The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Koleksi Doa Harian sebagai panduan buat semua

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Buku Maya Al-Busyra JAWI, 2021-09-22 23:54:10

Koleksi Doa Harian

Koleksi Doa Harian sebagai panduan buat semua

DOA AGAR TERHINDAR
DARI SYIRIK

‫الَّلُه َّم ِإِّني َأُع وُذ ِبَك َأْن ُأْش ِرَك ِبَك‬
‫ َو َأْس َتْغ ِفُر َك ِلَم ا اَل َأْع َلُم‬، ‫َو َأَنا َأْع َلُم‬

Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu
daripada menyekutukanMu dalam keadaan daku

mengetahuinya dan daku memohon keampunanMu
tentang apa yang daku tidak tahu

DOA MEMOHON SYURGA
DAN DIJAUHKAN DARI
NERAKA

، ‫ اَل ِإَلَه ِإاَّل َأْنَت‬، ‫الَّلُه َّم ِإِّني َأْس َأُلَك ِبَأَّن َلَك اْلَح ْم َد‬
‫ يَا َبِد يَع الَّس َم َو اِت‬، ‫ اْلَم َّناُن‬، ‫َو ْح َد َك اَل َش ِريَك َلَك‬
، ‫ يَا َح ُّي يَا َقُّيْو َم‬، ‫ يَا َذ ا اْلَج اَل ِل َو اِإْل ْكَر اِم‬، ‫َو اَأْل ْر ِض‬

‫ َو َأُع وُذ ِبَك ِم َن الَّناِر‬،‫ِإِّني َأْس َأُلَك اْلَج َّنَة‬

Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu kerana bagiMu
kepujian, Tiada Tuhan melainkan Engkau, Yang Tunggal lagi tiada sekutu

bagiMu, Yang Maha Memberi, wahai yang mencipta langit dan bumi,
wahai yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, wahai yang maha
Hidup wahai yang Maha Kekal. Sesungguhnya daku memohon syurgaMu

dan daku berlindung denganMu daripada neraka.

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasa'i dan at-Tirmizi)

DOA MEMOHON
KEHIDUPAN DAN KEMATIAN

DI DALAM ISLAM

،‫الَّلُه َّم ِإِّنى َأْس َأُلَك ِع يَش ًة َنِّق َّيًة‬
،‫ َو َم َر ًّد ا َغ ْيَر ُم ْخ ٍز‬،‫َو ِم يَتًة َس ِوَّيًة‬

‫َو َال َفاِض ٍح‬

Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kehidupan yang
suci lagi bersih, kematian yang benar-benar dalam

keIslaman dengan sebab yang tidak menampakkan keaiban
dan tidak memalukan.

DOA MEMOHON
KESEJAHTERAAN DAN

KEDAMAIAN

، ‫ َو اْه ِد َنا ُس ُبَل الَّس اَل ِم‬،‫ َو َأْص ِلْح َذ اَت َبْيِنَنا‬،‫الَّلُه َّم َأِّلْف َبْيَن ُقُلوِبَنا‬
‫ َو َج ِّنْبَنا اْلَف َو اِح َش َم ا َظ َه َر ِم ْنَه ا َو َم ا‬،‫َو َنِّج َنا ِم ْن الُّظ ُلَم اِت ِإىَل الُّنوِر‬
،‫ َو َباِرْك َلَنا ِفي َأْس َم اِع َنا َو َأْبَص اِرَنا َو ُقُلوِبَنا َو َأْزَو اِج َنا َو ُذِّرَّياِتَنا‬، ‫َبَط َن‬

‫ َو اْج َع ْلَنا َش اِكِريَن ِلِنْع َم ِتَك‬، ‫َو ُتْب َع َلْيَنا ِإَّنَك َأْنَت الَّتَّو اُب الَّر ِح يُم‬
‫ُم ْثِنيَن ِبَه ا َع َلْيَك َقاِبِليَن َلَه ا َو َأِتَّم َه ا َع َلْيَنا‬

Ya Allah, jinakkanlah di antara hati-hati kami, perbaikilah di antara kami dan tunjukkanlah kami
jalan-jalan kesejahteraan, selamatkanlah kami daripada kegelapan kepada cahaya, halangilah
kami daripada melakukan dosa-dosa yang nyata dan tersembunyi, berkatikanlah pendengaran,
penglihatan, hati-hati, isteri-isteri dan zuriat-zuriat kami. Terimalah taubat kami sesungguhnya

Engkau Maha Penerima Taubat Lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami tergolong daripada
golongan orang-orang yang bersyukur dengan nikmatMu, golongan yang memuji dengannya,

menerimanya dan menyempurnakannya ke atas kami.

(Hadis Riwayat al-Hakim)

DOA MEMOHON
KETEGUHAN DAN PETUNJUK

‫الَّلُه َّم َثِّبْتِني‬
‫َو اْج َع ْلِني َه اِدًيا َم ْه ِد ًّيا‬

Ya Allah, teguhkanlah daku dan jadikanlah daku
orang yang dapat memberi hidayah dan
mendapat hidayah

DOA MEMOHON
SEBAIK-BAIK PERMINTAAN

، ‫ َو َخ ْيَر الَّنَج اِح‬،‫ َو َخ ْيَر الُّد َع اِء‬،‫الَّلُه َّم ِإِّني َأْس َأُلَك َخ ْيَر اْلَم ْس َأَلِة‬
، ‫ َو َخ ْيَر اْلَم َم اِت‬،‫ َو َخ ْيَر اْلَح َياِة‬، ‫ َو َخ ْيَر الَّثَو اِب‬، ‫َو َخ ْيَر اْلَع َم ِل‬
‫ َو َح ِّق ْق ِإيَم اِني َو اْر َفْع َد َر َج اِتي َو َتَق َّبْل‬،‫ َو َثِّق ْل َم َو اِزيِني‬،‫َو َثِّبْتِني‬
‫ َو َأْس َأُلَك الَّد َر َج اِت اْلُعَلى ِم َن اْلَج َّنِة‬،‫َص لاِتي َو اْغ ِفْر َخ ِطيَئِتي‬

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan sebaik-baik
permintaan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik pekerjaan,
sebaik-baik ganjaran pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian,

teguhkanlah daku, beratkanlah timbanganku, benarkanlah imanku,
angkatkanlah darjatku, terimalah solatku, ampunkanlah kesalahanku dan

aku memohon darjat yang tertinggi daripada syurga.

DOA MEMOHON
SEGALA KEBAIKAN

،‫ َو َخ َو اِتَم ُه‬،‫الَّلُه َّم ِإِّني َأْس َأُلَك َفَو اِتَح اْلَخ ْيِر‬
،‫ َو َباِطَنُه‬،‫ َو َظ اِه َر ُه‬،‫ َو َأَّو َلُه‬،‫َو َج َو اِم َع ُه‬
‫َو الَّد َر َج اِت اْلُعَلى ِم َن اْلَج َّنِة آِم ين‬

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu
kunci-kunci kebaikan, penutup-penutupnya,

himpunan-himpunannya, awal, zahirnya, batinnya, dan
darjat yang tinggi daripada syurga, mustajabkan doaku.

DOA MEMOHON
KEBAIKAN DARI
SETIAP PERBUATAN

‫ َو َخ ْيَر َم ا‬،‫الَّلُه َّم ِإِّني َأْس َأُلَك َخ ْيَر َم ا آِتي‬
‫ َو َخ ْيَر‬،‫ َو َخ ْيَر َم ا َبَط ن‬،‫ َو َخ ْيَر َم ا َأْع َم ل‬،‫َأْفَع ل‬
‫ والَّد َر َج اِت اْلُعَلى ِم َن اْلَج َّنِة آِم ين‬،‫َم ا َظ َه ر‬

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu sebaik-baik apa
yang datang kepadaku, sebaik-baik apa yang aku lakukan, sebaik-baik

apa yang aku kerjakan, sebaik-baik apa yang aku sembunyikan,
sebaik-baik apa yang aku nyatakan dan darjat yang tertinggi daripada

syurga, mustajabkanlah doaku.

DOA MEMOHON
INGATAN YANG BAIK
DAN JIWA YANG SUCI

،‫ َو َتَض َع ِوْزِري‬،‫الَّلُه َّم ِإِّني َأْس َأُلَك َأْن َتْر َفَع ِذْكِري‬
،‫ َو ُتَح ِّص ن َفْر ِج ي‬،‫ َو ُتَط ِّه ر َقْلِبي‬،‫َو ُتْص ِلَح َأْم ِري‬
‫ َو َأْس َأُلَك الَّد َر َج اِت‬،‫ َو َتْغ ِفْر ِلي َذ ْنِبي‬،‫َو ُتَنِّو ر َقْلِبي‬

‫اْلُعَلى ِم َن اْلَج َّنِة آِم ين‬

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar Engkau
meninggikan ingatanku, meletakkan tanggungjawabku, membaiki
urusanku, membersihkan hatiku, memelihara kemaluanku, menyinari
hatiku, mengampun dosaku, dan aku memohon kedudukan yang tinggi

di antara syurga. Mustajabkan doaku.

DOA MEMOHON
KEBERKATAN DALAM

SETIAP PERKARA

‫ َو ِفي َس ْم ِع ي‬،‫الَّلُه َّم ِإِّني َأْس َأُلَك َأْن ُتَباِرَك ِفي َنْف ِس ي‬
،‫ وفي َخ ْلِقي‬، ‫َو ِفي َبَص ِري َو ِفي ُروِح ي َو ِفي ُخ ُلِقي‬
‫ َفَتَق َّبْل‬،‫ َو ِفي َع َم ِلي‬، ‫َو َأْه ِلي َو ِفي َم ْح َياَي َو ِفي َم َم اِتي‬
‫ َو َأْس َأُلَك الَّد َر َج اِت اْلُعَلى ِم َن اْلَج َّنِة آِم ين‬،‫َح َس َناِتي‬

Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu agar Engkau
memberkati dalam diriku, dalam pendengaranku, penglihatanku, rohku,
akhlakku, ciptaanku, keluargaku, kehidupanku, kematianku, pekerjaanku,
terimalah kebajikanku, dan aku memohon darjat yang tertinggi daripada

syurga. Mustajabkanlah doaku.

DOA MEMOHON
KEMENANGAN DENGAN

SYURGA

‫ َو َع َز اِئَم‬، ‫الَّلُه َّم ِإِّني َأْس َأُلَك ُم وِج َباِت َر ْح َم ِتَك‬
‫ َو اْلَغ ِنيَم َة ِم ْن‬، ‫ َو الَّس اَل َم َة ِم ْن ُكِّل ِإْثٍم‬، ‫َم ْغ ِفَر ِتَك‬

‫ َو اْلَّنَج اَة ِم َن اْلَّناِر‬،‫ َو اْلَف ْو َز ِباْلَج َّنِة‬، ‫ُكِّل ِبٍّر‬

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar mendapat
rahmatMu, keazaman untuk mendapat keampunanMu, selamat
daripada dosa, keuntungan daripada semua kebaikan, kemenangan

dengan syurga dan terselamat dari neraka.
(Hadis Riway
at al-Hakim)

DOA DIAMPUNKAN DOSA
DAN KESALAHAN

‫ َو ِإْس َر اِفي ِفي َأْم ِري َو َم ا َأْنَت‬،‫الَّلُه َّم اْغ ِفْر ِلي َخ ِطيَئِتي َو َج ْه ِلي‬
‫ الَّلُه َّم اْغ ِفْر ِلي ِج ِّد ي َو َه ْز ِلي َو َخ َط ِئي َو َع ْم ِد ي‬،‫َأْع َلُم ِبِه ِم ِّني‬

‫ الَّلُه َّم اْغ ِفْر ِلي َم ا َقَّد ْم ُت َو َم ا َأَّخ ْر ُت‬،‫َو ُكُّل َذ ِلَك ِع ْنِد ي‬
‫َو َم ا َأْس َر ْر ُت َو َم ا َأْع َلْنُت َو َم ا َأْنَت َأْع َلُم ِبِه ِم ِّني َأْنَت اْلُم َق ِّد ُم‬

‫َو َأْنَت اْلُم َؤ ِّخ ُر َو َأْنَت َع َلى ُكِّل َش ْي ٍء َقِد يٌر‬

Wahai Tuhanku, ampunkanlah daku terhadap kesalahan-kesalahanku, kejahilanku dan
keterlaluanku dalam semua urusanku serta apa yang Engkau lebih mengetahuinya
daripada diriku. Ya Allah, ampunkanlah terhadap kesungguhanku, gurauanku,
kesalahanku, kesengajaanku dan yang kesemuanya daripadaku. Ya Allah! Ampunilah

dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, yang dilakukan secara tersembunyi dan
yang secara terang-terangan. Engkaulah Yang Terdahulu, Engkaulah Yang Terkemudian

dan Engkaulah Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

DOA DIPELIHARA
PANCAINDERA

،‫ َو َبَص ِري‬،‫الَّلُه َّم َم ِّتْع ِني ِبَس ْم ِع ي‬
‫ َو اْنُص ْر ِني َع َلى‬،‫َو اْج َع ْلُه َم ا اْلَو اِرَث ِم ِّني‬

‫ َو ُخ ْذ ِم ْنُه ِبَثْأِري‬،‫َم ْن َيْظ ِلُم ِني‬

Ya Allah, nikmatikanlah daku dengan pendengaranku dan
penglihatanku. Jadikan kedua ini penggantiku, bantulah daku
terhadap orang yang menzalimiku dan ambillah daripadanya

dengan perasaan pembalasanku.

