The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Construction Safety and Health DCA 1022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgutni, 2022-07-19 01:08:08

CONSTRUCTION SAFETY AND HEALTH

Modul Construction Safety and Health DCA 1022

kurangnya lima belas jam seminggu khusus mengenai pengawasan keselamatan dan
menggalakkan tatakerja yang selamat amnya di tapak bina.

Penyelia Keselamatan Kontraktor
Tiap-tiap kontraktor selain daripada kontraktor utama yang bertanggungjawab ke atas
tapak bina kerja yang menggaji lebih dari dua puluh orang pekerja untuk bekerja di
tapak bina kerja hendaklah melantik seorang penyelia keselamatan kontraktor
separuh masa, yang hendaklah menghabiskan masanya sekurang-kurangnya lima
jam seminggu khusus mengenai pengawasan keselamatan dan menggalakkan
tatakerja yang selamat amnya oleh pekerjanya.

4.3.6 PENGATURAN DENGAN PIHAK SUB-KONTRAKTOR

• Salinan polisi keselamatan daripada pihak kontraktor utama hendaklah
diberikan kepada semua Penyelia / Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di
pihak sub-kontraktor.

• Kesemua sub-kontraktor hendaklah memberikan kepada kontraktor utama
salinan polisi mereka dan nama Penyelia / Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan.

• Kod dan piawaian yang relevan untuk diguna pakai sebagai terma rujukan
hendaklah dikenalpasti dan dipersetujui.

• Keperluan untuk wakil sub-kontraktor dalam Jawatankuasa Keselamatan &
Kesihatan projek perlu dibincangkan dan pengaturan yang sesuai perlu dibuat

• Prosedur dan pengaturan untuk sebarang latihan wajib dan induksi khusus
tapak serta latihan lain yang diperlukan sepanjang tempoh kontrak hendaklah
dikenalpasti dan dipersetujui.

• Mewujudkan prosedur persetujuan untuk melaporkan kecederaan, penyakit
dan kejadian berbahaya kepada pihak pengurusan tapak dan pihak berkuasa
yang berkaitan.

• Pengaturan kemudahan kebajikan dan pertolongan cemas hendaklah
dipersetujui dan sebarang kemudahan yang dikongsi hendaklah disahkan.

• Pengaturan pertolongan cemas haruslah termasuk pelantikan pembantu
pertolongan cemas dan prosedur untuk bertindak dengan balas dengan segera

terhadap kemalangan serta prosedur untuk menghubungi perkhidmatan
kecemasan.
• Keperluan dan penyediaan item yang sesuai untuk dipersetujui, bersama-sama
dengan pengaturan penyimpanan, pemeriksaan dan sebarang latihan yang
diperlukan.
• Bersetuju dengan sebarang proses atau operasi yang memerlukan masuk /
permit kerja. Tentukan sub-kontraktor mana yang terjejas dan wujudkan
prosedur formal.
• Tanggungjawab dan prosedur untuk menangani masalah akses yang biasa
kepada semua sub-kontraktor (seperti perancah, bukaan lantai, dll) dan
pertikaian mengenai perkara keselamatan.
• Bersetuju menyediakan peralatan pemadam kebakaran yang sesuai untuk
proses kerja, stor, penginapan dan pejabat.
• Prosedur persetujuan sekiranya berlaku kebakaran, menyelamat dari ruang
terkurung dan sebarang kecemasan lain yang berlaku di tempat kerja.
• Bersetuju mengatur penyimpanan bahan dan pembersihan sisa secara
berkala. Peruntukan hendaklah dibuat bagi kontraktor utama untuk kontra-caj
sub-kontraktor sekiranya pengaturan ini tidak dipatuhi.
• Menentukan peraturan tapak dan memasukkan peraturan pelanggan (jika
sesuai). Salinan peraturan tapak perlu diberikan kepada semua sub-kontraktor.
• Pengaturan untuk pemasangan awal telefon atau apa-apa cara komunikasi lain
yang sesuai adalah penting bagi tujuan kerja dan keselamatan.
• Nombor telefon untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan hendaklah
dipaparkan
• Peraturan khusus / umum tapak yang menggariskan perkara yang boleh dan
tidak boleh dilakukan (do and don’t) perlulah diwujudkan.

4.3.7 PENGURUSAN LALU LINTAS SEMENTARA

• Seperti potensi bahaya lain yang mungkin timbul semasa kerja pembinaan
dijalankan, pengurusan trafik sementara juga mesti dibangunkan sebelum kerja
dimulakan.

• Tujuannya adalah untuk melindungi bukan sahaja pekerja yang terlibat dalam
kerja-kerja pembinaan tetapi juga orang awam yang mungkin terjejas oleh
aktiviti kerja.

• Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membangunkan pengurusan trafik
sementara ialah:
i. Lebar jalan – adakah terdapat ruang yang cukup untuk lalu lintas dan
kenderaan bergerak dengan selamat?
ii. Bolehkah bahu jalan digunakan sebagai lorong trafik tambahan.
iii. Kepadatan lalu lintas – apakah kesan yang mungkin berlaku pada
keselamatan dan kesihatan, kelewatan pergerakan lalu lintas dan
pilihan alternatif terhadap tempoh masa pembinaan.
iv. Peratusan kenderaan berat – pertimbangkan operasi bermusim
v. Muka bumi – adakah muka bumi memberikan bahaya tambahan
seperti lengkung, paya, dll.
vi. Faktor alam sekitar – mengambil kira julat keadaan persekitaran
seperti keadaan basah, jarak penglihatan yang lemah dan
kegelapan.

Perlindungan Orang Awam
• Lencongan pejalan kaki ditentukan dengan jelas dan pejalan kaki dilindungi
daripada bahaya lalu lintas jalan apabila menggunakan sebarang lencongan
• Laluan kenderaan merentasi laluan pejalan kaki perlu diawasi, untuk
menghilangkan bahaya kepada orang ramai.
• Penanda bendera, penghadang, papan tanda atau lampu isyarat digunakan
untuk menghentikan orang ramai yang lalu lalang di bawah beban yang
digantung (melainkan) jika terdapat gantry (pelindung)
• Kerja-kerja pengorekan dipagar dan jika mereka ingin menakung air, pastikan
ditutup dan dipagar dengan selamat untuk menghalang akses kepada kanak-
kanak. Jika di tempat awam, perlu letak tanda amaran dan lampu amaran pada
waktu malam.
• Peralatan pneumatic hendaklah mempunyai penyenyap dan patung cerucuk
hendaklah daripada kayu atau neoprene supaya bunyi bising dapat dikawal
pada tahap yang boleh diterima.

• Jika perancah diletakkan pada laluan pejalan kaki, ia hendaklah ditanda
dengan jelas dan berlapik jika terdapat sebarang risiko yang boleh
menyebabkan kecederaan

• Keselamatan tapak yang mencukupi hendaklah disediakan semasa tempoh
tidak bekerja

Perlindungan Pekerja
• Tentukan had laju kelajuan
• Meminimumkan jumlah bunyi yang terdedah kepada pekerja melalui kawalan
pentadbiran atau kejuruteraan
• Perlindungan cerun / sisi pengorekan

4.3.8 ALAT PELINDUNG DIRI (PPE)

• Alat Pelindung Diri (APD) atau Personal Protective Equipment (PPE) secara
umumnya perlu digunakan oleh setiap pekerja sebagai alat keselamatan kerja
dan alat pelindung diri.

• Antara alat pelindung diri yang biasa digunakan adalah seperti berikut:
- Sarung tangan (hand gloves)
- Kasut keselamatan (safety shoes/boots)
- Topi keselamatan (safety helmet)
- Pelindung pernafasan (dust masker)
- Penutup telinga (disposable ear plug)
- Kaca mata pelindung (goggle / safety glasses)

• Apabila memilih peralatan pelindung diri untuk proses kerja atau siri tugas
tertentu, pertimbangkan prinsip am berikut:
a) Biasakan diri dengan risiko proses kerja – melibatkan penilaian
keadaan/sifat risiko, keadaan dan sekatan tugas yang perlu
dilakukan
b) Sedar tentang tahap risiko yang boleh diterima di mana pekerja
mungkin terdedah sebagai panduan untuk memilih peralatan
berdasarkan keperluan prestasi

c) Bandingkan keperluan prestasi dengan keupayaan pelbagai jenis
peralatan perlindungan diri

d) Pastikan peralatan yang dipilih bersesuaian dengan risiko
e) Apabila beberapa jenis peralatan perlindungan diri diperlukan untuk

mengawal pelbagai risiko dalam satu proses kerja, pastikan
peralatan tersebut serasi
f) Pastikan peralatan tersebut muat dengan betul/selesa, kerana
kesesuaian yang tidak mencukupi boleh mengehadkan keupayaan
perlindungan
g) Pertimbangkan faktor kesihatan / perubatan pekerja yang boleh
mempengaruhi sama ada mereka boleh menggunakan peralatan
tersebut atau tidak
h) Pertimbangkan keselesaan apabila memilih peralatan
i) Pastikan peralatan tersebut dipakai dengan betul
j) Berunding dengan pekerja tersebut dan orang lain yang mesti
memakai peralatan semasa memilih barang
k) Memberi keutamaan kepada item peralatan pelindung diri yang
mematuhi piawaian stardard

4.3.9 ARAHAN KESELAMATAN PERALATAN DAN KOD WARNA UNTUK
PAPAN TANDA

• Peralatan tangan memerlukan penggunaan tenaga manusia secara manual
untuk:
- menggerak
- mengubah bentuk
- menyelaras bahan
- peralatan berkuasa memerlukan penggunaan sumber kuasa lain untuk
menggerak, mengubah bentuk atau menyelaras bahan.

