The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

500 Orang Warga JAWI Jayakan Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang

Jom baca Al-Busyra, medium penyampaian maklumat program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Buku Maya Al-Busyra JAWI, 2023-09-24 23:21:17

Majalah Al-Busyra Ogos 2023

500 Orang Warga JAWI Jayakan Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang

Jom baca Al-Busyra, medium penyampaian maklumat program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

AL-BUSYRA SIRI 08/2023 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN FEDERAL TERRITORY ISLAMIC RELIGIOUS DEPARTMENT Jayakan Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 500 Orang Warga JAWI Membawa Berita Gembira, Berkhidmat Untuk Umat


PETIKAN BULAN INI PETIKAN BULAN INI DATUK HAJI MOHD AJIB BIN ISMAIL Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Tema Hari Kebangsaan iaitu ”Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” hendaklah dihayati dengan mengukuhkan perpaduan, merapatkan hubungan dan menguatkan semangat dalam kalangan masyarakat.


AL-BUSYRA PENGENALAN Buletin Al-Busyra diterbitkan bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan ISI KANDUNGAN Menyebar Risalah kepada Ummah Artikel Pilihan (Al-Nasihah) Fokus Berita Poster Pengumuman Infografik Pilihan Lensa JAWI@Media JAWI@ 3 26 27 28 29 30 30 SIDANG REDAKSI PENASIHAT Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail PENGARANG Saiful Azhar bin Saadon PENYUNTING Siti Sakinah binti Hayat Khairunnisa binti Bakri Mohammad Hafizee bin Md Hashim JURUFOTO EDARAN Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah Muhd Hafiz bin Hallmi PENASIHAT Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail PENGARANG Saiful Azhar bin Saadon PENYUNTING Siti Sakinah binti Hayat Khairunnisa binti Bakri Mohammad Adam bin Mohd Siti Nazehah binti Zulkipli JURUFOTO EDARAN Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah Muhd Hafiz bin Hallmi جاوي


3 MENYEBAR RISALAH KEPADA UMMAH AUDIT PEMATUHAN PENGURUSAN PERKAHWINAN PERTINGKAT KUALITI PERKHIDMATAN “CJS TALK” TARIK MINAT LEBIH 700 WARGA KUSKOP 3 Ogos 2023 Cawangan Penguatkuasaan JAWI Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan program Bual Bicara Integriti: Penerangan Undang-Undang Syariah Wilayah Persekutuan di Dewan Serbaguna, Menara Usahawan, Presint 2 Putrajaya. Program tersebut dihadiri oleh 200 orang warga KUSKOP serta 500 orang peserta secara dalam talian. Antara topik yang dibincangkan bertajuk “Skandal@Pejabat: Bahagia Sebelum Derita” disampaikan oleh Tuan Mohd Ihsan bin Muhammad Daud, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Program berkenaan diharapkan dapat mempertingkatkan kesedaran penjawat awam berkaitan undang-undang Syariah yang sedang berkuat kuasa di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Audit Pematuhan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (NCR), Runding Cara (RC) dan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dilaksanakan di JAWI Labuan selama tiga hari bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2023. Audit Pematuhan Pengurusan SPPIM merupakan salah satu aktiviti yang ditetapkan untuk memantapkan tadbir urus NCR dan RC di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Secara keseluruhannya pasukan audit mendapati bahawa tadbir urus NCR dan RC di JAWI Labuan telah dilaksanakan dengan baik. Walau bagaimanapun beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan diberikan bagi memperkemaskan proses kerja selaras dengan peraturan dan Piagam Pelanggan Jabatan demi mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan. 2 Ogos 2023