(Hadis Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim)

DOA WAKTU PAGI, PETANG
DAN KETIKA BERBARING
UNTUK TIDUR

‫الَّلُه َّم َع اِلَم اْلَغ ْيِب َو الَّش َه اَد ِة َفاِطَر الَّس َم َو اِت‬
‫ َأْش َه ُد َأْن اَل‬،‫َو اَأْل ْر ِض َر َّب ُكِّل َش ْي ٍء َو َم ِليَكُه‬

‫ َأُع وُذ ِبَك ِم ْن َش ِّر َنْف ِس ي‬، ‫ِإَلَه ِإاَّل َأْنَت‬
‫َو ِم ْن َش ِّر الَّش ْيَط اِن َو ِش ْر ِكِه‬

Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata, Yang Mencipta
langit dan bumi, Tuhan kepada semua benda dan memilikinya. Daku
bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benar melainkan Engkau.

Daku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku, daripada
kejahatan syaitan dan sekutunya.

(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

DOA MEMOHON
HIKMAH

‫الَّلُه َّم آِتِنَّي اْلِح ْكَم َة اَّلِتي َم ْن ُأْو ِتَيَه ا‬
‫َفَق ْد ُأْو ِتَي َخ ْيرًا َكِثْيرًا‬

Ya Allah, berikanlah daku hikmah yang diberikan
Engkau padanya maka ia diberikan kebaikan
yang banyak.

(Diambil daripada maksud firman Allah dalam Surah al-Baqarah : Ayat 269)

DOA MEMOHON BERKAT,
RAHMAT DAN REZEKI

‫الَّلُه َّم اْبُس ْط َع َلْيَنا ِم ْن َبَر َكاِتَك‬
‫َو َر ْح َم ِتَك َو َفْض ِلَك َو ِرْزِقَك‬

Ya Allah, mudahkanlah ke atas kami daripada
keberkatanMu, rahmatMu, kelebihanMu dan

rezekiMu.

DOA MEMOHON NIKMAT
YANG BERPANJANGAN

‫الَّلُه َّم ِإِّني َأْس َأُلَك الَّنِع يَم اْلُم ِقيَم اَّلِذ ي اَل‬
‫َيُح وُل َو اَل َيُزوُل الَّلُه َّم ِإِّني َأْس َأُلَك الَّنِع يَم‬

‫َيْو َم اْلَع ْيَلِة َو اَأْل ْم َن َيْو َم اْلَخ ْو ِف‬

Ya Allah, sesungguhnya daku memohon
kepadaMu nikmat yang berkekalan, yang tidak
hilang dan berterusan. Ya Allah, sesungguhnya
kami memohon kepadaMu nikmat ketika susah

dan keamanan pada masa ketakutan.

DOA PERLINDUNGAN
DARI KEBURUKAN

‫الَّلُه َّم ِإِّني َع اِئٌذ ِبَك ِم ْن َش ِّر َم ا‬
‫َأْع َط ْيَتَنا َو َش ِّر َم ا َم َنْع َتَنا‬

Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung
denganMu dari keburukan yang Engkau berikan
kepada kami dan dari keburukan yang Engkau

larang terhadap kami.

DOA AGAR MENCINTAI
IMAN DAN MEMBENCI

KEKUFURAN

‫الَّلُه َّم َح ِّبْب ِإَلْيَنا اِإْل يَم اَن َو َزِّيْنُه ِفي‬
‫ُقُلوِبَنا َو َكِّر ْه ِإَلْيَنا اْلُكْف َر َو اْلُف ُس وَق‬
‫َو اْلِع ْص َياَن َو اْج َع ْلَنا ِم َن الَّر اِش ِد يَن‬

Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada iman, hiasankanlah ia
dalam hati kami dan jadikanlah kami benci terhadap perkara
kekufuran, kefasikan serta maksiat dan jadikanlah kami daripada

kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk.

DOA AGAR HIDUP DAN
MATI DALAM ISLAM

‫الَّلُه َّم َتَو َّفَنا ُم ْس ِلِم يَن َو َأْح ِيَنا ُم ْس ِلِم يَن‬
‫َو َأْلِح ْق َنا ِبالَّص اِلِح يَن َغ ْيَر َخ َز اَيا‬
‫َو اَل َم ْف ُتوِنيَن‬

Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan Islam,
hidupkanlah kami dalam keadaan Islam, turutkanlah kami

mengikut jejak langkah orang-orang soleh dengan tiada
cubaan dan fitnah.


Click to View FlipBook Version