The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Sekolah PSS SMKTBM, 2021-01-16 08:27:18

Langkah Pertama Memulakan

Langkah Pertama Memulakan

LANGKAH-LANGKAH

Bukan sebab takdir atau rezeki,

PILIHANtapi ia adalah sebab

Perniagaan

Kandungan

2  Pengenalan
4  Langkah-langkah Memulakan Perniagaan
6  Program dan Latihan
9  Pembiayaan Kewangan Perniagaan
11  Permohonan Nama Perniagaan
16  Pendaftaran Perniagaan Baharu
22  Ciri-Ciri Seorang Usahawan Yang Berjaya
26  Belia Berjaya
30  Perniagaan Trak Makanan (Food Truck)
36  Pembiayaan Modal Perniagaan
37  Kesimpulan

Penyelaras: Roslen Jati

Pengenalan

Langkah-langkah Memulakan Perniagaan

Golongan belia tidak seharusnya terlalu bergantung
kepada kerjaya makan gaji sebaliknya digalakkan
menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan
yang menjanjikan pulangan lebih lumayan. Bidang
perniagaan dan keusahawanan dapat membantu
mengurangkan masalah siswazah yang menganggur
dalam kalangan belia dengan menyediakan ruang
serta peluang pekerjaan.

·AJ Boutique· RosJati

OPEN

2

Sebagai generasi muda yang bakal menjadi pemimpin
negara pada masa hadapan, golongan belia perlu
bertindak bijak, tidak perlu hanya menunggu peluang
kerja bahkan seharusnya kitalah yang mencipta peluang
pekerjaan itu.

Kerajaan turut menyediakan pelbagai insentif untuk
membantu para lepasan graduan ataupun golongan
belia menceburi bidang perniagaan sama ada secara
berskala kecil atau besar.

3

Langkah-langkah Memulakan Perniagaan

1

Mengikuti Program dan Latihan

3
Mendapatkan
Pembiayaan Kewangan

2

Memulakan Perancangan
Perniagaan, Lokasi Perniagaan,
Nama atau Jenis Perniagaan
dan Pendaftaran

4

4
Memohon Nama
Perniagaan

6

Mendaftar Perniagaan

5 8
Menstabilkan dan
Memasarkan dan Memajukan Perniagaan
Mempromosikan
Produk / Perkhidmatan

5

Program dan Latihan

Belia yang berminat untuk
menceburi bidang perniagaan boleh
juga mengikuti program atau latihan yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan
dan swasta.

Antaranya adalah:
›› Latihan Keusahawanan Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS-KPDNKK)
www.kpdnkk.gov.my
›› Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) SME Corp
tube.smecorp.gov.my
›› Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)-TERAJU
superb.teraju.gov.my
›› Program Latihan Keusahawan MARA-KKLW
www.rurallink.gov.my
›› Program Keusahawanan KEMAS-KKLW
www.rurallink.gov.my
›› Institut Keusahawanan TEKUN Nasional (IKTN)
www.tekun.gov.my
›› Pembangunan Usahawan ASL atau Program Usahawan
programusahawan.com

6

Mulakan perancangan perniagaan
anda dengan:

a) Mengetahui Potensi Diri
Selidiki kemampuan / kebolehan / kemahiran yang ada

pada diri.

b) Membangunkan Idea
Melandaskan perniagaan anda di dalam bidang yang

diminati dan bukannya kerana tren terkini.

c) Penyelidikan
Fikirkan strategi untuk menjadikan perniagaan ini kenyataan.

“Sekiranya saya menjual produk ini, ditempat ini, pada
harga ini, ada tak pembeli?”

d) Kenal Pasti Sasaran Pasaran
Ini merupakan kriteria yang penting bagi membolehkan

perniagaan dapat berdaya saing dengan kukuh antara
pesaing lain.

e) Nama Perniagaan
Tentukan nama yang sesuai digunakan untuk perniagaan

anda. Kemudian semak melalui online sama ada nama
telah dimiliki ataupun tidak.

