The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

33 Orang Pelajar Mualaf Berjaya Tamatkan Pengajian Di Kompleks Darul Hidayah (KDH)

Jom baca Al-Busyra, medium penyampaian maklumat program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Buku Maya Al-Busyra JAWI, 2023-08-23 00:01:38

Majalah Al-Busyra Jun 2023

33 Orang Pelajar Mualaf Berjaya Tamatkan Pengajian Di Kompleks Darul Hidayah (KDH)

Jom baca Al-Busyra, medium penyampaian maklumat program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

Membawa Berita Gembira, Berkhidmat Untuk Umat AL-BUSYRA SIRI 06/2023 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN FEDERAL TERRITORY ISLAMIC RELIGIOUS DEPARTMENT Berjaya Tamatkan Pengajian Di Kompleks Darul Hidayah (KDH) 33 ORANG PELAJAR MUALAF


PETIKAN BULAN INI PETIKAN BULAN INI DATUK HAJI MOHD AJIB BIN ISMAIL Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Segala arahan dan peraturan khususnya berkaitan aspek integriti mestilah sentiasa dipatuhi ketika menjalankan tugas sebagaimana dinyatakan dalam pekeliling dan garis panduan yang berkuat kuasa.


AL-BUSYRA PENGENALAN Buletin Al-Busyra diterbitkan bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan ISI KANDUNGAN Menyebar Risalah kepada Ummah Artikel Pilihan (Al-Nasihah) Fokus Berita Poster Pengumuman Infografik Pilihan Lensa JAWI@Media JAWI@ 3 21 22 23 24 25 26 SIDANG REDAKSI PENASIHAT Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail PENGARANG Saiful Azhar bin Saadon PENYUNTING Siti Sakinah binti Hayat Khairunnisa binti Bakri Mohammad Hafizee bin Md Hashim JURUFOTO EDARAN Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah Muhd Hafiz bin Hallmi PENASIHAT Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail PENGARANG Saiful Azhar bin Saadon PENYUNTING Siti Sakinah binti Hayat Khairunnisa binti Bakri Mohammad Adam bin Mohd Siti Nazehah binti Zulkipli JURUFOTO EDARAN Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah Muhd Hafiz bin Hallmi جاوي


J 3 MENYEBAR RISALAH KEPADA UMMAH 1 Jun 2023 2 Jun 2023 Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Bulanan diadakan di Surau Al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam bertujuan untuk membudayakan penghayatan al-Quran dalam kalangan warga JAWI selaras dengan penetapan Garis Panduan Penerapan Nilai Islam yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Selain itu, bakal-bakal haji dalam kalangan warga JAWI iaitu Puan Kartini binti Ahmad dari Bahagian Penyelidikan, Puan Halina binti Darus dan Puan Lailasari binti Sabran dari Bahagian Pelajaran turut diraikan pada majlis tersebut. Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Takmir dan Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) Wilayah Persekutuan dilaksanakan pada 1 hingga 3 Jun 2023 bertempat di Residence Inn, Cherating, Kuantan Pahang. Kursus tersebut dihadiri oleh 40 orang Guru Takmir dan PPMD dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dan sebahagian besarnya merupakan lantikan baharu. Kursus berkenaan turut melibatkan penyertaan pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi aktiviti pengumpulan data kajian ke arah memartabatkan lagi pengurusan program takmir masjid dan surau di Wilayah Persekutuan. GURU TAKMIR DAN PENYELARAS PENTADBIRAN MASJID DAERAH (PPMD) HADIRI KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME BAKAL JEMAAH HAJI WARGA JAWI DIRAIKAN