• Hazard penggunaan peralatan tangan:
- Elektrik (peralatan berkuasa mudah alih)
- Terpotong (peralatan berkuasa mudah alih)

- Tersangkut dan tertarik (peralatan berkuasa mudah alih)
- Bahan / peralatan terpelanting (serpihan, kepala peralatan)
- Tersepit di antara peralatan
- Terketuk oleh peralatan
- Pendedahan kepada bunyi bising
- Getaran – habuk atau wasap daripada aktiviti yang dijalankan

• Faktor penyebab kemalangan:
- Menggunakan kaedah yang salah
- Tidak menyimpan peralatan dengan sempurna
- Gagal menyenggara peralatan
- Menggunakan peralatan yang rosak
- Menggunakan peralatan yang tidak sesuai dengan kerja yang
dijalankan

• Langkah keselamatan penggunaan peralatan:
- Pilih peralatan yang sesuai dengan kerja
- Bagi latihan keselamatan kepada pengguna
- Sediakan prosedur kerja selamat untuk penggunaan peralatan
- Periksa peralatan sebelum digunakan
- Ikut arahan pembuat bagi kendalian peralatan (manual / SOP)
- Pilih dan guna kelengkapan pelindung diri yang sesuai
- Adakan program senggaraan berjadual bagi peralatan

Papan Tanda
• Perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pembinaan papan tanda:
- Pastikan tahap pandangan untuk papan tanda dalaman perlu jelas
untuk seseorang berdiri dan duduk.
- Pastikan papan tanda dalaman berdasarkan arah halatuju dan
perubahan halatuju serta kedudukan papan tanda ditempatkan di
kedudukan yang betul.
- Buang papan tanda lama atau yang menghalang penglihatan kerana ia
mungkin mengelirukan.

- Fikirkan ayat yang akan digunakan. Penggunaan dwi-bahasa
(Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) adalah digalakkan. Elakkan
penggunaan tulisan yang sukar dibaca/difahami dan simbol yang tidak
difahami.

- Pertimbangkan ukuran tulisan dan simbol yang digunakan agar tidak
terlalu besar atau kecil.

- Pastikan warna latar belakang, tulisan dan simbol mematuhi piawaian
yang telah ditetapkan.

- Perlu diambil perhatian kedudukan pancaran dan pantulan cahaya
matahari dan lampu kerana kelemahan pancaran lampu akan
mencacatkan dan mengubah warna latarbelakang, tulisan dan simbol.

• Lokasi papan tanda
- Papan tanda haruslah ditempatkan pada aras penglihatan mata supaya
boleh bertindak cepat kepada maklumat diberikan. Ia haruslah
ditempatkan dikedudukan yang betul bagi memudahkan mencari lokasi
dengan cepat, tepat dan berkesan. Kedudukan papan tanda yang salah
akan menyebabkan tersalah tempat yang dituju, hilang arah, membuang
masa dan tenaga.

• Jarak penglihatan
- Kedudukan papan tanda pada purata jarak penglihatan untuk seseorang
berdiri atau berjalan adalah pada ketinggian 1500mm dari aras lantai
dari jarak penglihatan 1000mm hingga 1800mm. Untuk OKU yang
menggunakan kerusi roda jarak penglihatan ialah 1200mm dari aras
lantai dari jarak penglihatan 1000mm hingga 1800mm.

• Papan tanda
- Penggunaan bahan papan tanda hendaklah mengikut kesesuain tempat

• Antara warna papan tanda yang digunapakai:

Merah Warna merah dominan
pada simbol menandakan
tanda bahaya atau
larangan dan simbol-
simbol kebakaran

Biru Warnah biru dominan
pada simbol menandakan
kewajiban dan harus di
taati

Hijau Warna hijau dominan
pada simbol biasanya
hanya memberikan
informasi (keadaan
selamat)

Warna kuning dominan
Kuning pada simbol menandakan

kewaspadaan

Hitam Warna dominan hitam
menandakan informasi
bersifat umum

4.3.10 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KESELAMATAN

Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan:
i. Membantu dalam pembangunan kaedah-kaedah keselamatan dan
kesihatan, sistem kerja yang selamat dan kajian semula keberkesanan
program keselamatan dan kesihatan.
ii. Untuk menjalankan penyiasatan ke atas mana-mana perkara keselamatan
dan kesihatan dan untuk membawanya ke perhatian majikan.
iii. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris,
kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang
berlaku di tempat kerja.
iv. Untuk memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.
v. Untuk membincangkan pemerhatian semasa pemeriksaan tempat kerja dan
membuat cadangan kepada majikan mengenai langkah-langkah pemulihan

yang perlu diambil tentang perkara yang boleh memberi kesan kepada
orang di tempat kerja.
vi. Melaporkan kepada majikan tentang keadaan atau amalan-amalan yang
tidak selamat dan tidak sihat di tempat kerja bersama cadangan-cadangan
untuk langkah pemulihan.
vii. Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan
membuat cadangan penambahbaikan kepada majikan.
viii. Untuk membantu majikan dalam sebarang program berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan, mengadakan ceramah keselamatan dan
kesihatan dan kegiatan lain yang diadakan untuk menggalakkan perjalanan
kerja yang selamat di tempat kerja.
ix. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekiranya perlu setara dengan
risiko yang dihadapi di tempat kerja dan ciri-ciri kerja tetapi hendaklah
bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan.
x. Jawatankuasa mestilah mempelawa mana-mana orang yang terlibat atau
mempunyai pengetahuan tentang sebarang kemalangan, kemalangan
nyaris, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan yang
berlaku di tempat kerja untuk menghadiri sebarang mesyuarat untuk
membincangkannya.

4.4 KESIMPULAN

Pengurusan keselamatan dan kesihatan yang berkesan di tapak bina penting kerana
sector pembinaan lebih berisio mengalami kemalangan maut berbanding sector-
sektor lain yang hanya membabitkan kehilangan keupayaan sementara atau secara
kekal. Setiap projek pembinaan mestilah menepati piawaian perlindungan serta
pencegahan kemalangan. Setiap projek yang berskala besar melebihi RM20 juta perlu
melantik Pegawai Keselamatan dan Kesihatan sepertimana yang telah dinyatakan di
dalam AKKP 1994, Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan) 1997, manakala bagi projek kecil atau kurang dari
jumlah RM20 juta, pihak pengurusan syarikat perlu mewujudkan jawatankuasa
keselamatan bagi memantau keselamatan kawasan tapak bina.

4.5 PENILAIAN KENDIRI

1) Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan pekerja perlu ditubuhkan sekiranya
A) Jumlah bilangan pekerja melebihi 10 orang
B) Jumlah bilangan pekerja melebihi 20 orang
C) Jumlah bilangan pekerja melebihi 30 orang
D) Jumlah bilangan pekerja melebihi 40 orang

2) Nyatakan 2 contoh hazard fizikal apabila bekerja di tapak pembinaan.

3) Nyatakan 2 contoh tindakan tidak selamat yang boleh menyebabkan kemalangan
di tempat kerja.

4) Nyatakan 3 peralatan perlindungan diri yang diberikan oleh majikan.

