SIRI 08/2022
MEMBAWA BERITA GEMBIRA, BERKHIDMAT UNTUK UMAT
PETIKAN BULAN INI
Warga JAWI mesti terus bersemangat melaksanakan
kerja tanpa mengira penat lelah mengambil kira maksud
warna merah pada Jalur Gemilang untuk memastikan
Key Performance Indicators (KPI) sentiasa dipenuhi.
Berikanlah tumpuan dan tanamkanlah keazaman
sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW agar
matlamat dapat dicapai.
Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI)
PENGENALAN
Al-Busyra diterbitkan bertujuan
menyampaikan maklumat berkaitan
program dan perkhidmatan JAWI
kepada masyarakat Islam khususnya di
Wilayah-Wilayah Persekutuan.
ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI
Menyebar Risalah Kepada Ummah 3 PENASIHAT
Lensa JAWI@Media 21 Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Fokus Berita 22
Artikel Pilihan (Al-Nasihah) 23 PENGARANG
Infografik Pilihan 24 Saiful Azhar bin Saadon
Poster Pengumuman 25
JAWI@ 26 PENYUNTING
Siti Sakinah binti Hayat
Mohammad Hafizee bin Md Hashim
Siti Nazehah binti Zulkipli
Nurfarahin binti Mohd Yusof
JURUFOTO
Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah
EDARAN
Muhd Hafiz bin Hallmi
2
MENYEBAR RISALAH KEPADA UMMAH
1 Ogos 2022
Kerja-Kerja pembinaan jalan keluar - masuk di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS)
Kg. Melayu Kepong sedang giat dilaksanakan. Projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada
penghujung bulan Ogos 2022 untuk manfaat masyarakat setempat.
3
2 Ogos 2022
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP) dan rakan strategik telah menganjurkan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan
1444H/2022M di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh YB
Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YB
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Pengerusi
MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, dan Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail. Acara bermula pada jam
8.00 pagi dengan Persembahan Khas Ma‘al Hijrah yang disampaikan oleh murid-murid dari Sekolah Rendah Agama
(SRA) Al- Furqan, Putrajaya, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 serta
kumpulan Buskers Penguatkuasaan JAWI.
Antara pengisian utama Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan pada kali ini ialah Bual Bicara
Khas Ma‘al Hijrah yang disampaikan oleh tokoh pendakwah terkemuka tanah air iaitu Sahibus Samahah Datuk Dr.
Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dari
Universiti Malaya. Kedua-dua ahli panel telah mengupas topik menarik bertemakan ”Keluarga Malaysia Pemangkin
Kemakmuran”, yang dimoderatorkan oleh Ustaz Mohd Hariri bin Mohamad Daud dari Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM). Acara kemuncak pada majlis tersebut adalah pengumuman dan penyampaian hadiah kepada
para penerima Anugerah Tokoh Utama dan Anugerah Khas Ma‘al Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun
1444H/2022M bagi kategori Ilmuwan, Korporat, Pendakwah Mualaf, dan Kategori Imam. Kategori Pendakwah Mualaf
adalah kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun ini bagi memberikan penghargaan dan dorongan terhadap
kegigihan saudara muslim mendalami ajaran Islam agar menjadi contoh dan pembimbing kepada saudara muslim
yang lain.
4
3 Ogos 2022
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima kunjungan dari Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertempat di Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abu Dzar Al Ghifari.
Lawatan penanda aras tersebut bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan operasi SIRAJ dari aspek Pengurusan
Sekolah, Kurikulum, Ko-Kurikulum, Latihan dan Sumber Manusia.
4 Ogos 2022
Kursus Professionalisme Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam
Wilayah Persekutuan dianjurkan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara. Antara topik yang disampaikan adalah
“Perwalian dan Nasab: Kendalian Kes-kes Berkaitan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,” “Diskusi Isu-isu
Nikah Cerai Rujuk di Lembah Klang,” “Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin dan Isu-isu Berkaitan” serta
“Prosedur Permohonan 4P” iaitu nikah tanpa kebenaran.
