BAHAGIAN TEKNIK DAN LATIHAN
TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5& 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA
NOTA KURSUS 2
SEMESTER SEMESTER 4 SVM SESI 2/2021
JABATAN
PROGRAM JABATAN TEKNOLOGI AWAM
TEKNOLOGI PEMBINAAN/SVM
KOD KURSUS WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION SUPERVISION 2
KOMPETENSI 2. CHECK CONTRACTOR PROGRESS CLAIM
KOMPETENSI 1. MONITOR DAILY WORK PROGRESS
UNIT 2. CHECK CONTRACTOR PROGRESS CLAIM
3. PREPARE BUILDING CONSTRUCTION PROGRESS REPORT
4. MONITOR SAFETY, HEALTH AND RULES REGULATION
5. COORDINATE INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM (IBS) INSTALLATION
ACCORDING TO CONSTRUCTION DRAWING
TUJUAN Training must be able to :
1. Monitor daily work progress.
2. Check contractor progress claim.
3. Prepare building construction progress report.
4. Monitor safety, health and rules regulation.
5. Coordinate Industrialized Building System (IBS) installation.
NO KOD WTP4043/K01/NK02-05
NO KOD JPK EDISI 2021
MUKA: 01 DARIPADA 16
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka: 2 Drp:16
SUPERVISION 2
PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN
Wang merupakan elemen utama bagi membiayai sesuatu projek. Dalam proses pembinaan, wang
akan disalurkan melalui pembayaran mengikut kemajuan kerja. Kebiasaannya bagi tempoh
pembinaan projek yang panjang dengan kos pembiayaan yang besar, bayaran yang dibuat
berdasarkan kemajuan kerja telah menjadi amalan dan dasar bagi proses penyiapan projek. Amalan
ini dianggap lebih praktikal berbanding pembayaran yang dibuat setelah penyerahan atau projek
selesai.
2.0 PENGERTIAN TUNTUTAN DALAM PEMBINAAN
• Secara umum tuntutan ditakrif sebagai permohonan oleh satu pihak kepada pihak yang lain
untuk mendapatkan sesuatu yang berhak diterimanya mengikut peruntukan yang nyata atau
tersirat di dalam kontrak yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. (kamus Dewan, edisi
ketiga, 1994, DBP:KL)
• Istilah tuntutan apabila diguna dalam kontek kontrak pembinaan atau kejuruteraan membawa
maksud bayaran yang perlu dibuat kepada kontraktor mengikut tuntutan yang diserahkan oleh
kontraktor mengikut nilai bahan –bahan dan jentera di tapak yang dibeli atau disewa, kerja-kerja
awal yang dilakukan oleh kontraktor termasuk juga kerja-kerja tambahan.
3.0 TUNTUTAN KEMAJUAN KONTRAKTOR
Tuntutan kemajuan adalah tuntutan yang dibuat oleh kontraktor kepada pemilik bagi menuntut
pembayaran interim. Pembayaran interim merupakan salah satu kaedah bayaran tuntutan kepada
kontraktor yang dibuat dalam jangka masa pendek secara berperingkat sama ada seminggu sekali,
dua minggu sekali atau sebulan sekali bergantung kepada kemajuan kerja yang telah dijalankan di
tapak bina. Dalam melaksanakan urusan pembayaran ini peraturan pembayaran hendaklah dipatuhi.
3.1 Peraturan Tuntutan dan Bayaran Kemajuan Projek
• Bayaran kemajuan hanya boleh dibuat selepas Pegawai Penguasa dan pegawai lain yang
diberi kuasa berpuas hati bahawa kontraktor telah melaksanakan kerja dengan baik dan telah
mencapai tahap kemajuan kerja sepertimana yang telah disyaratkan dalam kontrak.
• Bayaran kemajuan untuk kontrak kerja hendaklah diuruskan dengan berpandukan kepada
syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam perjanjian kontrak.
• Kemajuan kerja hendaklah dinilai oleh Jabatan /Agensi kerajaan yang akan membuat bayaran
didalam tempoh yang ditetapkan supaya pelaksanaan kontrak dan projek tidak terjejas.