AL-BUSYRA 4 3 Jun 2023 Perolehan kerja secara undi telah dilaksanakan buat julung kalinya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Labuan. Seramai 113 kontraktor telah berdaftar untuk perolehan kerja secara undi bagi Gred G1 pengkhususan B04 dan pengkhususan E04 dan E11. Walau bagaimanapun hanya 79 kontraktor sahaja yang berjaya melepasi tapisan ditetapkan. Majlis Cabutan Kerja Undi diadakan di Dewan Sekolah Rendah Agama Nurul Hidayah Layang-layangan Labuan. Seramai 8 kontraktor telah dipilih bagi melaksanakan 8 projek kerja-kerja pembaikan sivil dan elektrik di premis masjid, surau dan sekolah di bawah seliaan JAWI Cawangan Labuan. Pelaksanaan perolehan kerja secara undi adalah selaras dengan Pelan Antirasuah JAWI 2022 - 2026 di bawah bidang keutamaan Khidmat Pengurusan dan Pembangunan melalui strategi memperkasakan sistem pengurusan dan pembangunan. Aktiviti lawatan tapak oleh Bahagian Pembangunan JAWI ke SRA Nurul Hidayah, Layang-Layangan, Masjid Nurul Iman dan Surau An-Nur Rahim, Kampung Sungai Buton diadakan bagi meninjau perancangan kerja-kerja pembaikan yang bakal dilaksanakan. Para kontraktor terlibat diberikan taklimat berkaitan premis, skop dan proses kerja yang perlu dipatuhi di setiap lokasi yang dilawati. Kerja-kerja pembaikan dijangka bermula pada penghujung bulan Jun dan siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Ogos 2023. 5 Jun 2023 TAKLIMAT KEPADA KONTRAKTOR BAGI KERJA PEMBAIKAN PREMIS DI LABUAN SELARAS PRINSIP DISARANKAN PELAN ANTIRASUAH PEROLEHAN KERJA SECARA UNDI


5 GURU-GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA) DIBERIKAN TAKLIMAT INTEGRITI Multaqa Guru-Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Wilayah-Wilayah Persekutuan disertai oleh 102 orang peserta dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Program tersebut dianjurkan bagi berkongsi maklumat berkaitan integriti sekaligus meningkatkan jati diri dan tatakelakuan selaras dengan arahan serta tanggungjawab yang telah diamanahkan. 7 Jun 2023 SEORANG QARI DAN QARIAH SERTA 8 Jun 2023 Majlis Penyampaian Amanat dan Pelepasan Peserta Tilawah dan Hafazan al-Quran mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M (MTHQK) diadakan di Lobi JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Delegasi Wilayah Persekutuan terdiri daripada seorang Qari dan Qariah, dan 6 orang peserta hafazan yang mewakili setiap kategori hafazan, 4 orang pegawai pengiring serta 2 orang guru pembimbing. Acara pelepasan dan majlis amanat disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. WILAYAH PERSEKUTUAN 6 PESERTA HAFAZAN WAKILI


AL-BUSYRA 6 SEMINAR DAKWAH MEDIA BAHARU Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan Seminar Dakwah Media Baharu di Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, FRIM, Kepong. Program tersebut diadakan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang penggunaan media sosial secara beretika dan berhemah. Seramai 90 orang warga JPSM mengikuti seminar yang disampaikankan oleh Ustaz Nik Affenddy bin Mohamad, Motivator/ Selebriti Media Sosial dengan tajuk "Fenomena Ketagihan Media Sosial" dan Tuan Inspektor Shisheewady bin Ruzani dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang menyentuh berkaitan modus operandi jenayah siber. 8 Jun 2023 5 siri Kelas Tafaqquh Wanita telah berjaya dilaksanakan sepanjang bulan Mei bertempat di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai Cheras. Seramai 70 orang peserta dalam kalangan muslimat ahli kariah masjid menghadiri setiap siri majlis ilmu yang dijalankan. Antara topik menarik yang dibincangkan adalah seperti tadabbur Surah Al-Mulk, “Aidilfitri Hubungkan Silaturahim”, “Wanita, Semakin Menjaga Semakin Berharga”, “Jiran Disantuni, Hidup Diberkati”, dan “Amalan Wanita Agar Tidak Memasuki Neraka”. Barisan pendakwah yang diundang untuk berkongsi ilmu termasuklah penceramah bebas yang juga seorang penyanyi nasyid iaitu Ustaz Izmir Fareez bin Noorazalan, Eksekutif Kanan Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Ustazah Nurul Hidayah binti Kamaruddin, Da’i Musim Ke-5 iaitu Da’i Hakim dan Ustazah Hajah Zawiah binti Hassan. 9 Jun 2023 DEDAHKAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SECARA BERHEMAH KELAS TAFAQQUH WANITA TARIK KARIAH MASJID MINAT 70 ORANG PESERTA AHLI