Kursus yang dihadiri oleh 80 orang peserta tersebut bertujuan untuk memberikan kefahaman berkaitan bidang
tugas PPNCR serta membincangkan isu-isu yang sering berlaku semasa permohonan Kebenaran Nikah, Cerai, Ruju’
dan cara penyelesaiannya mengikut undang-undang.
5
6 Ogos 2022
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menganjurkan Majlis Penyerahan Surat
Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 Ke Gred DG32 secara Time
Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan.
Majlis disempurnakan oleh Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail yang merupakan
Ketua Perkhidmatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) JAWI iaitu guru-guru di
Institusi Pendidikan Islam JAWI seperti Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) dan
Sekolah Rendah Agama (SRA).
Seramai 369 orang guru yang terdiri daripada 364 orang guru di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya serta 5 orang guru di Labuan lantikan tahun 2008-2013 menerima surat
kenaikan pangkat pada majlis tersebut.
6
6 Ogos 2022
Kursus Intensif Fardu Ain (KIFA) disertai oleh 38 orang peserta dalam kalangan mualaf termasuk para penghuni
Kompleks Darul Hidayah (KDH). Slot kursus diisi dengan penyampaian ceramah interaktif dan aktiviti amali yang
memberikan tumpuan kepada ibadah wuduk dan solat serta dikendalikan oleh fasilitator dalam kalangan tenaga
pengajar KDH.
7 Ogos 2022
Bengkel Pemerkasaan Kemahiran Jurulatih Utama (JU) Pendidikan melibatkan penyertaan guru-guru Institut
Pendidikan Islam (IPI) JAWI bertempat di Hotel Seri Malaysia Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bengkel yang disertai oleh 20 orang peserta tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran penyampaian pembelajaran
serta mengoptimumkan penggunaan pelantar pembelajaran digital bagi memperkasakan kemahiran kendiri guru-
guru IPI JAWI di dalam bidang teknologi pendidikan.
7
8 Ogos 2022
Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail mengadakan
kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK)
Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria
bagi membincangkan isu-isu ke arah mempertingkatkan kualiti
penyampaian perkhidmatan di JAWI. Kedua-dua Timbalan Pengarah
Pengurusan dan Operasi JAWI turut serta dalam kunjungan tersebut.
8
9 Ogos 2022
Kursus Kemahiran Rundingcara Kekeluargaan Islam Dan Jawatankuasa Pendamai dianjurkan di Hotel Mardhiyyah,
Shah Alam, Selangor.
Kursus tersebut melibatkan penyertaan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Rundingcara,
Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), serta wakil dari Cawangan Penyelarasan dan
Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah serta dikendalikan oleh dua orang penceramah berpengalaman.
Kursus berkenaan bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan teknik-teknik rundingcara dan
khidmat nasihat yang berkesan dalam membantu menyelesaikan permasalahan berkaitan kekeluargaan Islam.
Selain itu, kursus tersebut juga bertujuan memberikan input kepada para peserta bagi mengaplikasikan kaedah
penyelesaian masalah atau aduan klien dengan lebih strategik.
11 Ogos 2022
Kelas Tafaqquh Fiddin
Pegawai Masjid dan Guru
Takmir dilaksanakan
di Masjid Al-Imam Ash-
Shafie, Taman Maluri
membincangkan topik
harta pusaka dan
pewarisan Islam. Seramai
146 orang peserta yang
terdiri daripada Pegawai
Masjid dan Guru Takmir
Wilayah Persekutuan telah
menghadiri kelas pengajian
tersebut.
9
11 Ogos 2022
Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI)
menjalinkan kolaborasi
strategik bersama Yayasan
Budi Ihsan Malaysia bagi
mengagihkan sumbangan
daging korban sebanyak
5,000 kilogram kepada asnaf
dalam kalangan ahli kariah
masjid dan surau di sekitar
Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya.
13 Ogos 2022
Program Dakwah Bil Hal “Peduli
Outreach” Bersama rakan strategik
dilaksanakan di Chow Kit Kuala Lumpur
bermula jam 10.30 hingga 12.00 malam
sekitar Lorong Haji Taib 2. Program
tersebut disertai oleh YB Senator
Datuk Haji Idris bin Ahmad, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama). Sejumlah 200 pek barangan
sumbangan telah diedarkan kepada
Rakan Jalanan di kawasan tersebut.