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka: 3 Drp: 16
SUPERVISION 2
• Bayaran mengikut nilai kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor bukan sahaja kerja yang termasuk
di dalam kontrak tetapi juga mengambil kira kerja perubahan yang dilaksanakan.
• Tuntutan Kemajuan Kerja (intrim) ini dibuat oleh pihak kontraktor dan dihantar kepada juruukur
bahan pihak perunding bagi tujuan penilaian sebelum diserahkan kepada arkitek/jurutera/ pegawai
penguasa/pengarah projek untuk pengeluaran sijil bayaran
• Bagi tujuan penguakuasaan bayaran kemajuan, perakuan interim perlu dikeluarkan dengan
menggunakan borang JKR, Semakan 1988.
• Penilaian interim yang pertama mestilah dibuat tidak lewat daripada satu bulan dari tarikh milik
tapak bina. Penilaian susulan dibuat sekurang-kurangnya sekali sebulan.
• Tuntutan intrim hendaklah dikemukakan oleh kontraktor bersama satu senarai bahan –bahan yang
dihantar ke tapak bina sebelum atau pada hari penilaian interim dibuat. Penyelarasan harga
kontrak bagi perubahan harga mestilah diambil kira dalam proses pembayaran interim.
• Perakuan bayaran kemajuan pertama hendaklah dikeluarkan apabila nilai kerja dilaksanakan dan
90% daripada nilai bahan yang dibekalkan ke tapak bina bernilai RM 200,000 atau bersamaan 10%
daripada nilai kerja pembinaan
3.2 Dokumen Tuntutan Yang Perlu Disediakan oleh Kontraktor
Antara rekod-rekod utama yang perlu disediakan dengan tepat dan teliti oleh kontraktor untuk
disertakan bersama-sama dengan permohonan tuntutannya (notis), termasuklah:
i Surat mesyuarat antara Kontraktor xiii Gambar-gambar dan laporan yang
Perunding, Klien dan Penyelia yang menjelaskan tarIkh pemilikan tapak
terlibat.Minit mesyuarat tapak
ii Instruksi Arkitek/jurutera /pengawai xiv Rekod-rekod menunjukkan tempoh masa
penyelia antara tarikh tender dan tarikh pemilikan
tapak
iii Arahan-arahan Kerani Tapak/wakil-wakil xv Tender Build-up
jurutera
iv Kontrak dan lukisan kerja xvi Perlanjutan tempoh tuntutan
v Laporan Buruh dan Loji/Penilaian xvii Jadual Laporan Bahan-Bahan (diterima
Produktivi dan digunakan).
vi Surat menyurat dengan sub-kontraktor xviii Senarai invois
dan pembekal
xix Rekod peralatan dan jentera
vii Diari tapak
viii Laporan cuaca harian xx Bil-bil Berkaitan Dengan Pertambahan
ix Resit Jadual lukisan Perbelanjaan.
xxi Jadual Kerja.
x Gambar-gambar kemajuan kerja- tarikh xxii Arahan Perubahan (Variation Orders).
dinyata pada foto
xxiii Rekod Kerja Harian (Daily Works
xi Perincian lanjut aras tapak Records).
xii Rendering artis dan kerja-kerja tukang xxiv Laporan Kerja (Works Record Sheets).
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka:4 Drp:16
SUPERVISION 2
4.0 KEMAJUAN KERJA KONTRAKTOR
Kemajuan kerja adalah peningkatan ke arah penyiapan kerja dan projek yang dibangunkan oleh
kontraktor. Kemajuan boleh berlaku secara perlahan dibelakang jadual, konsisten mengikut jadual
dan cepat mendahului jadual. Bagi memastikan kemajuan kerja berlaku secara konsisten, ia
seharusnya dilakukan secara sistematik melalui tiga prosedur iaitu:
i. Merancang kerja/projek
ii. Menjadual Kerja/projek
iii. Memantau dan mengawal kerja/projek
Ketiga-tiga peringkat ini akan digunakan dalam teknik PERT, CPM dan carta Gantt.
