The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Konti JAMEK FM: Medium Dakwah Norma Baharu

Jom baca Al-Busyra, medium penyampaian maklumat program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Buku Maya Al-Busyra JAWI, 2021-01-07 07:48:32

Al-Busyra Siri 6

Konti JAMEK FM: Medium Dakwah Norma Baharu

Jom baca Al-Busyra, medium penyampaian maklumat program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

PENGENALAN

Al-Busyra diterbitkan bertujuan menyampaikan maklumat
berkaitan program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat
Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI

• Petikan Bulan Ini 2 PENASIHAT
• Menyebar Risalah Kepada Ummah 3-12 Haji Mohd Ajib bin Ismail
• Lensa JAWI@Media 12
• Fokus Berita 13 KETUA PENYUNTING
• Poster Pengumuman 13 Saiful Azhar bin Saadon
• Artikel Pilihan (Al-Nasihah) 14
• JAWI@ 14 PENYUNTING
• Info Grafik Pilihan 15 Siti Sakinah binti Hayat
Khairunnisa binti Bakri
Mohammad Hafizee bin Md
Hashim
Muhammad Azri bin Azmi

JURUFOTO
Mohammad Irfan Amin Chang
bin Abdullah

1

Petikan Bulan Ini

“Kita harus lebih berani dan bersedia mendepani
arus perkembangan teknologi yang semakin pantas
terutama dalam era norma baharu ini dengan
memanfaatkannya bagi tujuan penyampaian
perkhidmatan dan penyebaran dakwah Islam secara
lebih berkesan.”

Haji Mohd Ajib bin Ismail
Pengarah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

2

Menyebar risalah
kepada ummah

3 November 2020
Program ziarah dan penyampaian sumbangan kepada ahli keluarga mantan guru
Sekolah Rendah Agama (SRA) Umar bin Abdul Aziz di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

3 November 2020
Penyampaian plak kepada
penerima Anugerah Sempena
Maulidur Rasul SAW Peringkat
Negeri Wilayah Persekutuan.
Penyampaian dilaksanakan di
kediaman penerima-penerima
anugerah iaitu Anugerah Utama,
Almarhum Dato’ Haji Paimuzi bin
Yahya, Anugerah Khas Individu,
Encik Hamidi bin Din, dan
Anugerah Khas Organisasi, Sekolah Rendah Agama al-Ghazali Bandar Manjalara
Kepong.
Inisiatif tersebut dilaksanakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

3

4 November 2020

JAWI Food Bank (JFB) menyantuni penduduk
di lokaliti Bugis Bajau, Labuan. Sumbangan
berupa kit barangan makanan asas tersebut
adalah usahasama JFB dan Persatuan
Alumni Kolej Islam (ALKIS) serta diselaraskan
oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Daerah (JPBD) Labuan dengan penglibatan
beberapa agensi yang lain.

4 November 2020

JAWI Food Bank menyampaikan sumbangan
barangan keperluan asas kepada warga
JAKIM termasuk petugas pembersihan dan
pengawal keselamatan yang terkesan akibat
pelaksanaan PKPB. Acara diadakan di Lobi
JAKIM Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

4 November 2020

Program Ziarah Dakwah dan serahan
sumbangan kepada pesakit di Hospital Tunku
Azizah (HTA) telah dilaksanakan secara
simbolik melalui wakil pengurusan hospital.
Program tersebut bertujuan memastikan
pesakit di hospital atau pusat perubatan
mendapat sokongan moral di samping
menyalurkan sumbangan bagi membantu
meringankan bebanan pesakit dan waris.

4 November 2020 4

Pengurusan jenazah telah disempurnakan
oleh Pasukan Pengurus Jenazah Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di
Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti
Kebangsaan Malaysia. Pengurusan jenazah
tersebut meliputi proses awal menuntut
jenazah di forensik HUKM, mandi dan kafan.
seterusnya dibawa ke kampung halaman
untuk pengebumian.

5 November 2020
Inisiatif ruang tambahan berkhemah dengan
dekorasi menarik bagi kemudahan majlis
akad nikah di Dataran Kompleks Pusat
Islam, Kuala Lumpur bagi memberikan lebih
keselesaan kepada pasangan pengantin
untuk mematuhi SOP yang ditetapkan dalam
tempoh PKPB.