YB Menteri turut mengunjungi dan
meninjau keadaan bilik inapan Rakan
Jalanan di kawasan sekitar di samping
menyampaikan sumbangan. Program
berkenaan bertujuan membantu
meringankan bebanan serta mencari
jalan keluar terhadap permasalahan
yang dialami oleh komuniti sasaran.
10
13 Ogos 2022
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan
agensi hal ehwal Islam di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menganjurkan program
Putrajaya Berqiamullail bermula jam 4.30 pagi bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Program siri kedua ini adalah
kesinambungan program serupa pada Jun yang lalu serta dihadiri oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Pengisian utama program tersebut ialah qiamullail secara berjemaah yang dipimpin oleh Qari Selebriti Ustaz Ahmad
Tirmizi Ali, solat Subuh berjemaah, dan penyampaian Tausiah. Program dihadiri lebih 2,000 orang jemaah sekitar
Putrajaya dan Lembah Klang tersebut selaras dengan Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan
2020- 2024 yang berhasrat untuk membudayakan amalan berqiamullail dalam kehidupan seorang muslim di semua
peringkat sama ada individu, keluarga, masyarakat, mahupun pemimpin.
11
16 Ogos 2022
Kursus TikTok For Beginner secara dalam talian telah disertai oleh 47 orang peserta dalam kalangan pegawai
dan kakitangan JAWI. Kursus tersebut dikendalikan oleh penceramah jemputan yang merupakan seorang Guru
TikTok iaitu Puan Fatin Nabielah binti Saifuddin. Input yang disampaikan dalam kursus berkenaan diharapkan
dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat mengenai inisiatif jabatan melalui
platform media sosial.
16 Ogos 2022
Majlis Penyerahan Surat Pelantikan
Pegawai, Imam Ratib Dan Pembantu
Bilal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dilaksanakan di Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana Kuala Lumpur.
Seramai 7 orang Pegawai Tadbir Agama
Zon, 15 orang Imam Ratib dan 13 orang
Pembantu Bilal telah menerima surat
pelantikan masing-masing dalam
majlis tersebut.
12
17 Ogos 2022
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerima sebuah kenderaan Black Maria bertujuan
memperkasakan fungsi penguatkuasaan undang-undang Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan berdasarkan
peruntukan undang-undang di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1997. Simbolik penyerahan kenderaan tersebut disempurnakan oleh Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
di Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.
Bagi melaksanakan operasi penguatkuasaan secara efisien, pasukan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI
menggunakan kenderaan Black Maria semasa menjalankan operasi bersepadu bersama agensi seperti Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) serta membawa Orang Yang Disyaki (OYDS) yang ditahan untuk proses siasatan.
18 Ogos 2022
Lawatan tapak ke Surau Imam Asy-Syafie, Kem Perdana Sungai Besi bertujuan memuktamadkan skop kerja-kerja
pembaikan yang akan dilaksanakan kelak. Kali terakhir JAWI melaksanakan kerja-kerja pembaikan di surau tersebut
adalah pada tahun 2016 melibatkan kerja-kerja naik taraf keseluruhan bangunan surau.
13
18 Ogos 2022
Mesyuarat Penyelarasan Penaiktarafan Surau Jumaat Baharu Wilayah-Wilayah Persekutuan dilaksanakan di Exim
Bank, Kuala Lumpur. Antara Pengerusi-pengerusi surau/ madrasah yang terlibat ialah dari Surau Ibrahimiah (Zon
1), Madrasah Taman Maluri (Zon 3), Surau As-Sakinah IPK Kuala Lumpur (Zon 3), Surau Al-Jamiyyah (Zon 4), Surau
Luqmanul Hakim Kem Kementah (Zon 4), Madrasah Ehsaniah (Zon 5) dan Surau Al-Qudus (Zon Putrajaya).
19 Ogos 2022
Mesyuarat penyelarasan bagi
Penganjuran Siaran Langsung Forum
Perdana Hal Ehwal Islam diadakan
di Bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi
Masjid Wilayah Persekutuan.
