JAWI FOOD BANK Edar600 PEK Kepada Rakan Jalanan Juadah Berbuka Setiap Hari AL-BUSYRA SIRI 04/2023 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN FEDERAL TERRITORY ISLAMIC RELIGIOUS DEPARTMENT Membawa Berita Gembira, Berkhidmat Untuk Umat
PETIKAN BULAN INI PETIKAN BULAN INI DATUK HAJI MOHD AJIB BIN ISMAIL Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Warga JAWI perlu terus mencari laluan dan peluang baharu untuk memperkasakan perkhidmatan kepada rakyat. Sebagai contoh, JAWI Food Bank mendapat kepercayaan pelbagai pihak termasuk bukan Islam kerana memberikan bantuan kepada masyarakat pelbagai bangsa dan agama.
AL-BUSYRA PENGENALAN Buletin Al-Busyra diterbitkan bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan ISI KANDUNGAN Menyebar Risalah kepada Ummah Artikel Pilihan (Al-Nasihah) Fokus Berita Poster Pengumuman Infografik Pilihan Lensa JAWI@Media JAWI@ 3 18 19 20 22 24 26 SIDANG REDAKSI PENASIHAT Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail PENGARANG Saiful Azhar bin Saadon PENYUNTING Siti Sakinah binti Hayat Khairunnisa binti Bakri Mohammad Hafizee bin Md Hashim JURUFOTO EDARAN Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah Muhd Hafiz bin Hallmi PENASIHAT Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail PENGARANG Saiful Azhar bin Saadon PENYUNTING Siti Sakinah binti Hayat Khairunnisa binti Bakri Mohammad Hafizee bin Md Hashim Siti Nazehah binti Zulkipli JURUFOTO EDARAN Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah Muhd Hafiz bin Hallmi جاوي
3 MENYEBAR RISALAH KEPADA UMMAH 3 April 2023 300 pek juadah berbuka puasa dan bubur lambuk diedarkan di kawasan perumahan Sri Langkawi 2, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak, Flat Sri Kedah, dataran masjid, SRA Bumi Hijau dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Wangsa Maju. Aktiviti tersebut merupakan inisiatif di bawah program Iftar Rahmah Ramadan yang memperuntukkan 21,000 pek makanan bermasak untuk diagihkan kepada komuniti asnaf, B40, warga emas, pelajar dan gelandangan. Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI telah melaksanakan aktiviti rondaan sepanjang bulan Ramadan di lokasi sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Aktiviti tersebut diadakan bagi memelihara kesucian bulan Ramadan agar tidak tercemar dengan perbuatan yang tidak dibenarkan seperti makan di khalayak ramai, membeli makanan bukan pada waktunya dan lain-lain yang berkaitan. Sepanjang aktiviti rondaan dilakukan, terdapat beberapa kesalahan yang dikenalpasti dan tindakan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang. Selain itu, PPA juga memberikan teguran dan amaran kepada pengendali premis supaya tidak bersubahat menjual makanan kepada orang Islam dalam waktu yang tidak dibenarkan serta menampal poster berkaitan kesalahan tidak menghormati bulan Ramadan. 3 April 2023 AKTIVITI RONDAAN PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA (PPA) JAWI BAGI 300 PEK JUADAH IFTAR RAHMAH RAMADAN DIEDARKAN KEPADA ASNAF DAN B40 MEMELIHARA KESUCIAN BULAN RAMADAN
4 AL-BUSYRA WARGA PALESTIN TERIMA SUMBANGAN TABUNG MUSA'ADAH DAN JAWI FOOD BANK 3 April 2023 Program Bacaan Kitab “Tarbiyatul Aulad” kepada guru-guru Institusi Pendidikan Islam (IPI) JAWI diadakan secara dalam talian melibatkan penyertaan seramai 13 ahli Youtuber Pendidikan JAWI dan seorang Penyelia KAFA. Program tersebut dianjurkan bagi mendedahkah aspek penghayatan rohani yang cemerlang dalam pendidikan dengan mengukuhkan hubungan guru dengan Pencipta sekaligus meningkatkan prestasi perkhidmatan dalam pengajaran dan pembelajaran. YOUTUBER PENDIDIKAN JAWI SERTAI PROGRAM 6 April 2023 200 orang penerima sumbangan dalam kalangan warga Palestin menerima wang tunai RM300 melalui peruntukan Tabung Musa'adah dan barangan keperluan asas JAWI Food Bank seperti minyak masak, gula, tepung, dan beras bernilai RM150. Sumbangan tersebut adalah siri bantuan di bawah inisiatif Musa'adah Warga Palestin yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2021 sebagai lambang ukhuwah Islamiyah dan keprihatinan terhadap kebajikan warga Palestin yang memerlukan. BACAAN KITAB “TARBIYATUL AULAD”
