SIRI 02/2022
MEMBAWA BERITA GEMBIRA, BERKHIDMAT UNTUK UMAT
PETIKAN BULAN INI
Kita perlu memanfaatkan usia dan kesempatan dalam
pekerjaan serta jangan mudah berputus asa. Kita perlu
mencipta kebahagiaan dalam keluarga dan perasaan
seronok dalam bekerja. Jika kita terus menggerakkan
jiwa dan fizikal, tubuh badan menjadi sihat dan lahir
pemikiran yang positif. Dengan aura positif tersebut,
semua perkara dapat ditempuhi dengan keredaan dan
membuahkan hasil kecemerlangan.
Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI)
PENGENALAN
Al-Busyra diterbitkan bertujuan
menyampaikan maklumat berkaitan
program dan perkhidmatan JAWI
kepada masyarakat Islam khususnya di
Wilayah-Wilayah Persekutuan.
ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI
Menyebar Risalah Kepada Ummah 3 PENASIHAT
Lensa JAWI@Media 12 Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Fokus Berita 14
Artikel Pilihan (Al-Nasihah) 15 PENGARANG
Infografik Pilihan 16 Saiful Azhar bin Saadon
Poster Pengumuman 17
JAWI@ 18 PENYUNTING
Siti Sakinah binti Hayat
Khairunnisa binti Bakri
Mohammad Hafizee bin Md Hashim
Siti Nazehah binti Zulkipli
Nurfarahin binti Mohd Yusof
JURUFOTO
Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah
EDARAN
Muhd Hafiz bin Hallmi
2
MENYEBAR RISALAH KEPADA UMMAH
1 Februari 2022
JAWI dengan kerjasama Kementerian Wilayah
Persekutuan telah menganjurkan Majlis Bacaan
Yasin dan Solat Hajat Khas Sempena Hari Wilayah
Persekutuan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala
Lumpur. Turut hadir YB Dato’ Seri Dr. Shahidan
Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan. Selain
pengisian majlis ilmu yang disampaikan oleh
Saudara Lim Jooi Soon, pendakwah dari Persatuan
Cina Muslim Malaysia (MACMA), turut dianjurkan
acara penyampaian bantuan dan sumbangan kepada
golongan memerlukan berbilang bangsa dan agama.
3 Februari 2022
Majlis Penyerahan Surat Lantikan Fasilitator Pusat
Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) telah
diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur. Fasilitator
tersebut akan mengendalikan sesi khidmat nasihat
di 5 buah PKKSK dan Anjung Khidmat Keluarga JAWI
(Akuaja) sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Orang
ramai boleh mendapatkan perkhidmatan berkenaan
secara ‘walk in’ dan percuma di UTC Pudu Sentral,
UTC Mini Keramat, Masjid Usamah bin Zaid Wangsa
Maju, Surau Al-Iman Presint 9 Putrajaya, dan Surau
Al-Furqan Presint 11 Putrajaya.
4 Februari 2022
Khutbah Jumaat Khas Sempena
Hari Wilayah Persekutuan 2022
telah disampaikan di seluruh
masjid dan surau Wilayah-Wilayah
Persekutuan dengan tajuk ‘Semai
Semangat Kekeluargaan, Wilayah
Diliputi Kebaikan.’
3
6 Februari 2022
Pengurusan jenazah bayi dan
jenazah tanpa waris telah
dilaksanakan oleh Pasukan
Pengurusan Jenazah JAWI
bermula proses memandikan,
mengkafankan, dan solat
sehingga pengebumian di Tanah
Perkuburan Islam Raudhatul
Sakinah.
7 Februari 2022
Program agihan pek
makanan bermasak Dapur
It’am kepada golongan
yang memerlukan sekitar
kariah Masjid Ar-Rahimah
Kampung Pandan, Kuala
Lumpur.
9 Februari 2022
Bengkel Pelan Antirasuah
Organisasi (OACP) JAWI Siri 2 telah
diadakan di Dewan Muslimat Masjid
Wilayah Persekutuan dengan
pengisian slot Penilaian Risiko
Rasuah dan Analisis Data.
4
10 Februari 2022
Forum Ehwal Islam Khas Sempena Hari Wilayah
Persekutuan menampilkan ahli panel Ustaz
Hanafiah Abdul Malek dan Dato’ Sri Mahadi BZ yang
membincangkan topik bertajuk ‘Islam Dihayati,
Wilayah Persekutuan Diberkati’.
11 Februari 2022
Program Hi-Tea Kongsi Rezeki Sempena Tahun Baharu Cina telah diadakan di Kompleks Pusat Islam JAWI.
Program tersebut bertujuan meraikan masyarakat pelbagai bangsa dan budaya dengan jamuan makanan
secara percuma dan pemberian 200 pek Angpau sempena Tahun Baharu Cina khususnya kepada golongan
mualaf sekitar Wilayah Persekutuan.
5
11 Februari 2022
Program Sambutan Hari Wilayah
Persekutuan telah diadakan
di Sekolah Rendah Agama
(SRA) Al-Baihaqi Sungai Besi
dengan pelbagai acara menarik
melibatkan penyertaan murid-
murid sekolah tahun 1 hingga 6
seperti Mewarna Bendera Wilayah,
Deklamasi Sajak, dan Penulisan
Khat Bertemakan Hari Wilayah.
14 Februari 2022
Program Cegah Jenayah Syariah ‘Ops Valentine’s
Day’ oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah
diadakan sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya
bagi meningkatkan kesedaran berhubung
kesalahan jenayah Syariah kepada masyarakat
khususnya dalam kalangan golongan muda dan
remaja.
6
15 Februari 2022
Program Menyantuni Golongan OKU Penglihatan Sempena Hari Wilayah Persekutuan telah dilaksanakan
di Dewan Utama, Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) Jalan Tun Sambathan. Inisiatif
tersebut bertujuan memberikan sokongan moral dan material serta pengisian kerohanian kepada peserta
yang terlibat selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia. Program disertai oleh 70 orang OKU Penglihatan
yang terdiri daripada Pelatih Pusat Latihan Gurney MAB, tenaga pengajar MAB dan Persatuan Orang Cacat
Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).
15 Februari 2022
Bengkel Sasaran Kerja Strategik Bahagian
Penguatkuasaan JAWI bertujuan membincangkan
laporan pelaksanaan program bagi tahun
2021 serta mendapatkan idea baharu untuk
penambahbaikan dan perancangan program
tahun 2022.
7
20 Februari 2022 18 Februari 2022
Program Lawatan Penanda Aras Smart Majlis Pelancaran Program Masjid Sebagai Pusat
Mosque ke Masjid Jamek Pengkalan Hulu Khidmat Nasihat/Rundingcara Kekeluargaan dan
Perak dan Masjid Abdullah Fahim, Kepala Sosial disempurnakan oleh YB Senator Datuk
Batas Pulau Pinang. Lawatan tersebut Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana
bertujuan untuk berkongsi idea dan Menteri (Hal Ehwal Agama). Inisiatif terbaharu
menjalinkan kerjasama strategik antara ini melibatkan 3 buah masjid sekitar Kuala
JAWI dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Lumpur iaitu Masjid Wilayah Persekutuan,
serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Masjid al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan
Pinang (JAIPP) bagi mewujudkan Standard dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati.
Penarafan Masjid Pintar yang boleh Khidmat nasihat kekeluargaan dan isu sosial di
dijadikan rujukan untuk masjid-masjid di pusat tersebut akan dikendalikan oleh 9 orang
seluruh Malaysia. fasilitator berpengalaman yang dilantik oleh JAWI.
8 21 Februari 2022
Aktiviti pelupusan al-
Quran akibat banjir oleh
para sukarelawan di Pusat
Pelupusan al-Quran Darul
Kalam. Sejumlah 5,356.72
kilogram helaian al-Quran
yang rosak akibat banjir
telah dibakar dalam relau
pelupusan berkenaan.
22 Februari 2022
Bengkel Pembangunan Portal Pendidikan G-Suite
Education JAWI kepada guru-guru Institut
Pendidikan Islam (IPI) JAWI bertempat di Dewan
Perkasa, Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Kuala
Lumpur. Bengkel dilaksanakan selama 4 hari dan
melibatkan penyertaan 40 orang guru SRA, SIRAJ,
dan KAFA Wilayah Persekutuan. Objektif bengkel
tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan
kemahiran berkaitan kaedah penyampaian
pembelajaran berkesan dalam pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) bagi Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum
Sekolah Rendah Agama (KSRA) selaras dengan
perkembangan teknologi terkini.
23 Februari 2022
Majlis Perhimpunan Bulanan Warga
JAWI bagi bulan Februari telah diadakan
di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur. Pengarah
JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail telah
menyampaikan amanat kepada semua
warga JAWI pada majlis tersebut. Antara
pengisian perhimpunan pada kali ini
adalah penerangan berkaitan Wakaf
Tunai oleh Pusat Wakaf MAIWP, dan
penyampaian Anugerah Pekerja Contoh
Bulanan (APCB) JAWI.
23 Februari 2022
Program Ziarah Mualaf Labuan
bertujuan untuk mengeratkan
ukhuwah di antara golongan
mualaf dan agensi agama. Setiap
keluarga yang diziarahi menerima
hamper barangan keperluan
harian dan wang tunai.
9
25 Februari 2022
Program Town Hall Bersama Mualaf Wilayah Persekutuan telah dianjurkan di Dewan Serbaguna Masjid
Wilayah Persekutuan bagi memperkasakan pengurusan mualaf di Wilayah Persekutuan. Inisiatif
berkenaan juga bertujuan memahami isu serta permasalahan yang sering dihadapi oleh golongan mualaf
sekaligus menghasilkan cadangan dalam membantu menyediakan perancangan pengurusan mualaf pada
masa hadapan. Program tersebut menjadi platform perkongsian maklumat berkaitan pengurusan mualaf
seperti prosedur pengislaman, kelas pengajian mualaf, serta isu-isu kebajikan dan bantuan untuk mualaf.
26 Februari 2022
Program Jilsah
Ulama Masjid Wilayah
Persekutuan bertujuan
menyemarakkan kembali
tradisi pengajian Islam
berasaskan kitab-kitab
turath dalam kalangan
masyarakat.
10
27 Februari 2022
Kursus Intensif Fardu Ain (KIFA) Mualaf Wilayah Persekutuan telah diadakan di Kompleks Darul Hidayah
Jalan Sentul. Antara pengisian kursus adalah slot pengukuhan asas fardu ain bertajuk ‘Selamat Kembali
Kepada Fitrah’ serta ‘Suci dan Solat’. Kursus tersebut dikendalikan secara interaktif bersama penceramah
yang berpengalaman serta sesi praktikal dan amali ibadah solat yang dikendalikan oleh 4 orang fasilitator.
27 Februari 2022
Kursus Muazin Muda Peringkat Masjid Dan Surau Wilayah Persekutuan Putrajaya telah disertai oleh 116
orang peserta. Antara pengisian program tersebut adalah slot Tahsin Lafaz Azan dan Tarannum Azan serta
Keterampilan dan Pantang Larang Sebagai Muazin. Turut diadakan latihan amali yang dikendalikan oleh
fasilitator terlatih.
11
LENSA JAWI@MEDIA
12
13
FOKUS BERITA
14
ARTIKEL PILIHAN (AL-NASIHAH)
15
INFOGRAFIK PILIHAN
16
POSTER PENGUMUMAN
17
JAWI@ ﺟﺎوي
IBU PEJABAT JAWI JAWI CAWANGAN LABUAN
Jabatan Agama Islam Tingkat 8, Blok 4,
Wilayah Persekutuan Ujana Kewangan,
Kompleks Pusat Islam, Peti Surat 82917,
87209 Wlayah Persekutuan Labuan
Jalan Perdana,
50676 Kuala Lumpur +6087-415 311
+6087-417 595
+603-2274 9333
+603-2273 1575
JAWI CAWANGAN PUTRAJAYA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Aras 2, Blok D, Jalan Tuanku Abdul Halim,
Kompleks Islam Putrajaya, 50480 Kuala Lumpur.
+603-6201 8780
Presint 3, +603-6201 8790
62100 Putrajaya.
+603-8884 2600
+603-8884 2700
JAWI KUALA LUMPUR
JAWI PUTRAJAYA
www.jawi.gov.my jawi_kl TV JAWI
JAWIWP myJAWIKL JAWI FM