NOTA KURSUS 3
SEMESTER SEMESTER 3 SVM SESI 2021/2022
JABATAN
PROGRAM JABATAN TEKNOLOGI AWAM
TEKNOLOGI PEMBINAAN/SVM
KOD KURSUS WTP 3043 BUILDING CONSTRUCTION SUPERVISION 1
KOMPETENSI 3.0 CARRY OUT BUILDING CONSTRUCTION RESOURCES
PREPARATION
KOMPETENSI 3.1 Confirm building construction scope of work
UNIT 3.2 Confirm manpower requirement
3.3 Confirm subcontractor scope of work
3.4 Confirm materials requirement
3.5 Confirm tools, equipment and machineries requirement
3.6 Arrange building construction resources
TUJUAN Training must be able to :
1. Confirm residential building construction drawing
2. Prepare residential building construction daily work schedule
3. Carry out building construction resources preparation
4. Complete request inspection form
NO KOD WTP 3043/K03/NK03-04 MUKA : 01 DARIPADA 20
NO KOD JPK EDISI 2021
BC-030-3:2013
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 2 Drp:20
PENERANGAN
1.0 Building Construction Scope of Work (Skop Kerja Pembinaan Bangunan)
Scope of Work dikenali juga dengan nama singkatannya SOW. SOW merupakan maklumat
skop kerja projek atau hal-hal berkaitan aktiviti kerja projek yang dilaksanakan.
1.1 Kerja-Kerja Awalan (Preliminaries)
1.1.1 Pendahuluan
Kerja-kerja awalan adalah kerja yang dibuat selepas kerja pembersihan tapak. Kerja
awalan adalah bermula daripada selesai kerja pembersihan tana/tapak (site clearing)
dan bermulanya untuk membuat ukuran 1 titik mati atau TBM. Kerja awalan yang
paling penting adalah laluan sama ada sementara atau tetap untuk kemudahan semua
urusan di tapak bina.
1.1.2 Perkara Yang Perlu Untuk Kerja Awalan (Preliminaries)
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam kerja-kerja Awalan atau
Preliminaries dalam sesuatu pelaksanaan kerja. Walaubagaimanapun, ia tertakluk
mengikut kesesuaian skop kerja:-
- Bon Pelaksanaan
- Insuran Kerja
- Insuran Tanggungan Awam
- Bon Untuk Bayaran Pendahuluan
- Papan Tanda Projek
- Levi CIDB untuk projek RM 500,000.00 ke atas
- Hoarding
- Site Office
- Work Programme
- Site Security
- Penjilidan Dokumen Kontrak
- Kenderaan Untuk Pegawai Penguasa (SO)
- Bekalan Air dan Elektrik
- Kemudahan Untuk Pejabat Tapak seperti mesin fax, mesin fotokopi, komputer,
kamera dan lain-lain lagi.
- Design Guarantee Bond
- Kebersihan Di Tapak Projek
1.1.2 Pelan Binaan
Sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan terlebih dahulu hendaklah dikenal pasti
pelan pembinaan. Ini adalah supaya kerja-kerja pembinaan sesebuah bangunan atau pun
rumah betul-betul dilakukan di dalam pelan tapak yang di cadangkan dan tidak
memasuki ke dalam lot tanah yang lain. Disamping itu, satu set pelan lengkap yang
menunjukkan butiran pada lantai. Dan bumbung serta pelan keratan bahagian-bahagian
yang tertentu. Tujuannya antara lain ialah untuk mengemas dan melincinkan proses
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 3 Drp:20
pembangunan sesuatu kawasan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam pelan induk
sesuatu kawasan.
1.1.3 Ukur Dalam Pembinaan
Dalam kerja ukur biasa, pengukuran dan pengumpulan segala maklumat dibuat
dilapangan. kemudian pemprosesan dan persembahan dibuat. Sebaliknya dalam ukur
memancang tanda, contohnya kerja pemancangan piket-piket tengah lengkung,
kedudukan piket-piket dikira dan di pindahkan ke tempat cadangan atau pembinaan.
Kerja memancang tanda mempunyai kaitan dengan ukur kawalan (ufuk dan pugak)
selain itu kerja-kerja menentukan sempadan ini di mulakan dengan mencari batu – batu
sempadan yang ditanam berpandukan kepada pelan-pelan tanah/ tapak yang telah
disahkan. Kerja menyukat tanah perlu dilakukan ke atas batu-batu sempadan untuk
memastikan keluasan sebenar sesebuah lot tanah itu sama seperti yang terdapat di
dalam pelan.
1.1.4 Binaan Sementara
Kerja permulaan ialah kerja-kerja awalan yang dilakukan untuk memberikan segala
bentuk kemudahan keselamatan di tapak bina sebelum kerja-kerja pembinaan sebenar
dilakukan termasuklah menyediakan :-
a) pejabat dan tempat tinggal sementara
b) bekalan air untuk kerja
c) bekalan kuasa elektrik untuk kerja
d) jalan-jalan sementara(access road)
e) kemudahan telefon
f) papan-papan tanda
g) lindungan sementara (hoarding atau pagar)
1.1.5 Laluan Sementara
Untuk memudahkan kerja-kerja penghantaran bahan-bahan peralatan dan sebagainya
ke tapak bina, jalan-jalan sementara hendaklah dibina. Laluan ini dibina di atas tapak
yang telah dikenal pasti sebagai jalan utama menuju ke bangunan tersebut. Jalan
sementara diperlukan utk membawa masuk/keluar bahan-bahan, menghubungkan
antara laluan masuk, kawasan sempadan dan tempat aktiviti pembinaan. Keperluannya
sama seperti laluan masuk yang mempunyai keupayaan menggalas beban kenderaan
yang berat.
1.1.6 Pejabat Tapak
Projek yang besar memerlukan pejabat tapak bagi maksud pengurusan pembinaan.
Pejabat tapak digunakan oleh kakitangan pengurusan konktraktor dan perundingan.
Setiap perbincangan adalah dilakukan disitu.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 4 Drp:20
1.1.7 Stor Simpanan
Dibina berdekatan dengan laluan masuk supaya mudah untuk membuat tempat
penyimpanan barang dan menyimpan bahan serta peralatan yang perlu di beri
perlindungan cuaca. Contohnya simen, cat, kerja besi, untuk tingkap dan pintu ,papan
lembut dan lain-lain. Kedudukan stor ini perlu lebih hampir kepada tempat kerja dan
mempunyai ciri-ciri keselamatan.
