TEKNOLOGI PEMBINAAN
CONSTRUCTION SAFETY AND HEALTH
COMPETENCY 1
DCA1022
Diploma Vokasional Malaysia
DISEDIAKAN OLEH:
PN MARTINI BINTI MOHAMAD
PENSYARAH
PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN
Kolej Vokasional Klang
-2022-
1.1 PENGENALAN
Keselamatan di tapak pembinaan bukan sahaja penting untuk mengelakkan
kemalangan malah ianya dapat memainkan peranan penting dalam usaha
melipatgandakan keuntungan dan menjimatkan kos pembinaan. Semua pihak
yang terlibat dengan setiap projek pembinaan haruslah merancang dan
melaksanakan satu program keselamatan yang efektif sebagai langkah untuk
mengelak dan meminimumkan kemalangan di tapak pembinaan.
Selain itu, semua pihak juga haruslah mematuhi setiap peraturan yang
disediakan dengan mendapat kerjasama yang menyeluruh daripada pengurusan
sehingga pekerja bawahan supaya ianya berjaya mencapai matlamat program
serta berjaya menerap nilai-nilai keselamatan di dalam diri setiap pekerja yang
terlibat dengan projek pembinaan.
1.2 OBJEKTIF
Pelajar dapat mengetahui
01 peraturan keselamatan dan
kesihatan dalam kerjakerja
pembinaan bangunan.
Pelajar dapat menerangkan
02 amalan peraturan keselamatan
semasa peringkat pembinaan.
Pelajar dapat ematuhi peraturan
03 keselamatan dan kesihatan di
tapak pembinaan.
1.3 DEFINASI KESELAMATAN
Keselamatan di tapak boleh di definisikan sebagai penjagaan di tapak bina dari
segi perkara bahaya. Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan
suasana kerja dalam persekitaran serta suasana di tapak pembinaan teratur dan
selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan.
Peraturan keselamatan di tapak pembinaan boleh dibahagikan kepada tiga (3)
bahagian iaitu:
a) Peraturan Keselamatan Am
b) Peraturan Keselamatan Diri
c) Peraturan Amalan Kesihatan
1.3.1 PERATURAN KESELAMATAN AM
Mematuhi undang-undang Memakai pakaian
atau peraturan keselamatan
di tapak bina. 1 5 keselamatan yang telah
dibekalkan oleh pihak
syarikat.
Mengikut arahan penyelia Sentiasa memberi
tapak ( site supervisor )
yang telah dilantik. 2 6 peringatan mengenai
langkah keselamatan di
tapak kepada pekerja.
Sekiranya timbul sebrang 3 Hendaklah memastikan
masalah, segera rujuk 4 keadaan sekitar tapak bina
kepada penyelia projek.
7 adalah bersih, teratur dan
Hendaklah memakai pakaian
sesuai dan menggunakan alatan selamat daripada
bersesuaian dengan kaedah kemalangan.
penggunaaan yang betul.
Pekerja haruslah
8 memahami risiko
terhadap bahan-bahan
yang dikendalikan.
1.3.1 PERATURAN KESELAMATAN AM
Isyarat dan tanda amaran 9 Sebarang kerosakan alat
dipamerkan dengan terang 10 atau jentera hendaklah
pada tempat yang strategik 11
di tapak bina. 12 dimaklumkan segera
Tanda amaran hendaklah dipapar untuk diperbaiki.
secara jelas sekiranya alat atau
jentera tersebut telah rosak. Pastikan alat pemadan
api dan kotak
Kawasan pembinaan yang
berbahaya hendaklan dipagar 13 pertolongan cemas
disekelilingnya untuk
mencegah orang yang tidak terdapat di tapak bina.
sepatutnya dari masuk.
Pastikan kawasan tapak
14 bina dilengkapi dengan
alat pemadam api.
1.3.2 PERATURAN KESELAMATAN DIRI
1 Menjaga kesihatan diri sendiri
2
Kesihatan merupakan faktor yang penting dalam menguruskan kerja
3 dengan selamat. Jika seseorang pekerja kurang sihat atau uzur, dia
tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam apa
jua yang dilakukan. Kesihatan daripada segi fizikal ialah tubuh badan
pekerja.