5) Nyatakan 4 kepentingan latihan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

6) Nyatakan 4 warna yang digunapakai pada papan tanda beserta dengan
maksud/tujuan warna tersebut

4.6 JAWAPAN

1) D - Jumlah bilangan pekerja melebihi 40 orang

2) (i) Suhu panas melampau
(ii) Bunyi bising melampau
(iii) Sinaran UV

3) (i) Tidak memakai sarung tangan ketika memegang bahan kimia
(ii) Tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika melakukan kerja di tempat
yang tinggi

4) (i) Kasut keselamatan
(ii) Topi keselamatan
(iii) Cermin mata keselamatan (goggle)

5) (i) Mengurangkan kemalangan di tempat kerja
(ii) Mengurangkan penyakit akibat persekitaran kerja yang tidak sihat
(iii) Memberi kesedaran kepada pekerja tentang bahaya di tempat kerja
(iv) Untuk mematuhi keperluan undang-undang kesihatan dan keselamatan
pekerjaan

6) Merah - menandakan tanda bahaya atau larangan dan simbol-simbol kebakaran
(stop, prohibition)
Kuning - menandakan kewaspadaan (caution, risk of danger)
Biru - menandakan kewajiban dan harus di taati (mandatory action)
Hijau - memberikan informasi / keadaan selamat (safe condition)

KOMPETENSI 5: KESELAMATAN SEMASA PERINGKAT PEMBINAAN

5.1 PENGENALAN

Kompetensi ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan keselamatan
yang perlu ada diperingkat pembinaan sesebuah projek. Kepentingan membuat
perancangan di dalam sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
tapak pembinaan amatlah penting. Perancangan yang melibatkan keselamatan dan
kesihatan (KKP) perlu bermula seawal peringkat pembinaan lagi. Perkara yang
berkaitan dengan KKP perlulah dirancang dengan baik meliputi isu berkaitan dengan
keselamatan di tapak pembinaan, kesihatan serta kebajikan pekerja.

Peringkat pembinaan melibatkan kerja-kerja penyediaan tapak, kerja pembinaan
struktur dan kerja melengkapkan kemudahan. Pemeriksaan keselamatan di tapak
pembinaan juga perlu dijalankan bagi memastikan persekitaran tapak pembinaan
dalam keadaan selamat. Setiap organisasi yang terlibat dalam pembinaan perlu
mewujudkan Pelan Tindakan Kecemasan / Emergency Response and Preparedness
(ERP) bagi memudahkan pihak organisasi mengurus situasi kecemasan dengan lebih
efektif dan efisien.

Persekitaran kerja yang selamat adalah satu situasi di mana seseorang pekerja atau
pelajar berada di tempat kerja tanpa menerima atau ditimpa sebarang risiko teruk dan
situasi yang tidak selamat ketika berada di kawasan yang berisiko tinggi untuk
berlakunya kemalangan. Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja bukan sahaja
dapat menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja.

5.2 OBJEKTIF

Di akhir kompetensi ini, pelajar dapat:

a. Menghasilkan senarai semak pemeriksaan keselamatan dan kesihatan yang
bersesuaian di dalam sesebuah organisasi

b. Menyatakan kelebihan Pelan Tindakan Kecemasan (PTK) di sesebuah organisasi
c. Menyatakan ciri-ciri persekitaran tempat kerja yang selamat.

5.3 PENGURUSAN PEJABAT TAPAK – Keselamatan, kesihatan dan kebajikan
serta kekemasan dan kebersihan di tapak pembinaan

Pejabat Tapak

Pejabat tapak umumnya bersifat sementara, hanya ada selama tempoh kerja
pembinaan dijalankan. Pejabat tapak sering dibuat secara pasang siap, atau dibina
dari bangunan mudah alih, sering disebut sebagai 'cabins' yang bersaiz standard dan
boleh dipasang bersama atau disusun untuk membentuk hampir sama seperti pejabat
atau bilik yang diperlukan. Pejabat tapak merangkumi ruang rehat, pejabat, bilik
mesyuarat, dapur, tandas, kemudahan penyimpanan barang serta kemudahan asas
yang lain yang bersesuaian dengan projek yang dijalankan. Semua ruang dan
kemudahan inin dibina sementara sahaja.

Perancangan yang teliti perlu dijalankan bagi memastikan susun atur sementara di
tapak pembinaan dapat menjamin keselamatan majikan, staf, pekerja dan orang
awam selamat dan terhindar dari sebarang kemalangan.

Selain itu, peruntukan kesihatan dan kebajikan pekerja perlu disediakan untuk
menjamin para pekerja dapat menjalankan kerja dengan lebih terjamin. Ruang kerja
yang bersesuaian akan menjamin tahap kesihatan pekerja. Majikan perlu
menyediakan inisiatif buat pekerja yang merangkumi aspek kesihatan dan kebajikan
seperti contoh pekerja yang tidak sihat diberikan cuti sakit dan bayaran perubatan
ditanggung oleh majikan. Majikan juga boleh memberi intensif seperti kenaikan gaji
tahunan ataupun cuti tahunan bagi memastikan kebajikan pekerja dijaga.

Kekemasan, kebersihan dan susun atur peralatan di tapak pembinaan sesebuah
projek harus dititikberatkan sepanjang proses pembinaan dijalankan. Keselamatan
pekerja adalah suatu keadaan di mana seseorang pekerja memerlukan persekitaran
kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas
oleh aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Susun atur yang baik memudakan pekerja untuk
mencari alatan dan peralatan yang diperlukan serta dapat mengurangkan risiko
kemalangan.

Dalam industri pembinaan, faktor keselamatan adalah sesuatu perkara yang sentiasa
diambil berat. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan
samada kepada pekerja di tapak binaan atau orang awam. Sesebuah organisasi perlu

menubuhkan satu jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan melantik
seseorang pegawai yang kompeten untuk mengetuai bahagian tersebut. Banyak
implikasi yang berlaku sekiranya faktor keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja
tidak dititikberatkan dalam industri pembinaan.

Langkah yang perlu diambil oleh pihak JKKP adalah dengan memastikan polisi OSHA
1994 itu diguna pakai di dalam organisasi dan memberikan penerangan kepada para
majikan mengenai kepentingan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
tempat kerja. JKKP perlu membuat pemantauan terhadap aduan-aduan yang dibuat
oleh pekerja dan menyiasat kes yang berlaku. Pihak pengurusan juga perlu membuat
pemantauan dari semasa ke semasa terhadap mesin-mesin dan peralatan yang
digunakan oleh pekerja bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

5.4 KERJA-KERJA PERINGKAT PEMBINAAN

Peringkat pembinaan merangkumi kerja-kerja penyediaan tapak bina termasuklah
pembinaan struktur dan kerja melengkapkan kemudahan asas projek. Kerja-kerja
yang dijalankan pada peringkat ini boleh dilihat dalam rajah di bawah:

A. Pembinaan Struktur

a) Persediaan untuk membina

Setelah mendapat kebenaran memasuki tapak pembinaan, perkara berikut perlu
dilakukan, iaitu:

i. Membersihkan tapak bina
ii. Menyediakan laluan masuk dan keluar ke tapak bina
iii. Menyediakan jalan sementara
iv. Memyediakan tempat letak kereta sementara
v. Menyediakan bangunan sementara seperti pejabat tapak, stor bahan dan

alatan, pondok kawalan, tempat kediaman sementara dan kantin.
vi. Menyediakan tempat simpanan bahan seperti keluli tetulang, keluli struktur,

cerucuk keping dan bahan lain
vii. Menyediakan pagar dan dinding adang
viii. Menyediakan papan tanda keselamatan

Selain itu, keperluan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik, talian telefon,
sanitasi dan lain-lain keperluan juga perlu disediakan untuk keselesaan pekerja.
Setelah selesai menyediakan keperluan asas, datum akan ditentukan. Seterusnya,
kerja ukur tapak akan dilakukan untuk mendapatkan aras formasi yang dikehendaki.
Ini juga melibatkan kerja-kerja menentukan aras lantai dan kecerunan parit saliran
dengan menggunakan pancang ukur dan pancang aras.

b) Kerja Tanah

Kerja tanah melibatkan proses menyediakan aras formasi seperti yang dikehendaki
dalam lukisan kerja tapak. Berdasarkan aras garisan dasar dan datum yang telah
dipancang tanda, kerja pemotongan dan penambakan dilakukan. Bagi kawasan yang
mempunyai aras tanah yang lebih tinggi daripada aras formasi tapak, kerja
pemotongan tanah dilakukan, manakala kerja penambakan tanah dilakukan bagi
kawasan yang mempunyai aras tanah yang lebih rendah daripada aras formasi. Kerja
pemotongan dan penambakan dilakukan hingga aras tapak berada tepat pada aras
formasi.

c) Pembinaan Substruktur
Semua binaan struktur kejuruteraan awam mempunyai beban yang perlu ditanggung
oleh tanah. Oleh itu, setiap pembinaan struktur tersebut dimulakan dengan pembinaan
substruktur. Substruktur merujuk kepada semua bahagian binaan yang terletak di
bawah aras permukaan tanah atau lapisan kalis lembap. Kerja pembinaan substruktur
termasuklah kerja cerucuk ( jika perlu ), tapa asas, tunggul tiang, tingkat bawah tanah
(lantai dan dinding bawah) dan lapisan asas lantai. Rajah dibawah menunjukkan
keratan rentas pembinaan substruktur bangunan.

