INTERN BOOKLET 2023/2024 BERSEDIAKAH ANDA MENJADI INTERN ? LATIHAN INDUSTRI MEMBINA KERJAYA ANDA ? APAKAH PENGALAMAN INTERN MEREKA?
HAK CIPTA TERPELIHARA Hakcipta terpelihara. Semua bahagian dalam penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semuala, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi atau dipindahkan dalam sebarang cara, sama ada dengan cara cetakan elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis dari KOLEJ KOMUNITI BERA. DICETAK DAN DITERBITKAN OLEH : KOLEJ KOMUNITI BERA Kementerian Pendidikan Tinggi, No 1, Jalan Bera Jaya 2, Taman Bera Jaya, 28300 Triang, Pahang Darul Makmur. Tel : 09250 2530 Faks: 09- 250-2531 Laman web : [email protected] Email : [email protected]
8 Tip membina kerjaya semasa latihan industri Bagaimana membentuk ‘teamwork’ yang efektif? Alumni Berjaya Indeks Penulisan Laporan Akhir Latihan Industri Di persisiran pantai ini, aku belajar erti kerja Penulisan Buku Log Tips Komunikasi berkesan Pengalaman Praktikal 1 4 8 9 18 14 12 11
PENASIHAT Mohd Faridz Bin Zubir Mohammad Faizal Bin Ahmad KETUA EDITOR Siti Raihan Binti Jamaludin EDITOR Siti Raihan Binti Jamaludin Nur Syahira Binti Mohd Salleh PENULIS Siti Raihan Binti Jamaludin Nur Syahira Binti Mohd Salleh Mohd Hafizi Bin Johan GRAFIK DAN ILUSTRASI Mohamad Rizal bin Saari SUMBANGAN PENULISAN Muhammad ‘Ali Bin Shahudin Nurnasuha Binti Samsul Kamal Nurhaziani Binti Haris SENARAI JAWATANKUASA
RUANGAN EDITOR Intern Booklet merupakan e-majalah latihan industri yang boleh menjadi sumber bacaan baru kepada pelajar dan pensyarah. Tujuan e-majalah ini diterbitkan adalah untuk memberikan persediaan kepada pelajar sebelum, semasa dan selepas menjalani latihan industri. Selain itu, emajalah ini juga memberikan cerita, gambaran serta merasai pengalaman pelajar menjalani latihan industri. Penulisan Intern Booklet ini telah mendapat kerjasama dari Pegawai Perhubunan Industri dan Alumni, Kolej Komunti Bentong dalam menghasilkan penulisan ilmiah bagi mengharmonikan lagi penulisan dalam e-majalah ini. Penulisan kisah alumni berjaya merupakan ruangan yang baik untuk pelajar mengambil motivasi untuk menjadi usahawan berjaya. Manakala penulisan berkenaan pengalaman pelajar semasa latihan industri diharap menjadikan mereka merasai pengalaman pelajar lain penempuh latihan industri. Selain itu, pelajar juga diberikan panduan penulisan laporan latihan industri dan penulisan buku log yang secara ringkas dan padat. Dalam menghasilkan majalah Intern Booklet ini, kami merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pengarah Kolej Komuniti Bera, En Mohd Faridz Bin Zubir dan Pengarah Kolej Komuniti Bentong, En Mohammad Faizal Bin Ahmad sebagai penyelia dan penasihat dalam memastikan Intern Booklet ini siap sepenuhnya dan memastikan penulisan ini dapat digunapakai dan disebarluas kepada para pelajar yang bakal menajalani latihan industri. Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penyumbang artikel yang telah dimuatkan ke dalam majalah ini. Hasil penulisan ini dapat dijadikan panduan dan semoga menjadi manfaat kepada warga kolej komuniti dalam memudahkan proses pelajar menjalani latihan industri kelak. Pihak editor juga ingin memohon maaf kepada penyumbang penulisan kerana dalam proses penyuntingan yang telah dilakukan terdapat proses penyesuaian dari segi idea, konsep dan bahasa. Tujuan penyesuaian adalah untuk memastikan penerbitan yang dihasilkan lebih berkualiti. Semoga majalah Intern Booklet ini menjadi sumber rujukan dan diskusi ilmiah para pelajar dalam persediaan mereka menghadapi latihan industri di masa akan datang. Sekian, terima kasih. KETUA EDITOR Raihan