Perancangan Projek
• Perancangan merupakan salah satu daripada peringkat pengurusan projek yang utama
yang merangkumi aktiviti menentukan objektif projek. Ianya bertujuanuntuk memudahkan
pengurus dan pasukannya menjalankan sesuatu projek.Secara teknikal perancangan
adalah proses menghitung jumlah masa, sumber dan saiz bajet bagi membiayai projek.
Penjadualan Projek
• Proses penjadualan diperlukan untuk menganggarkan jangkamasa yang diperlukan untuk
menyiapkan setiap aktivitiprojek. Anggaran tempoh masa menyiapkan projek ditetapkan
denganmembuat perbandingan dengan objektif projek syarikat. Apakah yang akan berlaku
sekiranya masa yang ditetapkan melebihi masa yang dihadkan?. Jika keadaan ini berlaku,
tempoh persiapan projek mesti dikurangkan sama ada dengan menambah sumber tenaga
kerja atau dengan menggunakan cara lain yang boleh menyiapkan projek dengan cepat.
• Kaedah atau alat yang lazim digunakan dalam proses penjadualan termasuklah kaedah
laluan kritikal (CPM), Carta Gantt, mampatan jadual, analisis senario, pengarasan sumber,
dan kaedah rantaian kritikal.
Memantau dan mengawal kerja/projek
• Daripada Jadual kerja ini pemilik akan mengawalsedlia kerja-kerja di tapak samada ia
mengikut perancangan (as planned) atau tidak (infront/behind schedule). Pemantauan
adalah bagi memastikan kemajuan projek mengikut perancangan.
• Tindakan akan diambil dalam setiap kemajuan yang dicapai terutama bagi kemajuan yang
berada dibelakang jadual. Pelarasan akan dilakukan bagi membaiki keadaan bagi
membawa projek dilandasan yang betul. Pelarasan yang terbabit termasuklah penggunaan
sumber (bahan, tenaga kerja, kos).
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka: 5 Drp:16
SUPERVISION 2
4.1 Kemajuan Kerja Boleh Diukur Dengan 5 Cara
i) Peratusan Unit Siap
• Kaedah biasa yang digunakan adalah dengan memeriksa jadual projek untuk
mengesan dan merekod peratusan siap.
• Apabila projek bermula ianya pada tahap 0%. Projek siap mewakili 100% apabila
ianya menepati rekabentuk yang ditetapkan secara keseluruhan dan elemen-elemen
kualiti
• Dengan memastikan kemajuan projek konsisten dan melihat peningkatan bilangan
yang siap, peratusannya akan meningkat dan dapat ditentukan
ii) Peningkatan ‘Milestone’
• Milestone adalah peristiwa berjadual yang memberi petunjuk kepada penyiapan peristiwa-peristiwa
major yang boleh disempurnakan. Ia adalah poin spesifik menepati masa dalam kitaran hayat
projek yang diguna bagi mengukur kemajuan projek ke arah mencapai sasaran. Milestone diguna
sebagai tiang isyarat bagi projek mula atau tarikh tamat, keperluan semakan luaran atau input,
keperluan untuk pemeriksaan bajet dan lain-lain berkaitan.
• Contoh bagi teknik ini, membina asas konkrit. Peristiwa-peristiwa yang dilakukan secara berurutan
sehingga siapnya asas merupakan Milestone. Dalam proses ini milestone yang terlibat penyediaan
dan penempatan kotak, penyediaan dan penempatan tetulang, penyediaan dan penempatan
konkrit. Peningkatan dari satu peristiwa kepada peristiwa seterusnya adalah petunjukan kepada
kemajuan projek
iii) Mula / Akhir
• Kaedah ini menfokus kepada poin mula dan poin tamat tugasan sahaja. Dengan menggunakan
teknik Mula/Tamat, kita akan menerima peratusan kemajuan apabila tugasan bermula dan
sebahagian kemajuan ditentukan apabila tugasan selesai. Peratusan dtentukan oleh pemilik dan
kontraktor projek.
iv) Ratio kos
• Kaedah Ratio Kos lazimnya dilakukan pada projek yang mempunyai tugasan yang mungkin
berlaku dalam fasa yang panjang atau dalam keseluruhan tempoh projek. Selalu diguna bagi
kos Overhead (kos pengurusan),
• Teknik ini diukur berdasarkan peruntukan bajet berbanding jam buruh mengikut
pengeluaran. Contohnya jika kemajuan keseluruhan projek ditentukan 42 peratus, kemudian
kontraktor akan menerima 42 peratus kos overhead dan yuran.