AL-BUSYRA 4 3 Ogos 2023 386 PESERTA HADIRI SEMINAR PEMAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN SIVIL Seminar Pemahaman Undang-Undang Syariah dan Sivil Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan diadakan di Dewan Utama Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan melibatkan penyertaan seramai 386 orang peserta dalam kalangan wakil-wakil agensi dan jabatan kerajaan. Antara topik yang dibincangkan dalam sesi pembentangan adalah bertajuk “Pemahaman Undang-Undang Syarak dan Sivil 2023: Penyalahgunaan Media Sosial” dan “Banteras Ajaran Salah dan Hina Agama di Alam Maya: Satu Perkongsian.” Forum Khas yang bertajuk “Pengembangan Pemikiran Agama di Media Sosial: Hak Kebebasan Bersuara atau Satu Ancaman Akidah?” pula menampilkan tokoh-tokoh ilmuwan tanah air iaitu Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan Tuan Nik Azlan bin Nik Man dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bulanan diadakan di Surau Al-Muhajirin JAWI bagi mendoakan kesejahteraan buat almarhum Ali bin Siamit, Pembantu Tadbir Pejabat Pentadbiran Zon 6 yang telah kembali ke rahmatullah. Majlis tersebut disertai oleh 80 orang warga JAWI. Turut hadir kedua-dua Timbalan Pengarah Operasi (TPO) dan Timbalan Pengarah Pengurusan (TPP) JAWI. 4 Ogos 2023 BACAAN YASIN DAN TAHLIL BUAT ARWAH KAKITANGAN JAWI


5 MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN SAMPAIKAN CERAMAH KEPADA GURU TAKMIR Program Pemantapan Jati Diri Guru Takmir Wilayah Persekutuan Labuan diadakan di Masjid Jamek An-Nur, Pusat Bandar Wilayah Persekutuan Labuan. Slot pertama program tersebut diisi dengan ceramah bertajuk “Tanggungjawab Menyampaikan Ilmu” yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, manakala slot kedua pula adalah ceramah bertajuk “Cabaran Seorang Pendakwah” yang disampaikan oleh Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). 5 Ogos 2023 IHTIFAL AULAD AL-ISLAMI CUNGKIL BAKAT PELAJAR SRA DAN KAFA 6 Ogos 2023 Program Ihtifal Aulad Al-Islami Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan diadakan di SRA At-Tarbiyah Pekan dan Masjid An-Nur Wilayah Persekutuan Labuan. Sebanyak 9 acara dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Bercerita Kisah al-Quran, Hafazan, Azan, Khutbah, Nasyid, Penulisan Jawi dan Seni Khat. Johan keseluruhan Ihtifal telah dimenangi oleh SRA At-Tarbiyah Pekan. Ihtifal berkenaan dianjurkan bagi mencungkil bakat peserta dalam kalangan pelajar SRA dan KAFA untuk mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke Ihtifal Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan.


AL-BUSYRA 6 Program Monthly Talk Siri 3: Penggunaaan Aplikasi Verify Halal dan Smart Halal diadakan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang kaedah menyemak status halal produk atau perkhidmatan serta mengetahui informasi terkini berkaitan pengurusan halal di Malaysia melalui imbasan kod produk menggunakan telefon pintar. Kunjungan hormat dari Universiti Islam Raden Rahmat Malang (UNIRA), Indonesia kepada JAWI disertai seramai 34 orang delegasi yang diketuai oleh Drs. Imron Rosyadi Hamid, Rektor UNIRA. Turut hadir Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail bersama-sama para pegawai JAWI Putrajaya. Kedua-dua pihak membincangkan kerjasama yang boleh dijalinkan pada masa akan datang bagi kemaslahatan ummah. 7 Ogos 2023 8 Ogos 2023 APLIKASI VERIFY HALAL MUDAHKAN SEMAKAN STATUS HALAL DELEGASI UNIVERSITI ISLAM RADEN RAHMAT MALANG KUNJUNGI JAWI


