The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Laporan Tahunan JAWI 2020 merakamkan pencapaian dan khidmat bakti JAWI kepada ummah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Buku Maya Al-Busyra JAWI, 2022-05-12 22:18:25

Laporan Tahunan JAWI 2020

Buku Laporan Tahunan JAWI 2020 merakamkan pencapaian dan khidmat bakti JAWI kepada ummah

LAPORAN TAHUNAN

2020

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

ISI KANDUNGAN

3 KATA ALU-ALUAN 7 MAKLUMAT 17 25
PENGARAH KORPORAT BAHAGIAN BAHAGIAN
KHIDMAT PERKAHWINAN
PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
KELUARGA

31 41 47 59

BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN
PENGURUSAN DAKWAH PENGURUSAN MASJID PELAJARAN PENGUATKUASAAN

67 75 81 89

BAHAGIAN BAHAGIAN JAWI CAWANGAN JAWI CAWANGAN
PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PUTRAJAYA LABUAN

95 101

MASJID WILAYAH JAWI@MEDIA
PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

KATA ALU-ALUAN

PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM
WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

4

2020 adalah tahun yang mencabar buat kita semua khususnya warga JAWI dalam
mendepani wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara. Justeru JAWI telah merangka
dan melaksanakan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) berdasarkan nasihat dan
pandangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)
bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dapat diteruskan dan maslahah umat Islam
khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan sentiasa terjamin. Antara SOP terpenting adalah
melibatkan aktiviti solat berjemaah dan program pengimarahan di masjid dan surau, majlis
akad nikah, dan pengoperasian institusi pendidikan agama di bawah seliaan JAWI seperti
Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Sekolah Rendah Agama (SRA), dan Kelas Al-
Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Selain itu, aktiviti menyantuni masyarakat yang terkesan dan memerlukan digerakkan
dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),
Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan lain-lain, badan
korporat, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui program JAWI Food Bank, Dapur
It’am, Sumbangan Masjid dan Surau, dan Pasukan Pengurusan Jenazah Covid-19.

Menjelang tahun baharu 2021 yang lebih mencabar dan menuntut kesiapsiagaan semua
warga agensi, JAWI terus mengorak langkah merencanakan pelbagai inisiatif yang mendekati
denyut nadi rakyat berpandukan Pelan Strategik JAWI 2021-2025 merangkumi fungsi-fungsi
utama iaitu Dakwah, Pelajaran, Masjid, Penguatkuasaan, Perkahwinan dan Pembangunan
Keluarga, Penyelidikan, Khidmat Pengurusan dan Pembangunan. Semua inisiatif tersebut
digariskan bagi memberikan kemudahan yang terbaik kepada rakyat dalam menyokong
usaha merealisasikan matlamat pembangunan negara. Usaha tersebut tidak akan dapat
direalisasikan tanpa sokongan dan dokongan padu yang tidak berbelah bagi dari JPM, MAIWP,
JAKIM dan pelbagai agensi dan rakan strategik yang lain. Komitmen kami adalah untuk
melakukan yang terbaik berasaskan nilai bersama JAWI iaitu J (Jiwa Juara), A (Akauntabiliti),
W (Wibawa) dan I (Insaniah).

Haji Mohd Ajib bin Ismail
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

5

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

6

MAKLUMAT KORPORAT

MAKLUMAT KORPORAT

7

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

SEJARAH PENUBUHAN

1974 1978

Ditubuhkan dengan nama Urus Diletakkan di bawah
Setia Majlis untuk melancarkan Kementerian Wilayah
perjalanan Majlis Agama Islam Persekutuan (KWP) setelah
Wilayah Persekutuan (MAIWP) kementerian ini diwujudkan

1984 1987

Pewujudan JAWI JAWI diletakkan di bawah
Cawangan Labuan pentadbiran Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) selepas

KWP dimansuhkan

2001 2016

Pewujudan JAWI Jabatan Pendakwaan Syariah
Cawangan Putrajaya Wilayah Persekutuan
ditubuhkan secara

berasingan dengan JAWI

2018

JAWI diletakkan di bawah
Jabatan Perdana Menteri

8

MAKLUMAT KORPORAT

MOTO, VISI DAN MISI

MOTO VISI MISI

“Sentiasa Peneraju Memperkasakan
Dicontohi” Pengurusan Hal Pengurusan Hal
Ehwal Islam Ke Ehwal Islam Secara
Arah Kesejahteraan Efisien Dan Efektif
Berteraskan Maqasid
Ummah Syariah Untuk
Kesejahteraan

Ummah

9

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

NILAI BERSAMA

Jiwa Juara Akauntabiliti Wibawa Insaniah
Sentiasa responsif, Penyampaian Mempunyai Penyampaian
perkhidmatan dengan kompetensi dan perkhidmatan
kreatif, proaktif, amanah, telus dan kepakaran dalam kepada seluruh
progresif, inovatif sentiasa bersesuaian penyampaian masyarakat awam
dan berkeperibadian dengan keperluan perkhidmatan secara inklusif dan
berintegriti
mulia semasa

10

KOD LOGO: MAKLUMAT KORPORAT
Sentiasa
Dicontohi LOGO JAWI

 COGAN KATA:

 “JAWI” tulisan rumi berwarna merah
bermaksud organisasi yang sentiasa

berani, tegas dan dihormati.

“SENTIASA DICONTOHI”
BENTUK
Kedudukan di tepi bucu sebagai keperluan menjaga
 akhlak dan pelengkap kepada keseluruhan Iman di
samping JAWI bergerak sebagai organisasi ikutan dan
Bentuk seperti kitab yang tidak sentiasa berada di hadapan bergerak bersama-sama
berbucu bermaksud kebolehan JAWI
organisasi yang lain.
untuk beradaptasi dengan zaman
dan masyarakat. Adaptasi ini meliputi WARNA

tiga kawasan Wilayah Persekutuan Kuning : Islam di bawah bidang kuasa Diraja dan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. ketelusan pengurusan
Pendukung kepada aspirasi ini menerusi
penerapan ilmu dan amalan Al-Quran Biru Tua : Kematangan dan Keteguhan Organisasi
dan Al-Hadis yang menjadi petunjuk JAWI

sepanjang zaman dan generasi. Merah : Keberanian, Ketegasan dan Toleransi
Putih : Keluhuran dan Kesucian Niat

SIMBOL
Tiga bentuk Kitab yang menadah ke atas
simbolik doa dan tiga negeri. 

 Corak melengkung yang meliputi
logo simbolik kepada kuasa dan
Lima bentuk bulat kecil simbolik penguatkuasaan. Garis lengkung corak
masyarakat dan generasi terbilang dan disatukan dengan simbol genggaman
lima jari bermaksud keteguhan JAWI
ia mewakili kepada Rukun Islam.


Anak Bintang Lima: Simbolik Rukun
Islam dan kedudukan tertinggi Islam di

Malaysia.

