AYV30002
CORE ABILITIES 3
MEI - OCT 2021
MAJLIS AMANAH RAKYAT
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL
SEKSYEN PENILAIAN DAN PERSIJILAN
UJIAN TEORI 1
U1 / T1 / L3
SESI MEI – OCT 2021
KOD/KURSUS : AYV 30002 – CORE ABILITIES 3
TEMPOH : 30 MINIT
PROGRAM : STB
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
ARAHAN :
1. Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan objektif sahaja.
2. Jawab SEMUA soalan pada kertas jawapan yang disediakan.
Buku soalan ini mengandungi 8 mukasurat bercetak.
Bahagian ini mengandungi soalan 1 hingga 20, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul dan hitamkan jawapan
tersebut pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
1. Pilih ciri - ciri asas bagi seorang perunding yang baik. (1 markah)
i. Pendengar yang baik.
ii. Komunikator yang baik.
iii. Boleh membuat keputusan.
iv. Gemar memberi pendapat.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
2. Apakah perkara yang melibatkan teknik perundingan asas?
i. Melakukan perbincangan berperingkat.
ii. Mengenal pasti keperluan dan kemahuan pihak.
iii. Mengenal pasti perkara yang perlu dikompromikan.
iv. Menilai keperluan dan kehendak serta matlamat sebenarnya.
A. I, II dan III (1 markah)
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
3. Pilih pernyataan yang bukan berkaitan dengan rundingan.
A. Urus niaga yang adil dan menguntungkan.
B. Rundingan diadakan bagi mencapai persetujuan.
C. Proses tawar - menawar bagi menyelesaikan perbezaan.
D. Rundingan ialah proses tawar - menawar antara dua pihak.
(1 markah)
4. Pilih pernyataan bukan berkaitan dengan kepentingan perundingan.
A. Bagi mengelakkan konflik. (1 markah)
B. Untuk mencapai keputusan.
C. Bagi membentangkan hujah - hujah.
D. Bagi menyelesaikan isu - isu yang berlarutan.
5. Apakah jenis rundingan sekiranya sesebuah negara menandatangani
perjanjian tetapi tiada niat untuk melaksanakannya?
A. Rundingan kalah - kalah. (1 markah)
B. Rundingan berniat jahat.
C. Rundingan menang - kalah.
D. Rundingan menang - menang.
6. Apakah jenis rundingan untuk menubuhkan perkongsian perniagaan?
A. Rundingan niat jahat. (1 markah)
B. Rundingan kalah - kalah.
C. Rundingan menang - kalah.
D. Rundingan menang - menang.
7. Apakah jenis rundingan sekiranya berkaitan gaji pekerja. (1 markah)
A. Rundingan niat jahat.
B. Rundingan kalah - kalah.
C. Rundingan menang - kalah.
D. Rundingan menang - menang.
8. Apakah perkara yang perlu dipastikan apabila membuat sebarang
rundingan?
A. Membiarkan perbincangan menjadi hangat.
B. Bersetuju dengan semua syarat pihak lawan.
C. Memulakan perbincangan dengan tawaran akhir.
D. Mengenali punca, implikasi, dan beberapa kemungkinan penyelesaian.
(1 markah)
9. Apakah yang patut dilakukan jika anda mengesyaki bahawa pihak lain
sedang berunding dengan niat jahat?
A. Bersaing secara sihat untuk memujuk.
B. Beri kerjasama untuk menarik minatnya.
C. Mengelak daripada meneruskan rundingan.
D. Fikirkan tentang syarat-syarat dan dendaan dalam perjanjian.
(1 markah)
10. Apakah hasil rundingan yang tidak berkesan? (1 markah)
i. Kedua - dua pihak kalah
ii. Kedua - dua pihak menang.
iii. Rundingan menemui jalan buntu
iv. Satu pihak menang, dan satu pihak kalah.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
11. Pilih pernyataan yang salah bagi mewujudkan suasana komunikasi yang
berkesan.
A. Pilih masa yang sesuai.
B. Gunakan bahasa isyarat.
C. Wujudkan suasana selesa untuk menggalakkan berkomunikasi
terbuka.
D. Elakkan memulakan perbincangan tentang topik berat pada lewat
petang.
(1 markah)
12. Pilih perkara yang bukan merupakan cara berkomunikasi secara lisan
yang betul.
A. Emel (1 markah)
B. Mesyuarat
C. Pembentangan
D. Panggilan telefon
13. Yang manakah diantara berikut bukan pernyataan yang benar tentang
kepentingan saluran komunikasi formal?
A. Komunikasi melalui saluran formal terhad kepada mesej organisasi.
B. Saluran komunikasi formal merupakan cara untuk berkongsi maklumat.
C. Saluran komunikasi formal merupakan cara untuk berkongsi mesej
peribadi.
D. Peraturan, prosedur atau standard tertentu perlu diikuti dalam
menggunakan saluran komunikasi formal.
(1 markah)
14. Apakah bentuk komunikasi yang diperlukan untuk menyampaikan
maklumat semasa bermesyuarat?
A. Berbahas (1 markah)
B. Berpidato
C. Menerangkan
D. Mendemonstrasikan
15. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah komunikasi lateral atau
horizontal?
A. Dilakukan antara staf dari tahap yang sama. (1 markah)
B. Dilakukan dengan pembekal atau pelanggan.
C. Dilakukan antara pengurus dengan kakitangan.
D. Dilakukan untuk meningkatkan usaha koordinasi.
16. Apakah tugas utama pegawai perhubungan? (1 markah)
A. Menentukan polisi.
B. Menerangkan prosedur.
C. Membuat laporan prestasi.
D. Menjadi pengantara antara dua pihak.
17. Pilih kenyataan yang bukan merupakan kaedah kemahiran perhubungan
yang baik.
A. Kebolehan bekerja dalam pasukan (1 markah)
B. Kemampuan berkomunikasi dengan baik.
C. Kebolehan bekerjasama dengan orang lain.
D. Kemampuan menggunakan perkataan yang susah.
18. Apakah teknik untuk menjadi seorang komunikator yang baik?
A. Menggumam apabila bercakap. (1 markah)
B. Menggunakan bahasa berbunga.
C. Menggunakan bahasa yang mudah difahami.
D. Menggunakan suara yang lantang pada setiap masa.
19. Apakah perkara yang boleh berlaku sekiranya komunikasi yang
dilakukan tidak berkesan?
A. Pengurus berpuas hati. (1 markah)
B. Maklumat akan sampai kepada penerima.
C. Arahan pengurus mungkin tidak dilaksanakan.
D. Kakitangan akan mengikut cakap ketua mereka.
20. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya mempunyai teknik komunikasi
yang baik?
A. Rahsiakan daripada orang lain. (1 markah)
B. Umumkan kepada orang ramai.
C. Simpan untuk kegunaan sendiri.
D. Kongsi dengan ahli pasukan lain.