The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgutni, 2021-09-07 08:27:31

K1. NOTA KURSUS WTP4043

K1. NOTA KURSUS WTP4043

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARA 5& 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 1

SEMESTER SEMESTER 4 SVM SESI 2019
JABATAN
PROGRAM JABATAN TEKNOLOGI AWAM
TEKNOLOGI PEMBINAAN/SVM

KOD KURSUS WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION SUPERVISION 2

KOMPETENSI 1. MONITOR DAILY WORK PROGRESS

KOMPETENSI 1.1 Type of construction / subcontractor activities
UNIT 1.2 Residential building construction daily work schedule
1.3 Checklist Daily activities.
TUJUAN 1.4 Record and report
1.5 Recovery work plan for delayed work progress
1.6 Board regulationrequirement on residential building external work such as

• Safety and Health
• Quality Control

Training must be able to :

1. Monitor daily work progress.
2. Check contractor progress claim.
3. Prepare building construction progress report.
4. Monitor safety, health and rules regulation.
5. Coordinate Industrialized Building System (IBS) installation.

NO KOD WTP 4043/K01/NK01-05
NO KOD JPK EDISI 2019

MUKA : 01 DARIPADA 12

No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK01-05 Muka: 2 Drp:12
SUPERVISION 2

PENERANGAN

1.0 PENDAHULUAN

Semua jadual pembinaan perlu disediakan oleh kontraktor dan mereflek pelan kontraktor, memberi

tafsiran yang betul, kejelasan kaedah, teknik dan urutan bagi melakukan kerja. Jadual pembinaan

kontraktor perlu mereflek aktiviti yang akan dilakukan mengikut masa supaya kemajuan kerja dapat

kesan.

2.0 JENIS-JENIS PEMBINAAN/ AKTIVITI SUBORDINATE
Subordinate
Kumpulan pekerja diperingkat pelaksana yang berperanan :

• menerima agihan kerja-kerja yang telah dipecah atau diagih-agih untuk dilaksana dan
disiapkan.

• Sebagai kontraktor kecil bagi kerja, atau kontraktor kecil bagi bekalan bahan-bahan dalam
melaksanakan projek berkenaan.

• Diperingkat aras pengurusan , subordinate diletak dalam aras kumpulan sokongan. Kumpulan
ini merupakan pekerja yang bertindak sebagai pasukan kerja yang melaksanakan dan
menyiapkan tugas.

2.1 Jenis –jenis aktiviti yang dilakukan oleh Subordinate
Aktiviti kerja dinyata pada jadual kerja. Biasanya aktiviti kerja akan berubah-berubah mengikut projek
yang dlakukan. Secara umumnya aktiviti-aktiviti terlibat dinyata seperti berikut:

• Melaksana dan menulis dokumen penilaian (kadang-kadang dilakukan berkolaborasi dengan
professional lain) yang dapat memenuhi standard tertentu dan skala masa.

• Mengatur dan mengurus pakej sokongan bagi membolehkan perkhidmatan pengguna disalur
demi mendapatkan jangkahayat produk sepanjang yang mungkin.

• Mencadangkan dan kadang-kadang membuat keputusan tentang tindakan terbaik yang perlu
diambil terhadap sesuatu kerja yang dilakukan ditapak.

• Mengekalkan rekod yang tepat dan menyediakan laporan untuk tindakan tertentu mengikut
undang-undang.

