PERKEMBANGAN
ILMU TASAWWUF
DHARINI GDGUALU
SEKARANG
DR MOHD SYUKRI BIN ZAINAL ABIDIN
DR SHARIFAH BASIRAH SYED MUHSIN
AHLI KUMPULAN :
1. NURUL ATIQAH ILYANI BINTI MOHAMAD TAN ( U2000301/2 )
2. WAN NURUL NABILA BT WAN MOHD KAMIL ( U2000183/2 )
3. NUR ATHIRAH AIN BINTI ALIAS ( U2000103/2 )
4. NUR INSYIRAH UZMA BINTI MOHD FUAD ( U2000175/2 )
5. NUR UMAIRAH BINTI MOHD ADAM ( U2000277/2 )
6. NUR IZZAH ATHIRAH BINTI EFFANDI ( U2000297/2 )
7. SUSIYANA BINTI RUSIN ( U2000416/2 )
This template was created by Slidesgo
ISI KANDUNGAN
1. Pendahuluan 3
2. Bab 1: Pengenalan Tasawwuf 4-6
3. Bab 2: Sejarah lahirnya Tasawwuf
7
Zaman Rasulullah 8-9
Zaman Sahabat 10-11
Zaman Tabi'in
4. Bab 3: Perkembangan Tasawwuf 12-18
Penulisan ilmu Tasawwuf 19-27
Tokoh-tokoh ilmu Tasawwuf 28
5. Kesimpulan 29
6. Penutup 30
7. Rujukan
2
This template was created by Slidesgo
PENDAHULUAN
Tasawwuf adalah cabang ilmu dalam Islam yang menekankan
dimensi atau aspek kerohanian dalam Islam. Kerohanian ini boleh
mengambil pelbagai bentuk di dalamnya. Berhubung dengan
manusia, tasawwuf lebih mengutamakan aspek kerohanian
daripada aspek fizikal. Seterusnya dalam hubungan dengan
kehidupan, ia lebih menekankan kehidupan akhirat daripada
kehidupan dunia yang fana, manakala dalam hubungan dengan
pemahaman agama, ia lebih menekankan aspek esoterik daripada
eksoterik, menekankan tafsiran dalaman dan bukannya tafsiran
luaran.
Makalah ini membincangkan sejarah perkembangan ilmu
tasawwuf dari dulu hingga sekarang. Antara lain: pengertian
tasawwuf, sejarah lahirnya tasawwuf pada zaman Rasulullah,
zaman sahabat dan zaman tabi’in. Turut disertakan penulisan ilmu
tasawwuf dan tokoh-tokoh ilmu tasawwuf.
3
This template was created by Slidesgo
PENGENALAN TASAWWUF
Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, tasawwuf membawa
maksud ajaran (usaha, jalan) untuk mengenal Tuhan dengan
benar-benar dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Seterusnya,
tasawwuf juga bermaksud ilmu-ilmu suluk, ilmu tarekat, mistik dan juga
mengaji iaitu menuntut atau mengamalkan ilmu suluk (mistik).
Tasawwuf juga boleh membawa maksud orang-orang yang menuntut
dan mengamalkan suluk.
Tasawwuf disebut Sufisme dalam bahasa Inggeris yang mana ia
dikaitkan dengan salah satu jenis pakaian kasar yang disebut shuff wool
kasar. Para zahid pada akhir abad dua hijrah sangat menggemari jenis
kain ini sehingga menjadi simbol kesederhanaan pada masa itu.
Tasawwuf berasal dari bahasa arab iaitu ﺗﺻوفyang bererti ilmu
untuk mengetahui bagaimana cara menyucikan jiwa, menjernihkan
akhlak, membangaun zahir dan batin untuk memperoleh kebahagiaan
yang abadi. Istilah tasawwuf mengandungi makna (menjadi) berbulu
yang banyak, yakni menjadi seorang sufi atau menyerupainya dengan
ciri khas pakaiannya terbuat dari bulu domba/wol, walaupun pada
praktik nyatanya tidak semua sufi mengenakan pakaian berbahan wol.
Menurut berbagai pendapat, nama sufi memiliki makna dan arti
kesucian (shafa) hati dan kebersihan tindakan. Sehingga boleh
disimpulkan sufi dianggap orang yang memiliki hati suci dan bersih
dalam tindakan.
4
This template was created by Slidesgo
Ada beberapa pandangan daripada beberapa orang ahli ilmuan 5
berkaitan tasawwuf. Antaranya ialah menurut Imam al-Ghazali, asal kata
tasawwuf berasal daripada perkataan shuuf yang bermakna kain wol
kasar. Istilah ini digunakan sebagai simbol kerendahan diri kepada Allah
sehingga dalam dirinya terpatri sifat Qona’ah yang mendorongnya tidak
lagi berhasrat untuk hidup mewah dan larut dalam permainan duniawi.
Di samping itu, Syamsun Ni’am juga menyatakan beberapa rumusan
berkaitan asal usul tasawwuf. Antaranya ialah kata shaff yang bererti saf
atau baris. Hal ini demikian kerana, ahli sufi sentiasa berada pada garis
pertama dalam solat. Tasawwuf juga ialah shafa yang berrerti bersih,
kerana hatinya selalu dihadapkan dan dikhususkan kepads Allah SWT.
Juga perkataan tasawwuf ialah shuffah atau shuffat al-masjid yang
bererti serambi masjid, yakni tempat yang didiami oleh para sahabat yang
tidak mempunyai tempat tinggal. Ini bermaksud mereka hanya
menghabiskan masa dan mengabdikan hidupnya untuk berdakwah dan
berjihad. Yang terakhir ialah shopos (bahasa Yunani) yang bererti hikmah
(kebijaksanaan).
Manakala pengertian Tasawwuf dari segi istilah ialah bergantung
dari sudut pandang yang digunakan. Terdapat tiga sudut pandang yang
biasa digunakan oleh para ahli, iaitu:
(1) Dari sudut pandang manusia sebagai makhluk terbatas,
tasawwuf didefinisikan sebagai upaya menyucikan diri dengan
menjauhkan pengaruh kehidupan dunia.
(2) Dari sudut pandang manusia sebagai makhluk yang berjuang,
tasawuf merupakan upaya memperindah diri dengan akhlak yang
bersumber dari ajaran agama dalam rangka mendekatkan diri kepada
Allah SWT.