Keratan rentas substruktur bangunan
Pembinaan substruktur dimulakan selepas kerja-kerja memasang pancang
tanda, pancang ukur dan pancang aras dilakukan. Biasanya, setelah kedudukan asas
dan dinding binaan ditentukan, kerja pengorekan lubang asas akan dimulakan.
Sekiranya keadaan tanah di kawasan yang digali itu lembut dan gembur, penahan
perparitan sementara perlu dibina untuk mengelakkan tanah pada dinding lubang itu
runtuh.
Bagi binaan yang besar dengan beban yang tinggi, kerja-kerja penanaman
cerucuk dilakukan terlebih dahulu sebelum membina tapak asas binaan. Kerja
tersebut hendaklah dilakukan mengikut lukisan kerja dan spesifikasi kerja yang telah
ditetapkan. Cerucuk yang ditanam akan dipacukan pada titik tertentu dan seterusnya
kerja pengorekan tanah untuk pembinaan tukup akan dilakukan di sekeliling cerucuk.
Kepala cerucuk kemudiannya akan dipotong hingga ke dasar korekan tukup iaitu

hingga pada garisan yang ditandakan. Sebahagian daripada tetulang cerucuk
dibiarkan terkeluar untuk dipadukan dengan tukup konkrit. Gambar di bawah
menunjukkan peringkat pembinaan asas cerucuk.

Kerja pembinaan asas cerucuk

d) Pembinaan superstruktur

Superstruktur bangunan pula meliputi semua anggota struktur yang terletak dia atas
substruktur, iaitu di bahagian atas aras bumi. Superstruktur bangunan dibina secara
berperingkat dan dimulai dengan pembinaan struktur seperti tiang, rasuk bumi, rasuk
tingkat atas, lantai bawah, rasuk tingkat atas, rasuk bumbung dan kerangka bumbung.
Ini diikuti seperti dinding, pintu, tingkap, siling, penutup bumbung dan kerja kemasan.

B. Melengkapkan Kemudahan

Semasa pembinaan struktur dijalankan, kelengkapan kemudahan asas bangunan
seperti kerja-kerja mekanikal dan elektrikal, sistem perpaipan, bekalan air bersih,
bekalan elektrik, sistem perhubungan dan telekomunikasi serta multimedia,
penyaman udara, sistem bombadan sistem pembersihan perlu disediakan.

Selain itu, kemudahan asas di luar bangunan seperti menyediakan papan
tanda nama kawasan pembinaan, papan tanda jalan masuk, jalan raya, saliran,
landskap dan lain-lain juga perlu disediakan bagi kemudahan semua pihak yang
menggunakannya. Di samping itu, kerja-kerja pembersihan kawasan tapak bina
dilakukan sebelum projek diserahkan kembali kepada klien.

5.5 PEMERIKSAAN KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

Pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan merupakan satu prosedur yang perlu
dilaksanakan bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja terpelihara
dan selamat. Tujuan pemeriksaan keselamatan adalah untuk mencari, melihat,
merekod dan menganalisa keadaan yang tidak selamat. Pemeriksaan diperlukan
untuk menguji semua faktor (peralatan, proses, bahan, bangunan, prosedur) yang
mempunyai potensi untuk menyebabkan kecederaan atau penyakit, dan mengenal
pasti tindakan yang perlu untuk mengawal bahaya tersebut daripada berulang.

Majikan perlu memastikan organisasi mempunyai polisi dan prosedur
keselamatan yang sesuai. Fokus utama program ini adalah untuk mencegah
kemalangan, penghapusan hazard dan sistem penyelenggaraan yang selamat. Lebih-
lebih lagi jika terdapat penggunaan peralatan atau bahan yang berpotensi
mendatangkan kemudaratan atau kemalangan.

Melalui pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan, kita dapat mengenal
pasti dan merekodkan risiko keselamatan dan kesihatan. Tindakan pembetulan dan
penambahbaikan dapat dikenalpasti dan dilaksanakan yang mana boleh
mengakibatkan kemudaratan dapat dihindari.

Semasa melakukan kerja pemeriksaan, pemeriksa perlulah terlebih dahulu
menjalani latihan atau menghadiri seminar keselamatan. Pemeriksaan yang berkesan
bergantung kepada keupayaan untuk mengenal pasti bahaya. Pemeriksa harus
dibekalkan dengan rujukan, panduan atau senarai semak pemeriksaan bagi
memastikan pemeriksaan yang konsisten dan menyeluruh dapat dilakukan.

Majikan perlu membangunkan senarai semak pemeriksaan berdasarkan
kepada keperluan sesebuah projek yang dijalankan. Antara indikator yang boleh
dijadikan sebagai standard untuk kerja yang dijalankan ialah:

i. susun atur tempat kerja
ii. struktur bangunan
iii. pelan lantai peralatan dan kelengkapan kerja
iv. penyelenggaraan tempoh syif/pengiliran
v. bahan-bahan hazard di tempat kerja
vi. penyimpanan keluar
vii. peraturan syarikat
viii. spesifikasi peralatan dan manual
ix. Kelengkapan perlindungan personal
x. kawalan kejuruteraan
xi. prosedur kecemasan
xii. perkhidmatan pertolongan cemas.
xiii. laporan siasatan kemalangan
xiv. aduan pekerja
xv. laporan hazard di tempat kerja
xvi. cadangan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan
xvii. laporan penyelenggaraan

Satu sistem yang merekodkan pemeriksaan, tindakan pembetulan dan
pemantauan perlulahdibangunkan oleh organisasi. Setelah pemeriksaan selesai
dilakukan, laporannya perludiserahkan kepada pihak pengurusan, jawatankuasa
keselamatan dan penyelia. Ini adalahuntuk membolehkantindakan pembetulan
dilakukan bagi memperbaiki kekurangan yang telah didikenal pasti.

Bagi tempat kerja yang mengamal sistem pengurusan keselamatan,
pemeriksaan tempat kerja secara berjadual merupakan bahagian yang penting dalam
sistem tersebut. Sebagai kaedah mengukur pencapaikan, pemeriksaan yang
dijalankan perlu dirancang secara sistematik, direkodkan dan ditambah baik dari masa
ke semasa. Bergantung kepada piawaian sistem yang digunapakai, pemeriksaan
tempat kerja dirangka mengikut keperluan yang sedikit berbeza.

Sungguhpun dikatakan pemeriksaan keselamatan mampu mencegah
kemalangan, tetapi kejadian yang tidak diingini masih terus berlaku seolah-olah
menggambarkan kegagalan amalan pemeriksaan di tempat kerja. Oleh itu, majikan
perlu lebih peka dan sentiasa melakukan pemeriksaan keselamatan dengan lebih
tegas dan mengikut standard yang telah ditetapkan.

5.6 PELAN TINDAKAN KECEMASAN (PTK)

EMERGENCY RESPONSE AND PREPAREDNESS (ERP) ataupun Pelan Tindakan
Kecemasan (PTK) merupakan salah satu bentuk dokumen standard yang perlu ada
dalam sesebuah organisasi. PTK yang dilaksanakan menghasilkan tindakan/repson
yang sewajarnya apabila berlakunya kecemasan. Semasa situasi kecemasan berlaku,
masa yang ada amat terhad. Lazimnya, orang sekeliling akan panik dan keadaan akan
menjadi huru-hara. Setiap saat atau minit menentukan antara hidup atau mati.
Sekiranya, PTK telah dibentuk maka ia dapat memudahkan kita untuk menguruskan
situasi kecemasan agar lebih efektif dan efisien.