1.1.8 Kantin
Dibina berhampiran dengan tempat kerja bagi menjimatkan masa perjalanan untuk
mencari tempat makan dan minum. Kemudahan asas juga mestilah disediakan agar
senang untuk membeli.
2.0 Manpower Requirement (Keperluan Tenaga Kerja)
Tenaga kerja merupakan salah satu aset yang terpenting di dalam industri pembinaan selain
daripada modal, mesin, bahan dan kepakaran. Tenaga kerja di sektor pembinaan boleh
dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu tenaga kerja am, tenaga keja separuh
mahir dan tenaga keja mahir. Proses pembinaan memerlukan empat sumber utama yang
terdiri daripada modal, buruh, loji dan bahan. Sumber-sumber ini perlu diuruskan dengan
efisyen agar peningkatan kos akibat pembaziran sumber tidak berlaku.
Tenaga kerja merupakan sumber yang penting kerana tanpanya pembinaan tidak dapat
dilaksanakan. Sumber tenaga kerja ini boleh dikategorikan kepada tiga jenis tenaga kerja
iaitu tenaga kerja mahir, tenaga kerja separa mahir dan tenaga kerja tidak mahir.
Mengikut Bathurst (1978), tenaga kerja akan mengambil 44% daripada kos pembinaan
bangunan sementara 56% lagi diambil oleh bahan binaan yang digunakan.
Antara aset yang paling penting dalam menghasilkan mutu pembinaan yang dihasilkan
ialah pekerja atau buruh. Pekerja mesti diurus dan dipimpin dengan baik supaya matlamat
organisasi dapat dicapai (Hashim Fauzy, 2000).
2.1 Pembahagian Tenaga Kerja Dalam Industri Pembinaan
Menurut Firuz (1992), pembahagian tenaga kerja dalam industri pembinaan boleh
dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
i. Pembahagian secara menegak
ii. Pembahagian secara mendatar
a. Pembahagian Tenaga Kerja Secara Menegak
Kumpulan tenaga yang besar perlu dibahagikan ke dalam suatu bentuk sistem hiraki yang
dapat membezakan di antara satu sama lain. Cara pembahagian seperti ini mengikut
pembahagian buruh yang menggunakan otak (fikiran dan ilmu) dan tangan (tenaga). Oleh
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 5 Drp:20
itu, kumpulan buruh dibahagikan mengikut organisasi ini yang mana setiap hiraki darjah
keperluan adalah berbeza-beza ke atas dua aspek tersebut.
Rajah 3 menunjukkan organisasi pentadbiran di tapak bina, di mana tempat yang paling
atas diisi oleh pengurus projek. Pengurus projek ini ditempatkan di atas kerana kebanyakan
tugas dan peranannya melibatkan soal-soal pentadbiran di tapak bina. Tugas pengurus
projek ini lebih menekankan penggunaan kemahiran otak (berfikir dan ilmu). Sementara
itu, tenaga kerja binaan pula diletakkan di tempat yang paling bawah di dalam carta
organisasi tersebut. Tenaga binaan ini hanya melakukan kerja-kerja yang menggunakan
kemahiran 'tangan' (tenaga) di dalam melaksanakan tugasnya.
b. Pembahagian Tenaga Kerja Secara Mendatar
Cara pembahagian tenaga kerja jenis ini menekankan pengkhususan kerja di mana
kumpulan tenaga kerja ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai
kemahiran yang tertentu terhadap satu-satu kerja yang spesifik sahaja. Selalunya
pembahagian buruh jenis ini dihubungkaitkan dengan bahan. Contohnya, bata dikaitkan
dengan tukang bata, kayu dikaitkan dengan tukang kayu dan sebagainya.
Pembahagian tenaga kerja jenis ini telah mula dipraktikkan pada zaman feudalisma di
England lagi. Pada zaman tersebut, tenaga kerja seperti tukang kayu dibezakan dengan
petani yang mana tukang kayu berkemahiran di dalam membina rumah, perabut dan
sebagainya. Manakala petani pula dikaitkan dengan penyediaan bahan-bahan makanan.
Pertukaran keperluan di antara kedua-dua golongan ini pula berlaku di dalam pembahagian
keperluan penginapan dan makanan dan ia dikawal oleh tuan tanah.
Cara pembahagian kumpulan tenaga kerja secara mendatar ini ditunjukkan dalam Rajah 3.
Pembahagian tenaga kerja mahir ini dipecahkan kepada beberpa kumpulan tenaga kerja
seperti tukang konkrit, tukang bata, tukang kayu, tukang besi dan sebagainya. Setiap
kumpulan ini mempunyai kemahiran masing-masing dan tidak berupaya untuk melakukan
kerja dari kumpulan lain.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 6 Drp:20
Rajah 3: Piramid Bagi Keperluan Kerja Dalam Industri Pembinaan
Sumber: Wong, Bernard T.H (1998)
2.2 Kategori Tenaga Kerja
Secara amnya, tenaga di dalam industri binaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
tenaga kerja am, tenaga kerja separa mahir dan tenaga kerja mahir.
a. Tenaga Kerja Am
Tenaga kerja am ini tidak mempunyai sebarang kemahiran dan kepakaran di dalam
melakukan kerja-kerja binaan (Rojiah, 1995). Selalunya, tenaga kerja diperingkat ini
adalah dikalangan mereka yang baru mula bekerja dan ia biasanya menjadi pembantu
kepada tenaga kerja mahir dan tenaga kerja separa mahir di dalam melakukan kerja-kerja
binaan. Oleh itu, bekalan tenaga kerja untuk tenaga kerja ini lebih mudah diperolehi
daripada tenaga kerja mahir dan tenaga kerja separa mahir. Upah yang diterima adalah
lebih rendah. Tenaga kerja ini masih mempunyai peluang untuk meningkatkan status
mereka dengan memperolehi taraf kemahiran mereka untuk menjadi tenaga kerja separa
mahir dan tenaga kerja mahir (Norlinda,1999). Ini diperolehi dengan pengalaman bekerja
yang lama.