Disiplin semasa kerja
Arahan dan peraturan yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi dan
selalu berwaspada. Jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh
membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti menyimpan
alatan tajam dalam saku, membiarkan paku yang telah digunakan
berselerak, membuang sampah merata-rata tempat dan
sebagainya.
Pengetahuan
Sebelum melakukan sesuatu kerja, pekerja haruslah memahami
bahan-bahan yang dikerjakan dan alat mesin yang digunakan.
Tindak balas bahan-bahan terutamanya bahan-bahan kimia boleh
mendatangkan kemalangan yang teruk begitu juga alat-alat
teknologi tinggi.
1.3.2 PERATURAN KESELAMATAN DIRI
4 Pakaian
5
Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian
yang koyak dan serebeh adalah punca kemalangan. Kasut dan but
keselamatan mengandungi kepingan logam dan keluli di bahagian
hadapannya adalah sesuai bagi menggelakkan sebarang kecederaan
pada kaki. Capal dan sandal tidak seharusnya dipakai semasa
bekerja di tapak pembinaan.
Perlindungan Mata
Apabila membuat kerja yang mungkin menyebabkan kecederaan
kepada mata seperti mengimpal atau mencanai, cermin mata
keselamatan atau pelindung mata dan muka hendaklah dipakai
bagi menggelakkan serpihan objek daripada memasuki mata. .
Pelindung Kepala
Topi keselamatan atau “Safety helmet” hendaklah dipakai apabila
6 berada di kawasan pembinaan bangunan yang bertingkat-tingkat
kerana objek-objek dari tingkat atas sering terjatuh ke bawah dan
dikhuatiri terkena kepala. Dengan memakai topi keledar
keselamatan kecederaan dapat dielakkan.
1.3.2 PERATURAN KESELAMATAN DIRI
7 Pelindung Tangan
8
Sarung tangan dapat melindungi tangan daripada sebarang
9 kecederaan, lebam, terbakar oleh bahan kimia dan sebagainya.
Apabila membuat kerja-kerja seperti membentuk batang keluli,
memindahkan bata dan sebagainya hendaklah memakai sarung
tangan. Akan tetapi jangan guna sarung tangan apabila melakukan
kerja dengan mesin bergerak seperti mesin canai dan mesin pelarik
kerana sarung tangan mungkin tersangkut pada mesin dan
mengakibatkan kecederaan pada tangan.
Tali Pinggang Keledar
Apabila bekerja di tempat yang tinggi, seseorang pekerja itu
hendaklah memakai tali pinggang keledar supaya dapat
menggelakkan diri daripada terjatuh. Kaedah ini sangat mustahak
kerana mengikut statistik kebanyakan kemalangan yang berlaku di
tapak pembinaan adalah pekerja jatuh dari tempat yang tinggi.
Memasang Jaring
Bagi pembinaan bangunan yang tinggi, jaring perlu dipasang di
bahagian bawah, biasanya atas tingkat pertama, tingkat kedua, di
sekeliling bangunan untuk menahan bahan-bahan yang terjatuh
dari tingkat atas.
1.3.3 PERATURAN AMALAN KESELAMATAN
Pelaksanaan dan amalan keselamatan di tapak bina perlu berlandaskan kepada
peraturan yang telah ditetapkan oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.
Akta Keselamatan Pekerja -Akta Kilang dan Jentera 1967 (FMA 1967)
Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) dikuatkuasakan mulai 1 Februari 1970 untuk
mengawal perkara yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan individu
yang terlibat dalam operasi kilang [takrif “kilang” termasuklah kerja pembinaan – seksyen
2(1) Akta] serta pendaftaran dan pemeriksaan jentera dan hal-hal lain yang berkaitan.
Akta ini telah dipinda pada tahun 1973 (melalui Akta A199) dan pada tahun 1978
(melalui Akta A424).
