PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
SKOR TARAF DESKRIPTOR
5 – 6 Sederhana
Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek
3 – 4 Kurang kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi memerlukan
Memuaskan bimbingan.
1–2 Lemah Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai
profesional pada tahap sederhana.
Mengetahui dan memahami semua aspek pengetahuan
tetapi tidak menghayati aspek pengetahuan dalam
melaksanakan tugas.
Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek
kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi masih
memerlukan bimbingan.
Mengetahui dan memahami semua nilai profesional pada
tahap sederhana.
Mengetahui semua aspek pengetahuan dalam
melaksanakan tugas tetapi tidak memahami dan tidak
menghayati aspek pengetahuan tersebut dalam
melaksanakan tugas.
Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek
kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi sentiasa
memerlukan bimbingan.
Kurang mengetahui, kurang memahami dan kurang
mempamerkan nilai profesional.
Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak menghayati
semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas.
Tidak menguasai, tidak mengamalkan dan tidak
menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam
melaksanakan tugas.
Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak
mempamerkan nilai profesional.
5. Penilaian ditandatangani oleh Guru Mentor dan disahkan oleh Pengetua/ Guru
Besar.
6. Sekiranya tempoh pelaksanaan PPGB dilanjutkan ke tahun kedua, penilaian
semula terhadap Guru Baharu tersebut akan dilaksanakan selepas tempoh masa
pelanjutan PPGB berakhir.
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 50
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
PENILAIAN OLEH GURU MENTOR
Nama Guru Baharu :
Bil. Dimensi Aspek Skor Skor Skor
Kompetensi Bulan Bulan
Ke-6 Ke-12
1. Pengetahuan Kandungan mata pelajaran 10
(30%) 10
Ilmu pendidikan, pedagogi dan psikologi 10
2. Kemahiran 10
(30%) Kurikulum dan kokurikulum 10
10
Pentaksiran dan penilaian 10
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk 10
pendidikan 10
Dasar-dasar dan hala tuju kerajaan 10
10
Pekeliling dan peraturan pendidikan 10
JUMLAH SKOR
PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 %
Jumlah Skor (70)
Menterjemahkan dasar/ pekeliling atau peraturan
dalam amalan PdP
Merancang dan menyampai pengajaran dan
pembelajaran mengikut mata pelajaran
Mentaksir dan menilai
Mengurus kelas dan murid
Menggunakan TMK untuk pengajaran dan pembelajaran
Kepimpinan pengajaran dan pembelajaran 10
Melaksanakan kajian tindakan 10
Hubungan sesama manusia 10
JUMLAH SKOR
PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 %
Jumlah Skor (80)
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 51
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
Bil. Dimensi Aspek Skor Skor Skor
Kompetensi Bulan Bulan
Keutuhan 10 Ke-6 Ke-12
Penyayang 10
3. Nilai Integriti 10
Profesional Efisien 10
(40 %) Kecintaan terhadap profesion 10
Patriotisme dan tanggungjawab sosial 10
JUMLAH SKOR
PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 40 %
Jumlah Skor (60)
JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR (%)
Disediakan oleh,
……………………………………. Tarikh : …………………
(Nama Guru Mentor)
Disahkan oleh, Tarikh : …………………
…………………………………….
(Pengetua/Guru Besar)
Nama dan Cap Rasmi Sekolah
SKALA JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR DIPEROLEHI PADA BULAN KE-12 :
90% - 100% - Tahap Kompetensi yang Cemerlang
80% - 89.99% - Tahap Kompetensi yang Baik
60% - 79.99% - Tahap Kompetensi yang Sederhana
50% - 59.99% - Tahap Kompetensi yang Kurang Memuaskan
49.99% ke bawah - Tahap Kompetensi yang Lemah
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 52
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
V. Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)
Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini adalah
rekod lawatan atau pemantauan yang dilaksanakan secara berkala oleh pegawai
Bahagian KPM, JPN dan PPD. Laporan ini digunakan sebagai rujukan untuk tindakan
susulan pihak sekolah (jika berkenaan) dan juga bagi penyediaan laporan PPGB oleh
pihak BPG.
Tatacara
1. Laporan ini disediakan setiap kali lawatan/pemantauan. (Lawatan/
pemantauan dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali iaitu selepas tiga (3)
bulan pertama dan pada bulan ke-12 pelaksanaan PPGB).
2. Nama, alamat sekolah dan bilangan Guru Baharu dicatatkan.
3. Perkara yang dilaporkan adalah seperti berikut:
a. Amalan Terbaik - Merujuk kepada objektif program.
b. Isu Pelaksanaan - Maklumat diperoleh melalui semakan
c. Cadangan Penambahbaikan
Portfolio dan perbincangan dengan Guru
Mentor, Guru Baharu, guru lain dan
Pengetua/ Guru Besar.