7

f) Pendaftaran
Sekiranya nama perniagaan yang dicadangkan telah dipilih

dan boleh dimiliki, cepat-cepat daftar nama syarikat dan
beli nama domain website. Pendaftaran nama perniagaan
dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

g) Pembayaran Cukai
Kenal pasti cukai yang perlu diwajibkan bayar seperti cukai

perniagaan, pendapatan, eksais dan lain-lain.

h) Permit dan Lesen
Pastikan anda mempunyai permit dan lesen yang sah untuk

mengelakkan sebarang masalah timbul di kemudian hari.

i) Lokasi Perniagaan
Memilih lokasi yang sesuai dengan keperluan perniagaan

anda. Lokasi yang mudah diakses oleh anda, pelanggan
dan pembekal bagi memudahkan pertumbuhan perniagaan.

j) Tidak Perlu Pejabat
Tidak perlu pejabat, sekiranya masih belum lagi mampu

untuk memilikinya. Berniaga dahulu, dapatkan keuntungan
yang tinggi kemudian kembangkannya pejabat dapat
meyakinkan pelanggan bahawa perniagaan anda wujud dan
kukuh.

8

Pembiayaan Kewangan Perniagaan

Bagaimana dengan

pembiayaan kewangan perniagaan?

Anda boleh dapatkan
pembiayaan / pinjaman atau
bantuan wang perniagaan di:
❶ Di bawah Kumpulan Wang Amanah

Ekonomi Belia dan diuruskan
oleh Kementerian Belia dan Sukan

Tabung Ekonomi Belia
www.usahawan.com
❷ Pembiayaan Perniagaan Kecil
SME Bank
www.smebank.com.my
❸ Di bawah Skim Pembiayaan PROSPER

Usahawan Muda

Perbadanan Usahawan Nasional
Berhad (PUNB)

www.punb.com.my

9

❹ Di bawah Skim Pembiayaan TEKUN NIAGA
TEKUN Nasional
www.tekun.gov.my
❺ Di bawah Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
www.teraju.gov.my
❻ Di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
www.teraju.gov.my
❼ Di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Skim Pembiayaan MARA
www.mara.gov.my
❽ Di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah (KKLW) dan Bank Rakyat

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)
www.rurallink.gov.my / www.irakyat.com.my
❾ Di bawah Agrobank
Skim Belia Niaga (SBN), Skim Belia Tani-i (SBT)
www.usahawan.com

10

Permohonan Nama Perniagaan

Apakah prosedur bagi

permohonan nama perniagaan?

LANGKAH 1

Pilih Nama
Perniagaan Anda

Nama perniagaan merupakan gaya atau tajuk yang digunakan
bagi pengenalan sesuatu perniagaan yang dijalankan. Ia boleh
menjadi faktor besar yang menyumbang kepada kejayaan atau
kegagalan entiti perniagaan anda.

11

Antara faktor perlu dipertimbangkan untuk
menamakan perniagaan:

Menarik, ringkas, unik dan menonjol.

Tidak ada orang lain berkongsi nama yang sama.

Tidak terlalu panjang iaitu tidak melebihi 50 huruf
termasuk ruang di antara perkataan.

Tidak boleh diubah atau ditukar apabila sudah didaftarkan.

Penggunaan angka, tanda dan simbol tidak dibenarkan.

Nama perniagaan boleh dikategorikan kepada
dua (2) jenis iaitu:

Nama sendiri seperti di dalam kad pengenalan
Tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan

Nama “TRED” ialah
nama perniagaan yang dicadangkan
Perlu mendapat kelulusan Pendaftar Perniagaan,

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Contoh: Milana Catering dan Dobi Bagus Sdn Bhd

12

LANGKAH 2

Lengkapkan Borang

Lengkapkan Borang Kelulusan Nama Perniagaan
(Borang PNA.42)

dengan tiga cadangan nama perniagaan.
Lampirkan bersama Borang Pendaftaran Perniagaan

Baru (Borang A) di kaunter SSM.

LANGKAH 3

Orang Yang Bertanggungjawab (OYB)

OYB iaitu pemilik atau rakan kongsi
perlu mengemukakan permohonan di SSM yang
berdekatan atau secara online melalui perkhidmatan
e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my
Alamat SSM tertakluk kepada tempat / alamat pemohon

pendaftar perniagaan masing-masing.
Alamat Ibu Pejabat:

MENARA SSM@SENTRAL
No. 7, Jalan Stesen Sentral 5

Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-7721 4000 • Fax: 03-7721 4001

13

Borang Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42)

14

Ingatkah anda

bagaimana memohon
nama perniagaan?

