The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FELEBRATE 2025 ialah warkah tahunan Klinik Kesihatan Felda Bersia yang merakamkan perjalanan perkhidmatan, inovasi, penglibatan komuniti dan pencapaian sepanjang tahun 2025. Terbitan ini menampilkan inisiatif penjagaan primer luar bandar, promosi kesihatan, kepimpinan sistem, kerjasama antara agensi serta kisah warga kesihatan yang terus berkhidmat demi komuniti.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dr. Karen Christelle, 2025-12-30 06:40:08

FELEBRATE 2025 | Warkah Tahunan Klinik Kesihatan Felda Bersia (Vol. 02)

FELEBRATE 2025 ialah warkah tahunan Klinik Kesihatan Felda Bersia yang merakamkan perjalanan perkhidmatan, inovasi, penglibatan komuniti dan pencapaian sepanjang tahun 2025. Terbitan ini menampilkan inisiatif penjagaan primer luar bandar, promosi kesihatan, kepimpinan sistem, kerjasama antara agensi serta kisah warga kesihatan yang terus berkhidmat demi komuniti.

Keywords: Primary Care

FELEBRATEV O L. N O . O 2W A R K A H T A H U N A N K L I N I K K E S I H A T A N F E L D A B E R S I A2025Menjaga, Membina, Melangkah BersamaMenjaga, Membina, Melangkah Bersama


03IsiKandunganKrew Editorial04 Warkah Editor05TadbirUrus,Keselamatan danAsasPerkhidmatan08PendidikanKesihatan&PenjagaanPrimer13KesihatanKomuniti danPemerkasaan Gaya Hidup18Kesediaan&ResponsKesihatanAwam19 Platform Komuniti&Acara Ikonik22Kepimpinan,Kolaborasi&DiplomasiKesihatan28Pembelajaran, Lawatan danPerkongsianAmalan Terbaik33Inovasi&TransformasiPerkhidmatan35 Pengiktirafan&Pembentangan37Kesejahteraan Warga&BudayaOrganisasi2


Krew EditorialEditor-in-ChiefMedia EditorKarenChristelleSyahruzzaman HassinManaging EditorAbbyChanKai Ern3


Apabila kami menerbitkan edisi pertama FELEBRATE, ia lahir daripadasatu hasrat yang sederhana, untuk merakam perjalanan warga KlinikKesihatan Felda Bersia dengan jujur, apa adanya. Edisi kedua ini pulahadir sebagai kesinambungan usaha tersebut, membawa bersama cerita,pembelajaran dan detik-detik bermakna sepanjang tahun 2025.Tahun ini mengajar kami banyak perkara. Tentang kerja berpasukanketika berdepan cabaran, tentang keberanian mencuba pendekatanbaharu, dan tentang kepentingan kekal berpijak di bumi nyata walaupunberhadapan tuntutan yang semakin kompleks. Daripada programkomuniti, inisiatif kesihatan, latihan, inovasi, sehingga ke platformkebangsaan dan antarabangsa, setiap langkah yang diambil bukan hasilusaha individu, tetapi kekuatan kolektif seluruh warga KKFB bersamarakan strategik dan komuniti yang kami khidmati.FELEBRATE bukan sekadar laporan aktiviti atau senarai pencapaian. Iaadalah ruang untuk menghargai proses, usaha yang mungkin tidak selalukelihatan, tetapi memberi makna besar kepada kualiti perkhidmatan dankesejahteraan bersama. Di sinilah kita meraikan kerja keras, ketulusan,kreativiti dan semangat saling menyokong yang menjadi nadi klinik ini.Terima kasih kepada semua warga KKFB, Pejabat Kesihatan Daerah HuluPerak, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, rakan kolaborasi, serta komunitiFelda Bersia atas kepercayaan dan sokongan yang berterusan. Semogaedisi ini bukan sahaja menjadi kenangan, tetapi juga sumber inspirasiuntuk kita melangkah ke hadapan dengan lebih yakin dan bererti.Warkah EditorKaren ChristelleSELAMAT DATANG KEFELEBRATE - EDISIKEDUA!04 FelebrateEditor-in-Chief4


Sepanjang tahun 2025, Klinik Kesihatan Felda Bersia (KKFB) memberi penekanan kepadapengukuhan asas perkhidmatan sebagai teras kepada penyampaian penjagaan kesihatanprimer yang berkualiti. Dalam persekitaran perkhidmatan yang semakin kompleks danmencabar, keupayaan fasiliti untuk berfungsi secara konsisten dan selamat bergantungkepada sistem tadbir urus yang berstruktur serta pemantauan kualiti yang berterusan.Pendekatan ini merangkumi penilaian kendiri fasiliti, kesiapsiagaan keselamatan sertapenerimaan pemantauan dan lawatan penyeliaan oleh pihak berkaitan. Melalui gabunganinisiatif dalaman dan pemantauan luaran, KKFB memastikan perkhidmatan yangdisampaikan selaras dengan keperluan tadbir urus, garis panduan semasa dan amalanterbaik penjagaan kesihatan primer.Pendekatan ini turut menyokong penyelarasan perkhidmatan antara unit bagi memastikankesinambungan penjagaan kepada pesakit. Secara keseluruhan, pendekatan inimenyumbang kepada pembinaan perkhidmatan kesihatan primer yang stabil, berdayatahan dan boleh dipercayai.FelebrateTadbirUrus,Keselamatan danAsas PerkhidmatanDi Sebalik Perkhidmatan:Asas yang Menjamin Kualiti Asas yang Menjamin KualitiBersama pasukan Unit HIV/ AIDS, Hepatitis C, Jabatan Kesihatan Negeri Perak sempena lawatan penyeliaan Program HIV, PMTCT, Hepatitis C dan STIFC pada24 Februari 2025. 5


Audit Dalaman ISO 2025Lawatan Penyeliaan ProgramKesihatan AwamAudit Dalaman ISO 2025 telah dilaksanakanpada 17 Januari 2025 atas inisiatif fasiliti,melibatkan Unit Kesihatan Ibu dan Anak(MCH), Unit Farmasi, Unit Rehabilitasi sertaKlinik Desa Bandariang. Audit ini bertujuanmenilai tahap pematuhan terhadapstandard, keberkesanan proses kerja sertamengenal pasti peluang penambahbaikandalam operasi harian. Dapatan auditdimanfaatkan sebagai asas kepada tindakanpembetulan dan penambahbaikanberterusan di peringkat fasiliti.Sebagai sebahagian daripada prosespemantauan berkala, KKFB telah menerimalawatan penyeliaan bagi program HIV,PMTCT, Hepatitis C dan STIFC oleh UnitHIV/AIDS, Hepatitis C, Jabatan KesihatanNegeri Perak pada 24 Februari 2025.Lawatan ini bertujuan memastikanpelaksanaan program selaras dengan garisgaris panduan yang ditetapkan. Klinikmemberi kerjasama sepenuhnya sepanjangproses semakan, termasuk penyediaandokumentasi dan perbincangan teknikal,sebagai sebahagian daripada komitmenterhadap ketelusan dan kualitiperkhidmatan.FelebrateTadbirUrus,Keselamatan danAsas Perkhidmatan6


