PENGENALAN
Al-Busyra diterbitkan bertujuan menyampaikan maklumat
berkaitan program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat
Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan
ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI
• Petikan Bulan Ini 2 PENASIHAT
• Menyebar Risalah Kepada Ummah 3-12 Haji Mohd Ajib bin Ismail
• Lensa JAWI@Media 13
• Fokus Berita 13 KETUA PENYUNTING
• Poster Pengumuman 13 Saiful Azhar bin Saadon
• Artikel Pilihan (Al-Nasihah) 14
• JAWI@ 14 PENYUNTING
• Info Grafik Pilihan 15 Siti Sakinah binti Hayat
Khairunnisa binti Bakri
Mohammad Hafizee bin Md
Hashim
Muhammad Azri bin Azmi
JURUFOTO
Mohammad Irfan Amin Chang
Bin Abdullah
1
Petikan Bulan Ini
“JAWI memperkenalkan enam tips
terbaik keharmonian keluarga iaitu
sayang menyayangi, menghantar
mesej terbaik, memanggil dengan
panggilan terbaik, mengambil berat
perihal pasangan, ingat mengingati,
dan memaafkan pasangan.”
Haji Mohd Ajib bin Ismail
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
2
Menyebar risalah
kepada ummah
1 September 2020
Lawatan kerja ke Masjid Muhammadi/ Masjid
Cina, Ipoh Perak. Lawatan tersebut bersempena
penganjuran Kursus Profesionalisme Guru-
Guru Takmir Wilayah Persekutuan tahun 2020
yang diadakan bermula 1 hingga 3 September
2020 dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam
Perak (JAIPK)
2 September 2020
Ujian Tasmik Majlis Menghafaz al-Quran
Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat
di Bilik Kuliah 1 dan 2 Masjid Negara Kuala
Lumpur
Ujian tersebut diadakan bagi memilih peserta
menyertai Majlis Saringan Menghafaz al-
Quran Peringkat Wilayah Persekutuan pada 2
dan 3 September 2020
2 September 2020
Perasmian Kursus Profesionalisme Guru-
Guru Takmir Wilayah Persekutuan Tahun
2020, Hotel Casuarina Ipoh Perak. Majlis turut
disertai oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri
Perak YBhg. Dato’ Zamri bin Hashim yang
turut menyampaikan Tausiah kepada semua
peserta kursus
3
3 September 2020
Program Ziarah Dakwah Secara Berkala
di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Serahan
sumbangan kepada pesakit dilaksanakan
secara simbolik melalui wakil pengurusan
hospital/ wad bersama pihak JAWI. Tujuan
utama pelaksanaan program ziarah ini
adalah untuk memastikan pesakit di hospital/
pusat perubatan mendapat sokongan moral
di samping menyalurkan sumbangan
barang keperluan harian bagi membantu
meringankan bebanan pesakit di hospital/
pusat perubatan dan juga waris
3 September 2020
Simposium Munakahat bertajuk “Gantung
Tidak Bertali” bertempat di Dewan Rafflesia
Ujana Kewangan melibatkan peserta yang
terdiri daripada penjawat awam dan NGO di
Wilayah Persekutuan Labuan
Simposium ini bertujuan memberi
pendedahan dan kesedaran kepada
masyarakat Islam berkaitan pengurusan hal
ehwal kekeluargaaan Islam
3 September 2020
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat
Sekolah 2020, SRA Saidina Ali, Kg. Padang
Balang, Sentul bertujuan memperingati
ulangtahun hari kemerdekaan ke-63 dengan
tema ‘Malaysia Prihatin’
4
4 September 2020
Majlis Sambutan Maal Hijrah 1442H / 2020M
dan Penerangan Isu-Isu Syariah Semasa,
Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran
Negara Malaysia (JPN)
Program tersebut diadakan bertujuan
memperjelas isu-isu syariah semasa
berkaitan Akta 559 dan Akta 303 khususnya
kepada penjawat awam yang bertugas di Putrajaya dengan tujuan melahirkan masyarakat
Putrajaya yang sejahtera dan harmoni
5 September 2020
Dialog Prestasi Program Peningkatan Mata
Pelajaran Sekolah Rendah Agama (SRA) dan
Sekolah Integrasi Rendah Agama (SIRAJ)
JAWI, Dewan Serbaguna Masjid Wilayah
Persekutuan yang memberi fokus kepada
isu- isu pendidikan dan kurikulum di SRA dan
SIRAJ JAWI
5 September 2020
Kembara Merdeka JAWI 2020 melibatkan
aktiviti konvoi bermotosikal bermula di
Masjid Al-Imam Al-Ghazali dan berakhir di
Malakat Mall, Cyberjaya. Konvoi turut singgah
di beberapa masjid lain seperti Masjid
Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati, Masjid
Ar-Rahimah Kampung Pandan, Masjid Al-
Muqarrabin Bandar Tasek Selatan dan Masjid
Mahmoodiah Putrajaya
Di antara pengisian program adalah solat Dhuha, tazkirah serta aktiviti menyantuni
masyarakat dan penyampaian sumbangan kepada asnaf di setiap masjid yang dilawati
5
6 September 2020
Program Kembara Kasih Muallaf, Kampung Kuala Boh, Mukim Ulu Telom, Cameron
Highlands, Pahang
Program yang berlangsung selama 2 hari tersebut diisi dengan acara Sukaneka
Mahabbah, Klinik Tahsin Al-Fatihah, Door To Door (ziarah ke rumah), Solat berjemaah/
Kuliah Maghrib Sempena Maal Hijrah, Persembahan Kebudayaan & Kesenian Islam,
Cabutan Bertuah, dan Saringan Kesihatan
Program tersebut adalah sebuah pendekatan penyampaian dakwah bil hal di samping
memberi pendedahan kepada pelajar kelas pengajian Muallaf JAWI untuk bersama
penduduk kampung dalam kalangan Orang Asli di kawasan pendalaman
8 September 2020
Kunjung Mesra ke Asrama Bahagia Kampung
Pandan, Kuala Lumpur. Tujuan kunjung mesra
ini diadakan adalah untuk membincangkan
pelaksanaan dan pengisian program yang
akan dianjurkan oleh pihak JAWI pada masa
akan datang khusus bagi penghuni Asrama
Bahagia
8 September 2020
Program Sinar Rohani Saudara Kita Siri 5
Tahun 2020 bertempat di Dewan Utama,
Kompleks Darul Kifayah, Wilayah Persekutuan
Labuan
Objektif program pada kali ini bertujuan
untuk memberi penerangan kepada Saudara
Baru berkenaan peranan Jabatan Kesihatan
Negeri di Wilayah Persekutuan Labuan. Selain
itu, peserta program juga telah diberikan
penerangan berkenaan pemerkasaan
komuniti dalam mengawal dan mencegah
penularan wabak Covid-19
6
9 September 2020
Lawatan ke Konti Jamek FM, Masjid Jamek
Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk
meninjau secara langsung Seminar Celik
ICT Online yang bersiaran melalui Konti
Jamek FM selain bertukar-tukar idea dan
pandangan bersama petugas-petugas konti.
10 September 2020
Konvensyen Kepimpinan Wanita
tahun 2020, Masjid Jamek
Sultan Abdul Samad Kuala
Lumpur
Program yang turut disiarkan
secara langsung melalui Konti
Jamek FM tersebut bertujuan
menyuntik kesedaran dan semangat kepada para peserta untuk berani menceburkan
diri dalam bidang perniagaan yang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan
ekonomi negara
10 September 2020
Majlis Penyampaian Sumbangan JAWI Food
Bank sempena Misi Musa’dah Covid-19
bertempat di Perumahan Awam Sri Perlis 1,
Kg. Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Seramai 80 orang asnaf dan golongan B40
yang terdiri daripada golongan ibu tunggal
dan warga emas telah menerima sumbangan
dalam majlis berkenaan
7
14 September 2020
Seminar Celik ICT Mengikut Acuan Islam,
Masjid Negara Kuala Lumpur
Program tersebut bertujuan memberikan
pendedahan berkaitan penulisan dakwah
yang berkesan di media sosial
14 September 2020
Majlis Penyerahan SST (Surat Setuju Terima)
Kepada Kontraktor Bagi Kerja-Kerja Tender
Penggantian 2 Unit Eskalator Dan 1 Unit Lif
Di Masjid Wilayah Persekutuan, JKR Woksyop
Persekutuan, Jalan Arowana, Cheras
15 September 2020
Majlis Perasmian Penutup Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) Saudara Baru Peringkat
Pengukuhan Tahun 2020, Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidayah
Kursus yang berlangsung selama 7 hari bermula 9 September 2020 (Rabu) sehingga
15 September 2020 (Selasa) ini bertujuan untuk melahirkan Saudara Baru yang
boleh membaca dan menguasai Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Kursus ini
menunjukkan hasil yang memberangsangkan apabila ada peserta yang mampu
membaca Al-Quran dalam tempoh 3 hingga 5 hari kursus ini diadakan
8
17 September 2020
Bengkel Pengukuhan Undang-Undang
Keluarga Islam Siri 2/2020 bertempat di Bilik
Mesyuarat Utama Al-Farabi, JAWI Putrajaya
Bengkel tersebut bertujuan untuk memberi
pendedahan dan kefahaman kepada
Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah,
Cerai dan Ruju’ berkaitan pengendalian
runding cara, Jawatan Kuasa Pendamai,
