PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BENTONG
RUKUN ISLAM
MOHAMAD RAZI BIN ZULKIFLI
PENOLONG PPD,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BENTONG,
PAHANG DARUL MAKMUR
MAKSUD RUKUN
Bahasa : Juzuk atau tiang bagi sesuatu atau
bahagian yang paling asas daripada
sesuatu.
Istilah : Bahagian yang mesti ada untuk
mencapai hakikat sesuatu. Jika tidak ada
rukun, sesuatu itu tidak akan ada.
MAKSUD ISLAM
Bahasa : Asal dari perkataan – silmun
(pasrah dan tunduk), salmon (aman,
damai), dan salamun(salam sejahtera)
Istilah : Tunduk dan patuh kepada kepada
seluruh hukum-hakam Allah.
ENAM SYARAT UNTUK MENGESAHKAN
KEISLAMAN SESEORANG YANG MASUK ISLAM
i. Berakal
ii. Baligh
iii. Tanpa paksaan
iv. Mengucap dua kalimah syahadah
v. Terus menerus ketika mengucapkan dua
kalimah syahadah
vi. Tertib antara dua kalimah syahadah.
RUKUN ISLAM ITU ADA LIMA:
PERTAMA
SYAHADAH (PERSAKSIAN) BAHAWA
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN
NABI MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH.
(Asalnya syahadah ini bermaksud penyaksian.
Justeru rukun pertama dalam Islam disebut
sebagai dua kalimah syahadah)
RUKUN ISLAM ITU ADA LIMA:
KEDUA
MENDIRIKAN SOLAT.
(Ibadat badan yang zahir yang paling utama ialah
solat. Kefardhuan yang paling utama. Solat
sunatnya adalah ibadah yang paling utama)
RUKUN ISLAM ITU ADA LIMA:
KETIGA
MENUNAIKAN ZAKAT.
(Maksud zakat ialah menyerahkan zakat
kepada orang yang berhak yang dijumpai
secara segera apabila mampu untuk
dilaksanakan, dan ia wajib untuk diberikan
kepada semua asnaf)
RUKUN ISLAM ITU ADA LIMA:
KEEMPAT
PUASA PADA BULAN RAMADAN.
(Ia disyariatkan pada tahun kedua Hijrah. Kata
Syeikh Uthman bin Sulaiman al Suwatif dalam
Tuhfah al Habib. “Dinamakan Ramadan itu kerana
ia diambil daripada perkataan “al ramad” yang
bermaksud membakar, kerana terbakar dosa di
dalamnya.”)
RUKUN ISLAM ITU ADA LIMA:
KELIMA
MENGERJAKAN HAJI BAGI SESIAPA YANG MAMPU.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia
terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan
perjalanan ke Baitullah.” (Surah Ali Imran:97)
Yakni seseorang itu berjalan menuju pelaksanaan haji atau
umrah, bagi orang yang berkemampuan. Ia juga merupakan
syariat umat terdahulu. Bahkan dikatakan bahawa semua
Nabi berhaji, melainkan Nabi Hud dan Nabi Soleh, menurut
sebahagian ulama. Rujuk Kasyifah al-Saja (m.s 48)
RUJUKAN / REFERENSI
1. Muhadir Haji Joll(2017) Mishbahud Duja Syarah Safinah An-Naja,
Selangor:Galeri Ilmu Sdn Bhd
2. Zulkifli Mohamad al-Bakri(2018) al Mujtaba fi Syarh Safinah al-
Naja, Selangor:Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd