BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5& 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
NOTA KURSUS 5
SEMESTER SEMESTER 4 SVM SESI 2019
JABATAN
PROGRAM JABATAN TEKNOLOGI AWAM
TEKNOLOGI PEMBINAAN/SVM
KOD KURSUS WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION SUPERVISION 2
5. COORDINATE INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM (IBS) INSTALLATION
KOMPETENSI ACCORDING TO CONSTRUCTION DRAWING
KOMPETENSI 1. MONITOR DAILY WORK PROGRESS
UNIT 2. CHECK CONTRACTOR PROGRESS CLAIM
3. PREPARE BUILDING CONSTRUCTION PROGRESS REPORT
4. MONITOR SAFETY, HEALTH AND RULES REGULATION
5. COORDINATE INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM (IBS) INSTALLATION
ACCORDING TO CONSTRUCTION DRAWING
TUJUAN Training must be able to :
1. Monitor daily work progress.
2. Check contractor progress claim.
3. Prepare building construction progress report.
4. Monitor safety, health and rules regulation.
5. Coordinate Industrialized Building System (IBS) installation.
NO KOD WTP 4043/K01/NK05-05
NO KOD JPK EDISI 2019
MUKA : 01 DARIPADA 16
No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK05-05 Muka: 2 Drp: 16
SUPERVISION 2
PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN
Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merupakan sistem pembinaan yang menggunakan komponen –
komponen pratuang (precast) yang disediakan di kilang berdasarkan pesanan oleh pihak kontraktor.
Penempatannya dibantu dengan penggunaan jentera seperti kren.
2.0 SISTEM PERINDUSTRIAN BANGUNAN/INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM (IBS)
IBS adalah kaedah /teknik pembinaan di mana komponennya dihasilkan di dalam keadaan terkawal (di
kilang atau di tapak bina), diangkut ke lokasi (transported), ditempatkan dan dipasang kepada struktur
dalam kerja pembinaan dengan menggunakan pekerja yang minimum di tapak.
Tujuan utama penggunaan sistem ini adalah bagi memastikan penggunaan proses kerja yang optimum
dan meminimumkan penggunaan kos buruh terutama bangunan yang memerlukan masa yang singkat
seiring dengan kemajuan industri pembinaan negara yang mementing produktiviti,
2.1 Jenis-jenis IBS
IBS terdiri daripada lima (5) jenis utama, iaitu:
(i) Sistem Kerangka, Panel dan Kekotak Konkrit Pra-tuang
Komponen di bawah kumpulan ini ialah tiang, rasuk, papak lantai dan panel dinding pra-tuang
.Termasuk juga dibawah kumpulan ini adalah komponen pasang siap 3-dimensi seperti tangga,
longkang dan tandas.
SISTEM KONKRIT PRA TUANG
No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK05-05 Muka: 3 Drp: 16
SUPERVISION 2
(ii) Sistem Acuan/Kotak Bentuk
Acuan bagi komponen konkrit tuang di situ seperti acuan untuk tiang, rasuk, papak lantai dan panel
dinding yang boleh digunakan berulang kali. Acuan ini biasanya diperbuat dari plastik, fibreglass,
keluli, aluminium dan bahan logam lain.
(iii) Sistem Kerangka Keluli
Komponen di bawah kumpulan ini terdiri daripada tiang,rasuk, kerangka portal dan sistem kekuda
bumbung dan seumpamanya yang diperbuat daripada keluli.
(iv) Sistem Kerangka Kayu Pasangsiap
Komponen di bawah kumpulan ini ialah tiang, rasuk, papak lantai, sistem kekuda bumbung
pasang siap dan seumpamanya yang diperbuat daripada kayu.
No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK05-05 Muka: 4 Drp: 16
SUPERVISION 2
(v) Sistem Blok
Sistem ini merujuk kepada penggunaan blok jitu (precision blockworks) termasuk blok konkrit
ringan, blok terkunci(interlocking block) dan seumpamanya.
3.0 BAHAN-BAHAN PEMBINAAN MODEN/ SISTEM IBS
Indusri pembinaan moden sentiasa mengalami proses evolusi dalam penggunaan bahan-bahan
binaan. Bahan-bahan pembinaan bagi sistem IBS lebih bersifat terkini dan mempunyai ciri-ciri futuristik
kerana telah melalui proses pembinaan dengan aplikasi teknologi baru. Evolusi bermula daripada
penyediaan bahan binaan yang perlu dibina ditapak bina kepada pembinaan komponen struktur di
kilang dan hanya perlu dipasang di tapak bina.