5 IFTAR RAHMAH RAMADAN BERI MANFAAT KEPADA 21,000 ORANG PENERIMA SETIAP HARI 6 April 2023 YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah melancarkan Program Iftar Rahmah Ramadan 1444H yang menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma sepanjang bulan Ramadan bertempat di Masjid An-Najihin, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur. Iftar Rahmah Ramadan 1444H adalah sebuah program berkonsepkan soup kitchen yang berpusat di masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan bagi menyediakan pek makanan dengan pelbagai jenis menu juadah berbuka puasa setiap hari secara percuma kepada golongan sasaran yang memerlukan. Tujuan utama program tersebut adalah untuk membantu meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan ahli kariah. Program Iftar Rahmah Ramadan 1444H dijangka dapat memberikan manfaat kepada 21,000 orang penerima setiap hari, manakala jumlah keseluruhan penerima manfaat yang dijangkakan sepanjang program tersebut berlangsung berjumlah 630,000 orang. Mock cheque peruntukan bernilai RM 4 juta diserahkan kepada wakil-wakil dari 70 buah masjid dan surau yang terpilih bagi menjayakan Program Iftar Rahmah sepanjang bulan Ramadan.
6 AL-BUSYRA 6 April 2023 MASJID DAN SURAU DI WILAYAH PERSEKUTUAN LAKSANAKAN SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN RAKYAT PALESTIN Susulan tragedi serangan dan kekasaran tentera Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa, JAWI melalui masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin. BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA (BPPK) JAWI BINCANG CADANGAN MENAIK TARAF DAN DEKORASI PELAMIN JAWI 6 April 2023 Suatu perbincangan antara Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI dan pengusaha Pusat Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah Persekutuan diadakan bagi membincangkan cadangan menaik taraf dan dekorasi pelamin JAWI. Pelamin JAWI adalah kemudahan yang disediakan untuk pasangan pengantin yang melangsungkan pernikahan di JAWI bagi menambahkan keceriaan kepada ahli keluarga dan pasangan yang baru melangkah ke alam rumahtangga.
7 6 April 2023 Aktiviti lawatan pemeriksaan tapak projek fizikal Rolling Plan (RP4) RMK12 dilaksanakan bagi kerja-kerja pembinaan blok tambahan di SRA An-Najah, Presint 9, Putrajaya. Selain SRA An-Najah, JAWI turut mengemukakan dua cadangan projek pembinaan baharu di Putrajaya iaitu pembinaan blok tambahan di SIRAJ Abdullah Ibnu Mas'ud dan pembinaan baharu Masjid Presint 11. LAWATAN PEMERIKSAAN TAPAK BAGI 6 April 2023 Kuliah Al-Quran dan Kefahaman Islam (KAFI) Siri 1 Tahun 2023 dianjurkan sempena Sambutan Nuzul Al-Quran dan Majlis Iftar di Balai Ilmu Mahmood Zuhdi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (APIUM). Program dimulakan dengan sesi forum yang bertajuk ‘Masyarakat Madani Acuan Al-Quran dan As-Sunnah dan diteruskan dengan sesi Tausiah Khas Ramadan. Pegisian pada kali ini mengangkat tema Masyarakat Madani untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang visi dan misi yang jelas dalam rangka memastikan keamanan, keselamatan dan kemodenan negara dan bangsa sentiasa kekal harmoni. KULIAH AL-QURAN DAN KEFAHAMAN ISLAM (KAFI) MENGANGKAT TEMA MASYARAKAT MADANI PRESINT 9, PUTRAJAYA TAMBAHAN SRA AN-NAJAH, KERJA-KERJA PEMBINAAN BLOK YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah melancarkan Program Iftar Rahmah Ramadan 1444H yang menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma sepanjang bulan Ramadan bertempat di Masjid An-Najihin, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur. Iftar Rahmah Ramadan 1444H adalah sebuah program berkonsepkan soup kitchen yang berpusat di masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan bagi menyediakan pek makanan dengan pelbagai jenis menu juadah berbuka puasa setiap hari secara percuma kepada golongan sasaran yang memerlukan. Tujuan utama program tersebut adalah untuk membantu meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan ahli kariah. Program Iftar Rahmah Ramadan 1444H dijangka dapat memberikan manfaat kepada 21,000 orang penerima setiap hari, manakala jumlah keseluruhan penerima manfaat yang dijangkakan sepanjang program tersebut berlangsung berjumlah 630,000 orang. Mock cheque peruntukan bernilai RM 4 juta diserahkan kepada wakil-wakil dari 70 buah masjid dan surau yang terpilih bagi menjayakan Program Iftar Rahmah sepanjang bulan Ramadan.
