The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TANJONG RAMBUTAN KALI KE-42 SESI 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imtinanurain, 2024-04-26 10:57:26

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42 SESI 2024

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TANJONG RAMBUTAN KALI KE-42 SESI 2024

2


1 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA M/SURAT 1 Isi Kandungan 1 2 Ucapan Yang DiPertua PIBG SK Tanjong Rambutan 2 3 Ucapan Guru Besar SK Tanjong Rambutan 3 4 Atur Cara Majlis 4 5 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 5 - 7 6 Carta Organisasi AJK PIBG Sesi 2022-2024 8 7 Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 dan Borang Penyataan Usul 9 8 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-42 10 9 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-41 2023 11 - 18 10 Laporan Tahunan Aktiviti PIBG 2023/2024 19 - 20 11 Laporan Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Mac 2024 21 - 23 12 Cadangan Bayaran Tambahan PIBG 2024/2025 24 12 Perbahasan Usul dan Cadangan 25 - 26 13 Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sesi 2024 - 2026 27 14 Penghargaan 28 15 Bingkisan 29 - 35


2 UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SK TANJONG RAMBUTAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah diberi peluang untuk merakam sepatah dua kata dalam buku program ini sempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke- 42 sesi 2024/2025 Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan. Saya ingin merakamkan kesyukuran kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 ini. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan ibu bapa yang hadir dan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan pihak sekolah yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam melancarkan pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Perjalanan persatuan ini di dukung sepenuhnya oleh ahli PIBG. Ahli Jawatankuasa (AJK) diamanahkan melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan adalah sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi menjayakan segala program yang dirancang. Saya amat berharap ibu bapa dan waris yang hadir dapat menyumbang buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga bagi persatuan in Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang sudi berkhidmat secara sukarela demi kebaikan dan kepentingan anak-anak didik di Sk Tg Rambutan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada sukarelawan sama ada secara berkumpulan atau individu yang turut bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah berjalan dengan lancar dan berjaya. Semoga usaha murni kita ini akan berterusan dan berkekalan serta mendapat ganjaran pahala. Sesungguhnya kelancaran pelaksanaan program yang dirancang bergantung kepada kesatuan dan kesungguhan hati kita semua dalam melaksanakannya. Akhir kata, saya dan barisan AJK PIBG SK TG RAMBUTAN mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang tempoh kami menjalankan Amanah tuan-tuan dan puan-puan. Sekalung ucapan terima kasih kepada guru-guru dan AJK PIBG serta ibu bapa yang hadir kerana sudi menjayakan Mesyuarat PIBG kita pada tahun ini. Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan. Sekian terima kasih. ………………………………………………………….. MASRI ADLAN BIN HJ. MOHD NAWAWI, YDP PIBG SK Tanjong Rambutan.


3 UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR SK TANJONG RAMBUTAN Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera… Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke 42 sesi 2024/2025 Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan.. Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibubapa yang dapat hadir dan menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42. Kehadiran ibubapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Diharapkan kita dapat menjana idea-idea yang bernas dalam merealisaskan visi dan misi sekolah ini dari semasa ke semasa supaya SK Tanjong Rambutan mampu menjadi sebuah sekolah yang gemilang. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat bersamasama kita berkumpul bagi membincangkan hal berkaitan kebajikan dan kecemerlangan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 ini. Kehadiran ibu bapa amat saya sanjung tinggi dan hargai kerana besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen anda terhadap kemajuan sekolah dan prestasi akademik anak-anak. Saya percaya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan juga amat bererti kepada anak-anak kerana keprihatinan ibu bapa mereka sudah tentu dapat menyuntik semangat anak-anak untuk lebih berjaya bukan sahaja dalam bidang kokurikulum malah kurikulum khususnya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi SK Tanjong Rambutan ke arah yang lebih dinamik. Sumbangan pihak tuan dan puan amat kami hargai bukan sahaja dari segi tenaga dan masa, malah turut menyumbangkan wang ringgit sehingga membolehkan pelbagai program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya percaya kerjasama ini sememangnya amat perlu jika kita inginkan sebuah kejayaan. Sikap saling membantu ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada pihak sekolah malah anak-anak tuan dan puan juga mendapat manfaatnya. Pihak sekolah akan sentiasa berusaha memastikan kejayaan ini akan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Akhir kata, saya bagi pihak warga SK Tanjong Rambutan bersedia untuk menerima sebarang cadangan, sokongan mahupun teguran daripada pihak ibu bapa demi kemajuan bersama. Moga usaha kita mendapat keredaan daripada Allah SWT. Terima kasih atas sokongan anda kepada kami. Saya akhiri ucapan dengan dua rangkap pantun:- Merdu bertingkah alunan suara, Kadang tak sedar tersilap kata; Andai terlanjur patah bicara, Seikhlas hati kemaafan dipinta, Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Berteman tuan yang baik hati. Sekian, terma kasih, ………………………………… JASMANEY BIN SAIDIN Guru Besar SK Tanjong Rambutan.


4 ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-42 SESI 2024 8.00 pagi : Kehadiran dan Pendaftaran Ibu bapa/penjaga 8.30 pagi : Ucapan aluan Pengerusi Majlis • Nyanyian Lagu Negaraku • Bacaan doa Ustaz Md Faizam bin Hairuman • Ucapan Penasihat PIBG En. Jasmaney bin Saidin Guru Besar, SK Tanjong Rambutan • Ucapan Yang Dipertua PIBG En. Masri Adlan bin Hj. Mohd Nawawi • Ucapan Perasmian YBhg. Dato’ Dr Hj. Aminuddin bin Hj. Md Hanafiah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Bina Upaya Negeri Perak • Penyampaian Sijil dan Cenderahati AJK PIBG Sesi 2022-2024 • Penyampaian Cenderahati Perasmi • Tayangan Video (Program Sepanjang 2023-2024) 9.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 bermula : 1. Ucapan YDP 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-41/2023 3. Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan 2023 4. Membentangkan dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31.03.2024 5. Membubarkan Ahli Jawatankuasa Sesi 2022-2024 6. Pelantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat 7. Memilih Jawatankuasa PIBG Sesi 2024 – 2026 8. Memilih dua orang Juruaudit 2024 – 2026 9. Ucapan YDP PIBG Sesi 2024-2026 10. Menetapkan Sumbangan Dana PIBG 2024 11. Membahaskan usul-usul 12. Hal- hal lain 13. Ucapan Penangguhan 10:30 pagi : Cabutan bertuah 11.30 pagi : Majlis bersurai


5 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-42 SESI 2024 HARI : SABTU TARIKH : 27 APRIL 2024 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN NUR NILAM SARI, SK TANJONG RAMBUTAN BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 1 JK SAMBUTAN & PROTOKOL GURU BESAR Barisan Penolong Kanan YDP PIBG NYDP PIBG AJK PIBG (IBU BAPA) Menyambut ketibaan para ibu bapa dan tetamu jemputan. Mempengerusikan mesyuarat agung PIBG Kali ke-42 sesi 2024/2025 (YDP PIBG) 2 URUS SETIA Pn Sharifah Nur-Ain binti Said Ali (Setiausaha PIBG) Pn Anita binti Ramli (Bendahari PIBG) Menguruskan surat-menyurat, minit mesyuarat dan laporan. Menguruskan laporan kewangan untuk disemak oleh juruaudit yang dilantik. Menguruskan perbelanjaan majlis. 3 JURUAUDIT KEWANGAN En. Samsuri bin Nasir (Juruaudit Ibu bapa) Pn Sabariah binti Che Haron (Juruaudit Guru) Menyemak dan menandatangani laporan kewangan yang disediakan oleh Bendahari. 4 JK SIARAYA/ PA SISTEM En. Mohd Shahar Bin Yahaya En. Mohd Khairul Sukri Bin Che Omar En. Hemaniswaran A/L Ratnasamy (AJK PIBG) Menyediakan dan memastikan PA System berfungsi dengan baik sepanjang majlis berlangsung. Menyediakan satu mikrofon untuk untuk audiens. Menyediakan dan setting LCD projector. 5 JK PERSIAPAN TEMPAT/MEJA MESYUARAT En. Mior Afendi Bin Samsudin En. Wan Ahmad Fauzi Bin Wan Hussin En. M.Ravindran a/l R.Maniam Pn Salma Binti Wahid Pn Norainon Binti Saad En. Mohamad Saat bin Daud (AJK PIBG) Menyusun meja dan kerusi mesyuarat. Menyusun meja pendaftaran. meja pencatat, dan meja cenderamata. Menyusun perabot untuk tetamu jemputan, ibu bapa, dan guru. Meletakkan tempat berucap di tempat yang sesuai. Mengemas tempat seperti asal selepas mesyuarat selesai. Menyimpan semula perabot atau peralatan yang telah digunakan 6 JK BACKDROP / HIASAN PENTAS/BANNER Pn Kalavathi a/p Thathiah Pn Norliza binti Salleh En. Ahmad Rozi Bin Ariffin En. Norizan Bin Mehat Ustaz Jasmi Bin Abbas Menghias backdrop / pentas. Menyediakan dan menggantung ‘banner’. Menghias kawasan sekitar pentas. 7 JK BUKU PROGRAM Pn Musniza Bt Muhamad Pn Nor Azlina Binti Jaimit Pn Nazirah Binti Bidin Menyiapkan dan mengedarkan buku program kepada ibu bapa, tetamu jemputan, dan para guru.


6 Menetapkan penggunaan buku program secara fizikal atau dalam talian. Menyediakan buku pelawat Memulangkan buku program yang lebih kepada setiausaha. 8 JK PENDAFTARAN Pn Suhaila Binti Md Saad Pn Fauziah Binti Mohd Nor Pn Nur Aisyah Binti Ramly Menyediakan borang kehadiran ibu bapa dan guru. Memastikan semua ibu bapa mengimbas QR Code untuk tujuan pendaftaran. Menyerahkan borang kehadiran yang telah lengkap diisi kepada Setiausaha PIBG. Menghias meja pendaftaran. (Label dan alas meja). Memaklumkan jumlah kehadiran ibu bapa dan guru kepada Setiausaha PIBG sebelum mesyuarat dimulakan. Memastikan urusan pendaftaran berjalan dengan lancar. 9 JURU ACARA Cik Aryana Rezziyanie Chang Cik Mimi Badrishah Bt Shaharudin Pn Anida Fazura Binti Muhammad Zakuan En. Mohammad Idris Bin Abdullah Mengacarakan majlis. Membuat pengumuman dari semasa ke semasa (jika ada). Membantu guru praktikum membina teks Pengacaraan. 10 BACAAN DOA Ustaz Md. Faizam bin Hairuman Menyediakan teks dan membaca doa bagi pembukaan majlis. 11 JK TAYANGAN SLIDE En. Faiezol Subhi Bin Yusoff Pn 'Aqilah Binti Mohd Hatta Mengawal paparan video dan agenda mesyuarat sepanjang majlis dijalankan. Membuat video montaj aktiviti sekolah sepanjang sesi 2023/2024 Medium - Smart TV – Pen drive 12 JURUGAMBAR En. Suhardi bin Harun Cik Nur Alia binti Harun Mengambil gambar yang bersesuaian sebelum, semasa, dan selepas mesyuarat dijalankan. 13 JK PENCATAT Cik Divya a/p Arumugam Pn Nazatul Zuhana Binti Mat Rashidi Pn Amiah Binti Mohamad Pn Nurul Amirah Binti Mohd Rosli Mencatat ucapan YDP, Penasihat (GB), dan perasmi. Mencatat minit perjalanan mesyuarat Mencatat nama ibu bapa ( sewaktu sesi hal-hal berbangkit dan soal jawab). 14 PENGERUSI SEMENTARA En. Faiezol Subhi Bin Yusoff Mengendalikan mesyuarat sementara pemilihan Ahli Jawatankuasa Baharu dilantik. 15 JK PAPAN UNDI DAN MENGIRA UNDI En. Musyadee Bin Rosli En. Md Faizam Bin Hairuman Pn Hjh Norsazila Binti Darun Shah Cik Adibah Bt Ahmad Razman En. Mohamad Saat bin Harun (AJK PIBG) Menyediakan papan mengira undi. Mengira jumlah undian semasa proses mengundi Jawatankuasa PIBG dijalankan. - Whiteboard - Marker pen 16 JK SIJIL DAN CENDERAHATI Pn Sharifah Nur-Ain binti Said Ali Pn Nurasyikin Binti Harmainy Menyediakan sijil penghargaan untuk AJK PIBG Sesi 2022-2024


7 Pn Syarifah Syakirah Binti Syed Adam Pn Wan Muslima binti Mat Hussin Pn Nur Asiah Binti Abd Hamid Menguruskan sijil dan hadiah cenderahati di dewan 17 JK CENDERHATI PERASMI & HAMPER CABUTAN BERTUAH Pn Rosmawati Binti Rodzali Pn Marina Hajar Binti Ahmad Pn Anita Binti.Ramli (Kewangan) Cik Wan Som Binti Che Wan Omar Pn Wan Hafizah binti Wan Ismail Pn Faridah Binti Ali Pn Nor Hasipah binti Ismail Pn Nur Asnida binti Abd Razak (AJK PIBG) Membeli dan menyediakan cenderamata kepada perasmi. Menguruskan pemberian cenderamata kepada perasmi semasa majlis. Membeli dan menguruskan hadiah cabutan bertuah. 1. Barang keperluan dapur 2. Tuala 3. Sejadah 4. Dan lain-lain yang bersesuaian 18 JK CABUTAN BERTUAH Cik Adlina Syahirah binti Aziz (Host) Pn Normah Binti Meor Uda Cik Nur Nadzirah Binti Sharifudin Cik A’in Sofea binti Zamri En. Nooramin Kaw bin Abdullah(AJK PIBG) Mendapatkan senarai nama ibu bapa dan guru yang mendaftar melalui Google Form. Menjadi Host cabutan bertuah. Memasukkan senarai nama kehadiran dalam aplikasi “WHEEL OF NAMES”. Memastikan sesi cabutan bertuah berjalan lancar. 19 JK JAMUAN MAKAN (GURU DAN IBU BAPA) Pn Marliza Binti Remeli Pn Azita Nor Binti Samigan Pn Hafiza Binti Jusoh JK JAMUAN MAKAN (VIP) Pn Sabariah binti Che Haron Pn Noor Rashidah binti Abdul Rashid Pn Rashidah Binti Che Isa (AJK PIBG) Menguruskan tempahan makanan dan mengagihkan makanan semasa pendaftaran. Memastikan bungkusan makanan mencukupi kepada tetamu yang hadir. Tempat: Kantin VIP : 8 orang Menyediakan makanan dan tempat jamuan yang bersesuaian


