The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Panduan Peraturan Pelajar Kolej Vokasional Klang 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgutni, 2024-06-08 11:33:33

Buku Panduan Peraturan Pelajar Kolej Vokasional Klang 2024

Buku Panduan Peraturan Pelajar Kolej Vokasional Klang 2024

JAWATANKUASA PENULISAN BUKU PANDUAN PERATURAN KOLEJ SERTA KOLEJ KEDIAMAN KOLEJ VOKASIONAL KLANG Pengerusi : Tuan Haji Ederin bin Haji Amid Pengarah Naib Pengerusi : 1. Puan Nor Azizah binti Bajoori Timbalan Pengarah Sokongan Akademik 2. Cik Hajah Siti Alviah binti Hassan Timbalan Pengarah Akademik 3. Encik Misni bin Hahton Ketua Jaminan Kualiti Setiausaha : Tuan Haji Mohammad Zulnizam bin Abdullah Thani Ketua Guru Disiplin Ahli-Ahli : 1. Puan Zuina binti Mat Ali Ketua Unit HEP 2. Encik Zairul Azham bin Zainuddin Ketua Unit Pengurusan Asrama 3. Encik Mohd Hasmir bin Misran Ketua Warden 4. Semua Ketua Jabatan 5. Semua Jawatankuasa Disiplin 6. Semua Kaunselor


BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT BAB 1 WAKTU/ MASA 1.0 Waktu Pembelajaran dan Kehadiran 1 2.0 Waktu Perhimpunan Rasmi 1 3.0 Waktu Belajar 1 4.0 Waktu Rehat 1 5.0 Waktu Kokurikulum 1 BAB 2 KEKEMASAN DIRI DAN PENAMPILAN 1.0 Tatacara Berpakaian 2 2.0 Rambut dan Kuku 3 3.0 Akhlak dan Tatatertib 3 4.0 Adab 4 BAB 3 KEMUDAHAN DAN HARTA BENDA KOLEJ 1.0 Menjaga Harta benda Kolej 5 BAB 4 PERATURAN UMUM 1.0 Peraturan Umum 8 2.0 Bayaran Kolej 9 3.0 Lawatan ke Luar Kolej 9 BAB 5 PERATURAN KHAS 1.0 Telefon Bimbit 10 2.0 Komputer Riba 10 BAB 6 PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN 1.0 Kawasan Kolej Kediaman 11 2.0 Surau 11 3.0 Dorm 12 4.0 Tandas/ Bilik Mandi/Bilik Basuh 12 5.0 Bilik Khas 12 6.0 Dewan Makan 13 7.0 Solat dan Aktiviti Keagamaan 13 8.0 Pemeriksaan Kolej Kediaman 13 9.0 Peraturan Keluar Masuk/ Balik Bermalam 13 10.0 Peraturan Melawat 14 11.0 Pakaian dan Penampilan Diri 14 12.0 Penggunaan Telefon Bimbit dan ‘Laptop’ 14 13.0 Mesin Basuh 15 14.0 Kesihatan 15 15.0 Keselamatan Diri Pelajar 15 16.0 Harta Persendirian 15 17.0 Barang Larangan 15


BAB 7 HUKUMAN & TINDAKAN 1.0 Pengertian Hukuman 16 2.0 Pengertian Pembuangan Kolej/Kolej Kediaman 16 3.0 Pengertian Penggantungan Kolej/Kolej Kediaman 16 4.0 Pengertian Hukuman Amaran 17 5.0 Pengertian Salah Laku Berat 17 Kesalahan Berat (B) 6.0 Pengertian Salah Laku Sederhana 21 Kesalahan Sederhana (S) 7.0 Pengertian Salah Laku Ringan 23 Kesalahan Ringan (R) 8.0 Pengertian Salah Laku Ponteng 25 9.0 Pengertian Ponteng Kelas/ Kuliah/ Amali 25 10.0 Pengertian Ponteng Acara Rasmi 25 BAB 8 HUKUMAN & TINDAKAN KOLEJ KEDIAMAN 1.0 Jenis-jenis kesalahan dan Tindakan hukuman kolej kediaman 1.1 Salah Laku Berat 26 1.2 Salah Laku Sederhana 27 1.3 Salah Laku Ringan 29


1 BAB 1 WAKTU / MASA 1.0 WAKTU PEMBELAJARAN DAN KEHADIRAN 1.1 Semua pelajar dikehendaki hadir 10 minit awal. 1.2 Waktu pembelajaran di kolej ialah jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang untuk pelajar SVM dan 8.00 pagi hingga 4.00 petang untuk pelajar DVM. 1.3 Semua pelajar dikehendaki berada di kawasan kolej sepanjang masa PdPc. 1.4 Pelajar yang datang lewat tanpa sebab akan dikenakan tindakan disiplin. 1.5 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej melainkan dengan kebenaran bertulis daripada pentadbir semasa waktu pembelajaran. 1.6 Semua pelajar SVM diwajibkan menyertai semua kegiatan kokurikulum. 1.7 Pelajar yang tidak hadir ke kolej atas alasan: 1.7.1 Sakit - Hendaklah mendapat Surat Akuan Sakit daripada doktor yang memberikan rawatan. 1.7.2 Hal kecemasan - Hendaklah memberi surat tunjuk sebab yang ditandatangani oleh penjaga/ Ibu bapa. Jika gagal berbuat demikian akan dianggap sebagai ponteng. 1.8 Pelajar yang hendak balik ke rumah atas sebab sakit, kematian atau kecemasan hendaklah mengisi borang di pejabat untuk memohon kebenaran daripada pentadbir. 2.0 WAKTU PERHIMPUNAN RASMI 2.1 Perhimpunan rasmi kolej akan diadakan pada minggu pertama setiap bulan dan kehadiran adalah diwajibkan. 2.2 Pelajar wajib memakai baju korporat. - 4.0 WAKTU REHAT 4.1 Waktu rehat kolej adalah seperti berikut: HARI WAKTU Isnin – Khamis 1.00 tengah hari – 2.00 petang 4.2 Semua pelajar Islam mendirikan solat Zuhur secara berjemaah di Surau Al-Muttaqin pada waktu rehat tengah hari. 4.3 Semua pelajar hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman pada waktu rehat sahaja. 5.0 KOKURIKULUM 4.1 Kokurikulum pada hari Rabu dari jam 11.00 pagi – 1.00 tengah hari. 4.2 Setiap pelajar SVM diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum. 4.3 Setiap pelajar SVM dikehendaki menyertai tiga gerak kerja kokurikulum iaitu :- 5.3.1 Kelab/Persatuan 5.3.2 Badan beruniform 5.3.3 Permainan 4.4 Pelajar yang tidak hadir akan dikenakan tindakan.


2 BAB 2 KEKEMASAN DIRI DAN PENAMPILAN 1.0 TATACARA BERPAKAIAN a. Pelajar dibenarkan memakai baju korporat kolej, t-shirt rasmi kolej atau jaket rasmi kolej. b. Pelajar diwajibkan memakai baju korporat semasa Penilaian Akhir kecuali semasa peperiksaan amali. 1.1 Pakaian Seragam Pelajar Lelaki 1.1.1 Seluar panjang (straight cut) berwarna hitam. Poket tampal tidak dibenarkan. 1.1.2 Seluar potongan jeans dan berfesyen tidak dibenarkan. 1.1.3 Seluar singkat, ketat, sempit, terlalu longgar serta berkaki lebar tidak dibenarkan. 1.1.4 Baju korporat lengan pendek, warna oren untuk pelajar SVM manakala warna biru untuk pelajar DVM. 1.1.5 T-shirt rasmi kolej sahaja dibenarkan dipakai dalam kawasan kolej. 1.1.6 Baju mestilah dimasukkan ke dalam seluar (tuck in) semasa berada di kawasan kolej, kecuali baju korporat pelajar DVM. 1.1.7 Lebar tali pinggang tidak melebihi 3 cm. Warna tali pinggang ialah hitam. Kepala tali pinggang mesti bersaiz standard dan tidak berfesyen. 1.1.8 Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai barang kemas atau hiasan seperti rantai, gelang, cincin dan lain-lain kecuali bagi tujuan keagamaan. 1.1.9 Pelajar lelaki dibenarkan memakai songkok berwarna hitam sahaja jika ada aktiviti keagamaan. 1.2 Pakaian Seragam Perempuan 1.2.1 Baju korporat lengan panjang, warna oren untuk pelajar SVM manakala warna biru untuk pelajar DVM. 1.2.2 Seluar panjang (straight cut) berwarna hitam atau kain berwarna hitam. 1.2.3 Seluar / kain yang singkat, ketat, sempit tidak dibenarkan. 1.2.4 Tudung berwarna hitam bagi pelajar perempuan Islam. 1.3 Pakaian Pendidikan Jasmani dan Sukan 1.3.1 Pelajar lelaki dan perempuan dikehendaki memakai seluar panjang (track bottom) yang berwarna gelap dan memakai t-shirt rasmi kolej. 1.4 Pakaian Bengkel 1.4.1 T-shirt yang ditetapkan oleh bengkel tidak dibenarkan dipakai di kawasan kolej kecuali disarung bersama jaket bengkel. 1.4.2 Seluar berwarna hitam. 1.4.3 Baju/baju T-shirt dimasukkan ke dalam seluar (tuck in). 1.5 Kasut dan Stoking 1.5.1 Semua pelajar mestilah memakai kasut kanvas/kulit berwarna hitam, bertali hitam serta bertapak getah dan stoking berwarna hitam melepasi buku lali. 1.5.2 Kasut keselamatan bengkel mesti berwarna hitam. 1.5.3 Pelajar dilarang memakai kasut berfesyen dan berwarna warni. 1.6 Kad Matrik 1.6.1 Semua pelajar mesti membawa kad matrik sepanjang berada di kawasan kolej.


