The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asrarnisa, 2022-03-20 12:27:18

PAKK2302D - SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Tugasan 2 : Penghasilan Produk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR



PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 3)



PAKK2302D
SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA KHAIRUNNISA’ BINTI MOHD ZAILANI

NO. KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN 901026145944
KUMPULAN 2021192380024
TAJUK TUGASAN
NAMA PENSYARAH DAN JABATAN PAK A2
PENGHASILAN PRODUK
TARIKH HANTAR PN. AMALI BINTI IBRAHIM
(JABATAN ILMU PENDIDIKAN)

21 MAC 2022

TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
i
KANDUNGAN 1
1.0 PENGENALAN 1
2.0 PROFIL KANAK-KANAK 1
3.0 FAKTOR DAN IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI 1
2
3.1 Faktor Perbezaan Individu 3
3.2 Faktor Keluarga 4
3.3 Faktor Persekitaran 5
4.0 PERANAN GURU 7
5.0 LAPORAN PEMERHATIAN
6.0 BAHAN YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI 8
DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 8
KESIMPULAN
RUJUKAN

i

1

1.0 PENGENALAN

Siti Affiza et. al., (2021) menyatakan perkembangan sosioemosi dan tingkah laku
adalah sangat penting kepada kanak-kanak. Kemahiran sosioemosi adalah sebuah
kemahiran yang membantu kanak-kanak untuk belajar bekerjasama, berdikari, empati
dan melakukan perkara yang diharapkan oleh orang dewasa dan kemahiran ini adalah
sebuah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian kanak-kanak di masa
hadapan. Justeru, satu pemerhatian terhadap seorang kanak-kanak di Tadika Fitrah
Ceria telah dilaksanakan bagi mengetahui perkembangan sosioemosi dan faktor-
faktor yang mempengaruhi tingkahlakunya.

2.0 PROFIL KANAK-KANAK

Sepanjang menjalankan proses pemerhatian terhadap perkembangan sosioemosi
saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dan soal selidik bagi mendapatkan
maklumat-maklumat yang diperlukan berkaitan dengan murid yang ingin dikaji. Bagi
melengkapkan tugasan ini, saya telah memilih seorang kanak-kanak lelaki yang
berusia 5 tahun untuk dikaji dari segi perkembangan sosioemosi dan tingkah laku.
Penilaian yang dibuat terhadap perkembangan sosioemosi dan tingkah laku adalah
lebih berasaskan kepada proses temubual bersama guru kelas dan juga pemerhatian
tingkah lakunya di sekolah dan di rumah. Pemerhatian ini dijalankan pada hari Jumaat
bertarikh 11 Mac 2022.

Berikut merupakan profil peribadi murid :

Nama : Muhammad Aiman Bin Mohd Osman

Tarikh Lahir : 13 Jun 2017
Bil. Adik-beradik : Anak ke-2 daripada 2 beradik
Minat : Permainan kereta

3.0 FAKTOR DAN IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

3.1 Perbezaan Individu

Perbezaan individu bermaksud ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara
fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu. Salah satu ciri perbezaan

2
individu ialah dari segi temperamen. Temperamen adalah ciri yang sedia ada dalam
diri kanak-kanak di awal kehidupan mereka (Buss & Plomin, 1975). Dalam hal ini,
setiap individu mempunyai tahap temperamen yang berbeza-beza. Misalnya cepat
berasa marah atau mudah berasa sedih dan gelisah, aktif bertindak atau lambat
dalam melakukan sesuatu. Temperamen ini akan mempengaruhi keperibadian setiap
individu.

Perkembangan sosial Aiman di rumah dan di sekolah adalah berbeza. Apabila berada
di sekolah, Aiman hanya bercakap dengan guru sahaja tetapi apabila berada di rumah,
dia adalah seorang yang banyak dan petah bercakap. Ini bermakna, Aiman masih lagi
cuba untuk menyesuaikan diri dan membina konsep kendiri apabila berada dalam
kelompok kawan-kawan baharu di dalam kelas. Hal ini sejajar dengan Teori
Kematangan Gesell iaitu kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun mulamengalami
proses kematangan semasa transisi iaitu bergantung kepada keperluan sekolah, rakan
sebaya dan juga pengubahsuaian kepada peraturan.

