The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

WTP4043-BUILDING CONSTRUCTION SUPERVISION 2 (NOTA KURSUS K3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgutni, 2022-04-03 22:01:21

BUILDING CONSTRUCTION SUPERVISION 2

WTP4043-BUILDING CONSTRUCTION SUPERVISION 2 (NOTA KURSUS K3)

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
TEKNIKAL VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5& 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 3

SEMESTER SEMESTER 4 SVM SESI 2021/2022
JABATAN
PROGRAM JABATAN TEKNOLOGI AWAM
TEKNOLOGI PEMBINAAN/SVM

KOD KURSUS WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION SUPERVISION 2

KOMPETENSI 3. PREPARE BUILDING CONSTRUCTION PROGRESS REPORT

KOMPETENSI 1. MONITOR DAILY WORK PROGRESS
UNIT 2. CHECK CONTRACTOR PROGRESS CLAIM

3. PREPARE BUILDING CONSTRUCTION PROGRESS REPORT
4. MONITOR SAFETY, HEALTH AND RULES REGULATION
5. COORDINATE INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM (IBS) INSTALLATION

ACCORDING TO CONSTRUCTION DRAWING

TUJUAN Training must be able to :

1. Monitor daily work progress.
2. Check contractor progress claim.
3. Prepare building construction progress report.
4. Monitor safety, health and rules regulation.
5. Coordinate Industrialized Building System (IBS) installation.

NO KOD WTP4043/K03/NK03-05
NO KOD JPK EDISI 2021

MUKA: 01 DARIPADA 13

No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K03/NK03-05 Muka: 2 Drp:13
SUPERVISION 2
PENERANGAN

1.0 PENDAHULUAN

Laporan Kemajuan hendaklah mencerminkan maklumat projek mengikut data yang diberi berkaitan

aktiviti-aktiviti penyiapan, aktiviti dalam kemajuan dan perubahan logik, kos dan sumber yang

diperlukan serta diperuntukkan pada mana-mana aras aktiviti. Ia mestilah mereflek kerja sebenar dan

menggabungkan perubahan-perubahan yang telah disahkan ke dalam jadual baseline.

2.0 JADUAL BASELINE
Dalam memastikan kemajuan projek berlaku seperti yang dijangka, jadual baseline yang juga dipanggil
Jadual Sasaran memainkan peranan yang penting dalam membantu mencapai sasaran. Jadual yang
disediakan oleh kontraktor, biasanya sebelum projek bermula.
Mengapa jadual Baseline penting? Fakta yang boleh diketengahkan adalah:

• Gambaran refleksi dari jadual projek. Bagamana pun jadual projek adalah satu dokumen projek
yang aktif memberi gambaran sebenar sedangkan jadual Baseline adalah sebahagian daripada
pelan pengurusan projek, kaku dan berbentuk perancangan.

• Diguna untuk perbandingan prestasi/pencapaian dan kemajuan projek.
• Jadual ramalan/jangkaan yang disediakan berasas kepada harapan dan pengalaman lepas.
• Hendaklah wajar dan realistik. Mesti mengambil kira kerja dan keadaan cuaca, saiz dan tahap

kerumitan projek, kod-kod tempatan dan peraturan, lokasi dan akses ke projek, harga dan
penghantaran serta lain-lain isu berkaitan.

3.0 FORMAT LAPORAN KEMAJUAN
Secara asasnya sesuatu laporan kemajuan kerja mengandungi maklumat –maklumat yang disusun
secara berurutan seperti berikut:
3.1 Laporan tajuk mukasurat
3.2 Isikandungan
3.3 Ringkasan Eksekutif

3.4 Maklumat projek
3.4.1 Deskripsi projek
3.4.2 Perincian Kontrak
3.4.3 Deskripsi progres

3.5 Laporan Kemajuan
3.5.1 Maklumat kewangan projek
3.5.2 S-Curve kewangan

No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K03/NK03-05 Muka: 3 Drp: 13
SUPERVISION 2

3.6 Ringkasan kemajuan fizikal

3.6.1 S-Curve Fizikal

3.7 Kemajuan Kerja Terperinci
3.7.1 Maklumat aktiviti kritikal
3.7.2 Maklumat aktiviti terkebelakang daripada jadual
3.7.3 Maklumat aktiviti tidk dimulakan seperti jadual
3.7.4 Kerja yang disiapkan bulan ini
3.7.5 Kerja yang dijadualkan bulan hadapan
3.7.6 Kerja yang tergendala akibat hujan/punca lain