11

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

LAGU KORPORAT JAWI

Sentiasa Dicontohi

Menjulang Tinggi Amanah Agama
Menyuluh Jalan Hidup Bahagia
Bersatu Hati Dengan Tekad Suci

Memimpin Ummah ke Gerbang Jaya
Al-Quran dan Sunnah Jadi Panduan

Merintis Ummah Hidup Harmoni
Akhlak Yang Mulia Jadi Pedoman
Pemangkin Hidup Muslim Sejati
Membela Ummah Agar Tidak Mundur
Teknologi Baru Sentiasa Disalur
Ikhlas Berbakti Membentuk Peribadi

Menabur Jasa Bantu Pertiwi
Membangun Hidup Yang Berkualiti

Di Semua Segi Rohani Jasmani
Berpadu Ilmu Amal dan Bakti
Bangun Menegakkan Syiar Islam
Bulatkan Semangat Teruskan Khidmat
JAWI Cemerlang Menyahut Seruan
JAWI Gemilang Jana Kemajuan
JAWI terbilang Sentiasa Dicontohi

12

MAKLUMAT KORPORAT

PENGURUSAN TERTINGGI

Haji Mohd Ajib bin Ismail
PENGARAH JAWI

Shamsul Akmal bin Abd Aziz Haji Hanifuddin bin Haji Roslan
TIMBALAN PENGARAH TIMBALAN PENGARAH
(PENGURUSAN) (OPERASI)

13

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

CARTA ORGANISASI

Shamsul Akmal bin Abd Aziz
TIMB. PENGARAH (PENGURUSAN)

Haji Muhyidin bin Aziz @ Saari
IMAM BESAR

MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Dr. Norazman bin Ismail
KETUA PEN. PENGARAH KANAN

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Mastuyah binti Sahari
KETUA PEN. PENGARAH KANAN

JAWI CAW. PUTRAJAYA

Azmal Azri bin Abdul Aziz
KETUA PENOLONG PENGARAH

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

Sharidah binti Zainal Abidin
KETUA PEN. PENGARAH KANAN

JAWI CAW. LABUAN

Lokman Hakim bin Abdul Rahim
KETUA UNIT INTEGRITI

14

MAKLUMAT KORPORAT

Haji Mohd Ajib bin Ismail

PENGARAH

Haji Hanifuddin bin Haji Roslan
TIMB. PENGARAH (OPERASI)

Dr. Mohd Zakuwa bin Rodzali Rozimi bin Zamri

KETUA PEN. PENGARAH KANAN KETUA PEN. PENGARAH KANAN BAHAGIAN

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID PERKAHWINAN & PENGURUSAN KELUARGA

Siti Razmah binti Idris Nor Hanim binti Abdul Halim

KETUA PEN. PENGARAH KANAN KETUA PEN. PENGARAH KANAN

BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH BAHAGIAN PELAJARAN

Mohd Fadzil bin Abu Kasim Mahfuzah binti Zohdi

KETUA PEN. PENGARAH KANAN KETUA PENOLONG PENGARAH

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN BAHAGIAN PENYELIDIKAN

15

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

16

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

BAHAGIAN
KHIDMAT PENGURUSAN

17

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

PENGENALAN

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) bertanggungjawab memberikan perkhidmatan sokongan dalam
membantu pencapaian visi dan misi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Bahagian ini
terbahagi kepada 5 Cawangan, iaitu:

 Cawangan Pentadbiran

 Cawangan Pengurusan Sumber Manusia

 Cawangan Kewangan dan Akaun

 Cawangan Teknologi Maklumat

 Cawangan Perolehan

FUNGSI UTAMA

Bahagian ini menjalankan fungsi-fungsi seperti berikut:

 Menguruskan hal-hal pentadbiran

 Menguruskan sumber kewangan jabatan

 Menguruskan pembangunan sumber manusia

 Menguruskan sistem-sistem dan rangkaian teknologi maklumat

 Menguruskan perolehan jabatan

PROGRAM DAN AKTIVITI

Kursus Prapersaraan JAWI
Kursus Prapersaraan JAWI telah diadakan di
Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, Kuala
Lumpur pada 20 hingga 21 Januari 2020 yang
dihadiri seramai 60 orang peserta. Objektif
kursus adalah untuk mendedahkan bakal-
bakal pesara kepada faedah-faedah persaraan,
pengurusan cuti dan gantian cuti rehat. Selain
itu, peserta kursus juga didedahkan dengan
persediaan dokumentasi persaraan serta
peluang meningkatkan pengetahuan berkaitan
isu dan cabaran dalam skim pencen sektor
awam.

18

Kursus Pengurusan Sumber Manusia BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Kursus Pengurusan Sumber Manusia telah Kursus Adobe Photoshop 6.0
diadakan pada 3 hingga 4 Mac 2020 bertempat
di Dewan Jejantas JAWI. Kursus dihadiri seramai Cawangan Teknologi Maklumat, Bahagian
45 orang peserta dalam kalangan warga JAWI. Khidmat Pengurusan telah mengadakan dua siri
Objektif kursus adalah untuk membangunkan kursus Adobe Photoshop iaitu pada 8 hingga
potensi diri dengan pendedahan berkaitan 9 Julai 2020 dan 14 hingga 15 Julai 2020
ilmu pengurusan sumber manusia serta bertempat di Makmal Komputer, Masjid Wilayah
membolehkan peserta mempelajari urusan Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL). Kursus
berkaitan pengurusan cuti, sara ubat, emolumen, yang telah dihadiri seramai 35 orang peserta
pengurusan tatatertib serta menambah baik ini bertujuan untuk memberi pendedahan
pengurusan sumber manusia selaras dengan tentang teknik dan cara mereka bentuk grafik
pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa. dan suntingan imej terutama melibatkan kain
rentang dan poster di samping dapat melahirkan
bakat baru pereka grafik yang berfikiran kreatif
dan inovatif dalam menghasilkan reka bentuk
yang menarik.

Bengkel Retreat JAWI 2020

Bengkel Retreat JAWI telah diadakan pada 8 hingga 10 Julai 2020 di Hotel Klana Beach Resort, Port
Dickson yang dihadiri seramai 40 orang peserta dalam kalangan Pegawai Kanan JAWI. Objektif utama
bengkel tersebut adalah untuk membuat penilaian dan penyelarasan semula terhadap hala tuju,
matlamat, perancangan dan mekanisme pelaksanaan program dan aktiviti JAWI. Bengkel ini juga
diadakan bagi menambah baik hala tuju program dan aktiviti jabatan dengan memberi tumpuan kepada
bidang-bidang utama kepada pemegang taruh (stake holder) serta menilai tahap prestasi yang telah
disasarkan. Majlis penutupan bengkel disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad
Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

19

LAPORAN TAHUNAN 2020 Bengkel Penstrukturan Semula JAWI

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) Bengkel Penstrukturan Semula JAWI telah
diadakan pada 23 hingga 25 September 2020
Bengkel Naik Taraf Sistem e-Jari 2.0 bertempat di Cherengin Hills Convention & Spa
Resort, Janda Baik, Bentong, Pahang. Seramai 45
Bahagian Khidmat Pengurusan telah orang pegawai-pegawai kanan JAWI dari setiap
menganjurkan tiga sesi Bengkel Sistem e-Jari 2.0 bahagian telah menghadiri bengkel tersebut.
yang telah diadakan pada 5 Ogos 2020, 25 Ogos Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk
2020 dan 15 September 2020 bertempat di Bilik menyusun semula fungsi bahagian-bahagian
Mesyuarat Bunga Raya Tingkat 7, Kompleks agar dapat meningkatkan penyampaian
Pusat Islam. Objektif bengkel ini adalah untuk perkhidmatan ke tahap yang terbaik. Majlis
mewujudkan sistem kehadiran bertugas yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd
komprehensif dan mengurangkan penggunaan Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.
kertas. Bengkel yang telah dihadiri seramai 15
orang peserta ini juga memberikan pendedahan
tentang pengendalian sistem kehadiran yang
baharu.

Majlis Amanat Pengarah bersama Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan DG29

Majlis Amanat Pengarah Bersama Pegawai
DG29 telah diadakan pada 3 Ogos 2020 di
Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan
bagi meraikan pelantikan 130 orang Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang baharu
melaporkan diri. Salah satu agenda majlis
tersebut adalah penyempurnaan sesi bacaan
ikrar “Aku Janji Penjawat Awam” dan “Akta Rahsia
Rasmi”. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs.
Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.

20

Kursus Keselamatan Perlindungan JAWI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Kursus Keselamatan Perlindungan JAWI telah 2020. Proses sanitasi ini membabitkan kawasan
diadakan pada 29 September 2020 hingga 1 tumpuan awam seperti kaunter utama, pos
Oktober 2020 bertempat di Hotel Haji Ismail kawalan keselamatan dan kawasan yang
Group, Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman. kerap dikunjungi orang ramai. Tujuan proses
Kursus yang telah dihadiri seramai 37 orang sanitasi ini dijalankan adalah sebagai langkah
peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan pencegahan bagi mengelakkan penularan virus
JAWI daripada pelbagai gred jawatan ini Covid-19 dan seterusnya memberikan keyakinan
bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kepada pelanggan untuk menjalankan urusan di
aspek keselamatan perlindungan dokumen Kompleks Pusat Islam.
selain memahami secara lebih mendalam
mengenai Akta Rahsia Rasmi 1978 (Akta 88).
Majlis Penutupan kursus telah disempurnakan
oleh YBrs. Encik Shamsul Akmal Bin Abd Aziz,
Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI.

Sanitasi Awam Kompleks Pusat Islam JAWI

Bahagian Khidmat Pengurusan telah
melaksanakan kerja-kerja sanitasi dan
pembasmian kuman di Kompleks Pusat Islam,
JAWI dengan kerjasama Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur pada 19
April 2020, 12 Oktober 2020 dan 30 Disember

21

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Sambutan Bulan Kebangsaan JAWI

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Sambutan Bulan Kebangsaan JAWI telah dilancarkan pada
16 Ogos 2020 yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary, Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pelancaran dilaksanakan dengan acara Flag
Off kenderaan jabatan yang telah dipasangkan dengan bendera Malaysia. Kempen ini dijalankan bagi
menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020.

Bengkel e-Pusara Bengkel Training Of Trainers (TOT) Portal
JAWI
Kakitangan pengurusan Tanah Perkuburan
Islam di sekitar Wilayah Persekutuan telah diberi Bahagian Khidmat Pengurusan melalui Cawangan
pendedahan tentang pengemaskinian dan Teknologi Maklumat telah mengadakan Bengkel
penggunaan sistem e-Pusara secara maksima TOT pada 12-13 November 2020 secara
oleh Cawangan Teknologi Maklumat, Bahagian dalam talian melalui aplikasi Zoom kepada
Khidmat Pengurusan, JAWI. Penganjuran 30 peserta mewakili semua bahagian di JAWI.
Bengkel E-Pusara telah diadakan pada 7 hingga Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk
9 September 2020 bertempat di Pejabat memberikan pendedahan tentang kemahiran
Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul dalam pengurusan kandungan di Portal JAWI
Sakinah (TPIRS) Bukit Kiara. serta memastikan bahawa setiap maklumat di
Portal JAWI sentiasa dikemaskini.

22

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Sesi Pengenalan dan Latihan MyGovuc
2.0

Cawangan Teknologi Maklumat, Bahagian
Khidmat Pengurusan telah mengadakan satu
sesi pengenalan dan latihan sistem Mygovuc
2.0 kepada 50 peserta yang terdiri daripada
wakil setiap bahagian melalui aplikasi Google
Meet pada 29 Disember 2020. Sesi ini diadakan
bagi memperkenalkan emel MyGovUC 2.0
yang baharu kepada semua kakitangan JAWI
di samping urusan meningkatkan kemahiran
bagi memaksimumkan penggunaan emel
dalam urusan rasmi.

INFORMASI DAN STATISTIK

STATISTIK KAKITANGAN JAWI

140 1602
Kumpulan
Pengurusan dan Pelaksana
Professional

JUMLAH KESELURUHAN

1,742 orang

23

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

24

BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA

BAHAGIAN
PERKAHWINAN DAN
PEMBANGUNAN KELUARGA

25

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

PENGENALAN BAHAGIAN

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian
Pentadbiran Undang-Undang Syariah (PUS) merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) yang sentiasa berusaha menyediakan khidmat yang dicontohi dalam urusan
perkahwinan, cerai, rujuk dan rundingcara kekeluargaan Islam. Program Intervensi Kekeluargaan Islam
dilaksanakan dan dijadikan asas rujukan agensi lain dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan demi
kesejahteraan umat Islam dari semasa ke semasa.

FUNGSI UTAMA

Fungsi utama bahagian ini ialah:

 Menguruskan urusan pernikahan, perceraian dan ruju’ orang Islam di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.

 Menerima aduan masalah rumahtangga dan menguruskan rundingcara keluarga.

 Menjalankan aktiviti pengukuhan institusi kekeluargaan oleh Pusat Pembangunan Keluarga Islam
(PPKI).

 Menyediakan khidmat nasihat kekeluargaan dan kemasyarakatan di Pusat Khidmat Keluarga,
Sosial dan Komuniti (PKKSK) dan Anjung Khidmat Keluarga (AKUAJA) yang merangkumi masalah
perkahwinan, masalah sosial yang berkaitan remaja dan bimbingan

dan nasihat agama.

PROGRAM DAN AKTIVITI Majlis Taklimat Perkhidmatan dan
Penyerahan Surat Pelantikan Fasilitator
Temuduga Penolong Pendaftar Nikah Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan
Cerai Ruju’ (PPNCR) Wilayah Persekutuan Komuniti (PKKSK)
Kuala Lumpur
Seramai 42 orang fasilitator telah dilantik
Proses temuduga calon-calon Penolong untuk bertugas di Pusat Khidmat Keluarga,
Pendaftar Nikah Cerai dan Ruju’ (PPNCR) Wilayah Sosial Dan Komuniti (PKKSK) bagi tahun 2020-
Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan pada 2021. Operasi PKKSK telah dibuka di beberapa
14 Januari 2020 di Bilik Mesyuarat BPPK. Senarai buah premis seperti UTC Pudu Sentral, UTC
calon-calon yang berjaya diangkat ke Mesyuarat Mini Keramat, Masjid Usamah bin Zaid Wangsa
MAIWP, kemudian dibawa untuk pekenan Seri Maju, Surau Al-Iman Presint 9 Putrajaya dan
Paduka Baginda Yang diPertuan Agong bagi Surau Al-Furqan Presint 11 Putrajaya. Antara
tujuan lantikan dan pentauliahan jawatan perkhidmatan yang ditawarkan adalah khidmat
PPNCR. Calon yang berjaya dalam temuduga nasihat kekeluargaan, pengesahan salinan sijil
tersebut akan berkhidmat di beberapa buah nikah bagi pasangan suami isteri yang ingin
masjid sekitar Wilayah Persekutuan. menunaikan haji dan umrah dan prosedur
Benar Nikah Online melalui Sistem Pengurusan
Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Majlis

26

BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA

telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji
Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI pada 26
Februari 2020 bertempat di Dewan Jejantas
Kompleks Pusat Islam.

Akad Nikah Sidang Video Dalam Ujian Pemahaman Secara Dalam Talian
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (UPSDT)

(PKP) Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan
Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan Ujian
JAWI telah mengeluarkan beberapa notis Pemahaman Secara Dalam Talian (UPSDT) dalam
arahan berkaitan urusan perkahwinan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
sepanjang tempoh Perintah Kawalan (PKPB)bagimenggantikanKursusPraperkahwinan
Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan Islam Wilayah Persekutuan. Pengecualian kursus
oleh kerajaan bermula pada 18 Mac 2020. diberikan kepada permohonan kali pertama
Arahan tersebut dikeluarkan selari dengan dan yang belum pernah mengikuti mana-mana
PKP yang dilaksanakan secara berperingkat kursus praperkahwinan Islam anjuran pejabat
oleh kerajaan sejak 18 Mac 2020 bagi agama atau pusat-pusat kursus yang dilantik.
membendung penularan wabak COVID-19.
JAWI telah mewujudkan garis panduan akad
nikah secara dalam talian dan telah berjaya
mengadakan majlis akad nikah melalui
sidang video dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bermula pada 18 April
2020. Sebanyak 26 pasang pengantin telah
melaksanakan akad nikah melalui sidang
video dengan pemantauan dari Bahagian
Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga
(BPPK), JAWI.

