NO SEBUTHARGA :
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN TASKA
DAN PUSAT ASUHAN BAYI DAN KANAK-
KANAK DALAM KAWASAN UNIVERSITI
MALAYSIA PAHANG KAMPUS GAMBANG
BIL. KETERANGAN/SPESIFIKASI KUANTITI/ HARGA SPESIFIKASI SYARIKAT
MASA TAWARAN (Sila lengkapkan)
SYARIKAT
1 NAMA PERKHIDMATAN :
PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN TASKA DAN
PUSAT ASUHAN BAYI DAN KANAK-KANAK
DALAM KAWASAN UNIVERSITI MALAYSIA
PAHANG KAMPUS GAMBANG
2 LOKASI DAN SKOP KERJA
Lokasi adalah di Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Kampus Gambang.
Skop kerja bagi Sebutharga ini meliputi kerja-kerja
perkhidmatan menyediakan Taska/Pusat Asuhan
kanak-kanak dan bayi. Pengusaha perlulah berdaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan
mengikut kriteria seperti di Lampiran 1 bagi Taska
dan Pusat Asuhan Kanak-kanak dan Bayi yang
termaktub dalam akta di bawah seliaan JKM.
Proses pemilihan tender/sebutharga akan dijalankan
selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh penjualan
tender/sebutharga. Pengusaha Taska yang Berjaya
akan dipanggil untuk sesi pembentangan dan
temubual.
3 TANGGUNGJAWAB DAN OBLIGASI PENGUSAHA
i. DEPOSIT DAN SEWAAN PREMIS Deposit dan
Sewaan
a) Pengusaha bersetuju untuk membayar dibayar secara
deposit sewaan sebanyak 2 bulan iaitu bulanan tanpa
RM3,000.00 dan deposit bagi bil elektrik dan gagal
air (bil utiliti) sebanyak RM500.00.
b) Pengusaha bersetuju untuk membayar
sewaan bulanan bagi 5 premis (sewa bagi 1
premis adalah RM300.00) sebanyak
RM1,500.00 sebulan kepada Badan
Kebajikan Staf UMP (BKSU) pada atau
sebelum 7hb pada setiap bulan.
c) Semua kos bil utiliti setiap bulan perlu
dibayar oleh pihak pengusaha taska kepada
pihak Bendahari, Universiti Malaysia
Pahang.
ii. YURAN TASKA
a) Dalam tempoh perjanjian ini Pengusaha
perlu mengadakan perkhidmatan bagi tujuan
yang disahkan mengikut harga yang
berpatutan mengikut persetujuan yang telah
ditetapkan di dalam Jadual Yuran –
Lampiran 2. Sebarang pindaan harga
hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan dan
mendapat persetujuan daripada BKSU
sebelum ianya dimuktamadkan.
b) BKSU boleh mengkaji dan jika perlu boleh
mengubah Yuran Asuhan serta
perkhidmatan yang diberikan dari semasa ke
semasa.
iii. KAEDAH PEMBELAJARAN &
KESELAMATAN KANAK-KANAK
a) Pihak pengusaha TASKA bertanggungjawab
untuk menyediakan kelengkapan operasi,
persekitaran yang selamat dan ceria serta
alatan permainan yang bersesuaian dengan
umur kanak-knak agar ia boleh membantu
perkembangan dan tumbesaran minda dan
fizikal kanak-kanak.
b) Pengusaha Taska bersetuju menyediakan
satu kaedah pembelajaran yang berkesan dan
bersesuaian untuk kanak-kanak dengan
menggunakan modul yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Senarai Jadual waktu perkhidmatan
Taska dan Pusat Asuhan adalah sepertimana
Lampiran 3. Namun begitu Pengusaha Taska
berhak untuk meminda jadual tersebut untuk
memenuhi kehendak semasa dengan
persetujuan secara bertulis dari BKSU.
c) Pengusaha Taska bersetuju untuk mematuhi
dan mengamalkan kaedah-kaedah penjagaan
kanak-kanak dan bayi mengikut saranan yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
d) Pemeriksaan anggota badan setiap kanak-
kanak perlu dijalankan setiap hari dan buku
rekod bagi pemeriksaan perlu disediakan oleh
pihak Taska.
e) Pengusaha Taska perlu mengadakan
pemeriksaan kesihatan secara berkala
sekurang-kurangnya 4 kali setahun oleh
Doktor dari Pusat Kesihatan berdekatan.
f) Pengusaha Taska bersetuju dan
bertanggungjawab untuk membuat rujukan
awal di klinik-klinik yang berhampiran jikalau
berlaku kemalangan terhadap kanak-kanak
dan seterusnya memaklumkan perkara
tersebut kepada ibubapa kanak-kanak
tersebut serta merta dan pihak BKSU untuk
rekod dan tindakan selanjutnya.