3 2.0 RAMBUT DAN KUKU 2.1 Rambut Pelajar Lelaki 2.1.1 Pelajar lelaki mestilah sentiasa berambut pendek dan kemas. 2.1.2 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan misai dan janggut atau jambang. 2.1.3 Pelajar tidak dibenarkan membotakkan kepala tanpa sebab. 2.1.4 Penggunaan pewarna rambut dilarang. 2.2 Rambut Pelajar Perempuan 2.2.1 Pelajar perempuan Islam digalakkan memakai tudung. 2.2.2 Rambut yang panjang mencecah atau melebihi bahu mestilah diikat atau ditocang dengan kemas. 2.2.3 Penggunaan pewarna rambut dilarang. 2.3 Umum 2.3.1 Pelajar mesti berpakaian lengkap, kemas, bersih dan rapi. 2.3.2 Penggunaan alat solek dilarang. 2.3.3 Semua pelajar dilarang berkuku panjang dan berwarna. 3.0 AKHLAK DAN TATATERTIB 3.1 Semua pelajar hendaklah menunjukkan sahsiah yang baik dan budi pekerti yang mulia. 3.2 Budaya mengucapkan salam perlu diamalkan setiap kali bertemu pensyarah atau pelawat. 3.3 Sebarang aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman, perlakuan kekerasan terhadap pelajar-pelajar dan menyentuh sentimen keagamaan/politik adalah dilarang. 3.4 Tingkah Laku Pelajar Yang Dilarang Di Kolej 3.4.1 Tingkah laku lucah atau biadap. 3.4.1.1 Tidak menghormati pengarah/ pensyarah/ perwakilan pelajar/ pelawat/ kakitangan kolej. 3.4.1.2 Membawa, memiliki, meninjau atau menyebarkan bahan bacaan atau gambar lucah. 3.4.1.3 Berkelakuan sumbang seperti berpeluk, bercium, berdua-duaan dan lainlain 3.4.1.4 Menulis perkataan atau melukis gambar lucah. 3.4.1.5 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pentadbir Kolej/ Unit Hal Ehwal Pelajar/ Unit disiplin Kolej). 3.4.2 Tingkah laku anti sosial 3.4.2.1 Bergaduh atau berkelahi. 3.4.2.2 Membawa atau memiliki barang-barang yang terlarang dan membahayakan. 3.4.2.3 Melakukan perbuatan yang boleh membahayakan diri dan orang lain. 3.4.2.4 Menarik diri daripada kegiatan kokurikulum atau daripada mewakili kolej/ negeri/ negara dalam sebarang aktiviti. 3.4.2.5 Tidak menghadiri sebarang aktiviti kokurikulum kolej. 3.4.2.6 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pentadbir Kolej/ Unit Hal Ehwal Pelajar/ Unit disiplin Kolej). 3.4.3 Perbuatan salah laku 3.4.3.1 Meniru dalam ujian atau peperiksaan dan mengubah markah ujian atau peperiksaan. 3.4.3.2 Meniru tandatangan ibu bapa/ penjaga/ Pentadbir atau pensyarah.


4 3.4.3.3 Bercakap bohong. 3.4.3.4 Masuk ke bilik pensyarah tanpa kebenaran. 3.4.3.5 Tidak menyelesaikan kerja atau tugasan yang diberikan oleh pensyarah. 3.4.3.6 Menyalahgunakan nama pentadbir atau pensyarah untuk kepentingan diri. 3.4.3.7 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pentadbir Kolej/ Unit Hal Ehwal Pelajar/ Unit disiplin Kolej). 3.4.4 Tingkah laku jenayah atau salah laku berat 3.4.4.1 Menjadi anggota pertubuhan haram dan melibatkan diri dengan sebarang bentuk aktiviti perjudian, buli, dadah atau pelacuran 3.4.4.2 Membawa atau memiliki senjata berbahaya atau meminum minuman yang mengandungi alkohol. 3.4.4.3 Memukul pelajar, perwakilan pelajar, kakitangan kolej, pensyarah atau Pentadbir Kolej. 3.4.4.4 Mengancam, mengugut Pentadbir Kolej/ pensyarah/ perwakilan pelajar atau pelajar yang lain. 3.4.4.5 Menulis atau memuat naik bahan/ artikel berunsur negatif di media sosial. 3.4.4.6 Mencuri atau merompak dan membawa, memiliki atau menghisap inhalan. 4.0 ADAB 4.1 Adab Belajar 4.1.1 Belajar adalah suatu ibadah 4.1.2 Duduk dengan sopan. 4.1.3 Mendengar penerangan guru dengan teliti. 4.1.4 Sentiasa mengulangkaji pelajaran 4.1.5 Menghormati guru. 4.2 Adab Bertemu Pensyarah 4.2.1 Mendahului memberi salam 4.2.2 Tidak banyak bercakap di hadapan pensyarah 4.2.3 Tidak menggaduh di hadapan pensyarah 4.2.4 Menghormati hak pensyarah 4.2.5 Duduk, bertanya, dan mendengarkan dengan baik 4.2.6 Bersabar terhadap kesalahan guru. 4.3 Adab Perhimpunan atau Majlis Rasmi 4.3.1 Berada di dalam barisan kumpulan atau kelas masing-masing. 4.3.2 Tidak dibenarkan bercakap, bergurau, membuat bising dan melayan talifon bimbit. 4.3.3 Berpakaian kemas atau lengkap. 4.3.4 Memberikan tumpuan penuh kepada acara perhimpunan atau majlis. 4.3.5 Bersegera apabila nama dipanggil untuk sesuatu upacara atau penganugerahan. 4.3.6 Tidak meninggalkan perhimpunan atau majlis sehingga dibenarkan berbuat demikian. 4.3.7 Mematuhi segala arahan mengikut kesesuaian majlis. 4.4 Adab Di Luar Kawasan Kolej 4.4.1 Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai seorang pelajar kolej. 4.4.2 Sentiasa menjaga nama baik kolej.


5 BAB 3 KEMUDAHAN DAN HARTA BENDA KOLEJ 1.0 MENJAGA HARTA BENDA KOLEJ 1.1 Kawasan Kolej 1.1.1 Semua pelajar perlu sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kolej. 1.1.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dipungut dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 1.1.3 Semua pelajar dilarang meludah di merata-rata tempat. 1.1.4 Semua pelajar dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan. 1.1.5 Semua pelajar dilarang mengotorkan kawasan kolej. 1.2 Bilik Kuliah Atau Kelas 1.2.1 Semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik kuliah/ kelas dan keselamatan alatan di dalamnya. 1.2.2 Ketua kelas perlu memastikan kelas mempunyai jadual tugas, jadual waktu kelas, kedudukan pelajar masing-masing, borang inventori (KEW PA 7) dan laluan kecemasan semasa kebakaran. 1.2.3 Segala kerosakan hendaklah dilaporkan kepada penasihat kelas. 1.2.4 Sebelum meninggalkan kelas pastikan lampu dan kipas ditutup suisnya. 1.2.5 Tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa waktu rehat dan selepas sesi pembelajaran, kecuali dengan kebenaran pensyarah. 1.2.6 Pastikan papan putih dibersihkan selepas digunakan. 1.2.7 Pastikan kerusi dan meja yang digunakan perlu dijaga kebersihannya dan tidak diconteng. 1.2.8 Dilarang makan dan minum di dalam bilik kuliah/ kelas. 1.3 Bilik-Bilik Khas 1.3.1 Semua pelajar hendaklah mematuhi peraturan/ SOP bilik-bilik khas yang telah ditetapkan oleh pihak kolej. 1.3.2 Semua pelajar hendaklah menghargai dan menjaga kemudahan yang disediakan di bilik-bilik khas. 1.3.3 Semua penyelaras bilik-bilik khas kolej hendaklah mencetak dan mempamerkan peraturan bagi bilik-bilik khas di tempat yang mudah dilihat. 1.4 Peraturan Pusat Sumber 1.4.1 Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk beg atau buku ke dalam Pusat Sumber dan pelajar dilarang : 1.4.1.1 Membuat bising atau tidur. 1.4.1.2 Makan atau minum 1.4.1.3 Membawa senjata-senjata tajam yang merbahaya. 1.4.2 Buku yang dikeluarkan dari rak, mesti diletakkan ke tempat yang disediakan selepas membaca. 1.4.3 Pelajar perlu memulangkan semula buku yang dipinjam dalam tempoh yang ditetapkan. 1.4.4 Pihak Pusat Sumber akan mengenakan tindakan terhadap pelajar yang lewat memulangkan buku, menghilangkan buku serta merosakkan harta benda Pusat Sumber. 1.4.5 Kumpulan yang memasuki Pusat Sumber perlu diiringi oleh pensyarah.


