AL-BUSYRA
SIRI 03/2021
68 orangWira Tak Didendang
Ahli Pasukan Petugas Khas
Pengurusan Jenazah Covid-19
terima penghargaan
MEMBAWA BERITA GEMBIRA, BERKHIDMAT UNTUK UMAT
Pengenalan
Al-Busyra diterbitkan
bertujuan menyampaikan
maklumat berkaitan program
dan perkhidmatan JAWI
kepada masyarakat Islam
khususnya di Wilayah-
Wilayah Persekutuan
Isi Kandungan Sidang Redaksi
Petikan Bulan Ini 2 PENASIHAT
Menyebar Risalah Kepada 3-9 Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Ummah 9 PENGARANG
Lensa JAWI@Media 10 Saiful Azhar bin Saadon
Fokus Berita 10
Poster Pengumuman 11 PENYUNTING
Artikel Pilihan (Al-Nasihah) 12 Siti Sakinah binti Hayat
Infografik Pilihan 13 Khairunnisa binti Bakri
JAWI@ ﺟﺎوي Mohammad Hafizee bin Md Hashim
Muhammad Azri bin Azmi
JURUFOTO
Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah
1
Petikan Bulan Ini
Sehingga kini, lebih 245 jenazah
berkaitan Covid-19 telah diurus oleh
Pasukan Pengurus Jenazah JAWI. Kita
semua bertanggungjawab untuk terus
mematuhi Prosedur Operasi Standard
(SOP) yang telah ditetapkan oleh
kerajaan dari semasa ke semasa bagi
memastikan kesihatan dan keselamatan
diri terpelihara. Kita masih belum
menang. Bagi mereka yang telahpun
menerima suntikan vaksin termasuk
para petugas barisan hadapan JAWI,
ceritakanlah kepada orang lain tentang
kebaikan menerima vaksin. Lindungi diri,
lindungi orang lain.
Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
2
Menyebar Risalah Kepada Ummah
1 Mac 2021
1 Mac 2021
Kunjungan daripada Persatuan Penduduk Presint 12
Putrajaya bertujuan membincangkan berkenaan cadangan
pembinaan surau baharu di tapak berhampiran Jalan
Murraya, Presint 12 Putrajaya.
1 Mac 2021
Pemantauan persediaan hari pertama
persekolahan di Sekolah Integrasi Rendah Agama
JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibnu Abbas Pantai Dalam,
Bangsar, Kuala Lumpur. Pemantauan ini bertujuan
untuk meninjau persediaan dan pengurusan pihak
sekolah menyambut kedatangan hari pertama
sesi persekolahan pelajar tahun 1 dan tahun 2
berdasarkan SOP yang telah ditetapkan.
Majlis Penyampaian Sumbangan kepada kepada 68
orang ahli Pasukan Petugas Khas Pengurusan Jenazah
Covid-19 Pasukan Petugas Khas Pengurusan Covid-19
yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli
Mohamad Al-Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama). Sehingga Februari 2021, pasukan ini
telah Berjaya menguruskan 214 jenazah yang dikaitkan
dengan Covid-19.
3
2 Mac 2021
Misi Bantuan Kemanusiaan JAWI Food Bank ke negeri
Kelantan bagi menyantuni keluarga asnaf, nelayan
dan petani yang memerlukan. Acara pelepasan telah
disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin
Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama) di Dataran Kompleks Islam Putrajaya. Dalam
majlis yang sama turut berlangsung Penyerahan Mock
Cheque sumbangan Tabung Haji bernilai RM500,000 kepada
Tabung Musaadah Covid-19 Wilayah Persekutuan oleh YBhg.
Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff, Ketua Pegawai
Eksekutif Tabung Haji kepada YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin
Ismail, Pengarah JAWI.
2 Mac 2021
Pengurusan jenazah saudara baru dan janin tidak
berwaris dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital
Tunku Azizah. Pengurusan fardu kifayah ini
disempurnakan pengurusannya di Tanah Perkuburan
Islam Raudatul Sakinah KL - Karak bermula dari proses
tuntutan jenazah hingga ke pengebumian.
2 Mac 2021
Sekitar 500 orang warga JAWI telah mengikuti Perhimpunan
Bulanan Warga JAWI menerusi Facebook Live. Turut
diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada para
penerima Anugerah Pegawai Contoh Bulanan JAWI.
4
3 Mac 2021 3 Mac 2021
Agihan pelitup muka (face mask) bagi SRA/ Bengkel penyelarasan pengurusan buku
SIRAJ dan KAFA, JAWI sebagai persediaan teks, buku latihan dan aktiviti (BLA) serta
pihak sekolah bagi membekalkan pelitup bahan pembelajaran dan pemudahcaraan
muka (face mask) kepada murid dan
(PdPc) bertujuan bagi menyelaras
kakitangan sekolah dapat meringankan pihak pengurusan buku teks, BLA dan bahan
sekolah dalam menyediakan pelitup muka PdPc serta menguruskan pembayaran
(face mask) apabila keadaan memerlukan. buku teks kepada jawatankuasa buku teks
6 Mac 2021 (JKTB).
6 Mac 2021
Penyampaian sumbangan barangan Guru KAFA JAWI sertai Bengkel Perkongsian
keperluan asas kepada 101 orang muallaf Tips Pengacaraan Sharing Session Kafa
di Wilayah Persekutuan melalui kerjasama D'hijrah selaku penyampai bagi program
JAWI Food Bank, Persatuan Cina Muslim KAFA D'Hijrah bagi matapelajaran al-
Quran, Ibadah, Sirah, Jawi, Bahasa Arab
Malaysia (MACMA), Amaniah Muallaf dan Aqidah. Program yang bertemakan
Care Center (AMCC) dan Hidayah Center Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Foundation (HCF) sokongan dalam TV program KAFA D'Hijrah
ini memasuki musim ke dua setelah
5 berakhir rakaman 36 episod musim
pertama.