27

LAPORAN TAHUNAN 2020 Program Lawatan Kerja ke Pusat
Kaunseling Islam Al-Ghazali
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
Program lawatan kerja ke Pusat Kaunseling
Kursus Praperkahwinan Secara Dalam Islam Al-Ghazali (PKIA) telah diadakan pada 3
Talian September 2020. Lawatan yang disertai oleh
empat orang pegawai Bahagian Perkahwinan
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan dan Pembangunan Keluarga bertujuan untuk
Keluarga (BPPK) JAWI telah mengambil inisiatif meninjau prasarana PKIA serta bertukar-tukar
untuk mengadakan Kursus Praperkahwinan Islam pandangan dan idea dalam isu-isu kaunseling
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan keluarga. Lawatan dan perbincangan ini dapat
Pemulihan (PKPP) bagi menggantikan kaedah membantu menambah baik pusat kaunseling
Ujian Pemahaman Secara Dalam Talian (UPSDT). JAWI di Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan
Bakal pengantin di Wilayah Persekutuan Komuniti (PKKSK).
diberi kelonggaran untuk mengikuti kursus
praperkahwinan secara dalam talian sepanjang
tempoh PKPP.

Program Kelas Bacaan dan Pemahaman Program Kelas Tafaqquh Munakahat JAWI
Akta Undang-Undang Keluarga Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah
303] menganjurkan program Kelas Tafaqquh
Munakahat pada 3 September 2020 bertempat
Program yang telah dianjurkan pada 25 Ogos di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala
2020 bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Lumpur. Ceramah bertajuk Perwalian dan Nasab:
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ini dihadiri Kendalian Kes-Kes Berkaitan di Mahkamah
seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada Syariah telah disampaikan oleh Datuk
Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohd Saifullah bin Hamzah, Peguam Syarie
Perceraian dan Ruju‘ Orang Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Peguam Negara. Program
Persekutuan serta pegawai dan kakitangan ini telah disertai seramai 80 orang yang terdiri
JAWI. Penceramah jemputan YAA Dato’ Dr. Hj. daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar
Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/ Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam
Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Malaysia (JKSM) telah mengupas tajuk Perintah
Untuk Membubarkan Perkahwinan atau untuk
Fasakh (Seksyen 52, Akta 303) dan Anggapan
Mati (Seksyen 53, Akta 303).

28

BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA

Kursus Pascaperkahwinan Islam Sehati Sesi Santai Amanat YBrs. Pengarah
Sejiwa JAWI Bersama Pendaftar dan Penolong
Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan
Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Sehati Ruju’ Orang Islam Persekutuan Secara
Sejiwa telah berjaya dianjurkan pada 18 Maya
hingga 20 September 2020 bertempat di Hotel
Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan
Objektif kursus ini adalah untuk membantu Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan sesi
memberi kesedaran dan motivasi tentang Santai Amanat YBrs. Pengarah JAWI bersama
peranan dan tanggungjawab suami isteri bagi Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan
mewujudkan sebuah keluarga bahagia. Kursus Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-
tersebut dilaksanakan berdasarkan Modul Wilayah Persekutuan secara maya pada 3
Pascaperkahwinan Islam yang telah dibangunkan November 2020 yang disertai seramai 85 orang
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). peserta. YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail,
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Pengarah JAWI telah menekankan kepentingan
Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, pematuhan SOP majlis akad nikah dalam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
Agama). (PKPB) dan kecaknaan terhadap situasi semasa
agar perkhidmatan kepada masyarakat dapat
disampaikan secara berkesan dan berhemah.

29

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

INFORMASI DAN STATISTIK

5,448 61 428

Memproses Pendaftaran Proses Pendaftaran Proses Permohonan
Pernikahan bagi Pernikahan Luar Wali Hakim
pasangan yang Negara
berkahwin di
dengan kebenaran
Wilayah Persekutuan

12,812 BAHAGIAN 342
Memproses PERKAHWINAN DAN
permohonan Permohonan
kebenaran nikah PEMBANGUNAN Proses Pengesahan
di dalam dan luar KELUARGA (BPPK)
Wilayah Persekutuan Pendaftaran
Perkahwinan (4P)
WP Kuala Lumpur
197 1,110

WP Putrajaya 14 Proses pendaftaran
WP Labuan 40 Perceraian bagi

Kehadiran Ujian pasangan yang tinggal
Penilaian Secara di Wilayah Persekutuan

Dalam Talian
(UPSDT)

287 139

Rundingcara Proses Pendaftaran
Online Ruju’ bagi pasangan
yang tinggal di Wilayah

Persekutuan

134 7,777

Bilangan Penolong Permohonan membuat
Pendaftar Nikah Kad Perakuan Nikah
di dalam Wilayah
Cerai dan Ruju’(PPNCR) Persekutuan
Wilayah Persekutuan

30

BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH

BAHAGIAN
PENGURUSAN DAKWAH

31

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI menjalankan usaha-usaha dakwah melalui bimbingan, khidmat
kebajikan dan aktiviti-aktiviti dakwah yang menyeluruh dan menjurus kepada amar makruf nahi
mungkar dan pembendungan gejala sosial. Bahagian Pengurusan Dakwah terdiri daripada:

 Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam

 Cawangan Kebajikan Saudara Baharu

 Cawangan Islam Hadhari dan Kefahaman Islam

FUNGSI UTAMA

 Menganjurkan Majlis Rasmi dan Hari Kebesaran Islam Peringkat Jabatan dan Negeri Wilayah
Persekutuan seperti Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran, Majlis Sambutan Ma’al Hijrah dan Majlis
Sambutan Maulidur Rasul.

 Menyediakan bimbingan dan latihan bagi peserta tilawah dan hafazan al-Qur’an peringkat negeri
dan kebangsaan.

 Mengurus kerjasama strategik peringkat negeri Wilayah Persekutuan bagi penganjuran majlis rasmi
dan hari kebesaran Islam peringkat kebangsaan dan antarabangsa anjuran agensi persekutuan.

 Mengendalikan pengurusan jenazah orang Islam tidak berwaris, mualaf, jenazah berisiko, mangsa
bencana, anggota, janin dan jenazah tidak berkemampuan serta jenazah tidak berwaris atau atas
dasar kebajikan dan pengurusan fardhu kifayah.

 Menyantuni pesakit di pusat perubatan dan penghuni rumah kebajikan/rumah perlindungan.

 Menjalankan kerjasama strategik dengan pusat perubatan melalui kursus ibadah pesakit dan
khidmat nasihat kerohanian.

 Mengurus proses pengislaman dan pendaftaran masuk Islam.

 Menyelaras pengurusan kebajikan mualaf di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

 Menjalankan operasi Kompleks Darul Hidayah dangan menyediakan kelas pengajian dan program
mualaf.

 Menjalankan dakwah bil hal serta kelas bimbingan Fardu Ain dan al-Qur’an kepada golongan
sasar di Wilayah Persekutuan.

 Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan isu-isu semasa melibatkan aqidah, syariah dan
sosial.

 Menyediakan latihan dan kemahiran bagi memperkasakan pendakwah dalam kalangan warga
jabatan dan sukarelawan.

 Mengadakan kerjasama strategik antara agensi, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan
dalam memperkasakan aktiviti dakwah di Wilayah Persekutuan.