Keselamatan Fasiliti danKesiapsiagaanDalam aspek keselamatan fasiliti, taklimatdan latihan keselamatan kebakaran telahdilaksanakan pada 19 November 2025 bagimeningkatkan tahap kesiapsiagaan wargakerja dalam menghadapi situasi kecemasan.Langkah ini menyokong usaha mewujudkanpersekitaran perkhidmatan yang selamatserta meminimumkan risiko kepada pesakit,staf dan fasiliti klinik.Secara keseluruhan, inisiatif-inisiatif ini mencerminkan pendekatan sistematik KlinikKesihatan Felda Bersia dalam memperkukuh asas perkhidmatan melalui penilaian kendiridan pemantauan pihak berkaitan. Pendekatan ini memastikan setiap perkhidmatan yangdisampaikan berlandaskan kualiti, keselamatan dan pematuhan terhadap piawaianpenjagaan kesihatan primer.KKFB juga menerima lawatan penilaian oleh Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi,Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada 2 Disember 2025. Lawatan ini memberi tumpuankepada pematuhan amalan farmasi, keselamatan penggunaan ubat serta keberkesananpengurusan perkhidmatan farmasi di peringkat fasiliti. Maklum balas yang diterimadigunakan sebagai rujukan untuk penambahbaikan berterusan dalam menyokong rawatanpesakit yang berkualiti dan selamat.FelebrateTadbirUrus,Keselamatan danAsas Perkhidmatan7


&Siri PendidikanKesihatanBench Talk Bench TalkSepanjang tahun 2025, KKFB melaksanakan pelbagai sesi pendidikan kesihatan melaluipendekatan Bench Talk dan demonstrasi interaktif sebagai sebahagian daripada usahaberterusan memperkasa pengetahuan kesihatan komuniti. Pendekatan ini memberi ruangkepada penyampaian maklumat kesihatan secara santai, berfokus dan mudah difahami,dengan penglibatan aktif pasukan multidisiplin di peringkat fasiliti.Siri pendidikan ini dimulakan dengan sesi Bench Talk oleh pasukan Rehabilitasi pada 8 Mei2025, yang memfokuskan kepada penjagaan kaki bagi pesakit diabetes serta kepentingansenaman untuk kesihatan. Perbincangan mengenai penggunaan antibiotik secaraberhemah turut dijalankan pada 20 Mei 2025, bertujuan meningkatkan kesedaran komunititerhadap penggunaan ubat yang selamat dan bertanggungjawab. Aspek kesiapsiagaankecemasan pula diketengahkan melalui sesi Bench Talk mengenai gigitan ular pada 22 Mei2025, yang memberi penekanan kepada langkah awal dan kepentingan rawatan segera.FelebratePendidikanKesihatan dan Penjagaan Primer8


Secara keseluruhan, siri Bench Talk dan pendidikan kesihatan ini mencerminkan usahaberterusan KKFB dalam menyampaikan maklumat kesihatan yang konsisten danrelevan kepada komuniti.Dalam usaha meningkatkan kesedaranberkaitan pencegahan kanser, ceramahmengenai kanser pangkal rahim telahdisampaikan pada 28 Mei 2025, selaridengan agenda kesihatan awam dalammenggalakkan saringan awal danperlindungan melalui vaksinasi.Siri ini turut merangkumi komponenpemakanan dan gaya hidup sihat, termasukdemonstrasi masakan sihat dan ceramahpemakanan untuk ibu hamil yangdilaksanakan pada 22 Mei 2025 di KKFB danKlinik Desa Bandariang. Pendidikanpemakanan antenatal dan kesedarankesihatan ibu terus diperkukuh melaluipelbagai sesi sokongan sepanjang tahun,selaras dengan komitmen KKFB dalammenyokong kesihatan ibu dan anak secaramenyeluruh.Pendidikan keselamatan ubat turutdiperkukuh melalui sesi yang dikendalikanoleh pegawai farmasi pada 12 Jun 2025,yang merangkumi cara mengenal pasti ubatberdaftar, penggunaan aplikasiFarmaChecker serta bahaya penggunaanubat tidak sah dan produk overclaim.FelebratePendidikanKesihatan dan Penjagaan Primer9


InisiatifKesihatan Ibu,Kanak-KanakdanKeluargaKesihatan ibu, bayi dan keluarga terus menjaditeras kepada perkhidmatan kesihatan primerdi KKFB, selaras dengan peranan fasiliti dalammenyokong kesinambungan penjagaansepanjang kitaran hayat. Sepanjang tahun2025, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagimemperkukuh pendidikan kesihatan,pemakanan serta perlindungan imunisasidalam kalangan ibu, kanak-kanak dan keluargadi komuniti setempat.Pendidikan kesihatan antenatal dengan fokuskepada anemia semasa kehamilan, khususnyaAnemia Kekurangan Zat Besi, telahdilaksanakan melalui sesi antenatal pada 18April 2025. Sesi ini bertujuan meningkatkankefahaman ibu hamil mengenai kepentinganpengesanan awal, pematuhan rawatan sertaamalan pemakanan yang sesuai bagimenyokong kesihatan ibu dan kandungan.Usaha pemantapan pemakanan bayi dankanak-kanak turut dilaksanakan melalui aktivititurun padang di Bandariang pada 23 April2025, melibatkan Pegawai Sains PemakananDaerah Hulu Perak bersama jururawat KlinikDesa Bandariang. Inisiatif ini memberitumpuan kepada kanak-kanak yang dikenalpasti mengalami masalah kurang berat badandan bantut, dengan penekanan kepadaintervensi pemakanan awal serta sokongankepada keluarga.FelebratePendidikanKesihatan dan Penjagaan PrimerIntervensi Awal, Impak Sepanjang Hayat Intervensi Awal, Impak Sepanjang Hayat10


Pemberian vaksin influenza kepada warga emas telah dimulakan pada 18 Februari 2025sebagai langkah awal perlindungan kesihatan bagi golongan berisiko tinggi, khususnyadalam mengurangkan komplikasi jangkitan pernafasan.Selaras dengan keperluan perlindungankesihatan khusus, pemberian vaksin COVID19 kepada bakal jemaah haji turutdilaksanakan bagi memastikan tahap imunitiyang mencukupi sebelum perjalanan ibadah,sejajar dengan saranan kesihatan semasa.Usaha perlindungan kesihatan keluarga iniseterusnya diperluaskan melaluipelaksanaan program vaksinasi percumaHPV dan COVID sempena Sambutan HariTanpa Tembakau Peringkat Negeri Perakpada 27 Julai 2025 di Kolej Vokasional Gerik,yang memberi tumpuan kepada peningkatanliputan imunisasi serta memudahkan akseskomuniti kepada perkhidmatan pencegahanpenyakit.FelebratePendidikanKesihatan dan Penjagaan Primer11Pemberian vaksin COVID-19, Influenza dan HPV pada Sambutan Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Perak 2025