8 EN. JASMANEY BIN SAIDIN PENASIHAT EN. MASRI ADLAN BIN HJ. MOHD NAWAWI YDP PIBG EN. MUHAMAD NAJIB BIN SUKIRMAN NYDP PIBG PN SHARIFAH NUR-AIN BINTI SAID ALI SETIAUSAHA PIBG PN ANITA BINTI RAMLI BENDAHARI PIBG EN.MOHAMAD SAAT BIN DAUD AJK PIBG (IBU BAPA) EN. NOORAMIN KAW BIN ABDULLAH AJK PIBG (IBU BAPA) EN. MOHD FAIRUS BIN ABDUL WAHAB AJK PIBG (IBU BAPA) EN. HEMANISWARAN A/L RATNASAMY AJK PIBG (IBU BAPA) PN. RASHIDAH BINTI CHE ISA AJK PIBG (IBU BAPA) PN. NUR ASNIDA BINTI ABD RAZAK AJK PIBG (IBU BAPA) EN. MIOR AFENDI BIN SAMSUDIN AJK PIBG (GURU) EN. MOHD SHAHAR BIN YAHAYA AJK PIBG (GURU) PN. KALAVATHI A/P THATHIAH AJK PIBG (GURU) EN. SAMSURI BIN NASIR JURUAUDIT I (IBU BAPA) PN. SABARIAH BINTI CHE HARON JURUAUDIT II (GURU) ORGANISASI PIBG SK TANJONG RAMBUTAN SESI 2023- 2024


9 NOTIS MESYUARAT AGUNG Ruj. Tuan : Ruj. Kami : SKTR 100/13/1/4/(52) Tarikh : 2 April 2024 Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid Semua Guru SK Tanjong Rambutan, 31250 Tg Rambutan, Perak Darul Ridzuan. Tuan / Puan, NOTIS TARIKH MESYUARAT AGUNG PIBG SK TANJONG RAMBUTAN KALI KE-42 SESI 2024/2025 Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut: Tarikh : 27 APRIL 2024 (SABTU) Masa : 8.30 Pagi Tempat : Dewan Nur Nilam Sari, SK Tanjong Rambutan. 2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : i. Ucapan YDP ii. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-41/2023 iii. Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan 2023 iv. Membentangkan dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31.03.2024 v. Membubarkan Ahli Jawatankuasa Sesi 2022-2024 vi. Pelantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat vii. Memilih Jawatankuasa PIBG Sesi 2024 – 2026 viii. Memilih dua orang Juruaudit 2024 – 2026 ix. Ucapan YDP PIBG Sesi 2024-2026 x. Menetapkan Sumbangan Dana PIBG 2024 xi. Membahaskan usul-usul xii. Hal-hal lain xiii. Ucapan Penangguhan 3. Bersama-sama surat ini disertakan pautan Google Form kehadiran dan penyataan usul untuk tindakan tuan/puan. Borang ini hendaklah dihantar melalui pautan yang disediakan sebelum atau pada 9 April 2024.(Klik disini) 4. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung kali ini. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, …………………………………………... (MASRI ADLAN BIN MOHD NAWAWI) YDP PIBG, Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan, 31250 Tg Rambutan, Perak. s.k. 1. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan 2. YDP PIBG, Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan PERSATUAN IBU BAPA & GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG RAMBUTAN 31250 TANJONG RAMBUTAN PERAK DARUL RIDZUAN Kod Sekolah : ABA2005 Telefon : 05-5332950 Fax : 05-5330751 YDP PIBG: 010-9036544


10 AGENDA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SK TANJONG RAMBUTAN KALI KE-42 / 2024 Hari : SABTU Tarikh : 27 APRIL 2024 Masa : 8.30 PAGI Tempat : DEWAN NUR NILAM SARI, SK TANJONG RAMBUTAN Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : i. Ucapan YDP ii. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-41/2023 iii. Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan 2023 iv. Membentangkan dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31.03.2024 v. Membubarkan Ahli Jawatankuasa Sesi 2022-2024 vi. Pelantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat vii. Memilih Jawatankuasa PIBG Sesi 2024 – 2026 viii. Memilih dua orang Juruaudit 2024 – 2026 ix. Ucapan YDP PIBG Sesi 2024-2026 x. Menetapkan Sumbangan Dana PIBG 2024 xi. Membahaskan usul-usul xii. Hal-hal lain xiii. Ucapan Penangguhan


11 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG RAMBUTAN KALI KE-41 TAHUN 2023/2024 Tarikh : 13 Mei 2023 Masa : 8.30 Pagi Tempat : Dewan Nur Nilam Sari, SK Tanjong Rambutan, Perak. Kehadiran : 1. En. Masri Adlan bin Mohd Nawawi YDP PIBG 2. En. Muhamad Najib bin Sukirman NYDP PIBG 3. Pn. Sharifah Nur-Ain binti Said Ali Setiausaha 4. Pn. Anita binti Ramli Bendahari 5. En. Samsuri bin Nasir AJK (Juruaudit 1) 6. Pn. Faridah binti Hussin AJK (Juruaudit 2) 7. En. Hemaniswaran a/l Ratnasamy AJK 8. Pn. Rashidah binti Che Isa AJK 9. Pn. Nur Asnida binti Abd Razak AJK 10. En. Mohd Noramin Kaw bin Abdullah AJK 11. En. Mior Afendi bin Samsudin AJK 12. Pn. Kalavathi a/p Thathiah AJK 13. En. Mohd Shahar bin Yahaya AJK 14. En. Ahmad Jafri Bin Bahar Ahli 15. Pn. Faridah binti Ali Ahli 16. En. Suhardi bin Harun Ahli 17. Pn. Wan Hafizah binti Wan Ismail Ahli 18. Pn. Noor Rashidah binti Abdul Rashid Ahli 19. En. Jasmi bin Abbas Ahli 20. En. Mohamad Idris bin Abdullah Ahli 21. En. Faiezol Subhi bin Yusoff Ahli 22. Pn. Norainon binti Saad Ahli 23. Pn. Nur Aisyah binti Ramly Ahli 24. Pn. Nurasyikin binti Harmainy Ahli 25. Pn. Nazatul Zuhana binti Mat Rasidi Ahli 26. Pn. Suhaila binti Md Saad Ahli 27. En. Md Faizam bin Hairuman Ahli 28. En. M. Ravindran a/l R. Maniam Ahli 29. Pn. Nurul Amirah binti Mohd Rosli Ahli 30. Pn. Salma binti Wahid Ahli 31. En. Ahmad Rozi bin Ariffin Ahli 32. Pn. Sabariah binti Che Haron Ahli 33. Pn. Hafiza binti Jusoh Ahli 34. En. Muhammad Bin Hassan Ahli 35. Pn. Hjh. Nor Sazila binti Darun Shah Ahli 36. Cik Wan Som binti Che Wan Omar Ahli 37. Pn. Nor Azlina binti Jaimit Ahli 38. Pn. Nazirah binti Bidin Ahli 39. Pn. Nur Asiah binti Abd. Hamid Ahli 40. Pn. Wan Muslima binti Mat Husin Ahli 41. Pn. Normah binti Meor Uda Ahli 42. Pn. Norliza binti Salleh Ahli 43. En. Norizan bin Mehat Ahli 44. Pn. Anida Fazura binti Muhammad Zakuan Ahli 45. Pn. Dona Zhorifah Syazana binti Azmi Ahli 46. Pn. Syarifah Syakirah binti Syed Adam Ahli 47. Pn. Marliza binti Remeli Ahli 48. Pn. Farah Aifaa binti Mayuni Ahli