32

PROGRAM DAN AKTIVITI BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH

Empat Beradik Ungguli Majlis Tilawah dan Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh YBrs.
Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Tuan Haji Munir bin Haji Md. Salleh, Timbalan
Persekutuan Tahun 1441H/2020M Pengarah (Operasi), JAWI di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat
Wilayah Persekutuan Tahun 1441H/2020M telah Penyampaian Plak Penerima Anugerah
berlangsung pada 21 hingga 23 Januari 2020 Sempena Majlis Maulidur Rasul SAW
bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan
Lumpur. Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah 1442H
Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan telah
dianugerahkan kepada Tuan Haji Muadzeen Majlis Sambutan Maulidur Rasul secara
bin Ackil dan Lailasari binti Sabran sekaligus bersemuka tidak dapat diadakan pada tahun
melayakkan kedua-duanya mewakili Wilayah 2020 bagi mematuhi Perintah Kawalan
Persekutuan ke Majlis Tilawah Al-Quran Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat daripada
Peringkat Kebangsaan. Majlis Menghafaz Al- pendemik Covid-19. Walaupun begitu pemilihan
Quran Peringkat Wilayah Persekutuan pula bagi anugerah Sempena Maulidur Rasul SAW
telah melakarkan sejarah bagi tahun ini apabila Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan tetap
empat beradik mengungguli kategori juzuk 1 diadakan seperti tahun-tahun yang lalu.
hingga 20 dan juzuk 1 hingga 30 seterusnya Penyampaian plak dan sijil penghargaan bagi
melayakkan keempat-empat mereka mewakili penerima anugerah telah diadakan secara norma
Wilayah Persekutuan ke Majlis Menghafaz Al- baharu dengan mengunjungi para penerima di
Quran Peringkat Kebangsaan. Majlis telah kediaman masing-masing. Penerima anugerah
disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Shahruddin yang telah dipilih bagi kategori Anugerah
bin Md Salleh, Timbalan Menteri Wilayah Utama ialah Almarhum Dato’ Haji Paimuzi bin
Persekutuan. Yahya, Anugerah Khas Individu disandang oleh
Encik Hamidi bin Din dan bagi Anugerah Khas
Kontinjen Wilayah Persekutuan Berlepas Organisasi iaitu Sekolah Rendah Agama Al-
ke Kota Kinabalu, Sabah Ghazali, Bandar Manjalara Kepong. Penyampaian
plak dan sijil penghargaan telah disempurnakan
Seramai 15 orang kontinjen dari Wilayah oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan,
Persekutuan telah berlepas ke Kota Kinabalu, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.
Sabah pada 3 November 2020 bagi menyertai
Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran
Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2020M
di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah
(SICC). Kontinjen terdiri daripada seorang Qari
dan Qariah, enam orang peserta hafazan yang
mewakili setiap kategori hafazan, dua orang
guru pembimbing dan lima orang urus setia.

33

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1442H dalam Norma
Baharu

JAWI telah menganjurkan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1442H
pada 29 Ogos 2020 bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan berdasarkan SOP
yang telah ditetapkan selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membendung
pendemik Covid-19. Tokoh utama telah disandang oleh YBrs. Dr. Fauzi bin Deraman manakala empat
individu lagi telah dipilih bagi menerima anugerah khas. Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut
hadir ialah YB. Tan Sri TPr Annuar Hj Musa, Menteri Wilayah Persekutuan dan YB Tuan Haji Ahmad
Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

JAWI Dalami Ilmu Pengurusan Jenazah
Berisiko

JAWI dengan kerjasama Jabatan Forensik Hospital
Kuala Lumpur (HKL) telah mengadakan Taklimat
Pengurusan Jenazah Berisiko Tinggi kepada
Pasukan Pengurus Jenazah JAWI. Program ini
bertujuan untuk memberi pendedahan dan
panduan pengurusan jenazah berisiko tinggi serta
langkah-langkah penjagaan dan keselamatan
pengurus jenazah. Pasukan Pengurusan Jenazah
JAWI diketuai oleh Ustazah Sharidah binti Zainal
Abidin, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan
Penyelarasan Dan Kebajikan Islam, Bahagian
Pengurusan Dakwah.

34

Program Ziarah Ramah (Rakan Masjid BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH
Hospital) ke Hospital Canselor Tuanku
Muhriz (HCTM) Sempena Maal Hijrah Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan
1442H Dakwah, JAWI.

Program Ziarah RAMAH (Rakan Masjid Hospital) Program Ziarah Dakwah
Sempena Maal Hijrah telah diadakan pada
26 Ogos 2020 di Hospital Canselor Tuanku Sepanjang tahun 2020, JAWI melalui Bahagian
Muhriz (HCTM). Seramai 50 orang pesakit Pengurusan Dakwah telah meneruskan
daripada Wad Bersalin 1A dan Wad Medikal 6G Program Ziarah Dakwah yang dilaksanakan
HCTM telah menerima sumbangan yang telah secara berkala ke beberapa buah hospital
diserahkan melalui wakil pengurusan hospital. iaitu Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan
Program ziarah RAMAH adalah program (HATTM), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan
menyantuni pesakit dan berkongsi rezeki serta Hospital PUSRAWI. Sumbangan kepada pesakit
menyemarakkan kecintaan dan penghayatan telah diserahkan secara simbolik melalui
kepada agama Islam bersempena Maal Hijrah wakil pengurusan hospital bagi mematuhi SOP
1442H. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tujuan
utama pelaksanaan program ziarah ini adalah
Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit untuk memberi sokongan moral kepada pesakit
Dengan Kerjasama Hospital Angkatan di samping mempamerkan komitmen JAWI
Tentera Tuanku Mizan (HATTM) menyalurkan sumbangan berbentuk barangan
keperluan harian bagi membantu meringankan
Bahagian Pengurusan Dakwah dengan bebanan pesakit tanpa mengira bangsa dan
kerjasama Hospital Angkatan Tentera Tuanku agama.
Mizan (HATTM) telah menganjurkan Kursus
Pengurusan Ibadah Pesakit pada 27 Ogos 2020
bertempat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku
Mizan (HATTM). Kursus dihadiri seramai 65
orang yang terdiri daripada anggota perubatan
HATTM bertujuan memberi kefahaman serta
kemahiran kepada anggota perubatan untuk
membimbing pesakit tentang kaedah paling
sesuai dalam melaksanakan ibadah ketika sakit.
Majlis perasmian kursus telah disempurnakan
oleh YBrs. Puan Marriyani binti Mohamad,

35

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

Anggota Polis WPKL Mantapkan Ilmu
Pengurusan Jenazah

JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah
menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada
21 Oktober 2020 bertempat di Surau Amani Ar
Rahman, IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. Majlis
perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan
Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah
(Operasi), JAWI. Kursus yang dihadiri seramai
53 orang peserta ini bertujuan untuk memberi
pendedahan dan pengetahuan secara teori
dan amali tentang pengurusan jenazah yang
merupakan tuntutan fardu kifayah ke atas setiap
orang Islam.

Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) Majlis Apresiasi Kelas Pengajian
Saudara Baru Peringkat Asas Muallaf Sesi 2019/2020

Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) Saudara Baru Seramai 61 orang pelajar telah menerima sijil
Peringkat Asas telah dianjurkan pada 4 hingga tamat pengajian dalam Majlis Apresiasi Kelas
5 Julai 2020 bertempat di Kompleks Darul Pengajian Muallaf Sesi 2019/2020 pada 15 Julai
Hidayah Kuala Lumpur. Kursus dihadiri seramai 2020 bertempat di Kompleks Darul Hidayah,
35 orang peserta terdiri daripada saudara baru Kuala Lumpur. Majlis yang dianjurkan semenjak
yang baharu memeluk Islam. Objektif KIFA tahun 2008 ini bertujuan untuk meraikan dan
adalah untuk menyampaikan perkongsian menghargai muallaf yang cemerlang serta
mengenai indahnya Islam dan cabaran sebagai sentiasa menunjukkan komitmen dan disiplin
saudara baru. Peserta kursus dibimbing agar yang tinggi sepanjang tempoh pengajian. Majlis
mampu menguasai cara berwudhu’ dan amali telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr.
solat dengan betul melalui bimbingan fasilitator Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri Menteri di Jabatan
dalam kalangan tenaga pengajar Kompleks Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Darul Hidayah. Majlis Perasmian Penutupan
telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Maizura
Binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah,
Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian
Pengurusan Dakwah.

36

Kembara Kasih Mualaf BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH

JAWI dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam disempurnakan oleh YBrs. Puan Maizura
Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah,
Pahang (JAIP), Jabatan Kemajuan Orang Asli Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian
(JAKOA), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Pejabat Pengurusan Dakwah.
Setiausaha Kerajaan Pahang dan Pejabat Menteri
di Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Ramah Mesra Pertubuhan Bukan
program Kembara Kasih Mualaf pada 5 hingga Kerajaan (NGO) bersama Pengarah
6 September 2020 di Kampung Kuala Boh, JAWI
Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands, Pahang.
Program ini merupakan salah satu pendekatan Majlis Ramah Mesra NGO Bersama Pengarah
penyampaian dakwah bil hal di samping dapat JAWI dan Daurah Islam, Sunnah dan Isu Semasa
menghulurkan sumbangan serta menyantuni telah diadakan pada 5 Ogos 2020 bertempat
sesama muslim khususnya saudara baru serta di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara,
golongan bukan muslim dalam menyebar luas Kuala Lumpur. Tujuan majlis ini adalah untuk
dakwah dan keindahan Islam. Majlis perasmian mempertingkatkan kerjasama strategik bersama
penutupan program disempurnakan oleh YB NGO di Wilayah Persekutuan dan menyampaikan
Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sumbangan penghargaan kepada NGO atas
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal aktiviti dakwah dan tarbiah yang dijalankan.
Agama). Majlis dihadiri seramai 60 orang terdiri daripada
wakil 25 NGO di Wilayah Persekutuan ini telah
Saudara Baru Kuasai Al-Quran Dalam disempurnakan perasmiannya oleh YBrs. Tuan
Tempoh Masa Singkat Guna Kaedah Haji Munir bin Haji Md Salleh, Timbalan Pengarah
Al-Hira’ (Operasi) JAWI.

JAWI telah menganjurkan Kursus Intensif Fardhu
Ain (KIFA) Saudara Baru Peringkat Pengukuhan
selama tujuh hari bermula 9 hingga 15 September
2020 bertempat di Kompleks Darul Hidayah,
Kuala Lumpur. Kursus yang dihadiri seramai 30
orang ini bertujuan untuk melahirkan saudara
baru yang boleh membaca dan menguasai al-
Quran dalam tempoh yang singkat. Fokus KIFA
pada kali ini adalah berkaitan pembelajaran
al-Quran menggunakan kaedah Al-Hira’. Majlis

37

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

Menyantuni Keluarga Mualaf

Program Ziarah Rahmah Saudara Baru
merupakan salah satu program yang disusun
bagi menyantuni keluarga mualaf yang
terkesan dengan pandemik Covid-19. Beberapa
buah keluarga mualaf menerima sumbangan
berbentuk barangan keperluan harian dan wang
tunai.

Pelancaran MyIslam Mudahkan Urusan Pengislaman Di Luar JAWI

JAWI dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melancarkan QR Code MyIslam
pada 10 Disember 2020 secara maya yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). MyIslam dibangunkan sebagai salah
satu platform permohonan pengislaman secara dalam talian dengan tujuan untuk memudahkan
permohonan pengislaman di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebelum membuat pendaftaran di JAWI.
Pengguna hanya perlu mengimbas QR Code MyIslam dan mengisi borang permohonan melalui telefon
bimbit. Aplikasi ini juga bertujuan membolehkan JAWI memperolehi maklumat pengislaman yang
dibuat di luar waktu pejabat walaupun pemohon belum hadir ke JAWI untuk membuat pendaftaran
pengislaman. Kaedah ini akan mempercepatkan urusan pendaftaran pengislaman kerana pihak JAWI
boleh mengakses terus dokumen pengislaman selain memudahkan kawal selia proses pendaftaran
pengislaman di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

38

BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH

Program Ziarah Dakwah dan

Silaturahim Penduduk Setempat

Taman Wilayah

JAWI dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 5,
Parlimen Batu, Persatuan Mencegah Dadah
Malaysia (PEMADAM) dan Persatuan-Persatuan
Penduduk sekitar Taman Wilayah, Selayang,
Kuala Lumpur telah menganjurkan Program
Ziarah Dakwah dan Silaturahim Penduduk
Setempat pada 29 Februari 2020. Program yang
berbentuk bual bicara ini bermatlamat untuk
membantu pengukuhan institusi kekeluargaan
yang merupakan teras pembinaan generasi masa
hadapan. Majlis perasmian telah disempurnakan
oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail,
Pengarah JAWI.

Rakaman Rancangan Persada Jurnal Konvensyen Kepimpinan Wanita
RTM TV1
JAWI dengan kerjasama Masjid Jamek Sultan
JAWI dengan kerjasama Radio Televisyen Abdul Samad telah menganjurkan Konvensyen
Malaysia (RTM) telah mengadakan rakaman Kepimpinan Wanita yang disiarkan secara
pengurusan jenazah tidak dituntut Hospital langsung melalui Konti Jamek FM, Facebook
Kuala Lumpur bagi program Rancangan Persada JAWI dan Facebook Masjid Jamek Sultan Abdul
Jurnal RTM TV1 pada 18 Ogos 2020 bertempat Samad. Majlis Perasmian Penutupan telah
di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah
Kuala Lumpur Karak, Taman Selasih. Objektif Pengurusan JAWI, YBrs. Encik Shamsul Akmal
utama rancangan tersebut adalah untuk memberi bin Abd Aziz. Peserta terdiri dalam kalangan
pendedahan kepada masyarakat tentang tugas wanita dari pelbagai latar belakang sekitar
dan cabaran yang dihadapi oleh pasukan JAWI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Matlamat
dalam menguruskan jenazah yang tidak dituntut utama penganjuran program ini adalah untuk
di Wilayah Persekutuan.

39

LAPORAN TAHUNAN 2020 segmen sembang santai. Golongan gelandangan
merupakan sasaran dakwah yang tidak pernah
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) dilupakan dalam program yang dianjurkan oleh
JAWI.
menyuntik kesedaran dan semangat kepada para
peserta agar berani menceburkan diri dalam
bidang perniagaan yang menjadi penyumbang
utama kepada peningkatan ekonomi negara.

Seminar Celik ICT Mengikut Acuan “Webinar: International Discourse on
Islam Maulidur Rasul S.A.W”

JAWI dengan kerjasama Masjid Negara Kuala JAWI dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah
Lumpur telah menganjurkan Seminar Celik Persekutuan, Institut Kefahaman Islam
ICT Mengikut Acuan Islam pada 14 September Malaysia (IKIM) dan Persatuan Ulama’ Malaysia
2020 bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur (PUM) buat julung kalinya telah berjaya
dengan penyertaan seramai 70 orang peserta. menganjurkan webinar antarabangsa, iaitu
Seminar ini bertujuan untuk memberikan “Webinar: International Discourse on Maulidur
kemahiran dan pendedahan kepada peserta Rasul S.A.W” pada 12 November 2020 yang
bentuk-bentuk penulisan yang sesuai di media melibatkan 12 orang pembentang berwibawa
sosial. Majlis perasmian disempurnakan oleh dari sembilan buah negara. Program disiarkan
Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBrs. Tuan secara langsung melalui aplikasi Zoom dan
Haji Hanifuddin bin Roslan. Facebook JAWI. Webinar ini bertujuan untuk
memanifestasikan kecintaan kepada junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W dan penghayatan
sirah baginda dalam kehidupan sebenar.
Program telah disempurnakan oleh Mufti Wilayah
Persekutuan, Sahibus Samahah Dr. Luqman Haji
Abdullah.