7 Seminar Bicara Syariah Wilayah Persekutuan 9 Jun 2023 dilaksanakan di Masjid Wilayah Persekutuan bertemakan Fiqh Al-Mawarith. Program tersebut dihadiri sekitar 100 orang peserta dengan kupasan topik menarik iaitu Pengurusan Harta Keluarga Dalam Islam: Faraid, Hibah dan Wasiat yang disampaikan oleh Tuan Zahari bin Mahad Musa, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM. Isu berkaitan hibah, wasiat dan pusaka merupakan perkara yang sering menjadi persoalan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Isu tuntutan harta menjadi perkara sensitif yang boleh menjadi punca perselisihan dan terputusnya pertalian saudara dalam keluarga. Justeru, seminar yang dianjurkan amat bertepatan bagi memberikan pencerahan dan merungkai persoalan tersebut. SEMINAR BICARA SYARIAH BINCANG ISU PEWARISAN HARTA Kursus Pengurusan Sumber Pendidikan Institusi Pendidikan Islam (IPI) JAWI Siri 1/2023 diadakan pada 9 hingga 11 Jun 2023 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Para peserta terdiri daripada 46 orang guru- guru SRA, SIRAJ dan KAFA, penceramah dari sekolah di bawah KPM, Pegawai PPD, Pegawai, Penolong Pegawai dan Penyelia KAFA. Tujuan kursus dianjurkan adalah bagi meningkatkan kualiti guru-guru dan memperkasakan tahap pendidikan Islam di IPI JAWI dari semasa ke semasa. Selain itu, kursus berkenaan juga diharapkan dapat meningkatkan prestasi perkhidmatan melalui latihan yang diperolehi sepanjang program berlangsung. KURSUS PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN TINGKAT KUALITI GURU JAWI 9 Jun 2023


AL-BUSYRA 8 Kelas Tafaqquh Fiddin Guru Takmir Wilayah Persekutuan Labuan Siri 4 2023 telah diadakan di Masjid Jamek Layang-Layangan Labuan. Seramai 27 orang Guru Takmir Wilayah Persekutuan menghadiri kelas tersebut yang membicarakan topik “Fasal: Pada Menyatakan Fardu-Fardhu Wudhu'” berpandukan Kitab Syarah Safinah An-Najah. Program berkenaan dilaksanakan bagi tujuan penyelarasan maklumat dan merapatkan hubungan antara JAWI dengan guru takmir. 10 Jun 2023 Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) siri 4/2023 dilaksanakan melibatkan penyertaan 25 orang peserta mualaf. Sesi ceramah melalui interaksi dua hala disampaikan oleh Ustaz Mohammad Akmal Abdul Aziz dan Ustaz Mohd Nazar Ibrahim bagi memberikan peluang kepada peserta untuk menambahkan kefahaman tentang Islam. Sesi amali dan praktikal diadakan selepas solat Zohor bagi memberikan tumpuan terhadap aspek ibadah wuduk dan solat yang dikendalikan oleh fasilitator dalam kalangan guru-guru Kompleks Darul Hidayah (KDH) mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. 10 Jun 2023 IKUTI KELAS TAFAQQUH GURU TAKMIR LABUAN FIDDIN 25 ORANG MUALAF PELAJARI ASAS SOLAT


9 12 Jun 2023 KURSUS BINCANG TOPIK FORENSIK SIHIR Kursus Profesionalisme Penyelidik Tahun 2023 bertemakan Forensik Sihir telah dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil agensi, pegawai dan kakitangan JAWI Cawangan Labuan, JAWI Cawangan Putrajaya dan Bahagian Penguatkuasaan JAWI. Pengisian kursus disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mahyuddin bin Ismail, Pensyarah Pusat Sains Kemanusian Universiti Malaysia Pahang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam Ilmu perubatan Islam. Manakala sesi kedua disampaikan oleh Tuan Amidon bin Anan, Konsultan Program Sains Forensik Fakulti Sains Kesihatan (FSK) merupakan pakar dalam bidang forensik yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi. Isu forensik dan sihir merupakan antara perkara yang sering menjadi persoalan dan permasalahan dalam kalangan masyarakat. Polemik sering timbul apabila mangsa sihir tidak dapat membela diri dan membuktikan kesalahan pelaku bagi tujuan sabitan perundangan. Justeru, kursus tersebut bertepatan bagi menjelaskan dan merungkai persoalan berkaitan.


