The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Feeka Haslan, 2019-11-18 07:45:36

Minit Mesyuarat Panitia BM Bil 3/2019

minit mesyuarat bil 3

Keywords: Minit Mesyuarat

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SG MERAB LUAR
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL/FAKS: 03-89256699

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 3 /TAHUN 2019

Tarikh : 4 Julai 2019

Masa 2.00 petang

Tempat : Bilik PLC

Pengerusi : Puan Sarinah Binti Mustadi

Kehadiran (Bilangan) : 11

Nama Yang Hadir : 1.Puan Sarinah Binti Mustadi
2.Puan Siti Almah Binti Jonit
3. Encik Mohd Samudin Bin Mat Salleh
4. Puan Nor Azian Binti Hj. Long
5. Puan Siti Nur Hafeeka Binti Haslan
6. Puan Sharifah Nur Liyana Binti Syed Alwi
7. Puan Norlizah Binti Mohd Jasit
8. Puan Rosmaziah Binti Kamarudin
9. Norazura Binti Abdullatif
10. Mohd Asrin Bin Mohd Arif

Nama Yang Tidak Hadir
Turut Hadir (Jika ada) 1. Encik Muzzan Bin Talib (GPK Kurikulum)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Puan Sarinah Bt Mustadi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ahli ke mesyuarat kali
ketiga.

Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT.
2.1 Encik Mohd Asrin Bin Mohd Arif mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu
disahkan dengan pindaan.

2.2 Puan Norlizah Bt Mohd Jasit menyokong agar minit mesyuarat disahkan.

Tindakan: Setiausaha

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Pengerusi menyatakan majlis penyampaian hadiah untuk semua aktiviti panitia perlu
disampaikan kepada murid-murid sebelum majlis penutup. Hal ini bagi mengelakkan
masa penyampaian hadiah yang terlalu lama bagi setiap panitia.

Tindakan: Setiausaha

4 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Post Mortem Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019
Pengerusi memaklumkan bahawa panitia perlu menaikkan target serta pencapaian
murid. Post mortem markah peperiksaan seperti berikut:

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

BILANGAN A % LULUS % GAGAL % GPMP

TAHUN

TAHUN 4 9 6.72 111 82.84 23 17.16 3.15
MURID MURID MURID

TAHUN 5 15 10.34 127 87.59 18 12.41 2.82
MURID MURID MURID

TAHUN 6 22 21.57 97 95.10 5 MURID 4.90 2.46
MURID MURID

BILANGAN A BAHASA MELAYU PENULISAN
% LULUS % GAGAL % GPMP

TAHUN

TAHUN 4 14 10.45 94 70.15 40 29.85 3.67

MURID MURID MURID

TAHUN 5 4 2.76 131 90.34 14 9.66 3.20

MURID MURID MURID

TAHUN 6 9 8.82 91 89.22 11 10.78 2.88

MURID MURID MURID

Tindakan: Semua Guru Bahasa Melayu

4.2 Sasaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pengerusi membentangkan sasaran keupayaan murid mencapai Band 6 dalam
pentaksiran berasaskan sekolah pada tahun 2019. PBS dijalankan secara Off rekod.
Pengerusi mengingatkan agar guru-guru mengira pencapaian murid mengikut tahap
murid setiap tahun. Sasaran minima PBS mengikut tahun seperti berikut :

Tahun Bilangan murid yang mencapai Band 6

Tahun 1 Lisan Bacaan Tulisan
Tahun 2
Tahun 3 12 orang 28 orang 5 orang
Tahun 4
Tahun 5 12 orang 27 orang 8 orang
Tahun 6
11 orang 41 orang 16 orang

3 orang 6 orang 3 orang

2 orang 2 orang 2 orang

68 orang 72 orang 43 orang

Tindakan: Guru-guru Bahasa Melayu

4.3 Penerapan mata pelajaran Sivik dalam waktu Bahasa Melayu
Pengerusi mengingatkan guru-guru agar menjalankan menerapkan Sivik dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu pada minggu keempat bagi setiap bulan. Pengajaran Sivik
ini telah pun bermula pada Bulan Jun. Pengajaran ini perlu satu hari sahaja iai tu
selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan. Modul pengajaran sivik telah
disediakan. Guru-guru boleh merujuk modul. Anatar tema sivik yang perlu diajar
ialah tema kasih sayang, menghormati, kegembiraan dan bertanggungjawab.