7 9 Ogos 2023 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menganjurkan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program disertai oleh 500 orang warga JAWI sempena majlis Perhimpunan Bulanan dan Anugerah Pekerja Contoh Bulanan Warga JAWI. Gimik pelancaran pelepasan belon ke udara dan pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi Jabatan disempurnakan oleh Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail. Antara kenderaan yang terlibat termasuklah van jenazah, lori JAWI Food Bank dan lori Black Maria. Pengarah JAWI dalam ucapannya menyeru agar bersama-sama menghayati semangat pengorbanan para pejuang kemerdekaan demi mencapai kejayaan dalam membangunkan agenda negara. Selain kempen Kibar Jalur Gemilang di Bangunan Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur, masjid dan surau serta Institusi Pendidikan Islam di bawah JAWI, masjid dan surau sekitar Wilayah Persekutuan turut menganjurkan program forum dan ceramah agama serta khutbah Jumaat khas bertemakan kenegaraan sempena Hari Kebangsaan. Semua aktiviti yang dianjurkan bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan solidariti kepada negara melalui nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat menghormati dan ihsan. PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG TINGKAT SEMANGAT PATRIOTISME


AL-BUSYRA 8 14 ORANG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU' TERIMA SURAT LANTIKAN Taklimat Asas dan Majlis Penyerahan Surat Makluman Pelantikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan (PNCR) dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan (PPNCR) Wilayah Persekutuan telah disempurnakan oleh Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Surat pelantikan diserahkan kepada 14 orang penerima iaitu 9 orang PNCR merangkap Wali Raja (3 PNCR setiap wilayah) dan 5 orang PPNCR iaitu 4 orang PPNCR Kuala Lumpur dan seorang PPNCR Labuan. 9 Ogos 2023 41 QARI/QARIAH DAN HAFIZ/HAFIZAH DALAMI SENI BACAAN AL-QURAN Kursus Tahsin Al-Quran Qari/ Qariah dan Hafiz/ Hafizah Wilayah Persekutuan Tahun 1445H/ 2023M diadakan pada 8 hingga 10 Ogos 2023 di Hotel Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kursus tersebut dihadiri seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada 10 qari/qariah dan 31 orang peserta hafazan dari sekitar Wilayah Persekutuan. Kursus berkenaan diadakan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran peserta dalam seni bacaan al-Quran meliputi aspek Tajwid, Tarannum, Fasohah dan Suara. Kursus dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang hafazan dan tilawah al-Quran. 10 Ogos 2023


9 Kursus Pengurusan Jenazah Siri 3/2023 disertai seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Tingkatan Enam Pudu Jaya. Para peserta diberikan pendedahan berkaitan topik Hakikat Kematian, Adab Menziarahi Pesakit dan Kewajipan Terhadap Jenazah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz Zabidin dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Para peserta juga didedahkan dengan aktiviti berkumpulan secara amali pengurusan jenazah meliputi tatacara mandi, kafan, solat jenazah dan pengebumian. 100 PELAJAR KOLEJ SERTAI KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 10 Ogos 2023 KELAB KEBAJIKAN, SUKAN, DAN REKREASI (KKSR) JAWI UMUM AHLI JAWATANKUASA BAHARU 11 Ogos 2023 Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan, Sukan, dan Rekreasi (KKSR) JAWI dilaksanakan bagi mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa sesi yang baharu. Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail dan warga JAWI dari pelbagai bahagian.