b. Tenaga Kerja Separa Mahir
Tenaga kerja separa mahir ini lazimnya akan bekerja bersama-sama dengan tenaga kerja
mahir di tapak bina. Walaupun begitu tahap kemahiran tenaga kerja ini tidak semahir dan
secekap tenaga kerja mahir yang banyak membuat keputusan dalam menentukan cara
kerjanya. Kebiasaanya tenaga kerja separa mahir ini adalah terdiri daripada pelatih-pelatih
lepasan-lepasan institusi kemahiran seperti IKBN, ABM, IKM, Kolej Vokasional dan
sebagainya yang baru menamatkan tempoh perintis. Pengalaman bekerja mereka dalam
bidang yang mereka ceburi itu kurang daripada 3 tahun.
c. Tenaga Kerja Mahir
Tenaga kerja mahir bolehlah ditakrifkan sebagai seorang pekerja yang telah diiktiraf
kebolehan dan kepakarannya serta cekap dalam bidang yang diceburinya serta mempunyai
mutu kerja yang berkualiti, (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan "Tenaga Mahir
Membina Negara"). Menurut Fairuz (1992), tenaga kerja mahir ini didefinasikan sebagai
seseorang yang mempunyai latar belakang kemahiran dari institusi-institusi kemahiran
tertentu dan dibuktikan dengan pensijilan. Selain itu, seseorang yang telah menjadi perintis
dalam sesuatu bidang dalam tred kerja yang diceburi dalam bidang pembinaan untuk
beberapa tahun dan membuatkannya mahir dalam bidang tersebut sungguh pun tidak
menjalani latihan formal.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 7 Drp:20
Tenaga kerja mahir ini biasanya melakukan kerja-kerja seperti tukang bata, tukang
pembengkok besi, tukang kayu, jurugegas dan sebagainya. Kepakaran yang dimiliki oleh
tenaga kerja mahir ini biasanya diperolehi daripada pengalaman, pengetahuan dan bakat
individu tersebut (Shafinaz, 2001). Seseorang buruh itu dianggap sebagai tenaga kerja
mahir jika ia mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dan lebih
selepas tempoh perintisnya. Biasanya upah yang diterima ini lebih tinggi daripada tenaga
kerja am dan separa mahir. Proses untuk menjadi tenaga kerja mahir memerlukan masa
yang lama dan panjang. Ini memberi implikasi terhadap penghasilan tenaga kerja mahir
berjalan dengan perlahan dan tidak mampu memenuhi permintaan semasa. Pembayaran
perkhidmatan terhadap tenaga kerja mahir ini adalah paling tinggi berbanding dengan
kategori tenaga kerja lain mengikut kepakaran mereka.
2.3 Sumber Tenaga Kerja
Pengambilan tenaga kerja di dalam industri pembinaan di Malaysia melibatkan dua sumber
utama. Pengambilan tenaga kerja daripada dalam negara dan luar negara.
a. Pengambilan Tenaga Kerja Dalam Negara
Sumber tenaga kerja dalam negara merupakan satu sumber yang terpenting kepada industri
pembinaan kerana ia melibatkan pengolahan sumber manusia di Malaysia. Biasanya tenaga
kerja tempatan ini datang daripada negeri yang kurang maju (Rojiah, 1995). Dalam tahun
1970an berlaku jumlah penghijrahan yang tinggi di dalam negeri. Pola pergerakan penghijrah-
penghijrah (tenaga kerja tempatan) meliputi sebahagian besarnya mereka berhijrah ke negeri-
negeri yang maju seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka yang
berhijrah ke dua negeri tersebut datang daripada negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung
Malaysia seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang Negeri Sembilan dan Johor. Bagi penghijrah-
prnghijrah yang berasal Negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia destinssi mereka adalah
tertumpu ke Negeri Pahang. Pengambilan tenaga kerja tempatan terutamanya tenaga kerja
mahir dan separa mahir ini diambil daripada institusi-institusi kemahiran awam seperti Institut
Kemahiran Mara (IKM), Akademi Binaan Malaysia (ABM), Institut Latihan Perindustrian
(ILP), Kolej Vokasional dan sebagainya.
b. Pengambilan Tenaga Kerja Asing
Peningkatan dalam penghijrah untuk mencari pekerjaan yang berlaku semenjak
pertengahan tahun 1970 an di Malaysia telah menimbulkan pelbagai isu yang besar.
Perkara ini dapat dilihat sebagai satu proses yang membawa faedah ekonomi bersama dan
perubahan sosial kepada kedua-dua negara pengirim dan penerima (Rojiah, 1995). Tidak
dapat dinafikan pengambilan buruh daripada luar negara telah menyumbang
membangunkan industri pembinaan di negara ini. Kekurangan tenaga kerja yang dihadapi
oleh pihak kontraktor-kontraktor menyebabkan permintaan terhadap tenaga kerja itu
meningkat. Ini menyebabkan kadar upah meningkat secara mendadak. Peningkatan kadar
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 8 Drp:20
upah ini menggalakkan kemasukan tenaga kerja asing terutamanya dari negara Indonesia,
Bangladesh, Thailand dan sebagainya.
2.4 Trend Pekerja Asing Yang datang Ke Malaysia
Menurut Rojiah (1995), salah satu tempat yang menarik untuk mencari peluang pekerjaan di
Asia Tenggara adalah Malaysia. Antara destinasi-destinasi utama penghijrahan pekerja asing
ini ke Malaysia adalah seperti berikut:
i. Pekerja asing dari Negara Filipina ke destinasinya ke Sabah dan Sarawak
ii. Pekerja asing dari Kalimantan, Indonesia ke Negeri Sabah dan Sarawak
iii. Pekerja asing dari Sumatera dan pulau-pulau yang berdekatan ke Semenanjung
Malaysia
iv. Pekerja asing dari Thailand destinasinya adalah negeri-negeri di utara Semenanjung
Malaysia.
3.0 Subcontractor Scope of Work (Skop Kerja Subkontraktor)
Kontraktor merupakan orang perseorangan atau syarikat yang bertanggungjawab dalam
pembinaan bangunan. Mereka bertanggungjawab terhadap kerja-kerja di tapak bina. Ini
bermakna kontraktor akan merialisasikan / menganalisa apa yang direka bentuk oleh arkitek
pada pelan. Mereka perlu memahami segala peraturan yang terkandung dalam surat perjanjian
pembinaan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan. Mereka juga hendaklah melakukan
kerja-kerja dengan teratur dan cekap untuk memudahkan kerja yang telah diarahkan oleh pihak
yang terlibat mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya kontraktor tidak mengikut
arahan daripada pihak berkuasa, maka kontraktor akan menerima hukuman yang setimpal
dengan kesalahannya. Kontraktor perlu merujuk kepada arkitek sekiranya ingin melakukan
sesuatu perubahan pada bangunan. Jika berlaku kekeliruan dalam mentafsir pelan, hendaklah
dirujuk kepada arkitek bagi mendapat maklumat yang tepat dan baik.