Tindakan: Guru-guru Bahasa Melayu

4.4 Program Induk Panitia
Pengerusi memberitahu bahawa beberapa program induk panitia 2019 seperti kelas
tambahan, gerak gempur, bengkel penulisan bagi murid tahun 6, celik huruf untuk
murid lemah dan bengkel penggunaan kamus. Pengerusi menetapkan untuk
mengadakan bengkel penggunaan kamus.

Tindakan: Guru-guru Bahasa Melayu

4.5 Kursus Bahasa Melayu
Pengerusi mengingatkan guru-guru yang menghadiri kursus dibawah panitia Bahasa
Melayu agar mengambil gambar dan membuat laporan untuk dijadikan sebagai
aktiviti panitia. Guru perlu menyatakan nama kursus tersebut, tarikh dan tempat
laporan. Pengerusi juga mengingatkan guru-guru yang menjalankan program perlu
menyerahkan 1 salinan laporan kepada setiausaha untuk simpanan fail panitia.

Tindakan: Guru-guru Bahasa Melayu

4.6 Kewangan
Pengerusi membentangkan kewangan panitia pada tahun ini ialah RM1057.94.
Peruntukan kewangan ini akan digunakan untuk membeli barang-barang panitia.

Tindakan: Guru-guru Bahasa Melayu

4.7 Soalan Peperiksaan Akhir Tahun
Pengerusi mengingatkan guru-guru tahap II untuk membina soalan peperiksaan
dengan merujuk objektif yang terdapat dalam dokumen standard kurikulum
pentaksiran (dskp). Guru-guru menggunakan nisbah 3:2:1 bagi aras mudah,
sederhana dan tinggi. Guru-guru boleh merujuk jadual penggubal solan yang
ditampal pada papan kenyataan di dalam bilik guru. Soalan peperiksaan sudah boleh
mula digubal.

Tindakan: Guru-guru Bahasa Melayu

4.8 Buku Kerja Murid
Pengerusi mengingatkan guru-guru agar menada buku kerja murid, latihan murid
dan soalan peperiksaan murid. Guru perlu memulangkan soalan peperiksaan yang
sudah ditanda kepada murid.

Tindakan: Guru-guru Bahasa Melayu

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pentaksiran Bilik Darjah
Pengerusi mengingatkan guru-guru tentang borang pentaksiran bilik darjah standard
dari PPd. Borang ini sama dengan borang PBS. Guru-guru perlu sentiasa mengisi
borang skor PBD semasa mengajar.

Tindakan: Guru-guru Bahasa Melayu

5.2 Borang Penjaminan Kualiti
Guru-guru yang mengadakan bengkel perlu mendapatkan borang penjaminan kualiti
ini dan diberikan kepada guru-guru yang hadir untuk diisi.

Tindakan: Guru-guru Bahasa Melayu

5.3 Pemberian kerja rumah ketika cuti sekolah
Pengerusi mengingatkan semua guru agar memberikan kerja rumah kepada
murid-murid sepanjang cuti sekolah.

Tindakan: Guru-guru Bahasa Melayu

5.4 Borang Transit PBS
Pengerusi mengingatkan guru-guru agar sentiasa mengisi borang transit PBS
mengikut kelas yang diajar.
Tindakan: Guru-guru Bahasa Melayu

5.5 Rancangan Pengajaran Harian
Pengerusi mengingatkan guru-guru agar mengikut format rph yang telah diberikan.
Rancangan pengajaran harian mestilah sama mengikut item-item yang diberikan
oleh ppd.

Tindakan: Guru-guru Bahasa Melayu

6 PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pukul 4.00 petang dengan Surah Al-Asr.

Urus setia,
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
SK Sungai Merab Luar


Click to View FlipBook Version