12 49. En. Musyadee bin Rosli Ahli 50. Pn. Rosmawati binti Rodzali Ahli 51. Pn. Fauziah binti Mohd Nor Ahli 52. Pn. Nor Hashida binti Mohd Hassan Ahli 53. Pn. Amiah binti Mohamad Ahli 54. Pn. Marina Hajar binti Ahmad Ahli 55. En. Rosan Kumar a/l Candra Bahadur Ahli 56. Pn. Siti Norbaya binti Md Saad Ahli 57. Pn. Musniza binti Muhamad Ahli 58. Pn. Azita Nor binti Samingan Ahli 59. En. Mohd Khairul Sukri bin Che Omar Ahli 60. Pn. Shiela Binti Ramli Ahli 61. En. Mohd Zaidi Bin Hashim Ahli 62. Pn. Sarniza Binti Mohd Salleh Ahli 63. Pn. Suriana Ahli 64. En. Razaini Bin Othman Ahli 65. En. Muhamad Firdaus Bin Abdul Latib Ahli 66. En. Adi Bin Jimaee Ahli 67. En. Mohd Azahari Bin Othman Ahli 68. Pn. Rozita Binti Khalid Ahli 69. Pn. Hamizatul Shima Binti Mohd Sharif Ahli 70. Pn. Rohana Binti Mohd Japaii Ahli 71. En. Mohd Yusof Bin Razali Ahli 72. Pn. Dineshini A/P Paroman Ahli 73. En. Mohamad Zaki Bin Mohamad Zin Ahli 74. En. Jelaini Bin Md Hanafiah Ahli 75. Pn. Nurulhuda Binti Mohamad Ahli 76. Pn. Nur Hazwani binti Idrus Ahli 77. Pn. Nursharinah Binti Muhd Yusuff Ahli 78. En. Mustapa Bin Md Radzi Ahli 79. Pn. Nor Azman Bin Abdul Kadir Ahli 80. Pn. Farisya Irwayu Binti Nordin Ahli 81. En. Che Muhammad Hanaffi Bin Che Sulaiman Ahli 82. Pn. Ruzita Binti Che Ahamad Ahli 83. En. Mohd Khairil Azhar Bin Md Haris Ahli 84. En. Mohd Firdaus Bin Osman Ahli 85. En. Zulkifli bin Ab Hamid Ahli 86. Pn. Aqilah Binti Azizan Ahli 87. En. Mohammad Hafiz Bin Kadir Ahli 88. Pn. Nurul Huda Binti Azizan Ahli 89. Pn. Nik Hazimah Binti Mohamad Nawi Ahli 90. En. Mohd Nazri Bin Abdul Hamid Ahli 91. En. Syamsul Fairuz Bin Hasan Ahli 92. Pn. Che Nurul Fateha binti Che Sulaiman Ahli 93. Pn. Jeevaambigai A/P Raja Manikam Ahli 94. En. S Mogan Ahli 95. En. Mohd Aizad Bin Ishak Ahli 96. En. Rafiq Bin Ahmad Ahli 97. En. Mohd Rozaimi Bin Adnan Ahli 98. Pn. Dia Aliza Kamaruddin Ahli 99. En. Mohd Azizi Abd Karim Ahli 100. Pn. Siti Hajar Binti Mohd Ahli 101. Pn. Ummi Rahmah Binti Asri Ahli 102. Pn. Nor Azizah Binti Bakar Ahli 103. En. Mohd Shuhaimi Bin Hussin Ahli 104. En. Jalaluddin bin Mat Ahli 105. Pn. Roslilaiza Binti Ibrahim Ahli 106. En. Azmil Azhar Ahli 107. Pn. Noor Azwani Binti Ahamad Ahli


13 108. Pn. Norazimah Binti Saad Ahli 109. Cik Mahfuzah binti Ibrahim Ahli 110. Cik Noor Zubaidah binti Mohamad Ismail Ahli 111. Cik Nurul Farhanah binti Nazri Shaharuddin Ahli Tidak hadir : 1. En. Mohd Fairus bin Abdul Wahab AJK (Bersebab) 2. En. Mohamad Saat bin Daud AJK (Bersebab) Turut Hadir : 1. CLR Pn. Norhayati binti Sani Perasmi (AHLI MBI Zon 2) 2. En. Jasmaney bin Saidin Penasihat / Guru Besar Agenda Mesyuarat : 1 Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG – En. Masri Adlan bin Hj Mohd Nawawi 1.1 Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan AJK PIBG, ibu bapa dan semua guru atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 bagi sesi 2023. YDP berharap agar pelbagai aktiviti atau program dapat dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. 1.2 YDP mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli PIBG, AJK PIBG yang dilantik, guru-guru, barisan pentadbir serta warga Sk Tanjong Rambutan. Beliau juga meletakkan harapan yang tinggi kepada ibu bapa supaya terus memberikan kerjasama kepada guru-guru untuk memastikan perkembangan anak-anak semakin baik. 1.3 YDP menghargai setiap Guru besar yang berkhidmat di SKTR kerana bertungkus lumus menjayakan program-program untuk menambahbaik kawasan persekitaran sekolah. Terkini beliau memaklumkan sekolah memerlukan dana untuk membaiki lantai kelas dan pembinaan susur gajah dari pagar utama menghala ke kantin sekolah. YPD berharap hasrat ini dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi keselesaan anak-anak SK Tanjong Rambutan. 1.4 YDP berharap mesyuarat dapat berjalan dengan lancar. 2 Agenda 2 : Ucapan Penasihat – En. Jasmaney bin Saidin 2.1 Guru besar mengucapkan salam dan syukur kerana Mesyuarat agung PIBG kali ke - 41 dapat dijalankan dan merupakan satu agenda Pendidikan negara yang perlu diselesaikan sebelum 30 Jun 2023 oleh semua sekolah. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada CLR Pn. Noorhayati binti Sani kerana sudi hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ini dengan jayanya. 2.2 Ucapan terima kasih dan tahniah juga ditujukan kepada seluruh warga Sk Tanjong Rambutan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam mesyuarat agung kali ini. 2.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kerana dapat meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat yang julung-julung kalinya diadakan. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi dan baik bagi memastikan SKTR sentiasa cemerlang dalam semua aspek iaitu Kurikulum, HEM dan Kokurikulum. 2.4 Beliau juga membentangkan profil sekolah dengan kekuatan guru seramai 54 orang, AKP 6 orang. Manakala bilangan murid termasuk prasekolah seramai 665 orang dan bilangan kelas yang beroperasi termasuk pra ialah 27 kelas. 2.5 Guru besar mengambil maklum tentang isu cuaca panas pada kali ini dengan mengambil Tindakan sewajarnya agar semua warga SKTR berada dalam keadaan yang baik sepanjang masa. Kebenaran untuk memakai pakaian yang lebih selesa disambut baik dengan membenarkan murid dan guru memakai pakaian sukan yang lengkap.


14 2.6 AKADEMIK 2.6.1 TS25 - SKTR telah menerima Pelantikan sebagai sekolah TS25 Kohort 7 oleh JPN Perak. Maksud Program Transformasi Sekolah 2025 TS25 TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. - Matlamat Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 1. Kepimpinan : Memantapkan kepimpinan sekolah. 2. Kualiti pengajaran dan pembelajaran; Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP). 3. Penglibatan Komuniti; Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. 2.6.2 UASA - Guru besar juga memaklumkan tentang UASA iaitu Ujian Akhir Sesi Akademik yang perlu diambil oleh murid tahun 4 hingga 6. UASA adalah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik. Ujian Akhir Sesi Akademik adalah bukan merupakan pentaksiran pusat. Ianya dilaksanakan adalah untuk menguji tahap kognitif murid bukan membandingkan prestasi ataupun pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri. - Tujuan UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) bertujuan untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid ataupun kandungan yang dipelajari setiap pelajar sepanjang sesi pembelajaran akademik. Ianya dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Sekaligus maklumat ini dapat membantu guru merancang dandan menjalankan intervensi untuk membangunkan potensi murid dan - Menjalankan intervensi untuk membangunkan potensi murid. - Ujian Akhir Sesi Akademik melibatkan murid tahap 2 sahaja. Mata pelajaran yang terlibat dalam Ujian Akhir Sesi Akademik ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik , Sains dan Sejarah. Murid tahap tahap 1 tidak terlibat dalam Ujaian Akhir Sesi Akademik. 2.6.3 PBD - Dilaksanakan berterusan didalam kelas dari tahun 1 hingga 6. 2.7 HAL EHWAL MURID 2.7.1 RMT – 76 orang murid layak terima pada tahun ini. 2.7.2 Disiplin murid – murid SKTR adalah berada pada tahap yang baik. 2.8 KOKURIKULUM 2.8.1 Guru besar mewakili pihak sekolah akan sentiasa memastikan anak-anak terlibat dalam kegiatan kokurikulum sepanjang tahun kerana ianya membantu markah PAJSK supaya tidak gagal. 2.8.2 Kegiatan Kokurikulum maih belum dapat dijalankan berikutan keadaan cuaca panas sekarang dan akan dijalankan sekiranya mendapat makluman dari pihak atasan. Surat makluman akan disertakan.


15 3 Agenda 3 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-40 3.1 Pn. Sharifah Nur-Ain binti Said Ali selaku setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke 40 sesi 2022 untuk disahkan dan diterima. 3.2 En. Md. Faizam bin Hairuman mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 40 sesi 2022 disahkan dan disokong oleh En. Samsuri bin Nasir. 4 Agenda 4 : Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Tahun 2022/2023 4.1 Pn. Anita binti Ramli selaku bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan yang berakhir pada 30 April 2023. 4.2 Penyata kewangan adalah dari 1 Januari 2022 hingga 30 April 2023. Baki bawa ke bawah adalah sebanyak RM6521.77. 4.3 Pencadang untuk diterima ialah En. Mohd Yusof Bin Razali dan disokong oleh En. Mohd Nazri bin Abdul Hamid. 4.4 Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa kekal bagi sesi 2023-2024:- Yang Dipertua : En. Masri Adlan bin Mohd Nawawi (No. K/P 740818-08-5957) Naib Yang Dipertua : En. Muhamad Najib bin Sukirman (No. K/P 770305-05-5477) Setiausaha : Pn. Sharifah Nur-Ain Binti Said Ali (No. K/P 880730-06-5884) Bendahari : Pn. Anita binti Ramli (No. K/P 760203-08-6118) AJK : 1) Pn. Rashidah binti Che Isa (No. K/P 820519-02-5014) 2) En. Hemaniswaran a/l Ratnasamy (No. K/P 830904-07-5615) 3) En. Mohamad Saat bin Daud (No. K/P 750509-08 -6971) 4) En. Nooramin Kaw bin Abdullah (No. K/P 600924-08-5681) 5) Pn. Nur Asnida binti Abd Razak (No. K/P 890309-08-5100) 6) En. Mohd Fairus bin Abdul Wahab (No. K/P 770327-08-7031) 7) En. Mior Afendi bin Samsudin (No. K/P 720701-08-6173) 8) En. Mohd Shahar bin Yahaya (No. K/P 750928-07-5249) 9) Pn. Kalavathi a/p Thathiah (No. K/P 760906-08-6384) Juruaudit : 1) En. Samsuri bin Nasir (No. K/P 821024-08-6311) 2) Pn. Faridah binti Hussin (No. K/P 760113-02-6082) 4.5 Syarat tandatangan Akaun Bank CIMB : 8004910796 adalah; - RM2000.00 ke bawah : Dua dari Tiga sama ada Yang DiPertua atau Setiausaha, manakala Bendahari adalah wajib. - RM2000.01 ke atas adalah ketiga-tiga iaitu Yang DiPertua, Setiausaha dan Bendahari. 5 Agenda 5 : Menetapkan Sumbangan Dana PIBG 2022-2024 5.1 En. Masri Adlan bin Mohd Nawawi selaku YDP PIBG membuat persetujuan bahawa kutipan sumbangan tambahan pada tahun ini dikekalkan seperti tahun lepas. 5.2 Sumbangan tambahan PIBG yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG ini akan dihantar beserta borang permohonan ke Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk mendapat kelulusan.


16 Cadangan Bayaran Tambahan PIBG Bil Tajuk / Jenis Kutipan yang dibenarkan Pra sekolah (RM) Thn.1 (RM) Thn.2 (RM) Thn.3 (RM) Thn.4 (RM) Thn.5 (RM) Thn.6 (RM) 1 Sumbangan PIBG 30.00 (per kepala) 30.00 (per keluarga) 2 Program Peningkatan Akademik (perkepala) - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 4 Keselamatan dan keceriaan (perkepala) - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 Jumlah Besar 30.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 5.3 Pn. Siti Hajar binti Mohd mencadangkan yuran PIBG dikekalkan sebanyak RM50.00 per keluarga dan disokong oleh Pn. Nor Azimah binti Saad. 5.4 Setelah dibahaskan, semua ahli PIBG yang hadir dalam mesyuarat berpuas hati dengan jenis-jenis kutipan dan jumlahnya dan bersetuju untuk menerimanya. 5.5 Berikut adalah ketetapan bayaran tambahan PIBG bagi sesi 2022/2023:- 6 Agenda 6 : Membahaskan Usul-usul 6.1 En. Mansor Bin Mahamad - Meminta supaya ibu bapa yang menghantar anak berhenti tidak terlalu lama dihadapan pagar. Maksimum 10 hingga 15 saat sahaja. Guru besar mengambil inisiatif supaya teguran ini dipanjangkan kepada murid sahaja dan disampaikan kepada ibu bapa masing-masing agar masalah ini dapat dikurangkan. 6.2 Pn. Siti Fatimah Binti Abdul Rahim - Mencadangkan supaya mengadakan ujian bulanan dan peperiksaan untuk mengetahui tahap penguasaan dan kelemahan anak-anak. Guru besar menjelaskan kepada semua bahawa pentaksiran diadakan setiap kali didalam kelas namun tidak setiap hari. Pemberian TP (Tahap Penguasaan) adalah mengikut kesesuaian dan Bil Tajuk / Jenis Kutipan yang dibenarkan Pra sekolah (RM) Thn.1 (RM) Thn.2 (RM) Thn.3 (RM) Thn.4 (RM) Thn.5 (RM) Thn.6 (RM) 1 Sumbangan PIBG 30.00 (per kepala) 30.00 (per keluarga) 2 Program Peningkatan Akademik (perkepala) - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 4 Keselamatan dan keceriaan (perkepala) - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 Jumlah Besar 30.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00