(3) Dari sudut pandang manusia sebagai makhluk yang bertuhan,
tasawwuf merupakan kesedaran fitrah (ketuhanan) yang dapat
mengarahkan jiwa agar tertuju kepada kegiatan-kegiatan yang dapat
menghubungkan manusia dengan Tuhan.
This template was created by Slidesgo
Sementara Abu Muhammad FH dan Zainuri Siroj dalam Kamus
Istilah Agama Islam, mendefinisikan tasawwuf sebagai fahaman yang
mengajarkan tentang cara menyucikan jiwa sesuci mungkin dan berusaha
untuk mendekatkan diri kepada Allah, sehingga kehadiran-Nya senantiasa
dirasakan secara sedar dalam kehidupan sehari-hari.
Dari berbagai-bagai huraian pendapat di atas, dapat disimpulkan
bahwa tasawwuf merupakan sebuah usaha penyucian diri dari hal-hal
yang dapat melalaikan dari kewajiban dan tugas-tugas sebagai hamba
Allah. Sehingga ia tidak lagi diperhambakan oleh nasfu yang seringkali
memalingkannya dalam mengingati penciptanya. Yang mana penyucian
tersebut menyangkut lahiriyah dan batiniyah. Dengan demikian, segala
bentuk tindakannya yang baik lagi murni semata-mata untuk menggapai
redha-Nya.
6
This template was created by Slidesgo
SEJARAH lahirnya tasawwuf
Zaman rasulullah
Tasawwuf pada abad pertama iaitu pada zaman Rasulullah SAW
(13 sebelum Hijrah–11 Hijrah) merupakan sifat umum yang mana
diamalkan oleh hampir seluruh sahabat sahabat Nabi. Ajaran tasawwuf
ini menekankan haliah amaliah yang mana bermaksud amalan atau
ibadah kerohanian yang telah diamalkan rasulullah sendiri dan beliau
juga yang memberi dasar pertama tentang tasawwuf berdasarkan
Al-Quran dan juga hadis. Bahkan sebelum wujudnya ajaran tasawwuf
ini, setiap amalan nabi sudah dijadikan teladan utama oleh orang Islam.
Salah satu contoh yang membuktikan amalan tasawwuf ini
berlaku pada zaman rasulullah adalah apabila setiap bulan Ramadhan,
Nabi Muhammad saw tidak pernah meninggalkan amalan tahannut dan
khalwah di Gua Hira’ untuk mendapatkan hidayah dan bimbingan dari
Allah SWT. Bahkan nabi melakukannya sehingga hati dan juga jiwa
beliau menjadi bersih serta terjaga. Sampaikan akhirnya beliau didatangi
malaikat Jibril a.s yang bertujuan untuk menyampaikan wahyu pertama
dari Allah SWT. Selain itu, perilaku zuhud yang bermaksud sederhana
juga diamalkan dalam kalangan muslim dan kemudiannya
memprioritikan hidupnya dalam pelaksanaan ibadah bagi mengejar
keuntungan akhirat.
Terbukti amalan nabi Muhammad saw ini menunjukkan bahawa
amalan tasawwuf ini wujud dan tujuannya yang mengutamakan amal
ibadah dan juga amalan yang berunsurkan akhirat.
mengasingkan diri (khalwah) 7
untuk melakukan meditasi & ibadah
(tahannut)
This template was created by Slidesgo
Zaman sahabat
Sumber lain yang menjadi acuan oleh para sufi adalah kehidupan para sahabat
yang berkaitan dengan keteguhan iman, ketakwaan, kezuhudan, dan budi pekerti
luhur disebabkan mereka mencontohi kehidupan Rasulullah SAW. Para sahabat
melihat secara langsung segala perbuatan dan ucapan yang diungkap oleh
rasulullah. Pada era Khulafa’ Ar-rasyidin, kehidupan mereka penuh dengan
kesederhanaan dan fokus perhatian mereka hanya kepada Allah SWT dan berbakti
kepada masyarakat. Abu Nasr as-Sarj at-Tusi menulis dalam bukunya , Kitab
Al-Luma’ tentang ucapan Abi Utbah al-Hilwani, iaitu salah seorang Tabi’in tentang
kehidupan para sahabat Rasulullah SAW. Mahukah saya beritahukan kepadamu
tentang kehidupan para sahabat Rasulullah? Pertama, bertemu kepada Allah lebih
mereka sukai daripada kehidupan duniawi. Kedua, mereka tidak takut kepada
musuh, sama ada musuh itu sedikit mahupun banyak. Ketiga, Mereka tidak jatuh
miskin dalam hal duniawi , dan mereka demikian percaya pada rezeki Allah SWT.
Berikut merupakan kehidupan keempat-empat sahabat nabi SAW yang dijadikan
panutan para sufi:
1. Abu Bakar As-Siddiq r.a
Pada awalnya dia adalah seorang quraisy yang kaya, setelah masuk islam ia
menjadi orang yang sangat sederhana. Ketika menghadapi peperangan tabuk,
rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat, siapa yang bersedia memberikan
harta bendanya di jalan Allah SWT. Abu Bakar yang pertama menjawab “ Saya ya
Rasulullah “ akhirnya Abu Bakar memberikan seluruh harta bendanya untuk jalan
Allah SWT. Melihat demikan, Nabi saw bertanya kepadanya : “Apalagi yang
tinggal untukmu wahai Abu Bakar ? “ia menjawab“ cukup bagiku Allah dan Rasul
Nya.”
Diceritakan pula bahwa Abu Bakar hanya memiliki sehelai pakaian. Ia berkata : “jika
seorang hamba begitu dipersonakan oleh hiasan dunia, Allah membencinya
sampai dia meninggalkan perhiasan itu, “ oleh kerana itu Abu Bakar memilih takwa
sebagai “pakaiannya”. Ia menghiasi dirinya dengan sifat-sifat rendah hati, santun,
sabar, dan selalu mendekatkan diri kepada Allah swt dengan ibadah dan zikir.
2. Umar Bin Al-Khattab r.a 8
Umar bin Khattab terkenal dengan keheningan jiwa dan kebersihan hatinya.