Kesedaran sesebuah organisasi ataupun majikan berkaitan dengan isu
keselamatan dan kesihatan pekerja semakin meningkat selepas wujudnya Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Sehubungan itu, adalah penting untuk sesebuah organisasi untuk memastikan
perancangan dilakukan untuk menangani sesuatu kecemasan / bencana. PTK yang
efektif akan memberi faedah berikut kepada sesebuah organisasi:

i. Berupaya mengawal keadaan kecemasan /bencana
ii. Mengurangkan kadar kerosakan harta benda
iii. Mengurangkan jumlah pekerja yang mungkin tercedera / mengalami

kecederaan yang lebih teruk

Antara garis panduan membangunkan PTK bagi sesebuah organisasi ialah:
a) Mengenalpasti keadaan yang diklasifikasikan sebagai kecemasan / bencana
hingga memerlukan tindakan segera seperti pemindahan/pengosongan
(evacuation) bangunan. Contoh keadaan yang boleh diklasifikasikan
sebagai kecemasan / bencana adalah: -

i. Kebakaran
ii. Letupan
iii. Tumpahan / kebocoran bahan kimia berbahaya
iv. Banjir
v. Ancaman bom
vi. Gempa bumi
vii. Terperangkap dalam lif

b) Mengenalpasti laluan kecemasan dan laluan alternatif sekiranya berlaku
sesuatu kecemasan. Di sini disenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian
berkaitan dengan laluan kecemasan iaitu:-

i. Pastikan tanda arah laluan kecemasan ditanda dengan jelas.
Contohnya dengan meletakkan garisan kuning pada lantai; lampu
kecemasan; tanda "emergency exit" di pintu laluan kecemasan dan
lain-lain.

ii. Pelan laluan kecemasan perlu dilakarkan dan dipamerkan di tempat
kerja. Pekerja dan pelawat perlu dimaklumkan berkaitan laluan
kecemasan dan tempat berkumpul sekiranya berlaku kecemasan.

iii. Memastikan laluan kecemasan yang ditetapkan tidak mendedahkan
pekerja / pelawat kepada hazad / bahaya lain di tempat kerja.

iv. Memastikan laluan kecemasan; pintu kecemasan tidak dihalang
oleh objek-objek lain

c) Mengenal pasti agensi yang perlu dihubungi sekiranya berlaku kecemasan/
bencana. Pastikan nombor telefon agensi tersebut dipaparkan ditempat yang
mudah dilihat. Antara agensi yang perlu dihubungi ketika berlakunya
kecemasan ialah:
i. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
ii. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
iii. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
iv. Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM)
v. Jabatan Alam Sekitar dll

d) Mewujudkan struktur organisasi di dalam syarikat yang hanya khusus untuk
melaksanakan / mengendalikan ERP di tempat kerja. Diantara ahli-ahli yang
perlu diadakan struktur organisasi tersebut adalah:-
i. Emergency Response Team (Fire fighting team & Rescue team);
ii. First Aider Team;
iii. Emergency Commander;
iv. Liaison Officer;
v. HR Officer and etc.

e) Mewujudkan prosedur PTK dengan menyenaraikan langkah-langkah yang
wajar diambil mengikut jenis-jenis kecemasan yang telah dikenalpasti
sebelum ini.

f) Mewujudkan prosedur untuk pengiraan pekerja di tempat berkumpul
(assembly area).

g) Menyediakan latihan secara teori dan praktikal kepada pekerja. Contohnya
pekerja boleh dilatih menggunakan alat pemadam api.

h) Memberi latihan kepada pekerja, Fire Fighthing Team, Rescue Team, 1st
Aider Team tentang ERP dan latihan berkaitan untuk memastikan setiap
yang dilantik kompeten melaksanakan tugas masing-masing. Setelah diberi
latihan kepada semua ahli pasukan, majikan boleh merancang untuk

mengadakan latihan kecemasan untuk memastikan setiap ahli pasukan
boleh mengamalkan apa yang dipelajari secara praktikal.
i) Membuat latihan kecemasan iaitu "mock drill" sekurang-kurangnya setahun
sekali. "Mock drill" yang dilakukan boleh juga melibatkan agensi kerajaan
seperti BOMBA dan pihak hospital. Penilaian perlu dilakukan setiap kali
latihan diadakan. Ini bertujuan untuk memastikan penambahbaikan dapat
dilakukan di masa hadapan.

5.7 KESELAMATAN PERSEKITARAN TEMPAT KERJA

Persekitaran kerja yang selamat adalah satu situasi di mana seseorang pekerja atau
pelajar berada di tempat kerja tanpa menerima atau ditimpa sebarang risiko teruk dan
situasi yang tidak selamat ketika berada di kawasan yang berisiko tinggi untuk
berlakunya kemalangan. Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja bukan sahaja
dapat menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja.

Persekitaran tempat kerja yang selamat hendaklah meliputi perkara-perkara berikut:

i. Tidak membiarkan bahan dan alatan bersepah tanpa dikemaskan dan di susun
semula di tempatnya. Ini dapat mengelakkan bahan dan alatan tersebut
daripada dilanggar, disepak atau dipijak.

ii. Elakkan minyak atau gris tertumpah kerana minyak sangat licin dan boleh
menyebabkan kita mudah tergelincir dan jatuh.

iii. Mempunyai ruang dan mendapat bekalan cahaya yang terang, mempunyai
peredaran yang baik, mempunyai laluan untuk berjalan dan hendaklah
dilengkapkan dengan rak tempat menyimpan alatan dan bahan supaya alat-
alat tangan disusun dengan kemas dan teratur.

iv. Sistem pencahayaan dan peredaran udara yang baik diperlukan dalam
sesebuah bengkel. Bengkel yang bising, gelap, tidak selesa dan buruk tidak
berupaya membekalkan persekitaran yang selamat untuk bekerja. Ruangan
yang disediakan untuk sesebuah bengkel mestilah mengambil kira aspek
pencahayaan, peredaran udara dan bunyi bising.

Pemeriksaan pesekitaran dan peralatan perlu dibuat sebelum memulakan
sebarang aktiviti bagi memastikan alatan yang digunakan adalah selamat.
Pemeriksaan ini hendaklah berpandukan kepada borang pemeriksaan keselamatan
yang disediakan oleh Jawatankuasa Keselamatan sesebuah oeganisasi.

Pemeriksaan yang dilakukan adalah meliputi semua aspek keselamatan iaitu
persekitaran, peralatan, mesin dan analisis risiko kerja yang hendak dilakukan. Semua
perkara berikut hendaklah diisi di dalam borang senarai semak pemeriksaan
keselamatan dan diperakui oleh Ahli Jawatankuasa Keselamatan. Senarai semak
pemeriksaan tempat kerja boleh digunakan untuk menilai tahap persekitaran tempat
kerja yang selamat, kemas dan tersusun.

Amalan pemeriksaan yang mengikut standard dapat mencegah dari berlakunya
sebarang kecederaan, kemalangan mahupun kematian semasa di tempat kerja.
Perlaksanaan melibatkan semua pihak, prosedur yang lengkap dan analisa yang
terperinci ke atas hasil pemeriksaan yang telah dijalankan. Pengamal keselamatan
dan kesihatan terutamanya Site Safety Supervisor (SSS) dan Safety Health Office
(SHO) disarankan menyemak semula hasil pemeriksaan bagi memastikan objektif
tercapai dan menilai tahap keberkesanan pemeriksaan dilakukan.

Di tempat kerja, majikan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada SSS dan
SHO sahaja dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin. Ahli
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) atau penyelia tapak yang dilantik
dalam sesebuah organisasi juga boleh turut membantu melaksankan pemeriksaan
dan melaporkan setiap penemuan sebarang isu berkaitan keselamatan dan
kesihatan.

5.8 PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN

Pengujian adalah proses yang dijalankan bagi memeriksa, mengukur dan menguji
sama ada peralatan, mesin ataupun sistem bagi memastikan fungsi sesuatu
peralatan, mesin dan sistem dapat beroperasi mengikut reka bentuk asal tercapai dan
keputusan pengujian direkodkan. Rekod ini merupakan maklumat yang perlu untuk
memantau keupayaan peralatan, mesin atau sistem berkenaan di sepanjang
hayatnya.

Pentauliahan ialah proses membuktikan fungsi peralatan, mesin atau sistem
yang digunakan berfungsi dan berkeupayaan mengikut kehendak reka bentuk asal.
Ianya merangkumi rekod lengkap prosedur dan keputusan pentauliahan.

Pasukan yang terlibat dalam keselamatan dan kesihatan memainkan peranan
semasa pengujian dan pentauliahan sepanjang tempoh projek dijalankan. Mereka
bertanggungjawab menguruskan semua aspek yang melibatkan keselamatan (tempat
dan persekitaran kerja, peralatan, mesin, jentera dan sistem) yang digunakan
sepanjang pembinaan dijalankan.

Jawantakuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) yang dilantik oleh majikan
adalah bertanggungjawab untuk menetapkan semua proses dan prosedur dipatuhi
oleh semua pekerja di tapak pembinaan. JKK yang dilantik tidak semuanya
mempunyai kepakaran dalam mengendalikan dan mengetahui semua aspek
berkaitan keselamatan terutamanya dari segi penggunaan mesin, jentera dan
pengujian sesuatu bahan. Oleh itu, JKK akan menyediakan satu senarai semak dan
Standard Operation Procedure (SOP) yang berkaitan. Mereka akan mendapatkan
sumber dan maklumat daripada kalangan pakar yang berpengalaman dalam
mengendalikan sesebuah mesin, jentera dan alat pengujian.