17 kemampuan murid. Bagi tahun 1, 2 dan 3 pencapaian melalui PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) manakala tahun 4, 5 dan 6 berdasarkan UASA (seperti dinyatakan diatas). Tambahan dari wakil ibu bapa En. Mohd Nazri Bin Abdul Hamid, bahawa Pentaksiran adalah dinilai melalui kuiz, projek mudah, dan sebagainya. Ia tidak semestinya ujian bulanan atau peperiksaan. 6.3 Pn. Nor Azizah Binti Bakar - Mencadangakn supaya pihak sekolah menggalakkan murid MESRA SIFIR. Guru besar memaklumkan bahawa pihak Panitia Matematik sebelum ini telah menjalankan satu inovasi seperti Kad Sifir dalam program panitia. Ia melibatkan semua murid untuk menghafaz sifir. Namun begitu guru besar menyambut baik cadangan dan usul ini dan akan diperluaskan lagi program Bijak Sifir bersama ibu bapa pula. Makluman : Guru besar 6.4 Pn. Nur Azimah Binti Che Marzuki - Mencadangkan supaya ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak dari sekolah tidak membuat pusingan U berdekatan kawasan sekolah sebaiknya melalui jalan belakang untuk keluar. Guru besar memaklumkan bahawa di kawasan tersebut tidak sepatutnya berlaku. Namun begitu, pihak sekolah akan sentiasa memberi peringatan kepada murid untuk disampaikan kepada ibu bapa masing-masing agar tidak mengulangi perkara yang sama. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Cadangan daripada En. Mohd Noramin Kaw bin Abdullah pihak sekolah boleh meletakkan kon di kawasan tersebut berkaitan masalah ini. 6.5 En. Mohd Zaidi Bin Hashim Pn. Nazilah Binti Yakob Pn. Fethylah Binti Abu Hassan - Mengusulkan cadangan menaiktaraf kebersihan tandas - Membuat laluan khas berbumbung supaya tidak basah ketika cuaca hujan. - Bimbang keselamatan pelajar dibahagian tingkat 3 yang tiada jeriji besi penghalang. 1. Guru besar memaklumkan bahawa setiap minggu telah diingatkan kepada murid supaya menjaga kebersihan tandas. Pihak sekolah telah membaiki beberapa tandas yang rosak tetapi masalah yang sama berlaku kerana kecuaian murid seperti membuang sampah didalam mangkuk tandas dan boleh menyebabkan tandas tersumbat. Guru besar juga akan memantau dari semasa ke semasa tentang masalah ini supaya kebersihan tandas dapat dijaga. 2. Berkaitan dengan laluan berbumbung dan jeriji besi pihak sekolah sedaya upaya memohon dan mencari dana untuk penambahbaikan tetapi masih dalam proses dan masih menunggu tindakan dari pihak atasan. Namun begitu pihak sekolah mengalu-alukan kesudian dari pihak ibu bapa yang mempunyai kepakaran atau kemampuan untuk melaksanakan hasrat ini. Besar harapan pihak sekolah untuk menjayakan cadangan yang baik ini. 6.6 En. Mohammad Razlan Bin Onn Mahadi En. Shahrul Azrin - Mencadangkan agar pihak sekolah memohon petak kuning atau bantuan RELA di jalan utama masuk ke sekolah supaya aliran trafik berjalan lancar sewaktu menghantar dan mengambil anak dari sekolah . Pihak sekolah akan maklumkan kepada CLR dari JKR berkenaan masalah ini. Makluman: Guru besar


18 6.7 Pn. Siti Norliza Razak - Mengusulkan supaya bangku diletakkan di dalam tandas untuk memudahkan murid memakai seluar/kain selepas menggunakan tandas. Guru besar mengambil tindakan sejurus mendapat usul ini dengan meminta pekerja pembersihan sekolah meletakkan kerusi atau bangku di setiap tandas murid lelaki dan perempuan. Pihak sekolah juga akan memantau perkara tersebut dari semasa ke semasa kerana bimbang kerusi atau bangku itu disalahguna oleh murid. 6.8 En. Mohd Nazri Bin Abdul Hamid - Memohon supaya membuat penyelenggaraan atau penggantian kipas-kipas rosak didalam kelas untuk keselesaan guru dan murid ketika sesi PDPC. - Mencadangkan supaya membuat kewangan tambahan melalui kedai-kedai runcit berdekatan. Guru besar memaklumkan bahawa kipas yang rosak telah ditukar yang baharu sebanyak 5 buah dan ada beberapa kipas yang hanya perlu menukar kapasitor sahaja. Beliau juga memaklumkan jika ibu bapa ingin membuat sumbangan dari segi material, kewangan atau kepakaran berkenaan perkara ini adalah amat dialu-alukan. Berkenaan usul tambahan guru besar akan berbincang dengan AJK PIBG atau pemilik-pemilik syarikat terlibat. 7 Agenda 7 : Ucapan Penagguhan 7.1 YDP PIBG En. Masri Adlan bin Mohd Nawawi berharap agar segala usul yang dibincangkan dapat segera diambil tindakan oleh pihak sekolah dan ibu bapa demi kebaikan anak-anak dan warga SKTR. Beliau juga meminta agar ibu bapa di Sk Tanjong Rambutan jika ada masalah berkaitan anak-anak datang ke sekolah dan selesaikan dengan cara yang paling berhemah dan berhikmah. Beliau berharap agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.55 pagi. Pencatat Minit : 1. Pn. Hjh. Norsazila binti Darun Shah (K) 2. Pn. Nurasyikin binti Harmainy 3. Pn. Nur Asiah binti Abd Hamid Disediakan oleh, Disemak oleh, …………………………………………… ……………………………………….. (SHARIFAH NUR-AIN BINTI SAID ALI) (MASRI ADLAN BIN MOHD NAWAWI) Setiausaha, Yang DiPertua, Persatuan Ibu bapa-Guru (PIBG), Persatuan Ibu bapa-Guru (PIBG), SK Tanjong Rambutan. SK Tanjong Rambutan. s.k. 1. Fail Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara (u.p. : En. Shamsul Adli Bin Abdul Majid) 2. Guru Besar, Sk. Tanjong Rambutan 3. Fail Sekolah, Sk. Tanjong Rambutan