8 AL-BUSYRA KELAS TAFAQQUH WANITA Kelas Tafaqquh Wanita Siri 1 Bagi Tahun 2023 dilaksanakan untuk memberikan kefahaman berkaitan persoalan fiqh wanita khususnya isu-isu yang timbul dalam bulan Ramadan. Ceramah bertajuk Qada’ Puasa dan Fidyah telah diikuti oleh 50 orang peserta dalam kalangan warga JAWI. 7 April 2023 JAWI TANDATANGANI MOU BERSAMA SWCORP UNTUK TINGKATKAN ASPEK PENGURUSAN SISA PEPEJAL Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dilaksanakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Putrajaya. MoU tersebut antara lain bertujuan meningkatkan pengurusan pelupusan sisa pepejal berpusatkan institusi masjid dan pengauditan aspek kebersihan tandas masjid dan surau melalui penarafan Bersih, Menawan, Wangi (BMW). 7 April 2023 BINCANG ISU QADA’ PUASA DAN FIDYAH
9 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) serta Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) telah menganjurkan program Ihya' Ramadan OKU Penglihatan di Kompleks MAB, Brickfields Kuala Lumpur. Antara pengisian program adalah Forum Perdana Bicara Al-Quran, Iftar, serta solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah. Program dimulakan pada sebelah petang dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh OKU Penglihatan sendiri menggunakan Al-Quran braille. Program yang dihadiri oleh 90 orang peserta tersebut bertujuan untuk menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti dan amal ibadah dalam kalangan golongan istimewa ini. Ia juga seiring dengan sambutan Nuzul Al-Quran yang menekankan tentang kepentingan menghayati mukjizat al-Quran dalam kehidupan walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Untuk rekod, JAWI giat melaksanakan program kefahaman Islam dan pengajian asas fardu ain kepada golongan OKU penglihatan dan pendengaran secara berkala bagi memastikan golongan tersebut tidak tercicir dari mendapat bimbingan untuk mendalami ajaran Islam. Sejumlah 18 siri Kelas Bimbingan Al-Quran dan Fardu Ain kepada OKU Pendengaran dan Penglihatan telah dijadualkan bagi tahun 2023 untuk manfaat golongan OKU dalam memahami dan menghayati ajaran Islam. Selain itu, bantuan JAWI Food Bank turut disediakan bagi meringankan bebanan kos sara hidup golongan OKU. Inisiatif berkenaan selaras dengan prinsip ihsan yang bermatlamat untuk menyantuni semua golongan terutama menunaikan hak golongan minoriti seperti OKU untuk mendapatkan pengetahuan agama. 8 April 2023 90 ORANG PESERTA OKU PENGLIHATAN KHATAM AL-QURAN SEMPENA RAMADAN
10 AL-BUSYRA 10 April 2023 AKTIVITI PEMERIKSAAN KEROSAKAN DI SURAU AL-MUHAJIRIN, PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) BATU MUDA BAGI KERJA PEMBAIKAN Aktiviti pemeriksaan tapak di Surau Al-Muhajirin, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda bertujuan untuk menilai tahap kerosakan yang berlaku susulan kejadian ribut petir yang mengakibatkan keruntuhan sebahagian "awning" di kawasan surau terbabit. Pemeriksaan tersebut penting bagi menyediakan perancangan kerja-kerja pembaikan yang akan dilaksanakan. PROGRAM TAZKIRAH RAMADAN BERI PELUANG WARGA JAWI IMARAHKAN MAJLIS ILMU Tazkirah Ramadan dilaksanakan secara berkala di Surau Al-Muhajirin Kompleks Pusat Islam JAWI sepanjang bulan Ramadan. Program tersebut bertujuan untuk memberikan peluang kepada warga JAWI dan para pengunjung menyertai majlis ilmu yang disampaikan oleh Guru-Guru Takmir Wilayah Persekutuan. 11 April 2023
11 11 April 2023 Bengkel Penyelarasan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) dan Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) JAWI dilaksanakan di Masjid Negara melibatkan penyertaan seramai 20 orang guru-guru teknologi maklumat Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) JAWI. 11 BUAH KELUARGA MUALAF TERIMA SUMBANGAN MENJELANG AIDILFITRI 20 ORANG GURU TEKNOLOGI MAKLUMAT SERTAI TAKLIMAT PENYELARASAN KURIKULUM SRA DAN KAFA 12 April 2023 Ziarah Mahabbah Mualaf dilaksanakan melibatkan 11 buah keluarga mualaf di sekitar kawasan Kepong, Kuala Lumpur. Program tersebut bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim serta memperkukuhkan akidah sesama muslim. Turut disampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keerluan asas makanan bagi meringankan beban dan membantu persiapan menjelang lebaran yang bakal tiba.