6 1.5 Peraturan Makmal Sains/ Bengkel/ Makmal Komputer 1.5.1 Berbaris sebelum masuk. 1.5.2 Beg tidak dibenarkan dibawa masuk. 1.5.3 Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kehadiran/ kebenaran pensyarah. 1.5.4 Pelajar perlu sentiasa mematuhi peraturan keselamatan dan cara penggunaan makmal/ bengkel. 1.5.5 Penggunaan peralatan dengan kebenaran pensyarah. 1.6 Bilik Rawatan 1.6.1 Pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah/ Timbalan Pengarah atau pensyarah bertugas. 1.6.2 Pelajar yang sakit tidak boleh ditemani oleh pelajar lain kecuali dengan kebenaran pensyarah atau kes-kes tertentu . 1.7 Stor Sukan/ Bilik PJK 1.7.1 Hanya pensyarah yang dibenarkan membuat pinjaman alatan dan bertanggungjawab ke atas penggunaan dan pemulangan semula alatan tersebut. 1.7.2 Peminjaman alatan hendaklah direkodkan ke dalam buku pinjaman alatan. 1.7.3 Alatan di stor hendaklah disusun dan disimpan dengan kemas dan rapi. 1.8 Kantin Kolej/ Kafetaria Kolej 1.8.1 Perkakas-perkakas kantin yang digunakan seperti sudu, garfu, pinggan, gelas dan lainlain perlulah diletak dengan baik di tempat yang disediakan. 1.8.2 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan memasak. 1.8.3 Pelajar dibenarkan membawa makanan yang HALAL sahaja. 1.9 Tandas 1.9.1 Semua pelajar perlu menjaga dan menggunakan tandas dengan betul. 1.9.2 Semua pelajar dilarang membuang sampah atau tuala wanita ke dalam lubang tandas. 1.9.3 Pelajar perlu berjimat cermat menggunakan elektrik dan air. 1.9.4 Semua pelajar dilarang menconteng tandas dengan sebarang bahan. 1.9.5 Kebersihan tandas adalah tanggungjawab semua pelajar. 1.10 Harta Benda Kolej 1.10.1 Harta benda kolej adalah tanggungjawap semua pelajar. 1.10.2 Sebarang kerosakan perlu dilaporkan dengan segera kepada pensyarah bertugas. 1.10.3 Ganti rugi bagi kerosakan yang dilakukan oleh pelajar adalah tertakluk kepada budi bicara Pengarah. 1.10.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam perlulah dipulangkan/diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan baik. 1.11 Harta Pelajar 1.11.1 Pelajar hendaklah menjaga harta sendiri dengan cermat. 1.11.2 Kehilangan barang-barang berharga perlulah dilaporkan dengan segera kepada pihak kolej. 1.11.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa barangan berharga ke kolej tanpa kebenaran dan jika pelajar membawa barangan berharga dan berlaku kehilangan adalah tanggungjawap pelajar. 1.11.4 Kenderaan pelajar hendaklah disusun dengan teratur di tempat yang dibenarkan. Pelajar perlu memiliki insurans, lesen memandu dan cukai jalan yang sah.


7 1.12 Padang/ Gelanggang Permainan 1.12.1 Penggunaannya mesti mendapat kebenaran pensyarah. 1.12.2 Semasa menggunakan padang atau gelanggang permainan, pelajar mesti berpakaian sukan lengkap. 1.12.3 Pelajar dilarang menggunakan padang atau gelanggang permainan semasa hari hujan. 1.12.4 Semua peralatan yang digunakan mesti disimpan semula selepas digunakan.


8 BAB 4 PERATURAN UMUM PERATURAN UMUM 1.0 PERATURAN UMUM 1.1 Merokok 1.1.1 Kawasan kolej diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. (Pekeliling Ikhtisas Bil. 75/1007) 1.2 Kawasan Larangan 1.2.1 Dalam Kawasan Kolej 1.2.1.1 Pejabat kecuali dengan urusan rasmi. 1.2.1.2 Bilik pengarah, bilik pensyarah, tandas pensyarah, bilik-bilik khas, bilik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kecuali dengan kebenaran pensyarah. 1.2.1.3 Makmal Sains, bengkel-bengkel, bilik sukan, bilik rawatan, bilik kaunseling, bilik elektrik, bilik stor dan tangki kolej adalah Kawasan larangan. 1.2.1.4 Kawasan rumah warden. 1.2.1.5 Pondok pengawal. 1.2.1.6 Tempat letak kereta atau motosikal guru. 1.3 Keselamatan 1.3.1 Pelawat 1.3.1.1 Semua pelawat mesti melaporkan diri di pondok keselamatan dahulu, mendapatkan pas pelawat dan berurusan di pejabat sahaja. 1.3.1.2 Ibu bapa/ penjaga dilarang sama sekali terus masuk ke kelas untuk mencari atau menunggu anak. 1.3.2 Pelajar 1.3.2.1 Pelajar-pelajar dilarang membawa orang luar termasuk bekas pelajar untuk menggunakan kemudahan-kemudahan kolej. 1.3.2.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam kawasan kolej pada waktu cuti semester, cuti am atau cuti hujung minggu kecuali dengan kebenaran Pengarah dan pensyarah. 1.3.2.3 Pelajar mesti mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah untuk sebarang penglibatan aktiviti di luar kelas semasa pengajaran dan pembelajaran. 1.3.2.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan gelap dan sunyi. 1.3.2.5 Melaporkan sebarang kecederaan/ kemalangan kepada Pengarah. 1.3.2.6 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa mercun/ bahan letupan/ senjata api/ senjata tajam ke kolej. 1.3.3 Kenderaan 1.3.3.1 Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan menghalang di tengah-tengah pintu pagar kolej dan lalu lintas. 1.3.3.2 Semua kenderaan yang menghantar pelajar tidak dibenarkan masuk ke kawasan kolej kecuali ada kebenaran daripada Pengarah. 1.3.3.3 Semua pelajar yang membawa kenderaan ke kolej mesti memiliki lesen memandu, road tax dan mematuhi undang-undang lalu lintas. 1.3.3.4 Kenderaan mesti diletakkan di tempat yang ditetapkan.


9 1.3.3.5 Kenderaan pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan kolej kecuali dengan kebenaran Pengarah. 1.3.3.6 Pelajar-pelajar yang membawa kenderaan, datang lewat ke kolej dikehendaki menolak kenderaan mereka ke parking sebaik sahaja memasuki kawasan kolej. 2.0 Bayaran Kolej 2.1 Setiap pelajar dikehendaki membayar sejumlah bayaran PIBG yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa PIBG dan pihak kolej. 2.2 Kutipan bayaran perlu dijelaskan oleh semua pelajar selewat-lewatnya pada penghujung semester pertama pengajian. 2.3 Bagi pelajar yang ingkar atau tidak menjelaskan yuran dan sebarang bayaran yang telah ditetapkan, pihak kolej berhak membuat kutipan semasa pelajar mengambil Keputusan Peperiksaan. 2.4 Pelajar perlu menjelaskan yuran yang tertunggak sebelum berpindah. 3.0 Lawatan ke luar kolej 3.0.1 Pelajar-pelajar mestilah mengikut arahan pensyarah. 3.0.2 Laporan ringkas mengenai sesuatu rombongan itu hendaklah dibuat dan diserahkan kepada Pengarah kolej. 3.0.3 Perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah/ ibu bapa/ penjaga.