Melindungi komuniti bermuladengan mendekati merekaKesinambungan inisiatif imunisasi kanak-kanakditeruskan melalui pelaksanaan Program ImunisasiTambahan Measles-Rubella (MR-SIA) yang berlangsungdari 4 Ogos 2025 hingga 1 Disember 2025, sebagaisebahagian daripada usaha melindungi komunitidaripada penularan penyakit campak dan rubela. Selainpemberian vaksin di fasiliti kesihatan, pasukan KKFBturut melaksanakan pendekatan lawatan dari rumah kerumah bagi memastikan kanak-kanak yang layak dalamkomuniti setempat tidak tercicir daripada perlindunganimunisasi, khususnya keluarga yang menghadapikekangan akses atau mobiliti. Pendekatan inimencerminkan komitmen kesihatan awam KKFB dalammemastikan perlindungan kesihatan yang menyeluruhdan saksama kepada komuniti yang disantuni.FelebratePendidikanKesihatan dan Penjagaan Primer12


Pelaksanaan Program Barakah FelBers juga diselaraskan dengan World Obesity Day, sebagaiusaha meningkatkan kesedaran bahawa pengurusan obesiti bukan sekadar berkaitan beratbadan, tetapi berkait rapat dengan kualiti hidup, fungsi harian dan pencegahan penyakitkronik dalam kalangan warga emas. Pendekatan ini menekankan kefahaman yang lebihseimbang dan berempati terhadap isu obesiti, khususnya dalam konteks penuaan dan amalankehidupan seharian.ProgramElemen kesejahteraan holistik turutdiketengahkan melalui Program BarakahFelBers, yang dilaksanakan pada 7 Mac2025 bertempat di Masjid Shuhada, FeldaBersia, bersempena bulan Ramadan.Program ini dirangka khusus untuk wargaemas dan komuniti setempat, denganpendekatan yang mengintegrasikankesihatan fizikal, mental dan spiritual,sejajar dengan keperluan kesihatanpopulasi yang semakin menua.BBaarraakkaahh FFeellBBeerrssFelebrateKesihatanKomuniti dan Pemerkasaan Gaya Hidup13Tangkapan layar paparan Barakah FelBers di laman World Obesity Day.


Antara pengisian utamaprogram termasuk ceramahkesihatan bertajuk “Obesiti:Antara Mitos dan Realiti”, yangmembincangkan obesiti darisudut kesihatan awam danpengurusan jangka panjang,serta “Kanser Usus: BahayaSenyap di Perut” yangmenekankan kepentingan pengesanan awal dan saringan. Program ini turut merangkumisesi “Ramadan dan Ubat: Jangan Skip, Jangan Silap”, yang memberi panduan praktikalkepada warga emas mengenai pengurusan ubat semasa berpuasa bagi memastikanrawatan berterusan dan selamat.Pendekatan penyampaian yang digunakan adalahbersifat santai, mudah difahami dan kontekstual, denganmengambil kira latar belakang, keperluan serta amalanharian komuniti. Pemilihan masjid sebagai lokasiprogram turut menyokong suasana yang mesra komunitidan menggalakkan penyertaan warga emas dalampersekitaran yang selesa dan dikenali. Pendekatan inimembantu mengurangkan jurang antara mesej kesihatandan realiti kehidupan seharian komuniti, sekali gusmeningkatkan kefahaman serta penerimaan terhadapmaklumat yang disampaikan. Interaksi dua hala yangterhasil sepanjang program turut membolehkan isukesihatan dibincangkan secara lebih terbuka danbermakna.Ramadan mengajar kita bahawa kesihatan adalahamanah yang perlu dijaga dengan bijaksana.FelebrateKesihatanKomuniti dan Pemerkasaan Gaya Hidup14


Pada 14 November 2025, bersempena Hari DiabetesSedunia dan Hari Eliminasi Kanser Pangkal Rahim, KKFBtelah menganjurkan program “Langkah Sihat, KasihBerpanjangan”. Program dimulakan dengan bacaanYassin, mencerminkan pendekatan holistik yangmenghubungkan kesejahteraan rohani dan kesihatanfizikal. Pengisian program merangkumi ceramahkesedaran diabetes, demonstrasi penjagaan kaki, sertademonstrasi masakan sihat. Program ini turut diserikandengan siaran langsung Facebook bertajuk “SembangSantai: Kerja, Kesihatan & Ketabahan - Cerita Diabetesdari Warga KKFB”, yang memberi ruang perkongsian dansokongan berterusan kepada komuniti. Selari dengankomitmen pencegahan kanser serviks, mesej berkaitanvaksin HPV, saringan awal dan gaya hidup sihat turutdisampaikan, menyokong usaha ke arah Malaysia bebaskanser pangkal rahim. Inisiatif ini mencerminkankomitmen KKFB dalam memacu pencegahan penyakitkronik melalui pendekatan bersepadu yang melibatkanindividu, keluarga dan komuniti.\"Langkah Sihat, Kasih Berpanjangan\"“Langkah Sihat, Kasih BerpanjanganFelebrateKesihatanKomuniti dan Pemerkasaan Gaya Hidup15


Fit FelBers bukanlah sebuah program yang digerakkan secara atas-bawah, sebaliknyadibangunkan melalui pendekatan ko-kreasi bersama komuniti, berpandukan suara, keperluandan realiti penduduk Felda Bersia sendiri. Sepanjang tempoh enam bulan, peserta akandibimbing oleh pasukan kesihatan KKFB dan PKD Hulu Perak pada fasa awal, sebelumperanan kepimpinan komuniti diambil alih secara berperingkat bagi memastikankesinambungan dan pemilikan bersama.Sebagai susulan kepada pelancaran, aktiviti fizikal berkumpulan dijalankan dua kali seminggu,sebagai ruang sokongan berterusan, pembinaan disiplin serta pengukuhan semangatkebersamaan. Matlamat program ini bukan sekadar perubahan pada angka, tetapi melahirkan42 pemacu komuniti yang mampu meneruskan mesej hidup sihat dalam Felda Bersia. FitFelBers membawa satu mesej yang jelas: enam bulan, satu misi, dan tiada alasan, demikesihatan yang dibina bersama, dari komuniti untuk komuniti.Fit FelBers 2025Pada 5 Disember 2025, KKFB telahmelancarkan Program Fit FelBers 2025 diDewan Semai Bakti Felda Bersia,menandakan permulaan satu perjalananperubahan gaya hidup yang digerakkanbersama komuniti. Seramai 42 orangpeserta komuniti Felda Bersia, berusiaantara 28 hingga 70 tahun, telahmenyatakan komitmen dan tekad untukmenjalani kehidupan yang lebih sihatserta menangani isu obesiti secarakolektif.FelebrateKesihatanKomuniti dan Pemerkasaan Gaya Hidup6 Bulan, 1 Misi, Tiada Alasan ! 6 Bulan, 1 Misi, Tiada Alasan !16