19 LAPORAN TAHUNAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG RAMBUTAN TAHUN 2023/2024 Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 telah berusaha untuk melibatkan diri secara lebih aktif bagi membantu pihak sekolah untuk mencapai dan meningkatkan lagi prestasi sekolah serta melahirkan modal insan yang berkualiti sama ada dari aspek akademik, kokurikulum, sahsiah mahupun keceriaan serta prasarana sekolah. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh tersebut: SENARAI MESYUARAT AJK PIBG SESI 2023/2024 LAPORAN KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2022/2023 BIL NAMA 1 2 3 4 25.05.2023 26.07.2023 25.10.2023 31.01.2024 01 En. Jasmaney bin Saidin / / / / 02 En. Masri Adlan bin Mohd Nawawi / / / / 03 En. Muhamad Najib bin Sukirman / / / / 04 Pn. Sharifah Nur-Ain Binti Said Ali / / / / 05 Pn. Anita binti Ramli / / / / 06 En. Mohamad Saat bin Daud THS / THS / 07 En. Nooramin Kaw bin Abdullah THS THS THS THS 08 En. Mohd Fairus bin Abdul Wahab THS THS THS THS 09 En. Hemaniswaran a/l Ratnasamy THS / / / 10 Pn. Rashidah binti Che Isa / / THS / 11 Pn. Nur Asnida binti Abd Razak / THS / / 12 En. Mior Afendi bin Samsudin / / / THS 13 En. Mohd Shahar bin Yahaya / / / THS BIL PERKARA TARIKH 1 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023 Kali Pertama 25 Mei 2023 2 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023 Kali Ke- 2 26 Julai 2023 3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023 Kali Ke- 3 25 Oktober 2023 4 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023 Kali Ke- 4 31 Januari 2024


20 14 Pn. Kalavathi a/p Thathiah / / THS / 15 En. Samsuri bin Nasir - - - - 16 Pn. Faridah binti Hussin / - PINDAH PINDAH 17 Pn Sabariah binti Che Haron - - / / Petunjuk : / Hadir TH Tidak Hadir THS Tidak Hadir Bersebab Sumbangan PIBG kepada Program Sekolah sepanjang tahun 2022/2023 : BIL PERKARA JUMLAH SUMBANGAN (RM) 1 Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah Sesi 2023 2091.00 2 Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2023/2024 5000.00 3 Graduasi Tahun 6 2023/2024 800.00 4 Kejohanan Olahraga Tahunan kali Ke-60 2023/2024 3000.00 5 Sambutan Hari Raya 2023 1386.00 6 Program HEM 2023 1460.00 7 PADNI SKTR 2023 220.00 8 Perkhemahan Perdana 2023 1000.00 JUMLAH RM14957.00 Sekian untuk makluman. Semoga persatuan ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Disediakan oleh, Disemak oleh, ……………………………………………… …………………………………………… (SHARIFAH NUR-AIN BINTI SAID ALI) (MASRI ADLAN BIN MOHD NAWAWI) Setiausaha, Yang Dipertua, Persatuan Ibu bapa-Guru (PIBG), Persatuan Ibu bapa-Guru (PIBG), SK Tanjong Rambutan, SK Tanjong Rambutan, 31250 Tg Rambutan, Perak. 31250 Tg Rambutan, Perak.


21 LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2023/24 BERAKHIR PADA 31 MAC 2024 PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK TANJONG RAMBUTAN BAGI TAHUN 2023/24 AKAUN BERAKHIR 31 MAC 2024 PENERIMAAN TAHUN 2023/2024 Bil Perkara PIBG SUMBANGAN JPM 1 Baki diterima pada 16/6/2023 6521.77 10550.00 2 KUTIPAN YURAN 2023/2024 27950.00 3 SUMBANGAN EN NAZRI 150.00 4 SUMBANGAN KAUNSELOR 300.00 5 SUMBANGAN EN ASHRAFF 3000.00 6 SUMBANGAN EN AMIR 3000.00 7 SUMBANGAN JABATAN PERDANA MENTERI 56895.00 8 GOTONG ROYONG MADANI 5800.00 9 SUMBANGAN WAKIL PARLIMEN 5000.00 10 SUMBANGAN YAPEIM 4000.00 JUMLAH 34471.77 31800.00 56895.00 JUMLAH KESELURUHAN (PIBG +SUMBANGAN + JPM 123,166.77 PEMBAYARAN TAHUN 2023/2024 BIL PERKARA PIBG SUMBANGAN JPM 1 MESY AGONG SESI 23/24 1680.00 2 SAMBUTAN HARI RAYA 1386.00 3 TIANG GOL 700.00 4 PROGRAM HEM 1460.00 5 KEK HARI GURU 100.00 6 PADNI 220.00 7 KOKURIKULUM 4300.00 8 SUMBANGAN KEMATIAN ANAK EN HALIM 200.00 9 KAWAD KAKI 300.00 10 BAIKI TEMBOK PAGAR SEK DAN AWNING 3000.00 11 SUKAN TAHUNAN 3000.00 12 PERKHEMAHAN PENGAKAP 240.00


22 13 PERTANDINGAN KAFOA 150.00 14 BAIKI KIPAS 150.00 15 HARI KANAK-KANAK 2091.00 16 PERKASA BOLA BALING 150.00 17 SUMBANGAN UNTUK ADIK FAREL 200.00 18 SUMBANGAN KAFOA (KEBANGSAAN) 500.00 19 SUMBANGAN MURID SAKIT (RANIA) 250.00 20 HOKI 300.00 1000.00 21 BOLA BALING 250.00 22 PRA SEKOLAH 790.00 23 PHOTOSTAT 2000.00 24 PERKHEMAHAN PERDANA 1000.00 25 AISKRIM ( HARI KANAK-KANAK) 360.00 26 BOLA BALING 195.00 27 PERKHEMAHAN PENGAKAP 180.00 28 PBSM DAN TKRS 190.00 29 TEMBOK DAN BAIKI LAMPU 1300.00 30 HADIAH PERSARAAN SIR ROSHAN 60.00 31 KHATAM QURAN 500.00 32 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 5000.00 33 GRADUASI TAHUN 6 800.00 34 JAMUAN PEMIMPIN MUDA 250.00 35 GOTONG ROYONG MADANI 5800.00 36 TEMBOK 400.00 1000.00 37 HADIAH KELAS 1 BETA 100.00 38 BUKU TEKS TAHUN 3 450.00 39 HADIAH MURID PROGAM PIBG 100.00 40 POKOK TIN 1000.00 41 HADIAH AJK PIBG SESI 23/24 700.00 42 TV (YAPEIM ) 4000.00 43 KIPAS 150.00 44 NET 90.00 45 CEK FEE DAN PRINT STATEMENT 12.00 46 SYARIKAT BEN ISA 27,740.00 47 SYARIKAT BEN ISA 27,697.25 JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN 25054.00 23000.00 55437.25


23 PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK TANJONG RAMBUTAN BAGI TAHUN PERAKAUNAN BERAKHIR PADA 31 MAC 2024 Bil Perkara PIBG SUMBANGAN JPM 1 JUMLAH PENERIMAAN 2023/2024 34,471.77 31800.00 56895.00 2 JUMLAH PERBELANJAAN 2023/2024 25054.00 23000.00 55437.25 3 JUMLAH BAKI BERAKHIR PADA 31.3.2024 9417.77 8800.00 1457.75 4 JUMLAH KESELURUHAN BAKI (pibg + sumbangan + jpm ) 19675.52 Penyata kewangan ini disediakan oleh: ……………………….. (ANITA BINTI RAMLI) Bendahari, Persatuan Ibubapa dan Guru, Sk Tg Rambutan. Bahawasanya saya yang bertandatangan dibawah telah memeriksa Penyata Kewangan PIBG Sek. Keb. Tanjong Rambutan melalui baucar-baucar dan resit-resit yang terdapat dari Tarikh 16 Jun 2023 hingga 31 Mac 2024 didapati benar dan disahkan. …………………………. (SAMSURI BIN NASIR) Juruaudit 1, Persatuan Ibubapa dan Guru, Sk Tg Rambutan. ……………………………………… (SABARIAH BINTI CHE HARON) Juruaudit 1, Persatuan Ibubapa dan Guru, Sk Tg Rambutan.