AL-BUSYRA 10 100 ORANG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU' ADAKAN DIALOG BERSAMA PENGARAH JAWI Program Townhall Pengarah JAWI Bersama PNCR dan PPNCR Wilayah-Wilayah Persekutuan disertai lebih 100 orang peserta secara fizikal serta di dalam talian. Program tersebut menyediakan platform dialog antara Pengurusan Tertinggi JAWI bersama Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan (PNCR) dan Penolong Pendaftar (PPNCR) mengenai isu-isu perkahwinan, perceraian dan rujuk (NCR) demi memantapkan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan JAWI kepada para pelanggan. Program dimulakan dengan ceramah bertajuk “Pengesahan Nikah (4P) dan Kebenaran Poligami – Perbahasan Menurut Syarak dan Prosedur Undang-Undang” oleh Tuan Rosdi bin Hanapi, Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 14 Ogos 2023 70 ORANG GURU JAWI IKUTI TAKLIMAT INTEGRITI Program Taklimat Kesedaran Integriti disertai oleh 70 orang peserta dalam kalangan guru-guru SRA, SIRAJ dan KAFA di Wilayah Persekutuan bertujuan memberikan pengetahuan kepada guru-guru tentang salah laku dan pelanggaran tatatertib yang boleh dikenakan tindakan sekaligus membendung gejala rasuah. Sesi taklimat disampaikan oleh Puan Nurliana binti Mad Ali dari Seksyen Tatatertib, Unit Integriti Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Puan Nurdinifajrina binti Mizan, Penolong Penguasa SPRM Kuala Lumpur. 15 Ogos 2023


11 Program Wacana Kekeluargaan Islam Wilayah Persekutuan Labuan bertajuk “Isu Nikah Tanpa Kebenaran, Nikah Sempadan dan Nikah Sindiket” diadakan di Dewan Rafflesia, Ujana Kewangan. Program tersebut dihadiri oleh 114 orang peserta dalam kalangan penjawat awam, badan beruniform dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Program berkenaan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pemahaman tentang implikasi berhubung tindakan nikah tanpa kebenaran seperti pelbagai tuntutan di mahkamah berkenaan perceraian, pengesahan taraf anak, nafkah, hadanah, keadilan berpoligami dan harta sepencarian. WACANA KEKELUARGAAN ISLAM BINCANG ISU NIKAH SINDIKET 16 Ogos 2023 80 ORANG PESERTA PELAJARI ILMU IBADAH PESAKIT Seramai 80 orang anggota perubatan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) UKM dan Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM telah menyertai Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit di Dewan Serbaguna 1 Blok Tambahan HCTM UKM. Objektif penganjuran kursus tersebut adalah untuk memberikan pendedahan tentang tatacara pengurusan ibadah pesakit sekaligus dapat membimbing dan membantu pesakit menunaikan ibadah sepanjang berada di hospital selaras dengan konsep “Hospital Mesra Ibadah”. 16 Ogos 2023


AL-BUSYRA 12 TAKLIMAT DAN SIMULASI TRANSFORMASI SPPIM 2.0 Bengkel Taklimat Penggunaan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) 1.5 Modul Kebenaran Berkahwin dan Pendaftaran Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) diadakan pada 16 dan 17 Ogos 2023 di Makmal Komputer, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Bengkel tersebut diadakan seiring dengan penyelarasan yang dilaksanakan oleh JAKIM bagi peralihan kepada penggunaan antara muka baharu SPPIM 1.5 untuk memenuhi keperluan projek Transformasi SPPIM 2.0 bagi pengguna Jabatan Agama Islam Negeri sedia ada. Sesi taklimat dan latihan simulasi bagi proses kerja bermula kebenaran berkahwin sehingga pendaftaran nikah, cerai dan juga rujuk menggunakan antara muka baharu dikendalikan oleh Ustaz Mohd Salehin bin Sopian dari Bahagian Keluarga, Sosial, dan Komuniti (KSK) JAKIM bersama pihak pembekal (vendor). 16 Ogos 2023 200 ORANG ASNAF TERIMA SUMBANGAN TABUNG MUSA’ADAH Majlis Sumbangan Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)-Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) kepada asnaf dan B40 di bawah seliaan JAWI Labuan diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan. Sumbangan berupa barangan asas makanan telah disampaikan kepada 200 orang penerima bagi membantu meringankan bebanan kehidupan yang dialami. 17 Ogos 2023


