The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by apple_3009, 2020-04-27 01:09:35

PAKAIAN IBU MENGANDUNG

TAHAP 1

PAKAIAN IBU MENGANDUNG

SPESIFIKASI PAKAIAN IBU MENGANDUNG

Pakaian ibu mengandung merupakan pakaian yang
dipakai oleh ibu mengandung sebagai satu adaptasi
kepada perubahan yang berlaku ke atas saiz tubuh
semasa tempoh kehamilan.

Ia direka khas untuk ibu mengandung dengan
mengambil kira stail yang mempunyai penghilang
gelembung di bahagian hadapan badan.

Secara amnya, stail pakaian ibu mengandung ini
adalah longgar terutama pada bahagian perut untuk
keselesaan.

Jenis Pakaian Ibu mengandung

Maxi Longgar Seluar Ibu Mengandung

MAXI LONGGAR

Maxi longgar merupakan pakaian yang sesuai dipakai oleh ibu
mengandung semasa mengandung kerana stailnya yang ringkas
dan boleh dipadankan dengan skirt labuh, seluar ibu mengandung
atau memakai maxi longgar sahaja yang mempunyai labuh yang
sesuai mengikut keselesaan si pemakai.

Maxi longgar ini perlu labuh di bahagian hadapan untuk memberi
ruang kepada bahagian perut yang semakin membesar mengikut
usia kehamilan.

Penghilang gelembung yang sesuai untuk maxi longgar ialah:
kedut lepas
lisu bertentang
lisu beriring
lisu terbalik

CIRI-CIRI MAXI LONGGAR

1. Kelepet di hujung maxi longgar

2. Lisu terbalik di bahagian hadapan badan

3. Kolar simpul hias

4. Lengan gelembung dan mempunyai lapik di
hujung
lengan

5. Mempunyai lisu beriring di garisan bahu

Kolar simpul hias Lisu beriring
Lengan gelembung
Hujung
lengan kelepet
berlapik

Lisu terbalik

Maxi Longgar Ibu mengandung

SELUAR IBU MENGANDUNG

Seluar ibu mengandung merupakan pakaian
yang sesuai dipakai oleh ibu mengandung yang
inginkan pakaian yang selesa dan pada masa
yang sama masih kelihatan cantik.

Seluar ibu mengandung biasanya berpinggang
rendah dalam saiz besar ataupun skirt dengan
ikatan pinggang bergetah.

Seluar ibu mengandung ini mempunyai ikatan
pinggang bergetah kekal atau boleh diubahsuai
mengikut keselesaan, mempunyai yoke di
bahagian atas seluar untuk menyokong
bahagian perut ibu mengandung.

CIRI-CIRI SELUAR IBU MENGANDUNG

1. Mempunyai kelepet di hujung seluar

2. Labuh seluar adalah panjang

3. Mempunyai bahagian seluar mendatang (yoke) di
bahagian atas seluar

4. Mempunyai ikatan pinggang bergetah di sekeliling
pinggang

5. Longgar

Seluar Ibu Mengandung

POLA MAXI
IBU MENGANDUNG

Pola Lengan

Badan Belakang Badan Hadapan kolar simpul hias

Susun atur pada fabrik

POLA SELUAR
IBU MENGANDUNG

Seluar Hadapan Seluar Belakang

Pinggang Mendatang

Susun atur pola seluar ibu mengandung di atas fabrik


Click to View FlipBook Version