Sehingga Rasulullah SAW berkata: ”Allah telah menjadikan kebenaran pada lidah
dan hati Umar.” Ia terkenal dengan sifat zuhud dan kesederhanaan. Disebutkan
dalam buku-buku Tasawwuf dan biografinya, Umar menghabiskan malamnya
dengan beribadah. Hal demikian dilakukan untuk mengimbangi waktu siangnya
yang banyak dihabiskan untuk urusan kepentingan umat. Ia merasa bahawa pada
waktu malam lah dia mempunyai kesempatan yang luas untuk menghadapkan
hati dan wajahnya kepada Allah SWT.
This template was created by Slidesgo
Zaman sahabat
3. Uthman Bin Affan r.a
Uthman bin Affan menjadi teladan para sufi dalam banyak hal. Saidina Uthman
adalah seorang yang zuhud, tawaduk, sering mengingati Allah SWT, banyak
membaca ayat-ayat Allah SWT, dan memiliki akhlak yang terpuji. Diriwayatkan
ketika menghadapi peperangan tabuk, ketika kaum muslimin sedang menghadapi
kebuluran, saidina Uthman memberikan bantuan yang besar berupa kenderaan
dan bekalan tentara.
Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar terjadi kemarau panjang. Ramai
rakyat yang mengadu kepada khalifah dengan menerangkan kesulitan hidup
mereka. Seandainya rakyat tidak segera dibantu, kebuluran akan banyak meragut
nyawa. Pada saat itu, Uthman telah menyumbangkan sebanyak seribu ekor unta.
Tentang ibadahnya, diriwayatkan bahwa Saidina Uthman terbunuh ketika sedang
membaca Al-Quran. Tikaman pedang para pemberontak mengenainya ketika
sedang membaca AlQuran, Ketika itu dia tidak sedikitpun beranjak dari tempatnya,
bahkan tidak mengizinkan orang mendekatinya. Ketika ia rebah berlumuran darah,
mushaf Al-Quran itu masih tetap berada ditangannya.
4. Ali Bin Abi Talib r.a
Ali merupakan guru kerohanian yang utama. Ali mendapat warisan khusus ini dari
Nabi Muhammad SAW. Sifat zuhud dan kerendahan hati Saidina Ali terlihat pada
kehidupannya yang sederhana. Dia tidak malu memakai pakaian yang bertampal,
bahkan dia sendiri yang menampal pakaiannya yang koyak.
Suatu waktu ketika dia membawa daging di pasar, lalu orang menyapanya:
“Apakah kamu tidak malu membawa daging itu wahai Amirul mukminin?
(khalifah).” Kemudian dijawabnya: “Yang saya bawa ini adalah barang halal,
kenapa saya harus malu ?”
Abu Nasr As-Sarj At-Tusi berkata: Diantara para sahabat Rasulullah SAW Saidina
Ali bin Abi Talib memiliki keistimewaan tersendiri dengan isyarat-isyaratnya yang
halus, kata-katanya yang unik, huraian dan ungkapannya tentang tauhid,
makrifah, iman, ilmu, hal-hal yang luhur dan sebagainya yang menjadi pegangan
serta teladan para sufi.
9
This template was created by Slidesgo
Zaman tabi’in
Setelah zaman sahabat, dalam sejarah perkembangan ilmu tasawwuf,
ajaran kaum sufi dapat dibezakan ke dalam beberapa fasa dan setiap fasa
mempunyai ciri masing-masing. Fasa yang pertama adalah pada abad
pertama dan kedua Hijriah. Fasa yang kedua adalah pada abad ketiga dan
keempat Hijriah, manakala fasa yang ketiga adalah pada abad keenam
dan seterusnya. Melihat kepada huraian di atas, jelas bahawa ajaran
kaum “sufi” pada abad pertama dan kedua bercorak akhlaki, iaitu
pendidikan moral dan mental dalam rangka pembersihan jiwa dan raga
dari pengaruh-pengaruh duniawi. Dengan kata lain, ajaran mereka
mengajak kaum muslimin untuk hidup zuhud sebagaimana yang diajarkan
dan diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat besar.
Dalam hubungan ini, Al-Taftazani meringkaskan bahawa ajaran zuhud
pada masa ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
a. Ajaran Zuhud untuk menjauhi hal-hal duniawi demi meraih pahala
akhirat, dan memelihara diri daripada azab neraka. Idea ini berasal
daripada ajaran-ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah, serta pelbagai kondisi
sosio-politik yang berkembang dalam masyarakat Islam ketika itu.
b. Ajaran zuhud bersifat praktis, dan para pendirinya tidak menaruh
perhatian untuk menyusun prinsip-prinsip teoritis atas ajaran tersebut.
Manakala praktisnya adalah hidup dalam ketenangan dan
kesederhanaan, sedikit makan dan minum, banyakkan beribadah dan
mengingat Allah SWT, merasa sangat berdosa, tunduk secara total
kepada kehendak Allah SWT dan berserah diri kepada-Nya. Dengan
demikian, ajaran zuhud ini mengarah kepada pembinaan moral.
c. Motivasi lahirnya hidup zuhud ini adalah rasa takut, iaitu rasa takut
yang muncul daripada landasan amal keagamaan secara
bersungguh-sungguh. Pada akhir abad kedua Hijriah, ditangan Rabi’ah
al-Adawiyah, muncul motivasi cinta kepada Allah SWT, yang bebas dari
rasa takut terhadap azab-Nya mahupun rasa terhadap pahala-Nya.
10
This template was created by Slidesgo
Zaman tabi’in
d. Ajaran Zuhud yang disampaikan oleh sebahagian kaum Zahid pada
zaman terakhir, khususnya di Khurasan, dan pada Rabi’ah al-Adawiyah,
ditandai kedalaman membuat analisis yang dijadikan sebagai fasa
pendahuluan tasawwuf, tidak dipandang sebagai para sufi dalam
pengertiannya yang sempurna. Mereka lebih tepat dipandang sebagai
perintis para sufi abad ketiga dan keempat Hijriah.
Menurut Al-Taftazani, selanjutnya, pada zahid sehingga akhir abad kedua
Hijriah belum dipandang sebagai para sufi. Disini katanya, lebih tepat
disebut dengan zahid, nasik, qari’ dan sebagainya. Berikut adalah
beberapa tokoh ulama sufi tabi’in:
1) Al-Hasan Al-Basri, Lahir di Madinah 21H/642M dan meninggal
dunia di Basrah 110 H/728 M. Beliau merupakan Ulama Sufi yang belajar
tasawwuf daripada Imam Hudzaifah bin Yaman. Beliau dikenali sebagai
ulama sufi yang sangat zuhud terhadap kehidupan duniawi. Beliau
berkata: “Barangsiapa yang mempunyai perasaan ingin memiliki dunia
maka akan dijadikan menderita oleh dunia serta dihantar kepada hal-hal
yang tidak tertanggung oleh kesabarannya.”