13 Jenazah salah seorang mangsa nahas tragedi Elmina iaitu almarhum Datuk Seri Johari Harun, Exco Pahang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) Taman Selaseh di bawah seliaan JAWI. Semoga dikurniakan keampunan dan kerahmatan buat semua mangsa yang terkorban serta diberikan ketabahan hati kepada seluruh ahli keluarga yang menghadapi ujian pemergian insan tersayang ke rahmatullah. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan telah melaksanakan Bengkel Modul Ikon Mualaf 2023 di Bangi Resort Hotel. Program Ikon Mualaf merupakan kerjasama antara JAWI dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk melatih dan membimbing mualaf yang berkomitmen tinggi dalam akidah dan syariat Islam supaya boleh dijadikan contoh ikutan dalam menyampaikan mesej Islam kepada golongan bukan Islam. Seramai 26 orang peserta yang mewakili NGO Islam khususnya dalam pengurusan hal ehwal mualaf telah memberikan pelbagai saranan sepanjang bengkel berlangsung. Sesi bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah-Wilayah Persekutuan, Profesor Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah juga diadakan bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang hala tuju pembangunan modul. JAWI DAN NGO’S BANGUNKAN MODUL IKON MUALAF MANGSA TRAGEDI ELMINA DIKEBUMIKAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM RAUDHATUL SAKINAH (TPIRS) 17 Ogos 2023 20 Ogos 2023


AL-BUSYRA 14 20 Ogos 2023 69 OKU PENGLIHATAN SERTAI KELAS BIMBINGAN AL-QURAN Kelas Bimbingan Al-Quran Tulisan Braille Siri 14/2023 anjuran JAWI dengan kerjasama Persatuan Orang Buta Islam Malaysia (PERTIS) dan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) melibatkan penyertaan seramai 69 orang peserta meliputi Kelas Tahap 1 Asas, Kelas Tahap 1 Muqadam, Kelas Tahap 2 Tajwid, dan Kelas Lanjutan. Sepanjang tahun 2023, sejumlah 18 siri kelas bimbingan telah dilaksanakan bagi setiap tahap pengajian Kursus Kemahiran Runding Cara dan Jawatankuasa Pendamai diadakan pada 18 hingga 20 Ogos 2023 di A’famosa Resort Hotel, Alor Gajah, Melaka. Kursus tersebut diadakan bagi memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran dan teknik khidmat nasihat, runding cara serta Jawatankuasa Pendamai yang berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah berkaitan kekeluargaan Islam. Seramai 24 orang peserta menghadiri kursus berkenaan yang terdiri daripada Pegawai Runding Cara, Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), Fasilitator Anjung Khidmat Keluarga JAWI (AKUAJA) serta Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan. 23 Ogos 2023 KURSUS KEMAHIRAN RUNDING CARA DEDAHKAN TEKNIK NASIHAT ISU RUMAHTANGGA


15 Kursus Tauliah Penyembelih JAWI Siri 2/2023 dilaksanakan bagi mengenalpasti juru sembelih yang layak dipertimbangkan untuk mendapat tauliah penyembelih selaras dengan Manual Prosedur Tauliah Penyembelih di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Kursus tersebut menjadi platform bagi melahirkan juru sembelih yang kompeten dan profesional melalui penguasaan ilmu dan teori bagi mengendalikan sembelihan halal yang diperakui selaras dengan hukum syarak. Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada 5 orang pemohon baharu dan 13 orang juru sembelih sedia ada yang memperbaharui tauliah penyembelih menghadiri kursus berkenaan. Sesi Taklimat Libat Urus Projek Kuala Lumpur Menuju Sifar HIV (KLGTZHIV) Menjelang 2030 diadakan bersama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P) di Dewan Syura Perdana, Aras 11 Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Pengarah JAWI telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keagamaan dan Moral bagi Projek Kuala Lumpur Menuju Sifar HIV (KLGTZHIV) Menjelang 2030 yang turut dianggotai oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Jawatankuasa tersebut berperanan dalam melaksanakan program kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat berkaitan HIV/AIDS melalui perspektif agama. . 21 Ogos 2023 21 Ogos 2023 18 ORANG JURU SEMBELIH HADIRI KURSUS PERTINGKAT PROFESIONALISME JAWI JAYAKAN PROJEK KUALA LUMPUR MENUJU SIFAR HIV