SaringanKesihatan diKomunitiAktiviti saringan kesihatan turut dilaksanakan sempenapenglibatan KKFB dalam Program JomSihat@Gerikpada 29 Mei 2025, sebagai usaha mendekatkanperkhidmatan kesihatan kepada komuniti. Inisiatif inimemberi ruang kepada promosi kesihatan dalamsuasana yang santai dan interaktif, sekali gusmenggalakkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakatdalam aktiviti pencegahan dan kesedaran kesihatan.Pendekatan kesihatan komuniti secara lebihmenyeluruh diteruskan melalui RX’Outreach 2.0 HealthCarnival pada 10 Ogos 2025, yang menyediakanpemeriksaan kesihatan, saringan penyakit tidakberjangkit serta khidmat nasihat kesihatan secaralangsung kepada komuniti, khususnya di kawasan luarbandar. Program ini menyokong usaha meningkatkanakses kepada perkhidmatan kesihatan sertamemperkukuh peranan fasiliti kesihatan primer dalampenjagaan berasaskan komuniti.Saringan kesihatan yang lebih tersasar turutdilaksanakan melalui program 3 Kampung 1 Jiwa, yangmelibatkan komuniti Kampung Bongor, Bandariang danFelda Bersia pada 18 Oktober 2025. Program inimenumpukan kepada pemeriksaan kesihatan asas dansaringan penyakit tidak berjangkit, dengan objektifmendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada komunitisetempat serta mengenal pasti keperluan intervensiawal di peringkat komuniti.FelebrateMendekatkan perkhidmatan, memperluas akses Mendekatkan perkhidmatan, memperluas aksesKesediaan dan ResponsKesihatanAwam17


Pada 22 Ogos 2025, pasukan KKFB telah membantu PKDHulu Perak dalam respons lapangan bagi kes disyaki wabakkeracunan makanan di Sekolah Kebangsaan Banun.Penglibatan ini merangkumi saringan awal, triage pesakitserta rawatan awal di lapangan bagi memastikan kesdikenal pasti dan diurus dengan segera.Tindakan pantas dan terkoordinasi ini menyokong usahapengawalan wabak pada peringkat awal, sekali gusmengurangkan risiko komplikasi dan penularan dalamkomuniti. Respons ini menzahirkan kesiapsiagaan sistemkesihatan daerah serta peranan perkhidmatan kesihatanprimer sebagai barisan hadapan dalam kepimpinanoperasi, koordinasi lapangan dan respons kesihatan awam,khususnya di kawasan pedalaman.Secara keseluruhan, penglibatan KKFB dalam menyokongPKD Hulu Perak mencerminkan komitmen terhadap tadbirurus kesihatan yang responsif dan bersepadu, dengankeutamaan diberikan kepada keselamatan pesakit danperlindungan kesihatan awam.Respons Lapangan WabakKeracunan MakananKesihatan awam diuji bukan ketika segalanya stabil,tetapi ketika keputusan perlu dibuat di lapangan,dengan segera dan bersepadu.FelebrateKesediaan dan ResponsKesihatanAwam18


Festival Merdeka FelBers 2025 yang berlangsung pada 21 Ogos 2025 merupakan acaratahunan terbesar anjuran Klinik Kesihatan Felda Bersia (KKFB). Majlis pada tahun initelah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Salbiah binti Mohamed, Pengerusi JawatankuasaPembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan danKoperasi Negeri Perak, merangkap Ahli Dewan Negeri Temengor.Berteraskan tema “Keluarga Sihat, Negara Hebat”, festival ini menekankan peranankeluarga sebagai asas kepada pembinaan komuniti yang sejahtera dan negara yangberdaya tahan. Pendekatan kesihatan berasaskan keluarga yang diketengahkanmerangkumi pencegahan penyakit, promosi gaya hidup sihat serta sokongan kesihatansepanjang kitaran hayat, selaras dengan peranan perkhidmatan kesihatan primer dalammenyantuni komuniti secara menyeluruh.Festival Merdeka FelBers dirangka sebagai platform interaksi antara fasiliti kesihatan,agensi rakan strategik dan komuniti setempat. Melalui penglibatan aktif komuniti,festival ini berfungsi sebagai medium pemerkasaan kesihatan yang mendekatkanperkhidmatan kesihatan kepada rakyat dalam suasana yang mesra, inklusif danberlandaskan keperluan setempat.Festival Merdeka Felbers 2025Program dimulakan dengan Fun Walk pada waktu pagi yang berjaya menarikpenyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas, keluarga dankanak-kanak. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup aktif, malahmenjadi ruang interaksi sosial yang mengeratkan hubungan kejiranan dansemangat kebersamaan komuniti.\"Keluarga Sihat, Negara Hebat\"“Keluarga Sihat, Negara HebatFelebratePlatform Komuniti danAcara Ikonik19


Aspek promosi dan pencegahan kesihatanmenjadi teras festival melalui penyediaanpemeriksaan kesihatan, saringan penyakittidak berjangkit dan saringan kanser olehpasukan kesihatan KKFB dengan sokonganagensi berkaitan. Kaunter pendaftaran PEKAB40 turut disediakan bagi memastikankomuniti yang layak mendapat akses kepadamanfaat kesihatan yang ditawarkan, selarasdengan prinsip akses saksama dalamperkhidmatan kesihatan awam.Sebagai sebahagian daripada agendapencegahan penyakit tidak berjangkit,festival ini turut menyaksikan pelancaranKempen Perangi Gula (War on Sugar) bagimeningkatkan kesedaran tentangpengambilan gula berlebihan dan kesannyaterhadap kesihatan keluarga. Selari denganSambutan Minggu Penyusuan Susu IbuSedunia dan penekanan terhadap 1,000Hari Pertama Kehidupan, fokus kepadakesihatan ibu dan anak turut diketengahkanmelalui sesi sembang santai yang interaktifberkaitan penyusuan susu ibu, pemakananawal kanak-kanak dan peranan keluargadalam menyokong tumbesaran sihat.FelebratePlatform Komuniti danAcara Ikonik20