Dalam pemerhatian saya dapati Aiman cepat berasa marah dan mudah berasa
sedih dan gelisah. Kadangkala Aiman juga tidak dapat mengawal emosinya sendiri.
Aiman akan menjerit dan menangis dengan suara yang kuat serta ada juga situasi
Aiman melepaskan geramnya dengan mengetuk-getuk dengan menggunakan
tangannya di pintu kelas. Apabila disoal selidik dan juga pemerhatian, Aiman kurang
kemahiran sosial terhadap rakan-rakan. Hal ini telah menyebabkan apabila terdapat
sesuatu situasi dalam pembelajaran yang perlu perkongsian alatan Aiman tidak mahu
berkongsi dan mahukan permainan dalam aktiviti tersebut sendiri.

Terdapat beberapa implikasi perbezaan individu. Misalnya dari segi perbezaan
emosi, murid yang mempunyai emosi stabil dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajaran dengan baik manakala emosi yang tidak stabil mengurangkan tumpuan
murid terhadap pelajaran. Manakala dari segi sosial, terdapat murid yang peramah,
pendiam, berfikiran terbuka, riang dan sensitif, mudah bergaul atau suka
bersendirian. Perbezaan ini akan mempengaruhi pembelajaran mereka di mana
murid yang aktif kerap mencapai perkembangan yang baik berbanding dengan murid
yang pasif. Perbezaan individu mewujudkan kepelbagaian tingkah laku di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

3.2 Faktor Keluarga

Faktor keluarga memberi pengaruh yang utama terhadap proses perkembangan
manusia. Unsur-unsur keluarga ini melibatkan corak kehidupan mereka, rumah,

3

makanan, asuhan dan status sosio ekonomi. Faktor-faktor inilah yang akan
mempengaruhi perbezaan perkembangan setiap individu. Lazimnya teladan baik yang
ditunjukkan oleh ibu bapa, akan menjadi ikutan anak-anak dan begitu juga sebaliknya.
Khairun Nissa et al, (2021) menyatakan penting untuk mengisi jurang pengetahuan
mengenai jenis tingkah laku ibu bapa yang mempengaruhi perkembangan emosi
anak-anak mereka dan untuk meneroka bagaimana tingkah laku ibubapa yang positif
dan negatif mempengaruhi perkembangan emosi kanak- kanak.

Komunikasi antara ibu bapa dan kanak-kanak termasuklah mendengar, memahami
masalah dan meredakan ketakutan kanak-kanak, membantu kanak-kanak apabila
memerlukan dan menjelaskan dengan tegas perkara yang betul dan perkara yang
salah. Dalam situasi Aiman saya telah berjumpa dan bertanyakan sendiri ibu bapa
Aiman tentang tingkah laku Aiman dirumah. Aiman merupakan anak kedua bongsu,
jarak umur Aiman dan kakaknya juga agak jauh iaitu 7 tahun. Aiman sering dapat apa
yang diinginkan, manja dan disayangi oleh keluarga. Tingkah laku Aiman di rumah dan
disekolah sedikit berbeza contohnya apabila bermain dirumah, Aiman bermain
dengan kakaknya sahaja, peralatan atau permainan juga tidak perlu berkongsi. Aiman
ada bahagian permainannya juga kakaknya. Kadangkala terdapat juga situasi Aiman
cepat marah, kebiasannya apabila Aiman tidak dapat sesuatu yang diinginkan seperti
penggunaan gajet. Ibunya juga mengatakan apabila berlaku situasi demikian hanya
bapanya sahaja yang mampu kendalikan situasi ketika itu. Aiman diberikan gajet,
menurut ibubapanya Aiman diberikan gajet tapi masih dikawal. Cara komunikasi
adalah perkara penting yang boleh mengeratkan hubungan sesama ibu
bapa dan juga menekankan peranan komunikasi di dalam keluarga.

3.3 Faktor Persekitaran

Khairun Nissa et. al, (2021) turut menyatakan setiap perkembangan kanak-kanak
yang berlaku perlu diambil perhatian dari pelbagai aspek oleh kedua ibu bapa
mahupun setiap orang yang terdekat dengan kanak-kanak tersebut. Bagi ibu bapa
yang inginkan perkembangan potensi kanak-kanak secara meluas, kanak-kanak
tersebut perlulah terdedah dengan persekitaran yang baik. Beberapa faktor
persekitaran dapat mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan tingkah laku
kanak- kanak iaitu rakan sebaya, guru dan sekolah, sumber teknologi dan pengaruh
media. Dari pemerhatian di sekolah Aiman kurang kemahiran sosial dan tidak mahir
berkongsi sesuatu barang atau situasi pembelajaran, manakala dirumah Aiman
merupakan anak bongsu maka setiap apa yang dinginkan akan dapat. Persekitaran
dirumah

