The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JAWI Santuni Pelanggan OKU

Jom baca Al-Busyra, medium penyampaian maklumat program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Buku Maya Al-Busyra JAWI, 2023-07-09 22:08:37

Majalah al-Busyra Februari 2023

JAWI Santuni Pelanggan OKU

Jom baca Al-Busyra, medium penyampaian maklumat program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

Membawa Berita Gembira, Berkhidmat Untuk Umat AL-BUSYRA SIRI 02/2023 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN FEDERAL TERRITORY ISLAMIC RELIGIOUS DEPARTMENT Menteri Di Jabatan Perdana Beri Amanat Kepada Warga JAWI Menteri (Hal Ehwal Agama) JAWI SANTUNI PELANGGAN OKU


PETIKAN BULAN INI PETIKAN BULAN INI 6 kunci kebahagiaan hidup yang perlu dihayati bersama iaitu jangan membenci sesiapa, jangan terlalu bersedih walaupun tekanan memuncak, hidup dalam kesederhanaan, jangan putus berdoa, banyakkan memberi, tersenyumlah selalu walau hati sedang menangis DATUK HAJI MOHD AJIB BIN ISMAIL Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


AL-BUSYRA PENGENALAN Buletin Al-Busyra diterbitkan bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan ISI KANDUNGAN Menyebar Risalah kepada Ummah Artikel Pilihan (Al-Nasihah) Fokus Berita Poster Pengumuman Infografik Pilihan Lensa JAWI@Media JAWI@ 3 13 14 15 16 17 18 SIDANG REDAKSI PENASIHAT Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail PENGARANG Saiful Azhar bin Saadon PENYUNTING Siti Sakinah binti Hayat Khairunnisa binti Bakri Mohammad Hafizee bin Md Hashim JURUFOTO EDARAN Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah Muhd Hafiz bin Hallmi PENASIHAT Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail PENGARANG Saiful Azhar bin Saadon PENYUNTING Siti Sakinah binti Hayat Khairunnisa binti Bakri Mohammad Hafizee bin Md Hashim Siti Nazehah binti Zulkipli JURUFOTO EDARAN Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah Muhd Hafiz bin Hallmi جاوي


MENYEBAR RISALAH KEPADA UMMAH 3 MURID-MURID SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) JAWI SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN Program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan diadakan di Sekolah Rendah Agama (SRA) Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda. Antara pengisian yang dianjurkan adalah pertandingan mewarna bendera Wilayah Persekutuan yang disertai oleh murid-murid tahun 1 hingga 6 bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi baharu. 3 Februari 2023 TAKLIMAT PENGURUSAN KAFA BINCANG TINGKATKAN ASPEK PENGURUSAN 4 Februari 2023 Sesi Taklimat Pengurusan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) 2023 dilaksanakan di Dewan Sekolah Rendah Agama (SRA) Nurul Hidayah Layang-Layangan, Labuan. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan pengurusan kelas, Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), cuti dan pembangunan serta taklimat tentang sistem payroll.


AL-BUSYRA 8 Februari 2023 4 PROGRAM AIDILFITRI @ DATARAN MERDEKA BERSEDIA DILAKSANAKAN 9 FEBRUARI 2023 Mesyuarat Penyelarasan Program Aidilfitri@ Dataran Merdeka dilaksanakan bersama-sama wakil dari pelbagai agensi serta rakat strategik JAWI. Program berkonsepkan membawa institusi masjid dan surau ke tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur bagi menyantuni masyarakat bakal memasuki penganjuran kali ketiga semenjak mula diperkenalkan pada tahun 2019. Kelas Pengajian Tafaqquh Fiddin tahap 2 disampaikan oleh Ustaz Mohd Rizal Mat Jidin di Masjid Wilayah Persekutuan. Program tersebut merupakan kolaborasi strategik bersama Yayasan Pahang bertujuan menyebarluaskan platform penyampaian ilmu agama kepada umat Islam. PENGAJIAN TAFAQQUH FIDDIN LUASKAN PLATFORM PENYAMPAIAN ILMU AGAMA


5 1,000 ORANG WARGA JAWI DENGAR AMANAT DISAMPAIKAN YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) 10 Februari 2023 Majlis Amanat YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Kepada Warga JAWI telah diadakan di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan serta dihadiri oleh 1,000 orang peserta. Pada majlis sama, turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang Seminar Penyelidikan Tindakan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 (TINDAK2022) dan penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG34 dan DG38 serta penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan JAWI. Taklimat berkaitan Skim Takaful Penjawat Awam oleh CUEPACS Care telah disampaikan kepada warga JAWI sebelum majlis penyampaian amanat bermula. SURAU LUQMAN AL-HAKIM, JALAN PADANG TEMBAK, KEM KEMENTAH DIISYTIHAR SEBAGAI SURAU JUMAAT BAHARU Majlis Pengisytiharan Surau Jumaat baharu iaitu Surau Luqman Al-Hakim, Jalan Padang Tembak, Kem Kementah, Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Mejar Jeneral Dato' Haji Mohd Rashidi Buja dan Pengerusi surau Jumaat Luqman Al-Hakim, Mejar Jeneral Dato' Haji Mislan Anuar. 10 Februari 2023