g) Sekiranya berlaku sebarang kecederaan
samada fizikal atau mental yang serius dan
disahkan oleh Pegawai Perubatan, pihak
BKSU boleh membuat laporan polis dan
mengenakan denda sebanyak RM1,500.00
berdasarkan nilai sewaan premis atau
menyenarai hitam serta menghentikan
perkhidmatan Pengusaha Taska tersebut
serta merta.
iv. PERLANTIKAN STAF TASKA/PUSAT
JAGAAN
a) Pengusaha Taska perlu menyediakan bilangan
pangasuh/pekerja mengikut nisbah umur dan
bilangan kanak-kanak seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan
Malaysia (JKM).
b) Pengasuh/pekerja yang dilantik adalah
warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun
ke atas dan telah hadir serta lulus Kursus Asas
Asuhan Kanak-kanak (KAAK)yang ditetapkan
oleh pihak JKM.
c) Pengasuh/pekerja yang dilantik oleh
Pengusaha Taska hendaklah mendapat
pemeriksaan kesihatan dan dipastikan bebas
dari sebarang penyakit berjangkit serta
masalah kesihatan mental. Rekod
pemeriksaan perlu dimaklumkan kepada pihak
BKSU. Sekurang-kurangnya 2 orang
pengasuh/pekerja sahaja yang dibenarkan
menginap di premis Taska/Pusat Asuhan.
d) Pengusaha Taska bersetuju untuk melantik
kakitangan yang terlatih dalam bidang
pertolongan cemas dan juga menggalakkan
kakitangan terbabit menghadiri kursus secara
berkala bagi meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan dalam bidang pertolongan
cemas.
v. JAMINAN KUALITI KESELAMATAN DAN
KEBERSIHAN MAKANAN
a) Pengusaha Taska mengakujanji dan memberi
jaminan bahawa makanan yang dihidangkan,
dibekal dan disediakan adalah Halal dan
Bersih menurut lunas-lunas agama islam serta
berkeadaan baik, bermutu, berkhasiat dan
boleh dimakan tanpa menjejaskan kesihatan
kanak-kanak.
b) Pengusaha Taska juga mengakujanji untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan tersebut
dari masa ke semasa. Bekalan makanan yang
perlu disediakan adalah sarapan pagi, makan
tengahari dan minum petang.
(Mohon kemukakan menu makanan kepada
pihak BKSU)
c) Barangan yang tidak halal samada mentah,
bermasak atau diproses adalah dilarang
dibawa ke Taska/Pusat Asuhan.
d) Pengusaha Taska boleh membawa alat
kelengkapan, bahan-bahan makanan,
minuman dan lain-lain bahan yang diperlukan
bagi memenuhi tujuan yang disahkan dan
perkhidmatan yang berkaitan.
e) Keselamatan alat kelengkapan dan bahan-
bahan yang dinyatakan pada (d) diatas adalah
dibawah tanggungjawab Pengusaha Taska
dan tidak boleh dipertanggungjawabkan
kepada BKSU atas sebarang kerosakan,
kecurian ke atas alat kelengkapan dan bahan-
bahan tersebut atau kemalangan akibat dari
penggunaan.
f) Sekiranya berlaku keracunan makanan yang
telah disahkan oleh pihak Pegawai Perubatan
terhadap makanan yang dibekalkan, pihak
BKSU boleh mengenakan denda sebanyak
RM1,500.00 daripada nilai sewaan premis
atau menyenaraihitam dan menghentikan
perkhidmatan Pengusaha Taska tersebut
serta merta.
vi. KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN PREMIS
a) Pengusaha Taska bersetuju untuk
memastikan premis dan segala yang
berkaitan dengan pemis tersebut sentiasa di
dalam keadaan baik.
b) Pengusaha Taska bersetuju dan berjanji tidak
akan merosakkan mana-mana bahagian
premis atau memecahkannya bagi tujuan
pengubahsuaian tanpa kebenaran pihak
BKSU terlebih dahulu.
c) Pengusaha Taska perlu menjalankan aktiviti
penyelenggaraan bagi sebarang kerosakan
yang berlaku di dalam premis.
d) Pengusaha Taska bersetuju dan berjanji tidak
akan menyimpan apa-apa barang yang
mudah terbakar dan berbahaya kepada
kanak-kanak, kepada premis tersebut dan
penghuni-penghuni sekeliling atau apa-apa
barang yang tidak dibenarkan oleh mana-
mana undang-undang atau diharamkan oleh
kerajaan.
e) Pengusaha Taska bersetuju dan berjanji tidak
akan melakukan apa-apa semasa berada di
dalam premis BKSU yang boleh menyalahi
apa-apa peraturan ataupun undang-undang
yang berkaitan dengan Kerajaan Tempatan
atau mana-mana peraturan atau undang-
undang kecil yang berkaitan dengan premis
tersebut.