AL-BUSYRA 16 150 ORANG PESERTA DALAMI ISU PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH PENGARAH JAWI ADAKAN DIALOG BERSAMA PEGAWAI MASJID 23 Ogos 2023 23 Ogos 2023 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menganjurkan program Konvensyen Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah 2023 di Hotel The Pearl Kuala Lumpur bertemakan “Malaysia Madani: Penguatkuasaan Diperkasa, Syariah Dilaksana.” Perasmian Konvensyen disempurnakan oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Turut hadir, Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Seramai 150 orang peserta menghadiri konvonsyen tersebut yang terdiri daripada wakil-wakil agensi persekutuan dan negeri, badan berkanun serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk beberapa agensi sahabat penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan lain-lain. Program Townhall Pengarah JAWI bersama Pegawai- Pegawai Masjid di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diadakan bagi membincangkan aspek tadbir urus dan pengurusan kewangan serta memahami dasar-dasar semasa yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Program tersebut dihadiri oleh para Naqib, Imam dan Bilal dalam kalangan pegawai JAWI yang ditempatkan di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan. Objektif utama konvensyen berkenaan diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan ilmu dalam kalangan peserta melalui siri latihan dan kemahiran yang berterusan berkaitan isu serta aspek penguatkuasaan undang-undang Syariah sekaligus mewujudkan sinergi dalam gerak kerja bersama agensi-agensi yang terlibat. Ucaptama bertajuk “Malaysia Madani: Penguatkuasaan Diperkasa, Syariah Dilaksana” disampaikan oleh Profesor Madya Datuk Dr. Shamrahayu Ab Aziz, Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), manakala forum bertajuk “Nikah Syarie dan Nikah Sindiket” menampilkan dua orang ahli panel iaitu Tuan Musa Awang, Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Profesor Madya Dr. Salasiah Hanim Hamjah, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


17 SISTEM MAKLUMAT PENDIDIKAN ISLAM (SIMPENI) SRA DAN KAFA LABUAN DIKEMASKINI 23 Ogos 2023 Bengkel Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) SRA dan KAFA Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan diadakan khusus untuk pengisian data Sekolah Rendah Agama Swasta, Tahfiz, Pondok, dan KAFA. Bengkel tersebut diharapkan dapat meningkatkan kefahaman peserta dalam menyediakan data sekolah melalui sistem SIMPENI sekaligus membuat pengemaskinian bagi menghasilkan data pelaporan yang tepat dan terkini. TAKLIMAT INTEGRITI BINCANG ISU PENYALAHGUNAAN DADAH 23 Ogos 2023 Program Taklimat Integriti Siri 4 diadakan kepada warga JAWI dengan pengisian ceramah berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah serta isu-isu semasa. Latihan Dalam kumpulan (LDK) juga dilaksanakan sebagai aktiviti sampingan bagi menambahkan kefahaman dalam kalangan peserta terhadap topik yang disampaikan.


AL-BUSYRA 18 PESARA JAWI DIRAIKAN BERSAMA KELUARGA BENGKEL PENYELARASAN ANTARA AGENSI BINCANG PENAMBAHBAIKAN PERMOHONAN 4P 24 Ogos 2023 24 Ogos 2023 Majlis Persaraan Warga JAWI diadakan di Dewan Muslimin Masjid Wilayah Persekutuan bagi menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Majlis turut diceriakan dengan kehadiran ahli-ahli keluarga pegawai dan kakitangan yang bersara. Bengkel Penyelarasan Antara Agensi Permohonan Perintah Pengesahan Perdaftaran Perkahwinan (4P) serta Semakan dan Penambahbaikan Pemakaian Borang Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan diadakan untuk menyelaras isu-isu berkaitan pentadbiran, pelaksanaan dan penguatkuasaan permohonan 4P di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Bengkel tersebut juga dianjurkan bagi menyemak dan menambahbaik garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP), senarai semak, carta alir, surat akuan berkanun dan borang-borang perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan agar memenuhi kehendak peruntukan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 [Akta 303].