1.3.3 PERATURAN AMALAN KESELAMATAN
Akta ini secara keseluruhannya mengandungi peruntukan tentang keselamatan, kesihatan
dan kebajikan bagi menjamin pekerja tidak diabaikan dalam aspek-aspek tersebut.
Bahagian II akta ini menekankan langkah atau aktiviti keselamatan pekerja yang perlu
diambil perhatian oleh semua pihak dalam industri, terutamanya majikan.
Berkaitan dengan penggunaan dan pemakaian alat keselamatan pula, Peraturan-
Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1970, peraturan
yang di bawah kuat kuasa Akta Kilang dan Jentera 1967, menyenaraikan alat keselamatan
yang perlu dipakai sewaktu menjalankan kerja yang berkaitan di tempat kerja. Antara alat
yang relevan dengan pekerja binaan ialah alat pelindung muka dan mata, penutup telinga
dan alat keselamatan lain seperti baju, seluar, topi dan sarung tangan.
1.3.3 PERATURAN AMALAN KESELAMATAN
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 diwartakan dan mula berkuat kuasa
pada 25 Februari 1994 berikutan ketidakcukupan liputan Akta Kilang dan Jentera 1967
yang berfungsi melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. Akta ini
sebenarnya menjurus kepada keperluan mewujudkan budaya kerja yang selamat.
Pematuhan Akta menuntut usaha dan inisiatif yang bermula daripada pihak yang
terlibat secara langsung dengan aktiviti di tempat kerja, iaitu pihak majikan dan
pekerja.
Menurut Buletin Keselamatan dan Industri (2003), akta ini bertujuan untuk
melindungi pekerja yang menjadi mangsa dalam isu keselamatan pekerja yang
semakin meningkat.
1.3.3 PERATURAN AMALAN KESELAMATAN
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Di bawah Seksyen 15 akta ini, setiap majikan bertanggungjawab memastikan
seberapa yang boleh, hal yang berkaitan dengan keselamatan pekerja termasuklah
sistem dan prosedur kerja selamat, alat selamat (digunakan atau atas kewujudannya
di situ) dan tempat serta suasana kerja selamat.
1.3.3 PERATURAN AMALAN KESELAMATAN
Sek 15 (1)-Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
11 2 3 4 5
Penyediaan dan Pewujudan dan Pemberian maklumat, Penyenggaraan Pemastian
penyenggaraan mesin, pemastian arahan, latihan dan tempat kerja dan keseluruhan
jentera dan alat serta suasana kerja
pengoperasian penyeliaan yang sesuai keadaan kerja selamat kepada
sistem kerja yang serta kepada pekerja supaya sentiasa
selamat dan tidak pekerja
memberikan risiko penggunaan berkaitan dengan selamat
jentera dan alat keselamatan mereka
kesihatan
yang selamat semasa bekerja
1.3.3 PERATURAN AMALAN KESELAMATAN
Sek 24 -Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
11 2 3 4
Mengambil langkah Memberikan Senatau menggunakan Mematuhi
yang munasabah kerjasama kepada alat perlindungan diri sebarang arahan
dalam menjaga majikan dalam atau alat keselamatan
melaksanakan yang disediakan oleh atau langkah
keselamatan mereka Seksyen 15(1) keselamatan yang
(iaitu berhati-hati majikan semasa dikeluarkan oleh
semasa bekerja). yang dinyatakan bekerjatiasa memakai
majikan.
sebelum ini
1.3.3 PERATURAN AMALAN KESELAMATAN
AMALAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI TAPAK BINA
Pakai peralatan 1 Pastikan alat
perlindungan diri 2 pengangkat
sebelum memulakan 3
kerja. 4 5 sempurna sebelum
Pekerja dikehendaki digunakan .
memakai topi
keselamatan dan Sentiasa memberi
berkasut.
6 peringatan mengenai
Patuhi tanda amaran langkah keselamatan di
dan tanda
keselamatan di tapak tapak kepada pekerja.
bina.