Elemen gaya hidup aktif dan kebersamaan komunitidiperkukuh melalui pelbagai aktiviti sukan, termasukSukan Kampung yang menghimpunkan permainantradisional dan penyertaan seisi keluarga. Aktiviti inibukan sahaja menggalakkan pergerakan fizikal dalamsuasana santai dan menyeronokkan, malahmenghidupkan semula nilai kerjasama serta interaksimerentas generasi dalam komuniti.Festival ini turut dimeriahkan dengan demonstrasimasakan sihat, penglibatan reruai kesihatan oleh unitfarmasi, rehabilitasi dan kesihatan pergigian, sertapenganjuran derma darah yang memberi peluang kepadakomuniti menyumbang secara langsung kepada sistemkesihatan. Elemen keceriaan dan kreativiti puladiketengahkan melalui pertandingan pakaian bertemakanMerdeka, yang mencerminkan semangat patriotisme danpenyertaan keluarga secara inklusif.Secara keseluruhan, Festival Merdeka FelBers 2025mencerminkan pendekatan KKFB dalammengintegrasikan perkhidmatan kesihatan dengankehidupan komuniti secara menyeluruh. Lebih daripadasekadar acara tahunan, festival ini berfungsi sebagaiplatform membina kepercayaan, memperkukuhhubungan dan memupuk kesedaran kesihatan dalamkalangan komuniti, selaras dengan aspirasi “KeluargaSihat, Negara Hebat.”FelebratePlatform Komuniti danAcara Ikonik21


Melalui pendekatan kreatif dan berimpak, pasukan KKFB telah muncul sebagai JuaraPertandingan Photobooth sempena sambutan tersebut dengan tema “Lindungi Anak Kita:Jangan Terpedaya dengan Warna & Perisa.” Tema ini memberi penekanan kepada bahayaproduk tembakau dan vape berperisa yang sering disasarkan kepada golongan muda, sertakepentingan peranan keluarga dan komuniti dalam melindungi generasi akan datangdaripada pengaruh industri tembakau. Secara keseluruhan, penyertaan KKFB dalamSambutan Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Perak 2025 menzahirkan komitmenberterusan terhadap usaha pencegahan penyakit, perlindungan kesihatan generasi mudaserta penyampaian mesej kesihatan yang relevan, kreatif dan berasaskan komuniti.Advokasi,Kreativiti danPerlindunganKesihatanKomunitiHHaarrii TTaannppaa TTeemmbbaakkaauu 22002255Pada 27 Julai 2025, KKFB telah terlibatsecara aktif dalam Majlis Sambutan HariTanpa Tembakau Peringkat Negeri Perak2025, yang turut digabungkan denganJelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat(ANMS) dan Fiesta Rakan Muda PeringkatDaerah Hulu Perak. Penyertaan ini menjadiplatform penting untuk memperkukuh mesejpencegahan tembakau dalam kalangankomuniti, khususnya golongan kanak-kanakdan remaja.FelebrateKepimpinan,Kolaborasi danDiplomasiKesihatan22


KKFB turut memainkan peranan aktif dalam menjayakan 1st Hulu Perak NCD Summit 2025,sebuah persidangan pertama seumpamanya di peringkat daerah yang menghimpunkankepimpinan kesihatan, pengamal barisan hadapan serta penceramah jemputan dari dalamdan luar Negeri Perak. Sidang ini telah dianjurkan pada 10-11 September 2025 oleh UnitPenyakit Tidak Berjangkit (NCD), Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, dengan kerjasamaPakar Perubatan Keluarga Daerah Hulu Perak, mencerminkan pendekatan kolaboratifdalam memperkukuh agenda kesihatan awam di peringkat sistem.1st Hulu Perak NCD Summit 2025Sidang ini diperkaya dengan penglibatan barisanpenceramah berpengalaman daripada pelbagaidisiplin dan fasiliti kesihatan. Perbincangandimulakan dengan gambaran menyeluruhlandskap dan cabaran penyakit tidak berjangkit(NCD) di peringkat negeri oleh Dr. Norrina bintiEsa dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak.Perkongsian klinikal seterusnya oleh pakarperubatan keluarga termasuk Dr. Sofiah bintiZainal Abidin (KK Padang Rengas), Dr. AdamFirdaus bin Dahlan (KK Sungai Besi) dan Dr.Mohd Ariff Fahmi bin Ahmad Zawawi (KKSeksyen 19 Shah Alam) telah mengupas isukanser, kesihatan seksual lelaki dan pengurusanobesiti dalam konteks komuniti.FelebrateKepimpinan,Kolaborasi danDiplomasiKesihatanMerentasi Sempadan,Memperkasa Penjagaan NCDMerentasi Sempadan,Memperkasa Penjagaan NCD23


Perspektif kepimpinan negeri turut diketengahkan melaluiUcapan Utama oleh Dato’ Dr. Feisul Idzwan Mustapha,Pengarah Kesihatan Negeri Perak, yang menekankankeperluan pendekatan rentas sempadan, kerjasamapelbagai peringkat serta tanggungjawab bersama dalammenangani cabaran NCD yang semakin kompleks.Hari kedua persidangan memberi tumpuan kepada pengukuhan respons barisan hadapandi kawasan luar bandar melalui pengisian oleh Dr. Mohd Farid Abd Hamid (KK PengkalanHulu), Dr. Hj. Dr. Mohd Azzahi Mohamed Kamel (KK Lenggong), Pn. Nur Liyana binti MdRashdi (Hospital Gerik), Dr. Mohamad Zikri bin Mohamad Isa (KK Lintang), Dr. KarenChristelle (KKFB), Dr. Zaidatul Akmar bintiMohamad Isa (KK Greentown) dan Dr. YeohSu Xian (Hospital Gerik). Topik yangdibincangkan merangkumi pengurusanhipertensi dan diabetes, asma dalampenjagaan primer, kesihatan mentalkomuniti luar bandar, isu penderaan danpengabaian kanak-kanak serta pengesananawal penyakit buah pinggang kronik.FelebrateKepimpinan,Kolaborasi danDiplomasiKesihatan24


Komponen bengkel turut memperkukuhpengisian persidangan melalui sesiMotivational Interviewing dalamPenjagaan NCD yang dikendalikan olehDr. Suhairil Sazali, Dr. Mohd Farid AbdHamid dan Cik Nor Syahira Hasnan, yangmenekankan peranan komunikasiberkesan dalam menyokong perubahantingkah laku pesakit. Bengkel Era BaharuPromosi Kesihatan pula dikendalikanoleh Dr. Karen Christelle, PPPSyahruzzaman Hassin dan PPPMuhammad Mustaqim Kamal, denganfokus kepada strategi promosi kesihatanberasaskan digital. Pengisian praktikalturut diperkukuh melalui bengkel TerapiCarakerja dan Farmasi, yangmenumpukan kepada penjagaan kaki,pengurusan ubat dan terapi insulindalam penjagaan primer.Secara keseluruhan, penglibatan KKFBdalam 1st Hulu Perak NCD Summit 2025mencerminkan komitmen untukmelangkaui peranan tradisional klinik,dengan menyumbang kepadakepimpinan pemikiran, pembangunankapasiti dan pemerkasaan promosikesihatan di peringkat daerah dannegeri.FelebrateKepimpinan,Kolaborasi danDiplomasiKesihatan25


