PAKAIAN
TRADISIONAL
PENGENALAN
➢ Pakaian tradisional merupakan pakaian tradisi yang dipakai mengikut sesuatu kaum di
Malaysia yang mempunyai ciri-ciri dan stail pakaian yang tersendiri.
➢ Pakaian tradisional ini biasanya dipakai untuk menghadiri majlis formal atau menjadi
pakaian harian.
➢ Antara pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut:
Kaum Melayu
Baju Kurung
Etnik Lain JENIS Kaum Cina
Kadazan PAKAIAN Cheongsam
TRADISIONAL
Kaum India
Choli Sari
A. PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU ( BAJU KURUNG)
✓ Mengikut sejarah, nama asal baju kurung ialah Baju kurung Teluk Belanga.
✓ Hasil dari perkembangan teknologi dan peredaran masa telah ditukar nama
kepada Baju Kurung Johor.
✓ Leher baju kurung berbentuk bulat yang disebut ‘bulan-bulan’ dan dibelah di
bahagian hadapan.
✓ Sebiji butang emas atau berlian yang dikenali sebagai kunang – kunang atau
garam sebuku digunakan sebagai kancing.
✓ Mengikut tradisinya, kain yang dipakai diikat berombak-ombak dirusuk sebelah kiri
atau kanan.
✓ Cara ikatan tersebut dinamakan ombak mengalun. Kepala kain diletak di bahagian
belakang.
✓ Baju ini boleh dipakai sedondon atau dipadankan dengan sarung bercorak batik,
tenun atau sarong songket.
✓ Pakaian ini popular dipakai oleh wanita masa kini tanpa mengira peringkat umur
atau kaum di Malaysia.
✓ Garis Leher baju kurung tradisional dijahit dengan tulang belut.
Ciri baju kurung tradisional adalah:
i) Garis leher baju berbentuk bulat dan belah berslit di bahagian hadapan
dihiasi dengan jahitan tulang belut.
ii) Lengan panjang
iii) Pesak
iv) Kekek
v) Sarung susun ombak beralun yang berkasing
vi) Butang dan rumah butang.
vii) Kocek di bahagian kiri pesak baju
Baju Kurung Tradisional dan Sarung Susun Ombak Beralun
B. PAKAIAN TRADISIONAL CINA ( CHEONGSAM )
❑ Cheongsam merupakan pakaian yang mula dipakai oleh
wanita cina pada zaman Dinasti Qing (1644-1012).
❑ Cheongsam juga dikenali sebagai gipao`.
❑ Ia dipakai pada upacara tertentu seperti majlis
perkahwinan dan Tahun Baru Cina.
❑ Pakaian ini adalah pakaian sendat yang mempunyai koler
mandarin berlengan cap atau panjang berbelah pada
kelim (slit) berkancing di bahagian badan kanan.
❑ Labuh Cheongsam juga boleh dibuat pada pelbagai
paras.
❑ Cheongsam boleh dipakai sebagai pakaian Kasual atau
formal.
Ciri-ciri Cheongsam adalah :
a) Berkolar mandarin
b) Mempunyai belah berlapik – belahan dari leher ke rusuk kanan
dan butang cina
c) Lengan selarai pendek
d) Belah kiri dan kanan pada kelim sisi
e) Lisu pemadam cembung, mengikut keperluan
Ciri-ciri Cheongsam
C. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA ( COLI SARI )
PENGENALAN /INTRODUCTION:
Pakaian Tradisional kaum India terdapat dua jenis iaitu Coli dan baju Punjabi. Coli biasanya
dipakai oleh wanita manakala Baju Punjabi boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita India.
Ciri-ciri
➢ Coli adalah baju singkat paras pinggang yang dipakai oleh wanita India bersama sari atau
pun skirt kembang. Ianya merupakan pakaian yang sendat. Walaubagaimanapun sekarang
pakaian ini telah diubah pada bahagian -bahagian tertentu agar bersesuaian dengan
pemakaian wanita India zaman moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.
➢ Labuh lengan coli basanya hingga ke paras siku dan di tengah lengan dihias kan dengan
menggunakan kain yang sama atau fabrik yang berpadanan. Garis leher jeluk terbentuk
dengan kedudukan bahu mendatang (yoke) dengan lisu hias. Cantuman garis tengah
hadapan disiapkan dengan kedut lepas sebagai penghilang gelembung dan lisu pemadan di
bahagian pinggang badan hadapan dan belakang.
➢ Bahagian pinggang badan hadapan dikemaskan dengan ben lisu hias. Bahagian belahan
badan belakang disudahkan dengan butang katup atau pun cangkuk dan rumah cangkuk.
➢ Coli sesuai menggunakan fabrik nipis, lembut bercorak kecil dan diperbuat daripada gentian
asli atau gentian buatan. Coli dipadankan bersama sari dan skirt dalam yang dibuat khas,
bertali kasing di pinggang.
Baju Punjabi Coli dan sari Lakaran Coli
D. PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK KADAZAN
• Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Perbezaan antara berbagai-bagai suku
kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, agama, adat istiadat, corak dan
pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. Penggunaan pakaian-pakaian tradisional
tersebut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Pada zaman
dahulu, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, hari
perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula pakaian-pakaian
tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan oleh
pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk
acara-acara kebudayaan.
▪ Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka.
Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah
lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang dapat melindungi si pemakai daripada
makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa
penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semula jadi di
waktu itu.
• Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik dilengkapi tali
pinggang himpogot.
• Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar memakai baju fabrik baldu hitam berhias
renda kuning keemasan. Wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan
geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.
Pakaian Tradisional Etnik Kadazan
JENIS LENGAN
A. Lengan kimono asas
B. Lengan Padanan Rata
C. Lengan gelembung
D. Lengan kembang
payung
E. Lengan Slit
F. Lengan Peasant
G. Lengan Raglan
H. Lengan Dolman
I. Lengan Kemeja
J. Lengan Bishop
K. Lengan Balon
L. Lengan Loceng
JENIS KOLAR DAN GARIS LEHER
Bentuk V Bentuk U Belah Slit
Bentuk Sampan Bentuk Persegi Bentuk Bulat
Bentuk Hati (manikam)
Kolar Rata Kolar yang dicantum pada garis leher dan terletak rata pada badan pakaian.
Kolar Peter Pan Kolar Kelasi Kolar Eton
Kolar Tegak Kolar yang dicantum pada garis leher dan berdiri tegak pada garis leher pakaian.
Kolar Mandarin Kolar Kemeja Kolar Nehru
Kolar Gulung Kolar yang mengunjur dari bahagian garis leher ke atas dan bergulung serta
boleh dilipat balik
Kolar Simpul Hias Kolar Selendang Kolar Rever
JENIS
BENTUK
BADAN
Susunatur pola baju kurung di atas fabrik
PETUNJUK :
A = Bahagian
hadapan
B = Bahagian
lengan
2 keping
C = Pesak 4
keping
D = kekek 2
keping
E = Lapik leher
Susunatur pola coli sari di atas fabrik