Perbezaan antara kontraktor utama dan subkontraktor:
(a) Kontraktor Utama merupakan kontraktor yang mempunyai para pekerja sendiri
dan mempunyai kemudahan serta bahan-bahan sendiri. Mereka memiliki satu
syarikat yang mempunyai klien melalui pemindahan tender. Kontraktor ini
bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja binaan dari mula hingga bangunan siap.
Mereka ini biasanya dipilih oleh pelanggan / pemilik atas nasihat perunding melalui
tawaran.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 9 Drp:20
(b) Subkontraktor
Subkontraktor ialah kontraktor kecil yang dilantik terus oleh kontraktor atau pemborong
utama bagi melaksanakan kerja-kerja mengikut tred atau kepakaran masing-masing.
Pelantikan subkontraktor adalah berkemungkinan, kontraktor utama tidak mempunyai
kepakaran atau kemahiran untuk bidang-bidang tertentu. Mengikut kebiasaan,
subkontraktor dilantik melalui penerimaan sebutharga yang terbaik dan mempunyai
pengalaman kerja sebelum sesuatu kerja dalam kontrak utama itu dilaksanakan. Setelah
sebutharga itu diterima, satu surat setuju terima akan dikeluarkan sendiri oleh kontraktor
utama kepada sub kontraktor. Terma pembayaran untuk sub kontraktor adalah
bergantung kepada peratus kerja yang dilaksanakan atau workdone di tapak atau
berdasarkan konsep 'back to back' iaitu sub kontraktor akan menerima pembayaran
setelah kontraktor utama menerima pembayaran daripada pihak klien.
Subkontraktor terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i. Subkontraktor Dinamakan ( Nominated sub Contractor )
Dipilih dan dilantik oleh klien melalui ikatan kontrak. Menerusi ikatan ini, klien
mengharapkan supaya kerja-kerja tertentu dilaksanakan oleh mereka yang benar-
benar berkelayakan dan berkeupayaan melaksanakannya menurut kehendak
penentuan. Mereka diperlukan bagi memudahkan segala urusan pembinaan.
Kehadiran mereka dapat memberi hasil kerja yang berkualiti. Mereka terdiri dari
pekerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu mengikut pengkhususan
dan kemahiran tersendiri. Kerja-kerja yang biasa diberikan ialah :-
- Kerja cerucuk
- Pemasangan elektrik
- Sistem penyaman udara
- Tangga gerak dan lif
- Sistem pencegah kebakaran
ii. Subkontraktor Domestik / Biasa ( No-nominated Sub Contractor )
Dipilih sendiri oleh kontraktor. Mereka ini tiada ikatan kontraktor secara rasmi.
Mereka membantu mempercepatkan hasil kerja dan membuat kerja-kerja
sampingan.Seseorang kontraktor memerlukan subkontraktor domestik tertentu
supaya bilangan pekerja tetap dapat dikurangkan di samping menjimatkan kos bagi
kerja tersebut. Antara kerja-kerja yang biasa dilakukan ialah :-
- Memasang jubin lantai dan dinding
- Melepa dinding dan siling
- Kerja-kerja luar ( membuat jalan raya, pagar dan perpaipan )
Subkontraktor Domestik adalah terdiri daripada berbagai jenis kontraktor yang
melakukan kerja mengikut tred-tred tertentu mengikut kepakaran dan keupayaan
masing-masing.
Subkontraktor Domestik dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu :-
i) Subkontraktor kerja dikenali sebagai subkontraktor bahan dan buruh dan
membekalkan semua bahan dan buruh yang terlibat untuk sesuatu kerja
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 10 Drp:20
subkontrak.
ii) Subkontraktor bahan dimana ia membekalkan bahan-bahan binaan untuk
tempoh pembinaan dijalankan. Ia biasanya akan dipilih oleh pihak majikan dan
ianya dikenali sebagai pembekal dinamakan.
iii) Subkontraktor buruh dimana kontraktor yang membekalkan buruh untuk
melaksanakan kerja kontrak bangunan. Ianya membekalkan buruh mahir, separa
mahir dan kurang mahir.
Sub-kontraktor bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja subkontrak yang telah
diberikan seperti mana yang telah dijanjikan. Di bawah ini dinyatakan beberapa
tanggungjawab yang biasa wujud di dalam subkontrak iaitu seperti berikut:-
* Pematuhan nilai kualiti
* Menjaga kepentingan awam
* Menjaga kebersihan tapak bina
a) Pematuhan nilai kualiti
Kualiti kerja subkontrak dan bahan yang digunakan perlu mengikut penentuan kontrak.
Oleh yang demikian menjadi satu kewajipan kepada sub-kontraktor mendapatkan bahan
dan melaksanakan kerja subkontrak dengan baik. Namun demikian, sub-kontraktor kurang
mengemari untuk mengikut arahan kontraktor utama kerana menjaga keuntungan dalam
projek yang dijalankan.
b) Menjaga kepentingan awam
Secara munasabah, sub-kontraktor sentiasa perlu memastikan kepentingan awam tidak
terjejas akibat daripada kerja subkontrak yang dilaksanakannya. Secara langsung ia
menjaga kepentingan kontraktor utama di dalam projek berkaitan. Kepentingan ini
merangkumi kerosakan harta benda, keselamatan, keselesaan dan seumpamanya.