Mesyuarat dihadiri oleh rakan-
rakan strategik JAWI seperti Bank
Islam Malaysia Berhad, Polis Diraja
Malaysia dan RTM. JAWI komited
dalam mengimarahkan masjid
di Wilayah-Wilayah Persekutuan
dengan program-program menarik
yang dekat di hati masyarakat.
14
20 Ogos 2022
Peserta Wilayah Persekutuan telah
berjaya menunjukkan semangat
juang yang tinggi dalam menyahut
cabaran bagi menyertai setiap
acara dipertandingkan sempena
Mahrajan Amal Islami Mualaf
Peringkat Kebangsaan di Institut
Latihan Islam Malaysia Wilayah
Timur Kampus Besut. Terdapat
5 Acara yang dipertandingkan
bagi kategori lelaki dan wanita
iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan,
Syarahan, Nasyid dan Azan Iqamat.
21 Ogos 2022
JAWI membantu Urus Setia Induk Jabatan Perdana Menteri dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(YADIM) dalam penganjuran Program Munajat Keluarga Malaysia di Masjid Putra, Putrajaya. Antara
pengisian program tersebut adalah Solat Hajat, Zikir, Selawat, Tausiah, Doa Keluarga Malaysia,
Souq@Keluarga Malaysia, Konvoi Kongsi Rezeki dan Jualan Rakyat. Perdana Menteri Malaysia, YAB
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob turut hadir menyempurnakan majlis.
15
21 Ogos 2022
Program Wacana Inisiatif Lelaki Qawwam telah
dianjurkan di Masjid Zaid bin Thabit, Kuala
Lumpur. Antara pengisian utama program
tersebut adalah Kuliah Dhuha bertajuk “Lelaki
Qawwam: Lelaki Pilihan” yang disampaikan
oleh Ustaz Hazman bin Hashim dari Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Program yang disertai oleh 50 orang ahli kariah
masjid tersebut bertujuan memperkukuhkan
tanggungjawab dan peranan lelaki sebagai
pemimpin, pelindung dan pembela keluarga
dan masyarakat. Program berkenaan
turut disertai oleh golongan wanita bagi
memberikan pendedahan kepada kaum ibu
dalam mendidik anak-anak menjadi lelaki
qawwam yang diimpikan.
22 Ogos 2022
Perhimpunan Bulanan Warga JAWI diadakan di Laman Hidayah, Masjid Wilayah Persekutuan. Majlis dimulakan dengan
penyampaian amanat oleh Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan diteruskan dengan penyampaian
Anugerah Pekerja Contoh Bulanan, senamrobik serta nyanyian lagu-lagu Patriotik.
Turut diadakan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dengan gimik pemasangan Jalur Gemilang
pada kenderaan rasmi Jabatan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga JAWI.
16
22 Ogos 2022
Kursus Pengurusan Bimbingan
Dan Kaunseling Bagi Guru-Guru
Institusi Pendidikan Islam (IPI),
JAWI dianjurkan di Dewan Utama,
Masjid Negara melibatkan kehadiran
seramai 108 orang peserta manakala
di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit
Aman melibatkan seramai 148
orang peserta. Kursus tersebut
dibimbing oleh dua orang fasilitator
berpengalaman dari Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor dan
Institut Pendidikan Guru Kampus
Pulau Pinang.
23 Ogos 2022
Bengkel Penstrukturan Semula Pegawai Tadbir Agama Zon (PTAZ) dilaksanakan
di Masjid Wilayah Persekutuan bertujuan menyusun semula fungsi dan tugas
serta mengkaji kesesuaian penambahan perjawatan dan kenaikan gred PTAZ
sebelum dibentangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
17
24 Ogos 2022
Program Ziarah RAMAH ke Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK UKM), Kuala Lumpur diadakan bertujuan untuk
menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di hospitak tersebut.
Penyerahan sumbangan berupa barangan keperluan wad hospital dan wang tunai telah diserahkan kepada 50
orang pesakit yang mendapatkan rawatan di Wad Pediatrik 1 HPKK UKM. Program tersebut bertujuan memberikan
sokongan moral kepada para pesakit di samping meningkatkan kolaborasi strategik antara JAWI dan HPKK UKM
pada masa hadapan.
