Bab 4 : Kesihatan
Manusia
PENYAKIT BAWAAN VEKTOR
Apakah itu vektor?
Vektor merupakan sejenis haiwan yang membawa
dan memindahkan patogen daripada satu hos
kepada hos yang baharu.
Antara contoh vektor termasuklah:
1) Lipas (Salmonella typhi)
2) Lalat (Salmonella typhi)
3) Nyamuk Aedes (Virus Denggi & Virus Zika)
4) Nyamuk Anopheles (Plasmodium malariae)
5) Tikus (Bakteria Leptospira sp.)
Contoh vektor dan patogennya:
(Rujuk Jadual 4.1 di bawah)
Jenis penyakit, gejala penyakit, patogen,
vektor dan cara jangkitannya
(Rujuk Jadual 4.2 di bawah)
Bagaimanakah vektor menyebarkan
penyakit?
1) Nyamuk
- Nyamuk yang telah mempunyai patogen di dalam kelenjar air liurnya
menghisap darah orang yang belum dijangkiti.
- Air liur nyamuk dikeluarkan semasa menghisap darah untuk mencegah
pembekuan darah. Jangkitan merebak ke seluruh badan.
- Nyamuk lain menggigit mangsa yang telah dijangkiti dan menyebarkan
jangkitan ke mangsa lain pula.
Bagaimanakah vektor menyebarkan
penyakit?
2) Lalat
- Lalat yang hinggap di atas kotoran mempunyai patogen yang melekat
pada kaki dan badan lalat.
- Lalat memindahkan patogen ke makanan.
- Patogen memasuki badan seseorang yang makan makanan yang telah
tercemar.
Gambar Rajah 4.3
(Cara nyamuk dan lalat menyebarkan penyakit)
+ Faktor yang mempengaruhi
penyebaran penyakit bawaan vektor
1) Cuaca
- Iklim dan variasi musim mempengaruhi kehidupan vektor.
2) Reservoir
- Haiwan yang menyimpan patogen dimana mereka sendiri tidak terkena penyakit
dikenali sebagai reservoir. (tikus, anjing, manusia)
3) Geografi
- Insiden berlakunya penyakit yang disebarkan arthropod berkait secara langsung dengan
kawasan geografi di mana reservoir & vektor berada.
4) Sikap Manusia
- Sikap manusia yang tidak menjaga kebersihan sesuatu kawasan dan kebersihan diri
menjadi penyebab penularan penyakit bawaan vektor.
+ Langkah-langkah mencegah
penularan penyakit bawaan vektor
1) Menjaga kebersihan kawasan perumahan dan persekitaran
- Menjaga kebersihan kawasan perumahan dan persekitaran dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong bagi menghalang pembiakan vektor.
2) Membersihkan tempat pembiakan vektor
- Membersihkan tempat yang mungkin menjadi tempat pembiakan vektor seperti longkang
dan sampah-sarap serta menutup bekas dan pasu yang boleh menakung air.
3) Melakukan semburan kabus
- Memanggil pakar bagi melakukan semburan kabus di kawasan perumahan jika terdapat
kes penyakit bawaan vektor yang berbahaya seperti demam denggi.
Sumber Rujukan:
Buku Teks Sains Tingkatan 2
Link:
1) https://rootofscience.com/blog/2018/umum/apa-itu-
penyakit-bawaan-vektor/
2) https://images.app.goo.gl/cGkcp8DJz9C6kgHj7
3) https://images.app.goo.gl/wbHUSyCChDVLrzsT8