SIRI 04/2022
MEMBAWA BERITA GEMBIRA, BERKHIDMAT UNTUK UMAT
PETIKAN BULAN INI “
JAWI mengetuai Pasukan Petugas Khas Pengurusan
“Jenazah Covid-19 yang melibatkan pegawai JAWI dan
JAKIM seramai 120 orang. Sehingga kini 4,135 jenazah
Covid-19 telah diuruskan semenjak 18 Mac 2020. JAWI
juga telah merancang pelbagai program serta aktiviti
kerohanian dan keagamaan termasuk mengadakan
kerjasama dengan pelbagai agensi bagi tujuan
pemerkasaan akidah, ibadah, dan akhlak untuk
melahirkan generasi khaira ummah.
Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI)
PENGENALAN
Al-Busyra diterbitkan bertujuan
menyampaikan maklumat berkaitan
program dan perkhidmatan JAWI
kepada masyarakat Islam khususnya di
Wilayah-Wilayah Persekutuan.
ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI
Menyebar Risalah Kepada Ummah 3 PENASIHAT
Lensa JAWI@Media 14 Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Fokus Berita 18
Artikel Pilihan (Al-Nasihah) 19 PENGARANG
Infografik Pilihan 20 Saiful Azhar bin Saadon
Poster Pengumuman 21
JAWI@ 22 PENYUNTING
Siti Sakinah binti Hayat
Mohammad Hafizee bin Md Hashim
Siti Nazehah binti Zulkipli
JURUFOTO
Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah
EDARAN
Muhd Hafiz bin Hallmi
2
MENYEBAR RISALAH KEPADA UMMAH
4 April 2022
Program Madrasah Ramadan@Radio JAWI
menampilkan penceramah jemputan Ustaz Dr.
Syed Shahridzan Syed Mohamed dari Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan yang membicarakan
topik ‘Adab dan Sunah Semasa Berbuka dan
Bersahur’.
7 April 2022
Agihan Bubur Lambuk Surau Al-Muhajirin
JAWI kepada warga kerja Kompleks Pusat
Islam dilaksanakan sempena bulan Ramadan
bertempat di Lobi JAWI. Turut diedarkan buah
kurma sumbangan JAWI Food Bank.
3
11 April 2022
Aktiviti rondaan dan penguatkuasaan dilaksanakan
dalam bulan Ramadan sekitar Wilayah Persekutuan
Labuan bagi memastikan umat Islam tidak melakukan
perbuatan yang ditegah oleh syariat atau melakukan
kesalahan tidak menghormati bulan Ramadan di
bawah Seksyen 15. Antara kesalahan yang sering
dilakukan semasa bulan puasa adalah makan dan
minum serta menghisap rokok di tempat awam sama
ada di premis kedai atau kawasan pantai.
14 April 2022
Aktiviti pemeriksaan kerosakan lantai di
Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Maturidi, Sri
Petaling susulan aduan yang diterima. Bahagian
Pembangunan JAWI turun padang bagi mengenal
pasti tindakan pembaikan yang diperlukan.
15 April 2022
Program Imarah Ramadan
Bersama Masyarakat Orang Asli
telah dilaksanakan di Pos Kuala
Mu, Sungai Siput Perak dengan
pengisian aktiviti gotong-royong
memasak serta agihan sumbangan
berupa wang tunai dan 150 pek
bakul makanan bernilai RM 30,000.
4
17 April 2022
Program Eco Bazar @Masjid “Preloved
Raya” bertempat di Masjid Al Ikhlasiah,
Pantai Dalam telah disempurnakan
oleh Pengarah JAWI, Datuk Haji
Mohd Ajib Ismail. Program tersebut
merupakan kerjasama antara JAWI,
Universiti Malaya dan Masjid Al
Ikhlasiah bagi membudayakan amalan
kitar semula iaitu reduce, reuse dan
recycle dalam kalangan ahli kariah
dengan menjadikan masjid sebagai
pusat pengumpulan.
19 April 2022
Program turun padang mendekati masyarakat melalui aktiviti menyantuni dan penerangan berunsur nasihat di
beberapa lokasi sekitar KL Sentral. Para pengunjung diberikan goodies bag berisi bubur lambuk, kurma dan roti
serta mendapat penerangan ringkas tentang kesalahan jenayah Syariah melibatkan beberapa seksyen berkaitan
yang disampaikan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI. Inisiatif tersebut bertujuan memberikan info
dan pendedahan kepada masyarakat mengenai kesalahan jenayah syariah, membantu JAWI dalam memberikan
maklumat berkaitan kesalahan jenayah Syariah serta mendekatkan PPA JAWI dengan masyarakat.