6 Mac 2021
Kelas Bimbingan Al-Quran dan Fardhu Ain
kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
bagi memberikan bimbingan dan pengetahuan
asas agama kepada golongan OKU Pendengaran.
Program yang dijalankan dengan kerjasama
Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) ini
merupakan kesinambungan program-program yang
telah dijalankan sejak beberapa tahun yang lepas.
Pengisian kelas ini dilaksanakan secara konsisten dari
tenaga pengajar yang bertauliah merangkumi bidang
Aqidah, Ibadah, Sirah dan Pengajian Al-Quran.
7 Mac 2021
Pelancaran Pondok Masjid 2021 dan Upacara
Menandatangani MOU Projek Taman Ilmu Digital
bersama Tarbiyah Care di Dewan Serbaguna Masjid
Wilayah Persekutuan. Majlis telah disempurnakan oleh
YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Pondok Masjid dan Projek Taman Ilmu Digital ini adalah
program Pengajian Ilmu Turath Islami secara dalam
talian (online) oleh asatizah yang pakar dalam bidang
masing-masing.
7 Mac 2021
Majlis Penyampaian Amanat YB Senator Datuk Dr.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama warga Agensi
Agama di Wilayah Persekutuan Labuan, penyampaian
sumbangan JAWI Food Bank kepada petugas
pengurusan jenazah Covid-19 serta penyampaian
bantuan kepada kakitangan agensi agama bertempat di
Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan.
6
10 Mac 2021 11 Mac 2021
Penyampaian sumbangan JAWI Food Bank kepada golongan
B40 di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Bukit Mahkota,
Bangi bertujuan meringankan bebanan golongan terkesan
dan memerlukan.
12 Mac 2021
Pelancaran Road To Ramadhan Peringkat Masjid- Program Monthly Talk Siri 1 secara dalam
Masjid di Wilayah Persekutuan Tahun 2021 yang talian membincangkan topik ‘Mengenali
disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam Di
Ismail, Pengarah JAWI di Dewan Solat Utama, Masjid Malaysia Yang Bertentangan Dengan Ahli
Sunnah Wal Jamaah.’ Program ini bertujuan
Wilayah Persekutuan. memberi pendedahan mengenai bidang-
bidang kajian dilaksanakan di Bahagian
Program Road To Ramadhan dirancang bagi Penyelidikan dan dalam masa yang sama
mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelbagai bagi memperkasa kompetensi pegawai dan
program seperti Infaq Ramadhan, Bubur Lambuk kakitangan dalam bidang kajian akidah.
Perdana, Sambutan Ambang Ramadhan untuk manfaat
masyarakat sekitar Wilayah Persekutuan.
7
13 Mac 2021 19 Mac 2021
JAWI Food Bank menyantuni 200 orang pemandu bas JAWI Food Bank dengan kerjasama Pertubuhan
sekolah sekitar Lembah Klang dengan penyampaian Kebajikan Mohd Chan (PKMC) menyampaikan
sumbangan kepada 360 orang pengayuh beca
sumbangan barangan keperluan asas seperti yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan
beras, gula, tepung dan sebagainya. Sumbangan Pergerakan (PKP). Turut hadir, Sahibus Samahah
disampaikan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Datuk Wira Abdul Halim Tawil, Mufti Negeri Melaka.
Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama) yang turut meluangkan 23 Mac 2021
masa beramah mesra dengan penerima yang hadir.
20 Mac 2021
Kuliah bertajuk "Wanita Syurga" dan "Wanita Yang Sesi rakaman rancangan KAFA D' Hijrah melibatkan
Baik Di Dalam al-Quran" serta acara penyampaian guru-guru KAFA JAWI bagi matapelajaran Jawi,
sumbangan kepada 55 asnaf fakir miskin sekitar
Aqidah dan Bahasa Arab bertempat di pejabat YB
kariah Masjid Al Hidayah yang terkesan akibat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
pandemik Covid-19. Majlis ini dianjurkan oleh
Bahagian Dakwah, PUSPANITA JAWI dan Masjid 8
Al-Hidayah, Sentul serta disempurnakan oleh
YBhg. Datin Naini Akmal binti Che Alias, Pengerusi
PUSPANITA, Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan.
24 Mac 2021
Penyerahan Sumbangan JAWI Food Bank kepada 100
orang saudara baru dari kalangan anggota tentera dan
polis dengan kerjasama Kor Agama ATM (KAGAT) dan
Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM (BAKA). Majlis
serahan sumbangan yang disempurnakan oleh YBhg.
Kol. Bersekutu Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail diharap
dapat meringankan beban para anggota sekaligus
mengeratkan hubungan yang terjalin di antara JAWI
dengan ATM dan PDRM.
27 Mac 2021
Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Permulaan Koperasi
Masjid Peringkat Masjid As-Sodiqin Taman Kobena Cheras.
Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan
Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi
JAWI. Koperasi masjid bertujuan melahirkan Masjid-masjid
yang boleh menjana pendapatan sendiri dan tidak hanya
bergantung kepada sumbangan dari anak-anak kariah
semata-mata terutama dalam tempoh Pandemik Covid-19
yang melanda negara.
Lensa JAWI@media
9
Fokus Berita
Poster Pengumuman
10
Artikel Pilihan (Al-Nasihah)
11
Infografik Pilihan
12
JAWI@ ﺟﺎوي
_kl
13