3.8 Isu Berkaitan Kontrak
3.9 Risiko dan Isu Kritikal
3.10 Carta Organisasi Projek dan Carta Organisasi Tapak
3.11 Pelan Lokasi dan Pelan Layout
3.12 Lampiran

3.12.1 Minit mesyuarat tapak
3.12.2 Jadual dan program kerja
3.12.3 Gambar-gambar kemajuan kerja

4.3 RINGKASAN EKSEKUTIF

Masukkan keterangan ringkas sama ada projek dapat disiapkan mengikut jadual, kos dan
kualiti. Jika tidak, nyatakan sebab-sebab utama. Nyatakan jika terdapat perubahan kepada
objektif projek (masa, kos dan spesifikasi)

Nyatakan risiko utama yang kemungkinan tinggi akan berlaku atau telah berlaku dan isu
atau masalah serta tindakan yang diperlukan untuk memastikan projek berjaya.

Nyata juga sama ada terdapat perbezaan ketara antara sumber yang dirancang dengan yang
dibekalkan

No. Kod: WTP 4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K03/NK03-05 Muka: 4 Drp:13
SUPERVISION 2

PROJEK PAYA BUNGA SQUARE

Projek Pembinaan Komplek Perniagaan yang mengandungi 4 tingkat Podium Perniagaan, 1 tingkat
tempat letak kereta bawah tanah, 3 tingkat tempat letak kereta bertingkat, 1 blok pejabat 19 tingkat
diatas lot PT 3133K & 4785 sera kerja-kerja yang berkaitan di Jalan Masjid Abidin Mukim Bandar
Kuala Terengganu merupakan satu projek yang merangkumi pembinaan bangunan dan
infrastruktur.

Harga kontrak asal yang telah dicadangkan termasuk kerja-kerja NSC ialah RM 128, 935,551.66
tempoh pembinaan asal ialah dalam masa tiga puluh enam (36) bulan bermula dari 21hb Julai
2010 sehingga 2ohb Julai 2013.

Berdasarkan kepada program kerja –CPM (Critical Path Method), kemajuan kerja yang dicapai
berbanding jadual sehingga 27hb April 2014 adalah seperti dibawah

Kemajuan Keseluruhan sehingga 27 hb April 2014
i) PERATUS (%) KEMAJUAN KERJA MENGIKUT JADUAL = 100%
ii) PERATUS (%) KEMAJUAN KERJA SEBENAR DI TAPAK = 99. 73%
iii) PERATUS (%) SEBENAR KEHADAPAN/KE BELAKANG - - 0.27%

4.4 MAKLUMAT PROJEK
Penerangan ringkas projek mengandungi deskripsi projek, perincian kontrak dan
deskripsi progress dengan penerangan bagi setiap item

4.4.1 DESKRIPSI PROJEK

i) Nama dan Lokasi :
Projek Paya Bunga Square , Lot PT 3133K & 4785, Jalan Masjid Abidin, Kuala
Terengganu

ii) Skop Projek dan Objektif
Nyatakan skop kerja dan objektif pembinaan.
…………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………….

No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K03/NK03-05 Muka: 5 Drp:13
SUPERVISION 2

i) Pemilik: Nama dan Alamat (termasuk no tel)

PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERIS TERENGGANU (PMINT)

ii) Sumber Bantuan Kewangan

iii) Konsultan: Nama dan Alamat

Arkitek AHS ARCHITECT SDN BHD,
219, TINGKAT 2 WISMA MCA,
Jalan Sultan Zainal Abidin,
20000 Kuala Terengganu.

Jurukur Bahan W&K PERUNDING UKUR BAHAN
No4, aras 3 Perkedaian Permint Harmoni,
Jurutera Struktur Jalan Batas Baru,
& Sivil 20300 Kuala Terengganu.

Jurutera Mekanikal MOHD ASBI & ASSOCIATES
&Elektrikal D9-08,BLOK D9
JALAN PJU 1A/46,PJU 1A
47301 Petaling jaya
Selangor.