10 BAB 5 PERATURAN KHAS PERATURAN-PERATURAN KHAS 1.0 Telefon Bimbit 1.1 Pelajar-pelajar diberi kebenaran oleh Pengarah kolej untuk membawa dan menggunakan telefon bimbit. Sekiranya penggunaan telefon bimbit ini menimbulkan pelbagai masalah, Pengarah boleh menarik balik kebenaran ini. 1.2 Keselamatan telefon bimbit yang dibawa adalah tanggungjawab pelajar sepenuhnya. Segala kerosakan atau kehilangan telefon bimbit tidak akan ditanggung oleh pihak kolej/ kolej kediaman. Pensyarah @ warden tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas apa jua kerosakan atau kehilangan telefon bimbit ini. 1.3 Telefon bimbit hanya boleh digunakan di luar waktu pembelajaran dan tidak dibenarkan digunakan dalam majlis rasmi / perhimpunan rasmi. 1.4 Pelajar yang didapati menggunakan telefon bimbit semasa pembelajaran tanpa kebenaran pensyarah akan dirampas. 1.5 Telefon bimbit yang telah dirampas tidak akan dipulangkan semula kepada pelajar. Hanya kad SIM pelajar akan dipulangkan. 1.6 Semua pelajar tidak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan. Penggunaan telefon bimbit di larang ketika peperiksaan. Pelajar yang didapati melanggar peraturan ini akan dikenakan tindakan keras sehingga boleh dibuang dari kolej. 1.7 Semua pelajar dilarang menyimpan bahan-bahan yang lucah, berbau politik dan memesongkan akidah di dalam telefon bimbit mereka. Jika pelajar melanggar peraturan ini akan dikenakan tindakan keras sehingga boleh dibuang dari kolej. 1.8 Semua pelajar dilarang menggunakan telefon bimbit bagi tujuan merakam perlakuan negatif yang boleh memalukan atau menjejaskan keselamatan mana-mana pihak. 1.9 Semua pelajar dilarang mengecas telefon bimbit mereka menggunakan palam yang berada di kawasan kolej. 1.10 Gunakan telefon bimbit secara berkhemah dan mengikut keperluan sahaja. 2.0 Komputer Riba 2.1 Pelajar-pelajar program diploma sahaja diberi kebenaran oleh pengarah kolej untuk membawa dan menggunakan komputer riba. 2.2 Keselamatan komputer riba yang dibawa adalah tanggungjawab pelajar sepenuhnya. Segala kerosakan atau kehilangan komputer riba tidak akan ditanggung oleh pihak kolej. 2.3 Komputer riba hanya boleh digunakan bagi tujuan pembelajaran. 2.4 Pelajar yang didapati menggunakan komputer riba bagi tujuan hiburan (contoh: menonton bahan-bahan bukan ilmiah) di kawasan kolej tanpa kebenaran pensyarah akan dirampas akan dipulangkan semula kepada pelajar pada akhir semester. 2.5 Semua pelajar tidak dibenarkan untuk membawa dan menggunakan komputer riba ketika peperiksaan. Jika pelajar yang didapati melanggar peraturan ini akan dikenakan tindakan keras sehingga boleh dibuang dari kolej. 2.6 Semua pelajar dilarang menyimpan bahan-bahan yang lucah, berbau politik atau memesongkan akidah di dalam komputer riba mereka. Tindakan keras akan dikenakan kepada pelajar yang ingkar peraturan ini.


11 BAB 6 PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN PERATURAN UMUM 1. Pelajar dilarang membuat bising dalam sebarang aktiviti yang dijalankan yang boleh menimbulkan gangguan atau kemarahan penghuni lain. Kolej kediaman mestilah sunyi selepas jam 11.00 malam. 2. Dilarang bermain mercun atau bunga api di dalam kawasan kolej kediaman. 3. Penghuni kolej kediaman adalah dilarang daripada menyalahgunakan sistem pencegah kebakaran seperti alat pemadam api dan sebagainya. 4. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memasuki blok asrama perempuan dan sebaliknya kecuali dengan arahan warden bagi maksud menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab tertentu. 5. Dilarang melakukan perbuatan khianat, menipu, mencuri, menceroboh atau merosakkan kemudahan-kemudahan kolej kediaman atau kemudahan awam serta harta benda yang disediakan di kolej kediaman. 6. Dilarang memindahkan atau mengeluarkan apa-apa peralatan seperti tilam, kerusi, meja dan peralatan hak milik kolej kediaman tanpa kebenaran warden. 7. Tidak dibenarkan berkumpul selepas lampu dipadamkan. 1.0 Kawasan Kolej Kediaman 1.1 Tidak membenarkan orang luar menginap dan menggunakan sebarang kemudahan di kolej kediaman termasuk di bilik penginapan penghuni sendiri tanpa kebenaran daripada Pengurus / Ketua Unit Kolej Kediaman. 1.2 Sebarang aktiviti selepas waktu kolej perlu dimaklumkan kepada Ketua Unit/ Ketua Warden secara bertulis. 1.3 Dilarang berkumpul dan membuat bising di mana-mana kawasan kolej kediaman. 1.4 Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat. Penghuni hendaklah membuang sampah di tempat yang disediakan. 1.5 Dilarang membuang atau mencampakkan sampah sarap di merata tempat atau melontar apa-apa objek melalui tingkap bilik. 1.6 Dilarang memanjat atau bergayut pada pokok atau bahagian bangunan kolej kediaman. 2.0 Surau 2.1 Surau dikhaskan untuk solat berjemaah dan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti kuliah, ceramah, qiamulail dan tazkirah. 2.2 Alat kelengkapan yang ada di dalam surau tidak boleh dibawa keluar. 2.3 Kebersihan, kekemasan dan keselamatan surau adalah tanggungjawab semua. 2.4 Pengguna surau mesti menjaga adab sopan semasa berada di dalam surau. 2.5 Pengguna surau dimestikan menutup aurat ketika berada di dalam surau. 2.6 Tidak dibenarkan tidur, membuat bising atau berbual kosong di dalam surau. 2.7 Tidak dibenarkan makanan dan minuman di dalam surau. 2.8 Tidak dibenarkan menggunakan kemudahan surau seperti radio, mikrofon dan vakum kecuali dengan kebenaran warden atau AJK surau. 2.9 Pelajar yang terakhir keluar dari surau perlu menutup suis lampu dan kipas serta menutup pintu dan tingkap.


12 3.0 Dorm 3.1 Katil dan lokar mestilah disusun dengan teratur dan kemas mengikut pelan yang disediakan. 3.2 Tilam dan bantal hendaklah sentiasa dilengkapi dengan kain cadar dan sarung bantal yang bersih. 3.3 Peralatan atau perabot kolej kediaman seperti katil, tilam, bantal dan lokar hendaklah di jaga dengan baik dan cermat. Sebarang kerosakan pada peralatan atau perabot tersebut adalah menjadi tanggungjawab pelajar. 3.4 Mengambil atau mencuri sebarang peralatan atau perabot kolej kediaman adalah satu kesalahan besar. 3.5 Tagging pada katil dan almari mesti dijaga dengan baik dan tidak diubah sesuka hati. 3.6 Dilarang menampal sebarang gambar berunsur lucah, menjolok mata, mengghairahkan atau sebarang gambar yang dikelaskan budaya kuning di luar dan dalam lokar juga di dinding bilik kolej kediaman. 3.7 Barang-barang persendirian yang disimpan di dalam lokar mestilah disusun dengan kemas dan bersih. 3.8 Pakaian kotor, pakaian basah dan sebarang makanan/ minuman yang boleh menarik serangga tidak dibenarkan disimpan di dalam bilik/ lokar. 3.9 Pastikan lokar sentiasa dikunci. 3.10 Tidak dibenarkan tidur di atas katil pelajar lain (bersendirian /bersama-sama). 3.11 Kasut, sandal dan selipar mesti disusun dengan teratur dan kemas di atas rak sepanjang masa. 3.12 Pakaian tidak dibenarkan, digantung, disidai, dijemur dalam bilik, koridor dan tangga. Penghuni dikehendaki menjemur pakaian basah di tempat ampaian yang disediakan. 3.13 Dilarang membawa alat elektrik seperti heater, pengering rambut dan alat-alat muzik elektrik/ elektronik. 3.14 Segala kerosakan di dalam bilik kolej kediaman akibat kecuaian pelajar hendaklah diganti oleh pelajar berkenaan. 4.0 Tandas/ Bilik Mandi/ Bilik Kemban/ Bilik Basuh 4.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan tandas dan bilik mandi kolej kediaman. 4.2 Tuala wanita hendaklah dibuang ke tempat yang disediakan. 4.3 Pelajar dilarang untuk membuang sisa makanan dan sampah di dalam tong sanitari. 4.4 Pastikan menutup suis lampu dan paip air sebelum keluar. 4.5 Sinki tidak boleh digunakan untuk merendam pakaian. 4.6 Dilarang menggunting rambut di dalam bilik air. 4.7 Dilarang berlari atau bergurau senda. 5.0 Bilik Khas 5.1 Bilik-bilik khas adalah meliputi bilik pejabat warden, pejabat penyeiia Kolej Kediaman, bilik rehat, bilik prep, bilik sakit dan bilik gosok, tandas, bilik basuh, bilik tayang, mini library dan bilik musik. 5.2 Hanya exco yang dibenarkan memasuki bilik pejabat warden. 5.3 Tidak dibenarkan membuat bising atau menggangu pelajar lain. 5.4 Kebersihan dan keceriaan bilik khas adalah tanggungjawab semua pelajar. 5.5 Tidak dibenarkan meninggalkan barang peribadi di bilik khas. 5.6 Alat-alat indoor dan outdoor games mesti dicatatkan maklumat penggunaan. 5.7 Hanya pelajar sakit dibenarkan berada di bilik Kesihatan/ sakit. 5.8 Pelajar terakhir perlu menutup suis lampu dan kipas sebelum keluar.