Kontraktor yang bertanggungjawab hendaklah mengambil kira kesemua
keperluan pengujian dan pentauliahan sepanjang tempoh pembinaan. Jadual Rekod
pengujian dan pentauliahan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setiap pengujian
yang dijalankan perlu dipantau, dilihat dan disahkan oleh jurutera yang bertauliah dan
disaksikan oleh wakil dari pihak JKK sendiri. Hasil dan pemerhatian yang
dilaksanakan perlu direkod di dalam dokumen senarai semak pengujian dan
pentauliahan yang telah ditetapkan. Laporan akhir akan diperaku dan disahkan oleh
pihak jurutera.
Antara standard / piawaian yang menjadi rujukan dalam memastikan proses pengujian
dan pentauliahan ialah:

i. Construction Industry Standard (CIS 10) – Safety on Construction Work
ii. Piawaian Malaysia – Malaysians Standard (MS)
iii. Piawaian British – British Standard (BS)
iv. American Standard of Testing Materials (ASTM)
v. Piawaian Australia – Australian Standard (AS)

vi. International Standard Organization (ISO)
vii. Piawaian Jabatan Kerja Raya – JKR Standard

5.9 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kompetensi ini membincangkan amalan keselamatan dan
kesihatan di tapak pembinaan pada peringkat pembinaan sesebuah projek. Majikan
dan pekerja perlu peka terhadap isu-isu keselamatan dan kesihatan di tapak
pembinaan. Semua pihak harus berganding bahu bagi membuat perancangan,
pemantauan dan penambahbaikan terhadap ciri-ciri keselamatanyang sedia ada
dalam organisasi anda. Latihan dan kelengkapan yang khusus berkaitan kecemasan
perlu diberikan kepada semua para pekerja.
Amalan keselamatan yang baik dapat mencegah dar berlakunya kemalangan,
kecederaan atau kematian di tempat kerja. Perlaksanaan yang betul melibatkan
semua pihak. Pemantau dan analisa yang terperinci dapat meningkatkan tahap
keselamatan dan kesihatan bagi setiap pekerja.

5.10 PENILAIAN KENDIRI
6. Nyatakan TIGA (3) kelebihan Pelan Tindakan Kecemasan (PTK) di dalam

sesebuah projek pembinaan.

7. Terangkan tujuan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan
perlu dilaksanakan.

8. Senaraikan tiga (3) agensi yang boleh dihubungi sekiranya berlaku sesuatu
kecemasan di tapak pembinaa.

9. Senaraikan lima (5) indicator penting yang perlu dinilai semasa membuat Borang
Senarai Semak Pemeriksaan Keselamatan.

10. Nyatakan perkara yang perlu dilakukan oleh pihak majikan setelah mendapat
kebenaran memasuki tapak pembinaan.

5.11 JAWAPAN

6. Kelebihan Pelan Tindakan Kecemasan
i. Berupaya mengawal keadaan kecemasan /bencana
ii. Mengurangkan kadar kerosakan harta benda
iii. Mengurangkan jumlah pekerja yang mungkin tercedera / mengalami
kecederaan yang lebih teruk

7. Tujuan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan adalah untuk mencari, melihat,
merekod, menganalisa keadaan yang tidak selamat bagi membolehkan Tindakan
pembetulan penambahbaikan bagi mengurangkan kadar kemalangan atau
kemudaratan kepada pekerja.

8. Tanggungjawab Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia JKKP ditubuhkan dan
bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya
keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan

9. Contoh indicator
i. Keselamatan Umum
ii. Laluan keluar masuk
iii. Keselamatan sekitar
iv. Keselamatan kebakaran
v. Susun atur peralatan dan bahan dll

10. Perkara yang perlu dilakukan setelah mendapat kebenaran memasuki tapak bina
i. Membersihkan tapak bina, menyediakan pagar dan dinding adang
ii. Menyediakan laluan masuk dan keluar ke tapak bina (jalan sementara)
iv. Memyediakan tempat letak kereta sementara dan papan tanda keselamatan
v. Menyediakan bangunan sementara seperti pejabat tapak, stor bahan dan
alatan, pondok kawalan, tempat kediaman sementara dan kantin.
vi. Menyediakan tempat simpanan bahan seperti keluli tetulang, keluli struktur,
cerucuk keping dan bahan lain.

LAMPIRAN 5.1

Contoh Senarai Semak Pemeriksaan Keselamatan

LAMPIRAN 5.1

LAMPIRAN 5.1

LAMPIRAN 5.2

Contoh Senarai Semak Pemeriksaan Keselamatan

Contoh Pelan Tindakan Kecemasan

LAMPIRAN 5.3

Contoh Pelan Tindakan Kecemasan

LAMPIRAN 5.4

LAMPIRAN 5.5

Contoh SOP Pelan Tindakan Kecemasan

LAMPIRAN 5.6

Contoh Borang Pengujian dan Pentauliahan

LAMPIRAN 5.7

Contoh Borang Pengujian dan Pentauliahan

KOMPETENSI 6: CURRENT CONSTRUCTION OSH BEST PRACTICES

3.6 PENGENALAN
Walaupun negara telah menetapkan peraturan dan undang-undang bagi
melindungi keselamatan pekerja, ia tidak dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa
secara menyeluruh. Masih ramai pekerja yang melanggar peraturan yang
ditetapkan. Contohnya, pekerja tidak memakai topi keselamatan, tidak memakai
kasut keselamatan dan tidak memakai peralatan perlindungan peribadi
(PPE) seperti abah-abah(safety harness) dengan betul. Prosedur kerja yang tidak
betul dan kurangnya pengawasan juga menjadi penyumbang utama isu ini.

Keselamatan di tapak pembinaan bukan sahaja penting untuk mengelakkan
kemalangan malah ianya dapat memainkan peranan penting dalam usaha
melipat-gandakan keuntungan dan menjimatkan kos pembinaan. Sehubungan itu
semua pihak yang terlibat dengan setiap projek pembinaan haruslah merancang
dan melaksanakan satu program keselamatan yang efektif sebagai langkah untuk
mengelakkan dan meminimumkan kemalangan di tapak pembinaan.
Justeru,semua pihak haruslah mematuhi setiap peraturan yang disediakan
dengan mendapat kerjasama yang menyeluruh daripada pengurusan sehingga
pekerja bawahan supaya ianya berjaya mencapai metlamat program serta berjaya
menerap nilai-nilai keselamatan di dalam setiap pekerja yang terlibat dengan
projek pembinaan.

3.7 OBJEKTIF
Di akhir kompetensi ini pelatih dapat:

✓ Menghuraikan aspek-aspek penting dalam kemudahan kesihatan,
keselamatan dan kebajikan pekerja.

✓ Menyatakan kewajipan setiap majikan dan mereka yang bekerja sendiri
untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja
ketika melakukan pekerjaan.

✓ Mengenalpasti prosedur pemeriksaan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di tapak bina supaya kecederaan dan kemalangan dapat
dihindari.

3.8 AMALAN TERBAIK KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA)
SEMASA PEMBINAAN
Amalan budaya keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan amatlah penting
kerana pekerja boleh mengetahui tentang aspek-aspek keselamatan ketika
mereka berada di tapak pembinaan yang mempunyai jentera-jentera berat serta
peralatan atau mesin yang berbahaya untuk digunakan dalam membuat
pekerjaan. Kekurangan pengetahuan tentang hal tersebut boleh menyebabkan
pelbagai masalah yang tidak diingini di tapak pembinaan.

3.8.1 Kemudahan Kesihatan, Keselamatan Dan Kebajikan Pekerja
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja bermaksud:
Keselamatan: Isu yang mempunyai kaitan dengan melindungi pekerja daripada
kecederaan atau kemalangan semasa bekerja. Kecederaan berkaitan kerja
termasuk luka, patah, terseliuh dan pemotongan yang disebabkan oleh
kemalangan kerja atau disebabkan oleh pendedahan yang melibatkan sesuatu
kejadian di tempat kerja (Bernadin dan Russel,1998).