f) Pengusaha Taska tidak harus menyebabkan
atau mengizinkan sebarang banjir, kerosakan,
tersumbat atau halangan (kerosakan) kepada
parit, tandas, saliran atau pembentungan di
dalam dan di sekitar premis tersebut serta
Pengusaha Taska bertanggungjawab untuk
memastikan tiada sebarang perbuatan khianat
(‘vandalism’) terjadi atau diperlukan yang
mengunakan premis tersebut.
g) Pengusaha Taska bersetuju untuk tidak
membuang sebarang kekotoran, sampah, dan
sebarang bahan buangan ke dalam sinki,
mangkuk tandas, tangki buangan atau paip
pada permis tersebut yang boleh menyumbat
atau merosakkan sistem pembentungan
utama dan segala kos yang dikeluarkan unruk
membaiki segala kerosakan disebabkan
ketidakpatuhan terhadap perjanjian ini
hendaklah ditanggung oleh Pengusaha
Taska.
vii. WAKTU PERKHIDMATAN DAN OPERASI
PEMERIKSAAN
a) Masa yang diwajibkan untuk Pengusaha
Taska menjalankan perniagaan adalah
tertakluk kepada syarat-syarat yang
ditetapkan di dalam syarat-syarat operasi
taska seperti di Lampiran 3.
b) Pengusaha Taska tersebut hendaklah
membenarkan pegawai-pegawai yang dilantik
memasuki premis bagi maksud pemeriksaan
terhadap kebersihan tempat masak, tempat
simpanan makanan, tempat permainan dan
pembelajaran kanak-kanak dan sebarang
pemeriksaan yang difikirkan perlu untuk
memastikan kelancaran perkhidmatan
tersebut.
c) Pengusaha Taska mestilah membenarkan
pegawai dan / atau wakil BKSU untuk
memasuki premis tersebut pada bila-bila
masa yang munasabah bagi tujuan untuk
memeriksa keadaan premis tersebut. Jika
berlaku kerosakan Pengusaha Taska
memberikan satu notis bertulis kepada pihak
BKSU dalam tempoh masa yang
munasabah untuk memasuki premis tersebut
secara rasmi untuk melakukan kerja-kerja
pembaikan tersebut selepas penerimaan
notis.
4. KONTRAK PERKHIDMATAN
Kontrak berasingan akan dimeterai setelah pengusaha
berjaya mendapatkan tender.
Lampiran 1
Kriteria Pusat Asuhan/Jagaan dan Taska
PENDAFTARAN PUSAT ASUHAN/JAGAAN
PENGENALAN
1. Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran pemeriksaan
dan penguatkuasaan ke atas pusat jagaan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kebajikan,
kesejahteraan, dan keselamatan penghuni daripada kumpulan sasar tentu.
2. Menurut Seksyen 2 Akta 506, “jagaan” adalah termasuk perlindungan, pengawasan, pemulihan dan latihan. Manakala
“pusat jagaan” pula bermaksud pusat jagaan berkediaman dan pusat jagaan harian.
3. “pusat jagaan berdaftar” merupakan suatu pusat jagaan yang didaftarkan di bawah Seksyen 6 Akta 506. Di bawah
Seksyen 5 (1), tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu pusat jagaan yang
tidak didaftarkan di bawah Akta ini. Seksyen 5 (2) memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar Subseksyen
(1) adalah melakukan suatu kesalahan.
KATEGORI PUSAT JAGAAN
4. Pusat Jagaan terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:
i. Pusat Jagaan Harian
Mana-mana premis yang menerima empat (4) orang atau lebih untuk jagaan selama tempoh yang berterusan
melebihi 3 jam sehari, sekurang-kurangnya tiga (3) hari seminggu, sama ada menerima upah atau selainnya.
ii. Pusat Jagaan Berkediaman
Mana-mana premis yang menerima empat (4) orang atau lebih untuk jagaan sebagai penghuni didalamnya,
sama ada menerima upah atau selainnya
5. Seseorang yang merupakan saudara samada melalui pertalian darah, persemendaan atau pengangkatan di sisi
undang-undang tidak dikira dalam menentukan bilangan penghuni di sesebuah pusat jagaan. Contohnya, ibu, bapa,
anak, adik, abang, kakak, datuk, nenek, cucu, bapa saudara, ibu saudara atau anak saudara.