49 AHLI KONTINJEN WAKILI WILAYAH PERSEKUTUAN SEMPENA IHTIFAL KAFA KEBANGSAAN 50 ORANG PEGAWAI DAN KAKITANGAN PARLIMEN SERTAI PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM 25 Ogos 2023 25 Ogos 2023 Majlis Pelepasan Kontinjen Wilayah Persekutuan Sempena Ihtifal KAFA Kebangsaan telah dilaksanakan di dataran Masjid Negara, Kuala Lumpur. Seramai 49 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Bahagian Pelajaran JAWI, Penyelia KAFA, Guru KAFA dan murid-murid KAFA Wilayah Persekutuan menyertai kontinj en tersebut mewakili Wilayah Persekutuan. Program Penghayatan Nilai-Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam Siri 5/2023 dianjurkan di Bilik Taklimat, Aras 2, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia melibatkan kehadiran seramai 50 orang peserta yang terdiri dari pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia. Ceramah bertajuk “Pencemaran Akidah Penghalang Kecemerlangan Prestasi Organisasi” telah disampaikan oleh al-Fadil Ustaz Muhyidin bin Hj Aziz@Saari dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Turut hadir Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Parlimen Malaysia Encik Riduan bin Rahmat dan Naib Yang Dipertua Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia Tuan Ahmad Johan bin Mohd Affandi. 19


AL-BUSYRA 20 PENGARAH JAWI KUNJUNGI YDP YADIM 61 ORANG GURU SIRAJ PERTINGKAT KEMAHIRAN PENGURUSAN KOKURIKULUM 25 Ogos 2023 25 Ogos 2023 Kunjungan Hormat Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus diadakan bagi bertukar-tukar pandangan mengenai program dan inisiatif ke arah memperkasakan agenda menyantuni ummah. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin dan Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Putrajaya, Ustaz Mohd Sukri Abd Ghani. Kursus Pengurusan Kokurikulum Institusi Pendidikan Islam (IPI) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dilaksanakan melibatkan 61 orang guru Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ). Kursus tersebut dianjurkan untuk meningkatkan kompentensi guru SIRAJ berkaitan perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang berkesan di sekolah; Memberikan pendedahan kepada guru kokurikulum SIRAJ untuk mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid semasa menjalankan aktiviti kokurikulum; Memperkasakan pengetahuan dan kemahiran guru SIRAJ terhadap aspek Pengurusan Kokurikulum di sekolah dan Mempersiapkan guru dengan kemahiran Pengurusan Kokurikulum terutamanya berkaitan sukan, permainan olahraga, persatuan dan badan beruniform.


REPLIKA JALUR GEMILANG DARI 35 SARANG TELUR 28 ORANG PESERTA PELAJARI TEKNIK PENGHASILAN VIDEO MOBILE Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Wilayah Persekutuan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti menarik melibatkan guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan menyemai perasaan cinta kepada Negara. Antara aktiviti yang dianjurkan seperti pakaian beragam, basikal, dan motosikal berhias, mewarna poster, replika kemerdekaan dan pelbagai lagi. Replika Jalur Gemilang juga dihasilkan dari 35 sarang telur yang dikumpulkan oleh 7 orang guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Ridhwan di bawah seliaan JAWI. Replika tersebut mengambil masa satu minggu untuk disiapkan bermula 26 Julai hingga 2 Ogos lalu. Bengkel Videografi Mobile diadakan di Hotel Royal Kuala Lumpur melibatkan 28 orang peserta yang mewakili bahagian-bahagian di JAWI. Bengkel tersebut diadakan bagi mendedahkan kemahiran dan teknik terbaik bagi menghasilkan video dalam menyalurkan maklumat dan laporan berita yang dapat menarik minat serta perhatian masyarakat kepada jabatan. 21 27 Ogos 2023 28 Ogos 2023


