AYV30002
CORE ABILITIES 3
MEI – OCT 2021
MAJLIS AMANAH RAKYAT
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL
SEKSYEN PENILAIAN DAN PERSIJILAN
UJIAN TEORI 2
U2 / T2 / L3
SESI MEI – OCT 2021
KOD/KURSUS : AYV 30002 – CORE ABILITIES 3
TEMPOH : 30 MINIT
PROGRAM : STB
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
ARAHAN :
1. Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan objektif sahaja.
2. Jawab SEMUA soalan pada kertas jawapan yang disediakan.
Buku soalan ini mengandungi 11 mukasurat bercetak.
Bahagian ini mengandungi soalan 1 hingga 20, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul dan hitamkan jawapan
tersebut pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
1. Apakah turutan proses yang betul semasa mewujudkan satu rangkaian
aliran?
i. Merancang sistem informasi.
ii. Tentukan reka bentuk sistem.
iii. Tentukan keperluan pengguna.
iv. Mengenal pasti keperluan pengguna.
A. i, ii, iii dan iv (1 markah)
B. I, ii, iv dan iii
C. ii, iii, ii dan iv
D. iv, iii, i dan ii
2. Apakah turutan prosedur awal dalam memilih perisian yang terbaik?
i. Ambil analisa kos/faedah.
ii. Ciri-ciri berbanding keperluan.
iii. Timbangkan kesesuaian perkakasan.
iv. Timbangkan peningkatan di masa hadapan.
A. ii, i, iii dan iv (1 markah)
B. ii, i, iv dan iii
C. ii, iii, i dan iv
D. ii, iii, iv dan i
3. Apakah turutan langkah yang betul dalam memahami perkembangan
teknologi maklumat?
i. Mengenal pasti kegunaan teknologi maklumat.
ii. Mematuhi perkembangan teknologi maklumat.
iii. Mematuhi pengetahuan terkini teknologi maklumat.
iv. Memahami perhubungan antara sistem dan teknologi.
A. i, ii, iii dan iv (1 markah)
B. i, ii, iv dan iii
C. ii, i, iii dan iv
D. i, iii, iv dan ii
4. Apakah langkah yang perlu diambil dalam peningkatan teknologi di masa
hadapan?
A. Mengetahui spesifikasi semasa, bersesuaian dan kos.
B. Mengenal pasti perisian yang digunakan, fungsi dan kos analisis.
C. Mengetahui peningkatan, fungsi, kos menaik taraf dan keperluan
semasa.
D. Mengenal pasti kos persediaan awal, ciri-ciri yang boleh digunakan
dan fungsinya.
(1 markah)
5. Apakah yang dipanggil interaksi manusia dengan komputer menggunakan
kumpulan perkataan, simbol atau kod?
A. Aplikasi (1 markah)
B. Operasian
C. Komputeran
D. Pemprograman
6. Apakah kebaikan proses analisis kos?
i. Memahami kos persediaan awal.
ii. Kenalpasti pertambahan bayaran.
iii. Selaras perbelanjaan secara bulanan atau tahunan.
iv. Bayaran urus niaga sama dibuat dengan pantas dan tepat.
A. i, ii dan iii (1 markah)
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
7. Apakah aplikasi yang biasa digunakan seharian?
i. Microsoft Words
ii. Microsoft Excel
iii. Microsoft Scheme
iv. Microsoft Power Point
A. i, ii, dan iii (1 markah)
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
8. Apakah definasi teknologi maklumat?
A. Khidmat diantara komputer dan manusia.
B. Sistem yang menghubungkan komunikasi.
C. Teknologi yang mengawal selia penggunaan data antara komputer
dan telefon bimbit.
D. Aplikasi komputer dan peralatan telekomunikasi untuk dokumentasi dan
memanipulasi data.
(1 markah)
9. Pilih gabungan komponen sistem teknologi maklumat adalah betul.
A. Perkakasan, data, teknologi dan manusia.
B. Perisian, mesin, internet, telefon bimbit dan rangkaian.
C. Perkakasan, perisian, data, prosedur, rangkaian dan manusia.
D. Prosedur, sistem, manusia, komputer, teknologi dan mudah alih.
(1 markah)
10. Pilih tiga (3) penyataan yang betul dalam memilih aplikasi.
i. Keperluan perkakasan.
ii. Kos atau faedah analisis.
iii. Keupayaan boleh dicetak.
iv. Ciri-ciri terhadap keperluan.