13 6.0 Dewan Makan 6.1 Waktu makan adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan. 6.2 Pelajar hendaklah makan dengan penuh adab sopan. 6.3 Pelajar hendaklah menjaga kebersihan meja makan dan tempat membasuh tangan. 6.4 Pelajar hendaklah meletakkan pinggan dan cawan di tempat yang telah disediakan. 6.5 Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar makanan dari dewan makan kecuali dengan kebenaran. 6.6 Pelajar yang perlu makanan lebih awal/ lewat hendaklah memaklumkan kepada penyelia kolej kediaman dua hari sebelum hari berkenaan kecuali sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 6.7 Rombongan pelajar yang memerlukan makanan untuk bekalan perlulah memberitahu penyelia kolej kediaman dua hari sebelum perjalanan. 7.0 Solat dan Aktiviti Keagamaan 7.1 Semua pelajar islam dikehendaki solat lima waktu secara berjemaah di surau. 7.2 Tidak dibenarkan solat di bilik kolej kediaman kecuali dengan kebenaran warden. 7.3 Pelajar yang ponteng solat/ tidak berjemaah akan diberi nasihat, teguran, bimbingan dan hukuman sekiranya masih berterusan melakukan kesalahan. 7.4 Semua pelajar dikehendaki masuk ke surau pada jam 7 malam setiap hari. 7.5 Pelajar yang boleh bersolat tidak dibenarkan keluar dari surau sehingga wirid dan aktiviti selepas solat selesai. 7.6 Semua pelajar (termasuk yang uzur) diwajibkan mengikuti aktiviti surau seperti kuliah maghrib, tazkirah dan aktiviti ihya’ Ramadhan seperti tadarus al-Quran. 8.0 Pemeriksaan Kolej Kediaman 8.1 Kawasan kolej kediaman akan diperiksa setiap hari selepas sarapan pagi oleh exco @ warden. 8.2 Pemeriksaan setiap hari bertujuan memastikan kebersihan dorm dan mengesan kerosakan kemudahan di kolej kediaman 8.3 Dorm yang didapati kotor atau tidak kemas akan dikenakan tindakan. 8.4 Pelajar dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan kolej kediaman mengikut dorm masing-masing semasa roll call dan peperiksaan dijalankan. 8.5 Pemeriksaan mengejut akan diadakan pada bila-bila masa oleh Pengarah/ TPSA/ Ketua Unit/ Ketua Warden/ Warden. 9.0 Peraturan Keluar Masuk/ Balik Bermalam 9.1 Pelajar dibenarkan balik bermalam pada tarikh-tarikh yang telah ditentukan sahaja. 9.2 Pelajar dikehendaki mengikuti prosedur pulang ke kampung seperti berikut: 1.1.1 Mengisi dengan lengkap butiran balik kampung di dalam borang dan Buku Kebenaran Outing/Balik Kampung kolej kediaman (warna oren). 1.1.2 Mendapat tandatangan dan cop warden/Ketua Unit Asrama/Ketua Warden/TPSA 1.1.3 Menunjukkan Buku Kebenaran Outing/Balik Kampung kolej kediaman kepada pengawal keselamatan di pintu utama kolej semasa hendak keluar. 9.3 Jika pulang lewat dari waktu ditetapkan (selepas 6.30 petang), sila kemukakan sijil cuti sakit/ sijil kematian/ surat rasmi kepada warden. 9.4 Pelajar dibenarkan balik selain dari tarikh yang ditetapkan sekiranya mengikut prosedur yang ditetapkan, iaitu mengemukakan surat rasmi daripada ibu bapa/ penjaga bersama dokumen berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh pulang. Kebenaran akan diberikan sekiranya perlu. 9.5 Pelajar dibenarkan pulang kerana kes sakit dengan kebenaran warden bertugas.


14 9.6 Hanya ibu bapa/penjaga/waris dibenarkan membawa pulang pelajar jika pelajar mendapat kebenaran pulang ke kampung selain dari tarikh dibenarkan. Pelajar tidak dibenarklan pulang sendiri. 9.7 Ibu bapa tidak dibenarkan membawa pelajar lain (kawan anak) untuk keluar/pulang. 9.8 Pelajar tidak dibenarkan outing kecuali dengan kebenaran warden atau kes-kes tertentu - bersama ibu bapa/ pensyarah/ warden. 9.9 Pelajar yang keluar kolej kediaman tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan gantung asrama atau buang asrama. 9.10 Pelajar yang keluar dari kawasan kolej hendaklah memakai baju batik kolej kediaman/t-shirt kolej kediaman @ kolej sahaja. 10.0 Peraturan Melawat 10.1 Masa melawat adalah pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 2 petang hingga 6.30 petang. 10.2 Pelawat yang ingin menemui pelajar di luar waktu ditetapkan (lawatan kecemasan) hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Pengarah Kolej/Timbalan Pengarah/ warden bertugas. 10.3 Pihak pengawal atau warden berhak menahan pelawat-pelawat yang diragukan kesahihannya. 10.4 Hanya ibu bapa/penjaga/waris yang dibenarkan melawat. Rakan/kenalan pelajar tidak dibenarkan melawat kecuali dengan kebenaran/pengetahuan ibu bapa/penjaga/waris. 10.5 Pelawat dikehendaki memakai pakaian yang menutup aurat/ sopan semasa melawat. 11.0 Pakaian dan penampilan diri 11.1 Pakaian yang dibenarkan adalah baju kurung biasa dan pakaian yang sopan. 11.2 Pakaian yang tidak dibenarkan adalah jeans, seluar ketat, baju ketat, skirt dan semua pakaian yang tidak menutup aurat atau pakaian seksi. 11.3 Tudung yang dibenarkan adalah melepasi paras dada (depan & belakang), tidak berlabuci atau bermanik. 11.4 Tidak dibenarkan berkemban semasa keluar dari bilik kolej kediaman ke tandas atau ke dorm/ bilik lain. 11.5 Pakaian pulang ke kampung adalah baju batik kolej kediaman @ t’shirt kolej, tudung putih, tudung hitam dan kasut hitam. 11.5.1 Pakaian semasa riadah adalah seluar trek berwarna biru gelap atau hitam dan baju ‘T’ kolej/ kolej kediaman berlengan panjang (Perempuan). 11.6 Tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang, mewarnakannya dan membawa alat kosmetik. 11.7 Rambut yang berfesyen atau diwarnakan adalah dilarang dan tidak dibenarkan mewarnakan rambut. 12.0 Penggunaan Telefon Bimbit dan Laptop 12.1 Penggunaan telefon bimbit dan ‘laptop’ adalah tertakluk dengan kebenaran Pengarah Kolej. Pengarah boleh membatalkan kebenaran penggunaan jika didapati penggunaannya menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak kolej kediaman. 12.2 Penjagaan dan keselamatan kedua-dua alat tersebut menjadi tanggungjawab sepenuhnya kepada pemilik. Pihak kolej/ kolej kediaman / warden tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan alat tersebut. 12.3 Penggunaan laptop adalah pada perkara-perkara dibenarkan sahaja seperti membuat tugasan kursus.


15 13.0 Mesin Basuh 13.1 Pelajar boleh menggunakan mesin basuh yang disediakan di kolej kediaman pada masa yang telah ditentukan/jadual yang disediakan. 13.2 Keselamatan pakaian pelajar adalah menjadi tanggungjawab pelajar berkenaan. 13.3 Gunakan kemudahan mesin basuh dengan baik. 14.0 Kesihatan 14.1 Pelajar yang sakit perlu melaporkan kepada warden bertugas untuk tindakan. 14.2 Pelajar yang menghidap penyakit berjangkit dilarang berada di kolej kediaman dan perlu berada di rumah sehingga sihat sepenuhnya. 14.3 Untuk duduk di bilik sakit, perlu mendapat kebenaran daripada warden bertugas atau penyelia kolej kediaman. 14.4 Pensyarah atau warden yang bertugas akan menguruskan penghantaran ke hospital atau klinik. warden/pensyarah bertugas akan bertindak sebagai ibu bapa/penjaga/waris untuk memberi kebenaran kepada pihak hospital memberi rawatan. 14.5 Pelajar tidak dibenarkan pergi ke hospital atau klinik secara persendirian. Jika pelajar berkehendakkan rawatan secara persendirian hendaklah membawa ibu bapa/ penjaga dan perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Timbalan pengarah/ warden bertugas. 15.0 Keselamatan Diri Pelajar 15.1 Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri masing-masing. 15.2 Pelajar dilarang membuat sebarang pindaan pendawaian elektrik atau menyimpan barang tajam dan berbahaya. 15.3 Dilarang berlari, bermain dan bergurau dalam bilik air, bilik kemban, tangga dan koridor. Pelajar tidak dibenarkan duduk atau berdiri di atas tembok koridor, memanjat tangki air atau sebarang tempat tinggi yang berbahaya. 15.4 Tidak dibenarkan membeli makanan dari luar kolej kediaman untuk mengelakkan keracunan makanan. 16.0 Harta Persendirian 16.1 Pelajar perlu menjaga semua harta milik peribadi masing-masing dengan baik. 16.2 Jangan tinggalkan wang atau barang berharga di tempat yang terdedah atau dalam lokar yang tidak berkunci. 16.3 Pelajar perlu menulis nama, program dan bilik pada semua harta milik mereka. 16.4 Keselamatan harta benda peribadi adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri. 17.0 Barang Larangan 17.1 Minuman keras, rokok, alat solek, barang kemas, pakaian menjolok mata/seksi, seluar jeans, bahan lucah, bahan bacaan berunsur negatif tidak dibenarkan dibawa ke Kolej Kediaman. 17.2 Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, lilin, ubat nyamuk, pemetik api, alat pemanas air, peralatan tajam, pot memasak, periuk nasi dan peralatan yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa ke Kolej Kediaman.