5
21 April 2022
Ziarah Kasih Mualaf sempena bulan Ramadan
al-Mubarak dilaksanakan melibatkan 12 buah
keluarga mualaf sekitar Kuala Lumpur dan
Selangor. Ziarah tersebut bertujuan untuk
mengeratkan ukhuwah di samping membantu
meringankan beban para mualaf yang mengalami
kesempitan hidup. Selain itu, sesi khidmat
nasihat akidah dan ibadah turut disampaikan
bagi memperkukuhkan jati diri sebagai seorang
muslim. Para mualaf turut menerima sumbangan
wang tunai, kit barangan keperluan JAWI Food
Bank serta Pek Ramadan Kasih Mualaf.
22 April 2022
Majlis Perhimpunan Bulanan JAWI Labuan telah dilaksanakan di Dewan Rafflesia,
Ujana Kewangan Labuan. Selain penyampaian amanat oleh Pengarah JAWI, turut
diadakan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JAWI Labuan
Tahun 2021 dan Anugerah Pekerja Contoh Bulanan JAWI Labuan bagi bulan Januari
hingga April 2022.
6
22 April 2022
Program Ziarah Kasih Ramadan@Labuan dilaksanakan dengan kerjasama JAWI, RTM dan QSR Brands bertempat di
Surau Darussalam, Kampung Patau-Patau Dua yang merupakan salah sebuah perkampungan air di Labuan. Antara
pengisian program adalah penyampaian tazkirah Ramadan oleh Tuan Haji Hanafiah Abdul Razak, Imam Masjid Kota
Iskandar Johor, penyampaian sumbangan kepada asnaf, majlis berbuka puasa dan solat Maghrib secara berjemaah.
Seramai 150 orang asnaf telah disantuni dengan sumbangan kit makanan keperluan asas dan wang tunai daripada
JAWI Food Bank berjumlah RM30,000 serta 300 pek ayam KFC sumbangan QSR Brands.
24 April 2022
Program Sahur Perdana
Dan Santuni Asnaf
Ramadan telah dijayakan
bersama Masjid Abu
Ubaidah Al-Jarrah Sri
Rampai Kuala Lumpur.
Seramai 200 orang
asnaf di dalam kariah
masjid dan sekitarnya
telah disantuni dengan
pemberian sumbangan
bakul makanan dan wang
tunai.
7
24 April 2022
Program Ihya’ Ramadan OKU Penglihatan telah berlangsung di Surau Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia
(MAB), Pusat Latihan Gurney, Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur dengan pelbagai pengisian seperti Qiamullail,
Kuliah Subuh, Majlis Khatam al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa. Selain itu, sumbangan barangan keperluan asas turut
disampaikan kepada 100 orang peserta dalam kalangan asnaf OKU. Inisiatif tersebut bertujuan memperkukuhkan
lagi kerjasama JAWI dengan semua pihak dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti OKU
sentiasa didahulukan selaras dengan konsep “Keluarga Malaysia”.
25 April 2022
Majlis Perhimpunan Bulanan, Iftar, dan Khatam Al-Quran JAWI telah diadakan di Dataran Kompleks Pusat Islam, Kuala
Lumpur. Majlis yang dihadiri sekitar 300 orang warga kerja JAWI disempurnakan oleh Datuk Haji Mohd Ajib Ismail,
Pengarah JAWI. Turut hadir YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat dan Datin Naini Akmal Che Alias, Pengerusi PUSPANITA JAWI. YB Timbalan Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menyampaikan sumbangan sempena Aidilfitri kepada golongan asnaf dan
ibu tunggal dalam majlis tersebut.
8
25 April 2022
Majlis Pelancaran Pamflet ‘Bicara Darah Wanita’ terbitan PUSPANITA JAWI dilaksanakan bertujuan memberikan
kefahaman kepada masyarakat terutama golongan wanita berkaitan hukum bersuci dengan cara yang paling
ringkas, santai dan menarik.
Usaha tersebut merupakan kesinambungan Projek Sumbangan Hygiene Kit Wanita yang telah dilancarkan sebelum
ini. Pamflet berkenaan akan diedarkan bersama kit sumbangan kepada pesakit-pesakit wanita di wad-wad semasa
sesi ziarah ke hospital. Penerbitannya dijayakan dengan kolaborasi strategik bersama PUSPANITA JAWI, Kementerian
Wilayah Persekutuan dan Yayasan Taqwa.