4. Nama, tandatangan dan cap rasmi pegawai lawatan/ pemantau serta Pengetua/
Guru Besar direkod secara bersama dalam laporan tersebut.
5. Satu (1) salinan laporan disimpan oleh pegawai lawatan/ pemantau dan satu
(1) salinan disimpan oleh pihak sekolah.
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 53
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
(Diisi oleh Pegawai BPG/JPN/PPD)
Nama dan Alamat Sekolah : Bil. Guru Baharu :
Nama Pegawai : ULASAN
1.
2.
3.
Amalan terbaik :
Isu pelaksanaan :
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 54
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
Cadangan penambahbaikan :
*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi Tandatangan Pengetua/Guru Besar
Tandatangan Pegawai ………………………………………
(Nama dan Cap Rasmi Sekolah)
…………………………………… Tarikh :
(Nama dan Cap Rasmi Pegawai)
Tarikh :
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 55
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
VI. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan Program Pembangunan Guru Baharu
(PPGB)
Sijil Penyertaan PPGB adalah sijil yang mengesahkan bahawa Guru Baharu telah
menyempurnakan PPGB bermula dari hari pertama melaporkan diri di sekolah
sehingga bulan kedua belas (ke-12) dengan jayanya.
Sijil Penghargaan PPGB adalah sijil yang diberikan kepada Guru Mentor untuk
memperaku dan menghargai sumbangan dan kerjasama Guru Mentor terhadap
pelaksanaan PPGB.
Tatacara
1. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan masing-masing dikeluarkan kepada Guru
Baharu dan Guru Mentor selepas tamat PPGB.
2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Baharu dan Guru
Mentor serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.
3. Sijil ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.
4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 56
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
CONTOH SIJIL PENYERTAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
(NAMA DAN LOGO SEKOLAH)
SIJIL PENYERTAAN
Dengan sukacitanya mengesahkan bahawa
(NAMA GURU BAHARU)
(NO. KAD PENGENALAN)
telah mengikuti dengan jayanya
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
bermula pada
(Tarikh Mula)
sehingga
(Tarikh Tamat)
Tandatangan
Nama Pengetua/Guru Besar
Cap Rasmi Sekolah
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 57
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
CONTOH SIJIL PENGHARGAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
(NAMA DAN LOGO SEKOLAH)
SIJIL PENGHARGAAN
Dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
(NAMA GURU MENTOR)
GURU MENTOR
(NO. KAD PENGENALAN)
atas sumbangan dan komitmen dalam menjayakan
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
bermula pada
(Tarikh Mula)
sehingga
(Tarikh Tamat)
Tandatangan
Nama Pengetua/Guru Besar
Cap Rasmi Sekolah
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 58
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
RUJUKAN
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 59
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
PANDUAN PEMENTORAN
Pengenalan
Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam tempoh masa yang tertentu antara
seseorang individu yang berpengalaman, berpengetahuan serta mempunyai kebijaksanaan
yang tinggi dengan seseorang yang dianggap kurang berpengalaman, berpengetahuan serta
kurang berkemahiran. Pementoran menyediakan peluang kepada Guru Baharu menimba
pengalaman atau pengetahuan melalui hubungan mesra serta berkomunikasi secara
profesional ke arah perkembangan dan pembangunan diri mereka.
Setiap Guru Baharu mesti melibatkan diri secara aktif dalam program Pementoran bagi
meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran PdP dan nilai
keguruan serta pengurusan sekolah.
Rasional Keperluan Mentor
Hasil kajian yang dilakukan oleh Virginia Polytechnic Institute dan State University
bertajuk Teacher Mentoring: An Analysis of Roles, Activities and Conditions (dalam Salhah
Abdullah et al. 2007:22), dapat dirumuskan bahawa terdapat tujuh kategori aktiviti
pementoran dalam membantu Mentee, iaitu:
a. menggalakkan membuat refleksi;
b. mengarah dan menyokong pelan tindakan;
c. memberikan bantuan secara langsung dalam menghasilkan bahan-bahan PdP;
d. menyediakan maklumat yang mungkin berguna dalam menghasilkan
pengubahsuaian;
e. memberi idea yang membolehkan Mentee menyelesaikan masalah;
f. memberi dorongan dan sokongan emosi; dan
g. meredakan ketegangan semasa berhadapan dengan masalah.
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 60
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
Definisi Mentor, Mentee, Pementoran
Mentor merupakan seorang guru yang dilantik untuk membimbing perkembangan kerjaya
seorang Guru Baharu. Beliau adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman (lebih
lima tahun berkhidmat) dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan
sekerja.
