The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pasukan Pengurus Jenazah JAWI urus jenazah tidak berwaris

Jom baca Al-Busyra, medium penyampaian maklumat program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Buku Maya Al-Busyra JAWI, 2021-01-06 23:30:25

Al-Busyra Siri 5

Pasukan Pengurus Jenazah JAWI urus jenazah tidak berwaris

Jom baca Al-Busyra, medium penyampaian maklumat program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

PENGENALAN

Al-Busyra diterbitkan bertujuan menyampaikan maklumat
berkaitan program dan perkhidmatan JAWI kepada masyarakat
Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan

ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI

• Petikan Bulan Ini 2 PENASIHAT
• Menyebar Risalah Kepada Ummah 3-10 Haji Mohd Ajib bin Ismail
• Lensa JAWI@Media 11
• Fokus Berita 11 KETUA PENYUNTING
• Artikel Pilihan (Al-Nasihah) 12 Saiful Azhar bin Saadon
• Info Grafik Pilihan 13
• Poster Pengumuman 14 PENYUNTING
• JAWI@ 14 Siti Sakinah binti Hayat
Khairunnisa binti Bakri
Mohammad Hafizee bin Md
Hashim
Muhammad Azri bin Azmi

JURUFOTO
Mohammad Irfan Amin Chang
bin Abdullah

1

Petikan Bulan Ini

“Urusan kematian itu tidak
seharusnya membebankan
para waris. Ia termasuk dalam
tuntutan Fardu Kifayah ke atas
umat Islam. Di JAWI, kami
berusaha mempermudahkan
urusan jenazah apabila
seseorang itu meninggal

dunia serta menawarkan
perkhidmatan pengurusan
jenazah tidak berwaris
secara percuma untuk
maslahah umat Islam di
Wilayah Persekutuan.”

Haji Mohd Ajib bin Ismail
Pengarah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

2

Menyebar risalah
kepada ummah

1 Oktober 2020
JAWI Food Bank menyantuni asnaf di Masjid
Mukim Kg. Kerilla, Machang, Kelantan. Acara
penyampaian sumbangan berupa barangan
keperluan asas kepada 20 orang asnaf kariah
mukim tersebut merupakan salah satu atur
cara dalam Kursus Kesiapsiagaan Pegawai
Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI.

1 Oktober 2020
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
Saringan Tilawah al-Quran Peringkat Zon
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1442H
bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid
Negara, Kuala Lumpur. Seramai 6 orang
peserta telah terpilih ke Majlis Tilawah al-
Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan.

2 Oktober 2020
Persidangan Meja Bulat Isu “Perceraian
Dalam Kalangan Pasangan Muda: Punca
dan Solusi” bertempat di Hotel Putra Kuala
Lumpur. Antara topik yang dibincangkan
adalah “Perceraian di Usia Muda: Trend
dan Fenomena”, “Perceraian di Usia Muda:
Punca Serta Kesan Kepada Keluarga dan
Masyarakat” dan “Cadangan Mengatasi
Menurut Perspektif Syariah.” Perbincangan tersebut bertujuan mendapatkan input dalam
usaha mengurangkan kadar perceraian serta melahirkan keluarga dan masyarakat yang
harmoni.

3

6 Oktober 2020
Sesi Taklimat dan Majlis Penyerahan Surat Pengisytiharan Mendirikan Solat Jumaat
dalam tempoh PKPP, EXIM Bank Kuala Lumpur. Antara surau-surau yang terlibat ialah
Surau Al-Hijriah Jinjang Utara, Surau Ibrahimiah Kg. Batu Muda, Surau As-Sakinah PPR
Gombak Setia, Madrasah Nazariah Kampung Puah, Surau Al-Ehsaniah Taman Danau
Kota, Madrasah Nurul Muttaqin Gombak Setia, Surau Abdul Hamid Zainal Abidin UNIKL,
Surau Al-Amin DBKL, Surau Tun Rahah Menara Yayasan Tun Razak, Surau Menara
Felda, Surau Ar-Raudhah EXIM Bank, Madrasah Babul Khairat Cochrane Perkasa,
Surau Utama Pos Malaysia, Surau At-Taqwa Kolej Vokasional Setapak, Surau Luqman
Al-Hakim Kem Kementah, Surau Al-Falah Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur,
Surau Al-Fateh Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Surau Ar-Rahman Sekolah
Menengah Sains Selangor Kuala Selangor, Surau As-Syakirin IKED Kem Perdana Sg
Besi, Surau Al-Qawiyy Al-Amin Presint 4, Surau Al-Ghazali Presint 8, Surau Al-Husna
Presint 9 dan Surau Wahbah Al-Zuhaily Presint 18.