4

juga menyeronokkan dan lebih selesa daripada sekolah yang mana apabila disekolah
setiap perkara perlu dilakukan bersama semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh kerana itu, tidak boleh salah sedikit dalam sesuatu perkara akan menyebabkan
Aiman menjadi tantrum. Justeru, ibu bapa dan guru haruslah peka dengan segala jenis
persekitaran kanak-kanak demi membantu sosioemosi dan tingkahlaku kanak-kanak.
Implikasi perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak- kanak berumur 4 ke 5
tahun sudah mula memahami perasaan mereka. Namun kanak- kanak belum mahir
menguruskan tindak balas emosi dengan betul. Bagi implikasi tingkah laku pula
kanak- kanak mula bertindak balas. Contohnya jika mereka merasa marah atau sedih,
kanak- kanak akan bertingkah laku menangis dan menjerit untuk melepaskan emosi
mereka. Hal ini bersesuaian dengan teori yang dikemukakan oleh Robert Owen iaitu
persekitaran yang baik dapat mempengaruhi pencapaian dan tingkah laku kanak-
kanak. Pada peringkat umur ini juga mereka belum berkemahiran mengawal tingkah
laku mereka walaubagaimanapun dengan bimbingan orang dewasa kanak-kanak pasti
dapat menunjukkan tingkah laku yang baik yang ditiru dari orang dewasa. Menurut
Nur Amnani, M. A. et al., (2021), masalah penyesuaian tingkah laku yang tidak
dibendung pada peringkat awal akan menyebabkan pelbagai masalah tingkah laku
yang lebih serius apabila kanak-kanak tersebut meningkat dewasa.

4.0 PERANAN GURU

Kementerian Pendidikan Malaysia (2017), guru bertanggungjawab membina
kemahiran sosioemosi murid secara berkesan dengan mewujudkan peluang
pembelajaran melalui pelaksanaan rutin harian, interaksi, penyediaan persekitaran
kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terancang atau secara spontan.

Dalam situasi ini, guru perlu menggalakkan tingkah laku positif di kalangan
kanak- kanak. Guru menunjukkan sikap yang baik seperti tingkah laku, menggunakan
kata- kata positif, memberi motivasi dan dorongan bagi mendorong emosi dan tingkah
laku yang baik. Guru merupakan role model atau sebagai contoh ikutan kepada kanak-
kanak. Mereka akan meniru setiap perilaku guru. Menurut Zaharah (2016), kemahiran
kanak-kanak untuk menguruskan emosi dengan baik dapat membantu mereka
mengembangkan kemahiran yang lain seperti sosial, kognitif dan rohani. Guru
berperanan membantu mengurus emosi dan tingkah laku kanak- kanak jika mereka
dalam keadaan tertekan. Kemahiran komunikasi dan mendengar guru yang baik perlu
bagi memastikan setiap luahan emosi dan tingkah laku kanak- kanak dapat di fahami

dan dipimpin dengan baik oleh guru. Dalam pemerhatian terhadap Aiman guru telah 5
berusaha dan sabar untuk membantu perkembangan sosioemosi dan tingkah lakunya.
Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah
mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid
untuk dicontohi.

Peranan guru adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri kanak-kanak.
Misalnya dengan melalui proses pengajaran dan pembelajaran, guru menyelitkan nilai
yang baik di dalam aktiviti bercerita, menjelaskan kesan emosi dan tingkah laku yang
tidak baik dengan memberi contoh yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Memberi
penghargaan, pujian, dan respon positif yang dapat membina dan merangsang
pembentukan nilai murni dalam diri kanak-kanak.

Disamping itu, guru juga bertindak sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran
(PdP), pembimbing dan pemudahcara. Guru perlu bijak merancang aktiviti yang akan
dijalankan di dalam kelas. Perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak
melalui aktiviti seperti bermain, bernyanyi dan bercerita dapat dipupuk semasa mereka
saling berinteraksi dan berkomunikasi. Perkembangan sosioemosi dan tingkah laku
positif dapat dibentuk apabila kanak-kanak mengikuti aktiviti yang menggembirakan
mereka. Guru boleh merancang aktiviti yang boleh merangsang kanak-kanak untuk
sentiasa bersikap positif. Sebagai contoh, semasa aktiviti berlangsung, guru meminta
kanak-kanak bermaafan apabila berlaku konflik, berkongsi dan bersabar dengan sikap
rakan. Guru juga boleh memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi dengan memberi sedikit bimbingan mengenai
permasalahan yang dihadapi. Dengan cara ini kanak-kanak dapat dibantu untuk
berkembang menjadi lebih matang.