Kerjasama kesihatan merentas sempadan antaraThailand dan Perak, Malaysia telah diperkukuhmelalui dua peristiwa penting sepanjang tahun2025 yang menzahirkan semangat diplomasikesihatan serantau dan kepercayaan antara rakanstrategik. Pada 17 Jun 2025, lebih 40 orangdelegasi dari Yala dan JKN Perak telah berhimpundi Gerik sempena Yala–Perak Border HealthGoodwill Sub Committee Meeting. Mesyuarat inimenjadi platform penting untuk memperkukuhkerjasama kesihatan awam merentas sempadan,khususnya dalam menghadapi cabaran penyakitberjangkit, kesiapsiagaan kecemasan dankesinambungan perkhidmatan kesihatan dikawasan sempadan. KKFB amat berbesar hatidiberi peranan menyumbang kepada kelancaranmesyuarat ini, merangkumi persiapan awal,sambutan delegasi, penyelarasan logistik sertasokongan sepanjang program.Kerjasama Yala-Perak dalamDiplomasiKesihatan SerantauKerjasama ini diteruskan apabila pada 21 hingga 24Julai 2025, Dr. Karen Christelle, Pakar PerubatanKeluarga KKFB, menyertai 35th Malaysia–ThailandBorder Health Goodwill Committee Meeting 2025,berkongsi pengalaman berkaitan transformasidigital dan inovasi perkhidmatan kesihatan primerbersama rakan kesihatan dari Yala, Thailand.Perkongsian ini membuka ruang dialog dua halamengenai amalan terbaik dan pendekatan sistemdalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan dikawasan sempadan. Secara keseluruhan,penglibatan ini menegaskan bahawa kesihatanawam melangkaui sempadan, dan dibina melaluikepercayaan, kerjasama serta perkongsian ilmuyang berterusan antara negara jiran.FelebrateKepimpinan,Kolaborasi danDiplomasiKesihatanKesihatan Tanpa Sempadan Kesihatan Tanpa Sempadan26


Seminar ini merangkumi topik kesihatan ibu dan anak, termasuk aspekantenatal, postnatal dan kesejahteraan mental wanita, sertadianjurkan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Seduniadan Hari Kesihatan Mental Sedunia Oktober 2025.Sorotan utama ialah perkongsian Dr. Sofiah binti Zainal Abidin, KetuaKepakaran Perubatan Keluarga Negeri Perak, yang berkongsiperjalanan peribadi beliau melalui kanser payudara sertamenyampaikan ceramah “Road to Maternal Death”, menekankankepentingan pengesanan awal dan peranan sistem kesihatan dalammencegah kematian ibu.Seminar ini berperanan sebagai platform pemerkasaan melalui ilmudan kesedaran, selari dengan peranan penjagaan kesihatan primerdalam melindungi kesejahteraan wanita dan keluarga.Seminar Wanita Anggun 2025 telah berlangsung pada 29 hingga 30 Oktober 2025 di WismaPersekutuan Gerik, melalui kerjasama Unit Kesihatan Ibu dan Anak (MCH) PKD Hulu Perak danPakar Perubatan Keluarga Daerah Hulu Perak, dengan penglibatan aktif KKFB dalam aspekpersediaan, penyampaian dan penyertaan.Seminar WanitaAnggun 2025FelebrateKepimpinan,Kolaborasi danDiplomasiKesihatanKeanggunan dalam Ilmu, Keselamatan dalam Tindakan Keanggunan dalam Ilmu, Keselamatan dalam Tindakan27


Lawatan Delegasi WorldHealth OrganizationPada 27 Februari 2025, KKFB telah menerimakunjungan rasmi delegasi World HealthOrganization (WHO), terdiri daripada Dr.Rabindra Abeysinghe (WHO Representative toMalaysia, Brunei Darussalam and Singapore), Dr.Deepa Gamage (Public Health Specialist,Disease Control), Dr. Natalia Wroblewska (PublicHealth Specialist – Healthy Population), Ms.Rohini Rajadorai (Communications Officer) danMs. Tatiana Shcherbakova (Partnerships andExternal Relations Support Officer). Lawatan inimembuka ruang kepada perkongsianpengalaman dan amalan terbaik dalammemperkukuh perkhidmatan kesihatan primerluar bandar, khususnya dari aspek digitalisasi,diagnostik dan imunisasi.Dalam lawatan ini, delegasi WHO telah diberipendedahan kepada usaha transformasi digitalpenjagaan kesihatan melalui penggunaan CloudBased Clinic Management System (CCMS) diKKFB, yang menyokong pengurusan rekodpesakit secara bersepadu dan meningkatkankecekapan perkhidmatan klinikal dalampersekitaran luar bandar. Lawatan ini turutmerangkumi kemudahan makmal dan imunisasi,dengan fokus kepada peranan diagnostik dalampengesanan awal penyakit berjangkit khususnyatuberkulosis (TB), serta pengurusan rantaiansejuk vaksin bagi memastikan intervensi awaldan perlindungan imunisasi yang selamat sertaberkesan kepada komuniti.FelebratePembelajaran, Lawatan dan PerkongsianAmalan Terbaik28


Sebagai sebahagian daripada perkongsian inovasi, pasukan KKFB turut memperkenalkanbeberapa inovasi kesihatan yang dibangunkan secara akar umbi di peringkatperkhidmatan primer, berasaskan keperluan sebenar komuniti luar bandar. Inisiatif inimerangkumi SINAR, MediTrack serta H.E.R Kit. Inovasi-inovasi ini mencerminkankeupayaan pasukan barisan hadapan untuk mencipta penyelesaian praktikal, kontekstualdan berimpak dari peringkat klinik.Lawatan ini bukan sekadar satu kunjungan rasmi, tetapi merupakan pengiktirafanterhadap usaha berterusan KKFB dalam memperkasakan penjagaan kesihatan primer luarbandar melalui inovasi dan penambahbaikan sistem secara berterusan. Setinggi-tinggipenghargaan dirakamkan kepada WHO Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore, JKNPerak, PKD Hulu Perak, serta seluruh warga KKFB atas komitmen bersama dalammemastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti untuk semua.FelebratePembelajaran, Lawatan dan PerkongsianAmalan Terbaik29


Sebagai klinik perintis yang telah melaksanakanCCMS sejak 8 September 2023, KKFB telah diberikepercayaan untuk menyokong usaha JabatanKesihatan Negeri Perak dalam pelaksanaan CCMS difasiliti kesihatan lain sebelum fasa Go Live.Penglibatan ini berperanan sebagai perkongsianpengalaman lapangan dan sokongan teknikal kepadaklinik-klinik yang sedang memulakan peralihankepada sistem digital.CCMS FelBersMelalui sesi latihan dan bimbingandi lapangan, pasukan KKFBberkongsi pengalaman sebenarpelaksanaan CCMS, termasuk alirankerja, penyesuaian operasi dancabaran awal yang dihadapi diperingkat klinik. Pasukan fasilitatordaripada KKFB terdiri daripada Dr.Yung Hung Tong, MA SyahruzzamanHassin, JK Aura Laili Cahaya, PPKAnis Adila Amiruddin dan JK SitiNorini Ahmad, yang telahmeluangkan masa serta kepakaranbagi memastikan proses peralihandi fasiliti terlibat berjalan denganlebih teratur dan lancar.FelebratePembelajaran, Lawatan dan PerkongsianAmalan Terbaik30JJelajah elajah