Santuni Gelandangan Dalam Bicara
Santai Komuniti Disayangi

Program Bicara Santai telah diadakan pada 22
September 2020 bertempat di Pusat Transit
Gelandangan Kuala Lumpur. Seramai 50 orang
peserta turut menerima sumbangan barangan
keperluan harian yang disampaikan oleh YBrs.
Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah
JAWI. Selain itu para peserta dapat berkongsi
pengalaman dan berbicara dari hati ke hati dalam

40

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID

BAHAGIAN
PENGURUSAN MASJID

41

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

PENGENALAN

Hala tuju Bahagian Pengurusan Masjid JAWI ialah menjadi penanda aras pengurusan masjid yang
terkehadapan dengan memastikan kualiti institusi masjid dipertingkatkan melalui aspek pengurusan
organisasi, pengimarahan, kemudahan prasarana dan persekitaran seperti yang terkandung dalam
Pelan Pengimarahan Masjid-masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024.

Syiar kehebatan masjid-masjid diserlahkan seiring dengan perkembangan arus perdana dan menjadi
penggerak serta pemangkin ketamadunan ummah dengan fungsi-fungsi bahagian seperti berikut:

 mengurus pentadbiran masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
 menyelaras permohonan pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan masjid serta surau;
 menyelaras program-program pengimarahan dan takmir masjid dan surau;
 menyelaras pengurusan tanah-tanah perkuburan Islam;
 mengurus penyediaan dan penerbitan teks khutbah Jumaat dan khutbah multimedia;
 memproses pelantikan dan pentauliahan imam ratib, pembantu bilal, guru takmir dan ahli

jawatankuasa masjid serta surau;
 menyelaras latihan kepada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid serta surau; dan
 memproses pembayaran imbuhan dan elaun kepada imam ratib, pembantu bilal, guru takmir

dan ahli jawatankuasa masjid.
 Menyelaras latihan kepada pegawai dan ahli jawatankuasa masjid serta surau.
 Menguruskan perasmian masjid dan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

ke Masjid.
 Menyelaras aktiviti pengagihan barangan keperluan kepada asnaf sekitar Wilayah Persekutuan

melalui JAWI Food Bank.
 Menyelaras kandungan dan siaran Radio JAWI.

PROGRAM DAN AKTIVITI mengambil kira aspek keselamatan dan
kesihatan yang ditetapkan oleh kerajaan
Majlis Pelancaran Program Dapur Al- sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
It’am (PKP). Turut diadakan Gimik Pelancaran Zakat
Online, Penyampaian Bantuan Pengimarahan,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Ihya Ramadhan & Kebersihan/Keceriaan kepada
(JAWI) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan serta
Program Dapur Al-It’am Masjid dan Surau Majlis Penerimaan Sumbangan Multiracial
Wilayah Persekutuan, Pelancaran Zakat Online Reverted Muslims-MRM.
Dan Penyampaian Bantuan Pengimarahan, Ihya
Ramadhan & Kebersihan/Keceriaan Peringkat
Wilayah Persekutuan Tahun 2020M/1441H pada
22 April 2020 bertempat di Masjid Salahuddin
Al Ayyubi, Taman Melati Kuala Lumpur. Majlis
disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr.
Zulkifli bin Mohamad Al Bakri, Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta turut
dihadiri oleh YB Tuan Haji Ahmad Marzuk Bin
Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dapur Al-It’am adalah inisiatif pengimarahan
masjid dan surau di Wilayah Persekutuan
sepanjang bulan Ramadan dengan amalan
bersedekah melalui penyediaan dan agihan
juadah berbuka puasa kepada masyarakat

42

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID

Penyampaian Sumbangan Keperluan Asas kepada JAWI Food Bank

Pada 22 Mei 2020 bertempat di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur telah diadakan Majlis Penyampaian
Sumbangan Makanan Keperluan Asas oleh Kedutaan China di Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan
Mohd Chan kepada JAWI Food Bank. Sebanyak 200 ribu barangan keperluan asas yang merangkumi
beras, gula, tepung dan sebagainya disumbangkan kepada mereka yang memerlukan oleh Duta China
ke Malaysia, Sir Ban Tian. Turut hadir menyaksikan penyerahan barangan tersebut ialah YB Senator
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Seminar Pemahaman Akta @ Kaedah
Pentadbiran Undang-Undang Islam Dan
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan
JK Kariah

Seminar Pemahaman Akta @ Kaedah Pentadbiran
Undang-Undang Islam dan Majlis penyampaian
Watikah Pelantikan JK Kariah sesi 2020/2023
kepada Pengerusi Masjid dan Surau Jumaat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
telah di adakan di Masjid Wilayah Persekutuan
pada 23 Julai 2020. Majlis telah disempurnakan
oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad
Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama).

43

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

Pelancaran Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan

Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Di Wilayah Persekutuan telah dilancarkan oleh YB Senator Datuk
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 20 Ogos
2020 bersempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan. Pelan tersebut
memberi fokus kepada Teras Ibadah, Dakwah, Pendidikan Dan Keilmuan, Sosial, Komuniti dan Alam
Sekitar serta Teras Ekonomi. Pelan pengimarahan ini akan dilaksanakan melalui inisiatif jangka masa
pendek dalam tempoh enam bulan iaitu bermula Julai hingga Disember 2020 dan jangka masa panjang
tahun 2021–2024. Pelan yang dibangunkan ini akan menjadi panduan lengkap kepada pengurusan
masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk mengoptimumkan fungsi pengimarahan
masjid dan surau secara keseluruhan mengikut acuan transformasi pengurusan dan pentadbiran
Islam.

Kursus Profesionalisme Guru-Guru Peserta kursus juga berpeluang mengadakan
Takmir Wilayah Persekutuan kunjungan hormat ke Masjid Cina, Ipoh dan
Masjid Negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
JAWI telah menganjurkan Kursus Profesionalisme
Guru-Guru Takmir Wilayah Persekutuan pada 1
hingga 3 September 2020 bertempat di Dewan
Utama Hotel Casuarina, Meru, Ipoh Perak.
Kursus tahunan yang diwajibkan kepada semua
guru takmir Wilayah Persekutuan ini bertujuan
untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme
dan berkongsi pengalaman dalam kalangan
peserta kursus. Majlis Perasmian Kursus telah
disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin
bin Roslan, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI.
Majlis turut di sertai oleh Timbalan Mufti Kerajaan
Negeri Perak YBhg. Dato’ Zamri bin Hashim.

44

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID

Program Ihya Subuh

Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Menjalara, Kepong telah mengadakan Program Ihya Subuh pada 5
September 2020 sebagai salah satu program yang dirancang dalam Pelan Pengimarahan Masjid
Wilayah Persekutuan 2020-2014. Antara objektif Program Ihya Subuh ini adalah untuk menghidupkan
dan menyemarakkan lagi peranan dan fungsi masjid, selain menjadi salah satu quick win di dalam
Teras Ibadah yang terdapat di dalam pelan pengimarahan tersebut. Program telah disempurnakan
oleh Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee dan turut dihadiri oleh Pengarah JAWI, YBrs.
Tuan Hj. Mohd Ajib Bin Ismail.