• Menyertai latihan, pengawasan dan mesyuarat pasukan

No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK01-05 Muka: 3 Drp: 12
SUPERVISION 2

2.2 Jenis –jenis kerja yang dilakukan di Tapak Bina

Jenis Kerja Huraian
1. Kejuruteraan Pembinaan
Pembinaan bangunan berdasarkan arahan
2. Ketukangan Kayu perancangan umum dan kawalan (termasuk
pembaikian, penambahbaik aau kerja
perobohan)
Kerja-kerja Pembinaan dengan pemprosesan
atau aplikasi bahan kayu atau aplikasi struktur
kayu bagi kerja-kerja berkaitan,

3. Kerja-kerja melepa Aplikasi, penyemburan atau melekatkan
4. Kerja-kerja lepaan - mortar ,stucco ,simen , gentian dll)
i) Memasang peranca, mengangkut dan
Peranca/Pembinaan/konkrit
menempatkan objek/bahan pembinaan
Kerja batu berat.
Kerja Bumbung ii) Memacu atau menarik keluar cerucuk .
Kerja Paip Membina cerucuk tuang ditempat
iii) Menggali dan memampat tanah atau pasir
Kerja Jubin/bata/ blok iv) Pembinaan menggunakan konkrit
v) Kaerja-kerja asas atau awalan
Kerja Keluli Memproses bahan batu (termasuk batu kuari
Kerja Paving dan kerja pengeluaran batu
Kerja kemudahan air sisa/ Kerja struktur bumbung dan penutupan
Pembetungan bumbung
Pemasangan penyejuk,penyaman udara,
bealan air kemuudahan pengangkutan
air/minyak,gas dan stim menggunakan paip
keluli.
Pembinaan bata atau atau blok konkrit atau
kerja yang menggunakan bata, blok konkrit
atau jubin kepada struktur
Memasang kepingan keluli atau kepingan
lekapan keluli kepada struktur
Laluan paving dan permukaan rata dengan
asfal, konkrit, pasir, kelilkir atau rubble.
Pemasangan kelengkapan air sisa dan sistem
pembetungan

3.0 PENJADUALAN KERJA HARIAN PEMBINAAN BANGUNAN
Jadual kerja ditafsir sebagai jadual yang telah diformat untuk melaksanakan kerja mengikut
kaedah atau pendekatan bersistematik mengikut tempoh yang ditetapkan.

3.1 Menjadualkan kerja:
• Dengan menggunakan jadual kerja harian (atau mingguan), menjadikan sesuatu kerja
yang hendak dilakukan lebih mudah.

No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK01-05 Muka:4 Drp:12
SUPERVISION 2

• Dapat mengurus kerja dalam fasa yang berbeza

• Membolehkan kerja-kerja dilakukan dalam fasa yang berbeza pada masa yang sama.

Dalam senario pembinaan, terdapat beberapa fasa yang perlu dilalui.

• Menjadualkan kerja akan dapat membantu melakukan kerja seperti yang dirancang.

• Dengan perancangan yang baik akan membantu menyiapkan projek dengan sempurna

dan membantu melakukan kerja seperti yang ditetapkan dalam jadual

• Dapat menjalankan beberapa fasa secara serentak supaya kerja dapat disiapkan dengan

cepat

CONTOH JADUAL KERJA HARIAN

No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK01-05 Muka: 5 Drp:12
SUPERVISION 2

4.0 SENARAI SEMAK AKTIVITI HARIAN

Senarai semak adalah alat bantu tugasan yang menjadi panduan semakan bagi memastikan setiap

elemen yang diperlukan atau bahagian spesifik yang menjadi perhatian dinyatakan dan diambil

tindakan susulan tanpa tertinggal mana-mana bahagian.

Senarai semak berikut menghuraikan aktiviti projek yang perlu bagi kebanyakan projek pembinaan
bersaiz sederhana. Keputusan diperlukan bagi menentu siapa yang melakukan aktiviti, sebarang
keperluan untuk kerja-kerja pakar dan aktiviti tertentu yang diagihkan kepada mereka adalah satu
keputusan yang perlu dibuat bagi setiap projek.
Dalam menentukan keberkesanan senarai semak, kriteria berikut perlu sertakan dan perkara-perkara
yang perlu dipatuhi bagi memenuhi keperluan setiap kriteria tersebut.

i) Skop
• Mengawasi perkembangan taklimat tapak, pastikan ia merangkumi tujuan projek, skop kerja

dan mengenalpasti sebarang dokumen berkaitan yang boleh memacu projek .
• Memastikan semua ‘stakeholder’ dan klien menandatangani taklimat projek
• Memastikan semua kerja diperlukan untuk melengkapi projek yang disenaraikan dengan

pemahaman yang jelas tentang siap yang melaksanakan kerja, termasuk mana-mana item
yang perlu diterima oleh klien.
• Pengumpulan keperluan projek termasuk taklimat dan standard untuk pasukan projek bajet
kerangka masa.
• Mengenalpasti sebarang kekangan atau keadaan yang memberi impak terhadap penyerahan
projek.

ii) Kualiti
• Memastikan yang standard kualiti klien dinyatakan dan difahami oleh konsultan.
• Mengurus standard kualiti yang diperlukan daripada konsultan dan kontraktor

iii) Risiko
• Mengenalpasti semua risiko projek dan penyediaan pelan bagi meminimum risiko
iv) Masa
• Perancangan dan penetapan program projek serta mengenalpasti aktiviti strategi utama.
• Memantau dan mengemaskini program seperti diperlukan, menentukan peruntukan bahan dan

perkhidmatan mengikut masa dari pihak-pihak lain.
• Pengurusan pasukan projek.
• mengekalkan dan mengawal program projek mengikut masa, mengatur strategi bagi

menangani projek yang mengalami kelewatan

No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK01- Muka: 6 Drp:12
SUPERVISION 2 05

v) Komunikasi
• Menetap dan mengurus perbincangan termasuk mengadakan mesyuarat projek dan

pelaporan.
• Menetap dan mengurus mekanisma yang diluluskan bagi beberapa keperluan yang telah

ditandatangani dan mengenalpastinya dengan merujuk kepada pihak- pihak berkuasa yang
bertanggungawab.
• Mengadakan mesyuarat pelaporan dengan ‘stakeholder’ mengikut kesesuaian
• Penyediaan laporan kemajuan berkenaan isu –isu projek termasuk kos bajet dan kemajuan
program
• Memastikan semua anggota pasukan memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing
serta memastikan komitmen mereka terhadap projek berterusan

5.0 REKOD DAN LAPORAN
• Rekod projek mengikut aktiviti hari ke hari dan kemajuan yang berlaku adalah penting diwujudkan.

Pengurus projek (PM) bertanggungjawab bagi memastikan rekod projek disimpan dan rekod
kemajuan projek yang tepat dan lengkap.
• Adalah sangat penting merekod setiap hari kerja dan sumber yang digunakan bagi aktiviti,
khususnya yang memberi impak kepada jadual kerja. Ia hendaklah dilakukan secara harian.
• Lebih menyakinkan dan berkesan menyertakan lakaran, foto, video atau lain-lain kaedah bagi
menjelaskan situasi.
• Bagi projek yang besar, setiap pemeriksa perlu mempunyai Laporan Kemajuan Harian atau Diari
Harian

5.1 Diari Harian

• Diari Harian adalah dokumen catatan yang merekod aktiviti pembinaan dan kemajuannya
secara harian. Ia menyediakan naratif lengkap aktiviti, gambar-gambar projek meliputi
proses kerja normal dan sebarang ketidaktentuan yang mungkin berlaku pada projek.

• Diari Harian diguna untuk mendokumenkan kemajuan kerja, keadaan tapak, buruh dan
peralatan yang digunakan dan kemampuan atau ketidakmampuan kontraktor melakukan
kerja.

• Menyediakan maklumat berguna bagi pembinaan semula projek (jika diperlukan) yang akan
melibatkan penyediaan tuntutan.