3.1 Penerimaan bahan-bahan yang ditempah
Aktiviti penerimaan bahan-bahan adalah standard bagi semua jenis bahan yang ditempah dan dibeli.
Matlamatnya adalah mewujudkan satu sistem penerimaan bahan yang tersusun, berekod dan boleh
mengesan dan mengambil tindakan susulan jika terdapat ketidakpatuhan.
3.1.1 Prosedur Penerimaan Bahan
Prosedur tipikal bagi aktiviti penerimaan mengandung langkah-langkah berikut:
i) Memunggah dan memeriksa penghantaran.
Sejumlah pakej/ bungkusan bahan yang dipunggah dari kenderaan pengangkut diperiksa dari
aspek kecukupan dan keberadaannya .
No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK05-05 Muka: 5 Drp: 16
SUPERVISION 2
Semua pakej bahan juga diperiksa dari kerosakan luaran, sebarang kerosakan yang ditemui
diperiksa. Kegagalan mematuhi prosedur sebelum menerima penghantaran akan memberi
kelebihan kepada pihak penghantar dimana tanggunjawabnya menjadi lebih ringan.
ii) Membuka bungkusan dan memeriksa bahan
• Periksa bahan yang diterima dari pembekal,teliti slip atau tempahan pembelian bagi
mengesahkan item –item yang dibeli adalah betul.
• Periksa dan verifikasi Kuantiti penghantaran.
• Periksa keadaan keseluruhan bahan bagi menentukan jika terdapat kerosakan semasa
penghantaran.
iii) Menyiapkan laporan penerimaan
• Sistem pelaporan yang diguna adalah berbeza-beza antara satu agensi dengan agensi
yang lain. Apabila pemeriksaan selesai dijalankan , personel bertugas perlu melengkapkan
borang dengan merekod kuantiti item yang diterima dan catatan sebarang maklumat yang
diperlukan
• Bagi agensi yang menggunakan sistem pembelian penkomputeran, personel merekod data
yang diterima pada laporan penerimaan atau memasukan data secara langsung kedalam
sistem computer .Sistem kemudiannya mengemaskini tempahan dan rekod inventori dan
boleh juga menegeluarkan laporn penerimaan dalam bentuk hardcopy atau elektronik
iv) Menghantar/menyerah bahan
Bagi bahan yang bukan untuk simpanan , Bahagian penerimaan biasanya bertanggungjawab
menyerah secara langsung atau perkhidmatan serahan dalaman. Dalam kes bahan-bahan
inventori,amalan adalah berbeza-beza . Bagi sesetengah agensi, bahagian penerimaan
bertanggungjawab bagi serahan dalaman sementara agensi lainnya memenuhi fungsi ini dengan
perkhidmatan pengangkutan dalaman.
Susulan dari penghantaran bahan, penerima perlu menandatangani laporan penerimaan atau resip
penghantaran, seterusnya menyerahkan kepada penerima untuk tanggungjawab seterusnya
terhadap bahan-bahan tersebut
No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK05-05 Muka: 6 Drp: 16
SUPERVISION 2
Cara alir prosedur
4.0 SENARAI SEMAK PENERIMAAN
• Senarai semak secara asasnya adalah satu senarai item yang diperlukan, poin-poin
untuk difikirkan atau perkara-perkara yang perlu dilakukan,
• Ianya adalah satu kaedah meneliti setiap elemen dan keperluan bagi setiap bahan yang
diterima bagi memastikan ianya mematuhi garispanduan penerimaan standard, menghapuskan
kelewatan dan kos-kos yang tidak diperlukan.
• Senarai semak akan membantu dalam bentuk perancangan bahan yang perlu diproses
mengikut jadual tempoh yang ditetapkan. Menjadikan cara proses dijalankan lebih efisien
4.1 Tujuan Senarai semak
• Mengurangkan kegagalan mengingat sesuatu disebabkan memori manusia yang terhad
• Memastikan tiada langkah atau item yang terlepas pandang atau terlupa
• Menambahbaik efisien dengan meminimum kesilapan
• Sebagai langkah yang perlu diikuti. Selepas sesuatu langkah diambil, ditanda dalam petak dan
diteruskan ke langkah seterusnya
4.2 Fomat senarai semak
• Senarai semak sering dizahirkan sebagai senarai dengan kotak-kotak permeriksaan kecil
disebelah kanan muka surat.Tik kecil (/) atau tanda periksa dicatat dalam kotak setelah item
yang berkaitan diahami.