KNS CONSULTANT SDN BHD
P2-7, Taman Desa MPKT
Jalan Kubang Ikan,Chendering
21080 Kuala Terengganu

i) Kontraktor : Nama dan AlamatWRA SERVICE SDN BHD
N0. 51A,Tingkat 1, Jalan Tok Lam,
20199 Kuala Terengganu

4.5 PERINCIAN KONTRAK

LAPORAN RINGKAS KONTRAK KERJA
TARIKH LAPORAN: 01 APRIL 2014

No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K03/NK03-05 Muka: 6 Drp:13
SUPERVISION 2

4.5.1 MAKLUMAT ASAS

No. Kontrak : JKRNT (T) 6/2008

Tajuk: Cadangan Membina Dan Menyiapkan Masji Sungai Udang (1500

Jemaah) DungunTerengganu

4.5.2 MAKLUMAT PENGAWASAN
Pejabat Penyelia: JKR DungunKementerian Pelanggan:
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pejabat Penyelaras: Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu
Kaedah Pengawasan: Jabatan

4.5.3 MAKLUMAT KONTRAKTOR UTAMA / NSC

Kontraktor : HAJDIN BINA SDN BHD

Alamat : 129, Kampung Tok Jiring, Jalan Kelantan, 2/060 Kuala

Terengganu, Terengganu

No Pendaftaran PKK : 1104A990305

Kelas : “C”

Taraf : Bumiputera

Kontraktor NSC :-

4.5.4 MAKLUMAT KEWANGAN

Anggaran Tahunan Semasa : -

Bayaran Wang Pendahuluan : -

Perbelanjaan Hingga Kini :-

Kos Kontrak Asal : RM 3,960,550.00

Kos Kontrak Semasa : RM 3,960,550.00

4.5.5 MAKLUMAT KERJA
Tarikh Milik Tapak : 17 MAC 2008
Tarikh Siap Asal : 11 OKTOBER 2009
Tarikh Siap Semasa : -

Peratus Pencapaian :

No. Kod : WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK03-05 Muka: 7 Drp:13
SUPERVISION 2
4.6DESKRIPSI KEMAJUAN (PROGRESS)

4.6.1 Huraian bahan dan peralatan dan penyimpanan di tapak

4.6.2 Kemajuan kerja keseluruhan mengikut tarikh ditetapkan

4.6.3 Perincian progress mengikut ketukangan/bidang (civil/structural/senibina)

i) Penilaian Persediaan Tapak dan Rancang tanda
ii) Analisa kemajuan berbanding program kerja (rujuk lampiran program kerja)
iii) Lawatan tapak
iv) Penilaian Kos
v) Pelan dan spesifikasi
vi) Permit dan Peraturan
vii) Kemudahan Utiliti

4.6.4 Huraian kemajuan berbanding jadual yang dirancang, peratusan siap, huraikan
samada projek mengikut jadual dan jika tidak beri tarikh dijangka siap.

5.0LAPORAN KEMAJUAN
Terangkan pencapaian dalam tempoh pelaporan. Mengandungi item maklumat
kewangan projek dan S-curve kewangan .
Nyatakan secara ringkas mengenai mana-mana kerja atau aktiviti yang tidak berjalan
seperti dirancang dan apa yang dilakukan untuk mengatasi masala ini .Pencapaian
milestone utama atau pencapaian penting ke arah pencapaian milestone utama bolh
juga dinyatakan
5.0.1 Maklumat kewangan projek
5.0.2 S-Curve kewangan

6.0 KEMAJUAN KERJA
6.1 Ringkasan kemajuan fizikal
6.1.1 S-Curve Fizikal

Disertakan dalam laporan

6.2 Kemajuan Kerja Terperinci
6.2.1 Maklumat aktiviti kritikal
6.2.2 Maklumat aktiviti terkebelakang daripada jadual
6.2.3 Maklumat aktiviti tidk dimulakan seperti jadual
6.2.4 Kerja yang disiapkan bulan ini
6.2.5 Kerja yang dijadualkan bulan hadapan
6.2.6 Kerja yang tergendala akibat hujan/punca lain

No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K03/NK03-05 Muka: 8 Drp:13
SUPERVISION 2

6.3 Isu Berkaitan kontrak

Terangkan secara ringkas mengenai isu kontrak yang signifikan seperti tuntutan

kontraktor,notis tuntutan kontraktor dan isu-isu lain berkaitan kontrak yang mungkin

mempunyai impak ke atas kos dan tarikh penyiapan projek .

