SIRI 10/2022
MEMBAWA BERITA GEMBIRA, BERKHIDMAT UNTUK UMAT
PETIKAN BULAN INI “
“Berusahalah untuk menjadi pegawai yang mengamalkan
profesionalisme yang tinggi dan bersedia menjadi
contoh kepada yang lain sepanjang masa. Kita
bertanggungjawab memelihara setiap tutur kata dan
tindakan yang dipamerkan agar imej dan kewibawaan
institusi agama sentiasa dipandang tinggi oleh
masyarakat.
Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI)
PENGENALAN
Al-Busyra diterbitkan bertujuan
menyampaikan maklumat berkaitan
program dan perkhidmatan JAWI
kepada masyarakat Islam khususnya di
Wilayah-Wilayah Persekutuan.
ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI
Menyebar Risalah Kepada Ummah 3 PENASIHAT
Lensa JAWI@Media 16 Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Fokus Berita 17
Artikel Pilihan (Al-Nasihah) 18 PENGARANG
Infografik Pilihan 19 Saiful Azhar bin Saadon
Poster Pengumuman 20
JAWI@ 22 PENYUNTING
Siti Sakinah binti Hayat
Khairunnisa binti Bakri
Mohammad Hafizee bin Md Hashim
Siti Nazehah binti Zulkipli
JURUFOTO
Mohammad Irfan Amin Chang bin Abdullah
EDARAN
Muhd Hafiz bin Hallmi
2
MENYEBAR RISALAH KEPADA UMMAH
1 Oktober 2022
Ujian Kelayakan Tahun Satu ke Sekolah Integrasi
Rendah Agama JAWI (SIRAJ) (UK1S) bagi sesi
persekolahan 2023 melibatkan seramai 1,089 orang
calon diadakan secara serentak di 5 buah SIRAJ iaitu
SIRAJ Saidina Uthman Ibnu Affan, SIRAJ Al-Alusi,
SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari, SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas
dan SIRAJ Abdullah Ibnu Mas’ud.
UK1S dilaksanakan pada setiap tahun bagi pemilihan
calon-calon yang berkelayakan untuk kemasukan ke
tahun 1 sesi persekolahan SIRAJ.
2 Oktober 2022
Bengkel Data Bank Soalan Tahun 2022 dilaksanakan di Koptown EDC Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel tersebut diadakan
selama dua hari melibatkan kehadiran seramai 13 orang peserta dalam kalangan tenaga pengajar mualaf dan pihak
pengurusan Kompleks Darul Hidayah (KDH).
Objektif pelaksanaan bengkel berkenaan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang kaedah
yang sesuai dan efektif bagi membina soalan peperiksaan dan pengumpulan data.
3
5 Oktober 2022
Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang
Islam Wilayah Persekutuan Bil. 2/2022 diadakan di Hotel Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur.
Objektif penganjuran program tersebut adalah untuk memberikan latihan dan kemahiran secara konsisten mengenai
pengurusan hal ehwal perkahwinan, perceraian dan rujuk (NCR) kepada pemegang tauliah Pendaftar (PNCR) dan
Penolong Pendaftar (PPNCR) di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Sebanyak empat slot ceramah dan satu sesi Latihan
Dalam Kumpulan (LDK) telah diadakan sepanjang program berlangsung.
Seramai 46 orang PNCR dan PPNCR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadiri program
berkenaan untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing berkaitan isu-isu NCR.
6 Oktober 2022
Multaqa Maharatul Quran Naqib, Imam dan Guru Takmir Wilayah Persekutuan dilaksanakan melibatkan penyertaan
seramai 100 orang Naqib dan Imam Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. Para peserta telah diberikan pendedahan
berkaitan Kaedah Qiraat Al-Quran yang betul terutamanya dalam bab tajwid dan makhraj. Program dibimbing oleh
YBrs. Dr. Usamah Muhammad Iqbal Al-Hafiz, pakar dalam bidang Qiraat Al-Quran.
4
6 Oktober 2022
Seminar Bicara Syariah Wilayah Persekutuan bertemakan Fiqh Wanita telah dihadiri oleh 100 orang peserta bertempat
di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Topik menarik yang dibincangkan bertajuk Darah Wanita: Isu dan
Persoalan berkaitan Haid, Istihadhah dan Nifas disampaikan oleh YBrs. Dr. Anisah binti Abdul Ghani, Pengerusi
Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, Tabung Haji.