No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK05-05 Muka: 7 Drp: 16
SUPERVISION 2
• Mengikut format standard ,senarai semak yang dibangunkan seharusnya memenuhi keperluan
spesifik .
• Apa yang penting senarai semak hendaklah mengandungi Item-item yang mahu disemak atau
diperiksa . Ruang atau bahagian tindakan disediakan disebelahnya.
• Ruang untuk tanda tangan pemeriksa atau penyemak berserta tarikh sebagai pengesah yang
mengendalikan tugasan tersebut juga perlu disediakan . Ruang boleh disediakan sama ada
dipermulaan atau diakhir senarai semak bergantung kepada kesesuaian rekabentuknya.
Contoh rekabentuk senarai semak Tarikh:
Pemeriksa:
(Y)=Ya (Memuaskan/diterima)
(T) = Tidak ( Perlu tindakan lanjut)
Lokasi Keadaan Komen
PERKARA/ITEM TINDAKAN (Y) atau ( T)
Tandakan (
Y T Komen
Kayu yang diguna dari kumpulan kayu keras
Pekerja menyediakan Saiz kayu dengan betul mengikut
keperluan
5.0 KAEDAH PEMASANGAN IBS
IBS adalah struktur berbentuk komponen . Pemasangan IBS memerlukan kerja-kerja
mengangkut struktur komponen pra-tuang dari tapak penyimpanan atau trailer, diangkat ke paras
dan kedudukan yang betul serta menyambungkan struktur pra-tuang dalam tapak bina.
Penupangan sementara diperlukan semasa pemasangan struktur pra-tuang. Perancangan seperti
kelegaan dan kaedah haruslah dicatatkan dalam lukisan pemasangan.
5.1 Penggunaan Jentera dalam Pemasangan IBS
Jentera yang biasa digunakan dalam pemasangan struktur konkrit pratuang adalah kren bergerak
berhidraulik, kren berantai dan kren menara. Jentera digunakan mengikut kapasitinya mengangkat
beban struktur pra-tuang.
Kapasiti kren diukur mengikut beban kapasiti minimum yang boleh diangkatnya pada jejari
kawasan itu. Kapasiti kren yang diperlukan dipengaruhi graviti tengah struktur konkrit pra-tuang itu
dan pergerakan kabel kren itu dalam radius. Rajah di bawah menunjukkan radius kerja kren untuk
ruangan untuk pemerhatian, radius kawasan semasa elemen diangkat dan radius semasa elemen
telah siap dipasang.
No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK05-05 Muka: 8 Drp: 16
SUPERVISION 2
5.2 Sambungan Dalam Struktur Pra-Tuang
• Komponen pratuang IBS mnggunakan sambungan untuk berdiri kukuh. Sambungan yang
betul memberikan gabungan dan paduan kukuh antara komponen.
• Fungsi utama sambungan adalah untuk menyambungkan anggota- anggota struktur pra-
tuang yang berlainan dan merupakan salah satu bahagian penting dalam pembinaan.
• Ia juga berfungsi memindahkan daya melalui anggota-anggota struktur yang berlainan
supaya satu interaksi pemindahan daya yang selamat dapat diwujudkan.
• Kebebasan untuk struktur bergerak diperlukan untuk mengurangkan kemungkinan untuk
berlaku keretakan pada sambungan.
• Spesifikasi campuran turapan/grouting, perincian sambungan dan kaedah perlaksanaan
kerja turapan /grouting perlu dirujuk pada ‘Work Method Statement’ syarikat. Bahan untuk
turapan/grouting boleh dihantar ke tapak dalam bentuk ‘ ready-mix’ atau dicampur sendiri di
tapak.
• Komponen pra-tuang tidak boleh dikenakan sebarang beban sehingga turapan/grout telah
diawet sepenuhnya. Masa awetan bagi kerja grouting ini adalah bergantung kepada
rekabentuk campuran yang telah ditetapkan oleh pembekal.
• Turapan/ Grouting adalah proses menurap renggangan antara dua sisian struktur.
Ia dijalankan dengan menyuntik bahan seperti Sika atau bahan-bahan ‘grout’ yang
lain untuk mengukuhkan‘column’yang telah disambungkan.
5.3 Pemasangan Komponen IBS diTapak Bina
i). Pemasangan Tiang.
• Setelah pembinaan rasuk tanah dan papak tanah siap di bina, pemasangan tiang bolehlah
dijalankan. Untuk memastikan tiang yang akan dipasang berada tepat dikedudukannya, kerja
ukur hendaklah dijalankan.