AL-BUSYRA 10 13 Jun 2023 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kariah Masjid Dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan Sesi 2023-2026 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Haji Mohd Fadzil Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Pelantikan seramai 2,678 anggota Jawatankuasa Kariah dilaksanakan berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) dan Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019. Pelantikan tersebut melibatkan 90 buah masjid dan 116 surau Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Program tersebut juga diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada anggota Jawatankuasa Kariah mengenai Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019 sekaligus menjadi medium percambahan idea dalam usaha memaksimumkan fungsi masjid sebagai pengkalan ibadah dan pusat ilmu selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri Malaysia. Ia juga bertepatan dengan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI (Al-Falah) ke arah memperkemaskan tadbir urus dan meningkatkan kehormatan institusi Islam. 2,678 ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH DILANTIK IMARAHKAN MASJID


11 Kunjungan Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Sungai Muslim (KDMRS) ke Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan (JAWI) bertujuan memperkenalkan KDMRS kepada JAWI bagi meneroka kerjasama baharu dalam pendekatan dakwah dan rahmah kepada masyarakat pribumi Sabah khususnya menerusi kerjasama masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. Kunjungan tersebut diketuai oleh Tuan Haji Nicholas Sylvester selaku Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS. 14 Jun 2023 14 Jun 2023 PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN TEROKA KERJASAMA DAKWAH MURUT SUNGAI MUSLIM (KDMRS) DENGAN JAWI KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT Kelas Tafaqquh Munakahat Siri 2/2023 dilaksanakan melibatkan penyertaan seramai 100 orang Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Negara. Program pengajian kali ini membincangkan topik "Isu-isu Pernikahan Menurut Syarak" yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan. Program tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pendedahan kepada peserta mengenai konsep mahram menurut perspektif Syarak serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya menurut pandangan mazhab Imam Syafie. 100 ORANG PPNCR HADIRI


AL-BUSYRA 12 15 Jun 2023 15 Jun 2023 Kursus Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah dilaksanakan melibatkan kehadiran 30 orang peserta. Antara pengisian kursus ialah pembentangan topik berkaitan Pemahaman Prosiding Kes-Kes Kekeluargaan di Mahkamah Syariah serta Perwalian dan Nasab. Kursus tersebut bertujuan memberikan kefahaman kepada para peserta mengenai prosedur di mahkamah dan hukum-hakam berkaitan semasa menjalankan tugas. PPNCR LABUAN PROSIDING MAHKAMAH IKUTI KURSUS PEMAHAMAN LAWATAN PENANDA ARAS KE JOHOR TINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN ISLAM JAWI Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan lawatan penanda aras ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang (SMAKJ) iaitu sekolah agama di bawah seliaan dan pengurusan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ). Delegasi disambut oleh wakil Timbalan Pengarah Pendidikan, Bahagian Pendidikan Islam JAIJ, Tuan Haji Mohd Saadon bin Dollah dan Pengetua SMAKJ, Puan Yatimah binti Subni serta wakil-wakil JAIJ dan pengurusan SMAKJ. Tujuan lawatan penanda aras diadakan bagi menjalinkan sinergi perkongsian amalan terbaik dalam meningkatkan kualiti pendidikan Islam memandangkan SMAKJ merupakan sekolah kelolaan JAIJ yang diiktiraf sebagai sekolah agama rakyat terbaik dalam pengurusan SPBT Kebangsaan dan sekolah terbaik dalam kurikulum bersepadu Sekolah Menengah Agama (SMA).


13 ANGGOTA JAWATANKUASA MASJID DAN 17 Jun 2023 Kursus Pengurusan Hal Ehwal Murid Institusi Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diadakan di Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kluang, Johor. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia-penyelia KAFA, Penyelaras HEM, Guru Kaunseling dan Ketua Guru KAFA dari lapan zon Wilayah Persekutuan melibatkan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) telah menyertai kursus tersebut. Tujuan kursus berkenaan dianjurkan bagi memberikan bimbingan berkaitan aspek pengurusan murid meliputi panduan pengurusan murid (Pengurusan, Isu Perundangan dan SOP), Sistem Demerit dan Pengurusan Disiplin dan Sahsiah, Sistem Fail, Surat Menyurat dan Buku Peraturan Sekolah, dan Intervensi Disiplin Murid ke arah Adab, Akhlak dan Karamah Insani. 16 Jun 2023 INSTITUSI PENDIDIKAN KURSUS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PERKUKUH PERKHIDMATAN ISLAM JAWI WATIKAH PELANTIKAN SURAU JUMAAT LABUAN TERIMA Majlis Penyerahan Surat dan Watikah Anggota Jawatankuasa Masjid dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan Labuan Sesi 2023 - 2026 diadakan di Grand Ballroom Tiara Labuan Hotel, Wilayah Persekutuan Labuan. Seramai 62 orang peserta yang menghadiri program tersebut diberikan taklimat berkaitan Pengurusan Kewangan dan Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam ( Wilayah -Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019.