Seminar tersebut dianjurkan khusus untuk wanita kerana persoalan berkaitan darah wanita – haid, nifas dan
istihadhah jarang dibincangkan secara terbuka sedangkan isu dan permasalahan tersebut memerlukan penjelasan
dari semasa ke semasa. Selain itu, kesempurnaan ibadah yang dilaksanakan juga bergantung kepada kesempurnaan
bersuci dari hadas besar.
9 Oktober 2022
Kembara Kasih Mualaf 2022 diadakan di Kampung Orang Asli, Sg. Kelang, Raub, Pahang bertujuan memberikan
peluang kepada para mualaf untuk menimba ilmu dan pengalaman berdakwah di lapangan.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan bersama penduduk setempat seperti Klinik Tahsin surah al-Fatihah, acara sukaneka
kanak-kanak serta dewasa, dan pertandingan persahabatan bola sepak.
Aktiviti sembang santai turut diadakan diiringi cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik seperti
barangan elektrik, barangan permainan kanak-kanak, peralatan memasak dan basikal untuk penduduk kampung
yang bertuah. Peserta kembara juga melaksanakan misi ziarah dari rumah ke rumah dan menyampaikan sumbangan
barangan keperluan asas serta beramah mesra bagi merapatkan ukhuwah sesama mereka. Seramai 125 orang
ketua isi rumah telah diziarahi manakala 410 orang penduduk menerima manfaat dari aktiviti ziarah tersebut.
Simbolik perasmian program disempurnakan dengan penyerahan cek sumbangan dan 3 buah basikal sebagai tanda
kenang-kenangan untuk kegunaan penduduk kampung. Kembara Kasih Mualaf 2022 turut menerima sokongan dari
rakan-rakan strategik JAWI iaitu QSR Brands, Gardenia, Nestle dan JAWI Food Bank.
5
9 Oktober 2022
Kursus Transformasi Guru Baharu melibatkan guru-guru lantikan
baharu DG29, Institut Pendidikan Islam (IPI) JAWI dilaksanakan di
SIRAJ Abu Dzar Al Ghifari. Kursus tersebut melibatkan penyertaan
seramai 38 orang peserta bertujuan untuk memantapkan diri dengan
pelbagai kemahiran terutamanya dalam aspek pedagogi serta
bersedia dan kompeten dalam mengendali dan menangani pelbagai
isu yang terdapat di sekolah.
Selain itu, guru-guru yang menyertai kursus tersebut berpeluang
melengkapkan diri dengan nilai budaya kerja cemerlang sekaligus
dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan.
10 Oktober 2022
Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) untuk OKU
penglihatan diadakan di Malaysian Association for the
Blind (MAB), Brickfields anjuran Pusat Kursus Kesedaran
Insan dan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam
Malaysia (PERTIS) dengan kerjasama Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
60 orang peserta telah diberikan bimbingan mengenai
ilmu-ilmu asas rumahtangga meliputi 10 tajuk utama
berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan
Islam (MBKPI). Seramai lima penceramah telah diundang
bagi mengupas tajuk-tajuk tersebut berdasarkan slaid-
slaid MBKPI yang telah disediakan.
11 Oktober 2022
Program Riyadhul Ilmi Bersama Pusat Latihan
Polis (PULAPOL) melibatkan kehadiran lebih 200
orang peserta dalam kalangan pelatih di PULAPOL.
Majlis dimulakan dengan sesi ceramah yang
bertajuk “Solat Siddatul Khauf” yang disampaikan
oleh penceramah undangan iaitu YBrs. Ustaz
Mohd Noor bin Mohamad bertujuan meningkatkan
kefahaman dalam amalan ibadah seharian.
Majlis penutupan disempurnakan oleh YDH SUPT
Norosid bin Mamat, Timbalan Pengerusi Masjid
Salehin, PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
6
11 Oktober 2022
Perhimpunan Bulanan Warga JAWI dilaksanakan di Stadium Sayyidina Hamzah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA),
Gombak dengan penyampaian amanat oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan dan dimeriahkan dengan acara Fun Walk.
Suasana dihangatkan dengan acara perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir bola sepak 9 sebelah sebagai
kemuncak acara Hari Sukan JAWI yang berlangsung bermula 26 September lalu.