16 BAB 7 HUKUMAN & TINDAKAN HUKUMAN & TINDAKAN 1.0 Pengertian Hukuman Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku. Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman: 1.1 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang berkuasa ke atas yang dihukum. 1.2 Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ianya boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang disukainya. 1.3 Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru ialah pembuangan kolej, penggantungan kolej, Hukuman Dera Corporal Punishment, Penahanan (detention) dan Amaran. (Panduan Tatacara Disiplin sekolah Untuk Guru Besar dan Guru, (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988) 2.0 Pengertian Buang Kolej / Kolej Kediaman 2.1 Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah dengan mana-mana kategori salah laku berat selaras dengan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. 2.2 Seseorang pelajar yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang mengganggu berulang kali dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh Pengarah kolej atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada pelajar-pelajar lain dan terhadap keseluruhan disiplin kolej, tindakan yang sesuai diambil ialah mengarahkan buang dari kolej. (Panduan Tatacara Disiplin sekolah Untuk Guru Besar dan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982 : 12) 3.0 Pengertian Penggantungan Kolej / Kolej Kediaman 3.1 Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang pelajar itu di larang dari memasuki kawasan kolej. Penggantungan adalah bersifat sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan sehingga tidak lebih 14 hari persekolahan. 3.2 Dalam keadaan di mana seorang pelajar berkelakuan liar dan menggangu sehingga perlu diasingkan dari kolej manakala menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya, Pengarah kolej berkuasa mengarahkan penggantungan persekolahan pelajar itu sehingga tidak lebih 14 hari. 3.3 Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh pengarah kolej seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8, Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. 3.4 Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum, peluang yang cukup untuk pelajar membuat penjelasan (to show case) hendaklah diberi.


17 (Panduan Tatacara Disiplin sekolah Untuk Guru Besar dan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:13) 4.0 Pengertian Hukuman Amaran 4.1 Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengarah kolej atau pensyarah yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan pelajar yang telah melakukan salah laku itu. 4.2 Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi selepas itu. 4.3 Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2 dan 3 bagi kategori salah laku ringan, Amaran dan Amaran Keras bagi salah laku sederhana dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat. (Panduan Tatacara Disiplin sekolah Untuk Guru Besar dan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:16) 5.0 Pengertian Salah Laku Berat 5.1 Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan seperti mana yang dibekalkan dalam peraturan-peraturan pelajaran yang sedia ada seperti mana Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Kesalahan yang mana perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau pelajar lain atau pihak lain dan melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan dengan kehendak-kehendak peraturan dan matlamat yang hendak dicapai. 5.2 Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh menggangu ketenteraman. 5.3 Lebih berat hukuman yang dikenakan setakat mana perbuatan itu membahayakan sehingga boleh dibuang kolej. 5.4 Beratnya hukuman yang dikenakan jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya. (Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1968 dan Bil 9/1975 dan (Panduan Tatacara Disiplin sekolah Untuk Guru Besar dan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)


18 KESALAHAN DAN HUKUMAN Kesalahan Berat (B) Kod Jenis Kesalahan Tindakan/Hukuman B01 Menyimpan, membawa, mengedar menghisap atau bersubahat dalam kegiatan dadah berbahaya Tindakan : 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 2. Hubungi agensi berkaitan / polis. 3. Laporan 1.3.7 kepada JPNSDE / BPLTV 4. Kaunseling 5. Mendokumentasikan. Hukuman : 1. Amaran keras 2. Dirotan 1-3 kali di punggung berlapik dengan menggunakan rotan ringan 3. Membayar ganti rugi 4. Digantung pengajian kolej melebihi 14 hari. 5. Buang kolej 6. Mahkamah. 7. Buang Kolej Kuasa Pelaksana 1. Pengarah 2. TPSA/pensyarah yang diberi kuasa 3. Lembaga Disiplin Kolej B02 Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau B03 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman beralkohol atau sebarang benda yang memabukkan/ mengkhayalkan B04 Menyebabkan atau melakukan pergaduhan atau kekerasan B04 A Membunuh / menyebabkan kematian/ cuai menyebabkan kematian B05 Mengancam, menyerang, memukul dan mencederakan B06 Biadap dan tingkah laku tidak sopan B07 Memeras ugut dan mengugut yang membawa kepada ketakutan / harta benda B08 Membawa, menyimpan, menggunakan senjata api, senjata berbahaya, bahan letupan, alat berbahaya B09 Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap pelajar lain B10 Mencuri, atau merosakkan harta benda kolej, pengarah, pensyarah, kakitangan dan murid lain dengan sengaja dan memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan B11 Menganjur / melakukan perjudian atau Membabitkan diri dalam pertaruhan B12 Mencetak, menerbit, mempamer, memuat naik, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia yang dilarang B13 Membabitkan diri dalam kumpulan haram atau Kongsi gelap/ gangsterisme B14 Merogol, meliwat, merangsangkan dan mencabul kehormatan / gangguan seksual B15 Melakukan zina dan hubungan luar tabi’i


19 Kesalahan Berat (B) Kod Jenis Kesalahan Hukuman B16 Melacur/ menjadi bohsia/ bohjan/ gigolo/ lesbian/ gay dan kecelaruan gender Tindakan : 1. Hubungi ibu bapa/penjaga. 2. Hubungi agensi berkaitan / polis. 3. Laporan 1.3.7 kepada JPNSDE / BPLTV 4. Kaunseling 5. Mendokumentasikan. Hukuman : 1. Amaran keras 2. Dirotan 1-3 kali di punggung berlapik dengan menggunakan rotan ringan 3. Membayar ganti rugi 4. Digantung pengajian kolej tidak melebihi 14 hari. 5. Buang kolej 6. Mahkamah Buang Kolej 7. Kuasa Pelaksana 1. Pengarah 2. TPSA/pensyarah yang diberi kuasa 3. Lembaga Disiplin Kolej B17 Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral B18 Menulis / memuat naik / mengeluarkan kenyataan media dan perbuatan yang mencemarkan nama kolej B19 Merosakkan harta benda kolej dan kepunyaan orang lain B20 Menulis perkataan atau melukis gambar lucah B21 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh B21a Melakukan provokasi yang boleh menggugat ketenteraman kaum dan pelajar B22 Menyalahgunakan alat permainan atau bahan-bahan multimedia. B23 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia (gejala negatif) B24 Melakukan ponteng kolej berterusan (berturut-turut), selama 30 hari atau berkala selama 60 hari dalam satu tahun sesi persekolahan. B25 Mengganggu/ menjejaskan kuasa Pengarah kolej atau pensyarah yang menjalankan tugas B25a Tidak mematuhi arahan perwakilan pelajar dan pensyarah B26 Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah B27 Mengeluarkan kata-kaat lucah, kesat dan melakukan perbuatan lucah B28 Melakukan hubungan yang mencurigai


20 Kesalahan Berat (B) Kod Jenis Kesalahan Hukuman B29 Tidak amanah, menipu dan meniru ketika ujian/ peperiksaan Tindakan : 6. Hubungi ibu bapa/penjaga. 7. Hubungi agensi berkaitan / polis. 8. Laporan 1.3.7 kepada JPNSDE / BPLTV 9. Kaunseling 10. Mendokumentasikan. Hukuman : 8. Amaran keras 9. Dirotan 1-3 kali di punggung berlapik dengan menggunakan rotan ringan 10. Membayar ganti rugi 11. Digantung pengajian kolej tidak melebihi 14 hari. 12. Buang kolej 13. Mahkamah Buang Kolej 14. Kuasa Pelaksana 4. Pengarah 5. TPSA/pensyarah yang diberi kuasa Lembaga Disiplin Kolej B30 Melibatkan diri dalam ajaran sesat/ parti-parti politik dan menyebarkan fahaman serta mengedar risalah atau lambang-lambang B31 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin Kolej B32 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana melebihi tiga (3) kali • Nota : Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan kerugian, hendaklah berbincang dengan ibu bapa/ penjaga kerana pelajar tidak mempunyai sumber kewangan sendiri untuk membayar ganti rugi. • Bagi kesalahan B30 yang melibatkan parti-parti politik, perlu dibaca bersama-sama dengan Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Pelajar) 1959 yang membenarkan Pengarah Kolej menggantung/ membuang pelajar dari kolej di bawah Peraturan 8(b) • Bagi kesalahan berat, Pengarah kolej boleh menjatuhkan mana-mana hukuman yang sesuai tanpa terikat kepada urutan/ tertib hukuman. Contohnya, jika pelajar terlibat dengan kes gaduh, Pengarah boleh menjatuhkan hukuman buang kolej terhadap pelajar berkenaan.