2) Sufyan bin Sa’id Ats-Tsauri. Lahir di Kuffah 97H/715M dan
meninggal dunia di Basrah pada tahun 161H/778 M. Beliau berguru
dengan Hasan al-Basri. Selain ahli tasawwuf, beliau juga menguasai
pelbagai bidang ilmu keislaman seperti hadith dan teologi.
3) Rabi’ah al-Adawiyah. Lahir di Basrah 96H/713M dan meninggal
dunia pada tahun 185H/801M. Ahli tasawwuf daripada kalangan wanita,
selain penganut kefahaman zuhud, beliau juga mengeluarkan falsafah
“al-hub” atau mahabbah (cintanya hanya kepada Allah) dan syauq (hanya
rindu kepada Allah).
11
This template was created by Slidesgo
Perkembangan tasawwuf
Penulisan ilmu tasawwuf
PERINGKAT PERINGKAT
PERMULAAN KEDUA
Istilah Perkembangan
Tasawwuf ilmu tasawuf
tidak muncul pada permulaan
abad ke-3H
lagi
PERINGKAT
KETIGA
Terdapat 2
aliran penting :
- sunni
- falsafi
PERINGKAT PERINGKAT
KEEMPAT KELIMA
Wujud Tidak
pelbagai mendapat
tarekat perhatian
ramai
12
This template was created by Slidesgo
PERINGKAT PERMULAAN
(ABAD 1 & 2 HIJRAH)
Tasawwuf pada peringkat permulaan ini lebih dikenali
sebagai zaman zuhd. Pada peringkat ini, perkataan “tasawwuf”
atau “sufi” masih belum muncul dan ahli-ahli ibadah tersebut lebih
dikenali dengan nama seperti golongan zuhud (zuhhad), ahli
ibadat (nussak/ubbad) dan golongan yang sentiasa nangis
(bakka’un).
Kehidupan kerohanian telah dimulai dan dipraktik oleh
Rasululluah S.A.W sama ada sebelum atau selepas kenabiannya.
Baginda merupakan sebaik-baik contoh untuk diikuti oleh umat
islam. Ada sebuah peristiwa baginda tekun beribadah kepada
Allah sehingga kakinya bengkak.
Sayyidatina A’isyah pernah bertanya : Ya Rasulullah,
mengapa beribadah sedemikan rupa? Padahal dosa mu yang
lepas dan akan datang telah pun diampuni Allah ?
Baginda bersabda : Adakah aku tidak patut menjadi hamba
yang bersyukur ?
Banyak sikap dan amalan Rasulullah seperti zuhd, khalwah, 13
tafakkur, muraqabah, tawakkul dan lain-lain menjadi inspirasi
kepada kehidupan para sahabat. Sesetengah dari para sahabat
dan Tabi’in amat mendalami cara kehidupan zuhd sehingga
mereka terlalu memandang ringan kehidupan mereka. Seperti Abu
Bakar al-Siddiq yang sanggup membelanjakan semua hartanya
untuk islam.
Selain dari para sahabat, terdapat tokoh-tokoh ibadah dari
kalangan Tabi’in. Antaranya, Hasan al-Basri. Beliau terkenal
dengan kewarakan dan zuhd serta dianggap sebagai pengasas
mazhab Basrah dalam bidang zuhd yang dibina atas dasar khawf.
This template was created by Slidesgo
PERINGKAT KEDUA 14
(ABAD 3 & 4 HIJRAH)
Perkembangan ilmu tasawwuf ketika abad ke 3 dan 4 hijrah.
Peringkat ini umumnya bermula setelah kejatuhan kerajaan Bani
Umayyah dan permulaan pemerintahan Bani ‘Abasiyyah
(132H-923H). Pemerintahan keluarga Bani ‘Abasiyyah seterusnya
memperlihatkan perkembangan tasawuf yang semakin pesat
walaupun ciri-ciri gerakannya belum dapat menentukan
bentuknya.
Perkembangan pesat ilmu tasawuf pada peringkat ini melahirkan
konsep-konsep baru yang menarik perbincangan hangat di
kalangan masyarakat islam. Mereka memperkatakan tentang
perjalanan para sufi yang melalui peringkat-peringkat maqamat
serta ahqal tertentu. Mereka juga membincangkan tentang :
- Konsep ma’rifat Allah
- Konsep munajat Allah
- Konsep tauhid Allah
- Konsep ittihad dan hulul
Ketika itu, ilmu tasawwuf ini suatu ilmu yang boleh dipelajari
dengan lebih dekat lagi secara teoritikal melalui karya-karya
penulis ilmu tasawuf. Antaranya :
1. al-Muhasibi - al-Ri’ayah li Huquq Allah
2. al-Kharraz - al-Tariq Ila Allah / kitab al-Sidq
Semasa perkembangan tasawwuf ketika ini, ahli sufi telah
mengkategorikan ahli ibadah kepada beberapa kumpulan
berdasarkan corak pengibadatan mereka. Kaedah dan
penyusuanan berdasarkan kumpulan yang diketuai oleh syeikh
masing-masing.
Setelah itu berlakunya pembahagian kepada dua bahagian
penting yang mempengaruhi perkembangan seterusnya.
Pembahagian yang wujud adalah :
1. Tasawwuf sunni - setiap ibadah dan amalan terikat dengan
ajaran al-quran dan al-sunnah.
2. Tasawwuf falsafi - ahlinya menjurus kepada konsep fana’
yang melahirkan istilah shatahat dalam tasawwuf.
This template was created by Slidesgo
PERINGKAT KETIGA
(ABAD 5 HIJRAH)
Perkembangan ilmu tasawwuf terus pesat memasuki abad ke 5H.
Ketika ini, ajaran tasawuf dalam bentuk pertama iaitu tasawwuf
sunni sangat mendapat perhatian masyarakat umum. Manakala
tasawwuf bersifat falsafi kurang mendapat sambutan.