Dalam majlis sama, turut diadakan Majlis Penutupan Hari Sukan JAWI dan acara penyerahan bendera Kontinjen
JAWI ke Kejohanan Sukan Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) yang akan berlangsung pada
1-6 November 2022.
12 Oktober 2022
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan tahun ini dimeriahkan dengan aktiviti perarakan
kontinjen yang disertai oleh 22 buah kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta sekitar Wilayah Persekutuan
dengan jumlah penyertaan sekitar 660 orang. Suasana tersebut mengembalikan nostalgia acara sambutan sebelum
pandemik Covid-19 melanda negara dengan aktiviti berselawat beramai-ramai ke atas junjungan mulia Rasulullah
SAW. Selain itu, majlis turut diserikan dengan acara Persembahan Nasyid dan Pantomim oleh pelajar-pelajar dari
Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ).
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Abdullah, Mufti Wilayah
Persekutuan dan Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI.
7
15 Oktober 2022
Kursus Intensif Fardu Ain (KIFA) Mualaf
melibatkan kehadiran seramai 25 orang
peserta dalam kalangan mualaf yang
baharu. Sesi ceramah interaktif bersama
dua orang penceramah undangan mendapat
sambutan yang menggalakkan dengan
pelbagai soalan yang diajukan.
Sesi amali dan praktikal pula menumpukan
perhatian kepada aspek ibadah wuduk dan
solat yang dikendalikan oleh fasilitator
berpengalaman mengikut pembahagian
kumpulan yang telah ditetapkan.
16 Oktober 2022
Bengkel Penyediaan Analisa Penilaian Dan Pentaksiran
Berkualiti Bagi Institusi Pendidikan Islam Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (IPI) diadakan di
Glory Beach Resort, Port Dickson melibatkan seramai
36 orang guru yang terdiri daripada Setiausaha
Peperiksaan (SUP) dan Ketua Panitia Mata Pelajaran (KP).
Bengkel tersebut diadakan bagi membantu guru SUP
dan KP untuk memantau pencapaian murid melalui
kaedah analisa yang berkesan dan bersistematik
serta menambah baik kualiti pengukuran kemenjadian
murid di sekolah masing-masing. Para peserta
juga diberikan pendedahan berkaitan menganalisa
pencapaian murid, peningkatan mata pelajaran, gred
purata, pelan taktikal dan pelan operasi sekolah
berdasarkan data peperiksaan.
8
18 Oktober 2022
Program Pembangunan Kendiri Pengurus Jenazah JAWI dilaksanakan di Villea Morib, Banting, Selangor bertujuan
untuk meningkatkan kompetensi dan pengetahuan melalui perbincangan isu-isu semasa berkaitan pengurusan
jenazah di samping memugar kembali semangat dan jati diri Pasukan Pengurus Jenazah JAWI.
Seramai 36 orang peserta menyertai program tersebut secara fizikal dan dalam talian yang terdiri daripada pasukan
pengurus jenazah JAWI Kuala Lumpur, JAWI Cawangan Putrajaya dan JAWI Cawangan Labuan.
Pengisian pertama program adalah sesi ceramah bertajuk ‘Membina Kompetensi dan Profesionalisme Pasukan
Pengurus Jenazah JAWI’ yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam bin Haji Hassan, Ketua Bahagian Psikologi
Dan Kaunseling, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Negeri Sembilan.
Slot Kedua pula adalah sesi ceramah bertajuk ‘Kupasan Fatwa Berkaitan Pengurusan Jenazah Di Malaysia’ yang
disampaikan oleh Ustaz Wan Ahmad Naqiuddin bin Wan Khalid, Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Buhuth, Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan.
Manakala slot ketiga adalah sesi ceramah bertajuk ‘Proses Pengawetan Jenazah: Pelaksanaan Di Malaysia’ yang
disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Fairuz bin Yahya, Pensyarah Perubatan, Jabatan Anatomi, Fakulti
Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
18 Oktober 2022
Seminar Ibu Hamil Siri 2 diadakan di Dewan Seminar Dr. Mimi, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur bertujuan untuk
berkongsi ilmu berkaitan kehamilan dan kelahiran dari sudut perubatan dan perspektif Islam. Seminar tersebut
diharapkan dapat mempersiapkan diri wanita untuk menghadapi proses kehamilan dan kelahiran dengan lebih baik.