• Tiang pasang siap yang telah dihasilkan di kilang, dihantar ke tapak bina. Kren digunakan untuk
mengangkat tiang tersebut secara menegak menuju kedudukan yang akan dibuat
pemasangan. Tiang tersebut akan dimasukkan kepada besi tetulang pemula yang telah
tersedia daripada ‘ footing’ bangunan.
• Sebaik sahaja tiang berada di posisinya, pekerja hendaklah memastikan ketepatan
pemasangan secara menegak dan mendatar dengan menggunakan alat ukur.
• Setelah tiang berada betul-betul dikedudukannya, barulah tiang tersebut ditambat kepada lantai
konkrit dengan menggunakan tupang.
• Seterusnya lubang-lubang yang telah tersedia pada tiang akan dituang dengan mortar secara
gravity sehingga penuh
ii). Pemasangan Papak Berongga (Hollow core slab floor)
• Papak berongga digunakan bertujuan menggurangkan berat anggota dan meningkatkan
sifat penebatan.
No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK05-05 Muka: 9 Drp: 16
No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK05-05 Muka: 10 Drp: 16
SUPERVISION 2
• Ketebalan papak berongga adalah antara 100mm hingga 200mm dan kelebaran 0.6m
hingga 1.2m.
• Anggota lantai biasanya tidak perlu ditupangkan.
• Anggota papak berongga diangkut dengan menggunakan rantai dan ini menyebabkan ia
tidak dapat diletakkan di lokasinya dengan tepat. Oleh itu, anggota ini diletakkan ke
lokasinya dengan menggunakan salah satu bucunya dahulu sebagai titik rujukan.
Kemudiannya anggota papak akan disiram dengan air bersih. Penggisian turapan konkrit ke
dalam ruang antara anggota papak akan dibuat dengan konkrit beragregat kecil dan
mempunyai nilai keruntuhan lebih kurang 100mm. Operasi ini dibuat dengan menuangkan
konkrit siap campur ke atas lantai secara memanjang. Tetapi ianya tidak harus melebihi
500m2 pada setiap kali operasi bagi tujuan kestabilan sementara
iii) Pemasangan Rasuk
• Penyambungan rasuk menggunakan ‘corbel’ atau penyangga. Tiang yang telah siap
dipasang mempunyai tapak untuk menerima penempatan rasuk
• ‘Corbel’ digunakan untuk meningkatkan keupayaan galas kepada rasuk. Rasuk diangkat
dan diletakkan pada tapak ‘corbel’ di mana telah tersedia bar pemula.
• Turapan/ grouting’ dimasukkan pada tempat yang telah disediakan untuk meningkatkan
kekuatan penyambungan ini, ‘
• Bagi rasuk bumbung pula, penyambungan antara tiang dan rasuk tidak menggunakan
‘corbel’. Penyambungannya dengan memasukkan rasuk pada bar pemula yang telah
disediakan. Turapan/Grouting digunakan untuk menguatkan penyambungan tersebut.
No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK05-05 Muka: 11 Drp: 16
SUPERVISION 2
iv) Pemasangan Perkhidmatan M&E
• M&E dalam pembinaan merujuk kepada sistem mekanikal dan elektrikal. Sistem mekanikal
mengandungi elemen-elemen loji infrastruktur dan pemesinan, peralatan dan komponen,
pemanasan ,penyamanan dan ventilasi.
• Sistem elektrikal mengandungi bekalan kuasa dan agihan, telekomunikasi, instrumentasi
perkomputeran, sistem kawalan dan sebagainya.
• Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam mengurus pemasangan M&E untuk
koordinasi dengan IBS
a) Koordinasi untuk pendawaian konduit/paip elektrik dan laluan perkhidmatan mekanikal
perlu dilaksanakan pada peringkat awal ketika panel-panel tersebut sedang direka
bentuk.
b) Dalam proses pemasangan perkhidmatan M&E ini, adalah penting mengenalpasti lokasi
perkhidmatan berkenaan dan lain-lain lekapan sebelum pemasangan elemen-elemen
seterusnya.
No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK05-05 Muka: 12 Drp: 16
SUPERVISION 2
c) Semua kerja-kerja kejuruteraan mekanikal dan elektrik perlulah mempunyai koordinasi
yang baik dengan kerja-kerja binaan untuk memastikan kejayaan IBS dan juga sistem
Kordinasi Modular (MC).
d) Di dalam fasa reka bentuk, pereka bentuk untuk dinding struktur dan panel papak
perlulah bekerja sama dengan pereka bentuk sistem kejuruteraan mekanikal dan
elektrik sebelum panel-panel tersebut didirikan. Ini termasuklah untuk menyediakan
laluan konduit/paip/bukaan di dalam panel-panel tersebut.
