SIRI 11/2022
MEMBAWA BERITA GEMBIRA, BERKHIDMAT UNTUK UMAT
PETIKAN BULAN INI
Manfaatkanlah platform media sosial sebagai
medium dakwah dan penyampaian maklumat yang
berkesan kepada masyarakat. Teruskan berusaha
untuk menjadi sebuah agensi yang progresif dan
kreatif dalam menghasilkan pelbagai inisiatif
baharu bagi mendepani cabaran dan arus
kemodenan.
Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI)
PENGENALAN
Al-Busyra diterbitkan bertujuan
menyampaikan maklumat berkaitan
program dan perkhidmatan JAWI
kepada masyarakat Islam khususnya di
Wilayah-Wilayah Persekutuan.
ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI
Menyebar Risalah Kepada Ummah 3 PENASIHAT
Lensa JAWI@Media 13 Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Fokus Berita 14
Artikel Pilihan (Al-Nasihah) 15 PENGARANG
Infografik Pilihan 16 Saiful Azhar bin Saadon
Poster Pengumuman 17
JAWI@ 18 PENYUNTING
Siti Sakinah binti Hayat
Khairunnisa binti Bakri
Mohammad Hafizee bin Md Hashim
Siti Nazehah binti Zulkipli
JURUFOTO
Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah
EDARAN
Muhd Hafiz bin Hallmi
2
MENYEBAR RISALAH KEPADA UMMAH
2 November 2022
Warga JAWI turut menyertai Konvensyen Perkhidmatan Hal Ehwal Islam yang diadakan sempena Ijtimak Perdana
Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) di ILIM, Bangi.
Konvensyen tersebut melibatkan penyertaan seluruh Agensi Agama Peringkat Persekutuan dan Agensi-Agensi
Agama Negeri. YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan ucaptama
dalam konvensyen berkenaan. Turut hadir Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM.
Konvensyen dimoderatorkan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI serta menampilkan panelis
berpengalaman dalam bidang masing-masing iaitu:
1. YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Zainal Rahim bin Seman, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
2. YBhg. Dato’ Sri Dr. Uzir bin Mahidin, Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia
3. YBhg. Dato’ Wan Mohamad bin Sheikh Abdul Aziz, Mantan Ketua Pengarah JAKIM
3
2 November 2022
Majlis Apresiasi Kelas Pengajian Mualaf Wilayah Persekutuan Labuan diadakan di Bilik Seminar Rafflesia, Ujana
Kewangan Labuan bertujuan untuk meraikan dan menghargai para mualaf yang cemerlang serta mempamerkan
komitmen dan disiplin yang tinggi sepanjang tempoh pengajian.
Penganjuran majlis berkenaan diharapkan dapat memberikan galakan kepada para mualaf agar lebih giat berusaha
dalam meningkatkan tahap pencapaian masing-masing. Seramai 22 orang pelajar berjaya menamatkan pengajian
bagi sesi Januari 2021 hingga Jun 2022. Majlis tersebut dihadiri seramai 70 orang pelajar Kelas Pengajian Mualaf.
9 November 2022
Kursus Profesionalisme Pendakwah Tahun 2022 bertempat
di Dewan Muslimat, Masjid Wilayah Persekutuan dianjurkan
bertujuan untuk melahirkan pegawai dan kakitangan yang
kompeten bagi melaksanakan tugas sebagai pendakwah
serta mempunyai kemahiran menyampaikan dakwah
secara berhikmah dan harmoni dalam kepelbagaian latar
belakang masyarakat.
Antara topik yang dibincangkan dalam kursus tersebut
adalah Metodologi Dakwah, Sasaran Dakwah dan Teknik
Penyampaian Dakwah yang disampaikan oleh Encik
Muhamad Syaari bin Ab. Rahman dari Syarikat Ibrah
Paradigma Sdn. Bhd., dan Pendekatan Dakwah Melalui
Tarikan, Pendekatan Psikologi Dakwah Untuk Non-Muslim
dan Dakwah Mengikut Perkembangan Sasaran yang
disampaikan oleh Dr. Hamdi bin Ishak, Pensyarah Jabatan
Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
4
11 November 2022
Majlis Perasmian Kelas Pengajian Mualaf di Masjid-
masjid di Wilayah Persekutuan diadakan di Masjid
al-Imam al-Ghazali, Bandar Menjalara, Kepong, Kuala
Lumpur. Sehingga bulan November 2022, sebanyak
lima (5) buah masjid telah melaksanakan Kelas
Pengajian Mualaf iaitu Masjid al-Imam al-Ghazali
Bandar Menjalara, Masjid Amaniah Kepong, Masjid al-
Muqarrabin, Masjid Usamah bin Zaid dan Masjid ar-
Rahman. Manakala tiga (3) buah lagi masjid iaitu Masjid
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Salahuddin
al-Ayyubi dan Masjid Imam as-Syafii Taman Maluri akan
melaksanakannya dalam masa terdekat.
Kelas Pengajian Mualaf di masjid-masjid bertujuan
menyebarluas fungsi masjid kepada masyarakat
termasuk golongan mualaf agar mendapat lebih
peluang untuk mempelajari ilmu asas agama Islam
berhampiran dengan tempat tinggal sekaligus
mengurangkan kadar keciciran golongan mualaf dari
mengikuti kelas agama.
12 November 2022
Program Ihtifal Aulad Al-Islami Peringkat Wilayah Persekutuan dianjurkan di Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI
(SIRAJ) Saidina Uthman bin Affan Bandar Tun Razak yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar Sekolah Integrasi
Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Sekolah Rendah Agama (SRA), dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di bawah
seliaan JAWI. Ihtifal Aulad Al-Islami adalah acara tahunan yang berkonsepkan pertandingan bagi mencungkil bakat
murid-murid dalam pelbagai acara menarik seperti Tilawah Al-Quran, Syarahan Bahasa Melayu, Bercerita Kisah Dari
Al-Quran, Hafazan, Khutbah, Azan, Seni Khat, Penulisan Jawi, dan Nasyid. Untuk rekod, terdapat 72 SRA, 125 KAFA,
dan 5 SIRAJ di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Ihtifal Aulad Al-Islami kembali dilaksanakan secara fizikal pada tahun ini bagi menggilap kemahiran insani dan
penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan para pelajar melalui kegiatan kokurikulum ke arah misi melahirkan
modal insan terbaik untuk masa depan negara. Ihtifal berkenaan disertai seramai 465 orang peserta yang mewakili
8 buah zon di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang
bagi setiap acara yang dipertandingkan telah disempurnakan oleh Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail. Zon
Putrajaya muncul pemenang keseluruhan dan membawa pulang Piala Pusingan.
5
13 November 2022
Kelas Intensif Fardu Ain (KIFA) siri
12/2022 mendapat sambutan yang
memberangsangkan dengan kehadiran
seramai 47 orang peserta mualaf sekitar
Wilayah Persekutuan. Sesi ceramah dan
perkongsian ilmu telah disampaikan oleh
Al-Fadil Ustaz Yahya Mahyuddin dan Al-Fadil
Ustaz Mohd Rahimi melalui komunikasi 2
hala dan slot soal jawab. Manakala sesi amali
wuduk dan solat pula dikendalikan oleh
fasilitator undangan dari Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
16 November 2022
Majlis Kunjung Hormat dari Pejabat Pendaftaran Hubungan Keluarga Warga Korea di Luar Negara dan Kedutaan
Besar Republik Korea berlangsung di Dewan Syura Perdana, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Kunjungan yang disertai oleh 6 orang delegasi tersebut diketuai oleh Mr. SO Soo-joon, Timbalan Pengarah, Pejabat
Pendaftaran Hubungan Keluarga Warga Korea di Luar Negara. Turut hadir Ms. Chae Seung Hee, Setiausaha Pertama
dan Majlis bagi Kedutaan Besar Republik Korea.
Kunjungan berkenaan diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai fungsi dan peranan JAWI serta
isu-isu berkaitan urusan perkahwinan, perceraian dan rujuk (NCR) khususnya prosedur, peraturan am serta undang-
undang berkaitan perkahwinan orang Islam termasuk warga negara Korea di Malaysia.
6
17 November 2022
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M dianjurkan selama tiga hari
bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah
kepada para peserta disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM.
Johan Qari adalah Encik Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad yang merupakan pensyarah di Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS) manakala Johan Qariah adalah Puan Noorul Hasliza binti Hj. Ahmad yang merupakan
Pembantu Hal Ehwal Islam di JAWI.
Persembahan Khas turut disampaikan oleh Kumpulan Nasyid Al-Rayyan semasa acara penutupan. Manakala Seminar
Penerbitan Al- Quran Rasm Uthmani juga diadakan sempena majlis tersebut.
21 November 2022
Round Table Discussion Isu-Isu Semasa Tahun 2022 diadakan Dewan Seminar Maya Hotel Maya Kuala Lumpur yang
dipengerusikan oleh YBrs Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim Timbalan Pengarah Operasi (JAWI). Persidangan
tersebut diadakan bagi meningkatkan kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan Wilayah Persekutuan;
Menggembleng keupayaan, kemahiran dan kepakaran secara lebih sistematik, terancang dan bersepadu di antara
agensi-agensi sahabat; dan Mewujudkan penyelarasan dan perkongsian maklumat jenayah syariah di media social.