AL-BUSYRA 14 17 Jun 2023 PELAJAR UNIVERSITI Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan Seminar Penjelasan Isu Semasa Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2023 bertempat di UMSKAL. Antara topik yang dibincangkan ialah Penjelasan Isu Jenayah Syariah yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Ustaz Nik Azlan bin Nik Man, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, dan Isu Ancaman Keselamatan Negara yang disampaikan oleh ASP Rahmat bin Muda, Bahagian Sosial/Agama/Pelampau (Cawangan Khas) dan ASP Fransisca Duliat, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis WP Labuan. Seminar tersebut diadakan untuk merungkai kekeliruan serta memberikan pendedahan awal kepada para pelajar UMSKAL berkenaan isu-isu jenayah syariah dan isu-isu ancaman keselamatan MALAYSIA SABAH DIDEDAHKAN DENGAN ISU JENAYAH SYARIAH negara. 18 Jun 2023 Kursus Tempur Tanpa Senjata Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI dilaksanakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Taman Botani Kepong. Seramai 40 anggota PPA JAWI menyertai kursus berkenaan bermula dengan aktiviti Forest Skywalk merentasi jambatan besi berketinggian melebihi 100 meter dari aras laut. Aktiviti diteruskan dengan Jungle Trekking serta pendedahan tentang ilmu hutan dan alam sekitar. Objektif program diadakan adalah untuk menguji ketahanan fizikal para PPA supaya lebih bersedia dari segi mental dan fizikal serta menambah ilmu baharu dalam pelbagai bidang bagi menghadapi sebarang situasi yang mendatang. AGAMA (PPA) PENGAWAI PENGUATKUASA KURSUS TEMPUR TANPA SENJATA UJI KETAHANAN FIZIKAL


15 18 Jun 2023 PROGRAM PENGHAYATAN GURU-GURU SRA LABUAN 19 Jun 2023 Bengkel Peningkatan Kemahiran Penggunaan Google Workspace for e-Education Siri 1/2023 diadakan pada 17 hingga 19 Jun 2023 di Sekolah Rendah Agama (SRA) Nurul Hidayah, Wilayah Persekutuan Labuan. Program tersebut diadakan bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan guru-guru. Antara pengisian bengkel adalah slot Pengenalan Asas Google Workspace-GAFE, Platform Meet Online: Meet, Streamyard, Youtube & Telegram dan Pengurusan Bahan Sumber Menggunakan Google Drive. Sesi latihan disampaikan oleh Google Educators Group (GEGs) yang diketuai oleh Cikgu Samsuria binti Ebni (Master Educator) dan guru-guru dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. ISLAM LIBATKAN PELAJAR SEKOLAH TUNAS BAKTI Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL), dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JPWPKL) menganjurkan Program Kefahaman Remaja Islam pada 16 hingga 18 Jun 2023 di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi. Program selama 3 hari 2 malam tersebut disertai oleh 63 orang peserta bertujuan mendekati golongan remaja secara lebih proaktif, santai dan berhikmah dalam menerapkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Para peserta diberikan pendedahan tentang pencegahan dan bahaya penyakit HIV/AIDS oleh Dr. Danial Izzat bin Minhat, Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Lembah Pantai. Antara pengisian lain termasuklah ceramah motivasi, membina jati diri, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Klinik Al-Fatihah, pengurusan jenazah, dan slot refleksi diri. TERIMA LATIHAN GOOGLE WORKSPACE PENGGUNAAN