12 AL-BUSYRA PENGARAH JAWI SAMPAIKAN AMANAT SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN DAN KHATAM AL-QURAN 13 April 2023 Perhimpunan Bulanan, Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Warga JAWI 1444H/2023M telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis dimulakan dengan penyampaian amanat oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI seusai Majlis Khatam al-Quran. Majlis diteruskan dengan Penyerahan Laporan Kajian dan Sijil Penghargaan Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan. Dalam majlis sama, turut diadakan penyampaian bantuan Aidilfitri kepada warga JAWI. Majlis Iftar turut diadakan sebagai penutup acara. 12 ORANG MUALAF TERIMA SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 13 April 2023 Sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai telah disampaikan kepada 12 orang penerima di Warung Makan Sahabat dalam program Ziarah Mualaf 2023. Warung Makan Sahabat adalah pusat komuniti untuk Rakan Jalanan seperti gelandangan dan miskin bandar sekitar Kuala Lumpur di bawah kelolaan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan dan rakan-rakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain. Pusat tersebut berperanan dalam menyebarkan dakwah kasih sayang kepada masyarakat sekitar dengan memberikan makanan tengah hari percuma dan kelas-kelas peningkatan kemahiran termasuk kelas fardu ain setiap hari kepada komuniti rakan jalanan.
13 13 April 2023 Majlis Khatam al-Quran dan Iftar dilaksanakan di JAWI Putrajaya melibatkan kehadiran seramai 100 orang peserta termasuk golongan mualaf. Program tersebut merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan bagi mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelbagai kegiatan kerohanian. MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR IMARAHKAN BULAN RAMADAN 600 PEK JUADAH BERBUKA PUASA DIAGIHKAN SETIAP HARI KEPADA GELANDANGAN MELALUI KOLABORASI JAWI FOOD BANK DAN Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui JAWI Food Bank (JFB) telah menganjurkan Program Santuni Gelandangan Chow Kit di Pusat Pembelajaran Dalam Komuniti (PPK) Chow Kit, Kuala Lumpur. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar hadir menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 40 buah keluarga yang berada di bawah pemantauan PPK. Selain itu, YB Menteri turut mengagihkan 600 pek juadah berbuka puasa kepada Rakan Jalanan pada majlis tersebut. Sepanjang bulan Ramadan tahun ini, sejumlah 600 pek juadah berbuka puasa diagihkan setiap hari mulai jam 6.00 petang di Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit, Kuala Lumpur dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM129,600. Inisiatif tersebut dijayakan melalui kolaborasi strategik antara JFB, Iftar Rahmah Ramadan, VFive Group, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) JAKIM dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab sebagai lambang keprihatinan yang bertujuan meringankan beban golongan memerlukan selaras dengan teras Kesejahteraan Insan yang terkandung di dalam agenda Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI (Al-Falah). 14 April 2023 RAKAN STRATEGIK
14 AL-BUSYRA ISU “AMALAN WANITA HAID PADA BULAN RAMADAN” 14 April 2023 Program Kelas Tafaqquh Wanita Siri 2 Bagi Tahun 2023 diadakan untuk memberikan kefahaman berkaitan persoalan fiqh wanita khususnya isu-isu yang timbul dalam bulan Ramadan. Seramai 30 orang warga JAWI telah mengikuti kuliah bertajuk “Amalan Wanita Haid pada Bulan Ramadan” yang disampaikan oleh Ustazah Muzayyanah binti Abdullah. SOLAT SUNAT TASBIH IMARAHKAN AKTIVITI RAMADAN SURAU AL-MUHAJIRIN JAWI 14 April 2023 Solat Sunat Tasbih dilaksanakan di surau Al-Muhajirin Kompleks Pusat Islam JAWI bagi melipatgandakan amal ibadah sempena bulan Ramadan. Program tersebut disertai oleh Haji Mohd Fadzil Abu Kassim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI merangkap Pengerusi Surau Al-Muhajirin. KELAS TAFAQQUH WANITA BINCANG