Mentee bermaksud Guru Baharu yang dibantu oleh Mentor dalam proses Pementoran.
Beliau merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri,
perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam profesion keguruan.
Pementoran merupakan satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara
profesional oleh Mentor bagi pembangunan diri Mentee terhadap tugas profesionalnya.
Proses Pementoran melibatkan aktiviti perhubungan, pengkongsian pengalaman,
pemindahan ilmu dan kemahiran serta pembinaan sahsiah keguruan dalam jangka masa
yang ditetapkan.
Pemilihan Mentor
Mentor hendaklah terdiri daripada seorang guru yang berpengetahuan, berpengalaman
dan berkemahiran (lebih dari lima tahun). Asas pemilihan Mentor adalah seperti berikut:
a. guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran yang diajar oleh Mentee;
b. boleh membangunkan potensi individu;
c. dihormati oleh rakan-rakan sekerja kerana memiliki kemahiran dan pengetahuan
yang tinggi dalam bidang pengkhususannya;
d. berinisiatif dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh
tanggungjawab;
e. mempunyai pemikiran reflektif;
f. memiliki kemahiran membimbing dan melatih;
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 61
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
g. boleh mengurus masa dengan baik;
h. memperlihatkan rasa kecintaan terhadap PdP;
i. komitmen yang tinggi terhadap peningkatkan kualiti masa depan pendidikan
negara; dan
j. menerima tanggungjawab dengan hati yang terbuka.
Kaedah Pelaksanaan Pementoran
a. Pentadbir sekolah memberikan taklimat kepada Mentor dan Mentee tentang PPGB.
b. Mentor berbincang tentang pelaksanaan program pementoran.
c. Mentor membimbing Mentee bidang, tugas dan tanggungjawab sebagai guru.
d. Mentor membimbing Mentee bagi mendapatkan maklumat dan panduan yang
berkaitan dengan aktiviti atau program sekolah.
e. Mentor membimbing dan memberi nasihat kepada Mentee tentang semua aspek
berkaitan pendidikan.
Objektif Pementoran
Pada akhir proses pementoran Guru Baharu dapat:
a. memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamalkan nilai
profesional keguruan;
b. meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;
c. meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;
d. menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;
e. menyepadukan teori dengan amali PdP;
f. menguasai dan memantapkan strategi pengajaran;
g. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya
memperkembangkan potensi diri guru; dan
h. membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru.
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 62
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
Jenis dan Ciri Pementoran
Jenis Pementoran
Situasi Tidak Formal Formal
Ringkas Ciri Pementoran Jangka masa panjang
contoh produktif
Segera Sukarela Sumber untuk membina
Sangat peribadi perhubungan persahabatan
Spontan Sangat peka kepada Bersifat sistematik dan
keperluan Mentee berstruktur, tersusun dan
Rawak Tidak berstruktur berterusan
Fleksibel Dilaksanakan berdasarkan
Kasual Mentor mendorong keperluan organisasi
Mentee dengan Fokus kepada visi
Kreatif & Inovatif perkongsian, bantuan dan organisasi atau matlamat
keprihatinan setiap bahagian/unit
Respon kepada Peranan sama rata
keperluan semasa (pemberi-penerima) Formal
Laluan membina
Mentor berinisiatif persahabatan dan rasa Mempunyai kaedah dalam
secara intervensi hormat pemadanan Mentor
dengan Mentee
Mentee Jenis Pementoran Penetapan jangka masa
bertanggungjawab dalam penetapan matlamat
mengenal pasti dan Program di bawah
menggunakan peruntukan organisasi
pembelajaran
Situasi Tidak Formal
Membantu Mentee dalam Ciri Pementoran
proses membuat
keputusan Kebergantungan kepada
kecekapan, ilmu,
kemahiran dan
kebolehan Mentor
Jadual 3: Jenis Pementoran dan Ciri Pementoran
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 63
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
Proses Pementoran
Terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pementoran iaitu:
a. Memerhati (Observe)
Semasa proses Pementoran dijalankan, Mentor perlu memerhati tingkah laku
Mentee bagi memastikan terdapat perubahan dan penambahbaikan yang berlaku.