24 CADANGAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG TAHUN 2024/2025 Bil Tajuk / Jenis Kutipan yang dibenarkan Pra sekolah (RM) Thn 1 (RM) Thn 2 (RM) Thn 3 (RM) Thn 4 (RM) Thn 5 (RM) Thn 6 (RM) 1 Sumbangan PIBG 30.00 (per kepala) 30.00 (per keluarga) 2 Program Peningkatan Akademik (perkepala) - 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 3 Keselamatan dan keceriaan (perkepala) - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 4 Majalah Sekolah - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 Jumlah Besar 30.00 70.00 70.00 70.00 70.00 70.00 70.00


25 PERBAHASAN USUL DAN CADANGAN USUL TERPILIH 2024 1. USUL 1 1.1. Mohon guru kelas buat kutipan tunai untuk membeli kotak penyimpanan buku teks di dalam kelas bagi mengelakkan beg murid menjadi berat apabila digalas. PEMBAWA USUL : Pn Fatin Nur Adila Binti Zamri- Hadir (Aariz Hakeem) – Bilik 2 KEPUTUSAN : ___________________________________________________________________ 2. USUL 2 2.1. Mohon pihak sekolah usulkan kepada JKR buat 1 petak kuning di simpang masuk laluan utama menghantar dan mengambil anak.. PEMBAWA USUL : En. Mohamad Fairul Hafiz bin Norazami- Hadir (Muhammad Habib Fawwaz) - 3 Gamma KEPUTUSAN : ___________________________________________________________________ 3. USUL 3 3.1. Mencadangkan supaya pihak sekolah memohon bantuan dari Balai Polis Tanjung Rambutan untuk menjaga kawalan lalulintas di hadapan simpang masuk sekolah (depan kuil) kerana urusan kenderaan keluar dan masuk simpang boleh mengakibatkan kemalangan jika tidak berhati-hati ketika membuat lintasan. PEMBAWA USUL : 1. Pn. Siti Karmiza Azuan Binti Abd Aziz- Tidak Hadir (Muhammad Danish Irfan Bin Mohd Khairul Ikhsan) – 6 Beta 2. Pn Fariana Emirza Binti Mohamad Sharif – Tidak hadir (Sharifah Noraisyah Aqilah) – 2 Beta KEPUTUSAN : ___________________________________________________________________ 4. USUL 4 4.1. Mencadangkan ketetapan tempat kereta dan motosikal menurunkan murid semasa datang dan pulang dari sekolah supaya proses menurunkan murid tidak melewatkan murid masuk ke dalam kawasan sekolah.. PEMBAWA USUL : En. Mohd Yusof bin Razali - Hadir (Aaliya Batrisyia) – 2 Alfa KEPUTUSAN : ___________________________________________________________________


26 5. USUL 5 5.1. Mencadangkan agar pihak sekolah/kantin elakkan jualan makanan seperti nugget dan sosej kepada murid. PEMBAWA USUL : En. Mohd Firdaus Bin Abdlah– Hadir (Nur Qisya Irdina Binti Mohd Firdaus) – 3 Beta KEPUTUSAN : ___________________________________________________________________ 6. USUL 6 6.1. Mencadangkkan agar pihak sekolah mengambil perhatian tentang kedudukan kelas murid tahun 2 dan 3 yang berada di tingkat atas kerana khuatir berlaku perkara yang tidak diingini. PEMBAWA USUL : En. Mohammad Zaki B Mohamed Zin – Hadir (Nur Zara Raisha Bt Mohamad Zaki) – 2 Beta KEPUTUSAN : ___________________________________________________________________ 7. USUL 7 7.1. Mencadangkan supaya pihak sekolah menyediakan selipar untuk murid-murid ke tandas. PEMBAWA USUL : En. Mohd Azizi Bin Abd Karim – Hadir (Muhammad Haziq) - 5 Alfa KEPUTUSAN : 8. USUL 8 8.1. Mencadangkan supaya pihak sekolah membawa murid yang dalam kecemasan ke klinik dengan segera sementara ibu bapa atau waris sampai contoh kecemacan seperti asma, luka atau pengsan. PEMBAWA USUL : Pn Norhasliyna binti Zainal Abidin – Hadir (Ahmad Firdaus) – 3 Alfa KEPUTUSAN : ___________________________________________________________________


27 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2024- 2026 PENASIHAT EN. JASMANEY BIN SAIDIN YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA PN. SHARIFAH NUR-AIN BINTI SAID ALI BENDAHARI PN. ANITA BINTI RAMLI AHLI JAWATANKUASA PIBG (GURU) 1) 2) 3) AHLI JAWATANKUASA PIBG (IBU BAPA) 1) 2) 3) 4) 5) 6) JURU AUDIT 1) (WAKIL IBU BAPA) 2) PN. SABARIAH BINTI CHE HARON (WAKIL GURU)


28 PENGHARGAAN PIBG SK TANJONG RAMBUTAN DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA : YBHG. DATO’ DR HJ. AMINUDDIN BIN HJ. MD HANAFIAH AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH BINA UPAYA NEGERI PERAK EN. TARMIZI BIN HUSHAINI PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA EN. JASMANEY BIN SAIDIN PENASIHAT PIBG SK TANJONG RAMBUTAN EN. MASRI ADLAN BIN HJ. MOHD NAWAWI YANG DIPERTUA PIBG SK TANJONG RAMBUTAN BARISAN JAWATANKUASA PIBG SK TANJONG RAMBUTAN SESI 2022-2024 GURU-GURU SK TANJONG RAMBUTAN AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG KALI KE-42 SEMUA IBU BAPA DAN WARIS MURID SK TANJONG RAMBUTAN WARGA SK TANJONG RAMBUTAN DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN DAN SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS INI. SEMOGA USAHA MURNI INI DAPAT DITERUSKAN LAGI DI MASA HADAPAN.


29 BINGKISAN SEPANJANG SESI 2023-2024 HARI BERTEMU WARIS SESI 2023


30 HARI BERTEMU WARIS SESI 2023


31 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-60


32KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE -60


33 ZIARAH CAKNA PENGEBUMIAN JENAZAH MURID SKTR Allahyarham Adik Muhamad Fariz Irfan bin Abdul Halim


34


35 - TAMATSekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version