LANGKAH 1

Pilih Nama Perniagaan

LANGKAH 2

Lengkapkan
Borang PNA.42

dan lampirkan bersama Borang
Pendaftaran Perniagaan Baru
(Borang A) di www.ssm.com.my

LANGKAH 3

Serahkan
Borang PNA.42
dan Borang A

ke Kaunter SSM yang berdekatan
atau secara online melalui
perkhidmatan e-Lodgement
www.ssm.com.my

15

Pendaftaran Perniagaan Baharu

Tahukah anda

prosedur bagi pendaftaran
perniagaan baharu?

Apabila anda telah bersedia
dengan nama perniagaan anda
maka bolehlah mula melangkah
ke dunia perniagaan yang
sebenar.

Daftarkanlah perniagaan anda dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
sama ada syarikat tunggal,
syarikat perkongsian atau pun
syarikat Sdn Bhd.

16

LANGKAH 1

Pendaftaran

Boleh didaftarkan menggunakan nama
sendiri atau nama “TRED”

 Nama sendiri Seperti di dalam kad pengenalan
Tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan
 Nama “TRED” ialah nama perniagaan
yang dicadangkan
Contoh: Kedai Roti Qaseh dan Teratak Bonda Catering
Perlu mendapat kelulusan Pendaftar Perniagaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

LANGKAH 2

Lengkapkan Borang
Pendaftaran Perniagaan Baharu

(Borang A)

 Nama perniagaan
 Tarikh permulaan perniagaan
 Alamat utama perniagaan
 Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
 Maklumat pemilik dan rakan kongsi
 Jenis perniagaan yang akan dijalankan
 Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

17

LANGKAH 3

Pemilik dan Rakan Kongsi

hendaklah menurunkan tandatangan di ruangan
maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan

oleh pemilik tunggal atau rakan kongsi.

LANGKAH 4

Pendaftaran

Pemilik atau semua rakan kongsi perlu hadir
untuk urusan pendaftaran.

LANGKAH 5

Dokumen Yang Perlu Dilampirkan

Surat kebenaran atau surat sokongan
bagi jenis perniagaan

Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat),
Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah / Kolej Pendidikan

(Kementerian / Jabatan Pendidikan).

Surat kebenaran atau surat sokongan
daripada agensi berkaitan

sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan.

18

LANGKAH 6

Syarat Kelayakan
Mendaftar Perniagaan

 Pemilik mestilah warganegara Malaysia atau
penduduk tetap.

 Pemilik mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
 Pemilik dan rakan kongsi sahaja dibenarkan
untuk membuat permohonan.

Semua pemilik dan rakan kongsi perlu hadir ke kaunter
SSM yang berdekatan atau secara online melalui
perkhidmatan e-Lodgement www.ssm.com.my.

Alamat / Lokasi SSM tertakluk kepada tempat / alamat
pemohon pendaftar perniagaan masing-masing.

LANGKAH 7

Fi Pendaftaran

Nama Sendiri – RM30.00

Nama ‘TRED’ – RM60.00

Pendaftaran cawangan – RM5.00 setahun
bagi setiap cawangan

19

Anda masih ingat

prosedur untuk mendaftar
perniagaan baharu?

Daftar nama perniagaan.
Lengkapkan Borang A
di www.ssm.com.my
Pemilik / rakan kongsi
hadir dan menurunkan
tandatangan.
Serahkan Borang A

bersama Borang PNA.42
ke kaunter SSM yang
berdekatan.

20

Borang
Pendaftaran Perniagaan

Baru (Borang A)

21

Ciri-Ciri Seorang

Usahawan
Yang
Berjaya

Motivasi Diri

Berani

Kecenderungan Diri

Modal

22

Motivasi Diri

Mempunyai impian dan iltizam untuk mencapai matlamat yang
diingini dalam perniagaan.

Berani

Mempunyai keberanian dan
keinginan yang amat kuat serta
dedikasi untuk memulakan
perniagaan sendiri.

23

Kecenderungan Diri

Lebih mudah untuk memulakan perniagaan jika anda mempunyai
kecendurangan di dalam bidang yang diminati. Anda juga mesti
mempunyai pengetahuan mengenai perniagaan yang anda
rancang sebelum memulakan perniagaan.

