The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Buku Maya Al-Busyra JAWI, 2023-05-02 04:54:07

JAWI MEDIA 2022

JAWI MEDIA 2022

Surau bergerak JAWI mudahkan penyokong 26 November 2022 SURAU bergerak disediakan JAWI bagi memudahkan umat Islam menunaikan solat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. - GAMBAR/AIZAWATI AHMAD KUALA LUMPUR: Dalam keterujaan penyokong untuk hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim menentang Selangor, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut memainkan peranan bagi memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan solat lima waktu. Di parkir di perkarangan Stadium Nasional berhampiran dengan Axiata Arena, sebuah bas ekspres yang diubah suai kepada surau telah disediakan oleh JAWI dengan turut dilengkapi ruang tempat mengambil air sembahyang. Menerusi tinjauan yang dilakukan Utusan Malaysia di sini, hari ini, menjelang final Piala Malaysia, bas ekspres yang diberi nama sebagai Surau Al Barakah itu menjadi tumpuan ramai penyokong yang masih berada di luar stadium menunaikan solat. Surau bergerak JAWI mudahkan penyokong 26 November 2022 SURAU bergerak disediakan JAWI bagi memudahkan umat Islam menunaikan solat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. - GAMBAR/AIZAWATI AHMAD KUALA LUMPUR: Dalam keterujaan penyokong untuk hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim menentang Selangor, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut memainkan peranan bagi memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan solat lima waktu. Di parkir di perkarangan Stadium Nasional berhampiran dengan Axiata Arena, sebuah bas ekspres yang diubah suai kepada surau telah disediakan oleh JAWI dengan turut dilengkapi ruang tempat mengambil air sembahyang. Menerusi tinjauan yang dilakukan Utusan Malaysia di sini, hari ini, menjelang final Piala Malaysia, bas ekspres yang diberi nama sebagai Surau Al Barakah itu menjadi tumpuan ramai penyokong yang masih berada di luar stadium menunaikan solat. Menerima penajaan daripada Bank Rakyat, surau bergerak itu dilihat sangat praktikal disediakan ketika acara-acara besar diadakan seperti final Piala Malaysia. Surau tersebut yang juga menyediakan ruang solat untuk muslimah, turut meletakkan penghadang bagi kaum wanita untuk mengambil air sembahyang dengan selesa. 46


JAWI lepaskan 6.8 tan abu al-Quran ke laut 1 Disember 2022 Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail melepaskan ketulan abu Al-Quran yang telah dikeringkan ke dalam laut ketika Program Pemuliaan Al-Quran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan Kerjasama Jabatan Laut Malaysia ketika di Perairan Selangor. Foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama beberapa agensi menyempurnakan aktiviti pelepasan sebanyak 6.8 tan abu Al-Quran ke laut petang semalam. Plastik dan guni berisi ketulan abu Al-Quran yang telah dilepaskan ke dasar laut akan dibasuh serta disimpan untuk mengelakkan dari pencemaran ketika Program Pemuliaan Al-Quran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan Kerjasama Jabatan Laut Malaysia ketika di Perairan Selangor. Foto MOHD ADZLAN Pegawai dan kakitangan JAWI turut dibantu kru kapal Pedoman melepaskan ketulan abu al-Quran yang telah dikeringkan ke dalam laut. Ia dilaksanakan ketika Program Pemuliaan Al-Quran JAWI dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia di perairan Pulau Indah, Selangor. 47


Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail (kanan) bersama Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib (tengah) melihat ketulan abu Al-Quran yang telah dikeringkan sebelum dilepaskan ke dalam laut ketika Program Pemuliaan Al-Quran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan Kerjasama Jabatan Laut Malaysia ketika di Perairan Selangor. Foto MOHD ADZLAN “Al-Quran mesti dipelihara kesuciannya pada setiap masa walau di mana-mana jua berada,” kata JAWI menerusi hantaran di Facebooknya. Sementara itu Bernama melaporkan, pelepasan abu itu merupakan proses pemuliaan al-Quran selari dengan ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-30. Program itu merupakan tindakan proaktif JAWI dalam memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kaedah pemuliaan al-Quran yang betul. Ia sekali gus memelihara kesucian ayat-ayat suci al-Quran pada setiap masa. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail (kanan) bersama Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib (tengah) melihat ketulan abu Al-Quran yang telah dikeringkan sebelum dilepaskan ke dalam laut ketika Program Pemuliaan Al-Quran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan Kerjasama Jabatan Laut Malaysia ketika di Perairan Selangor. Foto MOHD ADZLAN “Al-Quran mesti dipelihara kesuciannya pada setiap masa walau di mana-mana jua berada,” kata JAWI menerusi hantaran di Facebooknya. Sementara itu Bernama melaporkan, pelepasan abu itu merupakan proses pemuliaan al-Quran selari dengan ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-30. Program itu merupakan tindakan proaktif JAWI dalam memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kaedah pemuliaan al-Quran yang betul. Ia sekali gus memelihara kesucian ayat-ayat suci al-Quran pada setiap masa. 48


80 institut pendidikan Islam swasta berdaftar JAWI 25 November 2022 ALIMUDDIN Mohd. Dom (tengah) ketika mengendalikan Town Hall Pengurusan IPIS Wilayah Persekutuan. PUTRAJAYA: Sebanyak 80 Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) di Wilayah Persekutuan sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Jabatan berkenaan memaklumkan, ia membabitkan 31 buah institusi tahfiz, lima buah sekolah menengah agama, sebuah institusi pondok, 31 buah sekolah rendah agama dan 12 buah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Menurutnya, pendaftaran itu penting demi memastikan kemudahan pembelajaran kondusif serta silibus yang ditawarkan selaras dengan pegangan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sekaligus memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi. “IPIS berperanan dalam menyediakan peluang kepada anak-anak di Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pendidikan agama tersusun dan terancang,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 80 institut pendidikan Islam swasta berdaftar JAWI 25 November 2022 ALIMUDDIN Mohd. Dom (tengah) ketika mengendalikan Town Hall Pengurusan IPIS Wilayah Persekutuan. PUTRAJAYA: Sebanyak 80 Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) di Wilayah Persekutuan sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Jabatan berkenaan memaklumkan, ia membabitkan 31 buah institusi tahfiz, lima buah sekolah menengah agama, sebuah institusi pondok, 31 buah sekolah rendah agama dan 12 buah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Menurutnya, pendaftaran itu penting demi memastikan kemudahan pembelajaran kondusif serta silibus yang ditawarkan selaras dengan pegangan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sekaligus memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi. “IPIS berperanan dalam menyediakan peluang kepada anak-anak di Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pendidikan agama tersusun dan terancang,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Katanya, sepanjang tahun lalu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan dana berjumlah RM25 juta bertujuan melancarkan pengurusan IPIS di bawah selian JAWI. Terdahulu, JAWI menganjurkan program Townhall Pengurusan IPIS Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan susulan Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) Kali ke-57 dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom. Program itu penting bagi perkongsian maklumat berkaitan dasar-dasar semasa pendidikan Islam serta menjadi platform bagi mendapatkan pandangan dan cadangan penambahbaikan IPIS di Wilayah Persekutuan. 49


JAWI urus 4,281 jenazah Covid-19 2 Disember 2022 Pasukan Pengurusan Jenazah Covid-19 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sudah menguruskan 4,281 jenazah Covid-19 setakat semalam. - GAMBAR HIASAN PUTRAJAYA: Setakat semalam, Pasukan Pengurusan Jenazah Covid-19 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah menguruskan 4,281 jenazah Covid19. JAWI dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, secara purata kira-kira 20 jenazah yang meninggal akibat Covid-19 diuruskan pasukan berkenaan setiap bulan. Menurutnya, biarpun kes semakin berkurang, tugasan menguruskan jenazah Covid19 berjalan seperti biasa dengan kekuatan 91 petugas iaitu 67 lelaki dan 24 wanita. “Pasukan ini masih lagi menggunakan Garis Panduan Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Covid-19 Wilayah Persekutuan (Fasa Peralihan ke Endemik). JAWI urus 4,281 jenazah Covid-19 2 Disember 2022 Pasukan Pengurusan Jenazah Covid-19 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sudah menguruskan 4,281 jenazah Covid-19 setakat semalam. - GAMBAR HIASAN PUTRAJAYA: Setakat semalam, Pasukan Pengurusan Jenazah Covid-19 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah menguruskan 4,281 jenazah Covid19. JAWI dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, secara purata kira-kira 20 jenazah yang meninggal akibat Covid-19 diuruskan pasukan berkenaan setiap bulan. Menurutnya, biarpun kes semakin berkurang, tugasan menguruskan jenazah Covid19 berjalan seperti biasa dengan kekuatan 91 petugas iaitu 67 lelaki dan 24 wanita. “Pasukan ini masih lagi menggunakan Garis Panduan Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Covid-19 Wilayah Persekutuan (Fasa Peralihan ke Endemik). “Garis panduan itu turut merujuk kepada Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Dijangkiti Covid-19 Edisi 2022 terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya. Kenyataan itu menambah, bagi setiap sesi, empat petugas lelaki ditugaskan bagi menguruskan jenazah lelaki manakala, tujuh petugas wanita bagi jenazah wanita. Bagaimanapun, katanya, bermula 19 Jun lalu, jenazah Islam dibenarkan untuk dimandi dan dikapankan dengan amalan serta langkah berjaga-jaga yang sudah ditetapkan. Jelasnya lagi, sebahagian ahli pasukan pengurusan jenazah Covid-19 turut melaksanakan tugasan hakiki sebagai pengurus jenazah Islam tidak berwaris. Berdasarkan data terkini, Jawi berkata, sebanyak 2,363 jenazah lelaki dan 1,918 jenazah wanita diuruskan pasukan petugas itu sejak awal tahun lalu. Katanya, kumpulan usia 41 hingga 60 tahun paling ramai diuruskan dengan 1,735 jenazah diikuti 1,620 jenazah (61 hingga 80 tahun), 585 jenazah (21 hingga 40 tahun, 81 hingga 100 tahun (291 jenazah) dan 0 hingga 20 tahun (48 jenazah). “Bilangan jenazah paling ramai diuruskan di Hospital Kuala Lumpur dengan 1,943 jenazah diikuti Hospital Ampang (720 jenazah) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM masing-masing dengan 572 jenazah,” katanya. 50


Institusi masjid dan surau sebagai tempat tumpuan masyarakat perlu dimaksimumkan kembali pengimarahannya terutama dalam tempoh pasca pandemik Covid-19. 51


52 HARIAN METRO 11 MAC 2022


53 BERITA HARIAN 18 MAC 2022


54 HARIAN METRO 18 MAC 2022


55 SINAR HARIAN 2 JULAI 2022 SINAR HARIAN 30 SEPTEMBER 2022


56


57 BERITA HARIAN 30 SEPTEMBER 2022


58 SOLAT TANPA PENJARAKAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN BERMULA 1 APRIL 17 March 2022 GAMBAR: AFP KUALA LUMPUR: Solat berjemaah di semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibenar dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan berkuat kuasa 1 April 2022. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata ketetapan baharu itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan Fasa Peralihan Ke Endemik, Jelas Mohd Ajib jemaah digalakkan membawa sejadah sendiri dan kehadiran ke masjid dan surau dibenarkan tanpa had umur kepada yang telah menerima vaksinasi COVID-19. Selain kebenaran solat tanpa penjarakan, JAWI turut mengumumkan beberapa ketetapan baharu berhubung aktiviti pengimarahan di masjid dan surau pada bulan Ramadan. “Masjid dan surau dibenarkan untuk melaksanakan Solat Sunat Tarawih 20 rakaat pada bulan Ramadan. Manakala Qiamullail dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau mulai tengah malam. “Majlis berbuka puasa, moreh dan sahur dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau dan makanan digalakkan untuk disediakan secara berbungkus,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd Ajib berkata turut dibenarkan aktiviti tadarus al-Quran di masjid dan surau serta boleh dilaksanakan pada mana-mana waktu yang bersesuaian dalam bentuk kumpulan kecil. Ujar beliau semua kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Semoga lebih ramai jemaah dapat mengimarahkan masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan terus bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera dibendung serta negara Malaysia sentiasa mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah SWT,” katanya. 17 Mac 2022


Masjid dipenuhi jemaah tunai solat tarawih 2 April 2022 Sebahagian jemaah menunaikan solat tarawih pada malam pertama bulan Ramadan ketika tinjauan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. FOTO AIZUDDIN SAAD Kuala Lumpur: Selepas dua tahun tidak dapat mengimarahkan masjid, hari pertama solat tarawih dipenuhi jemaah bagi menunaikan solat sunat berkenaan. Umat Islam tidak melepaskan peluang sempena bulan mulia ini untuk kembali mengimarahkan masjid tanpa penjarakan saf seperti diumumkan kerajaan bermula 1 April lalu. Tinjauan di Masjid Jamek Kampung Baru, dekat sini, memperlihatkan kira-kira 3,000 jemaah memenuhi dewan solat utama. Solat tarawih berkenaan dipimpin imam bertugas Imam Azizi Abdul Hamid dan Imam Muhammad Asim Salleh Sani. Pemerhatian wartawan mendapati, semua jemaah juga masih mengekalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka ketika menunaikan solat. Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail dilaporkan berkata, solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan, selaras dengan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik pada 1 April. Mohd Ajib dilaporkan berkata, kebenaran merapatkan saf itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta SOP bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau. 59


Surau, masjid disaran baca Qunut Nazilah mulai malam ini 21 April 2022 PUTRAJAYA: Masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan disaran melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah ketika solat Subuh, solat Jumaat dan solat sunat witir Tarawih sepanjang Ramadan bermula malam ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, Qunut Nazilah ini bertujuan mendoakan kesejahteraan dan keamanan di bumi Palestin khususnya dan di Malaysia amnya. Katanya, ia susulan saranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk melaksanakan bacaan Qunut Nazilah berikutan tragedi pencerobohan yang berterusan ke atas Masjid Al- Aqsa. "Sesungguhnya doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di bulan Ramadan yang mulia adalah lambang solidariti berpanjangan umat Islam untuk perjuangan rakyat Palestin," katanya. Bermula semalam, tiga masjid utama membabitkan Masjid Negara di Kuala Lumpur dan Masjid Putra serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, mengadakan bacaan doa Qunut Nazilah ketika solat sunat witir setiap malam. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan ia adalah inisiatif jabatan itu khusus untuk keselamatan dan keamanan di bumi Palestin. Surau, masjid disaran baca Qunut Nazilah mulai malam ini 21 April 2022 60


Kelonggaran SOP di masjid, surau Wilayah Persekutuan – JAWI 1 Mei 2022 KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat beberapa ketetapan baharu selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) di masjid dan surau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail dalam satu kenyataan berkata, lapan kelonggaran SOP akan berkuatkuasa 2 Mei ini. Antaranya adalah pemansuhan daftar masuk dengan mengimbas kod QR MySejahtera di masjid dan surau. “Penggunaan sejadah sendiri juga dimansuhkan dan tidak perlu lagi penjarakan fizikal antara jemaah dalam semua keadaan di masjid dan surau. “Selain itu, kemasukan ke masjid dan surau dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi kecuali jemaah yang berstatus ‘Berisiko Tinggi’ atau di bawah Home Surveillance Order (HSO),” katanya dalam kenyataan hari ini. Dalam pada itu, setiap jemaah masih diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada di dalam masjid dan surau yang tertutup. “Namun, ketika berada di kawasan terbuka dan di luar masjid dan surau, jemaah tidak diwajibkan memakai pelitup muka. Jamuan di masjid dan surau dibenarkan dengan apa-apa cara penyediaan makanan. “Jemaah dibenarkan bersalaman namun tidak dibenarkan menyentuh muka selepas bersalaman dan hendaklah sentiasa mencuci tangan selepas berbuat demikian,” katanya lagi. 61


62 JAWI, pengerusi masjid dan surau, bincang maksimum fungsi masjid 13 Jun 2022 Idris (tengah) hadir merasmikan persidangan menghimpunkan pengerusi jawatankuasa kariah masjid dan surau Jumaat Wilayah Persekutuan. KUALA LUMPUR - Pengerusi jawatankuasa kariah masjid dan surau Jumaat Wilayah Persekutuan dihimpunkan dalam satu persidangan bagi berkongsi pendapat dan pengalaman dalam usaha memaksimumkan peranan serta fungsi masjid khususnya pada fasa peralihan endemik. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu kenyataan berkata, seramai 490 peserta telah menghadiri persidangan itu bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin. Menurut kenyataan itu, perkongsian pengalaman tentang pengurusan masjid terbaik telah disampaikan oleh Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abdul Jamal Sakaran dan Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Rahimah, Kuala Lumpur, Mohd Shah Hasim. "Satu kertas cadangan berkaitan Penubuhan Tabung Pembangunan dan Penyelenggaraan Masjid/Surau di Wilayah Persekutuan dibentangkan bagi mewujudkan sumber kewangan untuk membantu pembangunan dan penyelenggaraan masjid atau surau yang kurang berkemampuan. "Sepanjang tahun 2021, sejumlah RM 2,878,901 peruntukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) digunakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan masjid serta surau seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan," kata kenyataan itu pada Isnin. Majlis perasmian disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan turut dihadiri Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail serta Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaya, Profesor Ir Dr Shaliza Ibrahim. Tambah kenyataan itu, Jawi turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Masjid Hijau bersama Universiti Malaya pada program sama. "MoU itu sebagai usaha mengimplementasikan amalan lestari dan inovasi hijau masjid-masjid di Wilayah Persekutuan selaras dengan Pelan Pengimarahan MasjidMasjid Wilayah Persekutuan 2020-2024. "YB menteri turut melancarkan buletin Al-Mihrab yang diterbitkan secara berkala sebagai wadah menyebarkan pelbagai informasi dan aktiviti pengimarahan masjid, " katanya. Untuk rekod, sehingga kini terdapat 89 masjid, 123 surau Jumaat, dan 611 surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


Ibadah korban tahun ini lebih meriah – Imam Masjid Wilayah 10 Julai 2022 Para petugas menumbangkan lembu yang akan dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. Imam Kanan Masjid Wilayah, Zulkifli Salleh berkata, sebanyak enam ekor lembu disembelih di sini, manakala empat lagi dilakukan di pusat penyembelihan bagi mempercepatkan proses agihan. “Alhamdulillah sambutan sertai ibadah korban dalam kalangan masyarakat setempat dan jemaah masjid mendapat sambutan, ada yang beri seekor lembu. “Kita akan agihkan kepada peserta, ada juga kita beri satu per tiga, tapi ramai yang minta kita agihkan terus kepada memerlukan. “Kita juga beri kepada fakir miskin dan asnaf yang telah buat permohonan dengan kita,” katanya kepada MalaysiaGazette. Mengulas lanjut beliau berkata, ibadah korban pada tahun ini lebih meriah berbanding sebelumnya selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik dan kelonggaran beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP). “Alhamdulillah tahun ini sangat berbeza dari tahun lepas kerana tahun lepas ada kekangan pandemik, kehadiran pun tidak ramai macam hari ini,“ tambah beliau. Sebagai rekod, jumlah sembelihan korban yang dilaksanakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di masjid dan surau seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada tahun ini adalah 1,285 ekor lembu, dua ekor kerbau dan 145 ekor kambing. 63


JAWI rangka ketetapan baharu ibadah korban 1 Julai 2022 Menurut Mohd Ajib, pihaknya membuat beberapa ketetapan baharu bersempena pelaksanaan Ibadah Korban di masjid dan surau. KUALA LUMPUR: Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar melaksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 10 Julai ini, bersamaan 10 Zulhijjah. Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail, pihaknya membuat beberapa ketetapan baharu sempena pelaksanaan Ibadah Korban di masjid dan surau tahun ini. "Ibadah korban dibenarkan di masjid dan surau Wilayah Persekutuan selepas selesai menunaikan solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyriq pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1443H sebelum berakhir waktu Asar. "Masjid, surau dan mana-mana pihak yang melaksanakan ibadah penyembelihan haiwan korban hendaklah mematuhi peraturan atau ketetapan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). "Petugas-petugas korban hendaklah mempunyai tahap kesihatan tubuh badan yang baik, tidak menghidap penyakit kronik, tidak mempunyai gejala COVID-19 (batuk, sakit tekak, selesema dan demam), tidak mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID19 dan bukan individu yang berada dalam Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO)," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat. Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada Ahad, 10 Julai ini. Pengumuman rasmi itu dibuat Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman. Mengulas lanjut, Mohd Ajib berharap semoga umat Islam dapat merebut peluang meraih ganjaran pahala. "Melipatgandakan amalan dalam 10 hari terawal bulan Zulhijjah serta meningkatkan penghayatan terhadap ibadah korban yang dilaksanakan sebagaimana syarikat Allah S.W.T," katanya. 64


Putrajaya Berqiamullail Sabtu ini 11 Ogos 2022 GAMBAR hiasan Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mensasarkan 2,000 peserta hadir pada program Putrajaya Berqiamullail di Masjid Putra, Sabtu ini. JAWI melalui satu kenyataan hari ini memaklumkan program itu diadakan secara kerjasama dengan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan agensi hal ehwal Islam di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bermula 4.30 pagi. Menurutnya, program siri kedua ini adalah kesinambungan program yang diadakan pada Jun lalu dan akan dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad. Katanya, pengisian utama program itu ialah qiamullail secara berjemaah yang akan dipimpin oleh qari selebriti Ustaz Ahmad Tirmizi Ali, solat Subuh berjemaah dan penyampaian Tausiah. "JAWI menyasar kehadiran jemaah sekitar Putrajaya dan Lembah Klang selaras dengan Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020- 2024. "Ia bertujuan membudayakan amalan berqiamullail dalam kehidupan seorang muslim di semua peringkat sama ada individu, keluarga, masyarakat mahupun pemimpin,"katanya. Kenyataan itu turut memaklumkan, jemaah yang tiba awal boleh beriktikaf di ruangan khas yang disediakan oleh pihak masjid. Katanya, solat sunat dan ibadah yang dilaksanakan ketika qiamullail merupakan amalan ruhiyyah bagi membina sebuah institusi keluarga yang sejahtera, serta memperkukuhkan jati diri dan memberikan kekuatan kepada para pekerja, pegawai dan kakitangan yang berkhidmat untuk negara. 65


Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Sesak, Orang Awam Solat Subuh Berjemaah Sebelum Ke Dataran Merdeka Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Sesak, Orang Awam Solat Subuh Berjemaah Sebelum Ke Dataran Merdeka Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu tweet sebentar tadi berkongsi satu video suasana di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad yang sangat menyentuh hati. Menerusi tweet berkenaan, video berkenaan difaham merakam suasana solat subuh hari ini dimana ia penuh dengan jemaah. Sebahagian besar jemaah-jemaah itu merupakan orang ramai yang terlebih dahulu menunaikan kewajipan agama sebelum berkumpul di Dataran Merdeka. ”Pelihara hubungan dengan Allah setiap masa, itu erti merdeka yang hakiki,” menurut tweet berkenaan. Seperti yang kita tahu, hari ini Malaysia menyambut Hari Kebangsaan 2022 dengan acara di peringkat Persekutuan diadakan di lokasi berkenaan. Menerusi laporan BERNAMA sebelum ini, orang awam mula membanjiri Dataran Merdeka sejak awal lagi bermula jam 4.30 pagi. Sambutan Hari Kebangsaan kali ini nyata mendatangkan keterujaan buat rakyat Malaysia selepas ia ditangguhkan untuk dua edisi lepas ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Ia dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk persembahan peserta, perarakan kebudayaan dan perbarisan anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk aset masing-masing. Antara yang paling mencuri tumpuan tentunya pertunjukkan udara melibatkan pesawat tempur negara seperti Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D Hornet. Selain itu, perarakan melibatkan beberapa buah lori Milo turut mendapat tepukan gemuruh apabila ia mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak sebahagian rakyat Malaysia. 66


PELITUP MUKA TIDAK LAGI WAJIB DI MASJID DAN SURAU DI WILAYAH PERSEKUTUAN 29 September 2022 Gambar Fail. — Bernama KUALA LUMPUR: Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata arahan itu berkuat kuasa mulai 30 September 2022 (Jumaat). “Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau masih digalakkan. “Manakala individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga tua serta kanak-kanak amat digalakkan untuk memakai pelitup muka. “Marilah kita semua berusaha untuk mengimarahkan masjid dan surau pada setiap masa bersama-sama ahli keluarga dan jiran tetangga agar kesejahteraan masyarakat dan negara dapat dibina,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Mohd Ajib, arahan terbaharu itu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta selaras dengan ketetapan terkini kerajaan berkaitan kelonggaran Prosedur Operasi Standrad (SOP) pencegahan COVID-19. 67


Jemaah di masjid masih memakai pelitup muka 30 September 2022 Tinjauan orang ramai masih lagi memakai pelitup muka ketika menunaikan solat jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan. - Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI Kuala Lumpur: Jemaah di masjid sekitar bandar raya ini dilihat masih memakai pelitup muka meskipun pemakaiannya tidak lagi diwajibkan dalam surau dan masjid di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, bermula hari ini. Tinjauan BH ketika solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan, tengah hari ini, mendapati ada jemaah masih memakai pelitup muka atas faktor menjaga keselamatan diri. Pereka Hiasan Dalaman, Saifuddin Tasriq, 41, berkata beliau tidak mengetahui mengenai kelonggaran memakai pelitup muka di masjid dan surau tetapi memilih untuk sentiasa memakainya. Tinjauan orang ramai masih lagi memakai pelitup muka ketika menunaikan solat jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan. - Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI "Sejak bermula pandemik COVID-19, saya sentiasa memakai pelitup muka. Walaupun bermula hari ini tidak lagi diwajibkan, saya tetap akan memakainya. Saya akui memang sedikit sukar untuk bernafas tetapi keselamatan diri menjadi keutamaan saya. "Kebetulan, ada ahli keluarga saya menjadi kontak rapat COVID-19. Saya tidak mahu mengambil risiko untuk membahayakan diri saya dan orang lain. Buat masa ini, saya akan teruskan memakai pelitup muka," katanya. Kelonggaran pemakaian pelitup muka itu diumumkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kelmarin, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sementara itu, pengurus kontraktor binaan, Abdul Rahman Abdul Jalil, 61, berkata keputusan untuk memakai pelitup muka adalah hak individu. "Jika terdapat peraturan untuk memakai pelitup muka, saya akan pakai. Sekiranya terdapat kelonggaran saya tidak akan memakainya. Tetapi jika di dalam tempat tertutup dan ramai orang seperti masjid dan pengangkutan awam, kita tidak boleh pentingkan diri. Lebih baik pakai sahaja pelitup muka," katanya. Seorang penjawat awam, Muhammad Ridzwan Hardi, 41, berkata beliau melilih untuk tidak memakai pelitup muka selepas mengetahui terdapat kelonggaran mengenai pemakaiannya di masjid dan surau, melalui media sosial. "Saya memang memakai pelitup muka hampir setiap masa. Sejujurnya saya rasa tidak selesa memakainya di dalam masjid, terutama ketika berwuduk. Apabila berwuduk, saya meletakkan pelitup muka di bawah dagu. Kebiasaannya pelitup muka saya akan basah. "Selepas ini saya tidak perlu bersusah payah untuk menjaga pelitup muka daripada terkena air. Selesai saja solat Jumaat di masjid, saya akan pakainya semula," katanya. 68


Gerhana Bulan Penuh: JAWI Saran Masjid, Surau Di Wilayah Persekutuan Adakan Solat Sunat & Khutbah Gerhana Esok 8 November 2022 Gambar: Muslim.sg/Pixabay Gerhana Bulan Penuh: JAWI Saran Masjid, Surau Di Wilayah Persekutuan Adakan Solat Sunat & Khutbah Gerhana Esok Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru agar masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengadakan solat sunat dan khutbah gerhana bersempena Gerhana Bulan Penuh esok. Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Twitter, Jawi memaklumkan fenomena itu bakal berlaku pada esok pada jam 6.54 petang hingga 8.49 malam. “Susulan Fenomena Gerhana Bulan Penuh yang dijangka berlaku pada 8 November 2022 (Selasa) jam 6.54 petang hingga 8.49 malam. “JAWI menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat sunat serta Khutbah Gerhana,” maklum JAWI. Sementara itu, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menjelaskan bahawa bulan bakal berada pada kedudukan yang paling jauh dari bumi (apogee) iaitu pada jarak 404,923 kilometer (km). “Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta sebahagian utara dan timur Eropah. “Di Malaysia, fenomena Gerhana Bulan Penuh ini berlaku mulai jam 4.02 petang dan berakhir pada jam 9.56 malam waktu tempatan,” jelas MYSA dalam kenyataan tersebut. Tambahnya, kejadian itu dilaporkan tidak dapat dilihat di negara pada permulaan fasa gerhana penumbra dan separa berikutan berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk. “Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak. “Manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9.56 malam,” maklum MYSA lagi. Sehubungan itu, MYSA menasihati kepada mereka yang ingin melihat fenomena itu untuk berada di kawasan yang tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan yang tinggi ataupun pantai yang menghadap ke arah timur supaya dapat menyaksikan gerhana tersebut seawal mungkin. Untuk pengetahuan, Gerhana Bulan Penuh ini merupakan central lunar eclipse, iaitu gerhana bulan yang berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi. Central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mempunyai nilai magnitud umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah. Difahamkan, magnitud umbra pada kali ini ialah 1.3607 dan nilai Gamma adalah 0.2570 dengan tempoh gerhana penuh maksimum adalah selama 85.7 minit. 69


Mengutamakan pendekatan yang proaktif dan responsif terhadap sebarang isu dan permasalahan yang timbul dalam kalangan umat Islam berlandaskan bidang kuasa dan peruntukan undang-undang sedia ada. 70