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka: 6 Drp:16
SUPERVISION 2
v) Pengalaman /Pendapat
Kaedah ini bergantung kepada pengalaman dan tertakluk kepada pengurus projek. Ia tidak
selalu direkomen dan menjadi penyelesaian terakhir kerana setiap pengalaman dan
pendapat individu adalah berbeza dan boleh menyebabkan konflik antara pemilik,
kontraktor dan arkitek
Bagaimana pun pengalaman mampu meningkat kemajuan kerja dan kualiti produk.
5.0 PENILAIAN PERATUSAN KERJA YANG DILAKUKAN
Penilaian peratusan kerja akan menilai kemajuan kerja dan menetapkan peratusan kemajuannya
bagi memperincikan dan menetap bayaran yang sepatut diterima oleh kontraktor
5.1 Proses membuat tuntutan kemajuan kerja
Proses bermula dengan menilai dokumen tuntutan kemajuan kerja yang melibatkan prosedur
berikut:
5.1.1 Mengira tuntutan
• Dengan rekod-rekod, data dan maklumat yang disediakan, satu format yang sesuai perlu
dibangunkan bagi menyediakan kerangka kerja supaya jumlah tuntutan mudah difahami,
berasas, dapat dikira dengan mudah dan betul. Format borang boleh berubah bergantung
kepada keadaan kerja dan kehendak kontraktor dalam membuat pengiraan.
• Kaedah penilaian boleh dilakukan dengan membahagi kepada dua aspek iaitu menilai dari
aspek Kuantiti dan Kualiti seperti proses berikut;
Proses:
i) Menilai Kuantiti Kerja Yang Telah Siap
Proses ini berlaku apabila pihak kontraktor bercadang membuat tuntutan berdasarkan kemajuan
kerja yang telah dicapai. Jadi apabila tuntutan hendak dilakukan, kontraktor perlu meneliti kuantiti
kerja yang telah disiapkan adakah kemajuannya selaras dengan dokumen kontrak.
Skop dan kuantiti kerja boleh dijelaskan sebagaimana berikut:
Skop dan kuantiti kerja telah ditetapkan dalam dokumen kontrak dan telah dipersetujui oleh
kedua-dua belah pihak semasa perjanjian kontrak.
Skop dan kuantiti kerja ini terkandung pada tajuk dan adenda yang dibekalkan.
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka: 7 Drp:16
SUPERVISION 2
Contoh skop dan kuantiti kerja adalah “Cadangan Membina Dan Menyiapkan 2 Blok 3 Tingkat
Bangunan Sekolah dan 1 Blok kantin di Sekolah Kebangsaan Teluk Jering, Tumpat, Kelantan.
Selain daripada cadangan projek yang boleh dijadikan had-had kerja pelan spesifikasi, lukisan
piawai, adenda ( adendum) dan kontrak juga merupakan skop dan kuantiti bagi kerja
kontraktor.
Pengertian adenda ( adendum)- Istilah dalam kontrak atau surat perjanjian yang bererti
tambahan klausula atau pasal yang secara fisik terpisah dari perjanjian pokoknya namun
secara hukum melekat pada perjanjian pokok itu
Panduan Bagi Tuntutan Kemajuan Kerja
Jadual dibawah menunjukan tuntutan yang boleh dilakukan secara berperingkat mengikut
peratusan kemajuan kerja berdasarkan skop kuantiti kerja yang dilakukan.
