The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKNOLOGI PEMBINAAN 2023
(DCA2022-Landskap)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgutni, 2023-01-18 02:42:31

Nota Landskap Topik 1

TEKNOLOGI PEMBINAAN 2023
(DCA2022-Landskap)

TEKNOLOGI PEMBINAAN DISEDIAKAN OLEH: Ts. MARTINI BINTI MOHAMAD PENSYARAH PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN Kolej Vokasional Klang -2023- LANDSKAP (DCA2022) TOPIK 1


PENGENALAN KEPADA LANDSKAP


1.0 Pengenalan Landskap adalah satu bidang yang luas merangkumi rekabentuk landskap, aktiviti pelandskapan, pengurusan kawasan landskap dan bidang keusahawanan. Landskap merupakan bidang menggabungkan seni dan sains dalam mewujudkan persekitaran luar yang seimbang di antara manusia dan alam semulajadi. Kepentingan landskap dalam pembangunan negara perlu diberi penekanan yang sewajarnya agar pembangunan fizikal negara dapat diimbangi dengan pembangunan landskap yang indah, berkualiti dan beridentiti.


01 02 03 Menyatakan maksud landskap & menerangkan agensi yang terlibat dalam industri landskap. Menerangkan: • jenis, rupa bentuk dan ciri tumbuhan landskap. • elemen, fungsi fizikal dan estatika tumbuhan dalam landskap. Menyenaraikan prinsip reka bentuk landskap. OBJEKTIF


1.1 Definasi Landskap ❑ Istilah daripada Bahasa Belanda, bermaksud pemandangan desa atau suatu pemandangan luaran yang dihasilkan dari keadaan semulajadi atau binaan yang meliputi apa sahaja yang dapat kita lihat di atas muka bumi ini. ❑ Empat elemen asas dalam reka bentuk landskap iaitu tumbuhan,air,struktur,dan rupa bumi. ❑ Pelandskapan pula adalah satu proses yang mana melibatkan kegiatan merancang, merekabentuk, melaksana serta mengurus landskap untuk keselesaan, keselamatan, dan keseronokan manusia.


1.1 Definasi Landskap


1.1 Definasi Landskap


1.1 Definasi Landskap


1.1 Definasi Landskap


1.1.1 Senibina Landskap ❑ Perancangan dan rekabentuk tanah dan air untuk kegunaan awam (Laurie, 1975). ❑ “Seni Halus” di mana fungsi utamanya adalah untuk mencipta dan memelihara kecantikan alam sekitar yang diduduki oleh manusia termasuk kawasan semulajadi negara (Hubbard dan Kimball, 1917). ❑ Sebahagian landskap yang dibentuk oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai ruang untuk manusia hidup dan tidak termasuk pertanian dan perhutanan (Garrett Eckbo, 1950).


1.1.2 Sejarah Senibina Landskap Menurut Laurie dalam “An introduction to Landscape Architecture”, sejarah seni taman atau landskap perlu dikaji atas dua sebab iaitu perhubungan manusia dan persekitaran dan tamantaman silam yang mempengaruhi rekabentuk tamantaman masa kini dan masa hadapan. Mengkaji sejarah perkembangan seni taman, membolehkan kita memahami bagaimana manusia menyesuaikan persekitaran untuk keperluan sosial, ekonomi serta fizikal (iklim dan geografi). Fakta yang terdapat dalam keperluan sosial ialah kepercayaan agama, kepercayaan tradisi dan amalan serta falsafah dan kesenian manakala faktor ekonomi pula ia menunjukkan kemewahan.


1.1.2 Sejarah Senibina Landskap


1.1.2 Sejarah Senibina Landskap


1.1.2 Sejarah Senibina Landskap


Jabatan Landskap Negara (National Landscape Department, Ministry of Housing and Local Government) Institut Arkitek Landskap Malaysia (Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM)) Majlis PerbandaranJabatan Landskap (Municipal Council) Jabatan Kerja Raya (Public Works Department) 1.2 Industri Terlibat dalam Bidang Landskap 1 1 2 3 4 Persekutuan Arkitek Landskap Antarabangsa (International Federation of Landscape Architects (IFLA)) 5


1.3 Jenis, Bentuk & Ciri-ciri Tumbuhan Landskap


1.3 Jenis, Bentuk & Ciri-ciri Tumbuhan Landskap


1.3 Jenis, Bentuk & Ciri-ciri Tumbuhan Landskap


1.3 Jenis, Bentuk & Ciri-ciri Tumbuhan Landskap


1.3 Jenis, Bentuk & Ciri-ciri Tumbuhan Landskap


1.3 Jenis, Bentuk & Ciri-ciri Tumbuhan Landskap


1.3 Jenis, Bentuk & Ciri-ciri Tumbuhan Landskap


1.3 Jenis, Bentuk & Ciri-ciri Tumbuhan Landskap


1.3.1 Contoh Tumbuhan Landskap Mengikut Jenis


1.3.1 Contoh Tumbuhan Landskap Mengikut Jenis


1.3.1 Contoh Tumbuhan Landskap Mengikut Jenis


1.3.1 Contoh Tumbuhan Landskap Mengikut Jenis


1.3.2 Rupa Bentuk Tumbuhan Landskap


4 3 2 Tumbuh-tumbuhan 1 Air STEP 04 Elemen kaku dan statik 1.4.1 Elemen Dalam Landskap 1.4 Elemen, Fungsi Fizikal & Estetika Tumbuhan Dalam Landskap Topografi


1.4.2 Fungsi Fizikal & Estetika dalam Landskap


1.4.2 Fungsi Fizikal & Estetika dalam Landskap


1.4.2 Fungsi Fizikal & Estetika dalam Landskap


1.5 Prinsip Reka Bentuk Landskap ❑ Berfungsi sebagai garis panduan yang mengawal organisasi reka bentuk elemen dan bahan mengikut undang-undang alam semulajadi. ❑ Prinsip-prinsip tersebut ialah keringkasan, kesatuan, keanekaan, penumpuan, keseimbangan, irama, aturan dan skala.