5 November 2020

JAWI Food Bank turun padang menyantuni
para asnaf di Blok E, Flat Danau Kota melalui
penyampaian bantuan barangan keperluan
asas kepada golongan asnaf yang terkesan
dalam tempoh PKPB.

5 November 2020
YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)
menyampaikan simbolik serahan sumbangan tunai dan barangan keperluan asas
kepada pesakit di Wad Rawatan Harian Dialisis dan Nefrologi (8TE) PPUM dalam
Program Ziarah Rakan Masjid Hospital (RAMAH) sempena Maulidul Rasul SAW di
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
5

6 November 2020
JAWI Food Bank dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan (PKMC) dan
Yayasan Muallaf Malaysia telah menyampaikan sumbangan 500 pek makanan tengah
hari kepada mahasiswa Universiti Malaya melalui Kesatuan Mahasiswa Universiti
Malaya.

6 November 2020

YBhg. Dato’ Sri Syed Hussein Al Habsee,
Pengerusi MAIWP telah menyampaikan
sumbangan kepada golongan asnaf yang
terkesan dengan pandemik Covid-19 dalam
kalangan anak kariah Masjid Al-Imam Ash-
Shafie, Taman Maluri.

8 November 2020
Majlis penyampaian sumbangan di bawah
program Mosque Care bertempat di Blok
C, PPR Kerinchi, Kuala Lumpur. Seramai 83
orang asnaf termasuk warga emas di PPR
tersebut telah menerima manfaat berupa
bantuan barangan keperluan asas.

11 November 2020

Penyerahan surat penempatan bagi pegawai-
pegawai masjid lantikan baharu oleh MAIWP
yang terdiri daripada imam dan bilal untuk
berkhidmat di masjid dan surau Jumaat di
Wilayah Persekutuan.

6

12 November 2020
Majlis penyampaian sumbangan
di bawah program Mosque
Care bertempat di Dewan
Dataran Blok C, Perumahan
Taman Melati. Seramai 50 orang
penerima dalam kalangan asnaf
dan golongan B40 termasuk
bukan Islam dan OKU telah
menerima manfaat pada majlis
tersebut.

12 November 2020
Penyampaian plak kepada penerima anugerah bagi kategori Organisasi Sempena
Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan. Penyampaian dilaksanakan
di kediaman penerima-penerima anugerah iaitu Anugerah Khas Organisasi Kategori
Surau Sekolah, Surau ar-Raudhah D/A Sekolah Kebangsaan Taman Melati, Anugerah
Khas Organisasi Kategori Masjid iaitu Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Anugerah
Khas Organisasi Kategori Surau Jumaat iaitu Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy
di Menara Bank Islam, Jalan Perak, Kuala Lumpur, dan Anugerah Khas Organisasi bagi
Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Tindakan Wanita Islam
Malaysia (Pertiwi).

7

13 November 2020
Webinar Antarabangsa “International
Discourse on Maulidur Rasul S.A.W” telah
bersiaran langsung melalui aplikasi Zoom
dan facebook rasmi JAWI melibatkan 12
orang pembentang berwibawa dari dalam
dan luar negara. Tokoh-tokoh terkemuka
tanah air dan antarabangsa telah mengupas
tema menarik iaitu “Loving Our Prophet
across Continents” sempena bulan Maulidur
Rasul SAW.

13 November 2020
Penyampaian Amanat Pengarah JAWI kepada
lebih 85 orang Pendaftar dan Penolong
Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya
dan Labuan. Acara ini bertujuan mengingatkan
kepentingan pematuhan SOP majlis akad
nikah dalam tempoh PKPB dan kecaknaan
terhadap situasi semasa agar perkhidmatan
kepada masyarakat dapat disampaikan
secara berkesan dan berhemah.

14 November 2020

Ziarah Rahmah Saudara Baru telah
menyantuni keluarga mualaf yang
memerlukan bantuan keperluan harian dan
sokongan kewangan dalam mengharungi
situasi getir pandemik Covid-19.

8

16 November 2020
JAWI telah menerima sumbangan 2,077
unit Kit Pengurusan Jenazah bernilai
RM456,960.00 dari Yayasan Wilayah
Persekutuan. Sumbangan tersebut akan
diagihkan kepada Masjid dan Surau Jumaat
di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk
manfaat umat Islam.