6.3.1 Masalah teknikal utama yang berlaku di sepanjang tempoh pembinaan
• Huraian masalah semasa tempoh pelaporan dan penyelesaian masalah

• Huraian masalah yang tidak dapat diselesaikan dan cadangan penyelesaian

• Senaraikan perubahan pada dokumen kontrak

Masalah utama yang dihadapi oleh syarikat kontraktor ini sepanjang tempoh pembinaan
adalah;

a) Kelewatan memasang sesuatu komponen

b) Kenaikan Harga Barang

c) Kelewatan menerima pembayaran dari Pihak Atasan

i) Kelewatan Memasang Komponen
• Pihak pemilik berhak untuk menukar atau mengubah sebarang perincian daripada pelan.

Menukar rekabentuk atau jenis komponen kepada rekabentuk dan jenis yang berbeza.
Contoh dorm /kubah masjid boleh di tukar mengikut kepuasan pemilik. Kos ini tersedia dan
ditanggung sepenuhnya oleh harga kontrak.
• Pertukaran komponen menyebabkan gangguan kepada tempahan asal. Komponen
terpaksa dihantar balik, pembelian terpaksa dibatalkan, pembekal ditukar dan sebagainya
• Keadaan ini menyebabkan kelewatan yang berlaku dan terpaksa di tanggung oleh pihak
kontraktor apabila pihak pemilik lewat memberi kata putus untuk perubahanyang
diinginkan

ii) Kenaikan Harga Barang
Pada tahun 2008 kenaikan harga barang pembinaan amat tinggi sehingga 70%. Ini
menyebabkan pihak kontraktor terpaksa menunggu keadaan harga stabil dan terpaksa
mencari pembekal utama yang mampu memberi kerjasama dengan pihak kontraktor
Walau bagaimanapun, pihak pegawai penguasa telah memberi tempoh
lanjutan selama 3 bulan disebabkan oleh kenaikan harga barang. Ini memberi peluang kepada
kontraktor untuk mencari pembekal bahan pembinaan.

No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K03/NK03-05 Muka: 9 Drp:13
SUPERVISION 2

iii)Kelewatan Pembayaran Pihak Penguasa

Pihak kontraktor yang tidak menerima bayaran akan mengalami masalahuntuk menjalankan

kerja pembinaan. Ini menyebabkan kelewatan yang berlaku

dalam kerja pembinaan. Kontraktor tidak dapat membayar segala peruntukanbulanan untuk

meneruskan kerja pembinaan

Contoh-contoh kekangan/ masalah yang sering berlaku ditapak
a) Cuaca yang tidak menentu
b) Kekurangan kemahiran
c) Persekitaran kerja
d) Masalah pelan tapak
e) Penyeliaan
f) Pekerja yang kurang motivasi
g) Kawalan bahan binaan
h) Kawalan dokumen
i) System perancangan
j) Keselamatan pekerja

6.3.2 Kaedah mengatasi masalah teknikal utama
Kaedah yang digunakan oleh syarikat kontraktor ini bagi mengatasi masalah utama adalah:
i) Menggunakan Modal Sendiri

ii) Menggandakan Kerja Pembinaan

• Menggunakan Modal Sendiri.
Pihak kontraktor ini terpaksa menggunakan modal sendiri bagi meneruskankerja pembinaan.
Agar tidak mencapai kelewatan kerja yang terlalu lama. Segala peruntukan ini akan
ditanggung oleh pihak kontraktor dan pusingan bayaran akan dilakukan jika bayaran dari pihak
penguasa diterima.

No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K03/NK03-05 Muka: 10 Drp:13
SUPERVISION 2

6.4 Risiko dan isu kritikal

• Menggandakan Aktiviti Pembinaan

Menurut pengurus projek, kerja pembinaan akan digandakan agar sentiasa mengikut jadual kerja. Ini

membantu pihak kontraktor menjalankan kerja dengan

sempurna. Segala bayaran upah akan mengikut jumlah jam bekerja. Ini amat membantu untuk

mempercepatkan kerja pembinaan dijalankan.

Keterangan ringkas mengenai risiko dan isu kritikal terutamanya yang memerlukan tindakan
daripada pihak kerajaan dan/atau pihak berkuasa tempatan serta apa tindakan yang telah dIambil
oleh pihak kontraktor tentang risiko/isu tersebut.