Seramai 25 orang peserta telah menghadiri seminar tersebut dengan tiga slot pengisian iaitu ceramah bertajuk
“40 Hari Yang Indah” disampaikan oleh YBrs. Dr. Nur Atikah binti Bakhtiar, Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan
Kuala Lumpur diikuti slot kedua bertajuk “Penyusuan Susu Ibu” yang disampaikan oleh YBrs. Puan Aiman Dalila binti
Mahmood, Pegawai Sains Pemakanan, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur dan slot ketiga bertajuk “Bicara Kehamilan
dan Kelahiran Menurut Perspektif Islam” yang disampaikan oleh YBrs. Ustazah Nazirah binti Abu Bakar daripada
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
9
19 Oktober 2022
Kelas Tafaqquh Fiddin Pegawai
Masjid dan Guru Takmir Wilayah
Persekutuan Siri Akhir Tahun
2022 telah berlangsung di Dewan
Masjid Saidina Othman bin Affan,
Bandar Tun Razak.
Program tersebut dianjurkan
sebanyak enam siri sepanjang
tahun 2022 dengan memberikan
fokus terhadap topik Faraid dan
Pewarisan Islam yang dibimbing
oleh Dr. Zamro Muda, Pensyarah
Kanan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM).
Seramai 150 orang Pegawai
Masjid dan Guru Takmir telah
mengambil bahagian dalam
keenam-enam siri program yang
dianjurkan.
19 Oktober 2022
Seramai 52 orang guru Institut
Pendidikan Islam (IPI) JAWI telah
menyertai Kursus Kesejahteraan
Minda bertempat di Bilik Seminar
3, Masjid Negara. Sesi ceramah
dikendalikan oleh penceramah
undangan iaitu Puan Nurul Syuhada
binti Ahmad Suhaimi dan En. Fauzi
bin Majid dari Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).
Objektif utama kursus berkenaan
adalah untuk membantu guru-
guru dalam pengurusan stres
serta meningkatkan kesedaran
tentang kepentingan penjagaan
kesejahteraan diri dan kesihatan
mental khususnya dalam mengendali
dan menangani pelbagai isu yang
terdapat di sekolah.
10
19 Oktober 2022
Bengkel Pengurusan Media Sosial
JAWI diadakan di Avillion Port
Dickson, Negeri Sembilan bertujuan
untuk memperkasakan lagi
kemahiran para pentadbir media
sosial JAWI khususnya dalam aspek
penulisan kreatif dan kandungan bagi
menarik lebih banyak engagement
kepada media sosial JAWI. Pengisian
program dikendalikan sepenuhnya
oleh jurulatih dari Fine Training
Academy iaitu Tuan Fauzul Na’im
Ishak berpandukan modul latihan
yang telah ditetapkan.
20 Oktober 2022
Karnival Sukan Kompleks Darul Hidayah (KDH) Tahun 2022 dianjurkan dengan 9 acara sukan individu dan berkumpulan
dipertandingkan melibatkan 90 orang peserta dalam kalangan pelajar Kelas Pengajian Mualaf di KDH. Karnival Sukan tersebut
bertujuan memperkukuhkan ukhuwah dan semangat kerjasama tanpa mengira latar belakang bangsa dan budaya.
Karnival sukan kali ini turut dijayakan dengan kerjasama rakan-rakan strategik JAWI seperti QSR Brands, MAIWP
Dagang dan masjid-masjid di bawah seliaan JAWI.
11
21 Oktober 2022
Majlis Penyampaian Sijil Standard Penarafan Pusat-Pusat Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) Wilayah-Wilayah
Persekutuan dilaksanakan di MITC Hotel Melaka dan disempurnakan oleh Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI.
Sebanyak 17 Pusat KPPI telah diumumkan mendapat penarafan Gred A (Cemerlang) berdasarkan kriteria yang telah
ditetapkan berasaskan 4 komponen utama penilaian iaitu Kemudahan dan Fasiliti yang lengkap dan bersesuaian,
Pelaksanaan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) versi terkini dan pematuhan terhadap Garis
Panduan Pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam, Penggunaan aplikasi Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam
Malaysia (SPPIM) serta Pengurusan Fail dan Rekod Pusat Kursus.
