PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BENTONG
LAFAZ DOA UNTUK IBU BAPA MENGIKUT
SITUASI JAMAAH
MOHAMAD RAZI BIN ZULKIFLI
UNIT PENDIDIKAN ISLAM,
ADAB DAN NILAI ISLAM,
SEKTOR PEMBELAJARAN,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR.
LAFAZ DOA
UNTUK IBU BAPA
MENGIKUT
SITUASI JAMAAH
1. Sekiranya seseorang itu hanya ingin mendoakan
kepada dirinya dan kedua ibubapanya sahaja boleh
membaca dengan lafaz ini:
اَلل ُهم ا ْغ ِف ْر ِل ْي ذُنُ ْو ِب ْي َو ِل َوا ِل ِدي َوا ْر َح ْم ُه َما َك َما
َربيَا ِن ْي ِص ِغ ْي ًرا
Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa
kedua-dua orang tuaku dan kasihilah mereka
sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”
2. Sekiranya seseorang itu ingin mendoakan kepada
ramai dan kedua-dua ibubapa mereka adalah orang
yang sama (Anda menjadi imam bagi adik beradik
anda (seibu sebapa) sahaja) boleh berdoa dengan
lafaz ini:
اَلل ُهم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا َو ِل َوا ِل َد ْينَا َوا ْر َح ْم ُه َما َك َما
َربيَانَا ِصغَا ًرا
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah segala dosa kami
(adik beradik), dan (dosa) kedua-dua ibubapa kami,
dan rahmatilah kedua-duanya sepertimana kedua-
duanya mendidik kami pada waktu kecil.”
3. Selain itu, lafaz yang ketiga ini sama seperti lafaz
yang kedua iaitu mendoakan untuk ramai. Tetapi
bezanya adalah pada lafaz “ ” َو ِل َوالِ ِديْنَاdibaca dengan
baris bawah dan bukannya dengan baris atas “” َولِ َوالِدَيْنَا
sepertimana di dalam lafaz yang kedua. Tambahan
pula, lafaz yang ketiga ini (dibaca dengan baris
bawah) bukan hanya terhad kepada ibubapa, bahkan
ia termasuk datuk, nenek dan ke atas. Termasuklah
kalau anda mengimami solat bersama keluarga sendiri
yang terdiri daripada anda, isteri dan anak-anak anda.
Apatah lagi kalau anda adalah imam di masjid atau di
khalayak ramai.
Lafaz tersebut adalah:
اَلل ُهم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا َو ِل َوا ِل ِد ْينَا َوا ْر َح ْم ُه ْم
َك َما َرب ْونَا ِصغَا ًرا
Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan
dosa kedua-dua orang tua kami dan kasihilah mereka
sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”
NOTA:
Sekiranya anda perhatikan maksud doa dalam kedua-
dua situasi terakhir itu nampak macam sama sahaja.
Tetapi sebutannya dalam bahasa Arab cukup berbeza.
Perkataan “ ” َولِ َوالِ ِديْنَاmemberi maksud dua orang ibu
bapa kami. Ibu bapa yang dimaksudkan adalah orang
yang sama kerana mereka berdua juga ibu dan bapa adik
beradik anda.
Cuma perkataan “ ” َولِ َوالِدَيْنَاbermaksud kedua-dua
ibubapa-ibubapa kami kerana kedua-dua ibu bapa anda
bukannya kedua-dua ibu bapa isteri dan anak-anak anda.
Begitu juga mereka bukannya kedua-dua ibu bapa semua
makmum anda. Jadi sejumlah ibubapa-ibubapa itulah
yang membezakannya.
RUJUKAN
1. Aku muslim.asia(2020) Doa untuk ibubapa beserta bacaan rumi[online].Available:
https://akumuslim.asia/doa-untuk-ibubapa-berserta-bacaan-rumi/[29 Mac 2021]
2. Mufti Wilayah Persekutuan(2019) irsyad al-hadith siri ke 416 lafaz doa kedua-ibubapa[online].Available:
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3683-irsyad-al-hadith-siri-ke-416-lafaz-doa-kedua-ibubapa
[29 Mac 2021]
3. speakyoursilence (2019)doa untuk ibu bapa seorang ramai[online].Available:
https://speakyoursilence.blogspot.com/2019/01/doa-untuk-ibu-bapa-seorangramai.html?m=1
[29 Mac 2021]
SEKIAN DAN
TERIMA KASIH