Peruntukan dan syarat undang-undang yang berkaitan kepentingan awam perlu diikuti,
contohnya peruntukkan oleh kerajaan tempatan.
c) Menjaga Kebersihan Tapak Bina
Apa-apa lebihan atau buangan daripada sesuatu subkontrak yang dijalankan perlu
dibersihkan semula oleh sub-kontraktor. Subkontraktor perlu memastikan hal ini dilakukan
di akhir kerja subkontrak tanpa menjejaskan harta pihak lain di tapak bina. Jika tidak
dilaksanakan kontraktor utama layak mengambil orang lain untuk melakukan obligasi itu
dan potongan pembayaran akan dibuat mengikut perbelanjaan yang ditanggung. Walaupun
demikian, subkontraktor tidak boleh dibebankan oleh pembersihan tapak akibat dari kerja
pihak lain, contohnya subkontraktor lain.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 11 Drp:20
4.0 Materials Requirement (Keperluan Bahan-Bahan Binaan)
Sumber binaan yang juga penting ialah sumber bahan dan kompenan binaan. Aspek yang
diperlukan untuk pengeluaran pembinaan yang cekap ialah item-item bahan dan kompenan
binaan, kualiti, pembaziran dan program bekalan.
Item bahan dan kompenan perlulah ditentukan jenis dan kuantitinya untuk digunakan
semasa pembinaan. Di samping itu, penggunaannya tidaklah pada masa yang sama.
Dengan itu, jadual penggunaan setiap item dan juga kuantitinya perlu ditentukan.
Kualiti bahan dan kompenan binaan terbahagi kepada dua iaitu yang pertama ialah kualiti
bahan itu sendiri, sama ada bahan atau kompenan itu daripada kilang atau sumber asli.
Keduanya ialah kualiti bahan dan kompenan itu selepas ia dipasang dan diintegrasikan
dengan kompenan lain. Maka kualiti berkait rapat dengan bahan dan juga pengeluaran
pembinaan itu sendiri. Sistem kawalan kualiti, kaedah dan perancangan kawalan kualiti,
pelarasan sistem, kawalan-kawalan bersangkutan, peningkatan kualiti pengeluaran,
kesedaran kawalan kualiti dan sistem maklum balas kualiti adalah perkara yang diperlukan
untuk pengintegrasikan ke dalam proses pengurusan.
Sistem perolehan bahan juga perlu ditentukan. Pelbagai alternatif wujud seperti pembelian
runcit, pukal, pembelian berkala, kemudahan kredit, pembaziran dan juga sistem
penghantaran perlu diambil kira. Sistem perolehan yang baik akan dapat memberikan
program perolehan, kaedah dan perancangan program pembekalan, prosedur pembekalan,
maklum balas penggunaan dan perolehan, kawalan perolehan optimum, penggunaan sistem
berkesan dan sistem maklum balas perolehan sebagai input kepada pelbagai proses
pengurusan.
Pengurusan bahan dan kompenan binaan amatlah penting untuk memastikan penggunaan
bahan dan kompenan itu ekonomik dan tidak berlaku pembaziran. Sistem yang baik,
berkait rapat dengan cara kerja, penyimpanan dan juga kaedah pemunggahan dan
penyeliaan. Perkara-perkara ini perlulah ditentukan pada pelbagai tahap proses pengurusan
penetapan had pembaziran, kaedah dari perancangan kawalan pembaziran, kesedaran
pembaziran dan keuntungan dan sisitem maklum balas pembaziran.
5.0 Tools, Equipments and Machineries Requirement (Keperluan Loji Dan Peralatan)
Sumber binaan yang juga penting ialah sumber peralatan dan loji. Bagi pengeluaran
pembinaan yang cekap, tiga perkara perlu ditekankan, iaitu peralatan dan loji yang akan
digunakan, hubungan item-item itu dengan sumber lain dan sistem perolehan item tersebut.
Jadual 2 menunjukkan hubungan proses pengurusan pembinaan dengan sumber loji dan
peralatan.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 12 Drp:20
Jadual 2: Proses Pengurusan Pembinaan – Peralatan Dan Loji
(Sumber: Omar Osman, USM)
Penggunaan loji dan peralatan dalam pembinaan adalah satu kemestian. Hampir semua
aktiviti kerja di tapak bina memerlukan perlatan yang akan digunakan oleh tenaga kerja
dalam menghasilkan pengeluaran. Walaupun begitu, tahap penggunaan loji adalah berbeza.
Loji secara umumnya merujuk kepada alat yang digunakan bagi memudahkan kerja,
mempercepat kerja, membantu meningkatkan produktiviti dan seterusnya dapat
meningkatkan kualiti pengeluaran. Penggunaan loji yang banyak di tapak bina
menunjukkan peningkatan dalam tahap teknologi pembinaan. Proses pengurusan yang
berkesan memerlukan penentuan item dan jenis, jadual waktu keperluan, lokasi dan
pergerakan loji, analisis masa, tindakan dan faktor penggerak dan penghalang, serta
prosedur dan manual loji dan peralatan.
Penggunaan loji ada hubungnya dengan sumber lain, terutama tenaga kerja. Setiap loji yang
digunakan dalam aktiviti pengeluaran memerlukan operatif yang mengendalikannya.
Contohnya, kren tinggi yang digunakan memerlukan operatif yang mahir dan juga berani
untuk berada pada ketinggian. Penawaran tenaga kerja sebegini memerlukan kos yang
tinggi dan tidak dapat dielakkan. Penggunaannya suatu kemestian dalam pembinaan
bangunan yang tinggi. Tenaga kerja asing dalam golongan operatif loji yang mahir, tidak
begitu ramai bilangannya, dan kalaupun ada, kosnya lebih tinggi daripada penggunaan
tenaga kerja tempatan. Hal ini adalah berbeza daripada penggunaan tenaga kerja asing
dalam konteks buruh mahir pertukangan biasa, yang lebih murah kosnya daripada tenaga
kerja tempatan. Dalam proses pengurusan untuk hubungan dengan sumber lain
termasuklah, penentuan hubungan sumber, penggunaan optimum, pelarasan dengan
sumber, kaedah dan pengeluaran, pengawasan integrasi, sengaaraan, insentif dan
kebajikan, dan maklum balas segera apabila berlaku kerosakan.
Sistem perolehan loji juga penting untuk ditentukan. Kebanyakan loji berkos tinggi, dan
kos penyenggaraannya juga tinggi. Firma kontraktor binaan selalunya membeli loji atau
jentera yang selalu digunakan seperti lori, jentolak dan kren biasa. Hal ini membabitkab
penggajian operatif sepenuh masa oleh firma binaan. Alternatif lain adalah dengan
menyewa, memajak atau menggunakan cara ‘factoring’. Penentuannya mestilah dilakukan
lebih awal dan jenis loji yang akan disewa atau dipajak dan sebagainya harus ditentukan.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 13 Drp:20
Perkara seperti penentuan sistem, sistem yang ekonomik, perolehan
sewa/beli/pajak/factoring, maklum balas penggunaan, perolehan optimum, kekurangan
perbezaan intrapak, etnik dan kewarganegaraan, komunikasi luaran dan dalaman
diperlukan dalam integrasi proses pengurusan dan sistem perolehan.
