82-aplikasi/117-ujian-dass
• MAKLUM BALAS PROGRAM PEMUAFAKATAN IBU-
BAPA/PENJAGA – Diisi oleh semua
https://forms.gle/8jWYXa7SNmSbpZSu9