Antara kertas kerja yang dibentangkan bertajuk Penguatkuasaan Jenayah Syariah di Media Sosial-Pengalaman
SKMM disampaikan oleh YBhg Dato’ Mohd Shafie bin Haron, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya
Komunikasi Multi Media Malaysia (SKMM); Penyelarasan Jenayah Syariah Di Media Sosial Dalam Wilayah Persekutuan
disampaikan oleh YBrs. Puan Hajjah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi, Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah
Persekutuan (JAPENS); dan Kaedah Tindakan Dan Teknikaliti Penguatkuasaan Syariah Di Media Sosial disampaikan
oleh YBhg. SAC Datuk Hj Mohamad Zainal bin Hj Abdullah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendakwaan/ Undang-
undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.
RTD berkenaan disertai oleh 30 orang ahli dari pelbagai agensi seperti JAKIM, Jabatan Peguam Negara, Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, MAWIP,
JAPENS, SKMM, KPDNKK, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Persatuan Peguam
Muslim Malaysia (PPMM), dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
7
22 November 2022
97.8 peratus kelulusan telah direkodkan bagi keseluruhan mata pelajaran Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama
(UPSRA) di Wilayah-Wilayah Persekutuan berbanding 94.3 peratus pada tahun 2021. Seramai 508 orang calon pula
berjaya mendapat keputusan 7A dan 542 orang calon mendapat keputusan 6A dalam ujian tersebut. Pengumuman
berkenaan dibuat oleh Haji Mohd Fadzil Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) mewakili Pengarah JAWI di Dewan Masjid Saidina Uthman bin Affan, Bandar Tun Razak.
UPSRA dilaksanakan bertujuan untuk memastikan tahap pembelajaran murid berdasarkan Kurikulum Sekolah
Rendah Agama (KSRA) dapat dicapai. Ujian tersebut juga menjadi indikator penting untuk mengukur kemenjadian
murid dari aspek akademik sekaligus menjadi nilai tambah dalam proses pemilihan murid bagi kemasukan ke
sekolah menengah pada setiap tahun.
Seramai 8,230 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan UPSRA bagi tahun 2022 yang terdiri
daripada 380 orang calon Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), 4,748 orang calon Sekolah Rendah Agama
(SRA), 2,714 orang calon Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta 388 orang calon sekolah-sekolah swasta
yang berdaftar dengan JAWI. Sejumlah 192 pusat peperiksaan dan 468 orang petugas pula telah terlibat dalam
pelaksanaan ujian tersebut.
25 November 2022
Aktiviti lawatan tapak di Sekolah Integrasi
Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah
Ibnu Mas’ud, Presint 11, Putrajaya. Kerja-
kerja yang bermula pada bulan Oktober
2022 telah 90 peratus siap dan dijangka
siap sepenuhnya pada penghujung
bulan November 2022. Inisiatif tersebut
bertujuan untuk menambah baik prasarana
sekolah-sekolah di bawah seliaan JAWI
bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dalam
suasana yang lebih kondusif.
8
25 November 2022
Program Town Hall Pengurusan Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) Wilayah Persekutuan dikendalikan oleh Tan
Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan,
Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). Program tersebut dilaksanakan susulan Persidangan
Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) Kali ke-57 bertujuan untuk berkongsi maklumat
berkaitan dasar-dasar semasa Pendidikan Islam serta menjadi platform bagi mendapatkan pandangan dan cadangan
penambahbaikan IPS di Wilayah Persekutuan. Perasmian majlis disempurnakan oleh Dr. Yusri bin Mohamad, Ahli
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mewakili Pengerusi MAIWP di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah
Persekutuan. Turut hadir Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI.
Sehingga kini sejumlah 80 buah IPIS telah berdaftar dengan JAWI yang terdiri daripada 31 buah Institusi Tahfiz, 5
buah Sekolah Menengah Agama, 1 buah Institusi Pondok, 31 buah Sekolah Rendah Agama dan 12 buah Kelas Al-Quran
dan Fardu Ain (KAFA). Pendaftaran tersebut penting demi memastikan kemudahan pembelajaran yang kondusif
serta silibus yang ditawarkan selaras dengan pegangan Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sekaligus memenuhi
keperluan duniawi dan ukhrawi.