21 6.0 Pengertian Salah Laku Sederhana 6.1 Kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan ketenteraman kolej tetapi tidak sampai mendatangkan bahaya kemudaratan kepada diri atau pelajar lain atau pihak lain. 6.2 Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh pelajar itu melakukannya, boleh membawa kepada ikutan oleh pelajar lain dan kemudaratan serta keharmonian Sistem Pendidikan di kolej. 6.3 Lebih meningkat perlakuan negatif ini yang didatangkan maka lebih meningkat pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung persekolahan. 6.4 Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya. (Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1968 dan Bil 9/1975 dan (Panduan Tatacara Disiplin sekolah Untuk Guru Besar dan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)


22 KESALAHAN DAN HUKUMAN Kesalahan Sederhana (S) Kod Jenis Kesalahan Hukuman S01 Sengaja membuat gangguan sumber-sumber bekalan elektrik / peralatan kolej 1. Amaran keras 2. Ganti rugi. 3. Rotan 1-3 kali di tapak tangan menggunakan rotan ringan. S02 Mengecas telefon bimbit menggunakan palam yang berada di kawasan kolej S03 Keluar dari kolej tanpa kebenaran S04 Ponteng sebarang acara rasmi kolej S05 Tidak menghormati lagu-lagu/ bendera/ jata kolej, negeri dan kebangsaan S06 Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/ skin head atau berwarna S07 Mencukur bulu kening bagi pelajar perempuan S08 Menconteng harta benda kolej dan orang lain S09 Memakai barang kemas/ perhiasan diri keterlaluan, menindik telinga/lidah/hidung/bawah bibir dan memakai subang lebih daripada satu pada bawah cuping telinga S10 Melukis tattoo, memakai inai pada anggota badan S11 Membawa masuk orang lain ke dalam kawasan kolej tanpa kebenaran S12 Membawa barang larangan yang diwartakan oleh Pengarah kolej S13 Membawa kenderaan yang tidak mematuhi akta undang-undang pengangkutan jalan raya S14 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh jawatankuasa disiplin kolej S15 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga (3) kali • Nota : Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan kerugian, hendaklah berbincang dengan ibu bapa/ penjaga kerana pelajar tidak mempunyai sumber kewangan sendiri untuk membayar ganti rugi.


23 7.0 Pengertian Salah Laku Ringan 7.1 Kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan sepertimana yang dibekalkan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975. Salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan, misalnya membuat bising dalam kelas, berkeliaran (loitering) dan pelbagai lagi perbuatan yang tidak diingini. 7.2 Salah laku dan kelakuan pelajar yang telah melakukan perbuatan salah laku dilihat sebagai kurang wajar dikenakan hukuman lebih berat lagi. 7.3 Lebih meningkat perlakuan salah laku ini yang didatangkan, maka lebih meningkat pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh diberi Amaran ketiga. 7.4 Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya. (Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1968 dan Bil 9/1975 dan (Panduan Tatacara Disiplin sekolah Untuk Guru Besar dan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988) KESALAHAN DAN HUKUMAN Kesalahan Ringan (R) Kod Jenis Kesalahan Hukuman R01 Menyimpan misai, janggut atau jambang 1. Amaran pertama 2. Amaran kedua 3. Amaran ketiga 4. Aktiviti gotongroyong R02 Berkuku panjang dan berambut panjang R03 Bermain dalam kelas, koridor atau kawasan yang dilarang R04 Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan kelas atau kolej tanpa kebenaran R05 Keluar dari kelas tanpa kebenaran R06 Berada di kantin tanpa kebenaran pada waktu pengajaran dan pembelajaran R07 Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan kolej tanpa kebenaran R08 Menggunakan harta benda kolej tanpa kebenaran R09 Memasuki dan tidak mematuhi arahan dan arahan bertulis makmal/ bengkel/ bilik khas/ makmal komputer R10 Memakai barangan kemas/ perhiasan/ alat solek R11 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran R12 Makan/ minum di kelas .


24 Kod Jenis Kesalahan Hukuman R13 Melakukan pembaziran air dan elektrik 1. Amaran pertama 2. Amaran kedua 3. Amaran ketiga 4. Aktiviti gotongroyong R14 Tidak memakai pakaian seragam kolej lengkap R15 Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran R16 Lewat ke kolej tanpa mengambil slip lewat R17 Lewat bergerak ke tempat-tempat yang di arahkan R18 Bising dalam kelas dan semua acara rasmi kolej sehingga mengganggu R19 Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan kolej R20 Berjalan-jalan tanpa kebenaran (berkeliaran) dalam kawasan kolej sewaktu pengajaran dan pembelajaran R21 Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan R24 Lewat masuk ke kelas R25 Mengotorkan kelas R26 Tidak duduk setempat R27 Tidak mengikat rambut panjang dank lip rambut yang berjuntai (pelajar perempuan) R28 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori oleh jawatankuasa disiplin kolej • Pelajar-pelajar yang telah melakukan kesalahan dikumpulkan dikehendaki melakukan kerja amal atau gotong-royong di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.


25 8.0 Pengertian Salah Laku Ponteng Di mana pelajar kolej telah tidak hadir ke kolej pada hari persekolahan rasmi tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor perubatan. 8.1 Ponteng Kolej Secara berterusan atau Berturut-turut Di mana pelajar kolej telah tidak hadir ke kolej secara berterusan atau berturut-turut tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa, penjaga atau doktor perubatan selama 31 hari atau lebih. 8.2 Ponteng Kolej Secara Berkala Di mana pelajar kolej telah tidak hadir ke kolej secara berkala atau berselang-selang hari tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa, penjaga atau doktor perubatan selama 60 hari atau lebih. Ponteng (P) Kod Jenis Kesalahan Hukuman P01 Ponteng Berturutan • 3 hari brrturut-turut • 7 hari selepas amaran pertama • 7 hari selepas amaran kedua • 14 hari selepas amaran ketiga Jumlah keseluruhan: 31 hari Amaran pertama (1) Kaunseling Amaran kedua (2) Kaunseling Amaran ketiga (3) Kaunseling Buang Kolej P02 Ponteng tidak berturutan/berkala • 10 hari • 10 hari selepas amaran pertama • 20 hari selepas amaran kedua • 20 hari selepas amaran ketiga Jumlah keseluruhan : 60 hari Amaran pertama (1) Kaunseling Amaran kedua (2) Kaunseling Amaran ketiga (3) Kaunseling Buang Kolej 9.0 Pengertian Ponteng Kelas/ Kuliah/ Amali 9.1 Di mana pelajar kolej yang hadir ke kolej telah tidak berada dalam kelas dalam satusatu waktu pelajaran atau keseluruhan waktu pelajaran. 9.2 Pelajar ini masih berada dalam kawasan kolej. 10.0 Pengertian Ponteng Acara Rasmi 12.1 Di mana pelajar kolej yang tidak hadir ke acara rasmi kolej yang dimestikan hadir sama ada di dalam kolej atau di mana-mana di luar kolej yang dianjurkan oleh pihak kolej.


26 BAB 8 HUKUMAN & TINDAKAN KOLEJ KEDIAMAN 1.0 JENIS-JENIS KESALAHAN DAN TINDAKAN HUKUMAN KOLEJ KEDIAMAN 1.1 Salah Laku Berat Kod Jenis Kesalahan Tindakan dan Hukuman BA01 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga. Semua kesalahan dari (1) hingga (20) akan diambil tindakan seperti berikut :- TINDAKAN: i. Dilaporkan kepada Pengarah / TPSA mengikut kesalahan dan dimaklumkan kepada ibu bapa ii. Dicatat dalam kad rekod disiplin pelajar. iii. Dirujuk kepada kaunselor (jika perlu) iv. Dilaporkan kepada polis jika perlu (jika perlu) v. Kesalahan-kesalahan mandotori seperti (BA03, BA05, BA08, BA09 BA10, BA11, BA12 dan BA16) boleh dikenakan Tindakan maksimum buang kolej kediaman. HUKUMAN : 1. Kesalahan Kali Pertama : Rotan tidak lebih daripada 3 kali. 2. Kesalahan Kali Kedua: Gantung Kolej kediaman maksimum 14 hari. 3. Kesalahan Kali Ketiga: Buang kolej kediaman. 4. Hukuman mana-mana kesalahan berat yang diputuskan oleh pengarah / Lembaga disiplin. BA02 Berjudi atau membabitkan diri dalam pertaruhan. BA03 Membawa, mengambil, memiliki, menyimpan, mengedar atau terlibat dalam kegiatan dadah dan menghidu gam. BA04 Mengedar, menjual, menghisap, memiliki rokok atau bahan tembakau. BA05 Membawa, minum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / mengkhayalkan. BA06 Mencuri atau merosakkan harta benda kolej kediaman atau sekolah, Pengarah, Warden, Guru-guru, Kakitangan dan Murid-murid lain dengan sengaja BA07 Menceroboh bilik khas / kedai koperasi / pejabat sekolah / kolej kediaman. BA08 Memeras ugut / melawan / mengganggu / mengancam / memukul / bergaduh / mencederakan atau mencabar serta menggunakan kekerasan terhadap Pengarah, Warden, Guru-guru, Kakitangan, Exco Kolej kediaman dan Murid-murid lain. BA09 Menubuh atau menjadi ahli dalam Kumpulan / pertubuhan haram dan menyimpan senjata berbahaya yang boleh digunakan untuk tujuan jahat BA10 Melakukan buli (pelancoan) / ragging, penderaan atau paksaan terhadap murid lain. BA11 Mencabul kehormatan guru / murid lain.