AL-BUSYRA 16 20 Jun 2023 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) turun padang menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM UKM) melalui siri dakwah bil hal, Program Ziarah RAMAH Siri 4. Program tersebut diadakan sempena ketibaan Aidiladha 1444H bertujuan menyantuni para pesakit melalui aktiviti penyampaian sumbangan barangan keperluan diri dan wang tunai. Seramai 50 orang peserta menerima sumbangan dalam program berkenaan sebagai tanda sokongan moral kepada para pesakit. Turut hadir YBhg. Profesor Dr. Rohaizak Muhammad, Ketua Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 50 PESAKIT PROGRAM ZIARAH RAMAH DISANTUNI DALAM 20 Jun 2023 Sesi temuduga Imam Ratib, Pembantu Bilal dan Guru Takmir telah diadakan selama dua hari pada 19 hingga 20 Jun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Cawangan Labuan. Seramai 20 orang calon ditemuduga untuk jawatan Imam Ratib dan Pembantu Bilal manakala 5 orang calon pula ditemuduga untuk jawatan Guru Takmir. Tiga orang panel penemuduga terlibat dalam sesi pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan Imam Ratib, Pembantu Bilal dan Guru Takmir di Wilayah Persekutuan Labuan. SESI TEMUDUGA UNTUK ISI KEKOSONGAN IMAM RATIB, PEMBANTU BILAL DAN GURU TAKMIR LABUAN


17 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kelas Pengajian Mualaf Wilayah Persekutuan Tahun 2023 yang disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut hadir Puan Majidah binti Haji Mokhtar, Pendaftar Mualaf Wilayah-Wilayah Persekutuan. Majlis sebelum itu dimulakan dengan program ceramah bertajuk 'Islam itu Indah, Istiqamah itu Payah' yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Jais Mariappan bin Abdullah, Pegawai Dakwah PERKIM Kebangsaan. Majlis Apresiasi ini diadakan sebagai tanda penghargaan bagi meraikan para mualaf yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah sepanjang tempoh pengajian yang dianjurkan oleh Kompleks Darul Hidayah (KDH) JAWI. Penganjuran majlis yang dilaksanakan semenjak tahun 2018 dilihat mampu memberikan suntikan semangat dan galakan kepada para pelajar untuk lebih giat berusaha meningkatkan tahap pencapaian masing-masing dalam pengajian agama. Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Perempuan bagi Sesi Julai 2021 diberikan kepada Nur Munirah Trinio binti Abdullah, 59 tahun, berasal dari Filipina dan memeluk Islam pada tahun 1990. Bagi Sesi Januari 2022, Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Lelaki diberikan kepada Muhammad Sugumaran bin Rajagopal, 39 tahun, berbangsa India dan memeluk Islam pada tahun 2005. Manakala bagi kategori perempuan diberikan kepada Nur Marilyn Tasius, 28 tahun berbangsa Kadazan Dusun yang memeluk Islam pada tahun 2021. Selain itu turut diumumkan Anugerah Kategori Pelajar Cemerlang mengikut Tahap Pengajian iaitu Asas, Pertengahan dan Lanjutan bagi Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga. Majlis tersebut juga memberikan penghargaan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian bagi tempoh 1 tahun dan 6 bulan di KDH mengikut sesi pengajian masing-masing. Sejumlah 33 orang pelajar telah berjaya memperolehi Sijil Tamat Pengajian manakala 21 orang daripadanya dianugerahkan kategori cemerlang dan terbaik. 33 ORANG PELAJAR MUALAF BERJAYA TAMATKAN PENGAJIAN DI KOMPLEKS DARUL HIDAYAH (KDH) 21 Jun 2023