No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK01- Muka: 7 Drp:12
SUPERVISION 2 05

5.2 Maklumat Yang perlu direkod dan dilapor
Pengurus projek dan lain personel projek utama hendaklah merekodkan maklumat projek mengandungi
perkara berikut:

• Cuaca, personel kontraktor dan peralatan
• Lokasi dan deskripsi kerja seta kuantiti yang dianggarkan pada hari tersebut.
• Ketibaan dan peralatan
• Keadaan kawalan lalulintas dan jalanraya. Merekod juga perubahan penting atau masalah

berhubung dengan kawalan lalulintas dan perkakasannya.
• Komunikasi penting dengan kontraktor, terutama pada perkara melibatkan jadual kerja,

kaedah kerja, bahan-bahan atau bayaran
• Arahan-arahan yang diberi oleh kontraktor. Pengurus projek hendaklah menghantar memo

atau surat bagi mengesahkan arahan atau perjanjian yang dibuat secara verbal.
• Rujukan kepada surat-surat penting, minit mesyuarat dan kehadiran, laporan, foto,perbualan

telefon dan sebagainya
• Perbezaan pandangan dengan kontraktor berkaitan kualiti kerja atau prestasi termasuk kerja

atau bahan yang ditolak. Senarai alasan bagi tidak setuju dan alasan spesiifik sebab-sebab
kerja atau bahan ditolak.
• Kelewatan, kerumitan,kemalangan, kerosakan utiliti dan lain-lain keadan yang luar biasa.
Jelaskan faktor atau keadaan yang menghalang operasi kontraktor dan sebab-sebab
kelewatan .Masukkan juga masa kerjar-kerja yang digantung dan kerja-kerja semula dan
penjelasan.
• Perbandingan antara aktiviti jadual kerja (daripada jadual kontraktor) dan jadual kerja
sebenar. Terangkan perbezaannya
• Hari atau masa apabila tidak ada ‘progress’ kerja atau tiada kerja yang dilakukan dan alasan
mengapa.

6.0 PELAN PEMULIHAN BAGI KELEWATAN KERJA
Apabila kelewatan berlaku dalam pembinaan dan kemajuan kerja tidak menunjukan peningkatan,sesuatu
tindakan perlu diambil. Salah satu strategi yang boleh diambil adalah mengurus projek pembinaan supaya
penangguhan dan kelewatan tidak berlaku.

No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK01- Muka: 8 Drp:12
SUPERVISION 2 05

Tindakan pemulihan yang sesuai termasuklah tambahan bagi tenaga kerja, sub kontraktor , peralatan, shif
atau kerja-kerja lebih masa,mempercepatkan penyerahan atau sebarang kerja yang boleh digabungkan.
Pelan pemulihan yang memerlukan perubahan dalam penjadualan kontrak pembinaan mesti diserahkan
oleh kontraktor untuk semakan.

6.1 Komponen Pelan Pemulihan
Terdapat 3 komponen yang perlu diberi perhatian dalam pembentukan pelan pemulihan

i) Manusia (Tenaga kerja)
ii) Proses
iii) Produk /teknologi

i) Menangani Masalah Pekerja
a) Tumpukan kepada moral pasukan
Elemen-elemen :
• Kritikal kepada produktiviti.
• Pendekatan berpotensi.
(Tindakan eksplisit/jelas yang membuatkan pembangunan pasukan terasa penting)
• Singkirkan tekanan jadual yang tidak munasabah.
• Tidak mengamalkan pengurusan mikro.
(pengurus memerhati/mengawasi secara rapat atau mengawal kerja pekerja bawahan)
b) Menangani masalah kepimpinan
Elemen-elemen:
• Adakah ketua projek yang menyebabkan masalah adalah personel yang betul bagi
membawa keluar dari masalah.
• Kenalpasti kepimpinan yang lemah dalam pasukan.

c) Lakukan tambahan pekerja dengan berhati-hati
Elemen-elemen:
• Pertimbangkan tambahan pekerja jika projek boleh dibahagi- bahagi kepada pekerja
baru.
• Tambahan pekerja perlu dilakukan pada bahagian –bahagian atau kerja –kerja yang
memerlukan sahaja.



No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK01- Muka: 9 Drp:12
SUPERVISION 2 05

ii) Mengurus Proses
Elemen-elemen
a) Kenalpasti dan betulkan kesilapan
• Stabilkan definasi produk dan rekabentuk
• Validasi kualiti produk
• Tingkatkan kawalan dan pengesanan
• Verifikasi penjadualan baru
• Validasi peralatan
• Tingkatkan akauntabiliti
b) Kenalpasti dan betulkan bahagian-bahagian yang patah dan tidak berfungsi
c) Mengesan kemajuan jadual dengan teliti
• Pastikan apa yang dirancang dilakukan 100%
• Menentukur semula penjadualan
• Menjangkakan kerja-kerja tambahan (lebih masa)
d) Merekod sebab-sebab tertinggal milestone/ aktiviti kerja
e) Menentukur pelan pemulihan selepas satu jangkamasa pendek (selepas 1 atau 2 minggu)
f) Lakukan setiap jadual pemulihan sesuatu yang bermakna dan berkesan
g) Uruskan risiko dengan baik

iii) Produk
a) Menstabilkan keperluan
• Ketidakstabilan dan mmengubah keperluan berkemungkinan sebab utama bagi
semua masalah
• Perlu memulakan semula fasa keperluan
• Melaksanakan proses penilaian perubahan yang tegar bagi sebarang perubahan
akan datang.
• Melaksanakan penangguhan masa minimum bagi mempertimbangkan perubahan
akan datang

b) Mengemas penetapan ciri-ciri produk
• Fokus kepada ciri-ciri yang menjadikannya produk terbaik

No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK01- Muka: 10 Drp:12
SUPERVISION 2 05

c) Keluarkan bahagian-bahagian yang tidak mendatangkan kebaikan

• Singkirkan komponen yang berkualiti rendah

• Rekabentuk semula secara bersistematik dan pelaksanaan yang akan

mengurangkan risiko.

d) Pengurangan secara sistematik dan mengurus kecacatan seterusnya
• Mengesan kemajuan harian
• Elakkan dari melakukan jalan pintas

7. KEPERLUAN BADAN KAWAL SELIA BAGI KEMAJUAN KERJA HARIAN

Badan kawal selia adalah bertanggungjawab terhadap keperluan-keperluan seperti Kawalan
Kualiti dan Keselamatan dan kesihatan. Kedua-dua aspek ini diberi perhatian pada bidang-
bidang pembinaan melalui pematuhan kod bangunan Uniform Building By-Laws 1984. Kod
bangunan menyediakan keperluan minimum bagi kawalan dan pembinaan jalan, saliran dan
bangunan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ).
Badan-badan kawal selia ini bertanggungjawab memastikan setiap peraturan yang digazet
dalam kood bangunan dipatuhi.
7.1 Badan Kawal selia
i) CIDB
• Di Malaysia, The Construction Industry Development Board of Malaysia (CIDB),
merupakan badan kawal selia dalam industry pembinaan.
• Dibawah akta 520, CIDB diberi kepercayaan mengawalselia pematuhan standard bagi mutu
kerja dan bahan, mempromosi dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri pembinaan.
• Bagi mencapai fungsi-fungsi yang dinyatakan, satu rujukan diperlukan sebagai panduan. CIDB
telah membangunkanConstruction Industry Standard (CIS) yang menyentuh aspek khusus
seperti Keselamatan dan Kesihatan serta Kawalan Kualiti

ii) Lain-lain Badan Kawal Selia

• The Board of Architects;
• The Board of Engineers Malaysia (BEM);
• The Board of Quantity Surveyors Malaysia (LJBM);
• The Institution of Engineers Malaysia (IEM);
• The Malaysian Institute of Architects (PAM);
• The Institution of Surveyors Malaysia (ISM);
• The Master Builders Association Malaysia (MBAM);
• The Association of Consulting Engineers Malaysia (ACEM).