6.0 Building Construction Resources (Sumber Pembinaan Bangunan)
Cost (Kos/Kewangan)
Aspek kewangan di dalam industri binaan juga tidak kurang pentingnya lebih-lebih lagi di
negara-negara membangun disebabkan oleh kemudahan kewangan yang terhad dan sukar
diperolehi. Di dalam sektor tradisional, projek-projek adalah kecil dan mudah, kos juga
rendah dan biasanya datang dari klien/pengguna itu sendiri. Kemudahan-kemudahan
pinjaman jarang-jarang sekali wujud. Kerja binaan dimulakan setelah simpanan
mencukupi, kadangkala dibantu oleh pinjaman jangka pendek dari institusi kewangan
tertentu.
Di dalam sektor moden, jumlah modal yang terlibat adalah tinggi. Bagi projek-projek yang
besar dan kompleks khususnya di sektor awam dan biasanya dikawal oleh Kerajaan Pusat
yang mungkin memperolehi kewangan dari sumber-sumber antarabangsa.
Di sektor swasta, sumber-sumber pinjaman kebanyakannya dari bank-bank dan institusi-
institusi kewangan yang lain. Apa yang menjadi isu ialah berkenaan dengan kewangan
untuk kontraktor-kontraktor kecil tempatan. Walaupun konktraktor-kontraktor ini boleh
memohon pinjaman dari bank dan institusi kewangan yang lain, tetapi jumlahnya adalah
terhad dan mempunyai banyak konstrain. Kedudukan mereka adalah sukar disebabkan
pinjaman jangka pendek sukar diperolehi, kemudahan kredit untuk membeli bahan-bahan
binaan juga sukar, bayaran ke atas tuntutan biasanya lambat, loji-loji adalah mahal dan
kadar kerosakan adalah tinggi, buruh tidak boleh diharap, aliran tunai sukar diramal dan
teknik-teknik pengurusan binaan tidak wujud bagi mereka.
Materials (Bahan-Bahan binaan)
Bahan-bahan dan komponen-komponen binaan adalah salah satu daripada sumber-sumber
input binaan yang penting. Bahan-bahan utama seperti simen, keluli, kayu dan bata
amatlah diperlukan di dalam kebanyakan kerja-kerja binaan. Lebih kurang 50% daripada
bahan-bahan binaan yang digunakan adalah terdiri daripada bahan-bahan tersebut. Bahan-
bahan ini tidak boleh ditukar ganti dan sebarang kekurangan akan mempengaruhi tahap
pengeluaran serta memerlukan alternatif bekalan yang tertentu. Pada amnya, negara-negara
membangun mampu mengeluarkan bahan-bahan binaan utama untuk permintaan dalam
negeri. Walau bagaimanapun kuantiti bekalan masih tidak dapat menampung semua
permintaan daripada kesemua sektor industri binaan.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 14 Drp:20
Permintaan bahan-bahan binaan di dalam sektor tradisional dapat dipenuhi di dalam negeri
disebabkan kerja-kerja binaan di dalam sektor ini adalah mudah yang memerlukan input
bahan-bahan binaan yang tradisional dan asas. Pengaruh sektor moden ke atas sektor
tradisional ini adalah rendah dan sukar untuk menembusi pasaran sektor tradisional, kerana
kemudahan jalan dan pengangkutan yang kurang berkesan, ketiadaan bekalan elektrik,
kekurangan pekerja-pekerja yang mahir, ketiadaan kemudahan kewangan, struktur sosio-
ekonomi yang rendah dan sebagainya.
Di dalam sektor moden pula penggunaan bahan-bahan tempatan yang tinggi menyebabkan
keupayaan bekalan tidak dapat memenuhi permintaan dan ini ditampung oleh bahan-bahan
yang diimport lebih-lebih lagi jika sesebuah negara membangun itu berada ditahap
permulaan pembangunan. Pada tahap ini keupayaan industri buatan bahan-bahan binaan
berkembang pada kadar yang perlahan.
Machinery (Mesin)
Penggunaan jentera dan peralatan mekanikal dalam pembinaan adalah satu perkembangan
dalam kemajuan teknologi binaan dewasa ini. Penggunaan ini boleh dibahagikan kepada
peralatan berjentera dan peralatan tidak berjentera. Pembelian peralatan jentera
memerlukan modal permulaan yang agak besar di samping perancangan penggunaan yang
berkesan. Pelaburan tersebut sekiranya diperhitungkan dengan terperinci boleh
menyumbang dalam mempercepatkan proses binaan dan menjimatkan masa serta
mengurangkan kos buruh. Oleh sebab itu pembelian peralatan jentera adalah lebih berkesan
sekiranya kerja binaan tersebut besar, banyak dan penggunaan jentera yang berterusan.
Sekiranya pembelian peralatan jentera membebankan kedudukan kewangan pihak
kontraktor, penyewaan atau pembelian peralatan terpakai boleh diusahakan melalui
syarikat yang member sewa peralatan jentera binaan secara kontrak, penyewaan harian atau
satu jangkamasa yang dipersetujui.
Manpower (Gunatenaga/Tenaga kerja)
Antara 6% ke 10% daripada jumlah yang bekerja ialah dari sektor binaan di negara-negara
membangun berbanding antara 2% ke 6% di negara-negara maju. Kebanyakan daripada
negara-negara membangun mempunyai pekerja-pekerja tidak mahir yang banyak
bertaburan di merata-rata daerah. Walau bagaimanapun pekerja tidak mahir ini bergantung
kepada kadar upah, faktor perpindahan serta persaingan dengan sektor ekonomi yang lain.
Di negara-negara membangun kebanyakan daripada hasil binaan masih berasaskan teknik-
teknik yang mudah yang menggunakan kemahiran tradisional dan pekerja-kekerja tidak
mahir, lebih-lebih lagi di kawasan luar dan di pinggir bandar. Proses perbandaran yang
cepat menyebabkan permintaan untuk binaan meningkat dengan mendadak dan ini
seterusnya mempengaruhi kedapatan pekerja-pekerja mahir untuk menampung kenaikan
permintaan tersebut. Masalah ini menjadi lebih buruk lagi dengan latihan-latihan
vokasional yang tidak mencukupi (di dalam segi jumlah dan jenis kemahiran yang
dikeluarkan).