27 BA12 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. BA13 Pertemuan murid lelaki dan murid perempuan atau dengan individu lain yang berlainan jantina atau sejenis di tempat-tempat tersembunyi, gelap atau yang boleh mendatangkan syak wasangka. BA14 Berkhalwat dan bercumbu-cumbuan BA15 Menceroboh ke kolej kediaman puteri bagi putera atau sebaliknya. BA16 Melakukan zina, liwat, bohsia dan hubungan di luar tabi'i. BA17 Meninggalkan kawasan sekolah / kolej kediaman tanpa kebenaran dengan cara memanjat pagar, memotong pagar, menumpang kenderaan dan sebagainya. BA18 Membawa atau menggunakan bahan letupan. BA19 Sengaja menimbulkan perkara-perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan pergaduhan. BA20 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pengarah / Lembaga Disiplin Sekolah. 1.2 Salah Laku Sederhana Kod Jenis Kesalahan Tindakan dan Hukuman SA01 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali. Semua kesalahan dari (1) hingga (30) akan diambil tindakan seperti berikut:- TINDAKAN: i. Dimaklumkan kepada ibu bapa ii. Dicatat dalam kad rekod disiplin murid. SA02 Tidak solat berjemaah bagi murid Islam. SA03 Tidak sopan dalam surau dan berada di surau bukan tujuan ibadah. SA04 Tidak mengikut peraturan dewan makan dan tidak sopan. SA05 Berbahasa kasar dan mencarut.


28 SA06 Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik sekolah / kolej kediaman tanpa kebenaran. iii. Jika melibatkan harta benda kolej kediaman/sekolah murid terlibat boleh didenda untuk membaiki kemudahan yang dirosakkan atau mengganti mengikut harga semasa yang ditetapkan. iv. Jika kad balik kampung hilang atau rosak, murid yang terlibat dikehendaki mengganti kad yang baru dengan segera. v. Mesej-mesej murid yang disyaki dan berunsur cinta / berkasihkasihan boleh dibuka oleh pihak Warden. HUKUMAN: 1. Kesalahan Kali Pertama: Diberi amaran lisan dan membuat perakuan bertulis. 2. Kesalahan Kali Kedua: Rotan 1 kali Membuat kerja amal di kolej kediaman Tidak dibenarkan keluar ke bandar dua kali berturut-turut (mengikut budi bicara). 3. Kesalahan Kali Ketiga: Rotan 2 kali Direkod sebagai kesalahan berat kali pertama. 4. Hukuman mana-mana kesalahan sederhana yang diputuskan oleh pengarah / Lembaga disiplin. SA07 Berkeliaran luar kawasan kolej kediaman selepas jam 11.00 malam SA08 Bergurau-gurau atau berkejaran di dalam dorm, koridor, beranda, bilik belajar, tangga, surau dan sekitar rumah Warden. SA09 Tingkah laku tidak sopan antara murid kolej kediaman putera dan puteri. SA10 Ponteng kelas tambahan di kolej kediaman dan ponteng acara rasmi sekolah. SA11 Merosakkan atau menghilangkan kad balik kampung dan kad keluar bandar. SA12 Menerima atau menulis surat / mesej percintaan. SA13 Bermain, bergurau, membuat bising dan mengganggu ketenteraman. SA14 Tidak mengikut peraturan bilik belajar dan dorm. SA15 Merosakkan, menconteng atau menampal gambar pada loker dan harta benda kolej kediaman / sekolah SA16 Membawa barang kemas, pakaian mahal, kasut kulit, sukan yang mahal dan barang berharga yang menarik perhatian murid lain. SA17 Membawa alat elektrik tanpa kebenaran. SA18 Membawa alat yang boleh menyebabkan kebakaran seperti mancis, pemetik api, lilin dan ubat nyamuk. SA19 Membawa dan memakai semua seluar 'jeans' dan tali pinggang yang saiznya melebihi 50mm dan berkepala besi / logam yang ‘fashionable' (dan boleh dijadikan senjata). SA20 Membawa orang luar ke dalam kawasan kolej kediaman / sekolah tanpa kebenaran. SA21 Menyimpan / mengedar / memiliki / membawa / melukis / mempamerkan dan menonton bahan lucah atau melakukan perbuatan lucah. SA22 Memuat naik ke media sosial, mencetak / menerbit / mempamer / mengedar atau


29 menyimpan rencana / majalah atau rakaman dan multimedia terlarang. SA23 Menulis surat kepada akhbar / media cetak dan elektronik tanpa kebenaran serta memuat naik ke laman sosial. SA24 Memalsukan tarikh cuti sakit. SA25 Memalsukan tandatangan Pengarah, Warden, Guru, Kakitangan atau dokumen penting. SA26 Tidak balik ke kolej kediaman pada waktu yang ditetapkan. SA27 Masuk kawasan kolej kediaman tanpa kebenaran waktu persekolahan SA28 Menipu dan membantah Keputusan / arahan Warden. Exco Kolej kediaman dan Penyelia Kolej kediaman walaupun telah beberapa kali diberi amaran. SA29 Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada Pengarah, Warden, Guru, Kakitangan dan Exco Kolej kediaman SA30 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pengarah / Lembaga Disiplin Sekolah. 1.3 Salah Laku Ringan Kod Jenis Kesalahan Tindakan dan Hukuman RA01 Tidak menepati masa yang telah ditetapkan dalam peraturan kolej kediaman Semua kesalahan dari (1) hingga (24) akan diambil tindakan seperti berikut:- Tindakan dan hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh ketua unit, ketua warden dan warden TINDAKAN: RA02 Tidak mengikut peraturan berpakaian yang ditetapkan dan tidak berpakaian kemas semasa di kolej kediaman / dewan makan / surau / keluar ke bandar / balik kampung / waktu riadah. RA03 Tidak mematuhi arahan daripada Wardeb dan Exco Kolej kediaman. RA04 Berambut panjang, menyimpan misai, janggut atau jambang.


30 RA05 Mewarnakan rambut dan fesyen rambut yang keterlaluan seperti punk / skin head. i. Direkod dalam kad rekod disiplin murid. ii. Dimaklumkan kepada ibu bapa. iii. Jika melibatkan harta benda kolej kediaman murid yang terlibat boleh didenda untuk membaiki kemudahan yang dirosakkan atau mengganti mengikut harga semasa yang ditetapkan iv. Jika kad balik kampung hilang atau rosak pelajar harus mengganti atau membeli yang baru HUKUMAN: 1. Kesalahan kali pertama: i. Diberi amaran lisan dan membuat perakuan bertulis 2. Kesalahan kali kedua: i. Membuat kerja amal di kolej kediaman ii. Tidak dibenarkan keluar ke bandar satu kali (mengikut budi bicara). 3. Kesalahan kali ketiga: i. Dirotan 1 kali ii. Direkodkan sebagai kesalahan sederhana RA06 Berpakaian tidak sopan ketika ke bilik air atau mandi / dorm / koridor / di dalam bilik dan sekitar kolej kediaman. RA07 Tidak berpakaian lengkap ke sekolah RA08 Memakai alat solek atau perhiasan atau barang kemas kecuali jam tangan. RA09 Makan dan minum di bilik belajar kecuali air kosong. RA10 Tidak menyusun kasut di atas rak. RA11 Menyidai pakaian di katil dan di tempat-tempat lain selain dari penyidai yang disediakan. RA12 Meyimpan pakaian basah dan kotor di dalam bilik. RA13 Tidak memasang cadar (putih / warna yang disediakan) dengan bersih dan kemas dan bantal tidak bersarung RA14 Menyimpan wang belanja berlebihan dari keperluan di dalam kolej kediaman. RA15 Lewat atau dengan sengaja lewat membayar yuran makan kolej kediaman. RA16 Membazir air dan elektrik. RA17 Tidak menjalankan tugas-tugas yang telah dijadualkan. RA18 Tidak mengikut peraturan di dewan makan. RA19 Tidak menjaga kebersihan kolej kediaman / dewan makan dan bilik-bilik khas. RA20 Tidak memadam lampu dorm pada waktu yang ditetapkan. RA21 Berkelakuan kurang sopan / membuat bising / mengganggu ketenteraman umum atau pelajar lain di kolej kediaman / sekolah / padang / gelanggang semasa menonton perlawanan sukan / semasa dalam rombongan dan sebagainya. RA22 Tidak menjaga keselamatan diri / harta benda sekolah / kolej kediaman / murid-murid lain.


31 RA23 Tidak menghadiri perjumpaan / aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan seperti aktiviti kokurikulum atau perhimpunan kolej kediaman. RA24 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pengarah / Lembaga Disiplin Sekolah.


Click to View FlipBook Version