8 TIP PROGRAM LATIHAN INDUSTRI MENJADI LANGKAH PENTING KE ARAH MEMBINA KERJAYA 1 TETAPKAN MATLAMAT YANG JELAS Tentukan apa yang anda ingin capai semasa latihan industri anda. Sama ada ingin memperoleh kemahiran khusus, mengembangkan rangkaian anda atau mendapatkan kedudukan sepenuh masa. Apabila anda mempunyai matlamat yang jelas, perkara ini akan membimbing tindakan anda. Latihan industri menjadi landasan membina kerjaya anda BELAJAR DAN SESUAIKAN DIRI Bersikap terbuka untuk mempelajari perkara baharu. Latihan industri adalah peluang yang sangat baik untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan praktikal. Menyesuaikan diri bukan sahaja dengan persekitaran kerja, malah menyesuaikan diri dengan budaya syarikat dan amalan industri yang dipraktikkan. MEMBINA RANGKAIAN Bina hubungan dengan rakan sekerja, penyelia dan pelatih yang lain. Hadiri acara syarikat, sesi rangkaian dan pertemuan industri untuk mengembangkan rangkaian profesional anda. Rangkaian boleh memainkan peranan penting dalam kemajuan kerjaya anda. Pada masa kini persaingan dalam mencari pekerjaan semakin tsukar. Apatah lagi bagi fresh graduate yang baru akan terjun ke dunia pekerjaan dan memiliki kurang pengalaman. Sungguhpun begitu, meskipun kurang pengalaman, anda yang fresh graduate tetap boleh mencari peluang menjadi calon idaman yang dicari syarikat di luar sana. Pengalaman ketika berada dalam latihan industri menjadi tiket berharga membolehkan anda berpeluang mendapat pekerjaan di tempat yang sama ataupun boleh dijadikan sumber rekod penting dalam resume. Tip-tip berikut merupakan cara bagaimana anda boleh membina kerjaya ketika masih dalam latihan industri.
2 8 TIP PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BOLEH MENJADI LANGKAH PENTING KE ARAH MEMBINA KERJAYA AMBIL INISIATIF Menjadi sukarelawan untuk tugas dan projek. Tunjukkan semangat dan kesanggupan untuk memikul tanggungjawab. Cari peluang secara proaktif untuk menyumbang dan memberi impak positif. Latihan industri menjadi landasan membina kerjaya anda DOKUMEN PENCAPAIAN ANDA Simpan rekod pencapaian dan projek yang anda usahakan. Ini akan menjadi aset berharga apabila ingin mengemas kini resume dan profil MyFuture Job dan Jobstreet anda. Ia juga berfungsi sebagai dokumen sokongan berharga semasa penilaian prestasi atau temu duga kerja.
3 8 TIP PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BOLEH MENJADI LANGKAH PENTING KE ARAH MEMBINA KERJAYA TUNJUKKAN SIKAP PROFESIONAL Berpakaian sesuai, tiba tepat pada masanya, dan kekalkan sikap positif seharusnya menjadi amalan anda di tempat latihan industri. Profesionalisme adalah penting dalam mana-mana persekitaran kerja dan ianya boleh menyumbang kepada cara anda dilihat oleh rakan sekerja dan pihak pengurusan. RANCANG UNTUK MASA AKAN DATANG Gunakan latihan anda sebagai landasan permulaan untuk peluang masa depan. Jika anda berminat dengan jawatan sepenuh masa dengan syarikat itu, nyatakan minat anda dan tanyakan tentang kemungkinan pembukaan jawatan kosong ditempat itu. Jika tidak, manfaatkan pengalaman dan hubungan anda untuk meneroka peluang lain dalam industri. Kejayaan adalah suatu perjalanan yang berterusan, manakala latihan industri anda hanyalah satu langkah dalam proses itu. Kekal fokus, pandai menyesuaikan diri, dan pandai menggunakan setiap peluang yang ada untuk belajar dan terus berkembang dalam bidang pilihan anda.