Modal

Anda memerlukan wang tunai yang mencukupi untuk
mengekalkan aliran tunai yang positif untuk sekurang-kurangnya
tahun pertama perniagaan anda. Banyak perniagaan boleh
ditubuhkan pada skala yang sangat kecil dengan pelaburan
yang kecil. Setelah perniagaan berkembang dan anda telah
mendapat pengalaman, aliran tunai dari perniagaan anda boleh
digunakan untuk memperkembangkan perniagaan.

24

Tidak ada gunanya kita banyak tanah terbiar
jika kita tidak usahakan tanah tersebut.

Itu adalah satu kerugian yang besar, sedangkan
kita mempunyai ramai belia yang boleh

mengusahakan tanah tersebut dengan projek
pertanian yang boleh memberi peluang
perniagaan.

Khairy Jamaluddin

Menteri Belia dan Sukan

Belia Berjaya
Muhammad Affifuddin

Bin Zainal Abidin

30 tahun
Harapan

Perniagaan ini terus
berkembang maju dan

berazam menjadi
penternak itik dan usahawan

tani telur itik yang berjaya.

26

Jenis Perniagaan
Menjual itik, daging itik, telur itik, telur masin serta pembekal
di sekitar kawasan luar bandar di Bentong, Pahang.
Faktor Kejayaan
Berani mengambil
risiko walaupun pada mulanya
mengalami kerugian
dan kekangan kewangan.
Pendapatan Bersih
Minimum RM2,000 sebulan.

Kaedah Pemasaran
Bergerak secara aktif dalam
perniagaan semasa dalam
pengajian dan mendapat
sokongan daripada
pengurusan kolej komuniti
dalam mengembangkan lagi
perniagaan ini.

27

Rafidah Binti Abu Bakar

36 tahun

Harapan
Perniagaan yang dijalankan
bersama suami ini menjadi

pilihan masyarakat
dengan memberikan khidmat
makanan yang berkualiti pada

harga mampu milik.

28

Jenis Perniagaan
Mini Katering dan Makanan Frozen, Nasi Lemak Singgit
Putrajaya, Mini Catering Putrajaya dan Satay Pak Abu Frozen.

Faktor Kejayaan
Minat yang mendalam dan tidak mudah berputus asa.Suami
sebagai penyokong kuat dalam membantu urusan perniagaan
seharian.

Pendapatan Bersih
Minimum RM2,000 sebulan.

Kaedah Pemasaran
› Media sosial terutamanya Facebook dan Instagram.

- Media sosial merupakan kaedah pemasaran percuma dan
menjimatkan kos pengiklanan.

- Melalui Facebook, saya berjaya mendapat
kontrak membekalkan stok satay kepada tiga buah

restoran setakat ini.
› Aplikasi Whatsapp komuniti setempat.
› Promosi mulut ke mulut

- Rakan-rakan yang berpuas hati sering mempromosikan
perniagaan daripada mulut ke mulut dengan rakan-rakan
mereka yang lain.
29

Perniagaan Trak Makanan
(Food Truck)

Perniagaan trak makanan atau food truck semakin popular dalam
kalangan usahawan baharu di negara ini. Trend itu berkembang
hasil daripada minat pengguna yang inginkan sesuatu kelainan
dalam menikmati makanan.

30

Ia turut dipacu oleh galakkan pihak kerajaan menerusi pelbagai
geran dan pinjaman kepada para usahawan yang ingin
menceburi perniagaan tersebut.

Modus operandi perniagaan trak makanan adalah menjual
makanan kepada pembeli di jalanan. Hidangan yang sering
menjadi pilihan usahawan trak makanan termasuklah sajian
Barat, nasi campur, masakan panas, air jus dan air kopi.

31

Bagaimana hendak memulakan

perniagaan trak makanan
(Food Truck)?

1. Memilih bidang (Niche)
pasaran.
› Memilih sesuatu yang
bersesuaian dengan
kepakaran anda dan yang
boleh menarik minat para
pelanggan.

2. Wujudkan menu yang
tersendiri.
› Menu yang menarik serta
mempunyai kepelbagaian
supaya pelanggan
mempunyai pilihan.
› Harga barangan makanan
di food truck anda perlulah
berpatutan dan yang paling
penting boleh memberi
pulangan balik kos
perbelanjaan anda.