AL-BUSYRA 22 80 ORANG PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU' DALAMI AKTA 303 28 Ogos 2023 Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] Siri 1/2023 diadakan di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Program tersebut disertai oleh 80 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta wakil-wakil jabatan dan bahagian berkaitan. Para peserta yang hadir berpeluang mendalami berkaitan peruntukan-peruntukan dalam Akta 303 yang dibahaskan serta isu-isu semasa berhubung perkahwinan, perceraian dan rujuk yang sering menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat.


23 26 SYARIKAT HADIRI TAKLIMAT PENARAFAN PUSAT KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM 29 Ogos 2023 Program Taklimat Penarafan Pusat Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan diadakan bagi menyampaikan penerangan kepada semua syarikat serta pengendali Kursus Praperkahwinan Islam mengenai kaedah penarafan berpandukan Garis Panduan Penarafan Pusat Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) JAWI sebelum pengauditan dan penilaian penarafan dilaksanakan pada September 2023. Sejumlah 26 buah syarikat yang terlibat dalam program penarafan tersebut meliputi 21 buah syarikat di Kuala Lumpur, 3 buah syarikat di Putrajaya dan 2 buah syarikat di Labuan. Taklimat dihadiri oleh para pengurus, wakil-wakil syarikat dan pengendali Kursus Praperkahwinan Islam dan panel-panel penilai yang dilantik oleh JAWI.


AL-BUSYRA 24 80 ORANG MUALAF SERTAI KURSUS ASAS SOLAT 29 Ogos 2023 25 Ogos 2023 Seminar Pemantapan Ibadah: Perbaiki Solatku dilaksanakan di Dewan Serbaguna Masjid Salahuddin Al- Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur melibatkan penyertaan seramai 80 orang mualaf sekitar Wilayah Persekutuan. Seminar tersebut bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan khususnya berkaitan solat dengan lebih terperinci kepada para peserta. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang diadakan memberikan peluang kepada para peserta untuk melakukan pembentangan berkumpulan berdasarkan kefahaman yang diperolehi sepanjang sesi ceramah yang dilaksanakan.


25 KEMUDAHAN SURAU BERGERAK JAWI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN “MONTHLY TALK” BINCANG ISU SEMASA AKIDAH ISLAM 29 Ogos 2023 31 Ogos 2023 Program Monthly Talk Penyelidikan Siri Keempat membincangkan isu-isu semasa Islam dan ajaran yang menyeleweng dihadiri oleh 23 orang peserta dalam kalangan pegawai dan kakitangan Bahagian Penyelidikan JAWI. Program tersebut diadakan bagi memastikan para peserta mendapat maklumat yang terkini berkaitan isu-isu akidah Islam. Surau Bergerak JAWI disediakan di belakang Menara Ikhlas, bersebelahan Istana Kehakiman, Putrajaya untuk memberikan kemudahan menunaikan solat kepada para pengunjung yang menghadiri acara sambutan Hari Kebangsaan Ke-66. Surau tersebut dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, sejadah, telekung, dan tempat wuduk.


26 AL-BUSYRA ARTIKEL PILIHAN (AL-NASIHAH)


27 FOKUS BERITA


28 AL-BUSYRA POSTER PENGUMUMAN


29 INFOGRAFIK PILIHAN


30 AL-BUSYRA LENSA JAWI @ MEDIA جاوي @JAWI


AL-BUSYRA JAWI KL 1-800-88-1771 JAWI Cawangan Putrajaya 1-800-88-2675 Hotline PENGUATKUASAAN www.jawi.gov.my JAWIWP jawi_kl myJAWI TV JAWI JAWI FM PORTAL RASMI JAWI


Click to View FlipBook Version