17 November 2020
YBhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Setiausaha Politik kepada YB
Menteri (Hal Ehwal Agama) menyampaikan simbolik serahan sumbangan tunai dan
barangan kepada 50 orang pesakit di Wad Burn Care Unit dan Wad Surgeri dalam
Program Ziarah Rakan Masjid Hospital (RAMAH) sempena Maulidul Rasul SAW di
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

18 November 2020

Majlis Perasmian Konti Jamek FM (Radio
Online) dan Gerobok Muhibbah Masjid
Sultan Abdul Samad. Konti Radio Masjid
Jamek FM dan Gerobok Muhibbah Masjid
Sultan Abdul Samad merupakan program
yang julung kali diperkenalkan di bawah
Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah
Persekutuan 2021-2024 bagi memastikan institusi masjid memainkan peranan yang
lebih berkesan dalam menyantuni warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira latar
belakang bangsa dan agama.

9

19 November 2020
Pelancaran Program Dapur It’am dan agihan
barangan keperluan asas JAWI Food Bank
yang memberikan manfaat kepada 300
orang anak kariah termasuk penghuni
Asrama Sentosa, kakitangan Klinik Kesihatan
Sentul dan kakitangan IPD Sentul. Majlis
telah disempurnakan oleh YB Tuan Ahmad
Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

23 November 2020
Pengurusan jenazah tidak berwaris telah disempurnakan oleh Pasukan Pengurus
Jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Tanah Perkuburan Islam
Raudhatul Sakinah (TPRIS), Jalan Karak, Kuala Lumpur. Pengurusan jenazah tersebut
meliputi proses awal menuntut jenazah di forensik HKL, mandi, kafan sehinggalah
urusan pengebumian di tanah perkuburan.

24 November 2020
KunjunganHormatKePejabatKetua Pesuruhjaya
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
bertempat di Ibu Pejabat APM Sungai Merab
Selangor. Kunjungan tersebut bertujuan
membincangkan cadangan menubuhkan
Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan
Awam (CDERT G) di peringkat JAWI seterusnya
memperkukuhkan pasukan sukarelawan
masjid dengan kerjasama APM.

10

24 November 2020
Majlis Penyerahan Sumbangan YB Timbalan
Menteri Wilayah Persekutuan kepada Institusi
Tahfiz di bawah seliaan JAWI di Dewan Syura
Perdana, Kompleks Pusat Islam.

27 November 2020
Pengumuman pemenang Program Ihtifal
Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah
Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ)
dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain
(KAFA) Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI).
Acara tahunan tersebut berkonsepkan
pertandingan bagi mencungkil bakat
murid-murid dalam pelbagai acara
menarik seperti Tilawah Al-Quran,
Syarahan Bahasa Melayu, Bercerita
Kisah Dari Al-Quran, Hafazan, Khutbah,
Azan, Seni Khat, Penulisan Jawi dan
Nasyid melibatkan 72 SRA, 125 KAFA,
dan 5 SIRAJ di seluruh Wilayah
Persekutuan.

11

29 November 2020
Forum Ihya’ Subuh Perdana Online
secara langsung melalui Facebook rasmi
JAWI. Forum tersebut menampilkan tokoh
pendakwah iaitu Ustaz Syed Norhisyam
Tuan Padang dan personaliti popular
Tuan Syamsul Ghau-Ghau. Manakala
moderator forum merupakan selebriti
Forum Perdana Ehwal Islam, Ustaz Haji
Zakaria Othman.

30 November 2020
Pasukan penguatkuasaan JAWI turun padang memeriksa premis yang melakukan
Kesalahan Pungutan Khairat Tanpa Kebenaran di bawah Seksyen 84, Akta 505,
Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993. Operasi
tersebut bertujuan memastikan agar sumbangan ikhlas orang ramai tidak disalahgunakan
atas nama kebajikan pelajar tahfiz, anak yatim dan juga pembinaan masjid sebaliknya
manfaatnya tidak sampai kepada penerima yang memerlukan.

Lensa JAWI@Media

12

Fokus Berita
Poster Pengumuman

13

Artikel Pilihan
(Al-Nasihah)

JAWI@

14

Info Grafik Pilihan

JAWIFM

15


Click to View FlipBook Version