1.5.1 Penumpuan (Focal) ❑ Bermaksud satu tumpuan atau fokus terhadap sesuatu elemen yang khusus yang mempunyai ciri yang menarik dan menonjol dalam landskap. ❑ Penumpuan diwujudkan untuk memberi kesan daya penarik dengan adanya satu titik fokus yang kuat melalui sesuatu ciri-ciri istimewa seperti warna, ketinggian, bentuk, tekstur, bunyi atau objek/tanaman yang istimewa lagi unik.


1.5.1 Penumpuan (Focal)


1.5.2 Skala (Scale) ❑ Skala adalah pertalian dan perbandingan saiz di antara sesuatu elemen dengan elemen yang lain dan perbandingan saiz dengan manusia dan persekitarannya. ❑ Manusia terutamanya adalah pengguna kawasan landskap yang utama dijadikan sebagai rujukan dan perbandingan


1.5.2 Skala (Scale)


1.5.3 Keseimbangan (Balance) ❑ Bermaksud pembahagian yang sama bagi ruang-ruang luar. Ia melibatkan keseimbangan dari segi saiz ruang, tinggi pokok dan juga bentuk tumbuhan. ❑ Keseimbangan juga adalah untuk mewujudkan kestabilan sama ada secara formal atau tidak secara formal ❑ Keseimbangan formal bersifat geometrik, simetri dan ditentukan melalui pengulangan elemen-elemen yang sama di kiri dan kanan. Keseimbangan tidak formal lebih dinamik dan lebih bersifat natural


1.5.3 Keseimbangan (Balance)


1.5.4 Keringkasan (Simplicity) ❑ Reka bentuk landskap yang hendak dibina seharusnya ringkas, teratur, mudah difahami dan mewujudkan susunan dan kesatuan. ❑ Menggunakan unsur-unsur dan elemen-elemen terpenting sahaja seperti tumbuh-tumbuhan, air dan struktur binaan yang mudah dan ringkas untuk mengelakkan kawasan dan suasana landskap yang kelam kabut.


1.5.4 Keringkasan (Simplicity)


1.5.5 Kesatuan (Unity) ❑ Kesatuan bermaksud penyatuan pelbagai elemen reka bentuk yang digabungkan untuk memudahkan penggarapan dan persepsi pemerhati bahawa komposisi ini adalah 'satu’. ❑ Mencapai kesatuan adalah penting untuk mendapatkan satu konsep yang kuat agar semua reka bentuk akan tertumpu kepada konsep tersebut.


1.5.5 Kesatuan (Unity)


1.5.6 Keanekaan (Variety) ❑ Keanekaan adalah penggunaan pelbagai jenis elemen dalam sesuatu reka bentuk landskap. Banyak ciri digunakan terutamanya tumbuhan yang berbagai saiz, bentuk, warna dan tekstur. ❑ Keanekaan dapat diterjemahkan melalui penggunaan kepelbagaian elemen seperti warna, bentuk, tekstur, perubahan haluan, pergerakan, bunyi dan juga kualiti cahaya.


1.5.6 Keanekaan (Variety)


1.5.7 Irama (Rhythm) ❑ Prinsip ini merupakan perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain secara berperingat mengikut pandangan mata dan sesuai dengan irama tertentu. Perubahan ini adalah dari segi ketinggian, warna atau tekstur. ❑ Pengulangan terhadap elemen-elemen tersebut akan dapat mengawal pandangan mata hingga menuju ke titik tertentu.


1.5.7 Irama(Rhythm)


1.5.8 Aturan (Repetation) ❑ Aturan berkait rapat dengan pergerakan yang melalui sesuatu ruang dari permulaan (gateway). Ruang-ruang yang seterusnya dihubungkan untuk mewujudkan kesinambungan yang teliti dan berterusan. ❑ Reka bentuk aturan yang melibatkan sesuatu 'penemuan' adalah sangat baik. Lebih baik untuk tidak menunjukkan semuanya pada satu masa untuk mewujdkan 'sense of surprise'.


1.5.8 Aturan(Repetation)


1.6 Simbol Grafik Landskap yang Digunakan Dalam Pelan Landskap ❑ Simbol adalah elemen yang paling penting dalam menghasilkan pelan landskap. Simbol landskap adalah berbeza daripada simbolsimbol profesion yang lain. Simbol boleh menginterpritasikan ideaidea ke dalam bentuk pelan dan seterusnya di tapak pembinaan ❑ Contohnya, tanaman dan elemen landskap dilukis dalam bentuk simbol untuk membina sesuatu taman mini bagi memberi gambaran sebenar keseluruhan rupa bentuk taman yang akan dibina.


Click to View FlipBook Version