7 Amalkan sistem
Periksa dahulu jentera/mesin pembuangan sampah
sebelum memulakan kerja.
yang sihat.
Membuka “formwork”
8 dengan keadaan
penyeliaan.
1.3.3 PERATURAN AMALAN KESELAMATAN
AMALAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI TAPAK BINA
Berhati-hati ketika 9 13 Pastikan laluan kerja
menggunakan bahan tiada halangan.
kimia.
Pasang penghadang 10 Jangan longgokkan bahan
Kawasan pembinaan 11
bagi menjamin 12 14 binaan di tepian tempat
keselamatan awam.
tinggi.
Kunci cangkuk dan ikat
dengan sempurna sebelum Laporkan segera
mengangkat barang dengan
menggunakan kren atau 15 sekiranya berlaku
backhoe.
kemalangan.
Jangan bekerja dalam lubang
bawah tanah tanpa Jauhi dari jentera bergerak
penyeliaan.
16 & jangan menumpang
dalam ‘bucket backhoe’.
1.3.3 PERATURAN AMALAN KESELAMATAN
PERATURAN KESELAMATAN ALAT DAN MESIN
Alatan yang hendak digunakan 1 STEP 04 4
haruslah dibersihkan terlebih
dahulu sebelum disimpan supaya Tukul besi yang pemegangnya
tidak mudah rosak atau berkarat longgar hendaklah dibaiki terlebih
dahulu sebelum digunakan.
Alatan hendaklah disimpan 2 Untuk memotong bata, 5
pada tempatnya selepas gunakan alatan yang sesuai
digunakan. Jangan biarkan seperti tukul bata dan tukul
alatan berselerak di atas besi.
lantai.
Apabila menghulurkan alatan 3 Pastikan semua alatan elektrik 6
tajam kepada orang lain, dibumikan sewajarnya dan
halakan pemegangnya dan apabila menggunakan mesin,
bukannya bahagian hujung pastikan peraturan keselamatan
yang tajam. bagi mesin tersebut dipatuhi
1.3.3 PERATURAN AMALAN KESELAMATAN
PERATURAN KESELAMATAN ALAT DAN MESIN
STEP 04
Tutupkan suis penyambung 7 Gunakan alat pelindung mata, 10
elektrik apabila mesin tidak hidung, mulut dan lain-lain apabila
digunakan. pekerjaan itu mengeluarkan habuk,
debu dan sebagainya.
Jangan berbual-bual atau 8 Pekerja-pekerja mestilah 11
bergurau senda semasa mendapatkan kebenaran terlebih
membuat kerja dengan dahulu sebelum menggunakan
menggunakan mesin atau mesin.
jentera.
Pastikan kawasan kerja yang 9
mencukupi bagi kerja yang
menggunakan mesin.
KESIMPULAN
Dalam menjamin keselamatan pekerja, penekanan terhadap penyediaan alat
keselamatan oleh majikan dan pematuhan penggunaannya oleh pekerja penting
diberikan perhatian. Hal ini adalah supaya pekerja dapat menjalankan kerja dengan
lebih selamat dan sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja,
termasuk tapak bina.
Segala peruntukan baharu dalam peraturan dan amalan yang telah diluluskan perlu
dirumuskan bagi mengekalkan atau memperbaik piawaian yang diwujudkan oleh
undang-undang sedia ada. Hal ini bukan sahaja untuk merasionalkan dan
mengemaskini undang-undang, bahkan turut meningkatkan piawai perlindungan yang
diberikan kepada orang yang sedang bekerja dan orang awam.
RUJUKAN
PENILAIAN KENDIRI
02 SUCCESS
01 Lorem ipsum
dolor sit amet,
consectetur
adipiscing elit
MARKETING
03 Lorem ipsum
dolor sit amet,
consectetur
adipiscing elit
PENILAIAN KENDIRI-JAWAPAN
02 SUCCESS
01 Lorem ipsum
dolor sit amet,
consectetur
adipiscing elit
MARKETING
03 Lorem ipsum
dolor sit amet,
consectetur
adipiscing elit