Muhamad Hanif Bin Saari H & F Enterprise ALUMNI BERJAYA 4 Usahawan Akuakultur Usahawan Akuakultur
Siapa sangka anak kelima daripada daripada enam beradik ini berjaya membina kerjaya sebagai seorang usahawan akuakultur. Beliau menjadikan En Zulhilmi, Pengurus TRMZCA Enterprise sebagai idola untuk menceburi perusahaan dalam bidang akukultur. Beliau telah mendapat latihan dan didikan dari En Zulhilmi ketika dalam latiahn industri. Ketika itu pendermik Covid-19 melanda negara dan seluruh dunia. Masa yang terluang ketika tidak dapat pulang ke kampung untuk bercuti merupakan waktu berharga yang digunakan oleh beliau mendalami ilmu akuakultur bersama En Zulhilmi. , Hanif menjual pebagai spesies ikan air tawar di Jeli, Kelantan 5 Muhammad Hanif Bin Saari berasal dan dibesarkan di Jeli, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gemilang, Jeli dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di SMU (A) Nahdatul Ulum, Jeli. Minat terhadap penternakkan ikan bermula apabila beliau melanjutkan pegajian ke Kolej Komunti Bera dalam Sijil Akuakultur.
Selepas tamat Program Latihan Industri maka bermulalah karier beliau sebagai seorang usahawan akuakultur. Peniagaan dimulakan dengan berjinak-jinak dalam jualan dan pembenihan ikan laga. Kemudian, beliau memperkembangkan perniagaan dengan menambahkan spesies ikan dengan hasil suntikan modal daripada keluarga. Selain dari kedai dibesarkan dan papan tanda juga dinaikkan bagi membolehkan kedai mesra pelanggan dan lokasi kedai mudah ditemuai oleh pelanggan. Dalam meningkatakan jualan kedai ketika pendemik berlaku, beliau juga menjual ikan secara atas talian dengan bantuan seorang rakan yang bertindak membantu dalam urusan courier penghantaran atas tempahan yang diterima. Selain itu, anak jati Jeli ini juga aktif dalam mempromosikan produknya seperti membuat live di platform Facebook dan Tik Tok. Kini, Hanif menjual lebih dari 60 spesies ikan iaitu Arowana, Tetra, Channa, Ikan Emas, Discuss, Guppy, Betta, Angel Fish, Siler Dollar, Tiger Indo dan lain-lain lagi. Ditambah dengan haiwan peliharaan yang lain, iaitu burung, hamster, kurakura dan guinea pig, kini kedai Hanif menjadi tumpuan pelanggan di sekitar Jeli dan juga dari luar. Walaupun beliau sudah bergelar usahawan, beliau tidak sombong dan tidak kedekut dalam berkongsi ilmu kepada rakan-rakan atau pelajar-pelajar jurusan akuakultur yang ingin menceburi bidang ini. Pada tahun 2022, beliau telah di jemput sebagai Panel dalam Program Bicara Santai Usahawan Sebagai Kerjaya Pilihan dan menjadi tenaga pengajar dalam Kursus Pembenihan Ikan Angel anjuran Kolej Komuniti Bera. Beliau berharap perniagaannya akan terus maju pada masa akan datang. Semoga usaha gigih beliau menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain yang ingin menjadi usahawan. 6 MUHAMMAD HANIF Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan doa Oleh Siti Raihan Binti Jamaludin Peg Perhubungan Industri dan Alumni Kegigigan merupakan kunci kejayaan perniagaannya masih berkembang dalam era pendermik Covid 19 pada 2019 dan 2020 yang lepas.