Antara faktor perkembangan tasawwuf sunni ialah :
1. Kemuncak mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang
dipelopori oleh Abu Hasan al-Ash’ari
2. Penentangan ajaran tasawuf falsafi yang telah
menyeleweng dari garis asal ajaran islam
Seorang tokoh ilmuan Islam terkenal, al-Ghazali yang lahir pada
tahun 450H, telah memainkan peranan penting dalam menyebar
luaskan tasawwuf sunni.
Pada mulanya, al-Ghazali telah menerjunkan dirinya ke dalam
kehidupan zuhd dan ibadah secara sufi. Beliau amat tekun
berusaha membersihkan jiwa dan perbaiki akhlak demi mendekati
Allah. Beliau juga berpegang teguh kepada mazhab Ahl al-Sunnah
wa al-Jamaah serta mempertahankan tasawwuf sunni.
15
This template was created by Slidesgo
PERINGKAT KEEMPAT
(ABAD 6 & 7 HIJRAH)
Perkembangan pada peringkat ini, memperlihatkan para murid
mula mencurahkan taat setia kepada para syeikh mereka dan
menganggap sheikh sebagai orang yang mendapat
menyembuhkan jiwa mereka.
Sheikh-sheikh tarekat membentuk doktrin dan konsep ajaran
mereka berdasarkan mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah
dengan bersandarkan ayat-ayat suci al-Quran dan al-sunnah.
Istilah tarekat telah digunakan sepenuhnya oleh ahli-ahli sufi bagi
memperlihatkan suatu kumpulan golongan sufi yang dinisbahkan
kepada sheikh masing-masing. Mereka mesti tunduk dan patuh
kepada peraturan-peraturan perjalanan tarekat yang dibuat oleh
sheikh mereka. Tarekat-tarekat ini juga berkembang pesat
mengikut kecenderungan dan pengalaman sheikh.
Jumlah tarekat dan ahli tarekat di seluruh dunia tidak dapat
dipastikan dengan tepat. Pada peringkat permulaan tarekat,
hanya ada 14 aliran tarekat asli.
14 aliran tarekat :
Muhasibiyyah Salamiyyah
Hallajiyyah Kalandariyyah Suhrawardiyyah
Malamatiyyah Ahmadiyyah Baktashiyyah
Khafifiyyah Mawlawiyyah Jazuliyyah
Junaydiyyah Naqshabandiyyah Shattariyyah
16
This template was created by Slidesgo
Istilah tarekat telah digunakan sepenuhnya oleh ahli-ahli sufi
bagi memperlihatkan suatu kumpulan golongan sufi yang
dinisbahkan kepada sheikh masing-masing. Mereka mesti tunduk
dan patuh kepada peraturan-peraturan perjalanan tarekat yang
dibuat oleh sheikh mereka. Tarekat-tarekat ini juga berkembang
pesat mengikut kecenderungan dan pengalaman sheikh.
< Beberapa tarekat yang
masih wujud sampai
sekarang.
Setiap tarekat mempunyai
perbezaan yang nyata
antara satu sama lain.
Pada abad ke 7H lahir
seorang tokoh sufi yang
dikagumi iaitu Muhy
al-Din Ibn ‘Arabi.
Beliau salah seorang
penulis profilik dan telah
menghasilkan 300 buah
karya yang perlbagai
berkaitan ilmu tasawwuf.
Antara karya :
1. Futuhat
al-Makkiyyah
2. Fusus al-Hikam
17
This template was created by Slidesgo
PERINGKAT KELIMA
(ABAD 8 HIJRAH DAN SETERUSNYA)
Tasawuf pada peringkat ini mula tidak mendapat perhatian
besar daripada orang ramai disebabkan oleh pengaruh keduniaan
yang terlalu kuat.
Karya-karya tasawwuf juga turut berkurangan, yang tinggal
hanya kupasan terhadap kitab-kitab lama dan kritikan-kritikan
terhadap ajaran-ajaran serta amalan-amalan tasawwuf dan
tarekat.
Bagi mengekalkan ilmu ini dan tidak lenyap dek zaman,
organisasi tarekat terus berkembang dan mendapatkan perhatian
umat islam seluruh dunia.
Di setiap negara islam terdapat umat islam yang akan
melibatkan diri dengan organisasi tarekat dan mereka juga
mempelajari mengenai ilmu tasawwuf. Lalu, ilmu tasawwuf masih
kekal hingga kini.
18
This template was created by Slidesgo
Tokoh-tokoh ilmu tasawwuf
Rabiatul Adawiyah atau nama sebenar
beliau Umm Al-khair binti Ismail
al-Adawiyah telah tergolong dalam senarai
wanita sufi yang terkenal dalam sejarah
Islam.
Beliau dilahirkan sekitar awal kurun
kedua Hijrah, iaitu pada tahun 99H/717M
berhampiran kota Basrah di Iraq dan
meninggal dunia di kota itu juga pada tahun
185H/801M.
Semasa beliau kecil, beliau hidup seperti kanak-kanak biasa yang
selalu bermain dan sebagainya. Akan tetapi, ada yang menyatakan
bahawa kebijaksaan Rabiatul Adawiyah sudah terserlah sejak beliau kecil.
Diceritakan bahawa Rabiah menghafal Al-Quran pada usia sepuluh
tahun. Rabiah sering dibawa beribadat dan bermunajat oleh ayahnya sejak
kecil di masjid berdekatan pinggiran Kota Basrah. Tidak banyak catatan
tentang keluarga Rabiatul Adawiyah. Antara yang tercatat dalam
kitab-kitab ialah Rabitul Adawiyah telah dididik oleh bapanya untuk
menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikan oleh
bapanya kepada Rabiatul Adawiyah adalah bersumberkan Al-Quran.
Kesannya, Rabiah berjaya menghafal al-Quran dan menghayati isi
kandungannya. Sejak kecil lagi, Rabiah sememangnya berjiwa halus serta
mempunyai keyakinan yang tinggi dan keimanan yang mendalam.
Namun, menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi sempit
dan susah. Keadaan itu semakin buruk setelah ibu dan ayahnya meninggal
dunia. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian Allah swt untuk
membuktikan keteguhan imannya.
19
Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat.
Namun dengan limpah hidayah Allah serta asas keimanan yang belum
padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat.
