The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Feeka Haslan, 2019-12-30 09:42:08

Minit Mesyuarat Bm Bil 4/2019

minit mesyuarat bil 4

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SG MERAB LUAR
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL/FAKS: 03-89256699

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 4 /TAHUN 2019

Tarikh : 19 November 2019
Masa 1.30 petang
Tempat : 2 Gemilang
Pengerusi : Puan Sarinah Binti Mustadi
Kehadiran (Bilangan) : 10

Nama Yang Hadir : 1.Encik Muzzan Bin Talib
2.Puan Siti Almah Binti Jonit
3.Puan Sarinah Binti Mustadi
4. Puan Siti Nur Hafeeka Binti Haslan
5.Encik Mohd Asrin Bin Mohd Arif
6. Encik Samuddin Bin Mohd Salleh
7.Puan Nor Azian Binti Hj. Long
8.Puan Norliza Binti Mohd Jasit
9.Puan Sharifah Nur Liyana Binti Syed Alwi
10. Puan Shariffah Binti Lasman

Nama Yang Tidak Hadir 1. Pn Hajah Zunainah Bt Mahat
Turut Hadir (Jika ada) 2. Puan Rosmaziah Binti Kamarudin
3. Norazura Binti Abd Latif
Encik Muzzan Bin Talib (GPK Kurikulum)

1 PERUTUSAN KETUA PANITIA
Puan Sarinah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ahli ke mesyuarat kali keeempat serta
syabas diucapkan kepada semua ahli kerana telah menyelesaikan PBS dan PBD bagi tahun 2019
dengan jayanya.

Tindakan: Ketua Panitia dan Semua guru Bahasa Melayu

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT.
2.1 Encik Mohd Asrin Bin Mohd Arif mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu
disahkan dengan pindaan.

2.2 Puan Norlizah Binti Jasit menyokong agar minit mesyuarat disahkan.

Tindakan:Setiausaha

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
Tidak ada perkara berbangkit.

4 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Post Morterm Peperiksaan Akhir Tahun bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahap I
dan Tahap 2

Pemahaman (Bilangan yang menguasai)

Bil Tahun Pencapaian

1 Tahun 4 80.60%

2 Tahun 5 85.61%

3 Tahun 6 100%

Penulisan (Bilangan yang menguasai)

Bil Tahun Pencapaian

1 Tahun 4 79.10%

2 Tahun 5 88.28%

3 Tahun 6 98.06%

Seramai 25 orang murid Prasekolah boleh membaca suku kata terbuka. 7 orang murid
dapat membaca suku kata terbuka dan suku kata tertutup setelah diberi masa (kurang
lancar).

Tindakan: Guru – guru Bahasa Melayu

4.2 Latihan membina ayat
Guru-guru perlu menekankan penguasaan membina ayat mudah kepada murid-murid

agar mudah untuk mereka mengaplikasikan dalam subjek lain

Tindakan: Guru – guru Bahasa Melayu

4.3 Pelan Intervensi tahun 2020
Puan Sarinah meminta guru-guru yang mengajar tahun 1 hingga tahun 5 untuk membina
pelan intervensi untuk tahun hadapan secara berkumpulan mengikut tahun yang diajar.
Pelan intervensi yang sudah siap perlu diserahkan kepada setiausaha. Pelan intervensi ini
akan diguna pakai untuk mengatasi masalah pembelajaran murid pada tahun hadapan.

Tindakan: Guru – guru Bahasa Melayu

4.4 Perancangan Program 2020
Pengerusi membentangkan beberapa program yang telah dirangka bagi tahun hadapan.
Program celik huruf digugurkan untuk tahun hadapan.

Bil Program
1 Mesyuarat Panitia (4 kali setahun)
2 Headcount peperiksaan (tahap 2)
3 Ujian dan peperiksaan (tahap 2)
4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (tahap 1 ) (guru perlu sedia borang transit)
5 Bengkel dan teknik menjawab soalan UPSR (semua guru digalakkan turut serta)
6 Aktiviti Minggu Bahasa (Bulan Februari ) 7 Februari 2020
7 Sudut Bahasa Melayu (guru perlu sentiasa kemaskini sudut maklumat di dalam kelas)
8 Amalan pengajaran dan penerapan peribahasa dalam pdpc
9 Karnival Bahasa
10 Pondok Bahasa (tambahbaik dari semasa ke semasa)

11 Pertandingan Pidato Piala Pengarah IPG
12 Pengucapan Awam (bercerita spontan)

Tindakan: Guru – guru Bahasa Melayu

4.5 Pemilihan buku aktiviti dan bilangan buku tulis 2020
Buku tulis murid diselaraskan bagi semua tahun. Tiada buku aktiviti untuk tahun
hadapan. Hal ini disebabkan guru-guru mengalami kesuntukan masa untuk menanda
buku pada tahun ini disebabkan terlalu banyak buku aktiviti yang dibeli oleh murid. Puan
pengerusi mencadangkan bagi murid tahun 6 untuk memiliki buku pintas tatabahasa dan
buku koleksi soalan untuk dibaca ketika mengulangkaji.

Tahun/tahap Buku
Tahap 1 1 buku penulisan panjang (bina ayat mudah)

Buku garis satu (G1)

Tahap 2 4 buku penulisan panjang
Prasekolah Buku garis satu (G1)

Tindakan: Guru – guru Bahasa Melayu

4.6 Kewangan
Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa panitia telah menggunakan duit
PCG panitia yang masih berbaki untuk membeli CD pidato, CD cerita rakyat yang
diletakkan di Pusat Sumber dan membeli hadiah sempena minggu Bahasa pada tahun
ini. Mesin ‘laminate’ juga telah dibeli dan guru-guru boleh menggunakannya.

Tindakan: Guru – guru Bahasa Melayu

4.7 Sudut Pidato sekolah
Pengerusi mencadangkan agar sudut pidato sekolah perlu diubah tempat kerana tempat
sudut pidato sekarang agak kurang sesuai. Pengerusi mencadangkan agar sudut pidato
lebih sesuai berada di tapak perhimpunan.

Tindakan: Guru – guru Bahasa Melayu

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Penyerapan mata pelajaran sivik dan PKJR

Encik Muzzan menyampaikan pesanan daripada puan PPD tetang penambahbaikan mata
pelajaran sivik dan PKJR dalam Bahasa Melayu. Tiada modul khas untuk sivik. Kit PKJR
masih belum diterima oleh pihak sekolah.

5.2 Penulisan rancangan pengajaran harian TS25
Puan guru besar dan Encik Muzzan telah bercadang untuk menjemput Puan Norita untuk
mengadakan Ladap Penulisan RPH TS25.

5.3 Penyemakan DSKP Bahasa Melayu
Encik Muzzan meminta ketua panitia untuk menyemak DSKP di bilik pk pentadbiran.

5.4 Pengajaran PKJR
Guru-guru perlu mengajar subjek PKJR 2 jam sebulan atau 2 kali sebulan.

5.5 Sudut Pidato
Encik Muzzan berpesan agar sudut pidato mestilah berfungsi. Guru-guru boleh membawa
murid –murid untuk menggunakan sudut pidato semasa sesi pdpc.

5.6 MBMMBI
Encik Muzzan mengatakan bahawa MBMMBI masih lagi digunakan.

5.7 Pendedahan ke sekolah menengah
Encik Muzzan mencadangkan agar murid-murid tahun 6 diberi pendedahan tentang ke
sekolah menengah selepas UPSR.

5.8 Rancangan Pengajaran Tahunan
Rancangan Pengajaran Tahunan perlu mengikut situasi sekolah walaupun rancangan

tahunan itu didapati melalui internet.
Tindakan: Guru – guru Bahasa Melayu

6. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pukul 3.00 petang dengan Surah Al-Ash.

Urus setia,
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
SK Sungai Merab Luar


Click to View FlipBook Version