8 Oktober 2020

Kursus Pembangunan Kendiri Pengurus
Jenazah JAWI, Hotel Ibis, Melaka. Antara topik
yang dibincangkan adalah Fiqh Perbandingan
Empat Mazhab Dalam Kaedah Pengurusan
Jenazah, Garis Panduan Pengurusan Jenazah
Covid-19 dan Garis Panduan Ibadah Bagi
Petugas Dan Pesakit serta Pembentukan
Personaliti Pengurus Jenazah dan Transformasi
Dalam Budaya Kerja.

4

8 Oktober 2020
Seminar Penerangan, Pencegahan dan
Kesedaran Undang-undang Syariah
bertempat di Hotel Tenera, Bandar Baru
Bangi, Selangor. Para peserta yang terdiri
daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid
dan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA)
JAWI telah mengikuti perbincangan beberapa
topik penting seperti Peranan AJK Masjid
dalam Membanteras Jenayah Syariah dan Isu-isu Keselamatan Dalam Membanteras Isu
Penggunaan Agama Islam.

Seminar tersebut bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan mewujudkan
masyarakat yang selamat dan bebas daripada salah laku maksiat, penerangan berkaitan
undang-undang jenayah syariah yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan serta
menyedarkan masyarakat mengenai keperluan untuk terlibat dalam usaha penerangan
dan pencegahan jenayah syariah yang berlaku dalam keluarga dan masyarakat.

11 Oktober 2020
Kursus Training Of Trainers (TOT) Tenaga
Pengajar Mualaf Wilayah Persekutuan
memberikan fokus terhadap kemahiran
menguasai emosi dan penghayatan pelajar
dalam pembelajaran. Kursus tersebut
memberi peluang kepada tenaga-tenaga
pengajar mualaf mendapat input baharu
mengenai seni dan kaedah pengajaran yang
berkesan.

11 Oktober 2020

Program Kepimpinan Remaja (Bina Insan),
Kem Nur Bestari Eco Resort Ulu Yam. Tujuan
program ini adalah untuk membina jati diri
dan membentuk sahsiah yang terpuji dalam
kalangan remaja berlandaskan kepada syariat
Islam.

5

12 Oktober 2020
YB Tuan Haji Ahmad Marzuk bin Shaary,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama) telah meluangkan masa
hadir ke Program Dapur It’am Sifar Lapar
bertempat di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar
Tasik Selatan.

Beliau turut melawat Dapur Masjid dan
membantu sukarelawan masjid menyiapkan
hidangan bungkusan makanan untuk
diedarkan kepada para penerima
sumbangan.

13 Oktober 2020
Ziarah Mahabbah dan Lawatan Kerja ke Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan
Agama Islam Perak dan Kompleks Darul Hidayah Pulau Pinang. Perkongsian maklumat
dalam sesi lawatan tersebut bertujuan untuk menambah baik pengurusan Saudara
Baru di Wilayah Persekutuan meliputi hal ehwal pengajian, kebajikan dan pengurusan
Kompleks Darul Hidayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

16 Oktober 2020
Lawatan tapak ke SRA Al-Falahiah, Taman
Melati Setapak. Lawatan ini adalah susulan
aduan berkaitan beberapa kerosakan
yang berlaku bagi merancang kerja-kerja
pembaikan pada masa akan datang.

6

16 Oktober 2020
Majlis Saringan Tilawah Al-Quran (MSTQ)
Peringkat Zon Wilayah Persekutuan Labuan
bertempat di Masjid Jamek Layang-Layangan.
Seramai 10 orang peserta telah menyertai
MSTQ pada kali ini terdiri daripada 6 orang
qari dan 4 orang qariah.

16 Oktober 2020
Program Tahsin Al-Quran melibatkan peserta
MSTQ Peringkat Zon Wilayah Persekutuan
Labuan, Bilik Mesyuarat Al-Qardhawi, JAWI
Labuan.

Program ini bertujuan memberikan latihan
dan pendedahan kepada para peserta untuk
mendalami ilmu Al-Quran seperti tajwid,
taranum, fasohah dan suara di dalam bacaan
Al-Quran.