SYARAT-SYARAT PENUBUHAN
6. Syarat-syarat penubuhan pusat jagaan adalah seperti berikut:
i. berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS);
ii. memenuhi standard minimum JKM; dan
iii. mendapat sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu:
· Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
· Jabatan Bomba dan Penyelamat;
· Jabatan Kesihatan; dan
· Jabatan Tanah dan Survei (negeri Sarawak sahaja)
STANDARD MINIMUM JKM
7. Di antara standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut:
i. nisbah penjaga dengan penghuni :
· Kanak-kanak / Remaja
i. Di bawah 4 tahun = 1 : 5
ii. 4 hingga 10 tahun = 1 : 18
iii. 10 tahun ke atas = 1 : 18
· Orang Kurang Upaya ( OKU )
i. OKU = 1 : 10
ii. OKU teruk / terlantar = 1 : 4
ii. penjaga warganegara atau bukan mestilah berumur 18 tahun ke atas;
iii. mematuhi nisbah penghuni dengan ruang lantai iaitu :
· Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun dan OKU ialah 3.5 meter persegi
· Remaja dan warga emas adalah 3.0 meter persegi;
iv. menyediakan dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti mengikut peringkat
umur dan keperluan penghuni;
v. pusat jagaan hendaklah mempunyai kemudahan, peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi
bagi keperluan penghuni;
vi. menyedia dan menyerenggara rekod-rekod di pusat jagaan; dan
vii. menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis Pusat jagaan.
RUJUKAN
Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506]
Akta Pusat Jagaan (Pindaan) 2007 [Akta A1292]
Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994
Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan (Pengkompaunan Kesalahan) 2011
Pengenalan (Pendaftaran TASKA)
PENGENALAN
1. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi
pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi
menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.
2. Di bawah Seksyen 2, Akta 308 "taman asuhan kanak-kanak" ertinya mana-mana premis yang menerima masuk
empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk
dijaga dengan upah.
3. "taman asuhan kanak-kanak berdaftar" ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen
7.
4. Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu
taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan¿peruntukan Akta ini. Di bawah Seksyen 6 (2)
Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu
kesalahan.
KATEGORI TASKA
1. Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut:
i. TASKA Di Rumah
Menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak untuk di jaga dalam rumah orang yang di daftarkan di
bawah Seksyen 7.
ii. TASKA Di Institusi
Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
iii. TASKA Di Tempat Kerja
Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
Ditubuhkan di tempat kerja atau disediakan oleh majikan di suatu tempat yang sesuai untuk kemudahan
kakitangan
iv. TASKA Komuniti
Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
Ditubuhkan di suatu kawasan tertentu dan menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan atau suatu
kerajaan negeri.
SYARAT-SYARAT PENUBUHAN
1. Syarat-syarat penubuhan TASKA adalah seperti berikut:
i. berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS). TASKA di rumah
dikecualikan;
ii. memenuhi standard minimum JKM; dan
iii.mendapat sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu:
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
Jabatan Bomba dan Penyelamat;
Jabatan Kesihatan; dan
Jabatan Tanah dan Survei (negeri Sarawak sahaja)
STANDARD MINIMUM JKM
1. Di antara standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut:
i. nisbah pengasuh dengan kanak-kanak mencukupi;
Umur (Tahun) Kanak-Kanak Normal Kanak-Kanak OKU
2:3
Lahir - 1 tahun 1:3 2:5
3 : 10
1 tahun ke atas - 3 tahun 1:5
3 tahun ke atas - 4 tahun 1 : 10
ii. pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas;
iii. pengasuh telah hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK);
iv. mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu 2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak di TASKA di
rumah dan TASKA selainnya 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak;
v. menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat
umur kanak-kanak;
vi. TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak-
kanak;
vii. menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA; dan
viii. menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis TASKA
2. Sebagai langkah mempermudahkan proses pendaftaranTASKA, Sijil Perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan oleh JKM
kepada pengusaha yang mematuhi standard minimum JKM dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah Akta 308.
RUJUKAN
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308]
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan) 2007 [Akta A1285]
Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 (P.U. (A) 377)
Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pengkompaunan Kesalahan) 2011
BIL KATEGORI JADUAL YURAN CATATAN Lampiran 2
1 Asuhan bayi UMUR Yuran Bulanan
Dari 3 bulan sehingga 2 tahun BAYARAN (RM)
Yuran Harian 350.00
2 Taska Dari 2 tahun ke atas sehingga 4 tahun Yuran Bulanan 40.00*
Yuran Harian 280.00
40.00*
*pengiraan mengikut RM5 perjam (8 jam bekerja)
Lampiran 3
JADUAL WAKTU PERKHIDMATAN
HARI OPERASI MASA CATATAN
ISNIN HINGGA JUMAAT
7.00 PAGI HINGGA 6.00 Sekiranya melebihi masa yang
PETANG ditetapkan, bayaran lebihan
masa boleh dikenakan oleh
pihak Pengusaha Taska
*Waktu pengoperasian taska perlu mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh pihak UMP.