The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Makluman untuk ibu bapa/penjaga murid prasekolah SK Air Merah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alasuhaila abdul wahab, 2021-02-24 12:08:36

PEMBUKAAN PRASEKOLAH 2021

Makluman untuk ibu bapa/penjaga murid prasekolah SK Air Merah

PanduanPengurusan dan
Pengoperasian
Kelas Prasekolah

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga murid Prasekolah SK Air Merah

Ibu bapa/penjaga digalakkan untuk menghantar anak
mereka ke prasekolah/ tabika/tadika bagi memastikan
murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran
asas sebagai persediaan untuk pembelajaran seterusnya.

Tarikh pembukaan sekolah (Kelas Prasekolah,Tahun 1 & 2)
01 Mac 2021

Masa Ketibaan Murid Prasekolah
7.15 pagi – 7.45 pagi

(2 minggu awal sesi persekolahan)

PERANAN DAN TANGGUNGAWAB
IBUBAPA & PENJAGA

PRASEKOLAH SK AIR MERAH

Ibu bapa/penjaga perlu mengambil tindakan seperti yang berikut :

 Memastikan anak / anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak
menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke prasekolah.

 Murid yang tidak sihat dan bergejala* TIDAK dibenarkan hadir ke
prasekolah.

*Bergejala bermaksud simptom awal COVID-19 iaitu sama ada mengalami demam (suhu badan melebihi
37.5°C), batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas.

Ibu bapa/penjaga perlu mengambil tindakan seperti yang berikut :

 memastikan anak/anak jagaan sentiasa memakai pelitup separuh muka
apabila hadir ke sekolah;

 mematuhi sistem pergerakan pergi dan balik murid prasekolah ke sekolah;
 menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri

dan mengamalkan amalan batuk dan bersin dengan betul.

Ibu bapa/penjaga perlu mengambil tindakan seperti yang berikut :

 memberikan kesedaran kepada anak/anak jagaan tentang penjarakan fizikal
sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan (datang / pulang dengan
van);

 menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan (bersalaman) atau
bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang
sekeliling;

 menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum
dan selepas pulang dari sekolah dengan kerap membasuh
tangan dan mandi.



WAKTU KETIBAAN
MURID PRASEKOLAH
[ 7.15 PAGI – 7.45 PAGI]



Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan
memasuki kelas prasekolah/tabika/ tadika

Hantar anak prasekolah di pintu pagar kecil
(Guru Bertugas dan Guru Prasekolah akan
menyambut kehadiran murid-murid)

MURID PRASEKOLAH
SEMASA BERADA
DI DALAM KELAS



Ibu bapa/ penjaga memastikan anak/anak jagaan
TIDAK membawa beg sekolah

Buku tulis dan alat tulis disediakan
di dalam kelas untuk setiap murid

 Ibu bapa / penjaga juga perlu memastikan murid
TIDAK membawa bekalan makanan dan minuman
kecuali yang memerlukan makanan khas dengan kebenaran
pentadbir sekolah (surat bertulis)

 Makanan untuk murid prasekolah disediakan
sebanyak dua kali ; sarapan dan
minum pagi.

 Minuman untuk murid prasekolah
juga disediakan (Air putih,milo,susu,
oren





Murid akan membersihkan meja
sendiri :
a)sebelum belajar,
b)sebelum dan selepas makan,
c) sebelum dan selepas

melaksanakan aktiviti
d)sebelum pulang





Sekiranya murid pulang awal
(atas sebab kecemasan/tidak sihat)

Hanya waris yang mendaftarkan anak
sahaja dibenarkan untuk membawa

pulang murid luar dari waktu
persekolahan.

WAKTU PULANG
MURID PRASEKOLAH

Tempoh murid prasekolah untuk turun ke tempat
menunggu antara jam

12.00 – 12.10 tengah hari.

Ibubapa perlu menunggu anak di tempat menunggu
yang disediakan oleh pihak sekolah.

Tempoh menunggu waris :
12.00 – 12.30 tengah hari

Ibu bapa/penjaga disarankan untuk membawa
anak/anak jagaan terus pulang ke rumah selepas

sesi persekolahan (mandi dan tukar pakaian)

Sekiranya murid pulang dengan van:

Sila maklumkan nombor pendaftaran
kenderaan dan nombor telefon pemandu

van kepada Guru Prasekolah/PPM
Prasekolah

Sekiranya murid pulang dengan pengasuh:

Sila maklumkan nombor pendaftaran
kenderaan dan nombor telefon pengasuh
kepada Guru Prasekolah/PPM Prasekolah

KEHADIRAN MURID
PRASEKOLAH

Sekiranya murid tidak dapat hadir ke sekolah

Tindakan 1 : maklumkan terlebih dahulu
kepada Guru/PPM

Tindakan 2 : Surat Cuti Sakit wajib diserahkan
kepada Guru/PPM keesokan
harinya apabila hadir ke sekolah

Tindakan akan diambil sekiranya
(tidak hadir tanpa sebab)

a) 3 hari tidak hadir ke sekolah berturut-turut
– SURAT AMARAN PERTAMA

a) 7 hari tidak hadir ke sekolah berturut-turut
– SURAT AMARAN KEDUA

a) 10 hari tidak hadir ke sekolah berturut-turut
– PERBINCANGAN DENGAN PIHAK SEKOLAH

Sekiranya murid tidak sihat
(sakit mata/campak/HFMD) :

Murid tidak digalakkan untuk hadir ke
sekolah dan perlu berehat di rumah
sehingga sembuh.

Murid prasekolah :

Tidak membawa beg sekolah

Guru akan memberikan tugasan dengan
kaedah yang selamat kepada murid
prasekolah sekiranya ada kerja sekolah

Tidak membawa bekalan makanan dan
minuman

Kecuali yang memerlukan makanan khas dengan kebenaran
pentadbir sekolah (surat bertulis)

Pihak prasekolah memohon
Ibu bapa / penjaga untuk menyediakan

TISU BASAH
(WET TISSUE)

Bawa ke sekolah pada hari pertama persekolahan,
murid akan simpan di dalam kelas.

Murid akan gunakan untuk membersihkan meja

Pihak Prasekolah sangat mengalu-alukan kehadiran
semua murid Prasekolah ke sekolah.

Bersama kita membudayakan norma dan kebiasaan
baharu kepada murid prasekolah

KITA JAGA KITA
KITA WAJIB MENANG

LINDUNGI SEMUA


Click to View FlipBook Version