Sepanjang tahun 2022, sejumlah 25 Pusat KPPI di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah diberikan permit
penganjuran kursus oleh JAWI. Sesi muzakarah bersama penganjur-penganjur Pusat Kursus turut diadakan pada hari
pertama program bagi membincangkan isu, cadangan dan solusi bagi memantapkan pengurusan praperkahwinan
Islam di Wilayah Persekutuan.
25 Oktober 2022
Program Khidmat Masyarakat dan Motivasi
dilaksanakan di Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al
Khairi Taman Maluri bertujuan untuk menyantuni
penghuni yang terdiri daripada anak-anak yatim dan
miskin melalui pengisian kerohanian dan motivasi.
Para peserta juga turut didedahkan dengan ilmu fardhu
kifayah khususnya berkaitan pengurusan jenazah.
Antara pengisian program tersebut adalah slot motivasi
yang disampaikan oleh Ustazah Syaurah binti Ishak
daripada Nasyrah Consultant dan Ustaz Muhammad
Alif bin Norizan daripada Persatuan Ulama’ Malaysia
Wilayah Persekutuan (PUMWP). Slot seterusnya adalah
berkaitan teori dan praktikal pengurusan jenazah yang
dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator daripada
Pasukan Pengurus Jenazah JAWI.
Melalui kolaborasi bersama rakan strategik, JAWI turut
menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Rumah
Baitul Ehsan Al Khairi berjumlah RM5,000.00 serta
barangan keperluan asas kepada para penghuni.
12
25 Oktober 2022
Program Konvensyen Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan telah disempurnakan
oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Hotel Pullman
Bangsar, Kuala Lumpur. Turut hadir Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI dan Haji Mohd Nizam Yahya,
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Program tersebut menjadi platform perbincangan, perkongsian maklumat dan data antara agensi penguatkuasaan
bagi meningkatkan prestasi dan keberkesanan gerak kerja secara lebih menyeluruh dan bersepadu. Selain
itu, konvensyen berkenaan juga bertujuan meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran khususnya
dalam kalangan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) ketika melaksanakan tugas agar setanding dengan agensi
penguatkuasaan yang lain.
Konvensyen disertai oleh 150 orang peserta dari 14 buah agensi penguatkuasaan sekitar Wilayah Persekutuan
seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendakwaan Syariah (JAPENS), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan lain-lain. Sesi pembentangan kertas kerja membincangkan isu
‘Cabaran Penguatkuasa Agama: Mengangkat Penguatkuasaan Syariah Setanding Dengan Agensi Penguatkuasaan
Yang Lain’ disampaikan oleh Profesor Datuk Dr. Shamrahayu binti A Aziz dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) manakala sesi ‘Forum: Isu Orang Ketiga: Di Mana Kesudahannya?’ disampaikan oleh tiga orang ahli panel
undangan iaitu YAA Prof Adjung Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/ Ketua Pengarah Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), YB Senator Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek, Ahli Dewan Negara/Peguam Syarie,
dan Puan Yuhaniz binti Mohd Yusop dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
13
25 Oktober 2022
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima kunjungan hormat daripada Direktorat Bina
Kantor Urusan Agama dan Keluarga Sakinah, Kementerian Agama Republik Indonesia bertempat di Bilik Mesyuarat,
Aras 3, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI.
Delegasi Direktorat Bina Kantor Urusan Agama dan Keluarga Sakinah diketuai oleh Dr. H. Anwar Saadi, MA, Ketua
Subdit Bina Kepenghuluan dan turut disertai Dr. Agus Suryo Suripto, M.Si, Ketua Kasubdit Keluarga Sakinah dan Tuan
Beni Cipto Susilo, ST, Ketua Analis Kebijakan Ahli Muda.
Tujuan kunjungan hormat tersebut diadakan bagi meninjau urusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ (NCR) yang
dilaksanakan di JAWI, mempelajari tentang prosedur serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi di samping mengeratkan
hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak.
Majlis dimulakan dengan sesi taaruf dan taklimat, disusuli dengan perbincangan, soal jawab serta perkongsian
pengalaman dari agensi masing-masing. Pelbagai isu dan topik telah dibincangkan berkaitan permohonan
kebenaran nikah, nikah luar negara, nikah menggunakan wali hakim, khidmat nasihat dan runding cara kekeluargaan,
pelaksanaan kursus praperkahwinan Islam, jurunikah, data NCR dan sebagainya.
