SK PASIR PUTIH TAWAU
MODUL
ULANGKAJI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1:
UNIT 12 : KERJASAMA
DISEDIAKAN OLEH :
FATMAWATY NURKASMAN
JAWATAN :
KETUA PANITIA
PENDIDIKAN MORAL
SEKOLAH :
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH
TAWAU, SABAH.
ULANGKAJI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 – UNIT 12 : KERJASAMA
1.Manakah antara berikut bukan topik pembelajaran Unit 12?
a) Sikap kerjasama tidak dapat meringankan sesuatu tugasan.
b) Kita mestilah sentiasa membantu rakan.
c) Kita mestilah sentiasa membantu guru.
d) Bermuafakat ketika membuat keputusan.
2.’Kerja kita menjadi lebih mudah dan cepat untuk disiapkan jika kita bekerjasama’ merujuk
kepada............
a) Sikap malas.
b) Kerjasama.
c) Tolak-ansur.
d) Ciri orang yang gagal.
3.Antara berikut merupakan contoh sikap yang boleh dilakukan bersama-sama, kecuali ..........
a) Menolong ibu mengemas rumah.
b) Mengadakan jamuan.
c) Membantu bapa mencuci kereta.
d) Tidak terlibat ketika membersihkan kawasan sekolah.
4.Antara berikut manakah bukan kebaikan sikap bekerjasama?
i-Kerja menjadi susah.
ii-Hidup harmoni.
iii-Bersatu padu.
a) i sahaja
b) i dan ii
c) i dan iii
d) Semua di atas
5.Antara berikut manakah kebaikan sikap bekerjasama?
a) Memanjangkan masa.
b) Kerja menjadi susah.
c) Tidak bersatu padu.
d) Memperoleh kejayaan.
6.Sikap bekerjasama dapat ............................
a) Menyukarkan sesuatu tugasan.
b) Memperbanyakkan sesuatu kerja.
c) Melengahkan masa.
d) Meringankan sesuatu tugasan.
7.Manakah bukan contoh perasaan apabila bekerjasama?
a) Sedih
b) Bangga
c) Gembira
d) Dihargai
8.Manakah antara berikut merupakan akibat (kesan) apabila bekerjasama.
a) Rakan akan mengeluh.
b) Kerja akan lambat siap.
c) Tugasan akan semakin banyak.
d) Kerja yang berat menjadi ringan.
9.Amalan kerjasama adalah seperti berikut, kecuali ......
a) Saling membantu.
b) Suka menyendiri.
c) Semangat berpasukan.
d) Bermuafakat.
10.Manakah antara berikut bukan merupakan contoh amalan sikap bekerjasama.
a) Saya menyusun kasut bersama-sama adik.
b) Saya dan kakak membina istana pasir di tepi pantai.
c) Saya menghafal sifir secara menyendiri.
d) Kami menyusun pasu bunga dengan kemas.
DIsediakan oleh :
Cikgu Fatmawaty Nurkasman
SK Pasir Putih Tawau, Sabah.
JAWAPAN
1. A
2. B
3. D
4. A
5. D
6. D
7. A
8. D
9. B
10. C
Nota:
Link Google Form:
https://forms.gle/buNBufsyXk9M58mf8
(Klik Ctrl + Klik Link)
ATAU
https://bit.ly/35k3SUk
(Klik Ctrl + Klik Link)
RUJUKAN:
Hardah Hassan, (2017) Modul Aktiviti Formula A, Pendidikan Moral Tahun 1, Petaling Jaya Selangor :
Sasbadi Sdn. Bhd.
Wang Lock Hui, Junaidah Hassan, Sing Bee Khim, (2017) Kurikulum Standard Sekolah Rendah,
Pendidikan Moral Tahun 1, Sekolah Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.