A. i, ii dan iii (1 markah)
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
11. Pilih contoh yang betul untuk menggunakan aplikasi kemasukkan data.
A. Firefox (1 markah)
B. Wordpad
C. Photo gallery
D. Microsoft Access
12. Mengapa kita perlu menyedari tentang perkembangan teknologi maklumat?
i. Memperbaiki hasil kerja.
ii. Memperbaiki sistem analisis.
iii. Memahami kos yang terbabit.
iv. Memperbaiki kecekapan kerja.
A. i, ii, dan iii (1 markah)
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
13. Bagaimanakah cara untuk mempromosikan penggunaan teknologi maklumat?
A. Memperkenalkan etika peraturan teknologi maklumat dan
menguatkuasa peraturan.
B. Memulakan kempen, menyemai nilai positif penggunaan internet dan
promosi kesedaran awam.
C. Mempromosikan pertandingan secara maya, memupuk kesedaran
penggunaan media sosial dan mengadakan kempen.
D. Mereka bentuk poster etika teknologi maklumat, mencipta pertandingan
teknologi maklumat dan tawar hadiah untuk pengguna teknologi
maklumat terbaik.
(1 markah)
14. Apakah kaedah untuk mempromosikan perniagaan atas talian?
A. Promosi pakej komunikasi dan tawaran laman web hosting.
B. Cipta pendaftaran perniagaan secara atas talian dan bantu pendaftaran.
C. Tawarkan geran, promosikan pendaftaran dan bantu menambahkan
pendaftaran.
D. Promosi “Click Wisely”, menyiapkan pendaftaran atas talian dan
tawar geran perniagaan.
(1 markah)
15. Apakah langkah yang perlu diambil untuk memastikan pemain industri
mematuhi polisi kerajaan?
A. Cadangkan akta baharu dan kuatkuasakan undang-undang.
B. Umumkan akta, kuatkuasakan peraturan dan tawarkan nasihat .
C. Menyediakan majlis rayuan, cadangkan akta baharu dan kuatkuasakan
undang-undang baharu.
D. Menyediakan khidmat rundingan, kuatkuasa undang-undang dan
ambil tindakan ke atas pembuat kesalahan undang-undang.
(1 markah)
16. Bagaimanakah proses aliran di dalam rangka kerja institusi di bawah Akta
Komunikasi dan Multimedia?
i. Arahan dari Kementerian
ii. MCMC menghebahkan akta
iii. MCMC menguatkuasakan akta
iv. MCMC memproses cadangan berdasarkan maklum balas
A. i, ii, iii, iv (1 markah)
B. i, ii, iv, iii
C. i, iii, ii, iv
D. i, iii, iv, ii
17. Apakah badan yang mengawal komunikasi dan multimedia di Malaysia?
A. Suruhanjaya Multimedia Malaysia (1 markah)
B. Badan Penasihat Teknologi Malaysia
C. Badan Komunikasi dan Multimedia Kebangsaan
D. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia malaysia
18. Apakah nama bagi perundangan yang betul berkaitan komunikasi?
A. Dasar Komunikasidan dan Strategi Multimedia 1997.
B. Akta Penyiaran (1998) dan Akta Telekomunikasi (1950).
C. Akta Suruhanjaya Multimedia 1999 dan Akta Multimedia 1998.
D. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia 1998.
(1 markah)
19. Mengapakah terdapat keperluan untuk mengadakan perundangan
Komunikasi dan Multimedia di Malaysia?
A. Mengisi kuota perundangan yang diperlukan.
B. Atas permintaan dari pemain industri komunikasi dan multimedia.
C. Untuk mengisi keperluan dari peningkatan tumpuan industri
komunikasi dan multimedia.
D. Untuk mengisi keperluan prosedur yang ditetapkan oleh badan
pengawal luar yang mengawal selia penggunaan internet di luar negara.
(1 markah)
20. Mana diantara akta di bawah yang mematuhi undang-undang semasa
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia?
i. Menggunakan perkhidmatan pos nasional.
ii. Mengawal maklumat sulit di bawah undang-undang tertentu
iii. Mendaftarkan perniagaan dalam talian dengan Pendaftar
Syarikat.
iv. Mengelakkan tohmahan dan menjatuhkan maruah semasa
dalam talian.
A. i, ii dan iii (1 markah)
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv