The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JAWI Wujudkan Jawatankuasa Task Force Penguatkuasaan Isu-Isu Penghinaan Agama Di Media Sosial

Jom baca Al-Busyra, medium penyampaian maklumat program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Buku Maya Al-Busyra JAWI, 2020-11-20 02:08:57

Al-Busyra Siri 3

JAWI Wujudkan Jawatankuasa Task Force Penguatkuasaan Isu-Isu Penghinaan Agama Di Media Sosial

Jom baca Al-Busyra, medium penyampaian maklumat program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

PENGENALAN

Al-Busyra diterbitkan bertujuan menyampaikan maklumat
berkaitan program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat
Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI

• Petikan Bulan Ini 2 PENASIHAT
• Menyebar Risalah Kepada Ummah 3-10 Haji Mohd Ajib bin Ismail
• Artikel Pilihan (Al-Nasihah) 11
• Lensa JAWI@Media 12 KETUA PENYUNTING
• Fokus Berita 12 Saiful Azhar bin Saadon
• Info Grafik Pilihan 13
• Poster Pengumuman 14 PENYUNTING
• JAWI@ 14 Siti Sakinah binti Hayat
Khairunnisa binti Bakri
Mohammad Hafizee bin Md
Hashim
Muhammad Azri bin Azmi

JURUFOTO
Mohammad Irfan Amin Chang
Bin Abdullah

1

PETIKAN BULAN INI

“JAWI akan terus komited untuk

melaksanakan penguatkuasaan undang-

undang jenayah syariah demi memartabatkan

syiar Islam berpandukan undang-undang

dan prosedur operasi standard (SOP)

yang berkuatkuasa dengan

mengutamakan pendekatan

bimbingan dan tarbiah.

Program berkenaan akan

terus diperkasakan dengan

kerjasama pelbagai pihak

dengan pendekatan yang lebih

menyeluruh serta mengambil

kira perkembangan dan

cabaran semasa.”

Haji Mohd Ajib bin Ismail
Pengarah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

2

Menyebar risalah
kepada ummah

3 Ogos 2020
Buat julung-julung kalinya, Kompleks Darul
Hidayah (KDH) Sentul Kuala Lumpur telah
melaksanakan Majlis Korban Bersama
Muallaf bertempat di ruang tempat letak
kereta KDH

Di samping majlis korban, para pelajar turut
mempelajari cara melaksanakan sembelihan,
proses melapah daging serta proses agihan.
Program dilaksanakan dengan mengambil
kira pematuhan SOP yang telah ditetapkan
oleh kerajaan

4 Ogos 2020
Pemantauan hari pertama pembukaan
Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) telah
dilaksanakan di dua buah premis KAFA surau
iaitu KAFA Surau Al-Istiqamah Presint 18 dan
KAFA Surau Al-Wehdah Presint 17

Pemantauan ini bertujuan bagi meninjau
pematuhan operasi KAFA mengikut SOP yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara
(MKN), dan Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM)

3

5 Ogos 2020

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI buat pertama kalinya melalui Unit NGO,
Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam menggunakan QR Code untuk pendaftaran
dan penilaian program sekaligus mula membangunkan QR Code Direktori NGO.
Pelancaran inisiatif tersebut dibuat di dalam program Ramah Mesra NGO Bersama
Pengarah JAWI dan Daurah Islam, Ahlussunnah dan Isu Semasa bertempat di Dewan
Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur

6 Ogos 2020

Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) dengan
kerjasama Pejabat Timbalan
Menteri Wilayah Persekutuan
telah mengadakan Majlis
Perjumpaan YB Dato’ Sri Dr.
Santhara J.P, Timbalan Menteri
Wilayah Persekutuan bersama
Pengetua Institusi-Institusi Tahfiz
di Auditorium DBKL, Menara 1 DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Majlis yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat
institusi-institusi tahfiz di Wilayah Persekutuan di samping mengenalpasti permasalahan
dan juga kekangan yang dihadapi oleh institusi-institusi tahfiz di Wilayah Persekutuan

4

11 Ogos 2020

Kursus Penulisan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) Siri 1/2020 kepada Guru
KAFA Zon Putrajaya bertempat di Bilik
Latihan Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM),
Kompleks Islam Putrajaya

Kursus ini bertujuan menyampaikan kaedah
menulis RPH dengan cara yang betul selain
memantapkan pengetahuan dan kerjasama
dalam kalangan guru menerusi latihan dalam
kumpulan sebagai aktiviti pengukuhan selain
perbincangan untuk membuka minda guru-
guru

11 Ogos 2020

Sesi Taklimat dan Majlis Penyerahan Surat Pengisytiharan Mendirikan Solat Jumaat
dalam tempoh PKPP. Di antara surau-surau yang telah diberi pengiktirafan tersebut
ialah Surau Al-Amin Taman Setapak Indah, Surau Al-Muhajirin Wisma FGV, Surau
Parlimen Malaysia, Surau Al-Muhsinin KLCC, Surau Utama Bank Negara Malaysia,
Surau Wangsa Melawati, Surau Al-Islah Presint 9 dan Surau Wizaratun Naqli Presint 4

5

12 Ogos 2020
Majlis Apresiasi Penyumbang dan Petugas Covid-19, 12 Ogos 2020 (Rabu), jam 12.00
tengah hari bertempat di Hotel Tamu, Kampung Baru Kuala Lumpur

Majlis apresiasi tersebut dianjurkan sebagai penghargaan kepada semua pihak yang
telah terlibat dalam menjayakan misi Musaadah Covid-19 di samping menggalakkan
lebih ramai lagi pihak tampil bekerjasama dengan JAWI bagi menyantuni masyarakat
yang terkesan dan memerlukan khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

12 Ogos 2020

Kelas Kefahaman Islam

Tahun 2020: Klinik

Penyelesaian Harta

Pusaka & Dialog Interaktif

Bersama Pengarah JAWI,

Dewan Serbaguna Masjid

Ar-Rahah, Kampung

Kerinchi, Kuala Lumpur

Sebagai langkah susulan, Dialog Interaktif JAWI akan mempertimbangkan cadangan-
cadangan yang dikemukakan dan mengadakan konsultasi bagi menyelaras gerak
kerja dakwah bersama NGO

6

13 Ogos 2020

Persidangan Jawatankuasa Task Force
Penguatkuasaan Isu-isu Agama Di Media
Sosial dianjurkan buat kali pertama bertempat
di Hotel Perdana KLCC jam 8.00 pagi hingga
5 petang

Persidangan ini diadakan bagi meneliti dan
mengkaji secara mendalam langkah-langkah
yang boleh diambil terhadap isu-isu menghina agama Islam di media sosial dengan
mengambil kira aspek tarbiah, penerangan, pemulihan, pencegahan dan undang-
undang dalam konteks Wilayah-Wilayah Persekutuan

13 Ogos 2020

Perbincangan di antara pihak JAWI, AJK Masjid
Al-Mukhlisin dan Wakil Persatuan Penduduk
berkaitan perancangan projek pembangunan
di kawasan Masjid Al-Mukhlisin, Taman Alam
Damai

13 Ogos 2020

Kursus Pentadbiran KAFA

JAWI 2020 bertemakan

“Kesejahteraan Minda”

bertempat di Dewan Jejantas

Kompleks Pusat Islam

Objektif utama kursus ini

diadakan adalah untuk

memberi pendedahan

tentang aspek kesejahteraan minda dan budaya kerja sihat dalam hal-hal yang berkaitan

urustadbir pendidikan yang menjadi tanggungjawab hakiki setiap ketua guru KAFA JAWI

di samping dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti para guru khususnya dalam

pembangunan kemahiran pengajaran dan pembelajaran mengikut peredaran masa

transformasi dunia pendidikan masa kini

7

14 Ogos 2020
Mesyuarat (Dialog Prestasi) Ketua Guru Kelas
Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan, 14 Ogos
2020, Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah
Persekutuan

Mesyuarat ini mengetengahkan Dialog
Prestasi sebagai salah satu medium
penambahbaikan prestasi dan PdPc di KAFA.

14 Ogos 2020
Pelancaran Program Agihan Makanan Asnaf
kerjasama QSR Brands (M) Holdings Sdn.
Bhd. bersama JAWI Food Bank

Program tersebut dilaksanakan serentak di 6
buah masjid terpilih selama 14 minggu yang
memberikan manfaat kepada penerima dalam
kalangan golongan asnaf

15 Ogos 2020

Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA)
Saudara Baru Peringkat Asas Siri 3
Tahun 2020 diadakan selama 2 hari
bermula 15 - 16 Ogos 2020 bertempat
di Kompleks Darul Hidayah Kuala
Lumpur

Objektif KIFA pada kali ini bertujuan
untuk menyampaikan perkongsian
mengenai ciri-ciri peribadi muslim
cemerlang di samping membimbing
Saudara Baru agar dapat menguasai cara berwudhu’ dan amali solat dalam tempoh
yang singkat dengan bimbingan fasilitator dari kalangan tenaga pengajar Kompleks
Darul Hidayah sendiri

8

17 Ogos 2020

Program Penerangan, Pencegahan, dan
Kesedaran Undang-Undang Syariah Wilayah
Persekutuan, Dewan Serbaguna Masjid
Wilayah Persekutuan bertujuan memberikan
pendedahan kepada masyarakat berkaitan
Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-
Wilayah Persekutuan 1997

17 Ogos 2020
Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen
Kibar Jalur Gemilang Peringkat Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan
menyemarakkan semangat patriotisme serta
solidariti kepada negara terutama dalam
perjuangan memerangi wabak Covid-19

21 Ogos 2020

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat
Wilayah Persekutuan 1442H/2020M
bertempat di Dewan Serbaguna Masjid
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Di antara pengisian majlis adalah Ceramah
Khas Maal Hijrah oleh Sahibus Samahah
Mufti Wilayah Persekutuan, penyampaian
Anugerah Tokoh Utama dan Anugerah Khas
Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan
dan Pelancaran Pelan Pengimarahan Masjid-
Masjid di Wilayah Persekutuan

9

21 Ogos 2020

Pelancaran Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan. Pelan ini
bertujuan mewujudkan landskap baharu program pengimarahan masjid dan surau di
Wilayah-Wilayah Persekutuan bagi memastikan peranan dan fungsi masjid dan surau
dapat digerakkan dengan sebaik mungkin. Pelan pengimarahan ini akan dilaksanakan
melalui inisiatif jangka masa pendek dalam tempoh enam (6) bulan iaitu bermula Julai
hingga Disember 2020 dan jangka masa panjang 2021 - 2024

21 Ogos 2020

Pelancaran Pusat Perkhidmatan Dobi Layan
Diri An Nazhif dan pelancaran aplikasi Nak
Dobi yang merupakan salah satu Quick Win di
dalam agenda pengimarahan masjid-masjid
di Wilayah Persekutuan

10

Artikel Pilihan
(Al-Nasihah)

11

Lensa JAWI@Media
Fokus Berita

12

Info Grafik Pilihan

13

Poster Pengumuman
JAWI@

14

JAWIFM

15


Click to View FlipBook Version