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 15 Drp:20
Tools and Equipment (Loji dan Alat Binaan)
Loji binaan memainkan peranan yang penting di dalam mempercepatkan masa
pengeluaran, melakukan kerja yang tidak dapat dilakukan oleh tangan, menggantikan
buruh sekiranya buruh tidak boleh diperolehi dan lain-lain, lebih-lebih lagi di dalam sektor
moden.
Di dalam sektor tradisional, alat-alat tradisional yang mudah dan ringan biasanya
digunakan dengan meluas. Di kawasan-kawasan yang mempunyai kemudahan elektrik,
alat-alat berkuasa elektrik yang ringan tetap digunakan.
Di dalam sektor moden banyak alat-alat dan loji-loji binaan yang berat digunakan. Alat-
alat dan loji-loji seperti ini diimport keseluruhannya. Masalah alat ganti, pembaikan dan
penjagaan menjadikan situasi lebih buruk kerana kebanyakan negara-negara membangun
tidak dapat menghasilkan sendiri perkara-perkara tersebut. Keadaan ini meningkatkan lagi
kos dan masa yang terlibat jika berlaku sebarang kerosakan.
Bagi kontraktor-kontraktor memberi loji-loji dan alat-alat binaan yang berat adalah paling
membebankan daripada segi kewangan. Tidak banyak kontraktor yang mampu dan
sanggup membeli peralatan tersebut walaupun terdapat kemudahan pinjaman. Risiko-
risiko seperti kerja binaan yang tidak menentu, kadar penggunaan yang tidak dapat
dimaksimumkan, beban pembaikan, penjagaan dan alat ganti dan lain-lain lagi, membuat
para kontraktor berwaspada untuk memiliki loji-loji binaan tersebut. Dalam hal ini
kewujudan perkhidmatan sewa/pajak loji binaan amat penting di dalam industri binaan.
Walau bagaimanapun perkhidmatan ini masih lagi terhad kepada loji-loji tertentu sahaja.
Di dalam kerja-kerja binaan bertaraf antarabangsa, kontraktor-kontraktor “gergasi” asing
memainkan peranan yang penting. Biasanya kontraktor-kontraktor ini membawa masuk
loji-loji sendiri untuk menjalankan sesuatu kerja kontrak.
7.0 Building Construction Resources Management
(Pengurusan Sumber Pembinaan Bangunan)
Pengurusan sumber binaan sebahagian kos projek adalah dikuasai oleh nilai harga bagi
bahan binaan. Pengurusan sumber merupakan peringkat yang agak rumit kerana ia
banyak melibatkan aktiviti seperti perancangan, pembelian, penyimpanan, penggunaan,
pengagihan, perlindungan dan pengawalan. Pengurus bahan adalah individu yang
menguruskan tentang pembelian dan pemesan bahan.
Merancang Pembelian Pembelian bahan binaan perlu dirancang pada masa ia
diperlukan dan menepati beberapa ciri berikut (Selva, 1997):
i. Kuantiti
ii. Kualiti
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 16 Drp:20
iii. Harga yang berpatutan
iv. Masa penghantaran yang tepat
v. Jenis bahan yang betul
vi. Tempat penghantaran yang betul
vii. Jenis pengangkutan yang sesuai.
Teknik perancangan yang lazim digunakan adalah carta bar dan kaedah lalui kritikal.
Hubungan yang rapat antara pengurus bahan binaan dengan pembekal perlu bagi
memudahkan kerja pemesanan dan tempahan. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada
pembekal ialah (Ng Khooi Leong, 1988):
i. Berupaya membekalkan bahan pada kualiti, kuantiti dan masa yang betul.
ii. Reputasi pembekal di pasaran.
iii. Harga bahan yang ditawarkan
iv. Kedudukan kewangannya
Beberapa perkara perlu difikirkan sebelum pemesanan bahan seperti:
i. Banyaknya bahan yang ada di tapak bina
Pemesanan hendaklah bergantung kepada jumlah yang sedia ada di tapak bina bagi
mengelakkan pembaziran.
ii. Bila bahan tersebut diperlukan
Apabila bahan benar-benar diperlukan, pemesanan hendaklah dilakukan dalam masa
terdekat di mana ia dikehendaki.
iii. Tempat di mana bahan diperlukan
Tempat bahan diperlukan harus diperjelaskan untuk menghidarkan kesilapan
penghantaran.
iv. Penyimpanan, perlindungan dan keselamatan bahan di tapak
Kesesuaian kawasan dan tempat penyimpan, menyumbang kepada perlindungan dan
keselamatan bahan.
Penerimaan, Pemeriksaan dan Merekod Bahan yang diterima darapada pembekal perlu
diperiksa dan direkodkan. Pemeriksaan yang lebih rapi perlu dilakukan terhadap:
i. Jenis bahan
ii. Kuantiti bahan.
iii. Kuantiti bahan
Cara dan bagaimana ia diperiksa adalah bergantung pada jenis, harga dan cara
pembungkusan. Jika pembungkusan menyukarkan pemeriksaan di resit penghantaran
pembekal pengurus bahan perlu mencatatkan bahawa penerimaan adalah tanpa
pemeriksaan sebelum ditandatanganinya. Terdapat beberapa pengelasan bahan sama
ada secara pukal, bag, diikat, tidak diikat atu dibungkus (Ian E. Chandler, 1978).