Selepas tamat Pengajian di Kolej Komuniti Bentong (KKBEN) dalam bidang Sijil Teknologi Elektrik, Tc Ahmad Zulqarnain Ilham bin Zulkeffli kini menjadi pemilik perniagaan yang berdaftar atas nama AZIZ E&T Services. Perniagaan ini menawarkan perkhidmatan dalam pendawaian elektrik. Mempunyai kakitangan sendiri yang bekerja di bawah seliaan beliau, beliau juga mengendalikan beberapa projek hasil daripada kemahiran yang diperolehi semasa di Kolej Komuniti. Beliau menekankan bahawa “kemahian komunikasi itu penting untuk berjaya dalam kerjaya seiring dengan kemahiran yang ada”. Meskipun telah tamat penagajian di KKBEN, beliau sangat menghormati pensyarah dan sehingga sekarang, beliau gemar berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar baru dan komuniti. Tc Ahmad Zulqarnain atau di kenali sebagai Ah Chong di kalangan warga KKBEN telah dilantik sebagai Penasihat Industri untuk bidang Elektrik atas kejayaan beliau yang juga alumni. Beliau juga terlibat sebagai mentor industri bagi Program Job Training : Servis Penyaman Udara, Program Pecutan Perniagaan Pelajar (4P) : SKE. Selain itu, beliau juga terlibat dengan Program Jalinan Mesra bersama Kaunselor di Daerah Bentong di mana beliau berkongsi pengalaman tentang permulaan perniagaannya dari dulu sehingga sekarang. 7 TC AHMAD ZULQARNAIN ILHAM BIN ZULKEFFLI Tidak penting di mana anda bermula, yang penting di mana anda berakhir Oleh Nur Syahira Binti Mohd Salleh Peg Perhubungan Industri dan Alumni
Bagaimana membentuk ‘teamwork’ yang efektif? ‘Teamwork’ antara kemahiran bekerja yang diperlukan oleh industri 8 Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh karena itu, setiap anggota harus be m kerja sama dan saling bantuembantu untuk menutupi kekurangan dengan kelebihannya Amalkan Kemahiran 1 Komunikasi yang baik 2 3 Hormati perbezaan Jelaskan Peranan, Tanggungjawab, dan Akauntabiliti 4 Tentukan Matlamat yang Jelas Hargai suara setiap 5 individu 6 Bina Hubungan
PENULISAN BUKU LOG 9 Apa yang perlu ada dalam buku log anda? Buku Laporan Harian atau dipanggil Buku Log Harian merupakan perkara yang wajib ditulis oleh pelajar. Berikut merupakan elemen dalam buku log yang perlu ada. Lengkapkan tarikh, lokasi, tajuk kerja serta 1. peralatan yang digunakan.
2. Perincaian Kerja perlu mengandungi: Langkah kerja, pengiraan, carta/jadual dan gambar rajah 10 3. Tandatangan dan cop syarikat diperlukan bagi melengkapkan buku log anda
11 Saya, Ali, seorang pelajar tahun akhir yang sudah tidak sabar menghabiskan pengajian di Kolej. Semasa tiba waktu untuk menjalani latihan industri, saya memutuskan untuk pergi ke TRMZCA Enterprise bersama beberapa rakan yang lain. TRMZCA merupakan perniagaan yang menjalankan penternakan ikan kerapu dan siakap. Hari pertama di TRMZCA, perasaan saya bercampur aduk antara rasa gugup dan enthusiasm. Saya diperkenalkan dengan kawasan sekitar penternakan. Dari kawasan perternakan bayu pantai seolah- olah memahami lenggok saya yang baru mula bertatih belajar perkara baru dalam hidup ini. Dengan penuh semangat, saya bersedia ke dunia kerja sebenarnya. Selama beberapa minggu pertama, saya dan rakan-rakan menjadi satu pasukan. Kami diberikan tugas pemberian makan ikan, mengurangkan kadar air, mencuci tangki yang telah kosong dan merawat ikan. Pelbagai penyakit menyerang ikan kerapu. Antara penyakit-penyakit yang dikenal pasti semasa berada di sini adalah Viral Nervous Necrosis (VNN), kudis dan Enteric Red Mouth Disease. Ketiga-tiga penyakit ini amat popular di kalangan penternak kerapu. Kami sedaya upaya dan segera akan merawat ikan yang telah dijangkiti kerana sekiranya ikan dijangkiti, kadar kematian akan berlaku dengan pantas. Ada satu ketika saya ditugaskan untuk menjadi salah seorang yang menjayakan pembaikkan besar yang