Kaedah Pemasangan M&E pada struktur IBS
• Panel Dinding
a) Dinding Luaran -Fasiliti mekanikal dan elektrik tidak digalakkan untuk ditempatkan di
dinding ricih (shear wall).
b) Dinding Dalaman -Koordinasi untuk pendawaian konduit elektrik dan laluan
perkhidmatan mekanikal perlu dijalankan awal ketika panel-panel tersebut sedang direka
bentuk.
Kerja-kerja konduit elektrik dan laluan perkhidmatan mekanikal perlu dilaksanakan ketika
kerja pemasangan panel berpandukan kepada lokasi dan laluan yang dinyatakan di
dalam lukisan, atau
• Panel Papak Lantai (Floor Slab Panel)
a) Panel Papak Konkrit (Concrete Slab Panel) - tanpa siling
Kerja-kerja konduit/paip elektrik dan laluan perkhidmatan mekanikal perlu dilaksanakan
ketika pemasangan panel papak tersebut berpandukan kepada lokasi dan laluan yang
dinyatakan di dalam lukisan yang berkaitan
b) Panel Papak Jenis Hollow Core atau Half Slab - tanpa siling
✓ Lubang untuk laluan punca perkhidmatan elektrik dan mekanikal perlu disediakan/dipotong
pada papak berpandukan kepada lokasi dan laluan yang dinyatakan di dalam lukisan
berkaitan
✓ Menyediakan laluan konduit/paip elektrik dan mekanikal pada lapisan screeding/topping di
atas papak.
c) Sambungan Panel
Lubang laluan perlulah disediakan pada rasuk untuk laluan konduit/paip perkhidmatan
elektrik dan mekanikal di antara panel papak dan panel dinding
6.0 PEMERIKSAAN PENERIMAAN BAHAN
Pemeriksaan yang digunapakai dalam standard ini adalah terhad kepada verifikasi bahan yang
ditempah, memastikan ketepatan, kuantiti yang betul, Tandaan/pembungkusan yang betul dan
Konfigurasi palet betul. Bahan yang diterima diperiksa kecacatan supaya tuntutan dapat dibuat.
Apabila bahan yang diterima didapati tidak mematuhi keperluan, ianya hendaklah diasingkan.
Dalam amalan syarikat, proses pemeriksaan adalah permulaan proses pengembalian,
pengumpulan maklumat pada masa penerimaan memasuki sistem dan komunikasi dengan
pembekal.
6.1 Prosedur Pemeriksaan Penerimaan Bahan
Apabila bahansampai, personel /pegawai akan menerima bahan tersebut, dan proses menerima
dokumen,termasuk kuantiti, saiz dan kualiti bahan ditentukan.Bahan-bahan diperiksa mengikut
Tempahan pembelian bagi memastikankuantiti, saiz dan kualitinya. Sebarang percanggahan
dicatatpada Bill of Lading dan/atau Senarai pembungkusan
Berikut adalah proseduryang perlu dipatuhi:
i) Memeriksa Penghantaraan bahan
• Pemeriksa menerima dokumen pembelian bahan dan senarai pembungkusan.Dengan
berpandukan dokumentasi ini, periksa item yang diterima . Verifikasi item-item yang
dibeli,adakah mematuhi dokumen pembelian (kenyataan kerja, spesifikasi, lampiran-
lampiran dll) termasuk deskripsi bahan, model, jenama dan bilangan bahan atau produk.
• Pemeriksaan perlu selesai dalam masa yang ditentu sesuai.Jika jabatan menetapkan
yang pemeriksaannya tidak perlu disegerakan,dokumen pembelian perlu menyediakan
bila pemeriksaan boleh dilakukan dan bagaimana ianya disiapkan.
• Jabatan dinasihatkan mendokumen semua hasil pemeriksaan dan menyediakannya
kepada jabatan perolehan bagi penfailan.Dokumen berkenaan mengandungi
pengenalpastian apa tindakan yang diambil, siapa yang menghadirinya, nama dan posisi
personel pembekal , ila dan dimana pemeriksaan dilakukan serta hasil pemeriksaan.
ii) Memperakui penerimaan bahan
• Bahan yang memenuhi semua keperluanspesifikasi diterima.