Guru berperanan sebagai pentaksir perkembangan kanak-kanak. Guru akan membuat
penilaian secara berterusan dalam usaha meningkatkan pencapaian perkembangan
kanak-kanak. Secara umumnya, guru dapat membuat penilaian terhadap
perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak melalui aktiviti yang dirancang
dan melalui pemerhatian guru itu sendiri. Tujuan penilaian ini dilakukan adalah untuk
memastikan perkembangan diri setiap kanak-kanak mencapai objektif yang diharapkan.
Contohnya selepas melaksanakan aktiviti bermain di dalam kelas, guru perlu menilai
keberkesanan aktiviti yang telah dirancang. Penilaian dibuat
melalui hasil yang diperoleh dari pemerhatian dan temubual
yang dilakukan bersama kanak-kanak.

5.0 LAPORAN PEMERHATIAN

6

Pemerhati
: Khairunnisa’ binti Mohd Zailani
Tarikh : 11 Mac 2022
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Nama pelajar
: Muhammad Aiman Bin Mohd Osman

Umur : 5 tahun

Penerangan tentang kejadian:

Muhamad Aiman kurang melibatkan diri dalam aktiviti dalam dan luar kelas. Suka

bermain sendirian, kadang kala duduk ditempat yang tersorok seperti rak toto.

Jarang berkomunikasi dengan rakan dan bahan pengajaran yang guru sediakan.

Kadangkala cuba untuk bermain dan terlibat dalam aktiviti tetapi lebih gemar

sekiranya aktiviti one to one. Apabila aktiviti berkumpulan Aiman akan duduk tepi dan

sedikit jauh dengan rakan-rakan. Hanya bermain dengan alatan yang diminati tetapi

bermain sendiri seperti bermain lego. Tidak mahu berkongsi alatan mainan dan

kurang bersosial dengan rakan. Terdapat satu situasi ketika aktiviti Circle Time apabila

sedang melakukan aktiviti menyanyi dan membuat pergerakan Aiman terjatuh sendiri

kerana kurang kestabilan ketika sedang khusyuk membuat pergerakan, tetapi Aiman

terus menangis dengan suara yang kuat dan sedikit mengganggu suasana

pembelajaran tersebut. Walaupun situasi tersebut berlaku disebabkan diri sendiri

tanpa ada gangguan orang lain, Aiman bertindak balas seperti terjatuh itu ibarat ada

kawan lain yang ganggu.




Penerangan tentang lokasi :




Pemerhatian dijalankan di dalam kelas waktu permulaan aktiviti pagi Circle Time dan

dalam pelajaran Bahasa Melayu. Pemerhatian juga dijalankan dalam sesi pelajaran
Perkembangan Fizikal dan Estetika dan waktu Permainan Bebas.




Nota :




Hasil pemerhatian yang dilakukan, Aiman dapati kurang mempunyai

kemahiran interaksi dan kemahiran sosial kerana lebih suka menjalankan aktiviti

sendirian serta tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Selain itu, Aiman juga

mempunyai pelbagai tingkah laku negatif. Namun begitu, saya telah memilih satu

masalah yang dominan dimana tingkah laku ini kerap dilakukan oleh Aiman iaitu dia

suka mengasingkan diri semasa aktiviti pembelajaran dijalankan dan tantrum. Aiman

7

tidak menunjukkan minat dalam masa aktiviti pembelajaran berkumpulan, sekiranya
dipaksa dia cuma bertahan beberapa saat sahaja atau tak boleh salah sedikit akan
terus tantrum. Ada ketika Aiman juga tidak boleh ditegur akan terus tantrum dan
menangis dengan suara yang kuat. Setelah dipujuk oleh guru akan baik sebentar.
Namun sekiranya sesi reading individual atau sesi one to one Aiman akan lebih
berminat untuk melibatkan diri.

6.0 BAHAN YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN
TINGKAHLAKU KANAK-KANAK

Pemerhatian telah dilaksanakan terhadap Aiman untuk mengetahui situasi sebenar
secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak- kanak tidak
berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian
kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian
dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain,
bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan.
Maka, hasil yang diperolehi selepas pemerhatian, menemu bual guru kelas dan
ibubapa dapat dibantu pengurangan tingkah laku dengan bahan yang menyokong
perkembangan sosioemosi dan tingkahlaku.