19 Oktober 2020

Pengurusan jenazah Saudara Baru
berwaris dan jenazah Saudara Baru
tidak berwaris oleh Pasukan Pengurus
Jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) di Tanah Perkuburan
Raudhatul Sakinah (TPRIS), Jalan Karak,
Kuala Lumpur.

Pengurusan jenazah ini meliputi proses
awal menuntut jenazah di forensik HKL,
mandi, kafan sehinggalah ke tanah
perkuburan bagi urusan pengebumian.

7

19 Oktober 2020
JAWI Food Bank menyantuni mahasiswa dan
mahasiswi Universiti Malaya yang menetap
di rumah-rumah sewa sekitar Petaling Jaya,
Kerinchi dan Wangsa Maju. Seramai 30 orang
pelajar telah disantuni dengan sumbangan
barangan keperluan seperti beras, sardin,
gula, tepung, biskut dan sos cili.

20 Oktober 2020
Pengarah JAWI menziarahi Datin Hajah
Marzilah Binti Abdul Malek balu kepada
Allahyarham Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya,
mantan Ketua Pengarah JAKIM di rumahnya
di Kuang, Selangor mewakili warga JAWI.

Pemergian arwah ke rahmatullah merupakan
kehilangan besar dalam bidang Perkhidmatan
Hal Ehwal Islam serta masyarakat Islam
amnya.

20 Oktober 2020
Pengurusan jenazah tidak berwaris yang disempurnakan oleh Pasukan Pengurus
Jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Tanah Perkuburan
Raudhatul Sakinah (TPRIS), Jalan Karak, Kuala Lumpur. Pengurusan jenazah pada kali
ini telah dilaksanakan di tempat baru dengan kemudahan yang lebih selesa kepada
pengurus jenazah dalam melaksanakan tugas.

8

21 Oktober 2020
Lawatan tapak ke Masjid Muhammad Al-Fateh, Kem
Wardieburn, Setapak susulan aduan kerosakan yang
telah diterima. Perbincangan turut diadakan bagi kerja-
kerja pembaikan yang akan dilaksanakan kelak.

22 Oktober 2020
JAWI Food Bank menyantuni penghuni rumah Rumah Titian Kaseh Titiwangsa termasuk
anak yatim, ibu tunggal, OKU dan warga emas. Antara yang disumbangkan adalah
wang tunai, makanan dan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, biskut dan juga
lampin pakai buang, beg sekolah, ampaian besi mudah alih dan tong sampah bagi
kegunaan Rumah berkenaan.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YB Tuan Ahmad Marzuk bin
Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

22 Oktober 2020
Webinar Isu Umat Islam Global bertemakan
Peranan Institusi Islam dan Ulama telah
dilaksanakan melalui aplikasi zoom dan
facebook rasmi JAWI. Perasmian webinar
telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama) YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary
yang sekaligus melancarkan program Madrasah Ulama, iaitu sebuah program keilmuan
berbentuk tarbiyah dan dakwah kepada masyarakat secara dalam talian dalam tempoh
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

9

22 Oktober 2020

Penyampaian sumbangan masjid-masjid
Wilayah Persekutuan kepada mangsa terjejas
di Beirut disempurnakan oleh Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama) YB Tuan Ahmad Marzuk bin
Shaary

23 Oktober 2020
Bengkel Pengurusan Media Sosial
secara dalam talian melibatkan
kesemua pengendali media sosial
JAWI bertujuan memperkasa media
sosial sebagai salah satu wadah
penyampaian perkhidmatan dan
informasi kepada masyarakat.
Bengkel yang dikendalikan oleh
jurulatih berpengalaman tersebut
mendedahkan teknik copywriting berkesan, teknik asas canva design dan strategi
media bagi mempertingkatkan persembahan penyampaian dan kandungan media
sosial.

28 Oktober 2020
Perhimpunan Bulanan Warga JAWI melalui Facebook Live. Pengarah JAWI, Tuan
Haji Mohd Ajib bin Ismail telah menyampaikan amanat pada majlis tersebut dengan
memberikan penghargaan khusus kepada khidmat bakti dan pencapaian cemerlang
semua warga JAWI dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada
masyarakat awam khususnya umat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

10

Lensa JAWI@Media
Fokus Berita

11

Artikel Pilihan
(Al-Nasihah)

12

Info Grafik Pilihan

13

Poster Pengumuman
JAWI@

14

JAWIFM

15


Click to View FlipBook Version