BULI
Cg Zuliana
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Bukit Sawa
Buli adalah perbuatan tingkah laku agresif yang
berulang bertujuan untuk menyakiti individu lain, dari
segi fizikal, mental atau emosi.
Ciri-ciri buli:
1.Niat bermusuhan
2.Ketidakseimbangan kuasa dan
3.Berulang dalam tempoh masa tertentu.
Jenis-jenis Buli
Buli boleh dikelaskan kepada empat jenis.
Buli fizikal, buli lisan dan buli berkaitan hubungan
adalah yang paling lazim di sekolah rendah dan pembulian
siber adalah lebih biasa di sekolah menengah daripada di
sekolah rendah.
1. Buli Fizikal
Ini adalah apa-apa buli yang melibatkan memukul,
menendang, mencuri, menyembunyikan atau merosakkan
harta benda orang lain, atau memaksa mangsa buli
melakukan perkara-perkara yang tidak di ingini. Mangsa
mungkin akan diejek, diseksa, dan dipukul oleh rakan sekelas
mereka. Buli fizikal hendaklah dihentikan dengan segera
kerana kadang-kadang ia
berakhir dalam keadaan
tragis seperti kecederaan
parah atau kematian.
2. Buli Lisan (Percakapan)
Ini adalah apa-apa buli yang di lakukan dengan
percakapan seperti mengusik atau menghina,
menyebarkan khabar angin (fitnah), mengancam, dan
mengejek orang lain. Ini adalah jenis buli yang paling biasa
berlaku
3. Buli berkaitan Hubungan
Ini adalah apa-apa buli yang dilakukan dengan
niat untuk membuat seseorang berasa terpinggir atau ditolak
seperti dengan keengganan untuk bercakap dengan
seseorang; atau menggalakkan orang lain untuk membuli
dalam beberapa cara. Buli berkaitan hubungan adalah perkara
biasa di kalangan belia, terutamanya kepada kanak-kanak
perempuan. Tidak seperti buli fizikal yang jelas, buli berkaitan
hubungan tidak berlaku terang-terangan dan boleh terus
berlaku untuk jangka masa yang lama tanpa diketahui.
4. Buli Siber
Buli siber ialah buli melalui penggunaan teknologi seperti e-
mel, mesej segera, laman rangkaian sosial (seperti
Facebook), mesej teks, dan telefon bimbit untuk
mengganggu, mengugut, memalukan atau menyasarkan
orang lain. Ia boleh mengakibatkan kesalahan undang-
undang dan hukuman penjara jika ia memenuhi definisi
gangguan siber atau siber-hendap.
Kesan Terhadap Buli
Buli boleh memberi kesan terhadap kesihatan fizikal dan emosi dalam kehidupan
samada tempoh masa yang pendek atau berpanjangan.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa mangsa buli lebih cenderung untuk:
1.Merasa tertekan, kesunyian dan merasa cemas;
2.Mempunyai harga diri yang rendah;
3.Mengalami sakit kepala, sakit perut, keletihan, dan kurang selera makan;
4.Tidak hadir ke sekolah, tidak suka sekolah, dan mempunyai prestasi
sekolah yang teruk
5.Berfikir untuk membunuh diri atau cuba membunuh diri.
Kajian penyelidikan juga menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang terlibat
dengan buli sama ada mereka yang membuli orang lain atau mereka yang dibuli
mempunyai risiko tinggi untuk mengidap kemurungan.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGELAKKAN BULI
Apa yang boleh saya lakukan untuk menghentikan buli?
1.Elakkan menjadi penonton kegiatan buli
2.Jangan ikut orang ramai
3.Jangan ketawa semasa seseorang itu sedang di buli
4.Jangan melibatkan diri dalam gossip
5.Jangan gunakan internet untuk menyakiti seseorang
6.Keluar dari kegiatan buli dan pergi dapatkan bantuan
7.Mengetahui kekuatan diri anda
Tips untuk mengelak diri daripada dibuli
1.Berkeyakinan diri yang tinggi
2.Pembuli suka membuli mereka yang lemah dan tidak akan melawan
3.Pembuli hanya akan mengulangi membuli seseorang jika mereka fikir mereka
boleh meneruskan kegiatannya
4.Jangan tunjukkan kepada pembuli bahawa perasaan anda yang
5.Sudah tentu ia menyakitkan, tetapi pembuli mendapat kepuasan jika mereka
mengetahui mereka berjaya menyakiti perasaan seseorang.
6.Cuba untuk mengabaikan pembuli
7.Jika anda tidak boleh mengabaikan mereka, cuba untuk bersetuju dengan
mereka (pembuli tidak akan mendapat kepuasan jika anda bersetuju dengan
mereka)
8.Apa yang berlaku bukan salah anda dan tiada siapa sepatutnya dibuli
9.Anggap lah apa yang pembuli ucapkan itu sebagai kelakar (gurauan) agar
tidak mengganggu perasaan anda
10.Tukar subjek untuk mengalihkan tumpuan pembuli
Sekian, Terima Kasih
#pkp3.0
#kitajagakita
#1hari1info
#ubksmkbs