melibatkan sistem pam perusahaan. Pam tersebuat telah rosak akibat karat. Saya berasa sedikit tekanan sebenarnya, kerana masalah seperti ini berlaku pada minggu ketiga kami di sini,di mana kami Masih baru ingin menyesuaikan diri. Saya gagahi menukar bearing dan kipas pam yang baru dengan bantuan pekerjaan lain. Terasa ringan beban dipikul apabila kerja dilakukan secara bersama-sama. Minggu-berganti minggu, kini sudah masuk bulan ketiga, Saya kemudiannya belajar menjahit jaring atau net. Jaring digunakan untuk mengawal cahaya yang memasuki tangki. kemudian saya memasukan benih ikan siakap Kumpulan B. Rutin biasa dilakukan apabila ikan dimasukkan diulang bagi memastikan kesihatan ikan terjamin. Ikan Kumpulan A kemudiannya digred dan dituai. Begitulah seterusnya, dimana ikan akan dijaga hingga besar. Akhirnya detik yang ditunggu-tunggu pun tiba. Saya akhirnya menamatkan latihan industri dengan jayanya. Pengalaman latihan industri di TRMZCA ini merupakan pengalaman baru bagi saya serta rakanrakan.Pengalaman ini juga membuka mata saya tentang jerih perih alam kerja sebenar. Di kolej kami belajar tentang ikan air tawar, di sini pula ikan air masin. Kini, kami memperoleh ilmu mengenal ikan sakit dan merawatnya hingga sembuh. DI PERSISIRAN PANTAI INI, AKU MENGENAL ERTI KERJA Oleh: Muhammad ‘Ali Bin Shahudin
Pada hari pertama latihan industri, saya telah melaporkan diri di bahagian sale admin. Saya kemudiannya diberikan taklimat oleh Cik Nur Qistina Binti Hermi mengenai syarikat dan turut didedahkan mengenai peraturan seperti kedatangan, bilangan pengambilan cuti, dan setiap tugasan di syarikat tersebut. Selain itu, saya juga telah diberikan pendedahan mengenai kedudukan organisasi bagi kesemua jawatan di dalam syarikat. Di sini, saya belajar untuk menguruskan (Excell Quotation ). Excell quotation adalah sebut harga atau pernyataan harga yang akan diberi oleh pembekal kepada pembeli atau pelanggan untuk sesuatu barangan yang telah dipesan. 12 Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya perolehi semasa menjalani latihan industri adalah mengetahui cara – cara berkomunikasi dengan orang luar. Saya juga mendapat pengalaman di bahagian Admin terutamanya seperti membuat laporan ketidakpatuhan iaitu menguruskan isu-isu aduan yang didapati daripada pelanggan-pelanggan, Hal ini menyebabkan saya lebih mahir dalam proses menguruskan isu-isu aduan. Saya mempelajari penggunaan aplikasi ERP dan sistem aplikasi Microsoft Excel dalam membuat sebut harga bagi pembelian dan kemasukan harga produk jual beli bagi syarikat. Selain itu, saya juga mempelajari cara-cara membuat pembelian barang-barang bagi syarikat dengan membuat senarai pembelian di sistem aplikasi Microsoft Excel. Tugasan lain yang diberikan adalah mengira dan membuat laporan jualan serta laporan analisis harian. Pengalaman yang diperoleh ketika latihan industri sangat berharga dan mematangkan saya. Saya berharap pengalaman yang diperoleh ini akan dapat digunakan ketika saya bekerja nanti. PENGALAMAN PRAKTIKAL Oleh: NURNASUHA BINTI SAMSUL KAMAL
Pada bulan pertama, saya telah mempelajari cara membuat pembungkusan produk untuk syarikat latihan industri bagi memastikan tiada kebocoran produk yang sedang dibungkus dan menampal sticker produk. Saya juga mempelajari bagaimana menguruskan rekod kedatangan pekerja di syarikat ini dengan memasukkan cuti yang diambil. Selain itu, saya perlu menulis updated pada setiap borang permohonan cuti pekerja dan membuat semakan pada semua pekerja yang mengambil cuti menggunakan sistem aplikasi Microsoft Excel. Di samping itu, saya telah diberi tugasan untuk menyusunkan borang-borang permohonan cuti tersebut ke dalam fail leave application and medical claim mengikut nama-nama pekerja dan syarikat yang telah dibuat. Saya juga diajar bagaimana cara untuk mengaktifkan setiap jawatan kosong yang ada di area Shah Alam dalam sistem MYFutureJobs. Tugasan lain yang diberikan adalah menyiarkan iklan mengenai latihan praktikal di mana saya memasukkan poster dan ayat copywriting di setiap group dalam Facebook. 