Jabatan hendaklah memperakui /bersetuju menerima bahan dengan mengeluarkan
notis bertulis kepada pembekal dan menyediakan salinan surat penerimaan seperti
ditentukan polisi dalaman dan prosedur
No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK05-05 Muka: 13 Drp: 16
SUPERVISION 2
No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK05-05 Muka: 14 Drp: 16
SUPERVISION 2
iii) Mengurus Penolakan bahan-bahan yang tidak patuh
• Bahan –bahan yang tidak memenuhi spesifikasi di tanda “REJECTED – DO NOT
PROCESS”. Bahan berkenaan diasingkan dari bahan-bahan yang diterima
• Pengurus memproses laporan ketidakpematuhan -“Non-Conformance Report” (NCR). Jika
NCR dluluskan, bahan-bahan diagihkan ke pusat-pusat jualan
• Jika NCR tidak diluluskan, pengurus bahan perlu segera menghubungi pelanggan atau
vendor bagi penyelesaian muktamad.
• Pembeli bertanggungjawab memberi notis kepada pembekal, mengatur bagi menahan
bahan-bahan yang ditolak dimana-mana tempat yang terhindar daii kerosakan, menjaga
bahan-bahan berkenaan sehingga pembekal mendapat semula dan menyingkirkannya dari
tapak.
• Notis penolakan hendaklah disediakan kepada pembekal menerangkan kecacatan yang
dialami oleh bahan yang dihantar dan dianggap sebagai ketidakpatuhan kepada dokumen
pembelian, kriteria-kriteria pemeriksaan dan penghantaran dan bagaimana bahan-bahan
yang dihantar tidak mematuhi spesifikasi.
• pengurus bahan akan memohon arahan pelupusan bagi bahan-bahan cacat dan
menuntut gantian bagi mempercepatkan penyelesaian tempahan.Jika bahan disediakan
oleh vendor,pengurus akan menghantar permohonan tindakan pembetulan kepada
vendor menyatakan tindakan pembetulanyang perlu diambil
• Dalam tempoh masa yang ditetapkan, jika bahan –bahan yang ditolak tidak disingkirkan,
jabatan pembelian boleh mengembalikan semula kepada pembekal dengan kos
ditanggung pembekal atau menyimpan item-item berkenaan dengan pembekal
membayar balik segala kos yang ditanggung pembeli
7.0 Format Senarai Semak Pemeriksaan Item
Dalam menentukan format senarai semak ini, panduan berikut bolehdiaplikasi
Penggunaan jadual dalam pembentukan format akan dapat menyediakan eviden, objektif
danmakumat bagi setiap item. Senarai semak dipecah kepada seksyen berikut:
i) Kenalpasti sasaran ,rekabentuk atau data proses yang akan digunakan untuk pemeriksaan
ii) Kenalpasti jika pemeriksaan disepadukan dengan bahagian, pemasangan dan atau proses
iii) Kenalpasti maklumat bagi menyediakan eviden objektif dalam menyokong melengkapkan
rekod pemeriksaan pematuhan
iv) Kenalpasti bagaimana untuk komunikasi dan mendokumen data bagi tujuan ketidakpatuhan
yang berlaku
Bagi setiap garisan senarai semak:
• Tambah sebarang maklumat yang diminta
• Nyatakan jika item yang digaris diterima pakai dalam kotak Ya/Tidak seperti yang terpakai
• Sediakan sebarang pengenalan dokumen yang tersedia atau bilangan, tarikh, nama atau
lain-lain rujukan kepada eviden objektif bagi menyokong dan menyepadukanna dengan
maklumat yang ditetapkan
Nota: Format senarai semak penerimaan boleh juga digunakan untuk panduan
No. Kod : WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK05-05 Muka: 16 Drp: 16
SUPERVISION 2
Rujukan:
1) Material Receiving Inspection | Precision Grinding, Inc.
precisiongrinding.com/quality-assurance-program/material-receiving-inspection/
2) Receiving Procedure ~ Warehouse and Storage Management
warehouse-and-storage-management.blogspot.com/2013/03/receiving-procedure.htm
3) Installation - BCA
https://www.bca.gov.sg/Professionals/IQUAS/others/precastinstallation.pdf
4) Receiving Inspection Checklist
www.gliquality.org/sites/...templates/2.5_SLMTA%20Receipt%20checklist_v1.doc
5) Checklist - Wikipedia
https://en.wikipedia.org/wiki/Checklist