71 PENYEBAR fitnah menjelma dalam pelbagai penyamaran dan mesejnya sukar dibezakan sama ada benar atau palsu. ada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang benar dengan yang salah. Keadaan tersebut bertambah parah dengan kemunculan pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Telegram dan pelbagai lagi yang membuka lebih banyak ruang kepada penyebaran fitnah. Perbuatan fitnah boleh terjadi apabila seseorang mereka-reka sesuatu berita dan menyebarkannya dengan tujuan untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah pihak lain. Fitnah juga boleh berlaku apabila kita menerima berita tentang sesuatu perkara tanpa memastikan kesahihannya kemudian menyebarkannya sama ada dengan niat untuk memburuk-burukkan ataupun tidak. Allah SWT memperingatkan tentang bahaya perbuatan fitnah dalam suatu peristiwa besar berkenaan tohmahan terhadap Saidatina Aisyah RA sebagaimana yang dirakamkan dalam al-Quran surah al-Nur ayat 11-12 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan daripada kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.” Masyarakat kini terutamanya generasi muda mudah terdedah dengan pelbagai anasir yang mendorong mereka untuk melakukan amalan buruk serta menyukarkannya untuk berbuat kebaikan. Bagi golongan yang telahpun melakukan amalan kebajikan pula, pahala amalan tersebut sering disia-siakan kerana bercampur aduk dengan perbuatan mungkar yang dilakukan. Rasulullah SAW telah memberikan amaran dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Bersegeralah beramal sebelum munculnya fitnah yang datang bagaikan potongan-potongan malam yang gelap, seseorang pada pagi harinya beriman dan pada petangnya telah menjadi kafir atau petangnya masih beriman dan pagi harinya telah menjadi kafir, menjual agamanya dengan kepentingan dunia.” (Riwayat Muslim) Imam Nawawi RA ketika menghuraikan hadis berkenaan menyatakan bahawa: “Makna hadis ini ialah suatu galakan supaya bersegera untuk beramal, sebelum mengalami kekangan untuk melaksanakannya berdasarkan apa yang terjadi seperti ujian yang menyibukkan dan berganda-ganda, yang diselubungi kegelapan malam yang menggelap, tanpa cahaya bulan. Bahkan Nabi Muhammad SAW menyifatkan ia sebagai salah satu kepayahan fitnah ujian tersebut, ialah seorang yang beriman pada petang hari boleh menjadi kafir pada subuh esoknya ataupun sebaliknya. Ini disebabkan dahsyatnya ujian ini, yang membolak-balikkan manusia dalam satu hari.” Sebahagian masyarakat kini seolah-olah telah hilang rasa malu kerana sanggup melakukan perbuatan maksiat secara terangterangan dengan penuh bangga atas alasan hak asasi manusia. Sebaliknya mereka menyalahkan dan menentang pihak yang menyampaikan teguran serta turut berkeras mempertahankan kebatilan. Firman Allah dalam al-Quran surah al-Kahfi ayat 103- 105 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayatayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiamat kelak.” Sebahagian masyarakat pula semakin gemar mengikuti budaya yang bercanggah dengan syariat dan tidak jelas asal usulnya seperti kebanyakan pesta hedonisme, perayaan Halloween baru-baru ini dan pelbagai lagi yang dianggap sebagai trend terkini. Benarlah peringatan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri bermaksud: “Kalian benar-benar akan mengikut jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian akan memasukinya.” Kami (iaitu para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)?.” (Riwayat alBukhari) Sedarilah bahawa pembalasan terhadap segala perbuatan maksiat dan mungkar yang dilakukan bukan hanya menimpa golongan tertentu sahaja sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis daripada Ummul Mu’minin, Zainab binti Jahsy beliau berkata: “(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab daripada kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini,” dan Baginda menemukan hujung jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang yang soleh?” Lalu Nabi SAW bersabda: “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis tersebut menjelaskan bahawa apabila kejahatan dan kemungkaran berleluasa maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat tersebut. Bencana bukan hanya diturunkan kepada golongan yang melakukan kemungkaran sahaja, tetapi juga ke atas orang soleh dan beriman walaupun masing-masing akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan pada hari kiamat kelak. Justeru segala kemungkaran dan kemaksiatan hendaklah sentiasa dicegah dan dihapuskan agar tidak terjadi malapetaka yang menimpa seluruh masyarakat. Marilah kita beriltizam untuk kembali mendekatkan diri kepada ajaran Islam yang sebenar dan beristiqamah untuk melakukan kebaikan lebih-lebih lagi dalam situasi kehidupan yang mencabar di akhir zaman ini. Teruskanlah amalan untuk menegakkanlah amar makruf dan nahi mungkar dalam masyarakat melalui pelbagai program dakwah dan penguatkuasaan undang-undang syariah demi keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Penulis Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) HARIAN METRO 4 NOVEMBER 2022


72 KOSMO 01 JULAI 2022 HARIAN METRO 02 JULAI 2022


73 SINAR HARIAN 05 SEPTEMBER 2022


74 WILAYAHKU 14 OKTOBER 2022 KOSMO 07 MAC 2022


KOSMO 9 OGOS 2022 HARIAN METRO 9 OGOS 2022 75


SINAR HARIAN 15 OKTOBER 2022 HARIAN METRO 20 OGOS 2022 76


WILAYAHKU 22 JULAI 2022 SINAR HARIAN 22 DISEMBER 2022 SINAR HARIAN 24 MEI 2022 77


KOSMO 11 JULAI 2022 78


` JAWI nafi keluar kenyataan isu sogok seperti dipetik akhbar 7 Mac 2022 MOHD AJIB KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak bertanggungjawab terhadap sumber laporan sebuah media tempatan dan menafikan mengeluarkan kenyataan seperti dipetik dalam berita itu, pada Isnin. Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, Jawi tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi sebarang laporan tidak beretika yang dibuat berkaitan jabatan tersebut. "JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bercanggah dengan undang-undang syariah dan akan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya menerusi kenyataan, pada Isnin. Tambah beliau, JAWI mengalu-alukan masyarakat membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi sebarang kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan penjawat awam termasuk Pegawai Penguat kuasa Agama (PPA) JAWI. Laporan muka depan sebuah akhbar tempatan mendakwa, segelintir penjawat awam di Putrajaya didakwa menyogok penguat kuasa untuk melepaskan diri sekiranya ditangkap dengan skandal. 79


Geng plastik hitam dalam 'radar' JAWI 4 April 2022 GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP Kuala Lumpur: 'Geng plastik hitam' yang tidak berpuasa kini dalam 'radar' Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sepanjang Ramadan ini. Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, Bahagian Penguatkuasaan Jawi setiap tahun menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi kesalahan tidak menghormati Ramadan, terutama terhadap mereka yang ponteng puasa. Menurutnya, individu yang sengaja makan dan minum secara terbuka di khalayak ramai akan diambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan Undang-Undang Kesalahan Syariah. "Aktiviti penguatkuasaan ini berasaskan maklumat yang diterima daripada masyarakat awam serta aktiviti pemantauan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) dari semasa ke semasa sepanjang Ramadan. "Mereka yang ditahan boleh disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559)," katanya kepada Harian Metro. Beliau berkata, mereka yang didapati melakukan kesalahan akan diberikan Surat Perintah Hadir (SPH) ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi bagi melengkapkan siasatan. Katanya, kes berkenaan kemudian akan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk pendakwaan di Mahkamah Syariah. "Bahagian Penguatkuasaan Jawi juga menjalankan aktiviti penerangan dan kempen pencegahan bagi mendidik masyarakat Islam patuh kepada perintah Allah SWT. "Peniaga Islam yang bersubahat menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa boleh dikenakan tindakan yang sama di bawah Seksyen 15 (Akta 559) kerana tidak menghormati Ramadan dan Seksyen 43 (Akta 559) kerana bersubahat. "Bagi individu yang didapati tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai serta peniaga yang bersubahat boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya. Gelaran 'geng plastik hitam' sinonim dengan individu yang tidak berpuasa pada Ramadan dan membeli makanan secara terbuka pada siang hari. Bagi mengelak aktiviti itu dikesan, makanan akan dibungkus menggunakan plastik hitam. 80


Tidak hormat Ramadan, 23 diminta beri keterangan 28 April 2022 PENGUAT KUASA JAWI mengedarkan risalah dan memberi penerangan kepada orang ramai dalam program Ampun. Kuala Lumpur: Seramai 23 individu diberikan Surat Perintah Hadir (SPH) ke Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk memberi keterangan kerana tidak menghormati Ramadan setakat ini. Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, Bahagian Penguatkuasaan JAWI menjalankan pemantauan di 280 premis makanan sepanjang Ramadan membabitkan peruntukan di bawah Seksyen 15 (Akta 559) iaitu tidak menghormati Ramadan. Katanya, selain itu pihaknya juga melakukan 105 siri rondaan di sekitar taman awam di bawah Seksyen 29 (Akta 559) iaitu perbuatan tidak sopan di tempat awam dan melakukan pemeriksaan. "Sehingga April 2022, kita melaksanakan aktiviti pemeriksaan dan pemantauan di lebih 20 premis judi di bawah Seksyen 18 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WilayahWilayah Persekutuan) (Akta 559). "Mereka yang didapati melakukan kesalahan akan diberikan SPH bagi melengkapkan siasatan serta dikehendaki mengikuti Kursus Pemantapan Akhlak (KPA) anjuran JAWI," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, selain aktiviti pemeriksaan dan pemantauan, Bahagian Penguatkusaan Jawi juga melaksanakan 11 siri aktiviti turun padang dan empat siri Program Pencegahan dan Penerangan Berunsur Nasihat (Ampun) bagi menyantuni masyarakat di sekitar Wilayah-Wilayah Persekutuan dengan memberikan kesedaran serta mengedarkan risalah maklumat Undang-undang Syariah. Mohd Ajib berkata, melalui Ampun, pihaknya menerima maklum balas yang positif daripada masyarakat yang disantuni dan didekati. "Rata-rata orang ramai yang ditemui bersedia meluangkan sedikit masa untuk mendengar penerangan yang disampaikan oleh Pegawai Penguat kuasa Agama (PPA) dan menerima baik penjelasan dan risalah yang diedarkan sebagai bahan rujukan yang menambah pengetahuan. "Justeru kami merancang lebih banyak lagi siri penerangan membabitkan pelbagai golongan sasaran pada masa akan datang. "Ia adalah pendekatan kita untuk berdakwah kerana yang penting adalah masyarakat diberi nasihat dan penerangan dengan baik. Ini yang saya harapkan," katanya. 81


82 Pengerusi surau bongkar penipuan 23 Jun 2022 PENGUAT KUASA Jawi menjalankan pemantauan di sebuah restoran di sekitar ibu kota yang menempatkan tabung derma. FOTO Ihsan JAWI. Kuala Lumpur: Diletakkan di kaunter bayaran premis perniagaan termasuk restoran mamak, kewujudan pelbagai jenis tabung derma mengundang persoalan mengenai kesahihan statusnya. Disediakan dalam pelbagai saiz, tabung derma terbabit didakwa diletakkan di situ oleh pusat pengajian, maahad tahfiz, masjid, rumah kebajikan serta kompleks pendidikan Islam termasuk di selatan Thailand yang mencari dana bagi menyara kos operasi mereka. Dengan purata dua tabung di setiap restoran, pemilik tabung dikatakan menerima anggaran sumbangan antara RM200 hingga RM300 sebulan. Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, tabung berkenaan diletakkan di kaunter bayaran di semua lebih 10,000 restoran milik ahlinya. Kuala Lumpur: Diletakkan di kaunter bayaran premis perniagaan termasuk restoran mamak, kewujudan pelbagai jenis tabung derma mengundang persoalan mengenai kesahihan statusnya. Disediakan dalam pelbagai saiz, tabung derma terbabit didakwa diletakkan di situ oleh pusat pengajian, maahad tahfiz, masjid, rumah kebajikan serta kompleks pendidikan Islam termasuk di selatan Thailand yang mencari dana bagi menyara kos operasi mereka. Dengan purata dua tabung di setiap restoran, pemilik tabung dikatakan menerima anggaran sumbangan antara RM200 hingga RM300 sebulan. Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, tabung berkenaan diletakkan di kaunter bayaran di semua lebih 10,000 restoran milik ahlinya. Katanya, ketika mahu meletakkan tabung di restoran, individu terbabit ada yang menunjukkan dokumen sokongan seperti kebenaran dari jabatan agama Islam negeri, surat pejabat mufti luar negara dan surat lain yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. “Pemilik restoran bersetuju untuk meletakkan tabung itu bagi memudahkan orang ramai menderma namun isunya adalah benarkah semua tabung berkenaan mendapat kebenaran pihak berkuasa. Sebelum ini, saya pernah didatangi seseorang yang ingin menukarkan tabung sedia ada dengan tabung yang lebih kecil. Kebetulan saya nampak pelekat surau pada tabung yang dibawa dan kenal pengerusinya. “Bila disemak, pengerusi berkenaan mengakui pihaknya tidak pernah meletakkan tabung surau di mana-mana restoran untuk meminta sumbangan orang ramai,” katanya kepada Harian Metro. Jawahar Ali berkata, setiap satu atau dua bulan, ada individu tertentu datang membuat kutipan tabung berkenaan di restoran milik ahli Presma, namun ada juga yang membiarkannya di situ sahaja tanpa membuat kutipan. Katanya, pihaknya meminta jabatan agama Islam negeri untuk menguatkuasakan peraturan mengenai kebenaran meletakkan tabung bagi mengelak berlaku penipuan. Menurutnya, ia juga bagi mengelakkan fitnah kepada pemilik restoran kerana tabung berkenaan diletakkan di bawah pengawasan pengurusan mereka. “Bersedekah adalah amalan yang baik. Usaha untuk meletakkan tabung ini juga murni, tetapi perlu diperincikan bagaimana caranya. Mungkin perlu tabung khusus disediakan jabatan agama yang diberikan kepada individu mendaftar secara sah untuk diletakkan di premis perniagaan,” katanya. Sementara itu, Penasihat Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar) Bazeer Ahmad berkata, pihaknya turut berdepan situasi sama apabila didatangi pihak tertentu yang mahu meletakkan tabung kebajikan. Katanya, tabung berkenaan yang diletakkan hampir di semua kedai runcit ahlinya adalah dari maahad tahfiz, rumah anak yatim, masjid dan surau yang dikatakan memerlukan bantuan kewangan daripada orang ramai. Menurutnya, pihaknya akan bertanyakan kepada individu yang membawa tabung itu terlebih dahulu dan membuat semakan menerusi butiran yang diberi sebelum membenarkan tabung diletakkan di situ untuk satu tempoh tertentu. “Biasanya tabung diletakkan di sini selama satu atau dua bulan. Selepas itu, mereka akan datang untuk mengambilnya semula. Ada yang terus tinggal tabung di kaunter itu dan ada yang tidak. Setakat ini hampir semua kedai runcit milik ahli Mawar ada tabung ini. Ada yang sampai lima hingga enam tabung,” katanya. Bazeer berkata, perlu keseragaman daripada segi kaedah kutipan dikeluarkan pihak berkuasa bagi membendung elemen penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. “Kita dapati ada juga yang cuba menipu. Tidak ada butiran lengkap dan hanya mahu mendapat wang mudah. Ini yang perlu kita tangani demi kebaikan semua,” katanya. ‘Derma melalui saluran yang betul’ Sebanyak 18 tabung derma disita Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dari premis makanan di negeri ini sejak Januari hingga Mei lalu selepas didapati ia diletakkan di situ tanpa kebenaran jabatan terbabit dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pengarah Jawi Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pihaknya juga mengeluarkan tiga Surat Perintah Hadir kepada pemilik restoran bagi memberikan keterangan berhubung perkara itu manakala 11 amaran dikeluarkan atas kesalahan sama. Katanya, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan jika sabit kesalahan, individu atau kumpulan dan organisasi terbabit boleh dihukum penjara tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM1,000 atau kombinasi keduaduanya di bawah Seksyen 84 (5) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (APUI) 1993 (Akta 505). “Sebarang tabung derma atau pungutan khairat tidak boleh diletakkan di mana-mana premis makanan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada MAIWP. Menurut perspektif undang-undang, tiada istilah tabung derma yang berdaftar mahupun tabung derma yang tidak berdaftar dengan Jawi. Mengikut Seksyen 84 Akta Pentadbiran UndangUndang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (APUI) 1993 (Akta 505), sebarang bentuk derma bagi tujuan kebajikan dan kepentingan Islam dinamakan sebagai pungutan khairat,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini. Beliau menasihatkan semua pihak agar mematuhi syarat yang ditetapkan dan perlu mendapat kebenaran dari Jawi serta MAIWP dalam urusan pungutan khairat. Katanya, pihaknya juga berharap masyarakat menyalurkan maklumat dengan membuat aduan rasmi kepada Jawi supaya dapat bersama-sama membanteras aktiviti yang boleh mencemarkan imej dan kesucian Islam. “Jawi melalui Bahagian Penguatkuasaan akan terus memantau secara berkala dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu dan pihak yang sengaja mengambil kesempatan mengutip derma tanpa kebenaran. Saya menasihatkan orang ramai agar menderma melalui saluran yang betul serta diakui sah oleh MAIWP bagi mengelakkan berlakunya pungutan khairat tanpa kebenaran serta kegiatan sindiket derma yang berniat mengaut keuntungan peribadi atas dasar simpati orang ramai,” katanya.


PEGANG AJARAN BERSANDARKAN SANAD, BUKAN HIKAYAT DONGENG ‘TOK GURU’ TANPA SANDARAN 1 Julai 2022 KUALA LUMPUR: Umat Islam khususnya anak muda perlu mempunyai kefahaman dan pengukuhan terhadap pegangan ajaran Islam yang sebenar, berasaskan dalil dan nas yang sahih. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, umat Islam juga harus berpegang dengan ajaran yang benar bersandarkan sanad, bukan hikayat-hikayat dongeng yang dibawa ‘tok guru’ tanpa sandaran. “Bimbang suatu saat nanti, setiap yang pernah kita haramkan dulu menjadi halal, hanya kerana ajaran-ajaran salah tanpa bersandarkan rujukan dari Al-Quran dan As-Sunnah,” katanya dalam catatan di Facebook. PEGANG AJARAN BERSANDARKAN SANAD, BUKAN HIKAYAT DONGENG ‘TOK GURU’ TANPA SANDARAN 1 Julai 2022 KUALA LUMPUR: Umat Islam khususnya anak muda perlu mempunyai kefahaman dan pengukuhan terhadap pegangan ajaran Islam yang sebenar, berasaskan dalil dan nas yang sahih. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, umat Islam juga harus berpegang dengan ajaran yang benar bersandarkan sanad, bukan hikayat-hikayat dongeng yang dibawa ‘tok guru’ tanpa sandaran. “Bimbang suatu saat nanti, setiap yang pernah kita haramkan dulu menjadi halal, hanya kerana ajaran-ajaran salah tanpa bersandarkan rujukan dari Al-Quran dan As-Sunnah,” katanya dalam catatan di Facebook. Ujarnya pegangan ajaran Islam yang sebenar juga mampu mengelakkan minda umat Islam dipengaruhi ajaran-ajaran sesat yang membimbangkan dan semakin banyak disebarkan di platform media sosial. Selain itu katanya umat Islam juga harus berpegang dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar, yang memahami dan berpegang kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW mengikut manhaj dan kaedah salaf dan khalaf (Asya’irah dan Maturidiyyah). “Mereka berfahaman sederhana (wasatiyyah), tidak melampau dan tidak terlalu longgar. Mereka mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam bukan permusuhan, berpegang kepada prinsip tidak memuja pemimpin, dan tidak taksub sehingga mengkafir atau menyesatkan sesama Islam. “Inilah akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar, yang menjadi pegangan para ashabus samahah mufti-mufti serta alim ulama kita dari dahulu sehingga kini,” katanya. Beliau dalam pada itu berkata penganjuran Konvensyen Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) semalam mampu memberikan kefahaman dan pengukuhan terhadap pegangan ajaran Islam, serta menjadi platform dan benteng kepada ancaman pelbagai ajaran dan kepercayaan yang menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar. — AlHijrah Online 83


Wanita hina Islam di kelab disiasat JAWI 09 Julai 2022 Tangkap layar video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen. SUSULAN perbuatan mempersenda agama Islam oleh seorang wanita baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tampil mengeluarkan satu kenyataan rasmi. Menurut pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail, pihaknya mengambil maklum berkenaan video tular yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail dan siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI. "JAWI sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam khususnya yang berlaku di Wilayah-Wilayah Persekutuan lebih-lebih lagi menjelang ketibaan Hari Raya Aidiladha yang mulia," katanya. Siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 559 Aka Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina. Jika disabitkan kesalahan, wanita ini bakal didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya. Untuk rekod, video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen apabila seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran. Dia kemudiannya menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang kurang sopan sehingga mencolok mata. 84


Hina Islam: Siti Nuramira akan didakwa di Mahkamah Syariah 14 Julai 2022 Pada Rabu, Siti Nuramira telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam. - Foto Bernama SHAH ALAM- Wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi pada minggu lalu, Siti Nuramira Abdullah, 26, akan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Perkara itu disahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary kepada Sinar Harian dan memaklumkan Siti Nuramira akan didakwa di bawah Seksyen 7 (Menghina atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559). “Untuk makluman, Siti Nuramira Abdullah (Amy) akan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dan pendakwaan di mahkamah syariah akan dibuat dalam masa terdekat. “Kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan menghina agama yang akan menggugat keharmonian dan perpaduan kaum. Tindakan akan diambil berasaskan undang-undang sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Pada Rabu, Siti Nuramira telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam. Mengikut pertuduhan, Siti Nuramira didakwa mengaku seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran kemudian membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Brickfields pada 4 Jun lalu, jam 6 petang. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan iaitu perbuatan berkenaan boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan agama, di antara orang yang menganut agama sama. 85


86 JAWI, PDRM siasat kumpulan Hadi Minallah 8 Ogos 2022 PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan bagi melaksanakan siasatan dan tindakan susulan terhadap kegiatan kumpulan Hadi Minallah. Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismaik berkata, siasatan dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Beliau berkata, sebarang usaha menyebarkan ajaran yang bercanggah dengan akidah Islam haruslah dibanteras habis-habisan. “Umat Islam disarankan agar sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama bagi mengenal pasti dan menangkis anasir-anasir mengelirukan dari segi akidah, syariah dan pemikiran yang memesongkan akidah. “Malah, umat Islam dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari sebarang kegiatan yang menyeleweng dari ajaran Islam sebenar,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. Sebelum ini, sebuah video tular dalam media sosial memaparkan ajaran Hadi Minnallah yang aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui YouTube, Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah. Berdasarkan video tular itu, seorang lelaki yang mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minnallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia. Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dilapor berkata, fahaman berkenaan nyata dan jelas menyimpang daripada ajaran sebenar Islam. Menurutnya, kerajaan memantau pergerakan kumpulan ajaran sesat dari negara jiran itu yang kini dikesan aktif di beberapa negeri di Malaysia. Baru-baru ini, turut tersebar satu video mengenai satu perhimpunan dihadiri pengikut pertubuhan itu yang dipercayai berlangsung di Pulau Langkawi, Kedah pada Jun lalu.


49 individu beragama Islam ditahan minum arak 13 Ogos 2022 Anggota DBKL mengenakan tindakan penutupan serta-merta. -Foto Sinar Harian KUALA LUMPUR: Seramai 49 individu beragama Islam ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas didapati mengambil minuman keras dalam Operasi Bersepadu Premis Hiburan, pada Jumaat. DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, 49 individu beragama Islam terdiri daripada 24 orang lelaki dan 25 wanita yang ditahan Jawi diberikan Surat Perintah Hadir (SPH) ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI menerusi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559). Operasi diketuai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula jam 12 tengah malam itu dijalankan di sekitar Jalan Kia Peng dan Jalan Metro Pudu sebelum berakhir pada jam 4 pagi, pada Jumaat. DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, selain Jawi, operasi dengan kerjasama agensi sahabat itu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan. Menurut DBKL, hasil pemeriksaan dijalankan di tujuh buah premis hiburan, ia turut mengenakan tindakan penutupan (sealed) serta-merta dan sita peralatan terhadap sebuah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992. "Ini termasuk membuka satu kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik) tanpa kebenaran dan satu notis di bawah Kaedah 29(2), Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993 kerana membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis hiburan (kelab malam)," menurut kenyataan itu. Selain itu, DBKL mengeluarkan satu notis kompaun di bawah UUK 5(1), UndangUndang Kecil Iklan (WPKL) 1989 kerana mempamerkan iklan premis tanpa lesen dan membuat tindakan sita terhadap 10 pelbagai peralatan muzik melibatkan 'spinner', 'karaoke system player', 'mixer' dan 'sound controller' serta pembesar suara. 87


88 JAWI siasat 'markas' kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah 13 Ogos 2022 KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendapati kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah tidak lagi menggunakan sebuah premis di ibu kota yang dikatakan dijadikan markas kumpulan itu. Perkara itu hasil siasatan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JAWI di premis terbabit, baru-baru ini. Jabatan itu dalam kenyataan, memaklumkan usaha pemantauan lanjut kini sedang dilakukan selepas siasatan mendapati kumpulan itu tidak lagi menjalankan kegiatannya di premis itu seperti ditularkan. "Bagaimanapun JAWI akan terus melaksanakan pemantauan dan amat mengalualukan aduan berterusan daripada masyarakat," katanya. Sebelum ini, tular poster berkaitan khidmat perundingan ditawarkan seorang lelaki dipercayai pengasas kumpulan itu dikenali sebagai Hadi Minallah Aminullah Ahmad dengan menggunakan alamat di sebuah kondominium di Taman Danau Kota, Setapak. Kenyataan itu berkata, orang ramai yang mengesan kewujudan kegiatan penyebaran ajaran terbabit di mana-mana premis dalam Wilayah Persekutuan, diminta menyalurkan maklumat kepada JAWI supaya ia dapat dibanteras. Sebarang aduan berkaitan kegiatan ajaran itu atau kesalahan jenayah syariah lain boleh disalurkan menerusi Hotline Penguatkuasaan di talian 1-800-88-1771 atau Hotline Penguatkuasan JAWI Cawangan Putrajaya di talian 1-800-88-2675. Aduan juga boleh disampaikan terus di kaunter Bahagian Penguatkuasaan JAWI. BH sebelum ini melaporkan kerajaan sedang memantau pergerakan kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah dikatakan dari negara jiran, yang kini dikesan aktif di beberapa negeri di Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata fahaman kumpulan itu nyata dan jelas menyimpang daripada ajaran sebenar Islam. Terdahulu, kumpulan itu dikesan aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui Youtube atas nama Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah, selain bergerak sebagai sebuah yayasan dikenali Yayasan Nur Mutiara Makriffattullah. Berdasarkan video tular itu, seorang lelaki mendakwa pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minnallah Aminnullah Ahmad dan berasal dari Indonesia. Lelaki itu mengaku tiada agama dan menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad serta pluralisme agama. Dia juga mendakwa Tuhan tidak melihat kepada agama, selain turut menolak hadis. Lelaki itu juga didapati menyelewengkan tafsiran al-Quran, menganggap dirinya wali, mengharamkan makan daging dan mewajibkan pengikutnya membayar zakat kepadanya sebagai tanda menyucikan diri. Pengikut kumpulan itu yang berpakaian putih dan berserban didakwa aktif di Kuala Lumpur; Kajang, Selangor serta Johor. Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan menyekat penularan ajaran itu.


89 36 pengunjung pusat hiburan ditahan kerana mabuk 20 Ogos 2022 Kuala Lumpur: Seramai 36 individu individu ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan syariah berkaitan minum minuman memabukkan dalam Operasi Bersepadu Premis Hiburan di beberapa pusat hiburan sekitar ibu kota ini, semalam. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan dimuat naik di Facebook, hari ini, memaklumkan pihaknya menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) terbabit dalam operasi itu bermula 10 malam (semalam) hingga 5.30 pagi tadi. Operasi itu juga membabitkan agensi lain terdiri daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan (JIM). Katanya, operasi itu dijalankan di 10 pusat hiburan di sekitar Solaris Dutamas, Desa Parkcity, Jalan Ipoh dan Jalan Kemunting. 36 pengunjung pusat hiburan ditahan kerana mabuk 20 Ogos 2022 Kuala Lumpur: Seramai 36 individu individu ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan syariah berkaitan minum minuman memabukkan dalam Operasi Bersepadu Premis Hiburan di beberapa pusat hiburan sekitar ibu kota ini, semalam. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan dimuat naik di Facebook, hari ini, memaklumkan pihaknya menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) terbabit dalam operasi itu bermula 10 malam (semalam) hingga 5.30 pagi tadi. Operasi itu juga membabitkan agensi lain terdiri daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan (JIM). Katanya, operasi itu dijalankan di 10 pusat hiburan di sekitar Solaris Dutamas, Desa Parkcity, Jalan Ipoh dan Jalan Kemunting. "Hasil pemeriksaan dilakukan terhadap pengunjung terdiri warga asing dan tempatan, pihak JAWI menahan 36 individu membabitkan 17 lelaki dan 19 wanita yang melakukan pelbagai kesalahan syariah berkaitan minum minuman memabukkan untuk tindakan lanjut. "JAWI juga mengeluarkan 33 Surat Perintah Hadir (SPH) kepada individu beragama Islam untuk hadir ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi menerusi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559)," katanya. Menurut kenyataan itu, pihak DBKL menutup tujuh premis serta merta dan menyita peralatan mengikut Seksyen 17 Akta Hiburan 1992. "Selain itu, DBKL juga membuka tujuh kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan Seksyen 4(1)(b) akta sama kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik) tanpa kebenaran. "DBKL turut mengeluarkan dua notis kompaun Seksyen 107(5) Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana gagal mempamerkan lesen serta Undang-Undang Kesalahan Kecil (UUK) 20(1)(e) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 atas kesalahan menjalankan aktiviti selain dari lesen perniagaan. "DBKL juga menyita 32 peralatan di tujuh premis berkenaan yang digunakan untuk aktiviti hiburan (muzik) termasuk komputer riba, mikrofon, lampu pentas dan layar komputer," katanya. Katanya, semua peralatan yang dirampas dibawa ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara. "Kerjasama tindakan penguatkuasaan bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa," katanya.


7 pusat hiburan diserbu, 33 individu ditahan 25 August 2022 KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Seramai 33 individu ditahan dalam operasi bersepadu pusat hiburan di ibu negara yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama beberapa agensi penguatkuasaan lain, awal pagi tadi. DBKL dalam hantaran di media sosialnya berkata, operasi berkenaan dijalankan dengan kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di 7 buah pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur. “Individu yang ditahan melibatkan 25 orang lelaki dan 8 wanita yang melakukan pelbagai kesalahan syariah berkaitan minum minuman memabukkan. “Kesemua mereka akan dikenakan tindakan lanjut dan JAWI mengeluarkan 50 Surat Perintah Hadir (SPH) kepada individu beragama islam untuk hadir ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI menerusi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559),” katanya. Dalam pada itu, DBKL pula mengenakan penutupan serta merta terhadap 3 buah premis dan menyita peralatan di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992. “DBKL turut membuka 3 kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik/DJ) tanpa kebenaran dan mengeluarkan 1 notis kompaun di bawah Kaedah 29(2), Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993 kerana membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis hiburan,” ujarnya. Sebanyak 17 peralatan muzik di 3 buah premis berkenaan disita dan kesemua peralatan muzik telah dihantar ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara. -airtimes.my 7 pusat hiburan diserbu, 33 individu ditahan 25 August 2022 90


JAWI, MAIWP pertimbang wujud seksyen khas jenayah syariah digital 25 October 2022 KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan mempertimbang untuk mewujudkan satu seksyen khas jenayah syariah digital. Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata, untuk itu pihaknya memerlukan kepakaran baharu dan juga kelengkapan teknologi pintar yang mampu mengenal pasti data-data yang diperlukan untuk mendapatkan bukti-bukti jenayah siber. "Saya percaya, Ketua Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail dan rakan-rakan akan melihat bagaimana kita mungkin buat satu seksyen khas kepada jenayah syariah digital. Jadi, ia perlu kepada ilmu yang lebih tuntas menggunakan 'Smart Machine Learning' yang dapat mengesan niat berbaur jahat atau tidak," katanya selepas merasmikan Konvesyen Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan di sini. Tambah beliau, ia merupakan suatu cabaran yang besar bagi pihaknya untuk mengekang jenayah syariah berkaitan teknologi dan penyebaran fitnah dalam kalangan masyarakat. Selain memperkenal dasar undang-undang baharu, badan pelaksana juga perlu bergerak seiring agar akta yang dikeluarkan dapat dilaksana dengan berkesan. 91


Pelbagai program dan aktiviti keagamaan giat dianjurkan ke arah menyemarakkan syiar Islam serta membudayakan cara hidup Islam dalam masyarakat berteraskan maqasid Syariah. 92


93 HARIAN METRO 4 FEBRUARI 2022


WILAYAHKU 1 APRIL 2022 94


SINAR HARIAN 14 OKTOBER 2022 WILAYAHKU 14 OKTOBER 2022 95


Click to View FlipBook Version