13 Selama saya praktikal di syarikat ini, pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi. Antaranya, saya dapat melihat sendiri cara untuk membuat pembungkusan sesuatu produk. Saya juga dapat menimba ilmu pengetahuan serba sedikit tentang mesin-mesin yang digunakan. Di antaranya adalah mesin sealer (mesin pengedap automatik) dan mesin filling serum. Ini membantu saya lebih mengetahui penggunaan mesin-mesin tersebut. Di samping itu, saya juga telah diberi peluang untuk mencuba mengendalikan mesin- mesin tersebut. Saya dapat melihat tempat penyimpanan barangbarang produk yang mengandungi kotak-kotak, bahan-bahan untuk filling, botol-botol yang digunakan untuk membuat pembungkusan dan sebagainya. Saya juga dapat melihat bilik-bilik untuk membuat produk itu seperti bilik hygeince, bilik filling dan sebagainya. Dari situ, saya mengetahui serba sedikit mengenai proses penghasilan produk yang telah dijalankan di syarikat ini. Saya juga dapat mempelajari pengurusan Bahagian Sumber Manusia iaitu mengemaskini cuti-cuti pekerja yang dimohon untuk dimasukkan ke dalam Microsoft Excel dan juga cara penyusunan borang permohanan cuti pekerja di dalam fail leave application and medical claim. PENGALAMAN PRAKTIKAL Oleh: NURHAZIANI BINTI HARIS
PENULISAN LAPORAN AKHIR 1 Penulisan Laporan akhir mestilah mengandungi rumusan kerja yang dibuat mengikut minggu dan bulan. RUMUSAN KERJA 14
ANALISIS (MASALAH YANG DIHADAPI) Analisis (Masalah yang dihadapi) mesti menjawab persolan. Apakah masalah yang dihadapi dalam menjalankan tugas yang diberikan? 16 23 PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN Pada bahagian ini, anda dikehendaki menjawab persoalan apakah pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh dari latihan inudustri?
4 A magazine is a periodical publication, which can either be printed or published electronically. It is issued regularly, usually every week or every month, and it contains a variety of content. This can include articles, stories, photographs, and advertisements. 17 4 KESIMPULAN 5 CADANGAN Persoalan yang perlu dijawab adalah apakah rumusan daripada pengalaman serta ilmu yang dipelajari? Apakah tujuan anda menjalani latihan industri tercapai? Sila berikan cadangan anda kepada bakal pelajar yang akan menghadapi latihan industri/pihak kolej/tempat latihan industri.
18 Mengawal perilaku dan menunjukkan kesopanan serta kehalusan budi pekerti semasa berkomunikasi dengan orang lain. 1 Tips komunikasi berkesan semasa latihan industri Menggunakan perkataan yang tepat dan ringkas serta tekanan suara yang lembut tetapi jelas semasa berkomunikasi. 2 Menggelakkan diri daripada menggunakan perkataanperkataan yang menyinggung perasaan orang ramai seperti bertanya tentang masalah atau isu sensitif seperti kewangan dan hal peribadi. 3
19 Mengawal mimik muka dan pergerakan diri semasa berkomunikasi daripada perkara-perkara yang boleh memberikan makna bahawa kita tidak menyenangi dengan keadaan sekeliling dan kehadiran orang lain di tempat kerja. 4 Tips komunikasi berkesan semasa latihan industri Memahami, membantu serta menyelesaikan masalah kerja secara bersama merupakan kunci dalam melahirkan organisasi yang kukuh dan kuat. 5
https://forms.gle/jwc3PXNcFEb3jbGy5 Terima kasih di atas maklumbalas anda. MAKLUMBALAS LAWATI KAMI DI FB: Kolej Komuniti Bera ‘INTERN’ BOOKLET 2024/2025 Bersediakah anda menghadapi cabaran di tempat latihan industri? ADAKAH ANDA SUKAR MENERIMA PENDAPAT? Akan datang!