AYV30002
CORE ABILITIES 3
MEI – OCT 2021
MAJLIS AMANAH RAKYAT
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL
SEKSYEN PENILAIAN DAN PERSIJILAN
UJIAN TEORI 6
U6 / T6 / L3
SESI MEI – OCT 2021
KOD/KURSUS : AYV 30002 – CORE ABILITIES 3
TEMPOH : 30 MINIT
PROGRAM : STB
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
ARAHAN :
1. Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan objektif sahaja.
2. Jawab SEMUA soalan pada kertas jawapan yang disediakan.
Buku soalan ini mengandungi 9 mukasurat bercetak.
Bahagian ini mengandungi soalan 1 hingga 20, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul dan hitamkan jawapan
tersebut pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
1. Mengapakah terdapat keperluan untuk pemuliharaan?
A. Populasi dunia semakin menyusut saban tahun
B. Pencemaran semakin berkurangan kerana kesedaran kitar semula
C. Sumber alam semakin terhakis kerana jumlah haiwan semakin
bertambah
D. Kemusnahan disebabkan oleh aktiviti manusia yang kadangkala tidak
dapat dipulihkan.
(1 markah)
2. Terdapat akta yang menghadkan pelepasan sisa ke alam sekitar. Namakan
Akta tersebut.
A. Akta Pengawalan Alam 1967 (1 markah)
B. Akta Mesin dan Jentera 1971
C. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
D. Akta Pembentukan Alam Sekitar 1980
3. Apakah yang dimaksudkan dengan EIA ? (1 markah)
A. Penilaian impak alam sekitar
B. Penilaian Industri pembuatan
C. Penilaian impak flora dan fauna
D. Penilaian impak keselamatan pekerjaan
4. Apakah kelulusan peringkat kedua yang perlu diperolehi selepas perniagaan
atau industri didaftarkan?
A. Keperluan dan penilaian alam sekitar (1 markah)
B. Pembentukan ahli lembaga pengarah
C. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan
D. Sistem pengurusan professional dan sokongan
5. Sebahagian dari aktiviti Industri Kecil dan Sederhana dinasihatkan supaya
merujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk pertimbangan dan nasihat
mengenai kesesuaian tapak industri. Namakan aktiviti tersebut.
A. Industri Penternakan (1 markah)
B. Industri besi dan keluli
C. Industri pemperosesan makanan
D. Industri pembuatan makanan tradisional
6. Diantara berikut, yang manakah aktiviti yang memerlukan orang kompeten
untuk dijalankan?
A. Pengurusan tapak bina (1 markah)
B. Pengurusan buangan terjadual
C. Pengurusan alat dan mesin/jentera
D. Pengurusan penempatan pekerja di tapak
7. Bagaimanakan pemuliharaan dapat dicapai?
A. Mencapai persetujuan dalam mengurangkan industri pembuatan
B. Mengharamkan semua aktiviti yang memberi kesan negatif pada alam
C. Mengurangkan penggunaan sumber hasil industri kepada alam semula
jadi
D. Peningkatan kelangsungan sumber semula jadi dan memperbaiki corak
penggunaan
(1 markah)
8. Diantara berikut yang manakah merupakan objektif pelan tindakan
kecemasan?
i. Untuk mengawal punca insiden.
ii. Untuk mengawal kerugian kewangan dan ekonomi
iii. Untuk menyelamatkan orang ramai dan alam sekitar.
iv. Untuk mengawal keadaan dan menghadkan kerosakan.
A. I,II dan III (1 markah)
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. I,II,III dan IV
9. Berdasarkan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan
dan Penyakit Pekerjaan) 2004, pilih kandungan Bahagian II :Peraturan 7
A. Penalti.
B. Penyelenggaraan Semua Rekod-rekod Kemalangan
C. Tiada berlaku kemalangan atau adegan kejadian berbahaya.
D. Pemberitahuan dan pelaporan kemalangan dan kejadian berbahaya.
(1 markah)
10. Keperluan Pelaporan di bawah OSHA 1994, Seksyen 32(1) memerlukan
majikan untuk………..