pengurusan hal ehwal nikah, cerai dan ruju’
serta perkara yang berkaitan dengannya
18 September 2020
Majlis penghargaan Pegawai Penguatkuasa
Agama (PPA) JAWI, Hotel Seri Pacific Kuala
Lumpur. Majlis ini bertujuan memberikan
penghargaan terhadap peranan yang
dimainkan oleh semua PPA yang terlibat
dalam pemantauan Masjid dan Surau
Jumaat semasa PKP, PKPB dan PKPP demi
memastikan segala SOP dipatuhi dan tiada
penularan wabak Covid-19 dalam kalangan
ahli jemaah masjid dan surau
18 September 2020
Majlis Penyampaian Sumbangan JAWI
Food Bank dan Pelancaran Jamuan Asnaf
bersama QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd
Fasa ll, Masjid Al-Imam Al-Tirmizi
Seramai 50 orang asnaf kariah masjid telah
menerima sumbangan barangan keperluan
asas dan pek makanan Ayamas
9
18 September 2020
Kursus Pascaperkahwinan Islam (Modul
Pascaperkahwinan Islam (Fasa Sehati
Sejiwa), Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay,
Kuala Lumpur. Kursus selama 3 hari 2
malam bermula 18 hingga 20 September
2020 bertujuan memberikan kesedaran dan
motivasi tentang peranan dan tanggungjawab
suami isteri/ibu bapa yang sebenar bagi
mewujudkan sebuah keluarga bahagia
21 September 2020
Kursus Pengurusan Jenazah Siri 2/2020 bertempat di Surau Amani Ar Rahman IPD
Dang Wangi,Kuala Lumpur
Kursus tersebut menyentuh berkenaan adab menziarahi pesakit serta cara-cara
berhadapan dengan orang yang sedang nazak, praktikal berkaitan kewajipan orang
hidup terhadap orang mati meliputi mandi, kafan dan solat jenazah yang dibantu oleh
fasilitator berpengalaman JAWI
22 September 2020
Pemeriksaan tapak runtuhan cerun di Tanah
Perkuburan Islam Titiwangsa bersama
pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Kerja-kerja
pembaikan akan dilaksanakan sepenuhnya
oleh JKR Cawangan Kejuruteraan Cerun
10
22 September 2020
Bicara Santai Komuniti Disayangi Siri 1 dan
program menyantuni golongan gelandangan
di ibu kota bertempat di Pusat Transit
Gelandangan Kuala Lumpur bertujuan
mendekati dan memahami golongan sasar
di samping menyampaikan sumbangan
barangan keperluan harian
23 September 2020
Kelas Tafaqquh Munakahat Kepada Pendaftar
dan Penolong Pendaftar Perkahwinan
Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam Wilayah
Persekutuan Siri 2/2020 bertempat di Masjid
Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur
Di antara pengisian program adalah soal
jawab berkaitan isu-isu Nikah, Cerai dan Ruju’
24 September 2020
Program Kesihatan Jom ‘fit’ anjuran Kelab
Kebajikan Bahagian Penguatkuasaan
(KKBPK) dalam usaha memastikan Pegawai
Penguatkuasa Agama (PPA) sentiasa cergas
sepanjang masa
Aktiviti sebegini dapat membina minda PPA
yang cerdas dalam menjalankan tugas, di
samping mempunyai tahap kesihatan yang
baik
11
26 September 2020
Program Skuad Rohani “Pengurusan
Jenazah Norma Baharu” bertempat di
Surau Al Furqan, Presint 11, Putrajaya
Objektif program ini diadakan adalah
memberi pendedahan mengenai
kepentingan mengetahui kaedah
pengurusan jenazah, menambah ilmu
pengetahuan peserta agar lebih bersedia
dalam memberi khidmat terakhir kepada
waris atau umat Islam sejurus kematian
serta sebagai persediaan menghadapi
dan menguruskan kematian
28 September 2020
Program Semarak JAWI, Sekolah
Rendah Agama (SRA) An-Najah,
Presint 9A Putrajaya
Program ini telah diadakan Sempena
Bulan Kebangsaan melibatkan
pelajar di Sekolah Rendah Agama
(SRA), Sekolah Integrasi Rendah
Agama JAWI (SIRAJ) dan KAFA dari
setiap zon di Wilayah Persekutuan
Di antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan buku skrap, mewarna,
penulisan khat, imlak (ejaan), karangan jawi dan pameran
29 September 2020
Ujian Tasmik Majlis Saringan Tilawah al-
Quran Peringkat Zon Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur 1442H bertempat di Dewan
Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala
Lumpur
12
Lensa JAWI@Media
Fokus Berita
Poster Pengumuman
13
Artikel Pilihan
(Al-Nasihah)
JAWI@
14
Info Grafik Pilihan
JAWIFM
15