Babak-babak taubat Rabiatul Adawiyah inilah yang sangat berguna buat
kita semua untuk diambil iktibar dan pengajaran.
Kesufian Rabiatul Adawiyah :
Rabiatul Adawiyah merupakan orang pertama yang mengalunkan irama
cintai Ilahi. Hal ini kerana generasi sebelumnya merintis aliran Islam
berdasarkan rasa takut (khauf ) dan pengharapan (raja’) kepada Allah
(zuhud) seperti yang diajarkan oleh Hasan al-Basri.
Manakala, Rabiatul Adawiyah mempelopori rasa tulus ikhlas serta cinta
kepada Allah swt. Sikap dan pandangan Rabiatul Adawiyah tentang cinta
dapat difahami dari kata-katanya, baik yang langsung mahupun yang
disandarkan kepadanya. Beliau memperkayakan penulisan Islam dengan
kisah-kisah pengalaman sufinya dalam sajak-sajak yang tinggi nilai
bahasanya.
Rabiatul Adawiyah juga mempopularkan konsep Mahabbah dalam
kalangan ahli sufi, konsep ini dibahagikan kepada berikut:
Pertama adalah memeluk kepatuhan kepada Allah dan membenci sikap
melawannya. Kedua adalah menyerahkan seluruh diri kepada yang dikasihi.
Ketiga adalah mengosongkan hati dari segala-galanya kecuali yang dikasihi
Abu Nashr as-Sarraj at-Thusi mengatakan, cinta para sufi dan ma’rifat itu
timbul dari pandangan dan pengetahuan mereka tentang cinta abadi dan
tanpa mengharap balasan daripada Allah swt.
20
Cinta itu timbul tanpa ada maksud dan tujuan apa pun. Apa yang diajarkan
Rabi’ah melalui konsep mahabbah ini sebenarnya tidak jauh berbeza
dengan apa yang diajarkan oleh Hasan al-Basri dengan konsep khauf
(takut) dan raja’ (harapan).
Cinta Rabiatul Adawiyah kepada Allah sebegitu kuat membelenggu
hatinya, sehingga hatinya pun tidak mampu untuk berpaling kepada selain
Allah.
Pernah suatu ketika Rabi’ah ditanya, “Apakah Rabi’ah tidak mencintai
Rasul?”
Ia menjawab, “Ya, aku sangat mencintainya, tetapi cintaku kepada Pencipta
membuat aku berpaling dari mencintai makhluknya.” Allah adalah teman
sekaligus Kekasih buat Rabiatul Adawiyah, sehingga ke mana saja Rabi’ah
pergi, hanya Allah sahaja yang ada dalam hatinya. Dia mencintai Allah
dengan sepenuh hati dan keimanannya.
Disebabkan kecintaannya kepada Allah swt terlalu mendalam, Rabiah
merelakan dirinya menjadi ‘gadis abadi’. Dia tidak mahu bernikah bukan
kerana tidak ada yang meminangnya, tetapi dia memilih ‘kegadisan abadi’
kerana tidak tertarik dengan kenikmatan hidup duniawi.
Ketika Rabiah ditanya: “Kenapa engkau tidak bernikah, wahai Rabi’ah?”
Dia menjawab: “Tidak ada tempat di hatiku kecuali untuk Kekasih Sejati.”
Rabiah menyembah Tuhan dengan penuh cinta dan kerinduan, yang sukar
untuk diluahkan melalui pena, diungkapkan melalui pemahaman. Pada
pandangan Rabiah, cinta pada Penciptanya adalah kehidupan spiritual,
cinta berasal daripada Allah dan untuk Allah swt.
21
5 sifat Rabiatul Adawiyah yang patut dicontohi :
1) Melazimi Taubat
Sewaktu di istana, Rabiah menjadi penghibur yang digemari raja. Ada
riwayat mengatakan beliau sudah terjebak dalam kancah dosa.
Namun dengan limpah hidayah, beliau mulai insaf dan kembali
mengingati Allah. Di kesunyian malam, Rabiah bermunajat setulus
hati kepada Allah swt.
2) Bersyukur
Setelah Rabiatul Adawiyah dibebaskan oleh raja, dia membuktikan
kesyukurannya dengan meningkatkan amalan kerohaniannya. Dia
dipimpin oleh seorang mursyid bernama Hassan al-Basri dan
akhirnya Rabiatul Adawiyah telah beriktikad untuk menghambakan
diri sepenuh masa terhadap penciptaNya
3) Cinta akan Allah
Kecintaan Rabiatul Adawiyah kepada Allah sering diluahkan dalam
kuntuman syair-syairnya,
“Aku mencintaiMu dengan dua cinta, cinta kerana diriku dan cinta kerana
diriMu. Cinta kerana diriku, adalah keadaan sentiasa mengingatMu, Cinta
kerana diriMu, adalah keadaanMu mengungkapkan tabir, hingga Engkau
kulihat, baik untuk ini mahupun untuk itu, Pujian bukanlah bagiku, bagiMu
pujian untuk semua itu.”
4) Zuhud
Rabiatul Adawiyah menghabiskan sisa hidupnya untuk tinggal di
dalam pondok kecil dan tidur berbantalkan serpihan tembikar dan
berselimutkan tikar lusuh. Tiada sekelumit pun rasa keduniaan yang
membenam dalam hatinya.
5) Berserah Diri Hanya Kepada Allah 22
Menjelang akhir hayatnya, banyak sekali orang alim duduk
mengelilinginya. Rabiatul Adawiyah meminta kepada mereka,
“Bangkit dan keluarlah; berikan jalan kepada pesuruh-pesuruh Allah
Yang Maha Agung!” Maka, semua orang bangkit dan keluar, dan pada
saat mereka menutup pintu, mereka mendengar suara Rabiah
mengucapkan kalimat syahadah.
Al-Muhasibi ialah Abu `Abdullah al-Harith
bin Asad al-Muhasibi adalah dari kalanagn
sufi terawal (m. 243H). Al-Muhasibi tinggal
beberapa lama di Basrah dan kemudian
berpindah ke Baghdad. Pada zamannya
perkembangan ilmu pengetahuan baik di
Basrah, mahupun di Baghdad begitu pesat
dan berlaku pergeseran keilmuan theosofi,
khususnya antara golongan Sunni,
Qadariyyah dan Jabariyyah dalam aliran
ilmu kalam. Begitu juga terdapat aliran dalam
ilmu tasawuf.