Sekiranya terdapat kerosakan, bahan perlu dipulangkan bersama surat bantahan.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 17 Drp:20
Pemeriksaan selalu dilakukan bergantung kepada bahan, kualiti dan kesesuaian sama
ada dengan cara (Ian Chadler,1978):
i. Penglihatan
Pada amnya dilakukan pada bahan yang tida berbungkus atau di mana kualitinya dapat
dilihat dengan sekilas pandang seperti kayu (timbercarcassing). Dari segi kawalan
kualiti, melalui pemeriksaan secara ‘visual’ kerosakan bahan dapat diketahui dengan
mudah.
ii. Sentuhan
Walaupun bahan yang ada kelihatan rosak atau kualitinya rendah tetapi melalui
sentuhan barulah keadaan tersebut dapat dipastikan. Kaedah pemeriksaan ini adalah
terhad dan terbatas kepada beberapa bahan seperti pasir, simen, ‘plaster’dan perabot
kayu.
iii. Pensampelan
Kaedah pensampelan digunakan bagi bahan tertentu yang dihantar secara pukal untuk
diramalkan secara tepat akan kualiti bahan tersebut. Ujian pensampelan biasa dilakukan
bagi kiub konkrit dan teknik tersebut boleh diaplikasiakn bagi batu baur, bata, kayu dan
komponen-komponen lain di mana ia sukar diperiksa secara satu persatu. Setelah
berpuas hati dengan bahan yang dihantar, maka resit penghantaran perlu ditandatangani.
Segala maklumat dan resit tersebut mesti difail dan direkodkan. Salinan resit diserahkan
kepada pengurus tapak dan ibu pejabat. Ini bertujuan untuk rujukan apabila menyemak
‘invois’ yang diserahkan oleh pembekal sebelum bayaran diserahkan.
Penyimpanan Bahan
Penyimpanan bahan binaan perlu diletakkan di kedudukan yang sesuai. Pemilihannya
adalah berdasarkan:
i. Jenis bahan yang disimpan
Iaitu terdiri sama ada simen, batu-bata, kayu atau tetulang adalah berbeza kaedah
penyimpanan dan perlindungannya. Keaadan fizikal tapak bina seperti keluasannya.
Keadaan fizikal tapak menentukan jenis dan jumlah bahan yang benar-benar sesuai
ditempatkan di tapak bina disamping bergantung kepada kekerapan penggunaan bahan.
ii. Setor digunakan untuk jangka masa panjang atau sebaliknya.
Keadaan setor yang dibina berdasarkan kepada masa penyimpanan dan jenis bahan yang
memerlukan penjagaan yang agak rapi.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 18 Drp:20
iii. Kedudukan setor yang dekat atau jauh memudahkan penyimpanan dan pengagihan
bahan.
Kawalan Dan Keselamatan Terhadap Bahan Binaan
Bahan yang disimpan perlu dijaga dan dilindungi dengan sempurna. Ini adalah untuk
menghindarkan dari berlaku pembaziran, penyalahgunaan dan kehilangan. Ian E.
Chandler (1978) menyatakan bahawa kehilangan biasanya disebabkan oleh tindakan
pekerja tapak semasa atau selepas waktu kerja yang tidak dapat dijangkakan, begitu juga
dengan pemilik bersebalahan yang boleh dianggap pencuri amatur. Individu ini boleh
dianggap ‘vandalism’. Tahap kehilangan dan kecurian bergantung kepada beberapa
perkara seperti lokasi tapak bina Projejk yang berhampiran kawasan perumahan
memungkinkan kerugian besar akibat tindakan ‘vandalism’ sesetengah remaja dan
kanak-kanak yang menggunakan tapak bina sebagai tempat bermain serta persekitaran
tapak.
Pengawalan yang lebih tepat di kawasan tapak yang luas atau besar bertujuan
melindungi tapak bina dari risiko kecurian. Tambahan pula sekiranya terletak di laluan
orang ramai, di pedalaman dan tiada bangunan bersebelahan.
iii. Jenis Bahan.
Bahan atau barang yang kecil, sering digunakan dan senang dibawa adalah jenis-jenis
yang mudah hilang di tapak bina.
iv. Nilai bahan.
Bahan binaan yang mahal dan sukar diperolehi di pasaran biasanya menjadi aspek utama
ia dicuri. Jenis-jenis pencegahan dan pengawalan terhadap keselamatan bahan ialah:
a) Pemasangan pagar.
Membina pagar sekurang-kurangnya 2 meter di sekeliling tapak akan menghalang
pandangan orang awam seterusnya menganggap ia sebagai Kawasan larangan.
b) Pemasangan lampu kawalan di waktu malam.
Penggunaan lampu jenis ‘floodlight’ merupakan kaedah paling effektif untuk mencegah
pencerobohan, dengan atau tanpa tujuan mencuri. Ia juga boleh di gunakan untuk
menyambung kerja-kerja pada suasana yang gelap.
c) Menempatkan pengawal pada waktu malam.
Menempatkan pengawal di tapak selepas waktu bekerja. Pengawal yang sentiasa
memeriksa pada masa tertentu akan dapat menghalang atau mencegah hadirnya pencuri
atau perosak harta awam.
d) Memasang alat pencegah kebakaran.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 19 Drp:20
Pemasangan alatan ini akan membantu mengurangkan risiko kehilangan dan kecurian
bahan. Ia juga turut berfunfsi mencegah berlakunya kebakaran yang tidak diduga.
e) Merekod bahan
Keluaran dan kemasukan bahan perlu direkodkan sebelum bukti penerimaan
diserahkan. Senarai bahan dan bakinya perlu diperkemaskan untuk mengelakan
penyelewengan atau kehilangan.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 20 Drp:20
Rujukan :-
1) https://ms-my.facebook.com/rizalzake555555/posts/835888423211804
2) https://www.slideshare.net/anisaftha/pembinaan-24751320
3) http://ukurbahan-qs.blogspot.my/2007/08/penglibatan-tenaga-kerja-tempatan-di.html
4) http://borak-qs.blogspot.my/2011/10/sub-kontraktor.html
5) http://jamilgombak.blogspot.my/p/kontraktor.html
6) https://www.slideshare.net/FiQahhAmiNn/pihak-yang-terlibat-dalam-projek-pemi
7) http://ahmadrais.blogspot.my/2013/01/hubungan-yang-wujud-di-antara-sub.html
8) https://play.google.com/books/reader?id=T3cGBAAAQBAJ&printsec=frontcover&output=re
ader&hl=en&pg=GBS.PT51.w.3.0.13
9) https://play.google.com/books/reader?id=T3cGBAAAQBAJ&printsec=frontcover&output=re
ader&hl=en&pg=GBS.PT51.w.3.0.13
10) http://apps.polikk.edu.my/~awam/files/jentera
11) Abu Bakar, A.H., (1988). Construction Inputs in Developing Countries, Bulletin PBP, No. 1,
(pp21-24).
12) https://www.slideshare.net/biaujelah/azlanmohdnorf-31789740