Para delegasi kemudian dibawa melawat ke kaunter NCR dan Runding Cara (RC) BPPK bagi melihat proses permohonan
kebenaran nikah, pengeluaran kad nikah, proses runding cara serta perkhidmatan lain yang disediakan kepada
masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.
26 Oktober 2022
Bengkel Penyediaan Pentaksiran Kurikulum
Sekolah Rendah Agama (KSRA) bagi SIRAJ dan SRA
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
dilaksanakan di Erya bySuria Hill Resort, Janda Baik,
Pahang melibatkan penyertaan seramai 22 orang
guru dari Institusi Pendidikan Islam (IPI) JAWI.
Bengkel tersebut diadakan bagi menyediakan
kerangka Modul Pentaksiran Baharu SIRAJ dan SRA
JAWI yang sesuai dengan keperluan dan ciri-ciri
Pendidikan Islam berasaskan visi dan misi untuk
melahirkan anak-anak yang berilmu, beriman,
beramal dan bertaqwa tanpa mengabaikan keperluan
Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial (JERIS).
Bengkel berkenaan juga menjadi medium untuk para
peserta dan ahli panel berbincang dan bekerjasama
dalam membentuk kerangka pentaksiran bermula
dari perkonsepsian, perekabentukan, perealisasian,
percubaan dan perlaksanaan.
14
27 Oktober 2022
Majlis Pertemuan Bersama Penceramah Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Wilayah-Wilayah
Persekutuan dianjurkan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara Kuala Lumpur. Turut diadakan acara penyampaian
surat lantikan kepada 22 penceramah baharu MBKPI yang disempurnakan oleh Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI.
Majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan jalinan kerjasama antara JAWI dengan para penceramah MBKPI
sekaligus memantapkan kualiti penyampaian Kursus Praperkahwinan Islam melalui sesi perkongsian bersama
Master Trainer Praperkahwinan Islam iaitu Ustaz Mohd Abd Nasir Abdullah dari JAWI. Sehingga kini, sejumlah 229
orang penceramah MBKPI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disenaraikan dalam Sistem
Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) bagi tujuan rujukan Pusat-Pusat Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI).
MBKPI mengandungi beberapa modul seperti Tasawwur Islam, Majlis Akad Nikah & Walimatul Urus, Perkahwinan,
Prosedur Perkahwinan, Tanggungjawab Suami Isteri, Komunikasi Suami Isteri, Pengurusan Kewangan, Pengurusan
Kesihatan Keluarga, Pengurusan Stres dan Konflik dan Pembubaran Perkahwinan. Penyampaian modul berkenaan
turut melibatkan penceramah dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan
Kredit (AKPK).
27 Oktober 2022
Kursus Kepimpinan Kerja Berpasukan dilaksanakan di Institut
Tanah dan Ukur Negara, Tanjung Malim Perak bertujuan
memperkukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan warga
JAWI melalui pelbagai aktiviti kecergasan fizikal dan kecerdasan
minda. Latihan dan kemahiran yang diberikan dalam kursus
tersebut diharapkan dapat dipraktikkan dalam budaya kerja bagi
menjayakan sesuatu tugasan ke arah mencapai matlamat yang
ditetapkan.
15
LENSA JAWI@MEDIA
16
FOKUS BERITA
17
ARTIKEL PILIHAN (AL-NASIHAH)
18
INFOGRAFIK PILIHAN
19
POSTER PENGUMUMAN
20
21
JAWI@ ﺟﺎوي
IBU PEJABAT JAWI JAWI CAWANGAN LABUAN
Jabatan Agama Islam Tingkat 8, Blok 4,
Wilayah Persekutuan Ujana Kewangan,
Kompleks Pusat Islam, Peti Surat 82917,
87209 Wlayah Persekutuan Labuan
Jalan Perdana,
50676 Kuala Lumpur +6087-415 311
+6087-417 595
+603-2274 9333
+603-2273 1575
JAWI CAWANGAN PUTRAJAYA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Aras 2, Blok D, Jalan Tuanku Abdul Halim,
Kompleks Islam Putrajaya, 50480 Kuala Lumpur.
+603-6201 8780
Presint 3, +603-6201 8790
62100 Putrajaya.
+603-8884 2600
+603-8884 2700
JAWI KUALA LUMPUR
JAWI PUTRAJAYA
www.jawi.gov.my @jawi_kl @TV JAWI
@JAWIWP @myJAWI @JAWI FM