Kesihatan: Keadaan yang memberikan perlindungan kepada pekerja daripada
gangguan emosi dan apa-apa jenis penyakit fizikal disebabkan oleh kerja.
Penyakit yang disebabkan oleh kerja, seperti pendedahan kepada faktor-faktor
sekeliling, boleh mendatangkan semua jenis keadaan luar biasa atau
gangguan. Keadaan ini termasuk penyakit akut kronik seperti tekanan, burnout,
masalah jantung dan kematian yang mungkin disebabkan dengan bernafas
atau terdedah secara terus kepada bahan-bahan beracun dan merbahaya
(Bernadin dan Russel, 1998).

a) Penjagaan Majikan
Persekitaran tempat kerja perlulah sentiasa selamat dan tidak mendatangkan
sebarang risiko kepada pekerja. Maka ia perlu menjadi fokus utama majikan
bagi memastikan tempat kerja sentiasa dalam keadaan selamat. Namun,
kewajipan ini bukanlah tanggungjawap majikan semata-mata, malah pekerja
juga perlu memainkan peranan supaya keadaan selamat di tempat kerja
sentiasa terjamin. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, iaitu
Akta 514 adalah untuk menjamin keselamatan, kesihatan dan juga kebajikan

pekerja serta orang sekeliling di tempat kerja dari sebarang risiko yang
wujud dari aktiviti kerja terbabit. Selaras dengan Akta ini, ia dalah kewajipan
setiap majikan dan mereka yang bekerja sendiri untuk memastikan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja ketika melakukan
pekerjaan.

Kewajipan yang telah disebut di atas adalah termasuk penyediaan dan
penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang selamat dan tidak mendatangkan
risiko kepada kesihatan; pengurusan untuk menjamin keselamatan dan
ketiadaan risiko terhadap kesihatan dalam penggunaan atau pengendalian,
penyimpanan loji dan bahan; penyediaan maklumat, arahan dan penyeliaan;
kewujudan cara yang selamat untuk akses masuk dan keluar; dan pengadaan
dan penyenggaraan persekitaran kerja yang selamat dengan kemudahan yang
mencukupi bagi kebajikan pekerja di tempat kerja.

Adalah menjadi kewajipan setiap majikan dan orang yang bekerja
sendiri untuk menyediakan (dan menyemak semula apabila perlu) polisi
keselamatan dan kesihatan yang wujud dan dasar yang terlibat itu haruslah
diwujudkan di dalam organisasi tersebut. Segala dasar dan apa-apa semakan
di dalamnya dikehendaki untuk disampaikan oleh majikannya kepada semua
perkerjanya. Apabila perkara-perkara yang disebut telah dilanggar,maka
pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Oleh itu, pihak majikan perlu menyelenggara peralatan dan
melaksanakan sistem kerja yang selamat. Jika pihak majikan hanya mengambil
sikap sambal lewa dengan beranggapan bahawa kawasan tapak bina sudah
selamat, kurang kefahaman dan kesedaran, komunikasi yang lemah antara
pihak pengurusan dan pekerja bawahan akan mengundang kepada
kemalangan di tapak pembinaan. Justeru, adalah menjadi tanggungjawap
majikan menyediakan peraturan keselamatan dan kesihatan di dalam
organisasi masing-masing.

b) Perlindungan Percuma
Hazard pekerjaan terbahagi kepada dua jenis iaitu hazard kesihatan dan
hazard fizikal. Hazard kesihatan merupakan kerosakan dalaman pekerja
seperti paru-paru, telinga dan otak. Manakala hazard fizikal ialah perhubungan
antara alat perlindungan dengan struktur badan. Maka, alat perlindungan
memainkan peranan bagi mencegah bahaya pekerjaan. Peralatan
perlindungan diri adalah peralatan yang perlu disediakan dan dipakai oleh
pekerja untuk melindungi bahaya yang dihadapinya. Peralatan perlindungan
diri merupakan benteng terakhir dari bahaya dan ia harus dipilih mengikut
spesifikasi yang ditetapkan dan digunakan dengan betul. keselamatan boleh
dimaksimumkan jika peraturan dipatuhi dan penggunaan alat
perlindungan diri digunakan. Segala peralatan mestilah mencukupi dan
sentiasa diperiksa secara berkala.

Terdapat beberapa peruntukan undang-undang berkaitan dengan
perlindungan peribadi dan peralatan untuk perlindugan terhadap bahan-bahan
berbahaya iaitu Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan 1994(Akta 514) dan Peraturan-Peraturan Keselamatan
Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan
Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.

Kelengkapan perlindungan diri (PPE) termasuk gogal, sarung tangan,
sarung kaki, topi, dan losyen pelindung telah disentuh di bawah Akta Jentera
1967. Total kos dan caj bagi penyediaan PPE tidak boleh dikenakan ke atas
pekerja di mana Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah
menyatakan bahawa Tiada majikan boleh melevi atau membenarkan untuk
dilevi ke atas mana-mana pekerjanya apaapa caj berkenaan dengan apa-apa
jua yang dilakukan atau diadakan menurut Akta ini atau mana-mana peraturan
yang dibuat di bawahnya.

Tanggungjawab pekerja adalah untuk memakai (atau menggunakan)
PPE yang disediakan oleh majikan dalam mencegah risiko keselamatan dan
kesihatan serta mematuhi arahan berkenaan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan pekerja yang disediakan oleh majikan atau mana-mana orang lain di
bawah Akta 514.

Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
(Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada
Kesihatan) 2000 mempertimbangkan peruntukan (PPE)kelengkapan pelindung
diri yang diluluskan sebagai langkah kawalan (untuk mengawal bahan kimia
berbahaya kepada kesihatan).

c) Latihan
Selaras dengan (Akta 514), ia adalah tugas am majikan untuk memberikan
arahan dan latihan kepada pekerjanya. Selaras dengan Akta Kilang dan
Jentera 1967, tiada seorang pun boleh diambil kerja pada mana-mana mesin
atau dalam apa-apa proses, yang merupakan mesin atau proses yang boleh
menyebabkan kecederaan badan, melainkan jika dia telah diberi arahan
sepenuhnya tentang bahaya yang mungkin berbangkit berkaitan dengannya
dan langkah-langkah untuk dipatuhi, dan telah menerima arahan yang
mencukupi tentang kerja pada mesin atau proses itu; atau di bawah
pengawasan yang mencukupi oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan
dan pengalaman tentang mesin atau proses itu.

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada
Kesihatan) 2000 juga mempunyai peruntukan berkaitan latihan dan arahan
untuk pekerja dan memerlukan majikan untuk menyediakan maklumat, arahan
dan latihan yang perlu untuk membolehkan mereka tahu dan sedar akan risiko
kepada kesihatan apabila berlakunya pendedahan sedemikian dan langkah
pencegahan yang perlu diambil.
Majikan hendaklah mengkaji semula dan menjalankan program latihan- (a)
sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun; (b) jika terdapat perubahan
dalam maklumat tentang bahaya bahan kimia berbahaya kepada kesihatan,
amalan kerja selamat atau langkah-langkah kawalan; atau (c) setiap masa
yang pekerja diberi tugas baru atau ditugaskan ke kawasan kerja baru di mana

mereka terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya
kepada kesihatan.

Semua program latihan hendaklah didokumenkan dan disimpan untuk
pemeriksaan oleh mana-mana pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

3.8.2 Pemeriksaan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tapak Pembinaan
Pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan menjadi keutamaan yang harus
dilakukan. Semasa pemeriksaan dan pemantauan dijalankan, secara tidak
lansung majikan atau penyelia projek dapat mengenal pasti kerja yang
dilakukan berada dalam keadaan selamat atau pun tidak. Penyelia harus
memainkan peranan penting untuk menjangkakansebarang kemungkinan
dan bahaya yang bakal menimpa. Kondisi perancah, tower crane dansafety
harness haruslah diperiksa dahulu sebelum memulakan kerja. Jika terdapat
sebarang kerosakan, ketidaksempurnaan atau pun PPE sudah tamat tempoh,
ianya mesti dibaiki atau digantikan dengan yang baru.

a) Prosedur Pemeriksaan Am
Skop Pemeriksaan. Pemeriksaan, sama ada diprogramkan atau tidak
diprogramkan, jatuh ke dalam salah satu daripada dua kategori bergantung
pada skop pemeriksaan:

• Menyeluruh. Pemeriksaan yang lengkap Daripada kawasan bahaya yang
berpotensi tinggi penubuhan. Pemeriksaan boleh dianggap menyeluruh
walaupun, sebagai hasil daripada latihan penghakiman profesional, tidak
semua berpotensi berbahaya syarat, operasi dan amalan dalam bidang
tersebut diperiksa.