Sokongan ini telah dilaksanakan di beberapa fasilitikesihatan, termasuk:Klinik Kesihatan Greentown (24 Jun 2025)Klinik Kesihatan Kuala Kangsar (25 Jun 2025)Klinik Kesihatan Taiping (26 Jun 2025)Klinik Kesihatan Simpang (1 Julai 2025)Klinik Kesihatan Bagan Serai (2 Julai 2025)Klinik Kesihatan Kamunting (2 Julai 2025)Penglibatan KKFB ini mencerminkan semangatkerjasama antara fasiliti di bawah seliaan negeri,dalam memastikan pelaksanaan CCMS dapatdijalankan secara konsisten dan selari dengankeperluan operasi perkhidmatan kesihatan primer.FelebratePembelajaran, Lawatan dan PerkongsianAmalan Terbaik31


15Pada 17 Disember 2025, KKFB berbesar hati menerimakunjungan Pasukan Inovasi Bahagian Kesihatan Awam,JKN Kedah bagi sesi lawatan, perkongsian danperbincangan berkaitan pembangunan inovasiperkhidmatan kesihatan di peringkat fasiliti.Sepanjang sesi ini, KKFB telah berkongsi pengalamanmembangunkan inovasi berasaskan pendekatan designthinking, bermula dengan fasa empathise bagimemahami keperluan sebenar di lapangan, sertadiperkukuh melalui prinsip pengurusan perubahanKotter. Pendekatan ini menekankan aspek kemanusiaansebagai teras inovasi, sama ada melibatkan petugaskesihatan mahupun komuniti setempat.Antara inisiatif yang dikongsikan termasuk SINAR,MediTrack dan HER Kit, disusuli perbincangan dua halayang terbuka dan konstruktif. Sesi ini turut menjadiplatform pertukaran pandangan dan maklum balasyang bermakna dalam memperkukuh amalan inovasi diperingkat penjagaan primer.KKFB merakamkan penghargaan atas kesudian pasukanJKN Kedah untuk berkunjung dan berkongsi perspektif,serta berharap hubungan baik dan kerjasama rentasnegeri ini dapat diteruskan pada masa hadapan demipembangunan perkhidmatan kesihatan yang lebihberdaya tahan dan berfokuskan pesakit.Lawatan Pasukan InovasiKesihatanAwam JKN KedahFelebratePembelajaran, Lawatan dan PerkongsianAmalan Terbaik32


KKFB telah membangunkan HER Kit (HemorrhageEmergency Response Kit) sebagai satu inovasiberasaskan keperluan lapangan bagi memperkukuhpengurusan pendarahan postpartum (PPH) di peringkatpenjagaan primer. Inovasi ini memberi tumpuan kepadarespons awal yang teratur dan berpasukan, khususnyadalam persekitaran luar bandar yang berdepan kekangansumber dan jarak rujukan.Pada 28 Mei 2025, HER Kit telah dibentangkan diMesyuarat Ketua Unit Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)Hulu Perak sebagai pendekatan praktikal untukmenambah baik aliran kerja pengurusan PPH. Susulan itu,pada 8 Julai 2025, pasukan KKFB telah mewakili PKD HuluPerak dalam Konvensyen Kualiti JKN Perak 2025, denganmengetengahkan HER Kit sebagai inovasi proses yangmenyokong keselamatan ibu.HER Kit membantu mengurangkan kelewatan tindakan melalui penyusunan peralatankecemasan yang standard, mudah dicapai dan selaras dengan keperluan klinikal.Pendekatan ini menekankan kesiapsiagaan pasukan, koordinasi peranan dan sokongansistem dalam situasi berisiko tinggi, sejajar dengan prinsip keselamatan pesakit dan kualitipenjagaan ibu.Hemorrhage EmergencyResponseKitSebagai sebahagian daripada usahapenambahbaikan berterusan, HER Kitturut disertakan dalam saringanAnugerah Inovasi KementerianKesihatan Malaysia (KKM) 2025.Walaupun tidak terpilih ke peringkatseterusnya, penyertaan ini menjadiplatform pembelajaran yangmemperkukuh komitmen KKFB untukterus menambah baik inovasiberasaskan keperluan sebenarperkhidmatan kesihatan primer.FelebrateInovasi dan Transformasi Perkhidmatan33


SINAR (Sembanglah Ini Aman dan Rahsia)merupakan inovasi perkhidmatan kesihatanmental yang dibangunkan oleh KKFB sejaktahun 2023 bagi menangani jurang aksessokongan kesihatan mental di peringkatpenjagaan primer. Ekosistem ini merangkumikotak fizikal, kod QR yang menghubungkankepada borang Google, serta chatbotberasaskan kecerdasan buatan (AI) sebagaisokongan awal dan pintu masuk kepadaintervensi seterusnya oleh pasukan kesihatanmental KKFB. Reka bentuk SINAR menekankankepercayaan, kerahsiaan dan kesinambunganpenjagaan, khususnya bagi individu yangberdepan stigma atau kebimbangan untukmendapatkan bantuan secara bersemuka.SINAR: Dari InisiatifKlinik kePengiktirafan PeringkatKebangsaanSelepas terpilih sebagai finalis AIKKM 2024, inovasi SINAR telah diperkemas dan dinilaisemula pada AIKKM 2025, seterusnya mara ke peringkat akhir dan disenaraikan dalam limainovasi terbaik kategori perkhidmatan di peringkat kebangsaan. Pembentangan telahberlangsung di National Institutes of Health (NIH) pada 3 hingga 5 November 2025,mencerminkan kematangan SINAR sebagai model perkhidmatan kesihatan mental yangrelevan, berdaya guna dan berpotensi untuk terus dikembangkan.FelebrateInovasi dan Transformasi Perkhidmatan34


Pada 17 November 2025, KKFBtelah dinobatkan sebagaipemenang Digital InclusionAward di GovInsider Live MY.AIDay, sebagai pengiktirafanterhadap usaha berterusandalam memperluas akses dankeupayaan digital di peringkatpenjagaan kesihatan primer.Anugerah ini mengiktirafperanan KKFB sebagai perintispelaksanaan Cloud-Based ClinicManagement System (CCMS) diNegeri Perak, serta komitmendalam memacu transformasidigital yang praktikal danberfokus kepada keperluanperkhidmatan luar bandar.Inisiatif digital KKFB turutdiperkukuh melaluipembangunan dan pelaksanaanSINAR, chatbot sokongankesihatan mental, sertaMediTrack, sistem pemantauanbekalan dan tarikh luput ubatkecemasan secara masa nyata.Digital InclusionAward 2025Pengiktirafan ini mencerminkan pendekatan digitalyang inklusif, berasaskan keperluan lapangan danberorientasikan penambahbaikan perkhidmatan,sekali gus menegaskan peranan penjagaan kesihatanprimer sebagai pemacu transformasi digital dalamsistem kesihatan awam.FelebratePengiktirafan dan Pembentangan35