Al-Muhasibi yang menjadi guru bagi Al-Imam Junayd adalah salah
seorang pendukung ilmu tasawuf. Beliau terkenal dengan gelaran
al-Muhasibi, kerana ia amat prihatin memeliharakan kemurnian Islam
termasuk ilmu tasawuf.
Bagi menjelaskan keilmuan tasawuf yang didukungnya, beliau
menghasilkan beberapa buah karangan:
1) Al-Ri`ayat li Huquq Allah
2) Al-Masa`il fi `A`mal al-Qulub wa al-Jawarih
3) Kitab al-Wahm
4) Risalah al-Mustarshidin
5) Kitab al-Was*aya
23
Karya-karya ini merupakan pencapaian hebat al-Muhasibi yang sukar
untuk ditandingi kerana beliau hidup pada zaman awal di mana karya
ilmiah sangat jarang ditemui. Pada masa orang masih berfikir secara
tekstual tentang agama, al-Muhasibi telah pergi jauh dan berfikir ke
hadapan.
Al-Muhasibi mengambil pendekatan tasawufnya dengan
mentahqiqkan sifat ubudiyyah berasaskan Al-Quran dan al-Sunnah.
Al-Muhasibi berkata, “Apabila engkau tidak mendengar seruan Allah,
bagaimana engkau boleh menjawab tentang dakwah Allah?
Sesungguhnya siapa yang bergantung lain daripada Allah dia
sesungguhnya jahil dan tidak mengetahui tentang kekuasaan Allah.”
Al-Muhasibi sesungguhnya amat bermuhasabah dengan dirinya dan
mempastikan hidupnya di dalam kebersihan dan tidak mau dirinya terpalit
dengan perkara shubhah. Dia adalah seorang yang zuhud, wara` dan
taqwa.Sebagai buktinya dia menghindarkan diri dari perkara yang haram
dan shubhah, adalah dikatakan dia dari keturunan keluarga berada, apabila
ayahnya meninggal, dia meninggalkan sejumlah harta yang banyak
antaranya meninggalkan mata wang sebanyak 70 ribu dirham.
Dikatakan Al-Muhasibi tidak mahu mewarisi harta itu, kerana
dikatakan bapanya menganut faham Qadariyyah, iaitu bertentangan
dengan faham Sunni yang dipegang dan ditegakkannya. Dapatlah
dikatakan pendekatan tasawwuf Al-Muhasibi adalah pendekatan murni
yang mana Nabi disifatkan oleh Al-Quran bermaksud: Bahawa
sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang
sangat-sangat mulia. (Al-Qalam: 4). Dan firman Allah lagi bermaksud:
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik. (Al-Ahzab: 21).
24
Al-Ghazāli dilahirkan pada tahun
450H./950M. di sebuah kampung bernama
Ghazalah iaitu sebuah kampung di pinggir
Kota Tūs sebuah daerah dalam wilayah
Khurasan. Nama sebenar beliau ialah Abū
Hāmid Muhammad Ibn Muhammad Ibn
Muhammad Ibn Ahmad al-Ghazāli al-Tūsi.
Gelaran Abū Hāmid di permulaan namanya
adalah dinisbahkan kepada anak lelaki beliau
yang meninggal dunia ketika masih bayi.
Namun begitu terdapat di kalangan sarjana yang mengatakan bahawa
gelaran tersebut (Abu Hāmid) adalah panggilan semata-mata kerana
beliau tidak mempunyai anak lelaki. Terdapat juga di kalangan sarjana
yang menggelarkannya sebagai “The Greatest Muslim” selepas Nabi
Muhammad s.a.w. Gelaran yang diberikan kepada beliau melambangkan
penghormatan yang tinggi terhadap sumbangannya dalam bidang
keilmuwan dan pemikiran Islam. Al-Ghazāli dibesarkan dalam lingkungan
keluarga yang serba sederhana. Akan tetapi kedudukan tersebut tidak
menghalang keluarganya untuk menghayati ajaran Islam dalam kehidupan
seharian mereka.
25
Karya-Karya Imam al-Ghazali Al-Ghazali adalah salah seorang ulama
dan pemikir dalam dunia Islam yang sangat produktif dalam menulis. Dalam
masa hidupnya, baik ketika menjadi pembesar negara di Mu’askar maupun
ketika sebagai profesor di Bagdad, baik sewaktu skeptis di Naisabur maupun
setelah berada dalam perjalanannya mencari kebenaran dari apa yang
dimilikinya dan sampai akhirnya hayatnya, al-Ghazali terus berusaha
menulis dan mengarang (Supriyadi, 2013, hal. 151). Kitab-kitab yang ditulis
oleh al-Ghazali tersebut meliputi berbagai bidang ilmu yang populer pada
zamannya, antaranya tentang tawwasuf. Di antara judul-judul buku tersebut
adalah:
a. Ihya Ulum ad-Din (membahas ilmu-ilmu agama).
b. Mizan al-‘Amal (tentang falsafah keagamaan).
c. Bidayah al-Hidayah.
Menurut al-Ghazali, terdapat beberapa peringkat (maqamat) yang mesti
dilalui oleh seorang sufi yang bercita-cita tinggi antaranya :
- Pertama, bertaubat. Ini merangkumi tiga perkara: pengetahuan, sikap,
dan tindakan. Pengetahuan ialah pengetahuan seseorang tentang
bahaya yang ditimbulkan dosa besar. Ilmu melahirkan sikap sedih dan
kesal yang melahirkan perbuatan bertaubat. Taubat mesti dilakukan
dengan penuh kesedaran dan berjanji pada diri sendiri untuk tidak
mengulangi dosa tersebut.
- Kedua, sabar. Al-Ghazali menyebut bahawa terdapat tiga kekuatan
dalam jiwa manusia iaitu kekuatan akal, kuasa yang melahirkan
dorongan untuk melakukan kebaikan, dan kuasa yang melahirkan
dorongan untuk melakukan kejahatan.Jika kekuatan jiwa yang
melahirkan dorongan untuk melakukan kebaikan boleh menjejaskan
kuasa yang melahirkan perbuatan jahat, maka seseorang itu telah
boleh dikategorikan sebagai pesakit.