9
26 November 2022
Program Taklimat Pelantikan Semula Bagi Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Tahun 2023 dilaksanakan di Dewan
Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan melibatkan penyertaan seramai 1,167 orang guru KAFA seluruh Wilayah
Persekutuan.
Program tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan berkaitan peraturan-peraturan semasa bagi
guru KAFA dan penjelasan isu-isu semasa berkaitan aqidah dan ajaran sesat di Malaysia. Program berkenaan perlu
dihadiri kerana menjadi salah satu kaedah penilaian untuk guru-guru KAFA dilantik semula.
29 November 2022
Aktiviti Pemantauan Pengurusan Pusat Peperiksaan bagi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 dilaksanakan
sekitar Putrajaya melibatkan lokasi seperti KAFA Surau ar-Rahman, KAFA SKPP 16, KAFA SKPP 11 (2), dan KAFA SKPP
18 (1). 3 orang calon berkeperluan khas yang mengalami masalah penglihatan turut menduduki ujian KAFA Sekolah
Kebangsaan Putrajaya Presint 18.
10
29 November 2022
Warga JAWI turut serta dalam Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di
Dataran Perdana Putra, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
29 November 2022
Bengkel Pemurnian Sasaran Kerja Utama (SKU) JAWI diadakan di Bilik Seminar Masjid Wilayah Persekutuan
bertujuan menambah baik SKU di peringkat jabatan serta mengemaskini modul Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
di dalam sitem HRMIS bagi melancarkan urusan penilaian dan pergerakan gaji tahunan semua penjawat awam yang
berkhidmat di JAWI.
11
30 November 2022
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah
menganjurkan Program Pemuliaan Al-Quran melalui aktiviti pelepasan abu al-Quran ke laut bertempat di Institut
Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) Pelabuhan Klang, Selangor. Acara Perasmian disempurnakan oleh Datuk
Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI. Turut hadir Haji Ghadzali Ahmad, Timbalan Pengarah MATRAIN, Puan Ummi
Kalthum Shuib, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan dan Encik Mohammad Amir Azizan, Pengarah Bahagian
Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Wilayah Persekutuan.
Pusat Pemuliaan al-Quran Darul Kalam yang beroperasi di Raudhatul Sakinah, Taman Selasih Kuala Lumpur di bawah
kendalian JAWI telah menerima banyak al-Quran yang rosak untuk dilupuskan termasuk al-Quran rosak akibat
banjir yang melanda Lembah Klang dan Pahang sekitar penghujung tahun 2021. Justeru aktiviti pelepasan abu
al-Quran ke laut dilaksanakan setelah melalui proses pembakaran dalam relau pelupusan al-Quran di Darul Kalam
dengan cara yang betul menurut panduan syarak. Kerja-kerja pelepasan 6.8 tan abu al-Quran ke laut dilaksanakan
dengan bantuan fasiliti dan aset JLM seperti Kapal Pedoman dan anak-anak kapal susulan persetujuan Mesyuarat
Penyelarasan Pengurusan Pelupusan Teks/ bahan al-Quran yang rosak akibat bencana banjir.
Pelepasan abu al-Quran ke laut merupakan proses pemuliaan al-Quran yang selari dengan ketetapan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992. Program ini merupakan tindakan
proaktif JAWI dalam memberikan pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kaedah pemuliaan al-
Quran yang betul sekaligus memelihara kesucian ayat-ayat suci al-Quran pada setiap masa.
12
LENSA JAWI@MEDIA
13
FOKUS BERITA
14
ARTIKEL PILIHAN (AL-NASIHAH)
15
INFOGRAFIK PILIHAN
16
POSTER PENGUMUMAN
17
JAWI@ ﺟﺎوي
IBU PEJABAT JAWI JAWI CAWANGAN LABUAN
Jabatan Agama Islam Tingkat 8, Blok 4,
Wilayah Persekutuan Ujana Kewangan,
Kompleks Pusat Islam, Peti Surat 82917,
87209 Wlayah Persekutuan Labuan
Jalan Perdana,
50676 Kuala Lumpur +6087-415 311
+6087-417 595
+603-2274 9333
+603-2273 1575
JAWI CAWANGAN PUTRAJAYA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Aras 2, Blok D, Jalan Tuanku Abdul Halim,
Kompleks Islam Putrajaya, 50480 Kuala Lumpur.
+603-6201 8780
Presint 3, +603-6201 8790
62100 Putrajaya.
+603-8884 2600
+603-8884 2700
JAWI KUALA LUMPUR
JAWI PUTRAJAYA
www.jawi.gov.my @jawi_kl @TV JAWI
@JAWIWP @myJAWI @JAWI FM