Majlis Perasmian Konti Jamek FM

JAWI melalui Masjid Sultan Abdul Samad telah
mewujudkan Konti Jamek FM (Radio Online) dan
Gerobok Muhibbah. Inisiatif tersebut merupakan
Program Quick Win Pelan Pengimarahan Masjid-
Masjid Wilayah Persekutuan Tahun 2020-2024
di bawah inisiatif “Shoutul Masjid” dan “Mosque
Care” dalam memastikan institusi masjid
memainkan peranan sepenuhnya membantu
menyantuni warga Wilayah Persekutuan tanpa
mengira perbezaan latar belakang bangsa dan
agama. Majlis Perasmian telah disempurnakan
oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad
Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama) pada 18 November 2020.
Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Syed Hussein Al-
Habshee, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan.

45

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

Persidangan Pengerusi-Pengerusi JK Kariah Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan

Bahagian Pengurusan Masjid JAWI telah menganjurkan Persidangan Pengerusi-Pengerusi JK Kariah
Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting pada 15
Disember 2020. Ucapan aluan dan pembentangan empat kertas cadangan di dalam persidangan ini
telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Selain itu, satu kertas
cadangan juga dibentangkan oleh Pemangku Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
Malaysia (YAPIEM) YBrs. Puan Parihah binti Hasan. Seramai 89 Pengerusi JK Kariah Masjid Wilayah-
Wilayah Persekutuan telah mengikuti persidangan secara maya.

INFORMASI DAN STATISTIK

SUMBANGAN JAWI FOOD BANK DAN DAPUR IT'AM
SEHINGGA DISEMBER 2020

Penerima:
518,906 orang

Kos:
RM4,028,350.00

Agihan:
176,694 pek

Kos:
RM2,501,845.09

46

BAHAGIAN PELAJARAN

BAHAGIAN
PELAJARAN

47

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

PENGENALAN

Bahagian Pelajaran bertanggungjawab menguruskan hal ehwal Pendidikan Islam di Sekolah Integrasi

Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Sekolah Rendah Agama (SRA), dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Bahagian ini terbahagi kepada 7 cawangan:



ê Cawangan Naziran ê Cawangan Pembangunan Guru

 Unit Penaziran

 Unit Pembangunan ê Cawangan Pengurusan Akademik

Infrastruktur

 Unit Penyelarasan dan ê Cawangan Penilaian dan

Peperiksaan Keurusetiaan

ê Cawangan Pengurusan Sekolah ê Cawangan Kurikulum dan

Kokurikulum

 Unit Pengurusan Sekolah ê Cawangan Pengurusan Hal Ehwal

 Unit Penyelarasan Sekolah Murid

Agama & Tahfiz Swasta

FUNGSI UTAMA

Bahagian ini menjalankan fungsi-fungsi seperti berikut:

ê Mengurus pentadbiran sekolah dan hal ehwal perkhidmatan guru-guru.

ê Mengurus penyeliaan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sekolah.

ê Merancang dan mengurus pembangunan infrastruktur dan fasiliti sekolah.

ê Membangun dan memantapkan kurikulum dan kokurikulum.

ê Mengurus pendaftaran penubuhan dan memantau sekolah agama dan tahfiz swasta.

PROGRAM DAN AKTIVITI pada 2 hingga 10 Januari 2020 melibatkan
lima buah sekolah integrasi iaitu SIRAJ Saidina
Minggu Transisi Sekolah Integrasi Uthman bin Affan, SIRAJ Al-Alusi, SIRAJ Abu Dzar
Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Al-Ghifari, SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas dan SIRAJ
Abdullah Ibnu Mas’ud.
Program transisi diadakan bertujuan untuk
membantu murid-murid menyesuaikan diri
dengan keadaan persekitaran dan pembelajaran
yang berbeza daripada pendidikan di pra-
sekolah, tadika ataupun di rumah. Melalui
program ini para guru dapat menyelaras
kognitif, emosi dan jasmani murid-murid secara
menyeluruh sebelum memulakan pembelajaran
secara formal di tahun satu selain dapat menarik
minat serta meningkatkan motivasi murid-murid
untuk hadir ke sekolah. Program yang dijalankan

48

Taklimat Pergerakan Jawatankuasa BAHAGIAN PELAJARAN
Teknikal Ihtifal (JATI)
Pengemaskinian Data dan Penyediaan
Taklimat Pergerakan Jawatankuasa Teknikal Laporan Data Melalui Sistem Maklumat
Ihtifal (JATI) telah diadakan pada 16 Januari Pendidikan Islam (SIMPENI)
2020 bertujuan untuk mengemaskini pelan
tindakan Ihtifal SIRAJ, SRA, dan KAFA di Bengkel pengemaskinian data dan penyediaan
samping memberikan penerangan berkaitan laporan data SIRAJ dan SRA melalui Sistem
penetapan syarat-syarat bagi setiap acara Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) dan
yang dipertandingkan. Sepuluh acara baharu taklimat pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM)
telah dipilih dan dipertandingkan dalam Ihtifal telah diadakan pada 15 dan 16 Januari 2020
tahun ini iaitu acara pengurusan jenazah, azan, di Dewan Jejantas Kompleks Pusat Islam.
bercerita dan khutbah. Acara sedia ada yang Bengkel ini bertujuan untuk mengemaskini
dipertandingkan ialah nasyid, tilawah al-Quran, semua data pelajar dalam Sistem SIMPENI
syarahan Bahasa Melayu, hafazan, penulisan agar maklumat tepat dan lengkap di samping
khat dan penulisan Jawi. memberi penekanan berkaitan kepentingan
mengemaskini buku kehadiran murid setiap
bulan. Bengkel dihadiri seramai 144 orang Guru
Penolong Kanan HEM dan guru data bagi SIRAJ
dan SRA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya.

Lawatan Kerja ke SRA Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor

Bahagian Pelajaran, JAWI telah mengadakan lawatan kerja ke SRA Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor
pada 10 Februari 2020. Lawatan yang disertai seramai 10 orang guru bertujuan untuk memberikan
pendedahan berkaitan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) agar lebih sistematik dan tersusun.
Lawatan ini juga dapat mewujudkan jalinan mesra antara kedua-dua pihak di samping bertukar-tukar
pendapat dan berkongsi pengalaman dalam pengurusan Buku Teks.

49

LAPORAN TAHUNAN 2020

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

Kursus Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA)
Kursus Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) telah diadakan
pada 19 Februari 2020. Kursus tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan penguasaan
kemahiran pedagogi dan teknologi pendidikan kepada guru-guru JAWI untuk diaplikasikan dalam
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Kursus yang telah dihadiri oleh Jurulatih Utama (JU) dari Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan dan guru dari setiap sekolah JAWI mengikut zon telah disempurnakan
perasmiannya oleh YBrs. Encik Mohd Alif Iqbal bin Shah Bani, Penolong Pengarah, Bahagian Pelajaran
JAWI.

Taklimat Pengurusan Panitia bagi Sekolah
Rendah Agama (SRA) JAWI
Bahagian Pelajaran, JAWI telah mengadakan
taklimat pengurusan panitia pada 20 Februari
2020. Taklimat yang melibatkan 58 orang guru
dari Zon 1 dan 2 ini bertujuan untuk membantu
pengurusan panitia serta menyelaras sistem
rekod fail panitia bagi setiap mata pelajaran
di SRA agar lebih tersusun dan sistematik.
Taklimat ini disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji
Mohd Ismadi bin Aris, Penolong Pegawai Unit
Kurikulum dan Kokurikulum, Bahagian Pelajaran
JAWI.

50


Click to View FlipBook Version