• Sebahagiannya. Pemeriksaan yang fokusnya terhad kepada kawasan yang
berpotensi berbahaya, operasi, Syarat atau amalan di pertubuhan itu.
Pemeriksaan separa boleh diperluaskan berdasarkan maklumat yang
dikumpulkan oleh CSHO semasa proses pemeriksaan. Selaras dengan
peruntukan Seksyen 8 (f) (2) Akta, dan keutamaan Office Area, CSHO akan
digunakan pertimbangan profesional untuk menentukan keperluan

pengembangan skop pemeriksaan, berdasarkan maklumat berkumpul semasa
rekod atau semakan program dan pemeriksaan kawasan sekitar.

b) Langkah Pemeriksaan
➢ Masa Pemeriksaan: Pemeriksaan hendaklah dibuat semasa waktu bekerja

biasa di dalam pertubuhan itu kecuali apabila keadaan khas menunjukkan
sebaliknya. Pengarah Penolong Kawasan dan CSHO hendaklah memberi
mengambil kira kemasukan semasa waktu kerja biasa.

➢ Awal pemeriksaan: Akan mencari wakil pemilik, pengendali atau ejen yang
bertanggungjawab di tempat kerja dan sekarang kelayakan. Di tapak
pembinaan ini akan dilakukan paling sering menjadi wakil Kontraktor. Apabila
tidak orang yang bertanggungjawab atau tidak Pegawai pengurusan hadir,
hubungi mungkin dibuat dengan majikan untuk meminta kehadirannya
daripada pemilik, pengendali atau pegawai pengurusan. Pemeriksaan itu tidak
boleh ditangguhkan secara tidak munasabah untuk menunggu ketibaan
majikan majikan. Kelewatan ini biasanya tidak melebihi satu jam. Jika orang
yang bertanggungjawab di tempat kerja tidak dapat ditentukan, rekodkan
sejauh mana siasatan dalam fail kes dan teruskan dengan Pemeriksaan fizikal.

➢ Penolakan ke Pemeriksaan Permit: Seksyen 8 dari Akta "memperuntukkan
bahawa CSHO boleh masuk tanpa lengah dan pada masa yang munasabah
mana-mana pertubuhan yang dilindungi di bawah Akta bagi maksud
menjalankan suatu Pemeriksaan ". Kecuali keadaan ini merupakan
pengecualian yang diiktiraf kepada keperluan waran (Iaitu persetujuan,
persetujuan pihak ketiga, pandangan biasa, bidang terbuka, atau keadaan
yang sukar) majikan mempunyai hak untuk menghendaki CSHO mendapatkan
Waran pemeriksaan sebelum memasuki suatu Penubuhan dan boleh menolak
masuk tanpa apa-apa waran.

c) Panduan Pemeriksaan
Panduan ini dibuat bagi membantu majikan/ pembina mengurus bahaya-
bahaya spesifik projek pembinaan. Panduan pemeriksaan ini merujuk kepada
kehendak-kehendak perundangan. Panduan pemeriksaan ini menerangkan

apa yang perlu majikan/ pembina perlu lakukan untuk mematuhi kehendak
perundangan berkenaan kerja-kerja pembinaan. Penggunaan panduan
pemeriksaan ini membuktikan bahawa lazimnya majikan/ pembina telah
membuat secukupnya untuk mematuhi kehendak perundangan.

➢ Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja di Tempat Tinggi
Atas Talian: https://goo.gl/forms/9uJIa3nN32Lwna6y2
Rujuk Lampiran 6.1 Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja di Tempat Tinggi
https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/list-of-documents/osh-
info/construction-safety/inspection-guidance/form/1887-1-hazard-inspection-
guidance-of-working-at-height

➢ Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Konkrit
Atas Talian: https://goo.gl/forms/FPc96KihVyBPBqnF3
Rujuk Lampiran 6.2 Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Konkrit
https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/list-of-documents/osh-
info/construction-safety/inspection-guidance/form/1888-2-hazard-inspection-
guidance-of-concrete-works

➢ Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Perancah Pasang Siap
Atas Talian: https://goo.gl/forms/KZcnnngE1bkWXx1x1
Rujuk Lampiran 6.3 Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Perancah Pasang
Siap
https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/list-of-documents/osh-
info/construction-safety/inspection-guidance/form/1889-3-hazard-inspection-
guidance-of-prefabricated-scaffold

➢ Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Pengorekan
Atas Talian: https://goo.gl/forms/y3PEf8TKYDI0mZDJ3
Rujuk Lampiran 6.4 Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Pengorekan
https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/list-of-documents/osh-
info/construction-safety/inspection-guidance/form/1890-4-hazard-inspection-
guidance-of-excavation-works

➢ Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Mengangkat
Atas Talian: https://goo.gl/forms/zmdk1WMTO6dX2ETs1
Rujuk Lampiran 6.5 Panduan Pemeriksaan Bahaya Kerja Mengangkat
https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/list-of-documents/osh-
info/construction-safety/inspection-guidance/form/1891-5-hazard-inspection-
guidance-of-lifting-operation

3.9 KESIMPULAN
Secara Keseluruhannya, kompetensi ini akan membincangkan beberapa perkara
yang berkaitan dengan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak
pembinaan. Oleh demikian, dapat dirumuskan bahawa pengetahuan tentang
amalan keselamatan semasa bekerja di tapak pembinaan adalah penting dan
harus dikuasai oleh pekerja yang terlibat. Pengetahuan ini merangkumi
keselamatan diri, keselamatan peralatan dan keselamatan persekitaran.
Dengan adanya pengetahuan, pekerja tahu mengenai prosedur yang perlu
dipatuhi, cara penggunaan alat perlindungan diri dan langkah keselamatan yang
perlu diambil semasa bekerja di tapak pembinaan. Dalam aspek kesihatan dan
keselamatan dalam aspek pekerjaan, komitmen yang tinggi dari majikan adalah
sangat penting terutama sekali di dalam penyediaan dasar am mengenai
keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam melakukan dasar tersebut. Majikan
atau pihak pengurusan perlu merancang, menyusun dan menjalankan program
atau aktiviti berkaitan seperti peraturan, persekitaran, sikap pekerja, kemahiran
mengunakan alatan tangan dan juga dalam mengunakan mesin, latihan
pembangunan, pengurusan pampasan dan aspek keselamatan dan kesihatan.

3.10 PENILAIAN KENDIRI
1. Mengapakah kita digalakkan memakai alat keselamatan semasa menjalankan
tugas?
e. Supaya kerja lebih mudah
f. Dapat mengelakkan dari kecederaan
g. Dapat meningkatkan pengeluaran
h. Supaya kerja dapat di lakukan dengan lebih pantas

2. Apa akan berlaku jika penyampaian kurang jelas atau sukar difahami
KECUALI:-
a. Hasil yang tidak memuaskan
b. Segala arahan tidak akan diikuti
c. Boleh merapatkan lagi perhubungan
d. Memberi masalah kepada pihak tertentu

3. Apakah punca utama berlakunya kemalangan di tapak pembinaan?
a. Kecuaian pekerja
b. Kekurangan bahan binaan
c. Kerosakan jentera dan mesin
d. Ketidaksesuaian alatan tangan

5. Antara berikut, pernyataan manakah yang BENAR
a. Menjadi tanggungjawab Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Malaysia menyediakan peraturan keselamatan dan kesihatan di dalam
organisasi tapak bina.
b. Denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya jika pihak majikan tidak
menyediakan polisi keselamatan di tapak bina.
c. Kewajipan setiap majikan menyediakan persekitaran yang lengkap dengan
kemudahan jalan raya untuk mengelakkan kecederaan kepada pekerja.
d. Kewajipan setiap majikan dan mereka yang bekerja sendiri untuk
memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja ketika
melakukan pekerjaan.

5. Majikan hendaklah mengkaji semula dan menjalankan program Latihan berikut
KECUALI:

a. Setiap masa yang pekerja diberi tugas baru atau ditugaskan ke kawasan
kerja baru di mana mereka terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan
kimia berbahaya kepada kesihatan.
b. Orginisasi hendaklah menganjurkan latihan sekurang-kurangnya sekali
dalam dua tahun.

c. Semua program latihan hendaklah didokumenkan dan dihantar kepada
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia .
d. Jika terdapat perubahan dalam maklumat tentang bahaya bahan kimia
berbahaya kepada kesihatan, amalan kerja selamat atau langkah-langkah
kawalan

3.11 JAWAPAN

6. b. Dapat mengelakkan dari kecederaan
7. c. Boleh merapatkan lagi perhubungan
8. a. Kecuaian pekerja
9. d. Kewajipan setiap majikan dan mereka yang bekerja sendiri untuk

memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja ketika
melakukan pekerjaan.
10. c. Semua program latihan hendaklah didokumenkan dan dihantar kepada
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia .


Click to View FlipBook Version