24 Ogos 2022
Lawatan Penanda Aras
Pengurusan Mualaf dilaksanakan
di beberapa agensi di negeri
Sarawak seperti Jabatan
Agama Islam Sarawak, Tabung
Baitulmal Sarawak dan Islamic
Information Centre (IIC)
dalam misi memperkasakan
pengurusan mualaf di Wilayah-
Wilayah Persekutuan. Delegasi
JAWI diketuai oleh Datuk Haji
Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah
JAWI.
18
25 Ogos 2022
Program Wacana Ilmu: Semarak Ma’al Hijrah dianjurkan di Bilik Tanjung, Blok A, Kementerian Kerja Raya (KKR).
Antara pengisisan program tersebut adalah slot Tadabbur al-Quran bertajuk “Ujian Tanda Kasih Sayang Allah” yang
disampaikan oleh Ustaz Mohd Noor bin Mohamad, penceramah bebas serta slot Media Baharu bertajuk “Semak
Sebelum Sebar” yang disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan bin Mohd Yusof dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM).
25 Ogos 2022
Program Multaqa Guru-Guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) JAWI Labuan
di Dewan Rafflesia, Ujana Kewangan telah dihadiri oleh 163 orang peserta. Salah satu pengisian program tersebut
adalah ceramah motivasi bertajuk “Individu Unggul Dalam Perkhidmatan” yang disampaikan oleh Encik Fazil@Fadzil
Bin Mohd Jamil, dari Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
19
29 Ogos 2022
Majlis Perasmian Kursus
Peningkatan Profesionalisme
Pegawai Masjid Wilayah
Persekutuan di Asia Camp
Resort, Taman Negara Pahang
telah disempurnakan oleh YB
Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin
Ishak, Setiausaha Kerajaan
Negeri Pahang.
Seramai 151 orang Pegawai Masjid
di Wilayah Persekutuan yang terdiri
daripada Naqib, Imam dan Bilal
masjid-masjid dan surau Jumaat
di Wilayah Persekutuan telah
mengikuti kursus tersebut bermula
pada 28 hingga 30 Ogos 2022.
30 Ogos 2022
Program Jejak Cegah Maksiat Ambang Merdeka dilaksanakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI di
sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi berkongsi maklumat tentang isu-isu gejala sosial dan kepentingan
undang-undang Syariah kepada orang ramai yang hadir menyaksikan kemeriahan detik 31 Ogos.
Program tersebut bertujuan menegakkan prinsip Al-Hisbah melalui aktiviti menyeru kepada kebaikan dan mencegah
daripada kemungkaran ke arah mewujudkan masyarakat yang selamat dan bebas daripada segala perbuatan
maksiat dan dosa.
20
LENSA JAWI@MEDIA
21
FOKUS BERITA
22
ARTIKEL PILIHAN (AL-NASIHAH)
23
INFOGRAFIK PILIHAN
24
POSTER PENGUMUMAN
25
JAWI@ ﺟﺎوي
IBU PEJABAT JAWI JAWI CAWANGAN LABUAN
Jabatan Agama Islam Tingkat 8, Blok 4,
Wilayah Persekutuan Ujana Kewangan,
Kompleks Pusat Islam, Peti Surat 82917,
87209 Wlayah Persekutuan Labuan
Jalan Perdana,
50676 Kuala Lumpur +6087-415 311
+6087-417 595
+603-2274 9333
+603-2273 1575
JAWI CAWANGAN PUTRAJAYA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Aras 2, Blok D, Jalan Tuanku Abdul Halim,
Kompleks Islam Putrajaya, 50480 Kuala Lumpur.
+603-6201 8780
Presint 3, +603-6201 8790
62100 Putrajaya.
+603-8884 2600
+603-8884 2700
JAWI KUALA LUMPUR
JAWI PUTRAJAYA
www.jawi.gov.my @jawi_kl @TV JAWI
@JAWIWP @myJAWI @JAWI FM