Semakan Peringkat Kerja-kerja pembinaan Bagi Bangunan Kekal
PERINGKAT KEMAJUAN PEMBINAAN TINGKAT 1 TINGKAT 2 JUMLAH %
SIAP
BAYARAN 10%
20%
10 % 1 Apabila surat perjanjian 35%
ditandatangani 45%
10% 2(a) Kerja-kerja Asas 55%
15% 2(b) Rangka konkrit pratuang 65%
80%
Nota: Semak Ukuran Luar 95%
2(c) Dinding Batu bata
10% Rangka pintu pada tempatnya
Rangka Tingkap pada tempatnya
Nota: Semak Ukuran Dalam
10% 2 (d) Bumbung
Memasang siling
Dawai elektrik (tanpa
kelengkapan)
Paip air (tanpa kelengkapan)
10% 2 (e) Melepa luar bangunan
Melepa dalam bangunan
15% 2 (f ) Parit, saliran dan tangki air
Jalan
15% 3 (a) Pemasangan kemasan lantai dan
dinding
3(b) Pemasangan cermin, tingkap dan
pintu
3(c) Pemasangan kelengkapan
sanitari
3 (d) Mengecat luar dan dalam
bangunan
3 (e) Penyerahan kunci kepada pemilik
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka: 8 Drp:16
SUPERVISION 2
2.50% 3 (f) Pemasangan bekalan air dan 97.50%
2.50% elektrik 100%
3 (g) Pagar
4 (a) Selepas tarikh 6 bulan tarikh
penyerahan kunci
4 (b) Selepas tarikh 12 bulan tarikh
penyerahan kunci
ii) Menilai Kualiti Kerja Yang Dilakukan
Bayaran tuntutan diluluskan berdasar kualiti kerja dan produk yang dihasilkan, siap mengikut
tempoh seperti dijadualkan, mematuhi standard dan sebagainya. Standard kerja akan
menentukan kualiti kerja yang diharapkan. Kualiti kerja dipapar melalui penghasilan dan
penampilan produk. Dalam sektor pembinaan, penilaian kualiti dinilai melalui kaedah
pemeriksaan visual dengan fokus kepada 4 komponen utama
a) Kerja-kerja Struktural
b) Kerja-kerja Arkitektural
c) Mekanikal dan Elektikal (M&E)
d) Kerja-kerja Luaran
Pemeriksaan Visual
Pemeriksaan visual dibuat melalui pemerhatian, penelitian dan pengamatan terhadap bentuk
dan penampilan fizikal produk atau struktur. Struktur yang berbeza akan memerlukan
pemeriksaan pada bahagian yang berbeza. Bagaimana produk dan struktur diperiksakan
berdasarkan elemen-elemen yang telah ditetap, contohnya pemeriksaan ke atas tingkap
memerlukan pemeriksaan elemen-elemen seperti saiz, sambungan, renganggan, jajaran,
kesamarataan, kefungsian, kekuatan dan ketahanan.
5.1.2 Menilai Dokumen Kemajuan Kerja
Apabila memulakan proses tuntutan, ia melibatkan pengumpulan fakta dan pengiraan dengan
mengambil kira dokumen kontrak dan persekitaran tertakluk dibawah kontrak yang ditadbir dan
laksanakan. Susulan itu penilaian dokumen-dokumen tersebut perlu dilakukan sehingga proses
pembayaran dibuat. Berikut adalah perkara-perkara yang akan dinilai;
Proses:
i) Menentukan Kesahan Tuntutan
Adalah perlu menyiasat dan melakukan penyelidikan yang bersesuaian terhadap dokumen
kontrak bagi menguatkan keesahan tuntutan dengan mengenalpasti kelayakan spesifik.