AL-BUSYRA 6 10 Februari 2023 BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID, JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK (JAIS) TEROKA PELUANG KERJASAMA DENGAN JAWI Kunjungan Mesra Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak (JAIS) ke Bahagian Pengurusan Masjid JAWI bertempat di Bilik Mesyuarat Teratai, Menara Pusat Islam Kuala Lumpur. Kunjungan tersebut bertujuan bertukar-tukar pandangan dan meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua agensi bagi mewujudkan tadbir urus baik bagi institusi masjid. Delegasi JAIS diketuai oleh Ustaz Mohammad Shahtella Montel, Pegawai Penyelaras Takmir Negeri Sarawak. 11 ORANG PENOLONG PENDAFTAR NIKAH, CERAI DAN RUJU’ (PPNCR) WILAYAH PERSEKUTUAN BAHARU DILANTIK 13 Februari 2023 Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ (PPNCR) Wilayah Persekutuan diadakan di Kompleks Pusat Islam JAWI melibatkan 11 orang penerima, iaitu seorang Pendaftar Kanan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya merangkap Wali Raja serta 10 orang PPNCR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PPNCR berperanan sebagai pemudah cara kepada masyarakat Islam di kariah masjid masing-masing berhubung isu, permasalahan, prosedur dan peraturan berkaitan nikah, cerai dan rujuk.


7 Sesi libat urus antara Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI dan Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang (BSPUU) Jabatan Peguam Negara (AGC) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Farabi JAWI Putrajaya. Sesi tersebut dipengerusikan oleh Dato' Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Bahagian BSPUU, AGC disertai oleh 20 anggota PPA JAWI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sesi berkenaan bertujuan memperkasakan beberapa aspek berkaitan penguatkuasaan Undang-Undang Syariah di Wilayah Persekutuan. 14 Februari 2023 BAHAGIAN PENGUATKUASAAN JAWI DAN BAHAGIAN SYARIAH DAN PENGHARMONIAN UNDANG-UNDANG (BSPUU) JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) BINCANG PERKASA ASPEK PENGUATKUASAAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 15 Februari 2023 Majlis Perasmian Hari Anugerah Cemerlang diadakan di 3 lokasi berbeza sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3), Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Dewan Masjid Putra. Hari Anugerah Cemerlang diadakan setiap tahun bagi meraikan kejayaan murid-murid dalam bidang akademik khususnya yang mengikuti kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dari tahun 1 hingga tahun 6. RAIKAN KEJAYAAN MURID KAFA


AL-BUSYRA 8 17 Februari 2023 Majlis Ujian Tasmik dan Saringan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2023M berlangsung selama empat hari di Bilik Kuliah dan Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur melibatkan seramai 151 orang peserta. Ujian berkenaan diadili oleh enam orang ahli Jemaah Hakim yang berpengalaman luas dalam bidang hafazan al-Quran. Seramai 18 orang peserta lelaki dan perempuan mengikut kategori juzuk (1-10, 1-20 dan 1-30) yang layak akan terpilih menyertai Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan bagi tahun 2023. 151 ORANG PESERTA IKUTI UJIAN AL-QURAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TASMIK DAN SARINGAN HAFAZAN 18 Februari 2023 MARDI DAN UNIVERSITI MALAYA BERI PENDEDAHAN KONSEP MASJID HIJAU Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Malaya telah menganjurkan Seminar Masjid Hijau pada 16 hingga 18 Februari 2023 di MARDI Cameron Highlands. Seminar tersebut dianjurkan bagi memberikan pendedahan kepada masjid yang berpotensi untuk memperkasakan persekitaran masjid melalui konsep Pertanian Dalam Bandar dan Masjid Dalam Taman selaras dengan Standard Penarafan Masjid Wilayah-Wilayah Persekutuan dan Memorandum Persefahaman Masjid Hijau bersama Universiti Malaya. Para peserta seminar juga diberikan latihan dan bimbingan oleh MARDI berkaitan jenis-jenis tumbuhan dan tanaman yang boleh dibangunkan di masjid-masjid.