Mentee juga perlu melakukan pemerhatian kepada Mentor dan perlu
mengemukakan soalan bagi mendapatkan seberapa banyak sumber maklumat
sepanjang proses Pementoran.
b. Melibatkan Diri (Participate)
Mentee perlu melaksanakan tugasan yang dirancang untuk memperoleh
pemahaman yang lebih mendalam. Dalam masa yang sama, Mentee dapat
mempelajari sesuatu secara praktikal. Bagi tujuan ini, perbincangan perlu kerap
dilakukan secara bersama.
c. Melaksanakan (Conduct)
Mentee boleh diberi kepercayaan untuk melaksanakan program-program yang
dirancang sendirian bagi menilai tahap kompetensi yang telah dipelajari. Dalam
proses pementoran, apabila Mentee boleh berdikari bermakna satu perubahan
positif telah berlaku kepada Mentee.
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 64
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
CARTA ALIRAN KERJA
MULA
Menerima Guru Baharu (Fasa 1)
Orientasi Budaya Kerja
Pemerhatian / Penglibatan
Dapatan Penilaian (selepas 6 bulan)
Tindakan / Susulan
Penamatan / Penilaian Akhir
TAMAT
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 65
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
Kemahiran Pementoran
Kemahiran yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
a. Kemahiran Mendengar
Semasa bersama Mentee, Mentor perlu memberikan fokus dan mengenepikan
segala pemikiran yang tidak berkaitan dengan proses Pementoran. Kesediaan
mendengar dengan baik bukan bermakna Mentor hanya menerima secara pasif
perkara yang disampaikan oleh Mentee tetapi Mentor juga perlulah memberi
maklum balas secara lisan atau bukan lisan.
b. Kemahiran Bertanya
Kemahiran bertanya penting digunakan dalam proses Pementoran kerana dapat
memberi peluang kepada Mentee menyatakan rasa hati, keinginan, harapan, idea
serta pendapat kepada Mentor.
c. Kemahiran Memerhati
Dalam usaha memahami dan membantu Mentee, Mentor perlu menumpukan
sepenuh perhatian kepada Mentee terutamanya semasa pertemuan diadakan.
Melalui pemerhatian, Mentor perlu bijak mentafsir tingkah laku Mentee dengan
tepat. Mereka perlu sedar dan peka pada bahasa bukan lisan, reaksi muka dan suara
Mentee.
d. Memberi Maklum Balas
Mentee sememangnya memerlukan maklum balas daripada pihak lain sebagai
maklumat dan panduan kepada pembangunan diri mereka. Mentor perlu memberi
maklum balas kepada Mentee yang meyakinkan. Maklum balas bukan sahaja dapat
digambarkan melalui kata-kata tetapi juga melalui perlakuan dan tindakan. Maklum
balas positif yang diberikan oleh Mentor mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
motivasi Mentee untuk meneruskan proses pementoran.
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 66
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
Ciri-ciri maklum balas:
tepat, berfokus dan mudah difahami;
bersifat segera dan mesra;
berterus-terang;
khusus kepada seseorang.
tidak bersifat menghukum; dan
tidak membuat penilaian secara stereotaip.
e. Kemahiran Menentukan Fokus/Matlamat Pementoran
Dalam proses pementoran, kemungkinan Mentee akan mengadu permasalahan yang
dihadapi. Mentor perlu meluaskan perspektif Mentee untuk melihat masalah bukan
sebagai sesuatu yang negatif sebaliknya sebagai satu peluang untuk membuat
perubahan atau penambahbaikan. Dalam proses melihat permasalahan Mentee,
Mentor juga perlu mahir menentukan fokus agar selari dengan matlamat
pementoran.
f. Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis merupakan prasyarat kemahiran
membuat keputusan. Apabila Mentor mampu berfikir secara kritis dan kreatif,
Mentor boleh memberi cadangan-cadangan yang membina kepada permasalahan
yang dikemukakan oleh Mentee. Secara tidak langsung Mentor akan dapat
mempermudah, mendorong dan membimbing Mentee mencari alternatif terbaik
bagi menyelesaikan masalah mereka.
g. Membuat Penilaian
Mentor perlu bijak membuat penilaian atas maklumat sama ada daripada Mentee
atau individu lain.
Kemahiran menilai membantu Mentor memberi respon dan membuat penilaian
yang berkesan.
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 67
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
RUJUKAN
Debra Eckerman Pitton 2006, Mentoring Novice Teachers Fostering A Dialogue Process,
Corwin Press A Sage Publications Company California.
Duke, L., Karson, A., Wheeler, J. 2006. Do Teachers Mentoring and Induction Program Have
Greater Benefits For Teachers Who Lack Preservice Training? Journal of Public &
International Affairs-Princeton. 17, pg.61-82
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. 2008. Pementoran dalam Perkhidmatan Awam
Panduan untuk Guru Baharu dan Mentee.
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 68
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
SURAT SIARAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BILANGAN 21 TAHUN 2012
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 69
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
KAJIAN TINDAKAN
© Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015 70