32

3. Tahukah anda kos untuk memulakan Food Truck?

Anggaran bagi pengiraan modal secara kasar

› Daftar SSM
RM100 (wajib ada)
› Daftar bank
RM2,000 (wajib ada) kalau tak kukuh boleh disokong dengan

penyata bank.
› Lesen Memandu Kenderaan Barangan
Goods Driving License (GDL)
RM500 (bawah 3 tan wajib ada)
› Deposit trak 10% (harga on the road RM55K)
RM5,500 (untuk kurangkan bayar bulanan)
› Bayaran bulanan
RM600

33

3. Tahukah anda kos untuk memulakan Food Truck?
Anggaran bagi pengiraan modal secara kasar
› Daftar SSM
RM100 (wajib ada)
› Daftar bank
RM2,000 (wajib ada) kalau tak kukuh boleh disokong dengan
penyata bank
› Lesen Memandu Kenderaan Barangan
Goods Driving License (GDL)
RM500 (bawah 3 tan wajib ada)
› Deposit trak 10% (harga on the road RM55K)
RM5,500 (untuk kurangkan bayar bulanan)
› Bayaran bulanan
RM600

MENú

Anggaran: Lebih kurang dalam RM20,000 untuk food truck skala
kecil (tetapi ia juga boleh cecah hampir RM100,000).

34

4. Dapatkan Trak.
› Pilihlah trak yang memiliki saiz yang boleh menampung semua
peralatan dan perkakas yang anda perlukan dalam menjual
barangan makanan anda. Paling penting mempunyai ruang yang
selesa bagi untuk menjalankan perniagaan dengan teratur.

5. Dapatkan peralatan dan perkakas yang diperlukan.
› Anda akan memerlukan peralatan memasak yang padat seperti
dapur memasak dan oven yang bersaiz kecil. Di samping itu, anda
juga memerlukan perkakas untuk membungkus makanan dan
peralatan mencuci.

6. Para pembekal bahan-bahan keperluan untuk memasak.
› Kenal pasti dan pilih pembekal yang menawarkan bahan-bahan
yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

7. Bersedia untuk pemeriksaan dari bahagian kesihatan.
› Pastikan anda mengikut segala peraturan dan keperluan yang telah
ditetapkan oleh bahagian kesihatan dalam penyediaan makanan di
food truck anda.

8. Cari lokasi yang sesuai.
› Bawalah food truck anda ke lokasi yang mengadakan acara
pameran dan sambutan perayaan tempatan.
› Pilih lokasi tetap supaya para pelanggan tahu bila mereka boleh
membeli makanan dari food truck anda.

9. Jangan lupa untuk wujudkan akaun di media sosial.
› Seperti facebook, instagram dan twitter untuk mempromosikan food

truck anda.
Sumber: Facebook Malaysian Food Truck
35

Pembiayaan Modal Perniagaan

Tak cukup
modal?

MARA

Skim Pembiayaan Peningkatan
Perniagaan (SPiM) kepada para usahawan
perniagaan bergerak yang menggunakan

kenderaan, kontena, kabin atau karavan
dengan had pembiayaan sebanyak

RM250,000 untuk syarikat milikan tunggal
atau perkongsian manakala RM500,000

bagi Syarikat Sendirian Berhad.

DANA USAHAWAN MUDA SME

Sebuah dana yang diwujudkan oleh
kerajaan untuk golongan belia mendapatkan
pembiayaan memulakan perniagaan dengan

had pembiayaan sebanyak RM20,000
hingga ke RM100,000.

36

Kesimpulan

Bagi golongan belia yang berpotensi serta berminat
untuk membina perniagaan sendiri, rebutlah peluang
yang ada. Pelbagai program serta latihan dan dana yang
telah disediakan oleh pihak kerajaan serta swasta untuk
memulakan perniagaan dalam apa jua sektor yang anda
gemari. Setiap hasil kejayaan yang dikecapi adalah
bermulanya dengan ‘Langkah Pertama.’Ayuh golongan belia,
bersama berusaha meningkatkan pendapatan golongan
muda melalui bidang perniagaan serta keusahawanan.

$ $

$

RM
$

37

KEMENTERIAN KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Diterbitkan oleh:

Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Jabatan Penerangan Malaysia

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Laman Web : www.penerangan.gov.my
Portal : pmr.penerangan.gov.my
E-mel : [email protected]

B.005 (B.M) MAC 2018 (050.)
CERTIFIED TO ISO 9001: 2008

CERT. NO:MY-APR 5240


Click to View FlipBook Version