AL-BUSYRA 18 47 ORANG NAQIB MASJID 21 Jun 2023 Kursus Peningkatan Profesionalisme Naqib-Naqib Masjid telah dianjurkan pada 20 hingga 22 Jun 2023 di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam, Selangor. Kursus tersebut melibatkan penyertaan seramai 47 orang peserta dalam kalangan Pegawai Masjid/Naqib Masjid/Ketua Imam di 47 buah masjid di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Objektif kursus berkenaan diadakan adalah untuk memantapkan bakat kepemimpinan organisasi Naqib-Naqib masjid seluruh Wilayah Persekutuan; Memberikan pendedahan berkaitan pengurusan pejabat yang efisien serta menepati tahap piawaian berdasarkan akta, kaedah pentadbiran, dan pekeliling-pekeliling semasa; dan Membina jaringan kerjasama yang strategik antara masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. SERTAI KURSUS KEPEMIMPINAN ORGANISASI Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) Mualaf Peringkat Asas dan Kelas Pengajian An-Nisa' di Masjid Jamek An-Nur, Wilayah Persekutuan Labuan telah dihadiri oleh 51 orang peserta. Pendidikan kepada golongan mualaf adalah suatu usaha penting bagi membantu meningkatkan tahap kefahaman ajaran Islam seterusnya berupaya mempraktikkan cara hidup Islam dalam kehidupan. Manakala Kelas Pengajian An-Nisa' yang bertajuk "Wanita dan Ibadah" pula diadakan untuk menghuraikan permasalahan wanita dalam ibadah. 24 Jun 2023 51 ORANG MUALAF DI LABUAN SERTAI KURSUS FARDU AIN Para peserta kursus juga berkesempatan mengadakan lawatan penanda aras ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah@Masjid Negeri Selangor di Shah Alam serta mendapat perkongsian ilmu daripada Imam Besar Masjid Negeri, YBrs. Tuan Haji Farhan Wijaya.


19 Kelas Intensif Fardu Ain (KIFA) siri 5/2023 dilaksanakan melibatkan kehadiran 28 orang peserta mualaf sekitar Wilayah Persekutuan. Sesi ceramah disampaikan oleh Bro Firdaus Wong Wai Hung, Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) dan Ustaz Muhammad Aryf Zaki bin Mohd Ali, Pengetua Darul Hafizhin. Sesi amali dan praktikal wuduk dan solat pula dikendalikan oleh fasilitator dalam kalangan guru-guru Kompleks Darul Hidayah (KDH) mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Para peserta menunjukkan minat dan semangat yang tinggi dalam usaha menambahkan kefahaman tentang ajaran Islam. 24 Jun 2023 24 Jun 2023 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama IKRAM Wilayah Persekutuan telah melaksanakan Kuliah Al-Quran dan Kefahaman Islam (KAFI) siri keempat tahun 2023 di Pejabat IKRAM Wilayah Persekutuan, Setiawangsa Kuala Lumpur. Program dimulakan dengan ceramah bertajuk ‘Lambaian Baitullah, Tadabbur Ayat Al-Quran’ yang membahaskan beberapa ayat daripada Al-Quran terutama dari Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Hajj tentang pensyariatan Ibadah Haji. KULIAH KAFI BINCANG TOPIK 28 ORANG MUALAF MUALAF TUNJUK MINAT DALAMI AJARAN ISLAM MANASIK HAJI Sesi seterusnya pula menyentuh topik berkaitan Manasik Haji yang menerangkan tentang rukun dan syarat-syarat sah pelaksanaan Ibadah Haji serta perkara-perkara yang disunatkan ketika melakukan Ibadah Haji.


AL-BUSYRA 20 Bermula 20 Jun 2023 bersamaan 1 Zulhijah 1444H sehingga 28 Jun 2023 bersamaan 9 Zulhijah 1444H, Masjid Wilayah Persekutuan menganjurkan program Iftar Jama'ie di Ruang Legar Anjung A dengan menyediakan 200 pek juadah berbuka puasa secara percuma setiap hari sebagai galakan berpuasa sunat sempena bulan Zulhijah. Selain puasa sunat, pelbagai aktiviti lain dianjurkan seperti Kuliah Maghrib dan Subuh, Bicara Mufti, Bacaan Yasin serta galakan bersedekah dan qiamullail bagi merebut peluang ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT terutamanya pada 10 hari pertama bulan Zulhijah. 200 PEK JUADAH BERBUKA PERCUMA GALAKAN BERPUASA SUNAT BULAN ZULHIJAH 28 Jun 2023


21 ARTIKEL PILIHAN (AL-NASIHAH)


AL-BUSYRA 22 FOKUS BERITA


POSTER PENGUMUMAN 23


AL-BUSYRA INFOGRAFIK PILIHAN 24


LENSA JAWI @ MEDIA 25


AL-BUSYRA LENSA JAWI @ MEDIA 26 جاوي @JAWI


AL-BUSYRA JAWI KL 1-800-88-1771 JAWI Cawangan Putrajaya 1-800-88-2675 Hotline PENGUATKUASAAN www.jawi.gov.my JAWIWP jawi_kl myJAWI TV JAWI JAWI FM PORTAL RASMI JAWI


Click to View FlipBook Version