15 Program Iftar Rahmah Ramadan diadakan di Surau Al-Irfan, Kolej Martikulasi Labuan dengan menyediakan menu istimewa iaitu burger McDonald's untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar sebelum mereka pulang untuk bercuti di kampung halaman masing-masing. Program yang diadakan sepanjang bulan Ramadan tersebut merupakan suatu inisiatif bagi membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat selain menjadi pendekatan JAWI untuk turun padang mendekati masyarakat. 15 April 2023 BURGER MCDONALD'S DIAGIHKAN KEPADA PELAJAR KOLEJ MARTIKULASI LABUAN SEMPENA PROGRAM IFTAR RAHMAH RAMADAN Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama International Da'wah Institute PERKIM - Kuala Lumpur (IDIP-KL) menyantuni para pesakit di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) melalui siri dakwah bil hal, Program Ziarah RAMAH Siri 1. Program tersebut bertujuan untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada para pesakit yang sedang menjalani rawatan di HRC. Seramai 50 orang pesakit telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan diri dan wang tunai. 18 April 2023 50 ORANG PESAKIT TERIMA SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM ZIARAH RAMAH HOSPITAL
16 AL-BUSYRA BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH JAWI BINCANG INISIATIF IKON MUALAF BERSAMA NGO Sepanjang bulan Ramadan kali ini, Pasukan Pengurus Jenazah JAWI telah menguruskan sejumlah 16 jenazah tanpa waris dan 18 anggota badan bagi melunaskan kewajiban Fardu Kifayah dalam pengurusan jenazah umat Islam di hospital-hospital awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasukan pengurus jenazah JAWI cekal melaksanakan tanggungjawab menguruskan jenazah yang kebanyakannya melebihi enam bulan hingga tempoh setahun tempoh kematian. Situasi jenazah yang hampir mereput, mengeras dan berbau adalah cabaran kepada para petugas khususnya di bulan Ramadan. 16 JENAZAH TANPA WARIS DIURUSKAN PASUKAN PENGURUS JENAZAH JAWI SEPANJANG BULAN RAMADAN 20 April 2023 Perbincangan Program dan Pelaksanaan Bengkel Ikon Mualaf Tahun 2023 diadakan bersama beberapa NGO yang menguruskan mualaf di Wilayah Persekutuan seperti Islamic Outreach ABIM, Hidayah Center Foundation, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) dan beberapa NGO lain. Inisiatif Ikon Mualaf merupakan kerjasama antara JAWI dengan rakan NGO untuk melatih dan membentuk mualaf yang berkomitmen tinggi dalam pegangan akidah dan syariat Islam sekaligus menjadi model atau duta dalam menyampaikan dakwah kepada golongan bukan Islam. 18 April 2023
17 JUADAH BERBUKA PUASA IFTAR RAHMAH RAMADAN DIEDARKAN SECARA PERCUMA SETIAP HARI KEPADA PENDUDUK SEKITAR PUTRAJAYA Juadah berbuka puasa Iftar Rahmah Ramadan disediakan oleh surau Al-Muqarrabin Putrajaya untuk diedarkan secara percuma kepada orang ramai di penghujung bulan Ramadan. Lebih 630,000 orang penerima di sekitar Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah mendapat manfaat dari inisiatif tersebut sepanjang bulan Ramadan. 20 April 2023
18 AL-BUSYRA ARTIKEL PILIHAN (AL-NASIHAH)
19 FOKUS BERITA
20 AL-BUSYRA POSTER PENGUMUMAN
21 POSTER PENGUMUMAN
22 AL-BUSYRA INFOGRAFIK PILIHAN
23 INFOGRAFIK PILIHAN
24 AL-BUSYRA LENSA JAWI @ MEDIA
25 LENSA JAWI @ MEDIA
26 AL-BUSYRA جاوي @JAWI
AL-BUSYRA JAWI KL 1-800-88-1771 JAWI Cawangan Putrajaya 1-800-88-2675 Hotline PENGUATKUASAAN www.jawi.gov.my JAWIWP jawi_kl myJAWI TV JAWI JAWI FM PORTAL RASMI JAWI