No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K03/NK03-05 Muka: 11 Drp:13
SUPERVISION 2

6.5 Pelan lokasi

6.6 Lampiran Disertakan dalam laporan
6.1.1 Minit mesyuarat tapak
6.1.2 Jadual dan program kerja
6.1.3 Gambar-gambar progress kerja

6.7 Kesimpulan
Dari segi pentadbiran di tapak bina adalah perlu untuk mendapatkan kakitangan yang mahir dan
berpengalaman dalam membuat kerja-kerja pembinaan, kerja-kerja yang di sub-kontrak dan
pembelian barang-barang binaan. Pengawasan yang rapi adalah diperlukan ke atas kerja-kerja
untuk mendapatkan hasil kerja yang memuaskan. Adalah perlu supaya kakitangan diberi
bimbingan dan tunjuk ajar yangsesuai agar dapat nenjadikan mereka kakitangan yang dedikasi.
Pemerhatian yang teliti juga diperlukan untuk mengelakkan kejadian kejadian tidak ikhlas daripada
dilakukan.

No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K03/NK03-05 Muka: 12 Drp:13
SUPERVISION 2

7.0 PENYERAHAN LAPORAN KEMAJUAN

• Penyerahan laporan projek melibatkan bahan-bahan naratif (Deskripsi) dan data, pemetaan
dan lukisan-lukisan serta bahan-bahan persembahan yang menjelaskan dan memberi
gambaran keadaan sedia ada dan pembangunan yang dibangunkan. Walaupun bahan-
bahan naratif yang diperlukan, data dan dokumentasi sokongan menjadi keperluan bagi semua
peringkat penyerahan, butiran lanjut hendaklah disediakan bagi mereflek keputusan yang dibuat
sebagai perancangan yang lebih kehadapan

• Jurutera akan menyemak kemajuan kerja sebenar kontraktor apabila dibandingkan dengan
jadual kemajuan. Untuk itu kontraktor akan menyerahkan laporan kemajuan bulanan kepada
jurutera dalam masa 5 hari selepas tarikh jadual berakhir bagi tempoh bayaran kemajuan
bagi setiap bulan. Laporan kemajuan hendaklah menunjukkan status tarikh akhir untuk tempoh
bayaran. Laporan kemajuan juga perlu mengandungi Rajah logik skala masa keseluruhan,
ditanda dengan jelas bagi menunjukkan kemajuan mengikut tarikhnya.

• Jika status logik skala masa menunjukkan kemajuan dibelakang jadual, laporan kemajuan perlu
menjelaskan sebab-sebab kelewatan atau perlahan dan pelan untuk kembali kepada jadual.
Jurutera mungkin memerlukan kontraktor menyerahkan jadual kemajuan tambahan untuk
kelulusan.

▪ Laporan projek berperanan sebagai maklumat program pembangunan yang diperlukan.
Semakan perlu dibuat sebelum penyerahan bagi memastikan laporan projek mengandungi
maklumat berikut:
i. Laporan Teknikal
huraian lanjut tentang perkara yang mahu dilaporkan iaitu Pembinaan Sistem Saliran
atau sebarang projek berkaitan
ii. Kesimpulan/Rumusan
iii. Masalah/kekangan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pembinaan
iv. Cadangan penambahbaikan
v. Pelan-pelan projek
vi. Program projek/ Jadual Kemajuan Projek (Carta Gantt)
vii. Carta organisasi.
viii. Foto-foto kemajuan Kerja

No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K03/NK03-05 Muka: 13 Drp:13
SUPERVISION 2

7.1 Melaksana Serahan Laporan Kemajuan Penilaian
▪ Kontraktor perlu mengurus proses penyerahan dokumen laporan. Penyerahan (termasuk semua

bahan yang diperlukan) hendaklah memenuhi tarikh yang ditetapkan bagi memberi ruang
membuat semakan di mesyuarat bulanan yang dijadualkan.
▪ Biasanya jurutera/arkitek akan membuat semakan bagi memastikan pematuhan kepada kehendak-
kehendak dalam dokumen pembinaan.

7.2 Butir-butir Laporan
Laporan yang perlu diserahkan hendaklah mengandungi semua maklumat yang yang telah
dibangunkan mengikut format dan kandungan yang ditetapkan.

Rujukan:

1.Outline of Project Progress Report
www.isdb.org/.../Outline%20of%20ProjectPro...

2.CONSTRUCTION PROGRESS MEETINGS A ... - Wright State University
www.wright.edu/sites/www.wright.edu/files/.../Project-Meeting-Minutes-Template.pdf

3.CONSTRUCTION MONTHLY PROGRESS REPORT Reporting ... - Usaid
pdf.usaid.gov/pdf_docs/PA00K2MR.pdf

1.


Click to View FlipBook Version