HEBAHAN MOTIVASI
MURID TAHAP 1 & 2
SK PASIR PUTIH TAWAU
TAJUK : INFO TENTANG KAWAN - SAHABAT
Disediakan oleh :
Cikgu Jupri Tallong
Cikgu Fatmawaty Nurkasman
Unit Bimbingan Dan Kaunseling (UBK)
SK Pasir Putih,Tawau.
AN KAUNSELING (UBK) - UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UBK) - UNIT BIMBINGAN DAN K
SALAM RINDU UNTUK ANAK DIDIK CIKGU
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hari ini, cikgu akan berkongsi
informasi berkaitan KAWAN atau SAHABAT.
Cikgu berharap; selepas perkongsian ini;
anak-anak akan tahu............
Apa makna kawan atau sahabat?
Ciri-ciri Seorang Kawan atau sahabat yang baik
Sebab Kenapa perlu ada kawan - sahabat?
Adab ketika berkawan - bersahabat
Kesan baik memiliki sahabat.
MAKNA KAWAN ATAU SAHABAT
SAHABAT
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap
diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain,
sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya
mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara
adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat
dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.
Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila
kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan
,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan
kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan
keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sumber : Blogspot Ako Retna | @anakomak
MAKNA KAWAN ATAU SAHABAT
KAWAN
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara
seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun
bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu
berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi
mengenainya.
Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok
dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu
menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi,
minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita
selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-
sama kawan . KAWAN boleh bertukar menjadi SAHABAT.
Sumber : Blogspot Ako Retna | @anakomak
Sumber : generasimilenia.blogspot.com
SEBAB KENAPA PERLU
BERKAWAN ATAU BERSAHABAT
BIL KAWAN ATAU SAHABAT
1 Kawan adalah seseorang yang perlu ada semasa kita susah ataupun senang.
2 Kawan juga boleh dijadikan tempat aduan /perkongsian. Tapi kawan mestilah
pandai simpan rahsia kawan.
3 Kawan boleh buatkan kita tersenyum selain keluarga
4 Kawan amat penting semasa berlajar ataupun semasa riadah. Sekiranya kita tidak
memahami sesuatu subjek dan kita malu ingin bertanya kepada guru, kita boleh
bertanya dengan kawan yang faham akan subjek
5 Kawan amatlah penting bagi sesiapa yang malas buat kerja sekolah. Kawan juga
Boleh beri galakan dan motivasi.
6 Kawan juga boleh mengurangkan tekanan kita dengan berbual perkara yang lucu
atau sebagainya. Kawan juga boleh menyanyi dan menghiburkan hati kita yang
sedang tertekan atau untuk mengisi masa lapang beribadah & melakukan kebaikan.
Sumber : Blogspot Nuffnang
DENGAN KAWAN
Sumber : Wordpress.com
DENGAN KAWAN
Sumber : SlideToDoc.com
MEMILIKI SAHABAT
• Selain Keluarga; Sahabatlah yang akan memberi
perhatian terhadap kehidupan kita. Mereka
mengambil tahu tentang kesihatan, emosi, fizikal,
kerjaya, keluarga dan kehidupan yang kita lalui.
• Mereka menunjukkan keprihatinan dan membantu
sekiranya kita memerlukan pertolongan mereka.
• Sahabat jugalah yang akan menitipkan doa buat
kesejahteraan kita walau di mana kita berada
terutama sekali apabila kita berada dalam
kesusahan.
• Andai kita berada dalam kesakitan, merekalah
antara penawar mujarab dengan gurauan dan
sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Sumber : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
MEMILIKI SAHABAT
• Islam sendiri menggalakkan untuk kita menjalinkan
persahabatan dengan sesiapa sahaja asalkan kita tahu
menjaga batasan persahabatan dan memilih sahabat yang
baik yang boleh melorongkan kita ke arah kebaikan iaitu
yang mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya.
• Nabi Muhammad SAW pernah mengibaratkan ikatan
persahabatan antara dua orang muslim dengan kedua
belah tangan. Baginda tidak menggunakan perumpamaan
lain kerana jalinan hubungan antara kedua-dua tangan
sangat tepat untuk dijadikan ibarat dalam menggambarkan
tentang hubungan sesama manusia. Kita boleh melihat
bagaimana kedua belah tangan saling membantu satu
sama lain dalam usaha mencapai sesuatu tujuan.
Sumber : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
PANTUN SAHABAT
berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ketepian;
bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian.
PENTING TAK BERKAWAN ATAU BERSAHABAT??
SANGAT PENTING. Berkawanlah & Carilah sahabat
ya anak-anak.
Semoga ilmu bermanfaat untuk anak-anak.
Teruskan SEMANGAT BELAJAR, bersabar, berusaha, berdoa.
Semoga kalian menjadi anak soleh & solehah. aamin yra.
SEKIAN -TERIMA KASIH –
.
#Jaga Kesihatan Diri & Keluarga
#Teruskan Semangat Belajar
.
”Berkawan Biar Beribu; Berkasih Biar Satu”
(Bermaksud: Kita digalakkan berkawan seramai mana yang boleh)
.
Cikgu Jupri & Cikgu Fatmawaty
Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK)
UBK SK PASIR PUTIH