Majlis Penyampaian Sijil ISO 9001:2015, Skop "Pengurusan Perkhidmatan Masjid" kepada Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar (MSABA). Sijil tersebut disampaikan oleh Encik Zakaria bin Muhammad Nor dari SIRIM kepada Profesor Emeritus Dr. Azman bin Awang, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kariah MSABA yang disaksikan oleh Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 20 Februari 2023 MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ, BANGSAR (MSABA) TERIMA SIJIL ISO Program Pembudayaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dilaksanakan di bangunan Kompleks Pusat Islam, JAWI Kuala Lumpur bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Aktiviti tersebut disertai oleh pengurusan tertinggi dan warga JAWI melalui pembahagian tugas di 12 zon kerja yang ditetapkan. JAWI LAKSANAKAN 22 Februari 2023 EKSA UNTUK WUJUDKAN PERSEKITARAN KERJA KONDUSIF 9


AL-BUSYRA 10 23 Februari 2023 JAWI KUNJUNGI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BAGI PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN KERJASAMA DUA HALA Kunjungan hormat ke Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPN WPKL), disertai oleh 13 orang ahli delegasi JAWI yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Ketibaan delegasi disambut oleh Encik Kamarul Ikram bin Sidek, Timbalan Pengarah JPN WPKL serta pegawai dan kakitangan jabatan tersebut. Kunjungan hormat berkenaan bertujuan untuk mengadakan perkongsian maklumat serta menjalinkan kerjasama dua hala antara dua agensi. Pelbagai isu telah diperbincangkan seperti permohonan berkahwin antara warganegara dan bukan warganegara yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, pendaftaran kelahiran anak bagi ibu bapa yang tidak mempunyai sijil kahwin, carian maklumat dalam Daftar Perkahwinan dan Perceraian JPN, penggunaan alat pembaca biometrik (Biometric Card Reader) MyKad/MyKid, semakan status mualaf yang membuat pindaan nama, semakan status kelahiran anak, penggunaan Kad Akuan Masuk Islam bagi urusan berkaitan hal ehwal Islam dan sebagainya. Turut diadakan sesi lawatan ke Bahagian Perkahwinan dan Penceraian bagi meninjau upacara perkahwinan orang bukan Islam yang dilaksanakan di JPN WPKL.


11 24 Februari 2023 25 ANGGOTA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA (PPA) JAWI SERTAI BENGKEL KEMAHIRAN MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH Bengkel Kemahiran Menjadi Saksi di Mahkamah dilaksanakan kepada anggota Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) pada 22 hingga 24 Februari 2023 di The Straits Hotel & Suites, Melaka. Seramai 25 anggota PPA dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menyertai bengkel tersebut sebagai wadah untuk memperkasakan kemahiran PPA dalam menjalankan tugasan sebagai saksi serta tugas-tugas lain berkaitan penguatkuasaan Undang-Undang Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan. 30 ORANG PESERTA OKU PENDENGARAN AL-QURAN DAN FARDHU AIN IKUTI KELAS BIMBINGAN Kelas Bimbingan Al-Quran dan Fardhu Ain kepada Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran Siri 1/2023 diadakan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Kelas tersebut diadakan 2 kali sebulan bermula bulan Mac sehingga Oktober 2023. Seramai 30 orang peserta OKU Pendengaran telah mengikuti Kelas Siri 1/2023 dengan topik ceramah Peristiwa Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Azhar bin Ismail. 26 Februari 2023


AL-BUSYRA 12 Kunjung hormat Civil Defence Emergency Respond Team (CDERT) JAWI kepada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dilaksanakan bagi menyelaras gerak kerja dan hala tuju CDERT JAWI tahun 2023. Delegasi CDERT JAWI yang diketuai oleh Puan Norhayati binti Zainudin merangkap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAWI juga membuat pemeriksaan kepada surau APM Daerah yang di dalam proses pendaftaran dengan JAWI. 27 Februari 2023 CIVIL DEFENCE EMERGENCY RESPOND TEAM (CDERT) JAWI BINCANG GERAK KERJA DAN HALA TUJU BERSAMA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA JAWI MUDAHKAN URUSAN PELANGGAN OKU 27 Februari 2023 Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI menyantuni pelanggan kategori Orang Kurang Upaya (OKU) di ruangan parkir kereta di hadapan lobi bagi urusan nikah, cerai dan ruju' (NCR) serta Jawatankuasa Pendamai. Inisiatif tersebut dilaksanakan bertujuan mempermudahkan urusan para pelanggan yang memerlukan bantuan khas terutamanya mengalami kurang upaya fizikal dan berkerusi roda.


13 ARTIKEL PILIHAN (AL-NASIHAH)


AL-BUSYRA 14 FOKUS BERITA


15 POSTER PENGUMUMAN


AL-BUSYRA 16 INFOGRAFIK PILIHAN


17 LENSA JAWI @ MEDIA


AL-BUSYRA 18 جاوي @JAWI


AL-BUSYRA JAWI KL 1-800-88-1771 JAWI Cawangan Putrajaya 1-800-88-2675 Hotline PENGUATKUASAAN www.jawi.gov.my JAWIWP jawi_kl myJAWI TV JAWI JAWI FM PORTAL RASMI JAWI


Click to View FlipBook Version