26
Ibn Arabi nama penuh beliau ialah Abu Bakr 27
Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad
bin Abd Allah Ibn al-Arabi al-Hatimi al-Ta'i,
seorang ahli sufi berasal dari Murcia, Sepanyol.
Beliau lahir pada 17 Ramadan 560H
bertepatan dengan 28 Julai 1165 di bahagian
Tenggara Andalus.
Beliau digelar sebagai Shaykh al-Akbar dan Mahyu al-din. Di Eropah, beliau
digelar sebagai Doktor Maximus kerana hasil karyanya yang begitu
signifikan dengan dunia akademik. Beliau berasal daripada suku Arab tulen
yang tergolong dalam kabilah Ta'i.
Gelaran sebagai Shaykh al-Akbar kepada beliau daripada tokoh tasawuf
menunjukkan bahawa beliau adalah ahli tasawuf tulen, ahli tasawuf sejati
yang selari dengan sunah Rasulullah SAW.
Beliau tumbuh dalam lingkungan keluarga sufi. Ayahnya tergolong
seorang ahli zuhud, sangat keras menentang hawa nafsu dan
materialisme. Dalam keseharian, keluarga ini gemar menyandarkan
kehidupan kepada Allah. Sikap demikian kelak ditanamkan kuat pada
seluruh anggota keluarga - tidak terkecuali Ibnu Arabi.Suasana
kekeluargaan ini memungkinkan Ibn Arabi menjadi seorang daripada tokoh
tasawuf yang berdiri dengan syariah Islam yang utuh.
Bidang fiqah yang mengutamakan syariah membentuk Ibn Arabi supaya
tidak terkeluar daripada tasawuf sunni yang sangat mementingkan
nas-nas agama.Ibn Arabi membesar dan memulakan pendidikan awalnya
dengan mempelajari bacaan al-Qur'an dan ilmu Qiraat daripada beberapa
shaykh seperti Abu Bakr bin Muhammad bin Khalaf al-Lakhmi al-Ashbili
Nama guru Ibn Arabi ini adalah ulama muktabar yang sentiasa berjalan
dalam landasan syariah yang tidak mengeluarkan pandangan yang karut,
fahaman falsafah yang sesat, kata-kata shatahat yang sesat dan
mempunyai akhlak yang tinggi.
Maka tersangat mustahil apabila dikatakan Ibnᶜ Arabi terpengaruh dengan
falsafah neoplatonisme Yunani yang sesat dan teori ishraqi yang kabur
sedangkan beliau berguru dengan ulama sunni muktabar.
kesimpulan
Tasawwuf mempunyai perkembangan tersendiri dalam sejarahnya. Berasal
dari gerakan zuhud yang personal, kemudian berkembang menjadi gerakan
tasawwuf besar-besaran yang melahirkan golongan dan tarekat tertentu.
Bermula pada abad kedua Hijrah, sikap zuhud yang tumbuh
merupakan penghayatan terhadap perilaku hidup Nabi Muhammad SAW
yang penuh kesederhanaan. Sebagai model abid sejati, baginda telah
memberi inspirasi kepada para sahabat yang hidup pada zamannya untuk
melaksanakan amalan ibadah sebagai proses pendakian jiwa kepada Tuhan.
Baginda merupakan sebaik-baik contoh untuk diikuti oleh umat islam.
Dalam perkembangannya pada abad ketiga dan keempat, tasawwuf
mula berkembang walaupun ciri-ciri gerakannya belum dapat menentukan
bentuknya. Perkembangan pesat ilmu tasawwuf pada peringkat ini telah
melahirkan konsep-konsep yang baru. Setelah itu berlakunya pembahagian
kepada dua bahagian penting yang mempengaruhi perkembangan
seterusnya iaitu tasawwuf sunni dan tasawwuf falsafi. Kemudian,
perkembangan ilmu tasawwuf berkembang pesat pada abad kelima Hijrah.
Pada abad keenam dan ketujuh, ia memperlihatkan para murid
mencurahkan taat setia kepada para syeikh dan menganggap syeikh
sebagai orang yang dapat menyembuhkan jiwa mereka. Seterusnya pada
abad kelapan, tasawwuf mula tidak mendapat perhatian besar disebabkan
oleh pengaruh keduniaan yang terlalu kuat. Oleh itu bagi mengekalkan ilmu
tasawwuf agar tidak lenyap, organisasi tarekat terus berkembang dan
mendapatkan perhatian umat islam seluruh dunia. Maka ilmu tasawwuf
terus berkembang dan masih kekal sehingga kini.
28
This template was created by Slidesgo
penutup
Syukur Alhamdulillah, kami panjatkan kesyukuran kami kepada Allah
s.w.t atas segala rahmat dan kurnian-Nya sehingga kami dapat
menyelesaikan tugasan kami dengan baik dan jayanya. Di samping
itu, kami berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam membantu kami terutamanya
kepada Dr Sharifah Basirah Syed Muhsin selaku pembimbing kami
yang banyak memberi kami tunjuk ajar serta dorongan dan sokongan
untuk kami menyelesaikan kajian kami. Seterusnya, jutaan terima
kasih kepada semua ahli kumpulan yang memberi kerjasama dan
komitmen yang tinggi sehingga kajian ini dapat dilaksanakan dengan
mudah dan lancar. Akhir kata, semoga kajian ini dapat memberi
manfaat dan kebaikan kepada semua yang membaca. Sekian, terima
kasih.
29
This template was created by Slidesgo
rujukan
1. Andy, S. (2018). Ilmu Tasawuf.
2. Tasawuf dan Ummah, Wan Suhaimi Wan Abdullah, Che Zarrina
Sa’ari, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya, 2004 (m/s 1-33).
3. Dzawafi, A. A. (2015). Pengantar Ilmu Tasawuf.
4. Siti Halimah. (2017). Sejarah Perkembangan Tasawuf Masa
Rasul, Sahabat, Tabi’in.
5. Ulum, M. (2020). Pendekatan Studi Islam: Sejarah Awal
Perkenalan Islam dengan Tasawuf. Al-Mada: Jurnal Agama,
Sosial, Dan Budaya, 3(2), 203-217.
6. APA, Zuherni, A. B. (2011). Sejarah Perkembangan Tasawuf.
Substantia: Jurnal Ilmu-Ilmu Ushuluddin, 13(2), 249-256.
link ebook
https://anyflip.com/kdjd/gaie/
30
This template was created by Slidesgo