No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK01- Muka: 11 Drp:12
SUPERVISION 2 05

7.2 Keperluan Kawal selia

Kawal selia juga perlu memenuhi keperluan mengikut aspek-aspek Keselamatan dan

Kesihatan dan Kawalan kualiti

Dalam aspek Keselamatan dan Kesihatan serta Kawalan Kualiti, Construction Industry Standard
(CIS) yang mengandungi beberapa parti khususnya stakeholder dan pakar industri telah
menghasilkan CIS yang di antara adalah
CIS 7:2014 Quality Assessment System For Building Construction Work (QLASSIC)
CIS 10:2008 Safety And Health Assessment System In Construction (SHASSIC)

7.2.1 Keselamatan dan kesihatan
Dua aspek major yang perlu diberi perhatian adalah:
i) Keselamatan Personal melibatkan pekerja dan orang awam
-Menggunakan perkakas keselamatan dan pengadang keselamatan
ii) Keselamatan projek yang dibina
-Perhatian perlu diberikan kepada binaan yang kukuh dengan kelengkapan
keselamatan,. 3 aspek penting yang perlu dipenuhi adalah Kekuatan, Kestabilan dan
Kukuh/Teguh.

i) Keselamatan dan Kesihatan Personal
Keselamatan Personal memerlukan pekerja dan orang awam menggunakan perkakas
keselamatan yang ditetapkan. Diantara perkakas keselamatan yang diperlukan adalah
• Pelindung kepala
• Pelindung mata
• Pelindungan tangan
• Penutup hidung
• Pelindung kaki

ii) Keselamatan operasi
Keselamatan bagi pekerja binaan semasa operasi adalah berbeza-beza. Kerja-kerja
pembinaan melibatkan kerja –kerja mengangkat,memanjat, mengimpal, bahan kimia, dan
asbestos. Premis terbaik bagi sebarang operasi keselamatan adalah mengetahui bagaimana
mengguna dan berkerja dengan mesin dan jentera.

No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK01- Muka: 12 Drp:12

SUPERVISION 2 05

Dibawah peraturan 25(1) Factories and Machinery (Building Operations and

Works of Engineering Construction) (Safety) Regulations 1986 [BOWEC], kontraktor utama

perlu melantik penyelia keselamatan tapak bagi mengawasi keselamatan aktiviti pembinaan

dalam tapak binaan

Diantara tugas penyelia keselamatan dalam memastikan keselamatan operasi adalah

• Memeriksa dan membetulkan sebarang keadaan tidak selamat ditapak

• Membetulkan sebarang amalan tidak selamat ditapak

• Memeriksa kerja-kerja sub kontraktor bagi memastikan pematuhan akta dan peraturan.

7.2.2 Kawalan Kualiti

CIS 7:2014 Quality Assessment System For Building Construction Work (QLASSIC)
merupakan standard kawalan kualiti yang digariskan sebagai panduan pematuhan.
Kawalan Kualiti dinyata dari aspek Kawalan Kerja
• Bagi memastikan kawalan kualiti, penyelia perlu memeriksa dan meluluskan kerja sebelum

membenarkan pekerja berkerja pada hari berkenaan. Apabila menerima notifikasi dari ketua
pasukan berkaitan penyiapan sesuatu tugas, penyelia perlu memeriksa dan mengesahkan
kerja-kerja yang disiapkan.
• Jika kerja-kerja berkenaan disiapkan dengan jaya dan memuaskan, kumpulan kerja dilepaskan
dari tugasan dan jika tidak disiapkan atau siap dengan tidak memuaskan, kumpulan kerja
berkenaan perlu meneruskan kerja dan melakukan kerja pembaikian sebelum meninggalkan
tapak.
Jika tugasan tidak dapat disiapkan sebelum berakhir hari berkerja normal (8 jam), penyelia
perlu mencari sebab-sebab tertangguh, adakah disebabkan pekerja atau penetapan/
penyelarasan tugas


Click to View FlipBook Version