Sepanjang tahun 2025, KKFB terus menyumbangpengalaman penjagaan primer luar bandar ke platformkebangsaan dan antarabangsa melalui perkongsian ilmiahdan pembelajaran profesional, diterajui oleh Dr. KarenChristelle, Pakar Perubatan Keluarga KKFB. Penglibatan inimencerminkan usaha berterusan dalam memperkukuhamalan berasaskan bukti serta pembangunan kapasitiperkhidmatan kesihatan primer.Di peringkat kebangsaan, pengalaman transformasi digitaldi KKFB telah diketengahkan melalui pembentangan poster“From Paper Trails to Digital Tales: A Mixed-MethodsImplementation Study of CCMS Rollout in Rural PrimaryCare” sempena 12th National Public Health Conferencebersama 26th NIH Scientific Conference pada Julai 2025 diPutrajaya, yang menerima pengiktirafan anugerah poster.Di peringkat antarabangsa, KKFB turut diwakili melaluipembentangan berkaitan penjagaan diabetes luar bandardan pembinaan kapasiti vaksinasi HPV di IDF WorldDiabetes Congress 2025 dan IPVS Conference 2025 diBangkok, serta penyertaan dalam IARC Summer School2025 di Lyon dan World Cancer Leaders Summit 2025 diMelbourne. Keseluruhannya, penglibatan ini mengukuhkanperanan KKFB dalam membawa suara penjagaan primerluar bandar ke peringkat lebih luas demi penambahbaikanperkhidmatan kepada komuniti.Perkongsian IlmiahKKFBFelebratePengiktirafan dan PembentanganDDaarrii DDeessaa kkee DDuunniiaa36


Penglibatan komuniti merupakan nadi kepada pelaksanaan kesihatan awam di peringkatprimer. Sepanjang tahun 2025, KKFB terus memperkukuh hubungan dengan komunitimelalui pelbagai program gaya hidup sihat dan aktiviti berasaskan komuniti yangmenekankan penyertaan aktif, pemilikan bersama serta pembinaan amalan kesihatan yangmampan. Antara inisiatif yang diteruskan ialah Viva Fit FelBers, yang memasuki tahunpelaksanaan ketiga pada 23 Januari 2025. Program ini merupakan program penurunan beratbadan selama enam bulan yang dikhususkan kepada warga kerja KKFB, dengan fokus kepadaperubahan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal berstruktur, pemantauan berkala sertasokongan rakan sebaya dalam persekitaran kerja. Pendekatan ini menekankan pembinaantabiat sihat yang realistik dan berterusan, sejajar dengan prinsip kesihatan awam yangmengutamakan pencegahan dan kesejahteraan jangka panjang.Bagi edisi tahun 2025, Dr. Nur Atiqah, JM Sabariah dan JM Jamilah bt Yaacob telahdiumumkan sebagai pemenang program berdasarkan komitmen dan pencapaian sepanjangtempoh pelaksanaan. Kejayaan ini mencerminkan penglibatan aktif warga kerja sertakeberkesanan pendekatan sokongan berpasukan dalam memupuk perubahan gaya hidupyang positif.Keberlangsungan Viva Fit FelBers mencerminkan peranan persekitaran kerja yangmenyokong dalam memperkukuh kesejahteraan staf, yang seterusnya menyumbang kepadakeupayaan fasiliti untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan primer secara konsistendan berkesan.iva Fit FelBers 2025FelebrateKesejahteraan Warga dan Budaya Organisasi37


Meraikan Bakat dan Gaya HidupAktifPenglibatan warga KKFB dalam bidang seni dan sukan sepanjang tahun 2025 mencerminkanpendekatan kesejahteraan yang holistik, merangkumi kesihatan fizikal, emosi dan ekspresidiri. Dalam bidang seni, PPP Syahruzzaman Hassin telah mengharumkan nama komunitidengan meraih Tempat Kedua Pertandingan Nyanyian Tradisional anjuran Misi Mahasiswa2.0, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 29 April 2025, diikuti Tempat Ketiga GerikIdol 2025 pada 24 Oktober 2025 sempena Festival Muzik Royal Belum. Pencapaian inimencerminkan sokongan terhadap bakat, kreativiti dan keseimbangan kesejahteraan wargakesihatan.Budaya gaya hidup aktif terus diperkukuh melaluipenyertaan warga KKFB dalam Ketupat Run 2025 pada19 April 2025 dan Global Tiger Run Gerik bersempenaInternational Tiger Day 2025 pada 2 Ogos 2025, anjuranGerik Running Club. Di peringkat daerah, pasukan KKFBturut mara ke peringkat suku akhir Kejohanan BadmintonTertutup PKD Hulu Perak pada 17 November 2025,melibatkan JK Siti Azilah, JK NorLaili, JK Hasliatun Aziah,JM Sabariah, JM Nur Hasnida dan JM Nor Faizatulakma.Di peringkat komuniti pula, pasukan wanita KKFB telahmenyertai Pertandingan Badminton Tertutup FeldaBersia dan muncul sebagai juara. Penglibatan inimencerminkan komitmen berterusan terhadapkesejahteraan menyeluruh dan semangat kebersamaanwarga kesihatan.FelebrateKesejahteraan Warga dan Budaya Organisasi38


Pada 11 Disember 2025, KKFB telahmenganjurkan Majlis Makan Malam TahunanWarga KKFB bertemakan Retro. Majlis inimenjadi ruang penghargaan dankebersamaan buat seluruh warga kerjaselepas setahun komited memberikanperkhidmatan kesihatan kepada komuniti.Tema Retro Night memberi warna tersendirikepada malam tersebut, mencerminkansemangat santai, keceriaan dankebersamaan merentas generasi. Pelbagaipengisian ringan dan interaksi mesra telahmenghidupkan suasana, sekali gusmengukuhkan hubungan silaturahim dalamkalangan warga KKFB.Majlis ini bukan sekadar acara sosial, tetapisimbol penghargaan terhadap usahakolektif, sokongan sesama rakan sekerja dankesejahteraan emosi warga kesihatan. Dalamkeletihan dan cabaran perkhidmatan harian,ruang sebegini menjadi penting untukmenyegarkan semula semangat danmemperkukuh budaya kerja berpasukan.Malam Apresiasi WargaKKFBRRetro Night etro NightFelebrateKesejahteraan Warga dan Budaya Organisasi39


PT RAFIZAH PT NORIDAHPPK NURUL WAHIDA SN SITI NORINIPPP SHAHRUL IZAN EN WAZIR BIN MAT AROPBukan40FelebrateKesejahteraan Warga dan Budaya OrganisasiSSelamat Tinggal elamat Tinggal


KLINIK KESIHATAN FELDA BERSIAFELEBRATE2025


Click to View FlipBook Version