25 April 2022
Majlis Khatam Al-Quran
telah dianjurkan di
Surau Al-Muhajirin JAWI
dengan kehadiran warga
kerja JAWI dari pelbagai
bahagian dan cawangan.
9
26 April 2022
Warga JAWI bersama-sama
membaca dan mentadabbur
Surah Al-Sajdah bersempena
Program World Quran Hour
yang diadakan secara serentak
di seluruh masjid dan surau
di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Semoga Ibrah Al-Quran dapat
terus dihayati sebagai pedoman
dalam kehidupan seharian.
26 April 2022
Sumbangan berjumlah RM 100,000.00 telah disampaikan oleh TYT Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China
di Malaysia kepada JAWI Food Bank yang diwakili oleh Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI dengan disaksikan
oleh YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir
Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM.
Sumbangan oleh Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia kepada JAWI Food Bank merupakan kali keempat
semenjak tahun 2020 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM500,000.00. Sehingga kini JAWI Food Bank dengan
kerjasama rakan strategik telah mengagihkan sumbangan bantuan barangan keperluan asas seperti beras, minyak
masak, gula dan tepung bernilai RM 5.3 juta kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan memerlukan semenjak
pandemik melanda negara khususnya di Wilayah Persekutuan.
10
26 April 2022
Perhimpunan Dwi Bulanan Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah diadakan di Dewan
Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis yang dihadiri sekitar 300 orang warga kerja agensi
agama disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama). Turut hadir Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd
Ajib Ismail serta ketua-ketua agensi berkaitan. Turut diadakan Majlis Iftar bersama-sama warga agensi agama.
26 April 2022
Majlis Pelancaran Photobook JAWI Prihatin@Musaadah Covid19 telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji
Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Photobook tersebut merekodkan detik dan
peristiwa penting tentang khidmat bakti JAWI dalam pelbagai bidang kepada segenap lapisan Keluarga Malaysia
sebagai lambang solidariti mengharungi tempoh getir negara berhadapan pandemik Covid-19.
11
26 April 2022
Pasukan Civil Defence Emergency Respond Team (CDERT) JAWI telah dilancarkan di bawah Pelan Pengimarahan
Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024 bertujuan meningkatkan lagi peranan dan fungsi institusi-institusi
agama Islam seperti masjid dalam menghadapi sebarang bentuk bencana serta situasi kecemasan di kariah
masing-masing termasuk memberi bantuan kemanusiaan.
28 April 2022
Timbalan Pengarah Operasi
JAWI, Tuan Haji Mohd Fadzil Abu
Kassim telah meluangkan masa
mengagihkan 3,500 pek bubur
lambuk Masjid Jamek Kampung
Baru kepada para Jemaah dan
orang ramai. Turut hadir Dato’
Mohd Khay Ibrahim, Pengerusi
Masjid Kampung Bharu. Aktiviti
agihan bubur lambuk tersebut
turut disertai oleh pelbagai
golongan masyarakat tanpa
mengira bangsa dan agama.
12
29 April 2022
Tausiyah Sayyidul Ayyam telah disampaikan
oleh Ustaz Mohamad Shukry Sulaiman yang
membicarakan topik bertajuk “Puasa vs Raya.”
29 April 2022
Program Tazkirah@Radio JAWI disampaikan oleh Ustaz Muhamad
Fadhli Ahmat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri yang membincangkan topik “Syawal Dirai Ibadah Selari.”
13
LENSA JAWI@MEDIA
14
15
16
17
FOKUS BERITA
18
ARTIKEL PILIHAN (AL-NASIHAH)
19
INFOGRAFIK PILIHAN
20
POSTER PENGUMUMAN
21
JAWI@ ﺟﺎوي
IBU PEJABAT JAWI JAWI CAWANGAN LABUAN
Jabatan Agama Islam Tingkat 8, Blok 4,
Wilayah Persekutuan Ujana Kewangan,
Kompleks Pusat Islam, Peti Surat 82917,
87209 Wlayah Persekutuan Labuan
Jalan Perdana,
50676 Kuala Lumpur +6087-415 311
+6087-417 595
+603-2274 9333
+603-2273 1575
JAWI CAWANGAN PUTRAJAYA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Aras 2, Blok D, Jalan Tuanku Abdul Halim,
Kompleks Islam Putrajaya, 50480 Kuala Lumpur.
+603-6201 8780
Presint 3, +603-6201 8790
62100 Putrajaya.
+603-8884 2600
+603-8884 2700
JAWI KUALA LUMPUR
JAWI PUTRAJAYA
www.jawi.gov.my jawi_kl TV JAWI
JAWIWP myJAWIKL JAWI FM