A. melaporkan kejadian berbahaya
B. melaporkan penyakit demam dan selsema
C. melaporkan kejadian kemalangan jalan raya
D. melaporkan rawatan di hospital untuk pembedahan oleh doktor gigi.
(1 markah)
11. Berdasarkan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan
dan Penyakit Pekerjaan) 2004, siasatan kes kemalangan perlu dimulakan
dalam tempoh ______________
A. 12 jam (1 markah)
B. 24 jam
C. 36 jam
D. 72 jam
12. “Tiap – tiap majikan hendaklah menyenggara rekod semua kemalangan,
kejadian berbahaya, penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan yang telah
berlaku.”
Bilakah rekod – rekod ini perlu di kemukakan kepada JKKP?
A. Selepas 31 Januari setiap tahun (1 markah)
B. Sebelum 31 Januari setiap tahun
C. Selepas 31 Disember setiap tahun
D. Sebelum 31 Disember setiap tahun
13. Siapa yang menjalankan penyiasatan kemalangan di tempat kerja?
A. Pengurus (1 markah)
B. Pakar Kemalangan
C. Ketua Pengarah (CEO)
D. Penyelia Barisan Pertama
14. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) Seksyen 30
menyatakan penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja. majikan hendaklah menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja mengikut seksyen ini jika
A. Terdapat 15 orang penyelia di tempat kerja
B. Terdapat 20 orang dan lebih pekerja di tempat kerja
C. Ketua Pengarah mengarahkan penubuhan cawangan JKKKP di tempat
kerja
D. Ketua Pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa sedemikian di
tempat kerja.
(1 markah)
15. Berdasarkan Akta OSH 1994, apakah yang diterangkan dalam Seksyen 39?
A. Kelulusan tata amalan industri.
B. Kuasa untuk masuk, memeriksa, meneliti, menyita, dsb.
C. Kuasa pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam siasatan.
D. Penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
(1 markah)
16. Seksyen 51 mengenai Penalti am mengatakan seseorang yang melalui apa-
apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini
apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi ___________
A. Lima ribu ringgit dan penjara tidak lebih 6 bulan
B. Tujuh ribu ringgit atau penjara tidak 3 bulan atau kedua-duanya
C. Sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
satu tahun atau kedua-duanya
D. Dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya
(1 markah)
17. Kenapa Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) digubal
dan diwartakan?
A. Akta Kilang dan Jentera 1967 terlalu luas dan tidak spesifik
B. Akta Kilang dan Jentera 1967 tidak melibatkan keselamatan pekerja
C. Akta Kilang dan Jentera 1967 sudah terlalu lama dan ketinggalan zaman
D. Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi keselamatan dan
kesihatan pekerjaan sektor perkilangan, perlombongan dan pengkuarian
dan pembinaan
(1 markah)
18. Berdasarkan Akta OSH 1994, jika kecederaan fizikal akibat kemalangan
ditempat kerja yang menghalang seseorang daripada bekerja selama lebih
daripada 4 hari kalendar, apakah tindakan yang perlu diambil majikan?
A. Memberhentikan pekerja tersebut dari jawatan disandang
B. Mengantung pekerja tersebut dari jawatan yang dsandang
C. Menghantar laporan bertulis dalam borang DOSH-JKKP 6 dalam
tempoh 7 hari
D. Melaporkan bertulis kepada DOSH-JKKP dalam tempoh satu bulan dari
tempoh kemalangan
(1 markah)
19. Hieraki kawalan hazard boleh dibahagikan kepada tiga (3) peringkat. Pilih
jawapan disusun mengikut hieraki yang BETUL?
I. Menyingkir hazard
II. Mengganti, mengasing dan kawalan kejuruteraan
III. Kawalan pentadbiran dan menggunakan peralatan perlindungan
Personal (PPE)
A. I, II dan III (1 markah)
B. III, II dan I
C. II, I dan III
D. I, III dan II
20. Apakah kepentingan Sistem Permit Melakukan Kerja (PTW) dilaksanakan?
A. menggariskan langkah-langkah utama yang diperlukan untuk
menyelesaikan tugas
B. masa yang mencukupi diberikan ketika penyerahan giliran untuk
membincangkan semua permit berterusan.
C. memberi kuasa kepada orang-orang tertentu untuk menjalankan kerja-
kerja tertentu, pada masa dan tempat tertentu.
D. Memberi kebenaran secara bertulis bagi melakukan kerja-kerja yang
berpotensi mendatangkan bahaya untuk mengawal keselamatan dan
kesihatan pekerja dan alam sekitar.
(1 markah)