Kelayakan dalam kontrak perlu ditunjukkan, dinyata dan dibuktikan.
ii) Menilai Tuntutan
Penilaian dilakukan terhadap sejauh mana perbelanjaan, kerugian dan /atau kerosakan
yang terlibat.Semua rekod ,data dan maklumat perlu dikumpul dan dikaji bagi memastikan
terdapat dokumen berkaitan untuk tujuan penyediaan tuntutan. Selain dari dokumen
kontrak, rekod-rekod atau dokumen lazim yang menyediakan maklumat diperlukan bagi
menyokong tuntutan dinyatakan pada 3.2 Dokumen Tuntutan Yang Perlu Disediakan
oleh Kontraktor (sila rujuk)
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka: 9 Drp:16
SUPERVISION 2
iii) Mengira tuntutan
Dengan rekod-rekod, data dan maklumat yang disediakan, satu format yang sesuai perlu
dibangunkan bagi menyediakan kerangka kerja supaya jumlah tuntutan dapat dikira. Format
borang boleh berubah bergantung kepada keadaan kerja dan kehendak kontraktor dalam membuat
pengiraan. Adalah penting memastikan tuntutan mudah difahami, berasas dan dilakukan dengan
betul bagi menguatkan tuntutan tersebut.
iv) Mentaksir Tuntutan
• Setelah menerima tuntutan yang diserahkan oleh kontraktor, arkitek/jurutera dan
pegawai penguasa bertanggungjawab mengkaji tuntutan yang dikemukakan dengan
merujuk kelayakan pada dokumen kontrak, memastikan fakta, memeriksa pengiraan
dan sebagainya. Tuntutan yang diterima disemak, dicop akuan terima dan direkod
dalam Daftar Bayaran.
• Arkitek/jurutera dan pegawai penguasa, jika perlu, boleh memohon butiran dan
dokumen lanjut bagi membantu membuat penilaian yang wajar terhadap jumlah tuntutan
dan memaklumkan keputusan kepada kontraktor seberapa segera.
v) Penyediaan Baucer
a) Tuntutan diproses untuk persediaan bayaran dengan menyediakan baucer bayaran.
b) Baucer disah dan dilulus oleh Pengarah/ pegawai yang diberi kuasa
c) Butir-butir baucer bayaran di rekod dalam Buku vot/Daftar
d) Cek Bayaran dikeluarkan dan dipos kepada syarikat perunding.
6.0 BORANG-BORANG PENILAIAN
i) Borang Laporan Penilaian Prestasi Kontraktor atau Borang PLB VII
telah diwujudkan bagi menilai prestasi para kontraktor sepanjang kerja-kerja dijalankan di tapak.
Aspek-aspek yang dinilai terbahagi kepada 4 iaitu Pengurusan Tapak Binaan, Pengawasan Tapak,
Prosedur Kerja dan Mutu Kerja. Melalui borang ini, prestasi kontraktor akan dinilai oleh juruteknik
lapangan dan akan digunakan untuk rujukan penting di masa akan datang.
ii) Borang perakuan bayaran interim
iii) Borang penilaian kerja kontrak penyelenggaraan / perkhidmatan berkala.
Borang bagi menilai kualiti kerja kontraktor. Borang yang dilampir adalah contoh borang penilaian.
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka: 10 Drp:16
SUPERVISION 2
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka: 11 Drp:16
SUPERVISION 2
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka: 12 Drp:16
SUPERVISION 2
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka: 13 Drp:16
SUPERVISION 2
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka: 14 Drp:16
SUPERVISION 2
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka: 15 Drp:16
SUPERVISION 2
No. Kod: WTP4043 BUILDING CONSTRUCTION WTP4043/K01/NK02-05 Muka: 16 Drp:16
SUPERVISION 2
Rujukan:
1. Penyelia Binaan: Disember 2013
topikuning.blogspot.com/2013_12_01_archive.html
2. Circulating the minutes
lrd.kangan.edu.au/toolbox1213/toolbox1213/topics/topic05/t05_17.htm
3. Methods for Distributing Information on Projects - Gina Abudi
www.ginaabudi.com/methods-for-distributing-information-on-projects/
4. Measuring Project Progress : 6 Methods You Should Know
https://www.planacademy.com › Blog › Construction
5. BORANG PLB VII - PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR
plbdaerahkinta.blogspot.com/.../borang-plb-vii-penilaian-prestasi.html
6. BORANG PENILAIAN KERJA KONTRAK PENYELENGGARAAN / PERKHIDMATAN...
jpphb.upsi.edu.my/images/borang/P03B01-Borang-Penilaian-Kerja.