Bahan yang menyokong perkembangan sosioemosi dan tingkah laku terhadap
Aiman dengan menggunakan modifikasi tingkah laku bagi mengurangkan masalah ini
dengan token. Token diutamakan yang disukai, menarik dan mudah untuk dibawa.
Contohnya stiker dan hadiah. Dalam kajian ini, saya menjalankan beberapa teknik bagi
mengurangkan tingkah laku bermasalah terhadap Aiman iaitu tantrum dan suka
menyendiri. Selain itu, guru menggunakan Reward chart. Apabila Aiman membuat
satu tingkah laku yang baik, guru akan memberikan sticker yang menarik sebagai
ganjaran.

Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa memberikan peneguhan,
ganjaran yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguhan merupakan
sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas
atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa
akan datang. Peneguhan yang diberi seharusnya sesuatu yang disukai oleh murid dan
dapat meransang penglibatan dalam aktiviti.

Disamping itu, selain token atau ganjaran bahan atau aktiviti yang menyokong
perkembangan sosioemosi dan tingkahlaku terhadap Aiman dengan menggunakan
kontrak perjanjian. Persetujuan antara dua pihak atau lebih secara lisan. Murid

8
bertanggungjawab terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya
sekiranya murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan kesannya.
Contohnya, ketika Aiman mula tantrum disebabkan guru tidak memberikan
permainan atau sesuatu yang disukainya maka menggunakan kaedah ini dengan
mengatakan jika Aiman berjanji tidak mudah menangis dan menjerit dan berubah
untuk mendengar arahan dan mengikut aktiviti yang ditetapkan guru serta berubah
tingkah laku yang lebih baik maka perjanjian ini berjaya.

Selain itu, Aiman sangat gemar permainan kereta. Apabila Aiman hendak mula
tantrum guru akan menggunakan permainan kegemaran Aiman kereta sebagai
ganjaran dalam kontrak perjanjian. Apabila tingkah laku Aiman memuaskan dan
Aiman mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik, maka Aiman akan
dapat bermain dengan permainan kereta tersebut sebagai ganjaran. Aktiviti ini
dilakukan hasil daripada ditemubual dengan guru dan ibu bapa Aiman sendiri yang
Aiman suka dan seronok datang sekolah. Justeru, dengan aktiviti atau bahan ini dapat
menyokong dan membantu perkembangan sosioemosi dan tingkah laku Aiman.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, perkembangan sosioemosi kanak-kanak sangat penting dan menjadi
kunci utama kerana ia akan menjadi asas kepada kejayaan perkembangan lain kanak-kanak
khususnya dari segi kognitif, fizikal dan rohani. Emosi yang baik akan dapat memupuk
keupayaan pemikiran tentang tingkah laku dan sosial yang positif. Hal ini sekaligus
mengisyaratkan bahawa urusan mengembangkan potensi dan pendidikan bukan hanya
terletak dalam konteks persekolahan semata-mata malah perlu dilakukan secara holistik
oleh semua pihak yang terlibat. Justeru, ibu bapa dan guru memainkan peranan dalam
mempengaruhi perkembangan sosioemosi yang positif dan tingkah laku ke tahap yang lebih
baik.

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (semakan 2017). Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khairun Nisa, M. I., & Kamariah, A. B. (2021). Hubungan antara emosi Ibu Bapa dengan
Kanak-kanak dan kepentingannya terhadap perkembangan awal Kanak-kanak.

9

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities(MJSSH), 6 (7), 258-266.
https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.857

Nur Amnani, M. A., Nellie, I. (2021). Hubungan antara cara gaya keibubapaan Ibu dan
temperamen dengan masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak prasekolah.

https://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/article/view/636/483

Siti Affiza, M., Zaharah, O., & Azian Niza, A. A. (2021). Perkembangan sosioemosi kanak-

kanak melalui aktiviti main peranan dalam pengajaran dan pembelajaran di

peringkat prasekolahJ.urnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(2), 47-60.

https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.2.5.2021




Zaharah Osman. (2016). Perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan lagu Didi &
Friends. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 5, 49-60.




Wang Cine. (n.d.). Ciri-ciri guru sebagai role model kepada pelajar.
https://pdfcoffee.com/apakah-ciri-ciri-guru-sebagai-role-model-kepada-pelajar-pdf-
free.html


Click to View FlipBook Version